Showing posts with label puasa. Show all posts

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA. Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia. 

Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah.

Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisihkan.

Namun dalam membuat kebaikan kadang kadang ramai yang ambil mudah soal agihan sumbangan terutama sumbangan berbentuk makanan yang dah siap di masak. Kita sedia maklum makanan siap di masak ni tak boleh simpan lama. Lebih lebih lagi golongan gelandangan. Biasa untuk di makan terus. Tapi bila berlaku lambakan sumbangan makan siap masak ni sampai tak termakan golongan gelandangan dah jadi satu pembaziran. Bukan mereka memilih makanan tapi kalau dah seorang dapat sampai 20 ke 30 bungkus makanan sehari bukan kemampuan manusia biasa nak habiskan semua.

Setiap tahun menjelang ramadhan isu ni sentiasa ada seolah olah macam tak ada kesedaran atau perancangan untuk ngo ngo atau aktivis yang terlibat dalam program sumbangan makanan untuk golongan gelandangan. Macam asal bagi dah tunaikan amanah dari penyumbang. Semua tu ada kos dan kebanyakan kos membayar semua tu adalah dari dana awam. Walaupun keluar duit poket sendiri sekalipun, kalau tak ada perancangan yang teratur sampai menyebabkan berlaku pembaziran dan lebihan makanan yang tak terjamah seterusnya basi di tinggalkan di kaki kaku lima.. di kerusi rehat tempat awam kan jadi kotor.

Kena ada mana mana pihak mengambil tugas atau tanggungjawab untuk menyusun jadual agihan makanan untuk gelandangan ni. Yang mana nak sumbangkan makanan kena melalui pihak tertentu untuk memastikan kawasan tersebut belum menerima sumbangan makanan supaya tidak berlaku pembaziran dan mengotorkan kawasan sekitar.

Bukan hanya gelandangan memerlukan sumbangan makanan ni. Ada orang yang berumah pun masih kelaparan. Golongan pelajar pun ramai yang masih ikat perut. Jika semua banyak di longgokan pada golongan gelandangan sahaja sampai seorang dapat 20-30 bungkus makan sehari.. amatlah merugikan. Sedangkan makanan tersebut boleh di manafaat pada ramai lagi golongan yang memerlukan walau tidak berstatus gelandangan.

Rasanya isu ni perlu juga ada campur tangan pihak pihak berwajib kalau tak setiap tahun masalah yang sama akan berlaku. Harap ada pihak sudi memikul tanggungjawab ni. 

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

TROLL RAMADHAN.. 'FENOMENA 'DONE'

TROLL RAMADHAN.. 'FENOMENA 'DONE'. Sejak dua tiga hari ni dah muncul troll2 ramadhan terutama fenomena 'Done'. Masing2 dok post sindiran pasal golongan 'Done' yang bakal muncul esok hari. Sebab bermula 1 Ramadhan ni.. Maka bermula juga episod 'Done' di media sosial. Bagi yang blur blur lagi tak tau pekebendanya fenomena 'Done' ni.. Mungkin hangpa baru ada account media sosial tahun ni so terlepas la menyaksikan fenomena 'Done' yang tahun tahun lepas punya. hehehehe


Fenomena 'Done' yang di maksudkan adalah.. Setiap kali menjelang ramadhan akan ramai buat post 'Done' selepas melakukan apa2 task atau aktiviti sepanjang ramadhan. Contohnya..

1. Selesai sahur - post caption 'Done sahur'
2. Selesai solat tarawih - post caption 'Done Tarawih'
3. Selesai solat 5 waktu - post caption 'Done Solat'

begitulah yang di gambarkan dengan fenomena Done yang sedang jadi troll sekarang ni kat media sosial. Ia lebih bersifat sarcasm atau sindiran kepada golongan tersebut. Spesis camtu selalunya attention seeker yang dahagakan pujian sesama manusia jer.. Maka dia akan buat la post post macam tu. Kalau hangpa tak mau di kategorikan sebagai golongan attention seeker ramadhan atau spesis 'Done' elakkan la buat post2 macam tu. hehehee


Hope tahun ni hangpa tak terkategorikan dalam golongan 'Done' tu lah yer... Alahai, tak semua perkara kita perlu bagitau orang lain kita dah selesai melakukannya. Terutama yang berbentuk ibadah.. Kalau bukan keperluan atau ada sebab tertentu tu biarlah ibadah tu antara kita dengan Allah. Kita buat kerana Allah jadi tak perlu la nak menunjuk sesama manusia kecuali benda tu bertujuan untuk menyampaikan kebaikkan sesama manusia. Kalau sesaja kau nak riak, Takut ibadah yang hangpa buat tu sekadar dapat penat jer. Sedangkan hati hangpa buat kerana mendambakan pujian & nama. Jadi ikhlas kan hati yer dalam melakukan perkara kebaikkan. Apa yang tak perlu di ceritakan pada orang lain maka simpan sahaja dalam hati.

Apapun pada golongan 'Done' Tahun lepas moga tahun ni kurangkan 'Done' tu kat media sosial lebihkan done di dunia nyata.

1. Done puasa penuh
2. Done solat 5 waktu
3. Done Tarawih sehingga malam akhir
4. Done bersahur
5. Done berjimat & tak mengunjungi bazar ramadhan
6. Done kurang tidur

Dan banyak lagi la perkara yang harus hangpa 'Done' tanpa perlu nak update kat media sosial. Moga perkara perkara yang baik hangpa buat di bulan ramadhan ni dapat menjadi bekalan hangpa di dalam kubur nanti, Insya Allah. Samalah peringatan ni pun untuk diri sendiri jugak yang banyak perlu di perbaiki perkara perkara yang aku sebut tu. Apa hangpa ingat aku ni perfect sangat ke sebab buat entri ni??!! Tidak ok.. Aku pun masih kurang & jahil sana sini.

Semoga ramadhan tahun ni mengubah kita kearah yang lebih baik. Niat berpuasa tu kena betul jangan hanya nak kuruskan badan sebab nak pakai kebaya ketat raya nanti je. Takut niat tak betul.. Allah pun tak makbulkan hajat hangpa tetiba raya jangankan kebaya ketat.. Baju kurung pun tak dak size kat pasaran. hehehehe

Moral of the story.. Jangan lupa menantikan pengumuman tarikh berpuasa malam ni kat TV even masing2 dah tahu kan bila start puasa tapi tak salah kita nak feel macam zaman kanak kanak.. berdebar menanti tarikh pengumuman puasa oleh tokwan yang dia punya slow montion boleh buat degupan jantung di pam dengan kencang. hehehehe

JADUAL WAKTU IMSAK & WAKTU BERBUKA PUASA SELURUH MALAYSIA

JADUAL WAKTU IMSAK & WAKTU BERBUKA PUASA SELURUH MALAYSIA. Hari ini hari Jumaat, Insya Allah esok seluruh umat Islam akan menyambut 1 Ramadhan 1438H bersamaan 26 Mei 2017. Hari ni ramai dah sampai ke kampung halaman & mungkin ada yang baru gerak nak balik kampung untuk sambut puasa dengan keluarga. Aku macam biasa la sambut puasa kat sini je bersama suami & anak. Simpan cuti nak balik raya nanti. Lagipun baru baru ni kan dah balik kampung.. Kami bukan orang kaya raya.. So tak boleh cuti kerap kerap sangat. Tak apa.. family kat kampung paham. Jangan raya tak balik sudah satgi memasing menangis basah telekung nak solat sunat hari raya.


Bagi persediaan kita nak sambut puasa ni selain print 30 menu untuk di masak sepanjang ramadhan yang ni pun penting jugak supaya tak terbabas sahur & tak terbuka puasa awal. Manatau time2 puasa ni la dia nak jadi pelupa la.. Hilang ingatan bagai. Time puasa juga la dia nak jadi terlatah makan bila dengar azan asar bagai kan. So, untuk elak golongan acah2 terlatah & terlupa ni.. Simpan ni jadual waktu Imsak & jadual waktu berbuka puasa ikut negeri hangpa tinggal sekarang. Bukan negeri kelahiran hangpa tau.

Untuk mengetahui waktu Imsak & waktu berbuka puasa just clik pautan kat bawah mengikut negeri masing - masing yer...

Waktu Imsak & Berbuka Puasa PERLIS
Waktu Imsak & Berbuka Puasa KEDAH
Waktu Imsak & Berbuka Puasa PULAU PINANG
Waktu Imsak & Berbuka Puasa PERAK
Waktu Imsak & Berbuka Puasa KELANTAN
Waktu Imsak & Berbuka Puasa TERENGGANU
Waktu Imsak & Berbuka Puasa PAHANG
Waktu Imsak & Berbuka Puasa KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN
Waktu Imsak & Berbuka Puasa SELANGOR
Waktu Imsak & Berbuka Puasa NEGERI SEMBILAN
Waktu Imsak & Berbuka Puasa MELAKA
Waktu Imsak & Berbuka Puasa JOHOR
Waktu Imsak & Berbuka Puasa SABAH
Waktu Imsak & Berbuka Puasa SARAWAK

- Sumber : http://www.malaysiatercinta.com -

Di kesempatan yang ada ni, kami nak ucapkan selamat berpuasa & mohon maaf andai sepanjang perkenalan kita di alam maya mahupun yang kenal di alam nyata ada terkasar bahasa, tersindir, termaki hamun ke hapa.. Moga ramadhan kali ni memberi seribu keberkataan & kenikmatan kepada kita semua. Semoga Allah permudahkan kita melakukan ibadah puasa. Semoga kita semua terhindar dari terjebak dalam geng beg plastik hitam seterusnya di bawa bersiar siar menaiki van jenazah secara percuma. hehehehe

Niat Puasa & doa berbuka puasa ni dah hafal ke?

Bagi yang bujang bujang tu tak payah berendam airmata sangat la kan terpaksa sambut puasa jauh dari family.. Kalau puasa esok hari Malam ni bebawak pergi tarawih kat masjid bagi yang tak ada aral melintang pukang. Bagi golongan mak mak macam aku ni.. Boleh la excuse & boleh melakukan solat sunat tarawih kat rumah. 

Hope tahun ni spesis golongan 'Done' kat media sosial tu berkurangan la yer. Kau tak payah nak update 'Done' tu 'Done' ni sangat la kan.. Dok jadi bahan troll orang je. Tak payah menunjuk sangat katanya. Kalau buat kerana Allah.. Maka tak perlu nak update kat pesbuk Allah tu maha melihat tanpa perlu semak update kau kat media sosial katanya. hehehehe

Moral of the story.. Bulan puasa bukan bulan untuk kita bermalas malasan dengan alasan berpuasa. Bulan puasa ni la bulan kita perlu meningkatkan prestasi ibadah, kerja & sebagainya. Jadi jangan skip sahur.. Peace Yo!

PETUA TIDAK LAPAR & DAHAGA SEHINGGA WAKTU BERBUKA PUASA, SALAH SATU ELAK MAKAN TELUR ASIN

PETUA TIDAK LAPAR & DAHAGA SEHINGGA WAKTU BERBUKA PUASA, SALAH SATU ELAK MAKAN TELUR ASIN. Minggu ni kita up entri entri untuk persediaan menyambut ramadhan je la yer. Yelah.. Inilah minggu akhir untuk kita cari gali tip, petua & sebagainya supaya kita boleh berpuasa sepanjang hari tanpa lembik,lemau,terlalu lapar & dahaga sepanjang siang hari tu. Takde la kita terjebak dengan geng plastik hitam kan. Yer.. betul puasa bukan semata mata mehanan lapar & dahaga tapi syarat sah puasa salah satu daripadanya memang kena tahan lapar & dahaga jugak kan. So petua2 ni pun penting bagi persediaan kita untuk berpuasa agar kita tahu apa yang terbaik untuk kita buat nanti.

Telur Asin

Jadi tanpa membebel bebal panjang lebar sampai ada yang terbatal puasa ganti hari ni moh ler kita membaca apa tip & petua yang boleh kita lakukan untuk bertahan puasa sepanjang hari..

1. Jangan makan makanan lembik
- Contoh macam bubur. Memang tak sesuai makanan macam tu di ambil semasa sahur. Pola makan yang baik ketika puasa adalah pengambilan makanan rendah glisemia semasa sahur, dan tinggi glisemia ketika berbuka. Pengambilan makanan ini penting untuk menaikkan kadar gula darah. Sepanjang berpuasa, kita memerlukan makanan yang tinggi serat dan kandungan protein yang cukup. Selain protein, tubuh juga memerlukan pengambilan lemak baik.

* glisemia = ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu

2. Jangan Bersahur dengan Mee segera
- Kandungan mi segera seperti natrium, lemak tepu dan MSG akan membuat anda akan cepat rasa dahaga & rasa haus yang tinggi, tekak pun akan jadi kering. Selain itu, mee segera juga membuat cepat lapar. Mee segera mengandungi kadar glisemia yang tinggi membuatkan tenaga kita keluarkan banyak, sehingga cepat lapar.

3. Amalkan pengambilan Madu
- Madu adalah cecair manis yang mengandungi gula sehingga 70-80 peratus. Selebihnya, adalah air, mineral, beberapa protein, asid dan zarah lain. Madu sangat baik untuk anti-bakteria, dan baik juga digunakan secara rutin. Amalkan sepanjang berpuasa. Caranya anda boleh makan 3 biji kurma dan 2 sudu makan madu selepas sahur dan begitu juga ketika berbuka puasa.

4. Makan Kacang Merah Ketika Sahur
- Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks sebaiknya digunakan dalam hidangan  ketika sahur. Sebabnya, karbohidrat kompleks tidak mudah dicerna tubuh dan boleh Buat kita rasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Contoh makanannya antara lain beras merah, oren, kobis, lobak, kacang merah dan lain sebagainya. Jadi bila kita rasa kenyang so tak ada masalah untuk berpuasa sepanjang hari

5. Ambil ubi sebagai penganti Karbo
- Nasi putih mempunyai indeks glisemia yang rendah sehingga cepat di cerna dan akhirnya membuat kita mudah lapar. Ubi adalah yang disyorkan sebagi penggantinya nasi.
supaya kita akan rasa kenyang dengan lebih lama. 

6. Makan telur
- Telur antara makanan yang boleh buat kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Korang boleh cuba nanti yer.

7. Minum air kelapa selepas berbuka
- Boleh jugak minum ketika sahur untuk elak rasa haus semasa berpuasa tapi boleh juga di minum selepas berbuka puasa. Air kelapa sebenarnya memang dapat membantu untuk hilangkan rasa dahaga & mampu bertahan selama 14 jam. Dengan minum air kelapa juga menjadi salah satu cara untuk buat anda bertahan untuk seharian berpuasa.

8. Ambil sayur sayuran ketika sahur
- Sayur-sayuran tinggi kandungan air dan serat. Perkara ini membuat sistem pencernaan lebih sihat dan mengurangkan rasa haus ketika berpuasa. Antara sayur yang bagus adalah bayam.

9. Elak mengambil makanan pedas.
- Rasanya bagi tekak orang2 melayu ni.. Pedas antara yang membuka selera terutama pagi2 buta time sahur tu kan tapi sebenarnya pengambilan makanan pedas ni membuat kita lebih cepat haus. Sebaiknya, pilih makanan yang dicerna tubuh lebih lama seperti gandum, bayam, dan almond.

10. Elak makan telur Asin
- Alamak ni antara menu popular waktu sahur. Sebab rasa masin dia tu salah satu cara nak menaikkan selera makan semasa sahur kan. Tapi dengan makan telur asin ni buat kita cepat rasa haus. Makanan yang tinggi kadar garam dia membuatkan air cepat keluar dari sel & menyebabkan tubuh kita cepat kekurangan air. So elakkan makan telur Asin yer.

Cukup la 10 petua tu yer.. Kang tulis panjang lebar bukan hangpa rajin sangat pun nak mentelaah so kita ambil yang penting - penting je sudah. Satgi ada yang terlena depan skrin pulak baca entri ni katanya hehehehe.

Jadi semoga 10 perkara tu dapat membantu hangpa semua enjoy sepanjang berpuasa nanti selain dari mengelakkan anda terjebak dengan geng plastik hitam jugak.  Jadi kalau ada niat untuk berpuasa penuh, ambilah makanan yang mampu memberi tenaga sepanjang hari ok!

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP. Tu dia tak berapa hari lagi ja kita bakal melangkah ke bulan yang penuh keberkataan. Bulan yang paling mudah nak rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda. Bulan yang ramai manusia akan rajin menunaikan ibadah wajib & sunat. Bulan tu juga akan di hantui dengan geng plastik hitam yang bakal di angkut dengan van jenazah untuk melawat kawasan sekitar bandar & pekan. Bulan yang manusia akan jadi lebih bernafsu dengan makanan. Macam macam lagi la kalau nak di senaraikan perbezaan bulan ramadhan dengan bulan biasa ni.


Bila masuk bulan ramadhan.. Dah tentu la sinonim dengan sahur. Hari pertama sahur biasa la mesti meriah meja makan. Almaklum la semangat hari pertama tu memang takkan sama dengan hari ke 10,11,12 dan seterusnya. Hari pertama masing2 tak sabar nak bangun bersahur tapi hari hari seterusnya boleh menggugat kesabaran nak kejutkan sesekor bangun bersahur katanya.

Bila dah pertengahan ramadhan ni selalunya sahur memang ala kadar je. Takde sapa rajin pepagi buta nak buat mandy chicken bagai kan. Paling2 sayur & satu menu lauk je. Almaklum la pagi - pagi nak masak berat berat kadang selera makan bukan nak ada sangat. Di tambah masa nak masak tu memang terhad nak2 lagi kalau terbabas tidur bangun cukup2 masa goreng telur je memang tidak la merasa makanan sedap. Jadi jangan mimpi la kau nak makan ayam masak merah pepagi buta macam tu.

Jadi atas keprihatinan kami, So kami nak share kat hangpa satu menu sangat sangat simple, senang & sedap. Sangat2 sesuai di jadikan menu masa sahur. Selain nak sediakan lauk ni tak payah ambil masa yang lama, bahan bahan dia pun sangat mudah di dapati. Iatu menu Sardin masak kicap. Dah jemu makan sambal sardin bagai.. Meh sini den nak bagi menu sardin masak kicap pulak.

Bahan Bahan di perlukan

1. 1 tin ikan sardin (size ikut berapa orang nak makan)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Jintan manis
5. Jintan putih
6. Halia
7. Kicap manis
8. Kicap pekat
9. Garam sebagai serbuk perasa
10. Minyak masak

Cara memasak

1. Bukan tin sardin asingkan ikan dari sos & letak tepi
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis & jintan putih. Letak tepi
3. Panaskan minyak goreng sekejab ikan sardin
4. Minyak yang sama tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau.
5. Masukkan kicap pekat & kicap manis
6. Masukkan sos sardin tadi. Kalau rasa tak nak masuk pun tak apa.
7. Masukkan ikan sardin yang dah siap di goreng
8. Masukkan hirisan bawang besar & kalau suka pedas masukkan cili padi.
9. Masak sekejab & perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
10. Tutup api & hidangkan.

* Bagi memudahkan hangpa masak pepagi buta, bahan kisar boleh buat siap2 malam hari sebelum tidur & simpan dalam peti sejuk. Pagi nak masak boleh terus keluarkan & guna.


Jadi sila print siap siap resepi ni & simpan sebagai salah satu menu untuk sahur hangpa sepanjang bulan puasa. Nak2 lagi yang bujang tu. Tak payah satgi orang posa hangpa dok buat cerita sedih sahur dengan biskut kering & teh o panas ja. Tunjukkan orang bujang pun bersahur dengan nasi berlauk hehehehe.

Selamat mencuba resepi ringkas, mudah & sedap ni. Simpan stok ikan sardin siap siap sebelum masuk bulan puasa ok! Manatau emergency sardin pun berguna jugak. hehehehe

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP. Pekasam ni serius sebelum ni aku cuma pernah dengar & makan yang di buat dengan ikan sungai jer. Almaklum la orang kampung.. Tapi dulu masa umur aku dalam belasan tahun lagi.. Pernah dengar seorang akak ni.. Bapak dia penternak ayam. So, ada buat pekasam ayam. Tapi tak pernah pulak aku cuba tak tau rasa dia macam mana. Ada yang pernah makan cakap sedap. Lepas tu aku memang tak pernah jumpa orang buat atau jual pekasam ayam. Tup.. tup baru ni aku dapat peluang try pekasam daging & pekasam telur sotong. Serius memang mula2 rasa cuak jugak sebab aku selama ni cuma makan pekasam ikan je kan.. Takut rasa dia jadi pelik ke hapa..


Tapi kita tak boleh nak judge kalau tak cuba dulu rasa. Jangan menilai daripada nama dia.. Kena nilai daripada rasanya dulu. Alang2 memang dah di beri rezeki merasa pekasam telur sotong & daging ni takkan la nak tengok je kot.. Sia - sia rezeki yang ada depan mata tu kan. Maka berdesup la Jemah ke dapur.. Menggoreng Pekasam yang ada. Pekasam memang cara masak dia goreng dengan minyak masak je.. Takde orang buat gulai ke... sup ke.. atau rendang bagai. Jangan ada yang dok buat kari pekasam pulak nanti yer. Kalau rasa dia pelik jangan salah Leha tak pesan awai awai yer... kekekeke


Nak goreng pekasam telur sotong ni senang.. Jenis pekasam memang hangpa tak payah nak buka bungkusan pekasam & cuci bagai.. buka terus goreng jer. Lepas hampir garing tu hangpa tambah je bawang besar yang di potong & cili. Tak kisah la cili padi atau cili merah. Apa2 cili pun sedap di makan dengan pekasam goreng ni.


Kalau untuk pekasam daging.. di suggest untuk hangpa potong nipis2 & kecil2 baru feel bila nak makan. Memang dia dah siap potong bukan datang seketul2 macam tu.. Tapi kalau malas macam aku goreng terus pun sodap jugak. Tapi bila aku potong jadi cebisan kecik2 tu lagi sedap pulak. Cara masak dia sama je macam pekasam telur sotong tu.


Serius wei!! Tak tipu.. Memang sedap. Gila beb kalau makan boleh bertambah. Memang sesuai korang buat stok untuk sahur bulan puasa nanti. Sebab sahur ni almaklum la kadang2 kurang selera nak makan so kena ada lauk pembuka selera macam pekasam ni. Nak sediakan pun senang sebab tak perlu masa yang lama.. Pekasam ni macam jeruk la sebab dah di perap & bahan perapan dia membuatkan benda tu dah jadi separuh masak... so goreng 5 minit macam tu dah siap. Jadi pekasam memang sesuai jadi lauk time sahur selain membuka selera makan, cepat di masak & sedap di makan. hehehehehe

Makan dengan nasi panas, pekasam daging @ telur sotong.. ada sambal tumis sikit. Mak Aii.. Pengsan tepi bucu meja ok!

Mesti dah terliur kan tengok hidangan Pekasam telur sotong tu dengan Pekasam Daging.. dah banjir air liur mesti tak sabar mana nak dapat stok pekasam, betul tak? Jangan risau akak tak kejam dik.. Benda sedap kena share kat semua orang baru sama2 boleh rasa.. Kalau hangpa nak try pekasam telur sotong & Daging hangpa boleh contact

Yatie;
Whatsapp: 019-4603069
WeChat: DYatie7786
Facebook : DYatie ABakar
Blog : Kalam DYatie

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN?

SUDAHKAH ANDA LAKUKAN PERKARA NI SEPANJANG RAMADAN? Sekejab je masa berlalu hari ni dah 10 ramadan. Dari segi masa, berpuasa sekarang memang tidak la mencabar sangat berbanding dulu. Dulu rasa masa macam panjang sangat sekarang alahai.. singkatnya masa sesingkat pemikiran manusia zaman sekarang. hikhikhik..


Sepanjang bulan puasa ni orang banyak cerita pasal juadah berbuka & bersahur, resepi kuih muih, resepi biskut raya, cerita pasal koleksi baju raya. Tu je paling meriah cerita dia sepanjang 10 ramadan ni. Almaklum la.. kita ni masuk je ramadan terus asyik fikir preparation nak raya je. Asal puasa je mesti fikir raya.

Sikit sangat la kita fikir pasal dosa pahala, pasal nak memperbaiki ibadat bagai apatah lagi fikir pasal 6 perkara ni walaupun perkara ni bukan perkara yang susah nak di laksanakan >> 6 Perkara Mudah Yang Orang Terlupa Atau Malas Nak Buat Sepanjang Ramadan << Almaklum la busy katanya. Banyak jemputan majlis berbuka puasa sana sini. Full pack dia punya jadual harian sampai dapur kat rumah pun tak sempat nak tinggalkan kesan tapak kaki. Balik rumah cari katil jer.

Jangan macam tu.. terutama blogger. Jangan kejar sangat jemputan berbuka puasa sepanjang ramadan ni. Tu tak termasuk lagi jemputan untuk mempromosikan baju raya dengan jenama retis bagai. Silap haribulan bulan puasa jadi lebih sibuk berbanding bulan bulan lain. Limit kan menerima jemputan tu. Luangkan masa di rumah nak2 lagi yang dah berkeluarga. Lebihkan masa bersama anak anak. Bulan puasa ni je kadang2 senang nak kumpul & makan sama sama. Tapi kalau bulan puasa pun dari Ahad ke Sabtu penuh dengan event tu ni.. Kesian mereka2 yang di rumah.

Kang ada pulak yang cakap aku ni jeles sebab tak dapat attend majlis2 macam tu.. Nak kata tak dapat tu rasanya aku tak pernah ambil peluang tu selama menjadi blogger. Buat masa ni lebih selesa berblog macam ni jer. Masing2 ada cara mereka. Ada yang suka present diri mereka di khalayak ramai ada yang suka privacy. Apapun berblog tiada syarat so itu semua pilihan masing masing.

Cuma tu la jangan berpada pada dalam buat sesuatu perkara sebab komitmen kita bukan hanya pada blog. Begitu juga yang menjadikan blog sebagai kerjaya & sumber pendapatan utama. Tetap perlu ada masa bersama keluarga.

Moral of the story.. Di bulan ramadan ni selain bulan merebut ganjaran pahala.. Bulan yang Allah ciptakan untuk mengeratkan silaturrahim & hubungan kekeluargaan jugak. Jadi jangan sia sia kan bulan penuh keberkataan ni dengan terlalu banyak masa berada di luar dengan program2 yang di anjurkan.

BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA

BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA. Dah masuk hari ketiga umat islam menunaikan ibadah puasa. Setakat ni tak nampak lagi yang kena bawa bersiar siar naik van jenazah. Mungkin hari ketiga puasa ni tak ramai di serang gastrik lagi kot. Tunggu la minggu kedua nanti.. Tengok sapa menang tiket perjalanan naik van jenazah pusing2 bandar. Hope tahun ni tak ada la kan.


Bila masuk bulan puasa orang akan mula mencari tempat tempat makan berkonsepkan buffet untuk berbuka puasa. Almaklum la nak makan puas puas katanya. Baru kena puasa beberapa jam dia punya lapar macam kena puasa setahun tu. Walaupun korang ambil buffet ni jangan membazir. Ambil makanan mengikut keperluan jangan berlebihan sampai tak habis makan. Membazir tu amalan syaiton.. jangan syaiton kena ikat korang pulak mensyaitonkan diri di bulan ramadan yang mulia ni.

Bagi yang tercari cari buffet ramadan.. Maybe nak bawa family ke, bawa staff atau bawa kengkawan pergi berbuka puasa meh sini aku nak suggest tempat yang menyediakan 400 menu dari seluruh Asia. Takut korang pulak tak tau nak makan apa nanti. Dari makanan berat, dessert & makanan untuk orang berdiet pun ada. Jadi yang mana nak pakai kebaya masa raya nanti jangan takut nak makan kat situ. Walaupun ada 400 menu untuk menternak lemak masih ada menu sihat yang bernutrisi.

Kalau penggemar sambal mesti tak tahan air liur nak tunggu masa berbuka sebab ada 25 jenis sambal & ulam ulaman yang boleh anda cuba. Bukan tu je segala gulai kawah ikan, ketam & banyak lagi semua ada. 400 menu kot. Tak ter list aku dalam entri ni. Jangan risau takut bercium bontot sebab ramai orang sebab ruang dia sangat besar & selesa untuk semua pelanggan. Nak bawa satu pejabat pun boleh apatah lagi setakat 1 family besar katanya.

Nak tahu kat mana korang boleh dapat buffet yang menyediakan 400 menu ni meh tengok kat sini >>  Buffet Dengan 400 Menu Ni Bakal Buat Korang Menyesal Kalau Tak Cuba << Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di buffet ni. Sekali sekala berbuka puasa kat tempat tempat macam ni tak salah. Sebagai tukang masak macam aku ni.. kadang2 nak jugak makan kat luar. Jemu kot makan masakan sendiri hari hari.

Moral of the story.. walaupun ada 400 menu kat situ korang jangan naik hantu pulak masa makan. Kang tak pepasal check in kat hospital. Berpada pada sudah makan. Nikmat makan akan hilang kalau terlampau banyak makan.

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG DAH SIBUK PASAL RAYA

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG DAH SIBUK PASAL RAYA. Dulu pernah jadi kontrovesi bila ada stesen radio yang mainkan lagu raya pada hari pertama puasa sampai di letakkan syarat pertengahan puasa baru boleh di mainkan lagu raya. Sampai macam tu sekali orang punya terkesan dengan lagu raya. Aku pun anak rantauan. Nak2 tahun ni masih tak berkesempatan balik kampung lagi. Tunggu raya ingat nak cuti panjang sikit sebab dah lama tak balik raya tapi takde la bila dengar raya terus down sampai kena makan di siang hari. Rilex jer..


Sebenarnya kita bercakap pasal raya ni 3 bulan sebelum puasa lagi. Yelah.. 3 bulan sebelum puasa orang dah sibuk tempah baju raya. Tu antara perkara2 nak raya orang buat. Bila masuk bulan puasa orang sibuk nak cari barang2 raya.. balang kuih raya la, langsir raya la, sarung kusyen raya bagai. Bila hujung2 puasa dah dekat nak raya.. Time tu memang macam macam perkara nak raya kita boleh nampak orang buat. Jadi takde isu baru sehari puasa cakap pasal raya. Bagi yang keluarga besar persediaan raya tu memang kena buat awal. Bagi yang anak sorang macam aku ni.. Boleh la rilex2 nikmati ramadan tanpa perlu fikir pasal baju raya ke hapa. Kuih raya pun tak payah fikir apatah langsir raya perabot raya. Pertengahan puasa esok kami pi la cari baju bajan untuk raya. Yang fikir cuma bawa diri balik kampung je. Tu je family kat kampung harap. Kalau tak balik satgi menangis la mak minah & cik munah aku. Kecewalah adik beradik yang tunggu kami sekeluarga balik.

Bila masuk ramadan ni macam orang mula fikir pasal raya kadang2 rasa melampau awal pulak depa fikir pasal raya nak2 lagi tentang perkara2 ni >> Perkara yang Orang Risau Bila Menjelang raya << Amboi baru first day puasa kot kau nak mengelabah pasal benda benda tu. Rilex sudah & hadapi dengan tenang Insya Allah.. Allah permudahkan segalanya untuk kau bila menjelang hari tu. Tak payah over sangat la.

Kita kena ingat raya adalah untuk meraikan kemenangan kita berpuasa di bulan ramadan walaupun perempuan yang akil baligh ni memang susah nak cukup 30 hari berpuasa kecuali yang pregnant & mampu menyempurnakan 30 hari berpuasa. Atau yang jenis period tak regullar setahun sekali je katanya datang period. Apa ingat takde ke perempuan yang hadapi masalah period setahun sekali tu. Meraikan kemenangan tak bermakna kita perlu berlebih lebihan. Cukup la sekadar nampak kita meraikan.. ada baju baru tak kira la baru beli 3 tahun lepas, ada juadah raya sekadar termampu, rumah nampak bersih & berseri.. Tak payah teruk sangat fikir sampai nak buat ibadah di bulan ramadan pun tak tenang.

Moral of the story.. Tak salah nak buat persediaan awal untuk raya tapi berpada pada. Jangan terlampau fikir pasal nak raya, kita terlepas pahala yang hanya datang setahun sekali je. Memang rezeki bulan puasa ni kadang2 melimpah ruah berbanding bulan bulan lain tapi ingat nikmat juga satu ujian buat kita.

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI. Hari ni seluruh umat Islam memulakan ibadah puasa. Amacam? Ok ke? hari pertama confirm ramai yang excited & bersemangat bangun sahur. Juadah bersahur pun mesti meriah karipapusing kan? Kemain penuh meja depa punya lauk pauk. Aku takde la.. ikan goreng, sayur campur, ikan masak asam asam telur masin je. Nak beriya masak sapa yang nak habiskan nanti. Korang nak tolong datang habiskan ke? hahahaha.. Aku memang tak excited sangat la bab makanan ni. Sahur atau berbuka aku trick macam biasa. Cuma beza waktu makan tu je. Kau nak membazir sangat dah kenapa katanya.

Sumber Google

Bila tiba bulan puasa blog aku mesti tersangkut keywords2 ni. Time puasa je mula la orang cari benda ni. Depa ni tak tau la hanya mampu puasa makan minum je kot.. Yang lain2 tak tahan nak puasa katanya. Antara keywords yang melekat lekit di pagi 1 ramadan yang mulia ini adalah...

1. hukum memegang kemaluan di bulan puasa
2. apa boleh pegang kamaluan saat puasa
3. bercium pada bulan puasa bukan muhrim
4. boleh ke suami sentuh isteri punye ketika bulan puase
5. bergesel kemaluan di bulan puasa
entri : HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA
6. Boleh puasa sekiranya kena ambil darah
entri : SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Ni la keywords paling popular kat blog aku di pagi hari pertama puasa. Entri yang aku letak tu adalah entri yang duduk kat first page carian google dari keywords2 tersebut. Depa dok cari hat tu jugak. Tang tu maybe depa tak mampu nak puasa kot hahaha. Tapi yang ambil darah tu mungkin ibu2 yang tengah mengandung & ada check bulanan. So memang kena ambil darah. Yang tu boleh la berbaik sangka. Yang lain2 tu hahaha... Tak tau la depa nak buat apa.

Ni la keywords blog aku di hari pertama puasa tahun 2016

Walaupun Syaitan semua bercuti bulan puasa ni tapi nafsu manusia ni kadang2 mengatasi bisikan syaitan. Buktinya bulan puasa pun orang tak mampu mengawal nafsu serakah walaupun kita sedia maklum setan iblis semua kena jail time ni. Jadi tak ada alasan nak salahkan makhluk tu lagi.

Banyak perkara kita boleh manafaatkan di bulan puasa ni untuk menyekat nafsu kita dari buat perkara perkara yang membatalkan puasa. Jangan dok fikir sangat la benda2 yang berahi time2 puasa ni. Selain memperbanyakan ibadah & baca al Quran sesekali nak rehatkan minda boleh la window shopping raya kat sini >> Ini cara Anda Nak Dapat Diskaun Semasa Membeli Belah Di Zalora << Manatau ada yang berkenan boleh la shopping raya terus kan. Dah tak payah nak berlanggar bontot kat luar sana nak shopping baju raya. Duduk depan pc/smartphone/tab clik2 bayar je. Nanti dia hantar depan hidung korang.

Moral of the story.. Tak salah kita nak cari info ia juga satu ilmu cuma bulan puasa ni elak la dari dok buat benda2 yang boleh menaikkan nafsu syahwat takut satgi puasa lapar & dahaga jer. Bila terfikir sesuatu yang boleh membatalkan puasa cepat2 la istighfar yer. Insya Allah.. nafsu2 jahat tu dapat di kawal.

MISTERI NASI TAK BASI SEPANJANG BULAN PUASA

Nasi tak basi pun jadi misteri ke? Misteri la jugak kalau sampai 2 3 hari tanpa di simpan dalam peti sejuk tapi nasi tak basi sebab sebelum ni.. kalau masak siang, siang esok mesti basi. Kadang2 pelik nasi basi tak sampai 24 jam. Masuk jer bulan puasa... Sampai 3 hari nasi tak basi. Memang agak pelik..

Sumber Google

Sebabnya.. cara masak sama. Jenama beras sama. Periuk yang sama jugak masak nasi. Tapi kenapa hari2 biasa cepat sangat basi tapi masuk jer bulan puasa nasi terus jadi lambat basi walau berhari hari. Tu yang aku pelik sekarang ni. Sebab berlaku kat aku.  Selalu kita dok baca kalau makanan cepat basi mungkin salah satu tanda rumah tu ada jin.. Gamaknya bulan puasa jin balik kampung ke hapa. Yelah.. Bulan puasa ni yang kena ikat Iblis & syaitan bukan jin.

Bagus la sempena bulan puasa ni jin2 yang pernah dok membasikan nasi aku dah dapat hidayah terus berubah jadi jin yang baik. Moga jin2 tersebut Istiqomah la melakukan kebaikkan. Gangguan bunyi2 pun dah takde sepanjang 5 hari berpuasa ni. Takde pulak dia sibuk mengemas bagai bulan puasa ni kan. Maybe letih puasa kot. Kalau tak kejab bunyi seret perabut,kerusi, bunyi guli.. 

Apapun itulah keistimewaan bulan Ramadhan yang mulia.. Terhindar dari bisikan syaiton yang ada cuma bisikan "yusof Taiyob" jer...  kalau ada jugak dok jadi jahat bermakna memang bukan pasal syaiton la dia jahat tapi dia memang jahat.

Moral of the story... Bila Iblis &syaitan dah kena ikat korang jangan take over tugasan depa pulak. Dah takde alasan nak salahkan iblis & syaitan.


3 TIPS MUDAH BANTU MEREKA YANG BARU BELAJAR PUASA

Jangan ingat budak2 jer baru belajar puasa ada yang dah bangka baru dapat hidayah untuk belajar berpuasa. Yelah.. maybe sebelum ni dia tak pernah di ajar berpuasa atau berpuasa sampai umur dah masuk zon emas.. tetiba di hujung2 usia mula sedar diri & nak berubah kearah kebaikkan tahun ni tekad nak berpuasa. Bayangkan selama berpuluh tahun hidup tak pernah puasa tetiba tahun ni secara drastik nak puasa.. mesti bagi golongan macam ni susah sikit la.. Takpe, Mummy lekit boleh bantu dengan 3 tips mudah ni..


Pertama... Jangan skip sahur & jangan sahur awal sangat macam makan sebelum tidur. Sebabnya.. sahur terlalu awal atau sebelum tidur akan buat badan anda mudah letih & dehidrasi. Banyakkan minum air semasa bersahur untuk pastikan badan anda cukup air. Sediakan sahur yang mudah & adalah lebih baik masak sebelum tidur. Bukan apa memudahkan anda untuk bersahur. Tak perlu bangun terlalu awal untuk masak.. cuma bangun untuk panaskan & makan jer. Kalau nak tengok cadangan sahur yang berkhasiat & senang ni boleh tengok kat sini >> Resepi mudah & sihat untuk bersahur <<

Kedua.. Beri perhatian kepada perkara yang boleh & tidak di lakukan semasa berpuasa. Jangan asyik fikir pasal lapar makan jer sebab benda tu beri kesan pyskologi pada anda. Cuba buat perkara lain yang lebih menarik & boleh melupakan sekejab pasal makan. Fokus pada perkara yang memberi ganjaran pahala yang boleh di lakukan semasa berpuasa.

Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka. Bila makan terlalu banyak tu la punca penyakit & berat bertambah. Lagi satu bila kita biasa makan banyak buat kita semakin sukar untuk berpuasa sebab kita susah nak menahan lapar. Sebab tu kita di suruh berhenti sebelum kenyang. Bila kita amalkan makan secara seimbang & sederhana.. Insya Allah perut kita mampu menahan lapar sehingga waktu berbuka. Bak kata orang kampung.. jangan sampai perut longgar, isi sikit tak cukup. Asyik nak kena makan.. macam nak puasa. Jika anda baru belajar puasa berbuka la dengan air dahulu sebab air bukan je hilangkan dahaga malah memberi sumber tenaga dengan segera.

3 tip ni sumber asal dia lain sikit tapi besa la bila masuk blog lekat lekit dia mesti jadi tak original dah. Confirm ada tokok tambah ikut pendapat sendiri katanya & artikel pun aku tak tulis semua macam artikel asal. Ambil sikit2 jer. yelah artikel orang kan. Jadi kalau korang nak baca tips asal yang lebih berilmiah boleh baca kat sini >> 3 Helpful Ramadan Tips For Pros & Newbies <<

Moral of the story.. tak kisah umur berapa baru korang nak belajar berpuasa yang penting selagi nyawa tu ada setiap orang ada peluang untuk jadi lebih baik dari sebelumnya..


TEMPAT YANG PALING SUKA ORANG TIDUR BULAN PUASA

Bulan puasa bila break time dah tak boleh nak keluar makan.. sap kok lu pun tak boleh.. pendek kata ada banyak masa terluang lepas solat bagai nak nak lagi bagi golongan yang bekerja & berkerjaya & berkerjaraya.. Jadi kalau dok borak kosong pun satgi kurang pulak pahala posa. Almaklum la banyak cakap sikit2 nanti tergosip jugak pasal orang katanya... So, bagi nak mengelakkan puasa jadi sia sia.. maka pilihan tidur.


Bila bulan puasa ni.. Maka port2 ni jadi popular di transfer jadi ruang tidur bagi sesetengah orang. Jadi dwi function jugak. Time takde kerja jadi bilik tidur.  Antara port paling popular jadi tempat tidur adalah..

Bawah meja.
Erkk.. dulu aku pun pernah kerja tapi aku tak pernah buat kerja tidur bawah meja lagi. Paling2 terlentok kat meja sendiri jer

Tidur di kerusi pejabat
Bulan tak puasa pun kadang2 ada jugak yang secara tak sengaja terlentok kat kerusi pejabat apatah lagi bulan puasa.

Bilik stor
Yelah.. port ni privacy sikit katanya.. Kadang2 tidur sampai terlajak. Sedar2 time punch card jer. Silap haribulan orang buat report polis staff hilang lepas lunch time. hahaha

Surau
Ni port agak selesa. Lepas solat jer terus tersidai kat situ. Kalau jenis surau opis sempit agak tak elok la sebab maybe menganggu orang lain nak solat.

Tandas
Ni spesis busuk punya orang! Dalam tandas pun boleh buat port tidur. Sewangi mana pun tandas tetap tempat orang buang najis. hahaha

So, mana port yang selalu korang belasah tidur bulan2 puasa ni. Ni baru hari kedua puasa takkan lemau dah kot... Aku ni nama je surirumah tapi jarang ada peluang tidur siang sejak ada anak sebab tu aku jadi susah nak tidur siang. Untung korang yang bekerja.. ada jugak time bersantai... Bersyukur lah. hehehehe

Moral of the story.. Jadikan tidur anda satu ibadah bukan satu perkara yang buat orang kata "bedebah". hehehehe


RAMAI PENGANTIN BARU CARI ENTRI NI DI HARI PERTAMA PUASA

Dah selesai untuk hari pertama puasa. Alhamdulillah.. takde masalah sangat bagi aku selain mengantuk je. Tapi aku jenis susah tidur siang hari maka mengantuk pun susah nak lelap. Tapi kalau midnite tak tidur jadi payah pulak nak lena. Serba tak kena kan? hahahaha


Sebelum ramadhan cuti sekolah.. Cuti sekolah ramai la yang kawen. Tak sampai sebulan kawen dah kena berpuasa di siang hari. Almaklum la pengantin baru kot.. Tak boleh lebih2, nak jugak ringan2. Yelah.. paham. Tengah honeymoon lagi katakan. Nak berkepit melekat lekit je la kan. Bila dah melekat lekit tu, mula la terasa nak berat berat katanya. Tapi bulan puasa.. Kalau berat2 confirm batal puasa.. ringan2 yang over sikit tu tak sure batal ke tidak puasanya.

Maka yang jadi mangsa entri lama aku la.. Hari pertama puasa terus melonjak naik entri ni. >>

HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA

Masing2 nak makesure perbuatan depa tu membatalkan puasa atau tak. Mujur la google jumpa blog lekat lekit ni kan? hehehhehehe... Apapun bagus kita belajar. Benda yang kita tak tahu kita ambil tahu at least takde la selamanya kita rasa was was. Was was ni tak bagus... Yang halal pun boleh jadi haram bila was was. So kita kena pastikan betul betul.

Buat pengantin baru yang kena puasa honeymoon siang hari tu bertabahlah.. Jangan gelojoh sangat yer. Tak kemana pun.. Tunggu la bulan muncul. Lepas berbuka.. korang nak berbuka bukaan yang lain tu takpe dah. hehehehe

Moral of the story.. Pengantin baru di bulan ramadha ni kira kategori hebat mampu mengawal nafsu di siang hari. hehehehe

TEMPAT PALING BERHANTU DI BULAN RAMADHAN

Malam ni kita bersegmen seram serik lekat lekit setelah beberapa hari cuti. Sebab kita dah nak masuk bulan ramadhan esok maka tema seram malam ni pun ramadhan jugak la. Apa ingat bulan ramdhan takde trajedi & kejadian seram ke? Ada ok.. sebab yang kena ikat iblis & syaitan bukan jin...

 Sumber google sekadar hiasan

Esok dah start berpuasa. Ada orang yang excited nak puasa & ada yang tidak. Ada yang nampak excited tapi puasanya tidak.. Tu spesis2 yang wujud bila tiba bulan puasa. Ada yang dah bangka masih puasa yang yang yok.. Balik rumah monyok konon letih puasa padahal dia dah belasah breakfast, lunch dah kat luar.

Tapi yang pasti setiap tahun akan berlaku perkara ni seram ni.. Yelah.. kalau melibatkan mayat @ jenazah ni selalu di kaitkan cerita2 seram paling tak pun orang jer rasa seram sebab kita dah terbiasa di momokkan dengan cerita orang mati jadi hantu. Tu yang even mayat pun orang rasa seram.

Tapi cerita seram serik lekat lekit malam ni bukan cerita pasal jin & syaiton.. Benda tu tak seram dah bulan puasa ni. Yang paling seram adalah golongan hantu VVIP yang akan di jemput oleh pegawai2 dari jabatan agama Islam di restorance2 tertutup atau di pot2 makan di siang hari. Mereka akan di bawa bersiar2 naik Van jenazah. Mereka akan cuba memisterikan diri dengan menutup muka sebab takut jadi terkenal nak2 ada cameraman.

Inilah golongan hantu di bulan ramdhan & tempat paling berhantu di bulan puasa adalah restorance mamak sebab restoran mamak memang beroperasi macam biasa di bulan ramadhan. Rasanya tahun ni pun masih ada hantu2 di tempat berhantu ni.

Moral of the story... Kita nak benteras golongan malas puasa ni memang susah tapi pengusaha restoran,kedai makan atau gerai kena la bekerjasama supaya tidak menjual makan pada golongan hantu ni di siang hari. Tapi sesetengah peniaga ni fikir untung jer... Takpe la dia sudi share dosa sama2 dengan orang tak puasa nak buat macam mana kan?

Apapun selamat berpuasa pada semua peminat/pembaca/pembenci blog lekat lekit. Andai pernah terasa hati dengan penulisan melekit ni hope sempena ramadhan kita kosong kosong la yer...

9 PERKARA YANG BERLAKU BILA TIBA PUASA & RAYA

Sekembalinya dari bercuti maka kena bekerjaraya di blog pulak untuk cari sepoket duit raya katanya. Yelah.. tak berapa hari lagi dah nak puasa lepas tu raya. Jadi dalam mood yang nak sambut puasa ni entri pun kena ada relate dengan sesuatu yang kita nak sambut nanti. Saja la bagi semangat untuk orang berpuasa. Bukan dengar jer pengumuman raya terus gastrik menyerang dengan jayanya...


9 perkara ni memang elak macam mana pun mesti berlaku jugak masa bulan puasa & menjelang raya. Tak berlaku kat kita berlaku kat orang lain.. Yelah.. kekadang ada jugak manusia beragama Islam tak jalani ibadah puasa.. dia rasa western sangat kot sampai rasa tak perlu nak puasa..

Tapi kalau hangpa baca 9 perkara yang akan berlaku bila tiba bulan puasa & menjelang raya confirm ada yang tersengih & setuju punya. Mesti ada yang mengaku depa pun buat macam tu. Tak caya meh baca kat sini >> 9 perkara yang berlaku bila tiba bulan puasa & raya <<

Dah baca? Betul ke tidak? hahahaha

Moral of the story... Hope tahun ni tak ramai yang di serang gastrik hehehe


ARTIS ARTIS YANG BERTUDUNG SEBELUM RAMADHAN

Alhamdulillah bila mereka memilih untuk berubah kearah yang lebih baik even hanya berubah imej takpe kita bagi sokongan. Orang buat benda baik tak payah sibuk nak pertikaikan keikhlasan dia. Jangan rasa kita bertutup litup semua sampai nampak bijik mata tu dah cukup baik & berhak mempertikaikan orang yang baru belajar untuk jadi lebih baik.

sumber Google

Aku tengok ramai artis dah berhijrah dari free hair kepada berhijab sebelum ketibaan ramadhan kali ni termasuklah retis peberet aku Amy Mastura. Ya Allah.. tak terkurang pun comel kak Amy kita bila bertudung. Tetap sweet like kencing manis jugak macam dulu.


Selain Amy Mastura katanya Erra Fazira, Ayu OIAM pun dah melangkah setapak mengubah imej free hair kepada bertudung. Alhamdulillah.. Sekurang kurangnya dengan memilih untuk bertudung terjaga jugak perbuatan & tingkah laku sebab membawa imej seorang muslimah. Langkah beribu bermula dari langkah pertama. So, Bila dah ada langkah pertama tu bagus la.



Moral of the story.. Hidayah Allah tu milik semua. Bila dah bertudung jangan rasa kita perfect sampai nak menghina atau mempertikaikan orang lain. Nak berdakwah gunalah konsep yang lebih mesra di terima bukan menyakiti. Peace!

P/S : Jangan tetiba ada retis lelaki pulak buang tebiat bertudung sudah. Cukup la Azwan Ali yang suka berselendang tu hahahaha

BISIKAN MISTERI TIAP KALI RAMADHAN TIBA

Ni kategori cerita seram ke cerita erotik ke hapa ni? Bulan2 puasa kalau kata bisikan seram ada ke hantu? helllo... Bulan ramadhan yang kena ikat iblis/syaitan bukan jin ok! Yang selalu dok menyakat manusia ni kebanyakkan jin so tak pelik bulan puasa pun ada orang kena histeria bagai.. Jadi tak mustahil kejadian mistik masih boleh berlaku di bulan ramadhan. Jom kita rungkai bisikan misteri apakah ini....

Sumber Google

Bisikan ni dah berpuluh tahun kita selalu dengar tiap kali tiba bulan ramadhan. Suara misteri bisikan ni sampai sekarang takde siapa yang tahu siapa pemiliknya.. erkk.. ke aku je yang tak tahu. Satu hari dia tak tau berapa puluh kali kedengaran di bulan puasa. Bisikan ni bergantung pada orang yang dengar. Kalau orang tu jenis cepat teransang dia akan teransang dengan bisikan ni... Kalau orang jenis penakut dia akan rasa seram dengar bisikan ni. Kalau orang yang takde perasaan, maka dengar pun dia rasa macam takde apa yang menarik.

Bisikan ni adalah bisikan paling popular di Malaysia. Bisikan seorang perempuan yang membisikan satu nama lelaki dengan nada yang sangat romantik, erotik.. Bisikan yang tidak asing lagi bagi rakyat malaysia.. Bisikan yang akan menghantui kita tiap kali tiba bulan ramadhan... Cuma tahun ni tak pasti apakah akan kedengaran lagi bisikan... Yusof taiyob, iklan buah kurma. hahahahaha

Jangan marah yer.. Almaklum la tak berapa lama lagi kita nak menyambut bulan ramadhan so kita ambil mood ramadhan tu start sekarang la. Takde la tetiba ramadhan blues pulak kan. Hahahaha... Sesaja je buat entri santai pepetang ni. Kang keras kejung pulak otak aku asyik tulis entri2 cari pasal je. hahahaha

Moral of the story.. Jangan terlalu obses dengan cerita mistik kalau taknak kena tipu. hahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com