Showing posts with label diminati. Show all posts

MACAM MANA NAK JADI BLOGGER YANG TAKKAN KENA HENTAM

Amboi kau lekatlekit.. Nak bagi tips kat orang ke? Kau sendiri pun manjang kena hentam ada hati nak bagi tips kat orang supaya tak kena hentam. Erk... kenapa tak boleh ke? Orang selalu kena hentam la lebih tahu apa point yang selalu orang hentam & apa benda yang orang takkan hentam.

Kemain kerek kat ayat kat atas.. Kekonon tahu sangat la tu. Tapi memang betul.. kita mengharap respond yang positif bila kita menulis sesuatu kat blog. Mana ada orang mengalukan kritikkan atau kutukkan jauh sekali la minta di maki & hina. Tapi takde siapa boleh elak dari mengadap semua tu bila memilih untuk jadi seorang blogger. Tak kira la dia tulis pasal diri sendiri ke, pasal orang lain ke, pasal isu semasa ke, pasal artis ke, pasal agama ke, pasal tutorial & tips ke, pasal fesyen ke atau pasal apa sekalipun.. Bila dia menulis mesti kalau tak selalu pun, sekali dua ada jugak di terjah dengan hentaman berbaur kritikkan, kutukkan atau yang lebih dramatik dari tu makian & cacian. Memang banyak blogger yang akui benda ni. So, ada ke tips untuk buat kita tak kena semua tu??

Ada sapa kata takde. Senang jer... kalau tak nak kena kutuk, kena kritik, kena hina, kena maki, kena umpat atau kena apa2 yang buruk dari penilaian & pandangan manusia.. Jangan jadi blogger, jangan jadi manusia,jangan jadi apa2 yang boleh nampak kewujudannya kat dunia ni. Memang takkan kena semua tu.. Rasulullah kita pun tak terlepas dari terkena semua tu, inikan pula kita manusia yang serba serbi kurang sana sini.. tak betul sana sini..  Perkara normal kalau tak selalu, sekali sekala kena hentam macam tu even dari pandangan kita takde salah, tapi pandangan orang lain mungkin jadi salah.

So, kalau nak jadi blogger kena la hadap semua tu. Sebab apa kita tulis mungkin kita suka & ada sesetengah yang lain pun suka.. tapi tak semestinya tak ada orang tak suka. Jadi apa yang perlu kita jadikan teguran membina kita ambil sebagai sesuatu yang positif, apa yang membunuh jangan jadikan itu sebagai racun kita membunuh diri tapi kita jadikan dia racun membunuh pembunuh. Yang penting hati kita kena kuat nak buat apapun.. Jangan terlampau fikir sorang yang tak suka kita sampai kita rasa satu dunia benci kita, sedangkan orang yang tak suka kita tu pun ada orang lain tak suka dia. Kalau dia baik sangat takde la dia benci kita, even seburuk manapun kita. Betul tak??

Nak enjoy berblog kita kena pandai tapis yang mana perlu kita ambil sebagai pengajaran, yang mana pula kita baca & jadikan sisa kumuhan. Simple kan?? Simple la kalau cakap pakai air liur jer... Tapi tu je pilihan kita ada. Tak mungkin kita akan di sukai semua orang dalam semua perkara.

P/S : Apapun jangan lupa terus berdoa untuk semua mangsa yang terlibat dalam misteri kehilangan MH370. Semoga hari ke 11 ni ada khabar gembira mereka di sana. Moga Allah makbulkan jutaan Doa untuk mereka. #PrayforMH370

Nukilan hari ke 11 kehilangan MH370

Sudah melangkah hari ke 11
Rindu kami tak berbalas
Hidup mati mu belum jelas
Hari ke 11 ini
Moga ada cerita terkini

Bukan lagi teka teki
Tapi jawapan pasti
Dan semoga 11 hari kau hilang
Kau disana sudah bersedia untuk pulang
Moga Allah sudah menulis
Hari ini kita berpelukkan menangis

‪#‎prayforMH370‬


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com