Showing posts with label isu poligami. Show all posts

WAJAR KE INSENTIF UNTUK MEREKA BERPOLIGAMI?

Dah dua hari (semalam & hari ni) Sang Lekit baca artikel berkenaan insentif untuk suami yang berpoligami yang di usulkan oleh kerajaan negeri kelantan. Hari ni keluar lagi satu artikel berkenaan perkara tersebut tapi mencadangkan insentif di berikan pada isteri yang di madukan.

Menurut laporan dalam akhbar insentif yang di berikan bukan untuk menggalakkan para suami berpoligami tapi untuk galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan. Tapi rasanya berapa kerat sangat yang berani tampil untuk mengaku yang dorang dah madukan isteri dorang semata - mata nak dapat insentif. Kebanyakkan yang memadukan isteri dorang secara senyap - senyap ni sebab takut nak isteri mengamuk bila tahu atau isteri pertama tak izinkan. Kalau pasal duit la dorang sembunyikan takde la Bong Mokhtar & Zizie kena denda sebab berkahwin tanpa kebenaran isteri pertama. Macam Bong tu dah lebih dari mampu dari segi kewangan.kan??

Contoh lelaki/suami yang benar - benar layak berpoligami. Tak payah insentif perkahwinan dengan semua isterinya di lakukan dengan betul mengikut hukum.

Bagi pendapat melekit la kan.. Walaupun poligami di benarkan dalam syarak tapi mengikut syarat - syarat jugak. Kalau dah berkemampuan macam Salih Yaakob tu dapat bagi hantaran kat semua isteri bila dia berkahwin kali ke 4 & boleh bawak family pergi melancong lagi tak perlu la insentif. Sebab dia dah cukup berkemampuan dari segi kewangan. Tapi kalau yang tak mampu tu gatal jugak nak berlagak berpoligami & di beri galakkan dengan insentif.. hurmmm. Cukup ke nak tampung 2 keluarga atau lebih? Kalaupun program insentif ni di laksanakan.. berapa sangat la dapat. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Rasanya kalau wujud pun insentif ni tak seberapa yang dapat. Dah tentu tak sampai 5k, kan??

Bagi kat siapa insentif tu sang lekit tak komen tapi  bukan soal insentif yang menjadi persoalan besar. Kalaupun Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh berpendapat “Sebagai wanita, tidak boleh begitu sensitif terhadap perkara ini kerana poligami adalah salah satu syariat yang dibenarkan. Mampu atau tidak mampu, itu soal kedua,”( Rujukan : SInar Harian) tapi bagi sang lekit kemampuan seseorang tu menjadi perkara besar dalam menjamin kebahagian & keharmonian rumahtangga. Kalau dah makan pakai tak cukup, anak - anak terabai pelajaran, laki sibuk dok tambah bini tapi pendapat tak bertambah2 & makin kurang.. sendiri mau ingat la. Salah satu faktor punca kemusnahan rumahtangga jugak tu.

Tu belum lagi emosi isteri yang terpaksa di madukan, terpaksa berkongsi suami cinta & kasih sayang. Campur tolak semua tu.. Mampukah menjamin kebahagian & keharmonian rumahtangga. Kalau rasa nak buat kebajikan sangat salurkan insentif tu kat ibu - ibu tunggal yang susah & banyak anak. Dari menggalakkan lelaki yang tak cukup syarat kahwin dengan dorang. Harap dapat bantu nanti, dapat susah pula.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi seorang isteri yer.. Tak semua perempuan rela di madukan walau apa juga alasan. Termasuk la sang lekit. Harap tidak di duga dengan perkara - perkara macam ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com