WAJAR KE INSENTIF UNTUK MEREKA BERPOLIGAMI?
Menurut laporan dalam akhbar insentif yang di berikan bukan untuk menggalakkan para suami berpoligami tapi untuk galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan. Tapi rasanya berapa kerat sangat yang berani tampil untuk mengaku yang dorang dah madukan isteri dorang semata - mata nak dapat insentif. Kebanyakkan yang memadukan isteri dorang secara senyap - senyap ni sebab takut nak isteri mengamuk bila tahu atau isteri pertama tak izinkan. Kalau pasal duit la dorang sembunyikan takde la Bong Mokhtar & Zizie kena denda sebab berkahwin tanpa kebenaran isteri pertama. Macam Bong tu dah lebih dari mampu dari segi kewangan.kan??
Bagi pendapat melekit la kan.. Walaupun poligami di benarkan dalam syarak tapi mengikut syarat - syarat jugak. Kalau dah berkemampuan macam Salih Yaakob tu dapat bagi hantaran kat semua isteri bila dia berkahwin kali ke 4 & boleh bawak family pergi melancong lagi tak perlu la insentif. Sebab dia dah cukup berkemampuan dari segi kewangan. Tapi kalau yang tak mampu tu gatal jugak nak berlagak berpoligami & di beri galakkan dengan insentif.. hurmmm. Cukup ke nak tampung 2 keluarga atau lebih? Kalaupun program insentif ni di laksanakan.. berapa sangat la dapat. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Rasanya kalau wujud pun insentif ni tak seberapa yang dapat. Dah tentu tak sampai 5k, kan??
Bagi kat siapa insentif tu sang lekit tak komen tapi bukan soal insentif yang menjadi persoalan besar. Kalaupun Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh berpendapat “Sebagai wanita, tidak boleh begitu sensitif terhadap perkara ini kerana poligami adalah salah satu syariat yang dibenarkan. Mampu atau tidak mampu, itu soal kedua,”( Rujukan : SInar Harian) tapi bagi sang lekit kemampuan seseorang tu menjadi perkara besar dalam menjamin kebahagian & keharmonian rumahtangga. Kalau dah makan pakai tak cukup, anak - anak terabai pelajaran, laki sibuk dok tambah bini tapi pendapat tak bertambah2 & makin kurang.. sendiri mau ingat la. Salah satu faktor punca kemusnahan rumahtangga jugak tu.
Tu belum lagi emosi isteri yang terpaksa di madukan, terpaksa berkongsi suami cinta & kasih sayang. Campur tolak semua tu.. Mampukah menjamin kebahagian & keharmonian rumahtangga. Kalau rasa nak buat kebajikan sangat salurkan insentif tu kat ibu - ibu tunggal yang susah & banyak anak. Dari menggalakkan lelaki yang tak cukup syarat kahwin dengan dorang. Harap dapat bantu nanti, dapat susah pula.
Ini cuma pendapat & pandangan peribadi seorang isteri yer.. Tak semua perempuan rela di madukan walau apa juga alasan. Termasuk la sang lekit. Harap tidak di duga dengan perkara - perkara macam ni.
suami ada pilihan untuk berpoligami. hak yang ni dipermudahkan. diberi insentif lagi.
ReplyDeleteisteri ada pilihan untuk memohon cerai kalau rasa ianya tidak adil, atau tebus talak tanpa banyak cerita. hak yang ni disusah-payahkan. naik turun mahkamah, kena panggil kaunseling dan sebagainya.
islam berikan hak masing-masing. tertunai atau tidak, itu tertanggung dosanya atas sultan, hakim dan penguasa.
kalau mampu kawen la sampai 4 pun.tp klu tak mampu kenapa perlu kerajaan lak bg duit pd mereka?haiya..peliknyer?bkn ke tu duit rakyat juga?maaf ye...cuma LM pelik dan rasa tak msk akal.
ReplyDeleteskrg ni aku tengok kan Nyah.. salih yakob dah jadi hero kepada lelaki2 yg nak kawen 4, dan perempuan2 yang teringin ada lelaki yg adil mcm ni...
ReplyDeleteBIni2 dia plak jadi idola org nak bermadu kan kan kan?
walaupon belom kahwen tp sy ttp tak stuju poligami..huhu awal2 dah warning jgn mngada nk lebih2..kalo mmg ade niat nak lebih dari satu..sila undur diri..hukhuk
ReplyDeletecakap banyak pun tak guna kerana setuju atau tidak...jika Allah dah golongkan kita dalam kumpulan berpoligami, nak buat macamana...walau macammana atau banyak mana kes, motivasi, ceramah...kes ini tetap begitu...yang pasti ambil kayu hempuk dada sendiri, sakit tak? cuba pakai besi plak..tak de motif tul komen tang situ..
ReplyDeletepandangan peribadi, memang tak semua lelaki boleh adil..
poligami sunnah yang disalahfaham....sunnah yang tidak digalakkan....
ReplyDeletepoligamikan hak istimewa utk suami..rasanya,xperlula nk insentif bagai..
ReplyDeletecam rasuha pun ade...
huhuu
Alhamdulillah,di beri peluang untuk mencoret disini.
ReplyDeleteSedia maklum,poligami adalah hukum ALlah , kita mmg tak boleh tolak..yang menjadi pertikaian adalah kesanggupan dan keadilan suami..
Sorry to say, for me salih yaacob bukan contoh yang baik,sebaik2 contoh adalah Rasulullah S.A.W . Seperti anda lihat,yang punya satu isteri tidak dapat di didik dengan sempurna , begitu juga anak2... ianya pasti di persoalkan di akhirat... tanggungjawab satu isteri pun dahberat inikan kalau isteri2 dan anak2...
Wisely thinks kalau nak berpoligami ini.. ianya bukan ttg kesedapan dan keseronokkan nafsu dunia,tapi dalam melahirkan isteri solehah dan anak2 soleh dan solehah
Poligami ini cantik,cukup cantik, tapi tangan2 manusia yang tidak mengikut garis panduannya yang menjatuhkan poligami..
Pada perasaan isteri,ada yag isteri sanggup... ada yang tidak..
Kenapa wujudnya golongan yang "sanggup " ini? .. kerana didikkan suami ... tarbiyah isteri..
ehem2 Rasulullah berpoligami dengan janda2 ... bukan dengan anak dara.
Orang kita nak anak dara lepas sekolah saja...
But if i not mistaken...
pasal intensif ni jika lelaki itu bernikah lain dengan janda beranak saja kan??? ...
(kalau silap sila betulkan yer )
Erm,lelaki2 sebelum buat keputusan besar,ingatlah dunia ni sementara, di akhirat tu kekal , jangan tersangkut nanti kerna keseronookan sementara :)...
kepada wanita2 layan suami sebaik mungkin,jika tidak dia bersikap baik terhadap kamu.. dan dia mungkin jenis tak cukup, mungkin ada yag lebih baik untuk kamu,jangan terus menyeksa diri :)
sometimes pmpuan yg xnk laki dia kawen lain sbb financial xbrp bgus and tkut tggjwab kat anak2 terabai.. bkn sng nk manage dua fmily or lebih dlam stu masa.. mmng bnyak yg kne pk..
ReplyDeletejemput singgah ANASAURUS :)
oh, sgt TAK WAJAR! syarat lelaki kawen lebih adelah apebile beliau mampu menyara mereka. kalau x mampu g kawen byk2 bakpe? pastu nak suro kerajaan plak tanggung bini2 mereka. enaf2 la penjawat2 awam skang ni ketandusan kenaikan gaji dan ketandusan bonus. hasil kerajaan banyak dsalurkan ke sesuatu yg entah ape2 -suara seorang penjawat awam
ReplyDeletetak baper relevan laa...hohohoooo
ReplyDeletekebanyakkan wanita skrg mana nak bermadu,salih yackob tu kaya,hahaha
ReplyDelete