Showing posts with label Kupas Kupis. Show all posts

14 TAHUN MASIH MENYUSU DENGAN BOTOL SUSU

Rasa geli hati pun yer.. Rasa pelik pun yer.. Rasa janggal pun yer. Sang Lekit masa kecik pun suka menyusu dari botol & suka juga hisap puting botol susu kosong. Maybe tu la di namakan ketagih puting tiruan. Sampai umur berapa tak ingat tapi kiranya umur dalam 1 angka lagi la. Tapi ada adik manis sorang ni menyusu sampai sekarang (umur dah 14 tahun) dengan botol susu.


Alkisahnya remaja 14 tahun ni sukar membuang tabiat minum susu dalam botol susu sampai la jadi anak dara. Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah. Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.

Dia cakap minum susu dengan botol dah menjadi rutin harian & baginya susu sangat sedap berbanding makanan & minuman lain jadi dia kata dia akan terus menyusu dengan botol susu sampai bila-bila. kekekekekekekeke. Kelas kau dik! Mak bapak budak ni pun dah habis idea nak hilangkan ketagihan anak dia minum susu dengan botol susu ni sampai pernah pergi jumpa bomoh la tapi tak berhasil. Tabiat anak dara dorang ni sukar di buang. Tiap2 bulan mak bapak dia memperuntukkan lebih kurang RM80 untuk susu tepung anak dara dorang ni.

Yang paling best dia tak kisah pulak kawan2 dia tahu pasal ni. Kalau dia kisah takkan dia tak kisah orang nak tulis kisah dia kat paper lak kan?? Bagi pendapat sang lekit la.. ketagihan ni nafsu.. nafsu memang kadang2 sukar di kawal tapi berbanding dia hisap benda2 terlarang, biarlah dia hisap susu dari botol ye tak?? Cuma terfikir kalau la dia kawen & ada anak nanti.. agaknya sambil menyusu anak dia pun di susukan sama. kekekekekekeke

Rujukan & berita penuh sila clik : SinarHarian






MALU MAK.. NAK!

Kita sedia maklum kes budak 15 tahun yang kononnya di culik masa pergi beli topup alih2 jadi kes lari ikut jantan. Rakyat malaysia yang prihatin pakat dok share la berita penculikkan minah ni.. Sang lekit dari awal lagi rasa minah tu tak kena culik. Rasa hati ni kuat mengatakan lari ikut boipren la tu. Sebab tu sang lekit tak share. Tup.. Tup.. betul la pulak.

Yang si minah ni kau nak lari dengan jantan pun jangan la menyusahkan orang lain & memalukan mak bapak & seluruh keturunan kau. Bukan salah mak bapak kau canang kat media.. sebagai mak bapak harus dorang risau & buat apa saja nak selamatkan anak dia dari jadi mangsa jenayah ini adalah salah kau yang tak reti nak jaga nama baik family kau.

Sapa tak boleh halang kau nak lari dengan jantan mana pun tapi lepas kau lari tu bertanggungjawab la sikit. Sms la kat mak bapak kau bagitau kau bukan kena culik. Kau ada kat tempat selamat supaya kes kau tak di canang seantero malaya. Cukup la jiran2 tetangga kau je tau kau lari ikut jantan jangan sampai satu dunia tau. Kesian mak bapak kau tu. Kau dah confirm kurang ke'malu'an tu sebab tu kau tanpa was was ambik keputusan macam tu.

Sebab benda2 macam ni la orang ramai malas nak prihatin dah. Lebih2 kes remaja.. Kebanyakkan bukan di culik tapi lari ikut kekasih. Dan sebab itu jugak sang lekit malas nak share kes2 macam ni kat FB. Lain la kes budak2 hilang. Dah sah2 dorang tak lari ikut kekasih tapi di larikan. Teringat pulak kes mistik rekaan anak dara dari terengganu dulu tu.. Kononnya di larikan Jin last2 kes tu lepas siasatan polis rupanya dia yang dok asyik seludup keluar dengan kawan2 dia malam hari lepas tu buat cerita Jin yang sorokkan dia. Kejab kat kubur, kejab kat gunung, kejab kat hutan.. tup tup polis jumpa tiket bas. Jiran dia pun pernah cakap nampak dia keluar naik kereta dengan seseorang pada malam yang di dakwa dia hilang lagi tu. Paling best bomoh2 yang tolong rawat dia tu.. sekali dengan bomoh2 tu pun temberang. Tu lawak mistik yang paling kreatif yang pernah sang lekit dengar. Harap2 adik2 kat rumah tu jadikan sempadan dari buat benda2 macam ni. kesian orang tua korang.. Malu mak.. nak!


KEKEJAMAN MANUSIA SEMAKIN PELIK

Makin maju, makin moden, makin berteknologi otak manusia pun semakin bodoh, kejam & pelik bila sanggup melakukan sesuatu yang kita rasa macam tak masuk akal kerana kesalahan2 yang rasanya boleh di maafkan lagi atau benda yang takde kena mengena jadi mangsa.

Belek - belek surat khabar metro hari ni sementara lala bagi peluang mummy rilex ( dia tido ler) dalam ruangan berita global terfikir sejenak. Hanya sebab si isteri menyambung pelajaran di kolej untuk mendapatkan segulung Ijazah tanpa kebenaran suaminya dia di potong lima jari tangan kanannya oleh suaminya sendiri. (Berita selanjutnya boleh baca DISINI)

Kerana marahkan seorang manusia seekor anak kucing menjadi mangsa bila Seorang wanita yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam  selepas bekas sahabatnya itu membuat laporan polis membabitkan teman lelakinya. (Baca berita selanjutnya DISINI)

Dan lagi manusia kejam yang sanggup cuba membunuh anaknya berusia 1 tahun dengan mencampak dari tingkat 10 sebuah apartment akibat tekanan kerja tapi kanak2 malang itu terselamat & hanya mengalami calar sedikit di mukanya. Apa kena mengena kanak2 tu dengan tekanan kerja si bapak kan?? (Baca berita selanjutnya DISINI)

Manusia Oh manusia.. semakin tinggi teknologi semakin pelik & kejam. Dunia semakin maju manusia semakin kurang sifat perikemanusia. Biar pun bukan semua manusia macam mereka2 tu tapi jumlahnya semakin meningkat.

P/S : Kalau sudi Vote la untuk lala sebelum 31 Dec 2011 ni. Nak Vote clik kat sini --> LALA

ORANG YANG MANDUL SEBENARNYA MEMPUNYAI RAMAI ANAK

Selalunya yang kita faham & tahu orang yang mandul ni tak mampu untuk memiliki zuriat (anak) sendiri. Tapi bila terbaca 1 artikel ni terkejut juga sang lekit bila di katakan orang yang mandul sebenarnya orang yang mempunyai ramai anak. Macam mana orang yang mempunyai ramai anak tu mandul. Jom kita kupas kupis maksud yang di sebaliknya..


Rasulullah s.a.w diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Baca artikel sepenuhnya disini : 10 kelalaian dalam mendidik anak)

Dari 10 kelalaian mendidik anak, sang lekit tertarik dengan kelalaian No.2 ni.. (Yang lain2 kalau korang nak baca clik je link kat atas tu yer)

Kelalaian kedua: Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (do­rongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah.
Menakutkan dengan tempat gelap.
Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
• Menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

 Yang sang lekit bold kat tu yang selalu kita tengok atau kita sendiri terbuat. Bila nak melarang anak buat sesuatu kebanyakkan orang suka menakut nakutkan anak dengan cerita2 tak betul. Jarang sangat la kita nak cerita kenapa kita tak bagi anak tu buat @ pergi pada sesuatu perkara tu. Betul tak?? Jadi moga perkongsian yang ringkas ni dapat memberi manafaat pada semua ibu2 & bapa2 dalam mendidik anak. Semua orang pun nak anak yang terbaik & cuba melakukan yang terbaik buat mereka tapi sebagai manusia kadang2 kita sebagai ibu bapa pun ada silapnya. Jadi sama2 la kita belajar & membetulkan kesilapan tu.

PAKAI SUSUK SEBAB NAK RAJIN BERSOLAT

Kali pertama dengan susuk solat ni.. walau niatnya memang kedengaran baik, untuk membuat ibadat tapi 'Niat tidak menghalalkan cara' bak kata Nyah Zulfikar. Tetap susuk ni memesongkan akidah.

Rujukan : Harian Metro

Kerana nak mendalami agama & memastikan solatnya terjaga seorang hamba Allah ni terpengaruh dengan kawannya (juga menggunakan susuk ni)  yang menggunakan susuk kuat sembahyang. Susuk ni menurut ceritanya di ambil dari seorang yang di panggil 'Ustaz'. ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Akibat dari susuk ni, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat & dia kata setiap kali mendengar Azan, badannya terasa panas seperti ada kuasa yang menariknya untuk bersolat. Susuk ni juga ada pantang larang  sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Niat tu dah baik.. Nak jaga solat tapi cara pula tak betul. Tetap jadi salah & berdosa. Moga benda ni jadi peringatan pada kita.. Niat & cara biarlah selari agar apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama.

P/S : Maaf kalau kurang menyinggah kat blog kengkawan semua sekarang ni. Memang tak berapa nak ada masa. Lala kan makin besar, kurang tidur & banyak nak orang layan dia main

KEBODOHAN SEORANG SUAMI & BAPAK

Lebih takut kena saman dari takut kehilangan anak bini.. Apa punya laki & bapak la dia ni??!! Sebab motor dia takde roadtax & dia pun takde lesen memandu.. seorang lelaki yang berstatus suami & bapak ni sanggup langgar lampu isyarat.. langgar polis yang buat roadblock.. kemudian jatuh motor bersama bini & 2 anak kecik dia (2 tahun & 3 tahun).

Dah jatuh motor sudah la.. Akibat takut kena saman punya pasal dia lagi rela tinggal anak bini dia yang sakit & cedera tu. Angkat motor terus blah.. konon2 boleh lepas la. Last2 kena tahan jugak masa dia datang cari anak bini dia kat hospital. Tau pulak dia cari, kan? Mungkin dia fikir, polis tak cari dia sampai hospital kot.

Orang lain kebanyakkan lebih fikirkan keselamatan anak bini dari diri sendiri. Apa la sangat kena saman berbanding dengan nyawa orang tersayang, kan?? Lain la kau sorang2.. nak rempuh roadblock macam tu. Tapi kalau fikir anak bini.. sorang2 pun mustahil dia buat macam tu. Kalau jadi apa2 kat dia, anak bini pun susah jugak, kan?? Pelik! tapi benar.. Realiti yang banyak berlaku sekarang. Orang lebih takut kena saman dari takut mati. Betul tak??

Ni entri kupasan isu dari akhbar jer.. Dah lama tak mengopek isu dari akhbar. Kena la kurangkan.. Orang asyik memperlekehkan sang lekit pasal kupas kupis isu akhbar jer. Katanya, nenek dorang pun boleh tulis entri macam tu. Yelah.. dorang ada nenek hebat boleh tulis blog.. sang lekit punya nenek tak sempat pun kenal computer apa lagi blog dah pulang kepangkuan Ilahi. Apapun kalau korang nak baca artikel asal clik je kat SINI.



KOMPANG BERBUNYI, PENGANTIN BELUM NIKAH LAGI

Siapa pengantin yang belum nikah tapi dah di kompangkan?? Nak tau apa cerita & makna di sebalik tajuk entri ni sila rajinkan diri anda untuk baca entri ni hingga ke titik noktah terakhir. Takat baca tajuk lepas tu komen, Insyaallah komen korang akan tersasar dari cerita sebenar. Jadi kalau rasa minat nak berkomen sila baca dengan teliti & faham.

carian google

Tu dia mukadimah.. Bukan apa sekarang ni trend blogwalking.. Malas nak baca entri, kalau tak kat shoutbox dia menjerit, dia tinggalkan kesan jari kat komen tapi komennya nampak sangat tak baca entri. Takpe itu terpulang pada diri masing2. Salah memang tak salah, tapi akan jadi salah pada orang lain walau bagi sang lekit terpulang pada diri masing2 la nak baca @ tak.

Apa benda yang kompang berbunyi tapi pengantin belum nikah lagi ni? Ni kes manusia excited yang apa saja baru planning dalam kepala otak & belum dapat keputusan rasmi dah canang bagai esok hari nak naik pelamin. Cerita gedebuk gedebak pasal preparation nak kawen, alih - alih bila orang tanya bila nak langsung jawapan cukup hampeh.. "Tak tahu lagi. Cik Abang belum cukup duit." Tapi hari - hari di canang macam dah tetap tarikh kawen tu. Aduhai adik - adik yang bersifat demikian.. Bukan akak kata tak boleh berkongsi bahagia dengan orang lain yer. Memang la niat yang murni tu baik tapi caranya pula nampak jelik.

Kalau dah tak tentu bila cik abangnya cukup duit & boleh langsungkan acara kawen korang dengan gilang gemilang adalah lebih baik jangan la bercerita macam dah siap sedia memakai costum & naik pelamin. Bukan apa dik Ooi.. buatnya pelamin angan mu musnah, kan malu. Nak2 lagi dalam situasi kamu yang tak tau hujung pangkal bila nak nikah tu. Orang dok dengar hari - hari macam makin dekat je dengan tarikh nikah. Yelah.. ko mengelabah macam esok nak kawen tapi hari ni bunga telur pun belum siap mana orang tak fikir ko dah nak kawen walhal baru perancangan. Kalau pun nak kongsi kegembiraan tu, kongsi la mengikut apa yang berlaku dalam situasi tu. Jangan la ko dok share benda yang baru dalam imaginasi tapi gaya cerita dah macam realiti.

Nak excited tu tak salah jangan over excited nanti benda tu nak makan diri. Kang tak jadi, orang gelakkan ker.. orang ejek2 ke kau juga nak sedih. Meratap hiba kat dinding facebook. 1 hari berjela2 status duka lara tu. Pada adik - adik yang pernah melakukan perbuatan sedemikian rupa.. akak nasihatkan sila cipta garisan privacy sikit kat facebook tu untuk korang tak anggap dinding FB tu macam buku diari yang ada mangga sebab setiap apa yang korang taip kat situ bukan lagi rahsia. Jadi berhati2 yer..

P/s : Sebab korang terlalu open minded kat dinding muka buku tu maka tercipta la entri ni. Kalau taknak orang kutuk, sila jangan berbogel sangat kat status FB tu yer.. 

CIRI CIRI ORANG BUAT SALAH SECARA SEMBUNYI

Orang buat salah ni kalau korang perasan dia cepat cuak. Korang setuju tak kalau sang lekit cakap macam tu? Dari pengalaman korang sendiri la samada korang berdepan dengan orang yang buat salah atau korang sendiri yang buat salah, macam mana situasi, keadaan & perasaan korang? Jom kita bincang2 bersama tapi sebelum tu biar sang lekit berhujah dengan pendapat sang lekit dulu yer..

contoh muka cuak. Model Lala
Memang orang bersalah ni dia cepat cuak. Macam mana keadaan yang membuatkan si pesalah ni jadi cuak tak semena mena. Contoh bila dia berdepan dengan situasi di mana orang memperkatakan kesalahan yang di buat walaupun orang tak syak atau tahu pun yang buat salah tu adalah dia. Dia akan jadi cuak jugak sebab dalam otak dia mula rasa macam orang tahu dia yang buat salah tu.

Contoh kedua, dia akan jadi cuak walaupun hanya bergurau. Dalam situasi ni sapapun tak tahu dia buat salah & kesalahan dia tu tapi kebetulan tengah borak2, tergurau la dengan sesuatu perkara yang dia buat salah tu. Mesti dia auto cuak punya. Contoh keadaan tu sepasang kekasih sedang bergurau senda.. si gadis bergurau dengan si jejaka.. gurauannya lebih kurang macam ni.. "Alah U tu yang.. depan I je macam baik, belakang I entah2 simpan sparepart 2 3" kebetulan memang betul pun di jejaka ada sparepart lain & kalau nak tahu orang salah ni cepat cuak dari jawapan balas dia. Kalau dia jawab macam takut2 tu.. berisiko tinggi dia memang buat salah.

Contoh ketiga.. Orang buat salah ni cepat emo juga. Kenapa? Sebab dia cuba nak tutup kesalahan yang dia buat bila dia rasa macam rahsia dia semakin terbongkar. Kadang2 kita cuma tanya samada dia ada buat @ tak, tapi dia melenting mengalahkan kita tuduh dia yang buat. Kalau berlaku situasi macam ni berkemungkinan orang tu yang buat salah tapi boleh jadi tak jugak. Ada jenis orang yang memang cepat sentap cuma kurang peratusnya dalam keadaan macam tu. Peratus tinggi bila si pesalah jadi emosi tak tentu pasal.

Tu antara ciri2 orang yang buat salah dalam senyap. Kalau korang berdepan dengan situasi macam tu elok la di siasat betul2. Bukan apa takut kita tak nampak musuh depan hidung, menuduh pula musuh di seberang laut, kan?

P/S : Bak kata pepatah, takut kerana salah.

BETINA DI BUANG, JANTAN DI SAYANG

"Buat apa bela & simpan yang betina banyak - banyak, buang je. Esok2 dia beranak, bersepah dalam rumah. Tinggal yang jantan2 dah la." Itu antara dialog yang biasa sang lekit dengar dari kecik.

Sampai hati kan.. Apa salah di lahirkan sebagai betina. Kalau takde betina, takde juga jantan tau. Korang jangan pelik sang lekit bukan cakap kasar ok. Betina & jantan bukan mengambarkan manusia yang buruk akhlaknya. Sang lekit sedang bercakap pasal kucing.

Walau sang lekit salah seorang pencinta kucing tapi jarang2 sekali sang lekit nak bercakap pasal haiwan kesayangan sang lekit ni tapi kali ni sang lekit nak kopek isu ni. Isu ni sebenarnya dah lama berlaku di sekeliling sang lekit. Di persekitaran korang tak tahu la. Isu kucing betina yang di pinggirkan. Dikatakan akan menambah beban bila terlalu subur & kerap beranak.

Selalu sang lekit nampak kucing bila di lahirkan betina akan berisiko di buang (kalau jenis tuan yang cuma nak yang cantik & senang je bukan membela atas kasih & kasihan). Raya lepas sang lekit balik kampung & adik bongsu sang lekit baru je jumpa seekor anak kucing yang masa tu mata pun belum buka tapi dah di buang. Bila check, anak kucing tu betina. Benda yang biasa berlaku bagi sang lekit. Asal betina je orang taknak, sebab taknak dia akan membiak. Jangan tanya sang lekit kenapa dorang tak hantar klinik untuk di kasi kan.. sebab sang lekit tak boleh jawab dengan tepat tapi mungkin dorang sayangkan duit la kot.

Ni sebahagian kucing2 sang lekit kat kampung di tempat lepak dorang. ada 2 3 ekor lagi kot tercicir takde dalam pic ni. Yang kecik tu la kucing betina yang di buang manusia dungu. Kalau ye pun nak buang, biar la pandai makan dulu. Ni menyusu pun belum habis. Nasib baik ada ibu tumpang kat rumah sang lekit tolong susukan

Bila ada sikap diskriminasi terhadap jantina haiwan ni memang kesian. Yang jantan di sayang, yang betina di buang. Dorang sanggup biarkan kucing yang membesar dalam rumah hidup sebagai kucing jalanan & terbiar. Bayangkan la sementara dia nak biasa hidup macam tu.. Sedangkan selama hidup dia, celik mata ada orang sediakan makan minum tapi berubah tidur pun dalam ketakutan, makan minum terpaksa harap belas ehsan manusia yang tak di kenali. Yang pelik dorang boleh tidur lena tanpa terkenang nasib si comel yang di buang. Kalau sang lekit la kucing hilang pun risau sangat. Risau takut lapar, takut tidur kesejukkan.. takut jadi apa2 yang buruk. Tapi nak pelik apa.. orang jenis tu memang takkan fikir semua tu, kalau dorang fikir dorang takkan sekejam tu buang kucing dorang sebab di lahirkan betina, ye tak??

Sedih.. memang menyedihkan. Nak bela kucing tapi nak bela yang tak membiak je. Yang pelik awal2 kenapa bela yang betina.. Bela je yang jantan. Apapun jantan atau betina kedua2 nya memerlukan kita manusia untuk bergantung hidup & menumpang kasih sayang. Jangan kejami si comel hanya kerana mereka di lahirkan sebagai betina. Alhamdulillah sejak dari kecik keluarga sang lekit membela kucing, tak pernah seekor pun kami buang. Biar pernah sampai lebih 20 ekor.. Kami biarkan dia pergi dengan sendiri bila sampai ajalnya. Untuk ambil keputusan buang bagi kurangkan jumlah dorang dalam rumah sang lekit, itu benda mustahil terjadi dari dulu sampai sekarang.

MENCARI ISTERI YANG CANTIK ATAU MENCARI KECANTIKKAN ISTERI

Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana?

Sang Lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit sambil2 korang pun boleh bagi komen selepas selesai baca entri ni.

Adakah korang nak cari isteri yang cantik? (bagi mereka yang bujang & para suami yang tengah mencari calon isteri lagi) Atau mencari kecantikkan pada isteri. Ketahuilah duhai lelaki, kecantikkan itu tidak kekal selamanya.. Kalau cantik yang di cari andai satu hari kecantikkan itu takde lagi apakah korang akan mencari orang lain yang masih cantik?

Jika dah jodoh dengan orang yang kurang dari rupa parasnya.. janganlah mengeluh atau malu atau jadikan itu alasan nak cari lain yer. Carilah kecantikkan yang ada dalam diri isteri korang tu. Takkan muka buruk, semuanya buruk kot. Mesti ada kecantikkan lain yang isteri orang lain yang cantik rupa parasnya takde. Contoh walau isteri mu buruk rupa parasnya, tapi bab memasak memang cantik. Takde la asyik baca menu kat luar jer kalau nak makan sedap2.

Setiap manusia yang di jadikan ada cantik & buruknya. Mungkin buruk dari rupa parasnya, tapi cantik dari budi pekertinya. Mungkin cantik rupa parasnya tapi buruk sikapnya. Bukan takde yang pakej, cantik luar & dalam. Ada.. Tapi tak semua orang bertuah dapat pakej macam tu. Nak pakej macam tu kena tengok juga pakej yang ada pada diri anda. Kalau dah muka pecah, kerja pun malas.. Nak pakej cantik2 ni, tolong tunjal dahi sendiri & cakap dalam keadaan yang sedar.. " Kau siapa nak demand2?!"


BERGELAR DATUK TAPI TAK MAMPU UNTUK SARA HIDUP

Sekarang ni sang lekit tengok kat Malaysia, senang2 je orang nak dapat title Datuk. Makin bersepah yang dapat anugerah Datuk. Sang lekit tak tahu apa kelebihan yang dapat dari gelaran Datuk yang di beri. Selalunya kita biasa dengar orang yang dapat pangkat Datuk ni kaya raya lain pula cerita seorang Datuk ni..

Masih ingat lagi dengan pelakon Yahaya Sulong. Sang lekit tak pasti bila anugerah Datuk ni di beri kepada Datuk Yahaya Sulong tapi tak kisahlah.. dia pun dah lama bergiat dalam dunia seni. Ok la jugak bagi Pak Ya kita anugerah Datuk dari dok bagi kat Shah Rukh Khan tu kan..

Datuk Yahaya Sulong

Alkisahnya.. Pak Ya ni memohon bantuan sara hidup & membeli ubat ubatan kerana anak-anaknya tidak pedulikan beliau. Pak Ya kini sedang berperang dengan penyakit asma dan masalah jantung yang dideritai sejak setahun lalu.

Ni soalan bodoh bagi orang yang pandai dalam hal ni.. Dapat Anugerah Datuk ni memang tak dapat apa2 elaun ker? Sekadar pacak depan nama dengan perkataan Datuk je yer? Apapun.. Sedih baca rintihan hati Datuk Yahaya Sulong tu.. Moga ada tangan2 mulia menghulurkan bantuan. Sesungguhnya Gelaran Datuk je tak buat orang kenyang. Renung - renungkan lah yer..

P/S : Lebih baik bagi elaun pada artis2 veteran ni dari bagi Anugerah Datuk kan?

Rujukan : Sinar Harian

TAJUK DRAMA MELAYU SEKARANG

Topik ni selalunya di bincangkan dengan en hubby. Dia selalu komplen pasal tajuk drama melayu. Kenapa En hubby komplen. Inilah yang nak di kopek sebentar lagi.

Kalau dulu tajuk drama melayu ni kreatif. Berseni, bersastera, puitis gitu. Dari tajuk pun macam suspen je walau bukan cerita seram atau hantu. Contoh macam cekerama pernah di tayangkan kat tv3 dulu, cinta si penggali kubur.. Lebih kurang macam tu la tajuk2 nya. Tapi korang perasaan tak sekarang kalau tajuk drama jer mesti guna nama watak utama. Takde lagi tajuk2 yang mengambarkan cerita tersebut. Hampir 90% tajuk drama sekarang hanya guna nama perempuan. Macam yang tengah popular sekarang Safiyya, Cinta elisa & tak lupa juga drama yang pernah meletup macam pop corn baru di masak, Nora elena.

Sekadar hiasan

Trend guna nama perempuan pada tajuk drama ni di mata en hubby & isterinya agak kurang menarik & kreatif jer. Jadi muak pula baca tajuk drama.. Yelah.. lambakkan tajuk drama yang sama jer walau berbeza pada namanya. Bila guna tajuk macam tu.. Kita cuma tahu itu watak utama dia tapi tak mengambarkan kisahnya pun tak best. Sekurang kurangnya kalau tajuk tu macam suspen.. teruja jugak nak tahu kisahnya. Ini cuma nama.. alahai.

Bukan nak kondem, tapi kalau hampir setiap drama melayu baca tajuk jer nama watak utama.. macam takde seni. Cuba kembali kegemilangan tajuk drama yang berseni macam zaman 90an dulu. Yelah.. yelah.. kang ada pulak kata, zaman dah moden takkan nak guna cara lama lagi. Tapi kalau moden itu menjemukan tak salah guna konsep lama kemudian di modenkan ikut arus zaman. Tajuk pun memainkan peranan jugak. Kalau tajuk tak best, orang pun tak minat nak tengok. Ye tak?? Macam tajuk entri kat blog jugak.. Kalau takde gimik langsung pun susah nak tarik orang baca, kan??

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit yang merujuk kepada mana2 pihak. Kalau ada pihak yang terasa hati, maaf la yer. Sang lekit cuma bersuara sebagai penonton je.

KENAPA PEREMPUAN MELAYU TAK BOLEH MASUK PERTANDINGAN RATU CANTIK TAPI BOLEH SERTAI PERTANDINGAN GYMNASTIK

Tetiba hari ni rasa nak kopek isu pasal pakaian yang di pakai peserta gymnastik & ratu cantik setelah  tertonton rancangan kat TV1 petang tadi.. Tajuknya idola sukan kalau tak silap. erkk.. entahlah.. yang pasti idola jugak la.

Kita sedia maklum akan pakaian yang di pakai peserta gymnastik (perempuan) & antara pakaian yang wajib di pakai bagi mereka yang menyertai pertandingan ratu cantik. Kat Malaysia gadis/perempuan/wanita melayu muslim di haramkan untuk menyertai pertandingan ratu cantik atas sebab2 kena pakai pakaian menjolok mata & memperagakan tubuh.

Mari kita tengok persamaan bikini & pakaian peserta gymnastik. Kalau gymnastik orang melayu muslim boleh sertai.. Tapi pakaian yang di pakai peserta perempuan ala2 bikini jugak kan?? Tak pula di haramkan. Dah tu semasa melakukan aksi gymnastik terpaksa lompat2, kangkang2, lentik2. Kalau ratu cantik melayu berbikini di katakan tidak sopan, adakah pakaian & pergerakkan gadis melayu yang menyertai acara gymnastik tu nampak sopan walau comel?

Carian google. sekadar hiasan

Bila tengok rancangan kat TV1 tadi.. walau idola pilihan tu seorang kanak2 perempuan melayu tapi jurulatih dia bukan kanak2.. dah gadis & bekas atlik gymnastik melayu muslim. Tiba2 terfikir apa beza bikini & pakaian yang di pakai oleh atlik gymnastik melayu muslim. Nampak sama jer.

Ini cuma satu pandangan, pertanyaan peribadi sang lekit. Sesiapa yang ada alasan, hujah & jawapan tentang perkara ni boleh jer menaip di kotak komen entri ni bagi bertukar2 pandangan & mungkin korang ada info2 tentang benda ni semua. Harap takde pihak yang rasa entri ni menganiaya atau menghentam. Ini cuma pertanyaaan seorang orang awam yang agak dungu dalam hal ni. kekekekeke

MURID TRAUMA, CIKGU KENA RAGUT DALAM KELAS

Jenayah sekarang tak kira kat mana saja. Semua tempat dah tak terjamin keselamatannya. Macam 1 kes ni sang lekit terbaca kat status seseorang tu. Seorang cikgu kena ragut dalam kelas masa sesi pembelajaran.

copy paste dari FB
Macam mana la pengawal tu boleh biarkan orang tu (peragut) masuk ke kawasan sekolah. Entah apa la peragut tu ayat yer sampai pengawal tu pun boleh lepaskan dia masuk. Takkan tak di rujuk dulu dengan guru2 kat sekolah sebelum membenarkan orang asing masuk ke kawasan sekolah?  Kesannya pada guru & murid2 yang tengok kejadian tu. Sampai trauma. Kan menganggu pelajaran dorang.

Itu la kan.. sekarang ni jenayah ada dimana2 saja. Kalau tak peragut dari luar masuk pun, warga sekolah tu sendiri kadang2 boleh buat jenayah jugak. Betul tak??

GUNA MAKANAN DALAM PERMAINAN

Pagi semalam sempat tengok rancangan Ewah - Ewah yang bertemakan permainan. Peserta adalah di kalangan artis2 Malaysia. Riuh & meriah rancangan tu sebab pengacara dia Nabil & wahid senario. Memang kecoh la..

Bukan nak cerita pasal kemeriahan, kekecohan atau keriuhan rancangan tu tapi nak kopek pasal isu permainan yang menggunakan makanan. Semua orang tahu idea mencipta rancangan berunsurkan permainan & menggunakan makanan sebagai bahan permainan ni datangnya dari barat dulu. Ye ke?? Ke Jepun?? Mana2 la janji bukan bermula dari Malaysia tapi menjadi ikutan oleh negara2 lain.

Korang rasa sesuai ke main dengan makanan ni?? Bagi sang lekit la macam 1 pembaziran yang terang lagi nyata depan mata. Macam dalam rancangan ewah2 semalam.. pertandingan buat sandwich siapa lebih tinggi dengan pecahkan telur guna sebelah tangan tanpa telur kuning tu pecah dalam mangkuk. Lepas rancangan tu agaknya dorang makan tak sandwich yang comot dorang buat tadi. Rasanya tak makan kot.. Atau telur yang dorang pecahkan berpuluh2 biji tu dorang goreng buat telur dadar tak untuk makan tengahari. Dah tentu tak mungkin, kan??

Jadi di mana destinasi makanan2 tu selepas rancangan tu?? Kalau dah makan tidak, nak framekan buat kenang kenangan pun tak boleh dah sah2 la tong sampah juga yang telan semua benda tu. Kan Membazir? Kat somalia sana orang mati kebuluran tak makan, kita kat sini sampai buat main je benda makan. Menangis orang somalia tengok tau!

Jadi relevankah rancangan yang berunsurkan permainan menggunakan bahan makanan. Lain la pertandingan makan. Dah tentu masuk melalui mulut terus ke perut.

 Carian google


GAJI RM800 TAPI BELANJA MACAM GAJI RM8K

Bila orang sebut Dolce, Gabana, Gucci bagai telan air liur je. Yelah gaji cuma RM800, sewa rumah RM250, nasib baik bil elektrik bawah RM20 jadi tak perlu bayar, Bil air tak risau mesti bawah RM10 sebulan tapi makan, pakai, simpan sikit manalah tau emergency. Tinggal berjauhan dengan keluarga ni kena ada persediaan awal.

Tu kisah sang lekit waktu kerja di cyber cafe (kerja sementara nak dapat kerja) selepas company yang sang lekit kerja sebelum tu tutup sebab masalah dalaman & kewangan. Memang ada simpanan sang lekit masa keja kat situ (gaji kat situ pun not bad so dapat la saving sikit2)  tapi sang lekit dah la menyewa sorang2 lepas tu jauh dari family jadi selagi boleh gunakan duit gaji yang seciput tu sang lekit taknak la keluarkan duit simpanan. Cerita macam setahun je kerja kat cyber cafe tu kan padahal kerja 1 bulan jer.(errkk.. dua bulan kot.. tak ingat pulak)

Berbalik pada kisah sebenarnya.. Gaji  RM800 belanja macam gaji RM8k sebulan. Maksudnya orang yang suka berbelanja lebih dari kemampuan ni. Biar gigit kuku tengah bulan takpe, janji boleh selak baju tunjuk seluar jeans rome katanya (ni merujuk pada kisah benar yang berlaku depan mata sang lekit dulu. Macam kelas sangat la jeans rome dia tu, kan??). Kau ada pakai rome. Takat pakai levis uptown tu tak payah sembang la. Tu baru jeans.. tak lagi tengok baju, beg, kasut, jam, anting2, tali pinggang, minyak wangi bagai.. Bak kata orang dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki semua branded. Harga ratus2 punya. Tapi gaji RM800 je sebulan.

Bukan la nak memperkecilkan gaji dia yang kecik tu.. Tapi bila sang lekit kenal orang yang macam ni tertanya2 sang lekit gaji dia setiap bulan di peruntukkan 100% untuk barang berjenama je ker? Kalau tak kerana tinggal dengan mak bapak confirm la tidur dalam khemah, makan biskut empat segi hari2. Yelah belanja laju macam ombak tsunami macam tu.. tak sampai tengah bulan jer confirm la bersaki baki syiling. Tu pun bertuah kalau ada lagi syiling.

Orang macam tu tepat sangat dengan pepatah "Biar papa asal bergaya".. Hanya tengok luaran jer macam kaya, tapi seluk poket tarik keluar tiket bas rapid kl je ada. Untuk apalah kita berlagak dengan barang2 berjenama kalau sampai di luar kemampuan kita sebenarnya. Barang2 tu semua akan buruk, rosak kalau boleh jual pun jenis susut harga. Bagi sang lekit yang mesekin ni kan.. Takpe la aku pakai levis uptown pun janji aku tetap boleh makan nasik sampai hujung bulan tanpa tercicir walau sehari. Lain la ko memang gaji RM8k++.. Tapi semua tu kisah zaman bujang.. sekarang dah kawen en hubby yang tanggung 100% tapi tetap sang lekit mengamalkan sistem berbelanja ikut kemampuan. Sebab tu dah menjadi cara hidup sang lekit sejak tinggal berjauhan dengan family.
 

PERNAH BERMADU TAPI TAK TAHU

Membaca kosmo di ruangan Rencana Utama hati, naluri & jiwa seorang isteri agak sentap jugak la. Biarpun kisah tu di ceritakan oleh seorang suami berkenaan masalah yang melanda dia & isteri keduanya gara - gara Facebook yang menemukan kembali isteri keduanya & dgn bekas kekasih dan kerana kecurangan isteri kedua tu mereka akhirnya bercerai. tapi apa sang lekit lebih terfikir pada isteri pertama yang tidak tahu hidup bermadu & di tipu suami sendiri. (Untuk membaca artikel tersebut sila clik DISINI )

Kisahnya bermula apabila si isteri (pertama) ni terpaksa pulang kekampung halamannya selepas kematian Ayah untuk menguruskan ibu  yang uzur & perniagaan keluarga. Terpaksa la hidup berjauhan pasangan suami isteri ni & hanya dapat bertemu 3 minggu sekali. Dorang ada 4 orang anak. Bermula dari situlah kesetian sang suami mula tergugat.

Dari di madukan sampaikan sang suami bercerai dengan isteri kedua, Si isteri pertama tetap tak tahu apa yang berlaku di belakangnya. Kesiankan.. Mati2 la si isteri ni percaya pada sang suami tapi dalam pada yang sama dia di tipu hidup2. Bayangkan kalau isteri pertama ni tahu dia pernah di madukan.. Walau pernah di madukan bukan masih bermadu tapi tetap si isteri akan kecewa sebab kepercayaan dia pada suami selama ni di perbodohkan.

Agaknya apa perasaan sang suami tu ekk?? Tak ke dia di hantui rasa bersalah kerana pernah mencurangi isteri yang setia? Tak terfikir ke si lelaki tu macam mana kalau dia yang berjauhan dengan isteri, meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada isteri tapi akhirnya di tipu, di curangi & di duakan?? Mungkin lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang tapi soal hati, soal curang, soal setia, soal di tipu tetap salah, kan?? Rasa sakit tetap sama tak kira di pihak lelaki atau perempuan jika di tipu & di duakan. Sesungguhnya sedikit sangat perempuan di dunia ni rela di madukan.. Apatah lagi lelaki, korang rela ke di duakan?? Jadi kalau korang pun tak sanggup, jangan minta isteri yang tak sanggup untuk sanggup terima walau pahit & perit.

LONDEH KAIN, TUNJUK KEMALUAN SENDIRI PADA ORANG

Isu canang kisah peribadi yang pernah sang lekit kopek dulu memang mendapat respond yang banyak. Ada yang bersetuju, tak kurang juga yang rasa entri tu mengumpat. Semua tahu isu tu berkaitan dengan bekas pasangan kekasih & tunang seorang selebriti sukan. Tak perlu sebut nama la kot.

Kesan dari tindakkan bekas tunang (perempuan) yang memburuk - burukkan bekas tunangnya (lelaki) kini bukan si lelaki itu membuka aib si perempuan tapi orang lain yang membuat hujah balas & mendedahkan perangai buruk si perempuan setelah bengang dengan tindakkan si perempuan yang mendedahkan aib si lelaki. Sang Lekit terbaca semua tu kat blog Ahkak puaka. Lepas ni tak tau kan kalau tiba2 wujud ahbang puaka lak mendedahkan aib pihak lawan.. maka habis semua cerita dalam kain bekas pasangan kekasih & tunang ni orang tahu. Umpama londeh kain tunjuk kemaluan sendiri pada orang lain jer.

Sebahagian pendedahan kat blog Ahkak puaka tu. Pinjam jer.. bukan curi yer ahkak puaka

Kan dah pesan awal2.. Perangai mencanang kisah peribadi membawa kesan yang buruk & berpanjangan. Jangan nak salahkan orang dengan mengutuk mereka2 itu sebagai menangguk di air yang keruh, yang keruhkan air tu siapa. Sekarang drama ni semakin panjang, rahsia peribadi dah semakin tak jadi rahsia lagi (kalau cerita kat blog Ahkak puaka tu adalah benar2 belaka ler.. ) masing2 nak berlawan dedahkan buruk masing2.. maka habis semua kain, underwear.. terlondeh & orang tahu apa yang ada di sebalik tu. Sapa rugi?? Sapa Malu?? Korek idung, rasakan nikmatnya sendiri. Bila orang tegur kata orang dengki.. Apapun moga jadi pengajaran. Sudah2 la tu dok berlawan mengata sesama sendiri. Memburukkan lagi keadaan bukan menjernihkan keadaan.

HARGA 1 NYAWA CUMA 5 TAHUN PENJARA

Kes adik Aminulrasyid Amzah, Remaja 15 tahun yang di tembak mati oleh seorang anggota polis tahun lalu rasanya ramai yang masih ingat kan?? Semalam sang lekit sempat tengok berita, Anggota polis tersebut di dapati bersalah & di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Cuma 5 tahun je bagi kesalahan menyebabkan kematian orang lain?

Semoga Rohnya di cucuri rahmat.. Al-Fatihah

Di harian Metro hari ni Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Tahar memberi kenyataan.. Hukuman 5 tahun penjara di putuskan setelah  mahkamah mengambil kira kes ini membabitkan anggota polis yang sudah berkhidmat selama 25 tahun. Mangsa adalah pelajar berusia 15 tahun dan kes ini babitkan kepentingan awam apabila ia diikuti banyak pihak. mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. pihaknya berpendapat Jenain tidak perlu melepaskan 21 das tembakan terhadap kereta dipandu oleh Aminulrasyid memandangkan keadaan pada masa kejadian tidak membahayakan mana-mana pihak termasuk tertuduh. Katanya, sebagai anggota polis, seharusnya mengetahui bahawa tembakan dilepaskan secara automatik adalah sangat berbahaya kerana senjata api akan mengeluarkan peluru secara berterusan.

Hurmm.. susah nak komen kan?? Rasa macam tak berbaloi hukuman 5 tahun penjara tu. Mungkin ini kesalahan pertama & beliau takde rekod jenayah sebelum ni tapi ia melibatkan nyawa & keselamatan orang awam. Nak cakap lebih - lebih kang kena saman pula. Yelah.. sang lekit ni bukan belajar law.. tapi dari pandangan orang awam & rakyat Malaysia memang terlalu ringan hukuman tu berbanding dengan kesalahan yang di lakukan.

KEBUN EMAS ALAM GHAIB

Bila di beri gelaran seorang ustaz kita melabelkan seseorang tu tinggi ilmu agamanya sehingga mampu menjadi tempat untuk orang lain menimba ilmu agama & merujuk kepadanya tentang agama tapi sayangnya kisah seorang ustaz ni. Walau dia seorang ustaz tetap terjebak dalam kumpulan ajaran sesat.

Kumpulan ajaran sesat ni di katakan kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib menyebabkan seorang ustaz sanggup meminjam duit dari Along sebanyak RM20K untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Guru agama itu juga berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Akibat dari perkara tu isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along.

Aduhai.. Memang duit & kemewahan buat orang hilang pedoman tak kira siapapun dia. Sepatutnya seorang pendidik ni lebih bijak & matang membuat penilaian.. Tak sangka ustaz ni pun percaya benda2 karut yer. Kalau betul wujud kebun emas di alam ghaib, dah lama ketua kumpulan ajaran sesat tu jadi jutawan, kan??

Rujukan : Harian Metro
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com