TAJUK DRAMA MELAYU SEKARANG

10/11/2011 08:39:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Topik ni selalunya di bincangkan dengan en hubby. Dia selalu komplen pasal tajuk drama melayu. Kenapa En hubby komplen. Inilah yang nak di kopek sebentar lagi.

Kalau dulu tajuk drama melayu ni kreatif. Berseni, bersastera, puitis gitu. Dari tajuk pun macam suspen je walau bukan cerita seram atau hantu. Contoh macam cekerama pernah di tayangkan kat tv3 dulu, cinta si penggali kubur.. Lebih kurang macam tu la tajuk2 nya. Tapi korang perasaan tak sekarang kalau tajuk drama jer mesti guna nama watak utama. Takde lagi tajuk2 yang mengambarkan cerita tersebut. Hampir 90% tajuk drama sekarang hanya guna nama perempuan. Macam yang tengah popular sekarang Safiyya, Cinta elisa & tak lupa juga drama yang pernah meletup macam pop corn baru di masak, Nora elena.

Sekadar hiasan

Trend guna nama perempuan pada tajuk drama ni di mata en hubby & isterinya agak kurang menarik & kreatif jer. Jadi muak pula baca tajuk drama.. Yelah.. lambakkan tajuk drama yang sama jer walau berbeza pada namanya. Bila guna tajuk macam tu.. Kita cuma tahu itu watak utama dia tapi tak mengambarkan kisahnya pun tak best. Sekurang kurangnya kalau tajuk tu macam suspen.. teruja jugak nak tahu kisahnya. Ini cuma nama.. alahai.

Bukan nak kondem, tapi kalau hampir setiap drama melayu baca tajuk jer nama watak utama.. macam takde seni. Cuba kembali kegemilangan tajuk drama yang berseni macam zaman 90an dulu. Yelah.. yelah.. kang ada pulak kata, zaman dah moden takkan nak guna cara lama lagi. Tapi kalau moden itu menjemukan tak salah guna konsep lama kemudian di modenkan ikut arus zaman. Tajuk pun memainkan peranan jugak. Kalau tajuk tak best, orang pun tak minat nak tengok. Ye tak?? Macam tajuk entri kat blog jugak.. Kalau takde gimik langsung pun susah nak tarik orang baca, kan??

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit yang merujuk kepada mana2 pihak. Kalau ada pihak yang terasa hati, maaf la yer. Sang lekit cuma bersuara sebagai penonton je.

11 comments:

  1. benda ni mcm dh jd trend penerbit kan kak.sy setuju ngan akk gak.kalau dulu mmg besh je tajuk drama.skrg ni sume nama je.kasih alia lah.ich tak kretif lgsung.

    ReplyDelete
  2. i noticed that when u mentioned it here. iya, memang betul. no more great classic titles for those dramas. nak tengok pun tak syiook kan :(

    arisha sekarang tak gemar tengok drama melayu, suka tengok sinteron since arisha stay kat jakarta ;) hahaha. boleh plak macamtu kan!

    ReplyDelete
  3. A'ah lah mummy, ibu pun pikir macam tu.. Pelik!! Macam dah tak kreatif dah deme letak tajuk drama ni.. ;)

    ReplyDelete
  4. teringat dulu suka sebut nama drama Spa Q sebagai Sepak...

    ReplyDelete
  5. "digigit hantu monyet" ok tak tajuk kalau mcm ni nyah?

    ReplyDelete
  6. Dorg buh tajuk drama pkai nama watak sbb nk bg cdgan utk pregnant moms kot hehehhe
    santai ek!!!

    ReplyDelete
  7. betul jugak kan? kebanyakan drama sekarang guna nama~
    tapi saya suka dengan title cerita adamaya. he

    ReplyDelete
  8. a'a ek..perasan jugak trend drama guna tajuk berunsurkan nama pompuan..sekarang pun dah jarang tgk drama..sebab cliche sangat..bosan..(-_-")

    ReplyDelete
  9. akak x perasan ke. stail filem/drama kat malaysia ni kan ikut market. haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com