15 October 2011

BETINA DI BUANG, JANTAN DI SAYANG

"Buat apa bela & simpan yang betina banyak - banyak, buang je. Esok2 dia beranak, bersepah dalam rumah. Tinggal yang jantan2 dah la." Itu antara dialog yang biasa sang lekit dengar dari kecik.

Sampai hati kan.. Apa salah di lahirkan sebagai betina. Kalau takde betina, takde juga jantan tau. Korang jangan pelik sang lekit bukan cakap kasar ok. Betina & jantan bukan mengambarkan manusia yang buruk akhlaknya. Sang lekit sedang bercakap pasal kucing.

Walau sang lekit salah seorang pencinta kucing tapi jarang2 sekali sang lekit nak bercakap pasal haiwan kesayangan sang lekit ni tapi kali ni sang lekit nak kopek isu ni. Isu ni sebenarnya dah lama berlaku di sekeliling sang lekit. Di persekitaran korang tak tahu la. Isu kucing betina yang di pinggirkan. Dikatakan akan menambah beban bila terlalu subur & kerap beranak.

Selalu sang lekit nampak kucing bila di lahirkan betina akan berisiko di buang (kalau jenis tuan yang cuma nak yang cantik & senang je bukan membela atas kasih & kasihan). Raya lepas sang lekit balik kampung & adik bongsu sang lekit baru je jumpa seekor anak kucing yang masa tu mata pun belum buka tapi dah di buang. Bila check, anak kucing tu betina. Benda yang biasa berlaku bagi sang lekit. Asal betina je orang taknak, sebab taknak dia akan membiak. Jangan tanya sang lekit kenapa dorang tak hantar klinik untuk di kasi kan.. sebab sang lekit tak boleh jawab dengan tepat tapi mungkin dorang sayangkan duit la kot.

Ni sebahagian kucing2 sang lekit kat kampung di tempat lepak dorang. ada 2 3 ekor lagi kot tercicir takde dalam pic ni. Yang kecik tu la kucing betina yang di buang manusia dungu. Kalau ye pun nak buang, biar la pandai makan dulu. Ni menyusu pun belum habis. Nasib baik ada ibu tumpang kat rumah sang lekit tolong susukan

Bila ada sikap diskriminasi terhadap jantina haiwan ni memang kesian. Yang jantan di sayang, yang betina di buang. Dorang sanggup biarkan kucing yang membesar dalam rumah hidup sebagai kucing jalanan & terbiar. Bayangkan la sementara dia nak biasa hidup macam tu.. Sedangkan selama hidup dia, celik mata ada orang sediakan makan minum tapi berubah tidur pun dalam ketakutan, makan minum terpaksa harap belas ehsan manusia yang tak di kenali. Yang pelik dorang boleh tidur lena tanpa terkenang nasib si comel yang di buang. Kalau sang lekit la kucing hilang pun risau sangat. Risau takut lapar, takut tidur kesejukkan.. takut jadi apa2 yang buruk. Tapi nak pelik apa.. orang jenis tu memang takkan fikir semua tu, kalau dorang fikir dorang takkan sekejam tu buang kucing dorang sebab di lahirkan betina, ye tak??

Sedih.. memang menyedihkan. Nak bela kucing tapi nak bela yang tak membiak je. Yang pelik awal2 kenapa bela yang betina.. Bela je yang jantan. Apapun jantan atau betina kedua2 nya memerlukan kita manusia untuk bergantung hidup & menumpang kasih sayang. Jangan kejami si comel hanya kerana mereka di lahirkan sebagai betina. Alhamdulillah sejak dari kecik keluarga sang lekit membela kucing, tak pernah seekor pun kami buang. Biar pernah sampai lebih 20 ekor.. Kami biarkan dia pergi dengan sendiri bila sampai ajalnya. Untuk ambil keputusan buang bagi kurangkan jumlah dorang dalam rumah sang lekit, itu benda mustahil terjadi dari dulu sampai sekarang.

17 Komen Melekat:

Azzah said...

betina ke jantan semua azzah simpan..kalau tak suka,azzah paksa kawan2 dan sedara ambik bela elok2

Nora Shahaira said...

ha ah lekit..akak pun selalu dgr dialog tu..mak akak selalu cakap..tp buat masa ni..kucing yg selalu ngam ngan mak akak..kucing betina la..hik

Papa Hero said...

Steady betul entri ni...PH suka ayat "Apa salah di lahirkan sebagai betina."

ye la, mereka lahir pun bukannya di minta...Yang si pemeliharanya pun pandai pula nak pilih kasih tanpa melihat diri sendiri...

p/s : gambar kucing yg byk2 tu, ada sekor yg gemok pendek kaler itamputih...bagi PH boleh...? hehehehe

Shahada Fauzi said...

kan2..saye pun pelik dengan sikap org yg sanggup nak buang kucing tu tambah2 yg betina..kesian tau..huhu..

Unknown said...

sedih betul la....

umah aku ada sekor kucing rasmi... kucing tak rasmi....sekor betina kat depan anak 2, kat belakang sekor betina anak 8, sekor jantan.. pastu aku dah tak reti nak kira dahhhh

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

huhu.... dalam kelompok haiwan pon dikenakan diskriminikasi jantina oleh manusia ek.. hehe

ewanthology said...

huhu, kucing pun jadi mangsa diskrimani jantina ya

Unknown said...

hmm agak leceh bela kucing betina

NisaMardhiah said...

agree with u..xkesah la jantan ke betina..same je..tetap kucing gak..perlukan belain..

Ct Arina said...

tuddiaaaaaa banyaknye kucing akak! tp mmg selalu camtu la kak. mcm rabbit kt rumah mklong sy tu, mase beli sepasang. skali dah beranak pinak, yg betina dorang bagi kt org. sy plak yg ralat x memasal sbb pk anak2 rabbit tu terpisah.

toyolkiut said...

betul sangat2 tu, Tk selalu jumpe kes mcm tu.
kt umah ni mmg bnyk kucing, jantan betina semua ada..
bila dh sampai ajal, mati lah ia.
mcm kita jg.
x perlu dibuang2, pilih kasih mcm tu..

mac said...

salu mcm tu ..kucing betine asek branak je ..so bele jantan je ..betine buang ...tp syg ..ambik balik pastu branak pinak kt umah mcm ladang kucing ..:)

Salina@IbuAqil said...

Betul tul ibu stuju!!!! Kesian sgt deme ni kalo nak bela bior le btul2 ikhlas.. Sok dituntut dikhirat sok kalo aniaya binatang ni.. Yg betina bleh mmbiak yg jntan mnjaga umah dr serangan cik ti"kus & cik u"lar kn lekit kan? Hi3!!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kasilah kucing tue.. kawan ila ada buat..tapi kasi ne yg jantan je rasanya..

emarieys said...

akak tak bela kucing..sebab tak berapa suka..tp kalau ada..tak sanggup buang merata

☾SHiemaCMa786☾ said...

hehe...klu kt umah mk cma..kucen jantan di anak tirikan..hohoh..

tp mk tggu dorang besar dulu bru g lepas kt bwh..maklum la umah flat..

jiran tetangga 'buat muka' klu kain kemuran dorang ade bau 'spesel'..

*byknye kucen kat umah mak abby..huhu...geram!

umah cma ade seko je pun..

belogkiter said...

sedih... saya selalu je jadi mangsa orang sedekah kucing depan rumah.. tak larat nak bagi makan kat semua semua yang datang tapi nak buat camner.. ada je rezeki untuk diorang

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;