Kes adik Aminulrasyid Amzah, Remaja 15 tahun yang di tembak mati oleh seorang anggota polis tahun lalu rasanya ramai yang masih ingat kan?? Semalam sang lekit sempat tengok berita, Anggota polis tersebut di dapati bersalah & di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Cuma 5 tahun je bagi kesalahan menyebabkan kematian orang lain?
Semoga Rohnya di cucuri rahmat.. Al-Fatihah
Di
harian Metro hari ni Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Tahar memberi kenyataan.. Hukuman 5 tahun penjara di putuskan setelah mahkamah mengambil kira kes ini membabitkan anggota polis yang sudah berkhidmat selama 25 tahun. Mangsa adalah pelajar berusia 15 tahun dan kes ini babitkan kepentingan awam apabila ia diikuti banyak pihak. mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. pihaknya berpendapat Jenain tidak perlu melepaskan 21 das tembakan terhadap kereta dipandu oleh Aminulrasyid memandangkan keadaan pada masa kejadian tidak membahayakan mana-mana pihak termasuk tertuduh. Katanya, sebagai anggota polis, seharusnya mengetahui bahawa tembakan dilepaskan secara automatik adalah sangat berbahaya kerana senjata api akan mengeluarkan peluru secara berterusan.
Hurmm.. susah nak komen kan?? Rasa macam tak berbaloi hukuman 5 tahun penjara tu. Mungkin ini kesalahan pertama & beliau takde rekod jenayah sebelum ni tapi ia melibatkan nyawa & keselamatan orang awam. Nak cakap lebih - lebih kang kena saman pula. Yelah.. sang lekit ni bukan belajar law.. tapi dari pandangan orang awam & rakyat Malaysia memang terlalu ringan hukuman tu berbanding dengan kesalahan yang di lakukan.
tk tau nk komen ape. semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.
ReplyDeletekesian dak nie
ReplyDeleteal-fatihah
Kesiannya kat arwah.. Al-Fatihah..
ReplyDeletealfatihah.....
ReplyDeleteDisebabkan sekarang ni ISA dah takde, so boleh komen open sikit la kan. Haha.
ReplyDeleteBunuh orang ---> 5 tahun penjara
Simpan syabu ---> 6 tahun penjara
Simpan syabu lagi 'otai' dari bunuh orang. Kan? LOL.
5 tahun kira ok juga la kerana ketika itu dia bertugas dan simangsa juga ada buat kesilapan maka benda ini tidak adil jika menyalahkan sepenuhnya si polis...jika simangsa menurut arahan mungkin segalanya berubah...
ReplyDeleteno komen. tu je mampu ckp. haha^^
ReplyDelete...
ReplyDeletekesian kat family dia yg menanti keputusan mahkamah..
tp klu dah mahkamah yg tetapkn..??
no komeng~
kejadian sebenar kita x tau..xper lar hukuman tak setimpal..undang2 dunia...apa yang pasti sok lusa kat akhirat..masing2 dpt balasan setimpal.. termasuk lar kita semua yg melakukan khilaf ni kan..
ReplyDelete