Bagi pendapat sang lekit, diri sendiri yang patut di salahkan.. kerana mengikut hati perasaan. Apapun sang lekit kagum dengan lelaki lembut ni yang sangat - sangat bertanggungjawab pada ibunya yang uzur. Walaupun dia ramai adik beradik yang terdiri dari perempuan kesemuanya tapi nampaknya tanggungjawab menjaga ibu di pikul seorang diri & di akui sendiri ibu beliau. tanggungjawab dia sebagai anak lelaki (walau dalam perwatakkan wanita) di tunaikan sebaik mungkin. Itu boleh kita jadikan contoh yang baik. Tak semua yang buruk itu busuk & yang baik itu wangi, kan?? Masing - masing ada kekurangan & kelebihan sendiri.
Dan Sang lekit juga tertarik dengan kata - kata dari pakar jemputan.. Mendoakan itu lebih baik dari mencemuh pada golongan macam tu. Betul tu.. Mencemuh yang kita dapat dosa & menyakitkan hati orang lain tapi bila kita mendoakan kebaikan untuk orang lain Insyaallah ganjaran yang di terima juga baik, kan?? Sama - sama la kita doakan yang terbaik buat mereka & jadikan kisah mereka sebagai iktibar untuk memperbaiki kelemahan diri kita sendiri.
Entri ni tak berniat nak menjatuhkan mana - mana pihak atau individu sekadar memberi pandangan & pendapat peribadi jer. Kalau ada mana - mana pihak yang terasa hati terlebih dahulu sang lekit minta maaf.