RUPANYA INI MAKSUD 'GELAY' YANG DI UCAPKAN NISSA SABYAN
RUPANYA INI MAKSUD 'GELAY' YANG DI UCAPKAN NISSA SABYAN. Walaupun isu ni dah nak basi tapi baru dapat hidayah nak kupas kupis & kopek. Almaklum la nak tulis apa apa isu kat blog ni dia kena ada mood. Kalau memang macam tak ada chemistry nak tulis sesuatu isu tu penulisan jadi macam tak ada jiwa walau ada cerita tapi tiada rasa. Yang ada kosong. Umpama berkahwin dengan orang yang hangpa tak cinta.Seperti yang hangpa tahu atau mungkin ada yang tak tahu atau ambil tahu isu artis dari negara seberang yang jadi kontroversi baru baru ni bila di katakan bercinta dengan suami orang yang juga merupakan rakan dalam band mereka sendiri. Sejauh mana kebenaran.. den pun tak jelas. Cuma ikuti gitu gitu je la sebab haritu kemain viral kat tiktok.
Masa viral isu Nissa Sabyan tu.. ramai tiktokers indonesia dok troll dia menggunakan salah satu rakaman video nissa. Dalam video tu dia ada cakap ngak mahu.. ngak suka gelay. Begitulah lebih kurang ayat dia. Lama juga den tertanya menatang apa la gelay tu. Tapi tu la sebelum ni tak terasa pun nak google. Tetiba hari terasa nak tahu apa maksud gelay.
Baru tahu Gelay tu berasal dari perkataan macam bahasa hipster la kat indonesia. Bukan perkataan dalam kamus yer. Dari apa yang saya baca Gelay tu bermaksud geli sebab di geletek.
Rupanya... Ingat apalah gelay tu. Lama juga hidup ku di selubungi misteri gelay ni. Rupanya geli.
Itulah lain tempat lain bahasanya. Lebih lebih bahasa hipster masakini. Lagi la pelik pelik. Kat Malaysia ni pun tak berapa khatam bahasa bahasa hipster budak budak sekarang apatah nak grade bahasa bahasa hipster dari negara jiran ni. Lagipun tak berapa kuasa mak nak Ooi..nak menghafal bahasa bahasa hipster hangpa.mak zaman hamba.. tuan hamba.. lain bahasanya (done overclaim).