INILAH PAIP AIR YANG ADA FENG SHUI
Tak tau la sapa lah bagi petua feng shui kat dia tapi yang pasti kalau sampai letak patung haiwan macam tu memang bukan dari ajaran Islam la. Tapi orang Melayu ni percaya dengan gambar sultan apa ntah.. Sebagai pelaris. Tu pun salah satu amalan yang salah jugak tu. Letak gambar sipolan bagai nak melariskan perniagaan. Sedangkan dalam islam pun ada kaedah untuk membuka pintu rezeki. Salah satunya bersedekah. Tang tu dia tak nak ikut pulak kan? Yang bukan2 pulak dia percaya.
Tapi feng shui paip air ni aku rasa paling rare. feng shui untuk kesihatan & kejayaan katanya. Macam mana paip air & paip air yang macam mana boleh jadi feng shui hangpa tengok kat sini >> Inilah Paip Air Yang Ada Feng Shui Menurut Master Feng Shui << Macam macam benda la orang jadikan feng shui kan?
Apapun.. Kalau asyik dok harap feng shui je tapi siang malam berdengkur 24/7 kau letak la gunung emas atas kepala pun tak jadi apa. feng shui pun tak jamin orang malas akan berjaya. Semua kena ada tindakkan & usaha. Feng shui tu macam sesuatu perkara atau ritual yang depa buat untuk memudahkan apa yang mereka sedang buat je.
Moral of the story.. Feng shui paling berkesan adalah 'Rajin'. Kalau nak berjaya sila tingkatkan kerajinan anda mulai sekarang. Orang yang rajin je boleh berjaya. Jangan terpengaruh sangat cerita Nujum Pak Belalang, orang malas yang tetiba bernasib baik & dapat jadi Nujum Istana hanya kerana satu penipuan dia yang berjaya.
Memang lumrah, yang tak betul laju je ikut.. yang elok baik tak nak pulak diikutnya.
ReplyDeleteSetuju... dalam apa jua perkara, rajin berusaha tu yg utama... kalau malas tak de apa2 hasil pun...
ReplyDelete