INILAH PAIP AIR YANG ADA FENG SHUI
feng shui ni selalunya orang2 cina jer percaya. feng shui ni berkaitan nasib & tuah. Bagi orang Islam & melayu ni.. Dalam kepercayaan kita memang tak ada istilah feng shui tapi ada jugak orang Islam yang percaya dengan feng shui ni. Ni bukan tuduhan dari pengalaman sendiri bekerja dia satu company kecil milik orang Melayu Islam.. Kadang2 pelik tengok dia letak dalam bilik dia patung katak. Dia kata tu untuk feng shui. Nak letak jam pun ada tempat tertentu dengan alasan yang sama.
Tak tau la sapa lah bagi petua feng shui kat dia tapi yang pasti kalau sampai letak patung haiwan macam tu memang bukan dari ajaran Islam la. Tapi orang Melayu ni percaya dengan gambar sultan apa ntah.. Sebagai pelaris. Tu pun salah satu amalan yang salah jugak tu. Letak gambar sipolan bagai nak melariskan perniagaan. Sedangkan dalam islam pun ada kaedah untuk membuka pintu rezeki. Salah satunya bersedekah. Tang tu dia tak nak ikut pulak kan? Yang bukan2 pulak dia percaya.
Tapi feng shui paip air ni aku rasa paling rare. feng shui untuk kesihatan & kejayaan katanya. Macam mana paip air & paip air yang macam mana boleh jadi feng shui hangpa tengok kat sini >> Inilah Paip Air Yang Ada Feng Shui Menurut Master Feng Shui << Macam macam benda la orang jadikan feng shui kan?
Apapun.. Kalau asyik dok harap feng shui je tapi siang malam berdengkur 24/7 kau letak la gunung emas atas kepala pun tak jadi apa. feng shui pun tak jamin orang malas akan berjaya. Semua kena ada tindakkan & usaha. Feng shui tu macam sesuatu perkara atau ritual yang depa buat untuk memudahkan apa yang mereka sedang buat je.
Moral of the story.. Feng shui paling berkesan adalah 'Rajin'. Kalau nak berjaya sila tingkatkan kerajinan anda mulai sekarang. Orang yang rajin je boleh berjaya. Jangan terpengaruh sangat cerita Nujum Pak Belalang, orang malas yang tetiba bernasib baik & dapat jadi Nujum Istana hanya kerana satu penipuan dia yang berjaya.