Showing posts with label popular. Show all posts

AURA USOP MENJADI PELARIS MENTOR MILENIA 2017

AURA USOP MENJADI PELARIS MENTOR MILENIA 2017. Sebelum tu aku nak ucapkan Tahniah kepada Mentor Milenia 2017 kerana tiada lagi babak2 annoying dalam rancangan realiti tv tersebut dengan ketiadaan Dato Vida.. Qu puteh barulah putih. Rasa tenang biji mata nak tengok mentor Milenia 2017 ni. Kalau tak semak sungguh dengan muka & suara dia kat apa2 rancangan realiti TV yang dia taja. Tertengok 5 minit pun rasa derita macam 5 tahun. hahahaha. Bagus dia taja rancangan2 berbentuk dakwah & islamik so dia tak boleh over sangat walau tetap muka dia nak enterframe macam dalam rancangan pamoga kopi bersama ustaz kazim tu.

Usop Mentor Milenia 2017

Dah lama sebenarnya aku tak follow apa2 rancangan realiti TV ni.. Sebelum ni memang rasa membosankan. Tapi untuk mentor Milenia 2017 nampak aku tertarik nak ikuti sebab yang menarik perhatian aku ada protege Hazama iatu Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Bin Muhd Nor, berusia 20 tahun yang berasal dari kedah.


Normally kalau tengok masa audition yang jenis2 slamber, muka pun tak berapa ensem, jenis lawak spontan tanpa di buat buat.. Jenis macam ni selalunya jarang terpilih untuk sampai ke stage. Selalunya jenis macam ni datang audition sekadar memeriahkan suasana je.. suara memang kelaut. Tapi usop ni.. Macam mana yer nak gambarkan perwatakkan dia. Dia kelakar, muka pun kelakar tapi tak berapa ensem. Jenis selamba.. Nampak natural perangai dia tu.. Ada identiti, boleh menyanyi dengan baik. Memang pakej dia menjadi penghibur tu ada.. even rupa tu tak seberapa.


Bila dia terpilih untuk ke peringkat 'stage' tu ramai yang teruja nak tengok perjalanan dia dalam mentor milenia 2017 ni termasuk la aku. Nak tengok sejauh mana seorang yang sederhana.. nampak agak lurus bendul & loqlaq tu boleh pergi & boleh di terima oleh penonton. Tapi dari awal lagi dah nampak aura Usop ni.. Aku rasa dia bakal meraih penyokong yang ramai walau kurang ensem. Mungkin usop ni juga akan jadi pelaris untuk rancangan realiti mentor milenia 2017. Sebab dari awal dah nampak dia ramai peminat ahahaha. Kira hazama bijak sebab pilih Usop sebagai protege. Tak mustahil tahun ni protege hazama boleh menang lagi. Siapa tahu kan..


Apapun aku support #TeamUsop bukan sebab dia orang kedah tapi sebab dia unik & menghiburkan. Bagi aku Usop layak berada dalam industri seni hiburan sebab dia ada ciri2 penghibur & mampu menghiburkan orang walau sekadar menjawab soalan orang je. Usop bukan je pandai menyanyi malah dia ada sense of humor yang boleh buat orang ketawa. Go Usop Go! U can Do it!!!

Video semasa usop menjalani ujibakat mentor milenia

Apapun semoga Usop Berjaya di atas pentas mentor Milenia & semoga ada rezeki buat Usop dalam industri seni hiburan tempatan yang semakin ketandusan bakat bakat semulajadi yang hebat. Semoga perjalanan Usop dalam mentor milenia 2017 di permudahkan...

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN. Sebenarnya detik detik paling bersejarah selama aku berblog suatu ketika dulu aku dah lama lupakan sampai aku tak pernah ambil port pasal mereka & keluarga mereka. Aku tak kisah dah jatuh bangun depa. Takde nak doakan yang baik baik atau yang buruk buruk. Pendek kata aku dah lupakan semuanya sejarah aku dengan 'Kelab blogger popular tu dah lama sangat.


Dulu mungkin masa isu tu masih hangat aku jadi sedikit emosional.. Tapi biasa la bila rasa tu dah hilang.. back to normal. Aku tak kisah pun nak berkawan dengan mana2 ahli dari group 'nametag' tu.. Aku lebih bersikap terbuka. Yang bermasalah dengan aku bukan semua tapi dua tiga kerat je dulu. Apa salah yang lain pada aku kan? Dah tua tua katanya, tak payah feeling macam budak budak hingus hijau sangat la.. Tapi aku perasan jugak yang taksub sangat dengan kelab 'nametag' tu dulu sampai blocked aku kat fb ig bagai sekarang ramai dah unblocked. ada yang unblocked lepas kena sindir.. kelam kabut blocked balik.. erkk... dia tau pulak kan? nampak sangat la rindu aku dok stalk stalk aku tu hahahaha

Yang aku perasan setiap kali ada yang keluar dari geng 'nametag' tu mesti ada yang cari aku tanya pasal kenangan silam aku bersama mereka dulu. Seperti cerita cerita lepas.. Dari cerita ex ex depa ni.. Aku antara blogger yang paling di benci dalam geng 'nametag' tu. Terkesan sungguh depa dengan nama 'Suria Lekatlekit' ni kan. Depa akan minta blogger2 bawah naungan depa membenci & memboikot lekatlekit. hahahaha... very da budak2 budak hingus hijau Uolls... Tapi apsal dari mula kempen boikot aku sampai sekarang aku tak rasa kesan kena boikot tu pun. Malah aku rasa semakin berjaya hahahaha

Terbaru semalam.. Dapat cerita yang sama juga. Namaku masih menjadi sebutan dalam group 'nametag' tu. aduhai.. kenapalah korang suka bagi publisiti kat aku di kalangan ahli2 nametag korang tu yer.. Sudahlah. aku dah cukup retis sekarang ok! Katanya sampai kalau ada sapa2 dari group 'nametag' yang nampak mesra dengan aku kat media sosial ni akan di soal siasat. Aku ni kadang2 nampak mesra kat public jer.. Tapi jarang nak bermesra atau rapat dengan sesiapa secara privacy. So jangan takut selagi korang jaga anak buah korang dengan baik rahsia korang dalam tu still selamat tapi kalau korang asyik nak buat depa macam 'lembu kena cucuk hidung' confirm la ada yang tak tahan kecuali lembu2 je tahan.

Aku still kekalkan cara 'lone rangger' aku. Aku tak nak ada hubungan rapat dengan sesapa. Sebab kalau rapat sangat depa tau aku ni baik maka mula la nak ambil kesempatan atas kebaikkan aku.. Bila aku rasa orang ambil kesempatan mula aku jadi jahat. Bila aku jadi jahat mula orang benci aku hahahahaha.. Bagilah peluang aku nak jadi baik sekejab & di sayangi ramai orang hahahaha

Kepada ahli ahli nametag jang jib jub jeng bagai... Sudah sudah la dik. Dok bersedekah pahala dengan dok mengumpat akak sepanjang zaman dalam group hangpa tu. Move on beb! Move on..  Akak tak pernah menghasut atau menghalang pun sesapa nak join komuniti korang sekarang ni. Malah akak tak pernah ambil tau pun sapa yang nak masuk & keluar dari group 'namteg' hangpa tu. Tapi selalunya yang masuk memang la takkan cari akak tanya pendapat cuma bila yang keluar je akan datang bertanya khabar & menyampaikan khabar berita. hahahaha. Nak kata depa saja buat2 cerita pun pelik juga bila depa tanya kenapa hangpa benci sangat dengan akak sebab hangpa asyik mengumpat akak je. Kat situ boleh detect depa tak tau pun kes dulu cuma sejak depa join hangpa depa di ajar untuk benci & boikot lekatlekit je... Sapapun nak join atau leave group 'namteg' tu takde kena mengena dengan saya. Biar depa sendiri rasai pengalaman manis bersama hangpa. Akak ni macam hangpa dok nampak la.. blog sentiasa berhadpet.. FB pun sentiasa berhapdet. Baru semalam je akak kembali menjentik pasal hangpa balik.. Tu pun sebab akak rasa di cuit so akak terlatah sekejab hahahaha.

Apapun aku tahu sampai bila2 pun aku akan nampak 'Jahat' sebab aku bercakap secara terbuka manakala pihak sana mengata & menghasut secara tertutup. Cuma bak kata pepatah 'bangkai mana boleh sembunyi, lama2 ter bau juga kan.' Tuhan tu nak membuka pekung setiap dari hangpa tu dengan macam macam cara. Dan setiap kali ada orang leave dari group tu.. aku akan dapat cerita2 macam ni. Well.. untuk pengetahuan hangpa.. Aku still bahagia. Jangan risau. Makan kenyang, tidur lena & tiap2 bulan ada je income dari blog ni. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Alamatkan untuk aku sentiasa ada. hahahaha

Moral of the story.. Kalau rasa nak kempen benci lekatlekit teruskan.. Takde apa yang aku rasa perlu takut pun. Sedangkan Mc Donald yang pernah kena boikot teruk dulu pun sekarang dah kembali seperti biasa.. inikan lekatlekit yang selama ni tak pernah pun terkesan apa apa di boikot oleh geng nametag tu. hahahaha

PENAMPILAN TERKINI FARRA, PENYANYI LAGU BAGAIKAN PUTERI

PENAMPILAN TERKINI FARRA, PENYANYI LAGU BAGAIKAN PUTERI. Kalau yang membesar pada tahun 90an rasanya kenal dengan Farra, penyanyi yang pernah popular dengan lagu bagaikan puteri tu. Kalau generasi baru ni mungkin tak tahu siapa. Tapi hangpa boleh je google.. Apa guna teknologi kalau semua nak tunggu orang suap kan. Cari la sendiri.. Rajin la sikit dik Ooi... hahahahaha


Seperti yang kita sedia maklum Farra dah tak terlibat dalam bidang seni nyanyian. Dah lama sangat dia pencen jadi penyanyi rasanya. Tak silap sejak dia berkahwin kot dia mula slow dalam industri seni ni.

Masa zaman kegemilangan dia tu.. lagu bagaikan puteri tu memang menjadi siulan muda mudi la termasuk aku. Dengan lirik & melodi yang memang catchy sangat.. Aku still ingat sikit2 lirik lagu dia.. antaranya kat korus.. Bagaikan puteri kisah khayalan yang hidupnya suci dan sempurna... Tapi sayang hanyalah impian. Bulan tak bisa tumbuh di taman... Dan bila mentari datang pulanglah segala kenyatan.. Tu dia lirik lagu dulu bukan macam sekarang. Mahu jadi hantu mahu jadi buaya... bla .. bla.. bagai. Tak sedap langsung lirik lagu hahahaha. Tapi komposer dulu lirik pun penuh seninya apatah lagi bila jadi lagu.

Tapi sekarang Farra dah jauh berubah 360 darjah. Kalau dulu seksi dengan badan lentik & rambut curly dia.. Sekarang, Alhamdulillah. Lebih baik berbanding dulu. Sebab tu la jangan judge seseorang dari masa silam.. sebab masa depan mungkin dia lebih baik dari kita kan. Tengok sekarang.. Kalau dulu tengok farra rasa kita macam lebih elok dari dia.. Cuba bandingkan dengan dia yang sekarang rasanya dia jauh lebih baik dari kita.

Dulu & sekarang Alhamdulillah..

Farra sekarang tengah belajar mendalami ilmu agama & berhasrat ingin menjadi guru mengajar mengaji. Semoga niat & impian yang murni tu Allah permudahkan.. Semoga memberi manafaat kepada semua & beroleh ganjaran pahala dari Allah SWT.

Moral of the story... Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

PENYANYI POPULAR KINI BERGELANDANGAN DI KUALA LUMPUR

PENYANYI POPULAR KINI BERGELANDANGAN DI KUALA LUMPUR. Kita tak tahu untung nasib kita di masa depan.. Mungkin satu ketika seseorang tu namanya gah di persada seni. Suaranya menjadi halwa telinga ramai peminat. Lagu lagunya menjadi siulan muda mudi. Di sanjung & di puja.. Di gilai ramai ketika dia di puncak. Namun perjalanan hidup anak seni ni sememangnya tidak boleh di ramal atau di jangka.. Nak2 lagi penyanyi era dulu dulu. Tak macam sekarang retis2 sekarang semakin bijak merancang masa depan. Depa tau.. Tak selamanya depa boleh cari makan dalam bidang seni.. Sampai masa ada expired date jugak...


Terbaca kisah seorang penyanyi yang popular sekitar tahun 80an dulu yang kita menjadi gelandangan di kuala lumpur. Dari cerita yang aku baca.. Mungkin ada sedikit gangguan mental. Tak tau la sebab tekanan hidup ke hapa.. Cakap pun merapu dah. Bila orang tanya dia.. dia still cakap yang kononnya dia sibuk, ada rakaman album bagai.. Mungkin dia di bayangi kehidupan silam dia sebagai seorang penyanyi. Dari apa yang aku baca dia tak pernah berkahwin so jangan ada pulak tanya mana anak isteri dia yer...

Kalau ada yang masih ingat dengan penyanyi Ben Nathan.. Kalau budak2 lahir & membesar tahun 90an keatas pun rasanya tak berapa kenal dah apatah lagi budak2 2000an ni. Pernah popular dengan lagu stanza Sekeping hati.. Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu lagu tu. hehehee.. Tapi nama penyanyi tu pernah la dengar. Sebab agak popular & masih jadi sebutan. Penyanyi Otai memang evergreen.


Walaupun cuba di pujuk kawan seperjuangannya dulu, Dato Dj Dave atau nama Islamnya Irwan Shah Abdullah tapi still dia suka dengan kehidupannya sekarang & nak terus hidup macam tu. Tapi mereka masih berusaha untuk membantu dia mendapat kehidupan lebih baik & kembali kepada keluarga. Moga usaha mereka yang ingin membantu tu di permudahkan...

Keadaan terkini kehidupan seorang bintang popular satu masa dulu, Ben Nathan

Apapun sebagai manusia.. Jika kita berada di puncak jangan sombong. Hidup ni umpama roda kita boleh berada di atas & turun ke bawah bila2 masa jer. Mungkin dulu kita guna kereta mewah jenama ni >> Kereta Mewah Ni Tengah Promosi Sempena CNY << Masa tu mungkin kita pandang orang pakai kereta tempatan macam low class jer. Tak mustahil kalau Allah nak tarik balik nikmat kekayaan tu.. kereta sorong pun kita tak mampu beli walau satu ketika dulu kita pakai kereta mewah. Tu contoh tapi Bukan aku cakap pasal Ben Nathan cuma ia sebagai satu peringatan kepada kita semua. Sebab ramai manusia semakin lupa diri.. Belum jadi artis baru popular sikit sebagai blogger pun dah kerek katanya... hahahaha

Moral of the story.. Ujian Allah kepada hambaNya berbeza beza. Jangan memandang hina kepada seorang gelandangan.. Takut satu masa kita pulak berada dalam kehidupan macam tu.

TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE

TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE. Mesti ada yang akan cakap.. Ni la melayu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya sikit mula dengki. Tu ayat tipikal orang2 sebangsa kita akan cakap. Takde benda lain dorang nak tuduh selain dengki bila benda benda macam ni jadi pertikaian. Kadang2 bukan sebab dengki tapi yelah.. Ia macam satu persoalan.. Perlu ke kisah Nasi Lemak anak dara ni jadi macam satu isu besar & satu isu penting yang tak cukup viral kat media sosial sampai berita tv, suratkhabar, majalah & stesen radio semua nak cakap pasal tu? Tu yang mula jadi pertikaian sesetengah orang la sekarang ni. Aku tolong tulis balik jer... hahahaha


Yang tu aku tak nak pertikai.. Rezeki dia dapat populariti lepas jadi viral kena saman masa tengah meniaga nasi lemak. Cuma aku tertanya tanya jer.. Sedap sangat ke nasi lemak dia sampai lelaki2 kat Malaysia ni sanggup berbaris panjang nak beli? Serius aku cuma dok baca pasal anak dara tu bukan pasal kesedapan nasi lemak dia. Setakat ni tak nampak pun sapa2 puji nasi lemak dia sedap lagi  tapi yang banyak dok cakap pasal rupa dia yang cantik. Bukan dengki dia cantik.. Cuma cantik tu kalau aku la.. Takkan buat rasa sesuatu masakan jadi sedap kalau memang tak sedap. yelah.. yelah aku perempuan & dia perempuan mungkin connection tu takde sebab cantik macam mana tarikkan tu tetap tak ada. Lain la lelaki nampak perempuan cantik kan.. hehehe

Tadi terbaca satu viral yang macam rasa tak puas hati dengan media2 kat Malaysia ni terlalu membesarkan cerita pasal gadis penjual nasi lemak tu. Seolah2 kat malaysia ni memang orang suka cerita remeh temeh jer.. Biasa la.. tengah hot semua orang nak tulis & highlight la pasal dia sebab ada value. Tapi selebriti2 Viral ni percayalah sekejab jer.. Lepas tu akan senyap la. Dulu syasa solero, cikgu shida & ramai lagi pun menerima perhatian macam tu masa depa tengah viral.. Sekarang dah tak ada sapa nak sebut pun pasal depa. Biaq pi la, orang nak cakap pasal dia sekarang ni. Tengah hot & spicy lagi katanya.. esok dah masuk zon frozen.. orang pun dah tak peduli. hehehehe. Korang tu terutama lelaki tak payah jadi poyo sangat macam mamat2 ni >> mamat Mamat poyo ni perasan depa la paling Cool<< Nasi lemak je kot. Nak excited sampai gaduh laki bini. Hahahaha

Marah sungguh abang ni orang dok asyik cakap pasal anak dara jual nasi lemak katanya tak ada yang spesel pun nasi lemak anak dara tu, sama je macam nasi lemak orang lain.

Cuma kalau nasi lemak dia sedap.. Insya Allah orang akan sentiasa cari sebab masakan yang sedap selalu melekat kat hati berbanding populariti & kecantikkan ni. Cantik ni lama2 jemu jugak orang pandang nak2 lagi lepas dah jadi hakmilik orang lain. Dah tak jadi anak dara, nasi lemak anak dara pun orang dah tak peduli. Sebab yang orang kisah sekarang si dara yang jual nasi lemak je bukan nasi lemak dia sangat hahahaha. Populariti ni bersifat sementara jer.. So, sementara popular kalau nasi lemak tu sebelum ni rasa amatur jer.. sila mantapkan rasanya supaya boleh jadi perniagaan yang bertahan untuk jangkamasa panjang. Apapun semoga Anak dara yang jual nasi lemak ni sentiasa di murahkan rezeki & dia tak lupa diri bila populariti sedang di puncak. hehehe

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR. Mister Potato.. Rasanya sejak kecik aku kenal dia melalui iklan untuk makanan ringan potato chips. Almaklum la.. junk food yang memang di gemari ramai terutama kanak kanak sampai sekarang even anak aku pun suka juga potato chips ni. Cuma aku tak bagi la selalu.. Sekali sekala jer tapi anak aku jenis makan apapun tak banyak. So, tak risau sangat kalau dia setakat rasa rasa je junk food tu.


Misteri Potato ni sebagai pengenalan adalah salah satu jenama tempatan untuk produk cip kentang (potato chips). Terkenal dengan watak seorang lelaki yang bermisai lentik & berpenampilan macam orang mexico. Memang popular jugak iklan dia di kaca TV satu ketika dulu.. erkk.. rasa sampai sekarang masih ada lagi kan cuma jarang nampak sangat la berbanding dulu.


Sekarang katanya dia dah tampil dengan penampilan & wajah baru. Wow!! gamaknya macam mana kemunculan terbaru Mister potato ni kan? Tapi walau kita kenal watak mister potato yang bermisai lentik tu sebenarnya banyak perkara yang kita masih tak tahu. tapi sekarang dah terbongkar dalam artikel ni >> Terbongkar Siapa Mister Poato yang sebenar <<


Begitu rupa kisahnya Di sebalik Mister Potato ni.. So pada penggemar Misteri Potato mesti excited kan bila tahu pasal Mister Potato ni. Apapun tak salah nak bersantai santai sambil makan cip kentang ni cuma kita sedia maklum ia adalah makanan yang tidak sihat jadi jangan makan melampau lampau pulak yer walaupun Mister Potato dah keluarkan macam macam perasa baru.

TAHNIAH! HANIS ZALIKHA SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYAMATA

TAHNIAH! HANIS ZALIKHA SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYAMATA. Seorang lagi blogger & sekarang dah bergelar retis selamat menjadi seorang ibu. Kalau sebut hanis zalikha ni rasanya ramai yang kenal. Kalau yang tak kenal tu mungkin jarang nak ikuti perkembangan industri hiburan tanah air apatah lagi dunia blog Malaysia ni. Yang tak kenal tu takpe la.. Depa confirm tak minat nak ambil tau. Bagi yang kenal tu berita ni mungkin menjadi berita yang tak sabar sabar depa nak baca. Maka aku pun tak sabar sabar jugak nak menulis.


Di khabarkan katanya Hanis Zalikha dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dah siap nama depa announce. Tak payah tunggu nak buat press conference bagai. Bagus.. senang peminat pun tak payah dok tanya tanya sangat. Bagus lepas lahir je bagitau nama. Nama yang membawa maksud baik bila di sebut sebut Insya Allah menjadi doa yang baik baik jugak buat si anak.


Tahniah la kepada pasangan retis Hanis Zalikha & Hairul Azreen atas kelahiran bayi sulung mereka. Assalamualaikum Yusuf Iskandar. Semoga menjadi anak yang soleh berjaya dunia & akhirat. Semoga dapat menempuhi kehidupan mencabar ini dengan penuh sabar & kental. Semoga membesar bagi juara.

Selamat berpantang buat hanis zalikha.. Semoga perjalanan menjadi seorang ibu di permudahkan. Semoga anda menjadi ibu yang sekental mereka mereka ni >> 3 ibu yang kental berkongsi kisah mereka yang struggle bekerja & menguruskan rumahtangga termasuk seorang ibu yang mempunyai anak autisme << Manatau dengan membaca kisah kisah mereka boleh memberi inspirasi & motivasi untuk kita menjadi ibu yang lebih baik. Amin...

INI SEBAB ANDA PERLU UNLIKE & REPORT PAGE KISAH RUMAH TANGGA

INI SEBAB ANDA PERLU UNLIKE & REPORT PAGE KISAH RUMAH TANGGA. Jangan tuduh aku antara follower Page Kisah Rumah Tangga sebab aku tak pernah follow cuma selalu dok nampak orang share post2 merapu KRT kat news feed aku. Kadang2 aku skodeng je la sebab nak komen. aku memang aktif berkomen kat page2 popular ni.


Semakin hari semakin merapu & tak masuk akal post2 yang di share kat page Kisah rumah tangga ni. Yang pelik ada lagi si bengap2 yang masih nak layan cerita2 merapu rumahtangga yang di share kat situ. Paling tak logik aku baca kat page KHK pasal masalah seorang bini orang yang tak puas hati sebab laki dia tak sanggup hidu bau kentut dia yang busuk. Memang tak masuk akal sangat la benda tu. Macam sengaja di ada adakan isu tu untuk di dapat publisiti murahan kat page dia. Aku tak rasa masalah tu dari someone yang betul2 memerlukan pendapat sebab secara logiknya sayang macam mana pun kat pasangan kita takkan sampai sanggup sedut kentut busuk kita kot. Cuma mungkin kita tak kisah la dia nak kentut depan kita. Sebab kentut tu normal kot.. Pelik jugak kalau orang tak pernah kentut atau kentut dia bau macam perfume che ta.

Kalau ada pun orang yang minta pendapat pasal ni rasanya admin KRK ni tahu mana isu atau masalah penting atau tidak nak di post kat page depa tapi rasanya ni saja admin2 KRK reka cerita je. Pelik sangat ceritanya. Biasa la nak raih publisiti tepi longkang so memang la suka sangat provok orang dengan cerita merapu

Aku rasa macam nak PM admin Page Kisah Rumah Tangga & suggest kat depa supaya pergi mati lagi bagus dari dok create isu pasal masalah rumahtangga yang tak masuk akal & tak ada manafaat kat page dia tu. Seburuk buruk Amran Fans At Least isu2 yang di bangkitkan isu yang memang wujud dari Page Kisah Rumah Tangga kadang2 sampai rasa tak logik ada orang minta pendapat dengan masalah2 bodoh macam tu. Dah ramai orang syak masalah2 yang di share admin KRT ni sengaja di ada adakan. Buat page syok sendiri la kot sebab tak ada sapa nak guna khidmat depa untuk minta pandangan & nasihat jadi solution dia create la masalah rumahtangga kemudian claim konon follower page tu yang hantar mesej tu untuk minta pandangan.

Page memperbodohkan orang macam page kisah Rumah Tangga ni elok je korang unfollow & report je macam korang buat kat page Amran Fans tu. Jangan di biarkan berleluasa di alam maya. Depa nak raih populariti untuk kepentingan peribadi je. Yang bodoh korang yang jadi terganggu emosi baca kes kes rumahtangga yang di kongsikan kat page tu. Kebanyakkan isu2 dia memang menyakitkan hati. Contoh macam isu kentut ni. Ya Allah manusia bodoh je rasa benda ni jadi satu masalah dalam rumahtangga. Kalau ada spesis macam tu mohon jadi janda je sampai mati jangan kawen2 lagi.

Dari aku layan post2 Page Kisah Rumah Tangga yang tak masuk akal tu lagi bagus aku layan filem seram. Dah tau filem ni semata mata cereka. Tak payah nak fikir logik sangat.

Jangan tak lama lagi keluar pulak dalam bentuk buku post2 dalam page kisah rumah tangga ni. Almaklum la trend sekarang buat post banyak2 kat FB page.. bila dah ramai orang like & komen lepas tu keluar la dalam bentuk buku. Yang dok post kisah rumahtangga kat page tu pun ntah2 belum berumahtangga budget macam concern sangat dengan masalah rumah tangga orang padahal nak meraih populariti je.

ISU DATO ALIFF SYUKRI MAKAN DURIAN DI KLIA, PEGAWAI KESELAMATAN SAHKAN TAK SALAH NAK MAKAN DURIAN

ISU DATO ALIFF SYUKRI MAKAN DURIAN DI KLIA, PEGAWAI KESELAMATAN SAHKAN TAK SALAH NAK MAKAN DURIAN. Sebab isu makan durian jadi hot & spicy issue di media sosial & aku pun ada tulis pasal isu tu sebelum ni (boleh rujuk entri ni MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM) jadi hot issue kat blog lagi. Kiranya aku lebih awal tulis isu tu berbanding Rotikaya & mynewshub la. Aku tulis sekadar nak kritik & bagi pandangan aku je.. Memang tak jangka isu tu akan jadi hot issue pun nak2 lagi setakat blog lekatlekit.com yang up story tu. Impak dia tak besar mana pun sebab aku bukan ramai sangat follower pun. Tapi kalau dah keluar Rotikaya & Mynewshub tu nampak isu tu agak serius la.


Sebab aku ada tulis pasal isu tu rasanya aku perlu adil la terhadap orang yang aku kritik. Mula2 memang dia macam rasa kritikan tu satu umpatan. So aku anggap dia rasa perbuatan dia makan durian kat airport dalam kawasan tertutup & ber aircon tu tak salah la. Mungkin penggemar durian bau durian tu sedap tapi bagi yang tak suka durian boleh menganggu jugak dengan bau bauan macam tu. Nak terbang jauh tu.. Tak payah la nak mengidam durian sangat. Insya Allah ada umur.. Balik Malaysia melantak la se dusun durian sekalipun.


Walaupun ramai yang membetulkan perbuatan Pengasas produk popular yang bergelar jutawan tu.. Sampai ada yang mengaku dia pengawai keselamatan kat KLIA komen katanya nak makan tak salah kat situ. Make sure tak halang laluan orang tapi tak sebut secara jelas boleh makan ke tak durian kat dalam kawasan menunggu di KLIA tu... cuma dalam isu tu sebab pasal durian maka aku ambil sebagai boleh makan durian la. Jadi sapa2 nak berkelah kat KLIA makan durian pergi la beramai ramai. Kalau kena halau korang tunjuk je princtscreen ni. Bagitau ia kenyataan dari salah seorang pengawai keselamatan KLIA. Tapi make sure korang siasat dulu la betul ke tidak dia petugas di KLIA. buatnya sembang lebih.. statement dia tak valid jugak hahahaha.

Jadi kalau korang nak makan durian kat KLIA tak payah malu2 yer.. duduk bersila & makan tanpa was was. Jangan lupa pelawa petugas keselamatan kat situ sekali. hehehe

Tapi Dato aliff syukri dah buat kenyataan maaf kat FB Page dia selepas isu tu di up kat blog rotikaya. Kena blog yang ada nama besar jugak tegur kan.. Setakat blog lekatlekit.com ni dia tak heran sangat. Almaklum la.. blog tepian longkang. Nak menegur pun kena ada ramai pengaruh baru terkesan. Takkan level2 blog lekatlekit.com.. hujung kuku pun depa tak terkesan katanya.


Almaklum la kita ni kan orang kebanyakkan je.. Angka dalam account bank kita tak sama macam orang kaya. Title pun berbeza apa nak pelik layanan pun tak sama ye dak. Depa nak pi bercuti kat obersi anytime boleh kita ni jenuh menabung nak ke sana. Walau yang kata layanan di beri sama rata percayalah manusia ni masih mengamalkan kasta kat mana2 saja.

Antara komen2 yang terdapat kat status makan durian kat KLIA. Selebihnya kalau korang rajin baca la sendiri semua komen kat sini >> Makan durian di KLIA <<

Apapun dia dah minta maaf kita anggap dia nak mengaku kesalahan dia la. Ikhlas tak ikhlas tu bukan kerja kita nak menilai. Almaklum la keikhlasan ni umpama semut hitam di malam yang gelap gelita.. Jadi apa yang kita tak nampak kita biarlah Allah je buat kerja dia.

P/S : Ada yang gelakkan dia pasal tersilap Auckland swezeland korang kena tahu Dato Aliff seorang disleksia. Kadang2 ejaan dia pun typo jadi tak pelik la dia tersilap sebut nama tempat tu.. Jadi kesilapan2 macam tu memang akan berlaku kepada seorang disleksia. Tu memang anugerah Allah pada dia. So, jangan la gelakkan dia.. Dia nyanyi pun selalu salah lirik. hehehe

AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC

AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC. Sebab isu lawak tak kena tempat pasal perempuan & cangkul tu aku tengok Amran fans sekarang dah semakin suram. Lawak2 sarcasm dia semakin tak menjadi. Mungkin stress di hentam kiri kanak depan belakang kot. Page dia pun haritu dah hilang dari mukabuku sekarang ni tengok dia dok update kat Page backup je tapi post2 dia nampak hambar sikit.  Dah ramai orang makin tak layan lawak lawak sarcasm Amran.


Aku still follow lagi tapi kalau isu2 tak best dia tulis memang tak minat la aku nak komen. Tengok Amran makin tenggelam akibat buat lawak pada isu yang orang tak rasa patut jadi bahan lawak. Teringat aku filem Titanic. Kapal Titanic besar & bongkak menyusuri laut dalam dengan bangganya akhirnya perlahan lahan tenggelaman selepas terlanggar bongkah ais. Kapal yang pada permulaannya tiada siapa sangka mampu tenggelam pada kali pertama memulakan pelayaran, akhirnya terkubur di dasar laut.

Bangkai titanic di dasar laut

Macam tu la aku nampak Amran Fans sekarang. Simpati jugak la.. Amran Fans yang dulu teguh berdiri terus menerus troll & sarcasm ramai individu kat page dia, seolah olah kental. Tiada siapa sangka dengan hanya satu kesilapan membuat dia semakin hilang penyokong & follower. sekarang Amran Fans macam terkapai kapai mencari arah untuk terus bergerak.

Mungkin dah tiba zaman kejatuhan Amran Fans.. Tak tau la samada dia mampu berdiri semula. Atau Amran Fans akan berkubur. Lagipun dah lama Amran Fans hidup di dunia maya dengan menggunakan Identiti orang lain. Hasil keuntungan yang dia dapat pun guna muka & nama orang lain. Ye betul.. Mula2 tu cuma sekadar Troll. Dulu cuma sebab perbezaan pandangan politik je sekarang Amran Fans.. Dah tukar konsep. Troll sesiapa sahaja yang dia rasa ada pontensi untuk di viralkan.

Akaun FB Amran Fans yang mempunyai lebih 900,000 pengikut juga sudah ditutup pihak Facebook. Amran Fans tak akan terlibat lagi dengan sebarang bentuk kerjasama dengan Dubook (penerbit buku). Dan beberapa pengedar juga telah menghentikan jualan buku amran fans. Adakah Amran Fans akan karam seperti titanic & menjadi sejarah tak bernisan? Tapi nampaknya Amran masih berjuang untuk berdiri atas nama Amran Fans. Hanya kerana satu kesilapan.. Amran mungkin hanya tinggal kenangan lepas ni. Tu la terlajak perahu boleh di undur terlajak kata kau delete pun status tu tetap orang akan kecam - sumber Harian Metro -

Biasa la Amran Fans.. Lumrah kehidupan setiap manusia ada zaman kegemilangan & zaman kejatuhan. Cara Amran Fans memang salah satu cara berisiko. Dia boleh naik dengan cepat & jatuh tersungkur dengan sekelip mata.

Moral of the story... Amran Fans mungkin patut berehat & kembali dengan konsep lain pulak. Manalah kemunculan kedua dengan watak & konsep yang berbeza mengembalikan kegemilangan yang pernah di kecapi sewaktu menggunakan identiti Amran Fans. hehehee

GAMBAR MARK ADAM SEMASA BERUSIA 11 TAHUN

GAMBAR MARK ADAM SEMASA BERUSIA 11 TAHUN. Sapa tak kenal Mark Adam.. Kalau tak kenal biar aku kenalkan. Dia ni penyanyi yang berasal dari Filiphina tapi popular kat Malaysia. Selain pandai menyanyi.. Mark Adam Sangat pandai buat lawak spontan. Kadang2 cara dia bercakap dalam bahasa melayu tu pun dah kelakar bila dengar apatah lagi dia buat kelakar. Dia ada lagu dalam bahasa melayu.. Kalau nak tau lagu2 Mark Adam google la yer..


Yang sedang viral pasal Mark Adam ni adalah screenshoot dia menjawab soalan soalan peminat yang macam macam tu. Memang kelakar la jawapan dia bagi. Yang peminat pun bukan2 je soalan nak tanya mark adam.. Soalan kucing curi nasi lemak la.. teka teki la. Tapi bagus Mark Adam ni rajin layan peminat dia kat twitter. Bukan ramai retis yang rajin sangat nak bersoal jawab dengan peminat kat media sosial.. Kadang2 kita tanya soalan yang serius pun dia tak layan apatah lagi soalan soalan santai macam tu. Tapi depa cukup alert komen2 yang mengutuk depa.. Yang tu bukan je depa reply kadang2 depa post balik komen2 macam tu sebab tak puas hati. Retis mana.. pepandai la cari hahaha.

Bila tengok mark adam sekarang.. kurus & comel jer.. rasa macam tak percaya pulak bila dia upload gambar kar IG dia.. katanya gambar ketika dia berusia 11 tahun. Macam lain sangat je rupanya.. Tapi yelah.. masa dah berlalu mungkin fizikal & rupa tu sedikit berubah. Kalau korang nak tengok rupa mark adam masa zaman kanak kanak.. meh tengok kat bawah ni..


Perkara biasa fizikal rupa & personaliti kita berubah bersama usia kan. Tapi kadang2 kita sendiri pun tak kenal personaliti kita macam mana nak tau dia berubah ke atau statik je dari dulu tak berubah ubah. Jadi yang mana ada krisis personaliti ni nak tau personaliti korang ni macam mana meh tengok kat sini >> Yang Tak Sedar Diri Dengan Personaliti Sendiri Meh Test Kat Sini <<

Apapun muka suci murni katanya. Almaklum la budak2 yang time tu mungkin tak banyak masalah perlu di fikirkan lagi. Aku umur2 macam tu yang ada dalam otak aku, pergi sekolah, balik rumah, tengok TV, main dengan kawan - kawan. Masalah takut mak marah, takut kena rotan dengan cikgu.. Tu je la. Lain2 tu bukan masalah sangat sampai tidur tak lena, mandi tak basah & makan tak lalu katanya kecuali tak sihat je. hehehe

GAMBAR ASYRAFF MUSLIM DUKUNG ANAK BERSAMA 2 ISTERI MAKAN DI LUAR

GAMBAR ASYRAFF MUSLIM DUKUNG ANAK BERSAMA 2 ISTERI MAKAN DI LUAR. Sejuk hati bila kita tengok mereka yang berpoligami hidup macam tu. Isteri - isteri boleh duduk semeja.. boleh keluar beriadah sama sama sebab bukan semua mereka yang mengamalkan poligami mampu buat semua tu. Ada yang berpoligami berpuluh tahun tapi tak mampu nak menyatukan isteri isteri dia. Jangankan nak tengok muka.. hidu bau madu pun dia dah naik angin.


Semalam pun aku tengok wanita hari ini, tajuk topik tak ingat tapi isu bermadu jugak la. Panel jemputan tu seorang yang di madukan tanpa rela. Di madukan bertahun tahun tanpa pengetahuan. Bila dah tahu of course la bini mana tak mengamuk. Nak2 lagi dia tahu dari mulut madu dia sendiri yang datang jumpa dia bawa anak & mengaku sebagai isteri kedua si suami. Kalau aku pun rasa kaki tak jejak kat lantai dah time tu. Sampai sekarang dia tak ada hati nak berbaik dengan mana2 madu dia. Sebab selepas tu suami dia akan kahwin lagi. Kira 3 bini la suami dia ada. Perempuan tu cakap dia lebih selesa masing2 buat hal sendiri. Kalau kata nak berbaik2 macam para isteri Asyraff muslim ni memang mustahil.

Tu la bukan semua orang layak berpoligami. Jangan ingat harta banyak mampu tanggung tiga empat bini dah cukup syarat. Kalau diri sendiri pun tak terdidik jangan berangan nak didik dua tiga bini. Yang sorang pun kau tak mampu nak didik untuk jadi isteri solehah, ada hati nak kahwin 4. Bila tengok gambar yang mula di viralkan di media sosial keluarga Asyraff Muslim ni rasa alahai.. sweet sangat tau. Tapi bukan bermakna aku pun tetiba teringin nak ada madu pulak. Buat masa sekarang tak terdetik langsung keinginan macam tu. Sesungguhnya aku bukan wanita hebat ok! Hati aku cuma sekeping hati perempuan yang masih tamak bab suami ni. hahahaha

Kalau rasa nak poligami kelayakkan pertama kena ada mesti mampu buat bini bini anda mampu duduk semeja macam ni. Kalau tak mampu kau berbini banyak dalam mimpi sudah. hahaha

Tapi tu la perjalanan hidup kita ni kadang2 apa yang berlaku sememangnya dah tertulis sejak azali & ada perkara bukan salah takdir. Kita sendiri yang mencari maka itulah yang datang dalam hidup kita. kalau boleh elak terjebak dengan suami orang ni elakkan. Jangan dah tau laki orang tetap kau nak menyendeng. lepas terkawen laki orang sesenang kau letak benda tu pada takdir Allah. Kau sendiri tak ada usaha nak mengelak.. Jangan berani kau salahkan takdir Allah walau jodoh pertemuan Ajal maut Allah yang tentukan tapi sebagai manusia Allah dah bagi kita pilihan & jalan. Kalau dah elak tapi terbabas jugak dengan laki orang, lain cerita la.

Untuk Lelaki yang ada angan angan nak berpoligami ni bukan ayat pick up line je kena  power. Kalau mengayat je sweet like kencing manis tapi 7 perkara ni tak jaga memang gagal la. Jangankan nak berbini dua.. nak dapat sorang bini pun belum tentu lagi. jadi para lelaki bujang mahupun bujang 3 kalau rasa nak nak cari calon bini pastikan korang elakkan berlaku 7 perkara memalukan ni ketika sesi mengayat >> 7 Perkara Yang Mampu Mengaibkan Lelaki Depan Perempuan <<

Moral of the story.. Poligami memang di halalkan dalam Islam tapi kena ingat ada syarat yang membolehkan seseorang lelaki itu layak memiliki lebih dari seorang isteri. Lelaki.. sila sedar diri & pasang cermin besar besar sikit supaya boleh nilai samada layak ke tidak nak berbini banyak. Tapi banyak kes orang kahwin lebih dari satu ni adalah golongan tak sedar diri.. Tu yang rumahtangga jadi huru hara. Contoh orang layak berpoligami macam Asyraff Muslim. Alolo.. sweet sampai rasa macam kena potong kaki. hehehehe

TAK PUAS HATI SIAKAP KELI MENANG BLOG PILIHAN ONLINE APO

TAK PUAS HATI SIAKAP KELI MENANG BLOG PILIHAN ONLINE APO. Aku tak tengok pun majlis anugerah tu. Tak tau pulak tayang kat TV mana. Kalau siaran TV berbayar kalau nak tengok pun memang tak mampu la sebab aku tak langgan siaran TV berbayar. Lagipun semalam seharian dari pagi sampai pukul 11 malam baru sampai rumah. Almaklum la cuti. Hari ni pun tak mustahil kejab lagi berlepas la kami anak beranak kemana mana menghabiskan hari cuti katanya.


Semalam dok lalu jugak kat news feed FB aku ada insan2 yang tak puas hati dengan kemenangan Blog Siakap Keli. Katanya blog takde kualiti, blog gosip murah bla... bla.. dot com dot my. Pendek kata nak cakap tak layak menang la kot. Tapi majoriti yang tak puas hati tu dari geng blogger cik abang tu la. Alah.. cik abang mana tak payah sebut kang kena ugut saman lagi aku katanya. Almaklum la dia ada lawyer tajaan aku ni sapa nak taja kan.

Kiranya kalau orang lain menang tak layak lah yer.. Kena ketua darjah depa menang jugak kot baru menepati ciri2 pemenang sebenar. Hello.. Kemenangan tu atas dasar Vote. Bila berdasarkan undian ni bermakna sapa undi banyak dia la menang. Kau berkualiti ke, gosip murahan ke kalau itu yang orang vote kau nak cakap apa. Tak kira la dia upah orang vote ke, dia vote sendiri ke atau apa2.. Nak menang usaha la cari vote. Jangan dok confident konon popular sangat tak perlu nak raih undi pun boleh menang.

Kemenangan bukan di nilai dari kreativiti atau kualiti tapi atas dasar pilihan orang ramai. Kau nak cakap apa kalau dah orang suka blog cenggitu. Kau fikir semua orang suka ke baca kisah rumahtangga anak bini orang lain? Kau fikir semua orang suka ke kisah bini kau tak period bagai? Ada orang suka & ada orang tak suka. Tu normal la. Ingat semua yang dok cerita pasal rumahtangga anak bini laki atuk nenek moyang bagai tu tulis entri berilmiah & berkualiti sangat ke? Bergantung mesej yang di sampaikan. Tak semua yang tulis isu semasa, hiburan tanah air bagai tu semua blog murahan.

Tahniah siakap keli

Satu lagi kontroversi takkan menaikkan seseorang. Kenapa idola korang orang tak vote untuk menang? Tu kena tengok sendiri kat mana kekurangan & kelemahan dia orang taknak vote. Aku tak boleh judge la aku tak kenal dia katanya. Kang ada yang berkempen boikot aku pulak untuk sekian kali. Tapi kempen boikot aku pun tak mampu jatuhkan blog aku, tak pelik sangat la kenapa idola korang tak menang anugerah APO. Pengaruh tak kuat even di kalangan penyokong dia sendiri. Inikan nak mempengaruhi orang lain.

Semua tu bergantung pada rezeki la. Tak menang tak semestinya tak hebat. Contoh blog aku jangankan menang tercalon pun tak malah tak layak pun duduk sebaris dengan top 5 Blog pilihan Online tu tapi aku tak rasa pun blog siakap keli tu hebat sangat. Cuma dia ramai follower kat media sosial je so rezeki dia la boleh menang kalau di nilai dari segi populariti. Blog aku tetap hebat di hati aku walaupun tak mampu nak duduk sebaris dengan top 5 tu. hahahaha

Kita berbaik sangka la terhadap mereka yang tak menang. Mungkin sebab penyokong dorang tak cukup kuota Internet nak vote. Jadi kalau korang yang sentiasa tak cukup kuota Internet tu meh la rebut peluang dapat free Internet setiap bulan seumur hidup kat sini >> Tak perlu curi wifi Jiran atau Lepak Mekdi Nak guna wifi percuma kini anda mampu milik free wifi setiap bulan seumur hidup. Nak tahu macam mana nak dapat tengok kat sini << Jadi senang la untuk next time nak vote idola korang.

Apapun pada penyokong abang kacak terpacak yang popular dengan jemur kain tu tak payah tacing sangat la. Anugerah ni bergantung pada populariti bukan kualiti tapi kuantiti.Berusaha je la ramaikan penyokong & pengaruh. Maybe next time ada lagi anugerah macam ni kalau dia berani bertanding lagi.. mana tau menang. Dah tercalon dalam top 5 tu kira hebat la. Beautifulnara pun kalah korang tau sebab tak nampak pun tercalon. Dah tak payah sesedih ambil sorang 50sen pergi beli ais krim malaysia.hehehe

SBB2016.. DENAIHATI CONTOH KOMUNITI TERBAIK YANG TAK GILA GLEMER

SBB2016.. DENAIHATI CONTOH KOMUNITI TERBAIK YANG TAK GILA GLEMER. Hari ni dari pagi sampai ke petang membawa ke malam penuh news feed FB & IG aku dengan update pasal Sepetang Bersama Blogger (SBB2016) Anjuran Denaihati Network. Tak silap aku ni tahun ke 5 Denaihati menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger ni. Dulu masa mula2 katanya keluar modal sendiri je tapi Alhamdulillah Tahun ke lima ni banyak sponsor yang sudi berkolabrasi dengan Denaihati Network. Insya Allah kalau niat & cara tu betul semuanya jadi mudah & di permudahkan.


Aku tak payah cari.. Blogger ceruk macam aku memang takkan nampak kat mana2 event melibatkan blogger. Buat masa ni aku lebih selesa dengan identiti macam ni. Tapi tetap support secara online apa je aktiviti blogger yang aku rasa baik & bermanafaat macam apa yang denaihati buat sekarang. Memang aku kagum dengan Denaihati sebab dia berjaya kumpulkan semua blogger & pengamal media sosial dalam satu majlis besar macam ni. Tak kira la kau pakai lencana bulat ke, merah ke, unggu ke, kelabu ke. Syarat nak join event SBB ni takde kau kena hashtag setiap post bagai. Nak hashtag ikut suka la kan. Taknak pun tak ada pertikaian & takde spy nak pantau katanya. hahaha. Dia tak gila glemer tahap macam tu walau Denaihati antara komuniti maya yang di kenali ramai. Populariti tu akan datang sendiri kalau apa kau buat tu memberi kebaikkan pada orang lain. So tak payah jadi gila glemer pun Denaihati mampu jadi salah satu komuniti besar yang di kenali ramai.


Komuniti blogger macam ni baru best. Tak ada kasta & berpuak. Bila dia buat aktiviti semua boleh join. Semua berpeluang menang hadiah bergantung pada rezeki masing masing. Tak payah nak pakai lencana kelab bagai, kan? Denaihati pun setakat ni aku tak dengar la apa2 kontroversi buruk pasal komuniti mereka. Malah pengasas dia pun aku dah lama kenal di alam maya. Dulu rajin jugak dok buat kunjung mengunjung di blog tapi sekarang masing2 ada komitmen yang besar, jadi tak sempat la kot ber blogwalking katanya. Tapi merasa jugak menang pengomen terawal kat blog denaihati & dapat cash money.


Apapun Denaihati salah satu contoh komuniti yang patut jadi ikutan sekiranya blogger nak tubuhkan kelab atau komuniti sendiri. Tak perlu nak letak syarat tak masuk akal sangat yang nampak untuk menguntungkan sebelah pihak. Komuniti yang terbaik takde puak puak. Jenis puak puak ni memang susah nak berkembang sebab dia bergaul dengan puak dia je tak boleh terima perbezaan dari orang lain. Macam mana nak maju ye dak. Mungkin la gah sekejab tapi percayalah susah nak bertahan melainkan depa sanggup mengubah sistem berpuak tu kepada lebih terbuka & bebas. Berpuak ni untuk manusia tak bertamadun je. Kelab kurang bertamadun memang banyak kontroversi & masalah dalaman katanya. hahaha


Apapun tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 Anjuran Denaihati Network. Sebagai blogger walau tak join aku tumpang bangga dengan kejayaan Denaihati yang berjaya mengumpulkan ramai blogger dari pelbagai latar belakang, genre blog & kelab blogger dalam satu majlis besar macam ni. Bukan semua orang mampu tau.. Bukan je blogger & pengamal media sosial.. retis pun join sekali. Kau hado? Hehehehe


Dalam banyak2 hadiah aku paling jeles dengan blogger mahamahu kalau tak silap sebab dia dapat pakej umrah 15 hari 14 malam. Subhanallah.. Kalau la dapat 3 hari 3 malam tidur sambil senyum katanya. Sebab tak join SBB2016 & confirm takde peluang nak menang pakej umrah tu maka meh la sesapa senasib kita try ni pulak >> Nak RM10,000 Pergi Bercuti Kat Bangkok, Meh tengok kat sini << Manalah tau rezeki, ye dak.


P/S : Gambar pinjam dari Fb Tuan Amir Denaihati

TAK SUKA KEPIMPINAN NAJIB HARUS KUTUK RAMBUT ROSMAH

TAK SUKA KEPIMPINAN NAJIB HARUS KUTUK RAMBUT ROSMAH. Aku bukan jenis taksub.. Bila aku tak suka sesuatu tentang perangai seseorang memang aku jarang pukul rata semua. Macam orang dok Troll datin seri rosmah, isteri kepada Perdana Menteri malaysia Dato Seri Najib pasal fizikal dia.. pasal rambut dia. Aku memang tak sokong benda2 macam tu tapi tak bermakna aku sokong & Undi Najib Tun Razak. Aku pun tak suka cara dia handle negara.. Semuanya membebankan tapi apa kena mengena dengan rambut Rosmah. Perlu ke aku kutuk rambut rosmah sebab aku benci laki dia??


Macam tu jugak Dato Vida.. Aku memang serius meluat tengok perangai dia bila depan camera kat TV.. Semua orang tahu dia over acting tapi tak semestinya aku meluat perangai gedik dia sebab aku dengki dengan kejayaan dia mampu menjadi jutawan kosmetik & produk kecantikan & kesihatan sampai semua perkara dia buat aku nak kutuk sampai nak troll muka dia sama macam puteri pasir berdengung dalam filem Laksamana Doremi. Apa yang aku tak suka bukan rupa dia.. Tapi cara & penampilan dia yang agak over.

Pelik kadang2 bila aku kritik certain perkara yang aku rasa dia over mesti ada orang akan cakap aku dengki sebab dia kaya. Walaupun aku bukan orang kaya.. serius sikit pun aku tak rasa dengki pun dengan dia. Aku pun tak suka kadang2 iklan terlajak Laris Dato Aliff Syukri yang over & nampak low class tapi aku masih jadikan dia inspirasi sebab kejayaan dia. Dia pun kadang2 over tapi ada perkara aku masih suka tentang dia. Tapi kalau bab iklan produk dia memang kebanyakkan aku tak taste sangat la.

Aku bukan seorang yang taksub.. Kalau tak suka orang tu sampai rumput depan rumah dia pun aku benci. Aku bukan spesis manusia macam tu.. Mungkin aku jenis outspoken tentang apa yang aku tak suka atau tak setuju tapi tak bermakna aku akak membenci apa saja datang dari sesuatu atau seseorang yang aku tak suka.

Walaupun seseorang tu banyak melakukan perkara kebajikan tak bermakna segala apa yang dia buat menjadi betul & halal. Yang salah takkan jadi betul hanya kerana kononnya dia seorang dermawan. Jangan memuliakan perkara salah hanya kerana seseorang tu ada melakukan perkara yang baik dalam pada masa yang sama sebab yang salah takkan jadi betul. Dengan cara tu kita hanya lebih merosakkan dari memperbetulkan.

Bila dah masuk level selebriti ni memang semua pekara jadi nilaian orang. Nak2 lagi pengasas produk sekarang semua glemer. Dah glemer memang ada positif & negatif nak2 lagi yang jenis gila glemer. Bila masuk dunia hiburan ni tak kira siapapun artis ke pengasas produk ke memang apa saja tentang mereka orang akan perkatakan. Tak kira benda yang tak kena mengena dengan profession dia pun.. Jadi kalau dah tahu diri popular, rasa tak nak kena kecam, jaga la perangai depan camera yer. Aku tak suka sangat nak kutuk rupa & fizikal orang sebab kita pun bukan sempurna mana. Tapi kalau perangai yang Annoying sangat memang sebagai manusia terkata jugak sepatah dua kata. Habis asyik dok muncul depan mata.

Moral of the story.. Aku tak anti sesiapa cuma kalau apa aku tak suka aku cakap jer. hehehehe

BLOGGER POPULAR TAPI BLOG TAK POPULAR

BLOGGER POPULAR TAPI BLOG TAK POPULAR. Ada ke blogger lebih popular dari blog? Ada jer.. sapa cakap tak ada. Tapi ramai yang tak perasan wujudnya fenomena ni. Aku dulu pun mentaliti fikir.. sipolan tu agak di kenali kat media sosial, muka keluar majalah bagai.. Mesti blog dia traffic tinggi sampai ke langit ketujuh. Upload gambar pun beribu orang like.. Paling lekeh pun ratus jugak la like dia dapat. Kalau macam aku ni.. memang bukan saingan depa la.


Tapi kita boleh tahu sejauh mana blog tu popular ke tidak bila orang minta tolong aku untuk rekemen blogger untuk review. Sebab aku rajin jugak buat kerja2 macam ni walau aku buat takde komisyen cuma aku tolong rekemen blogger kalau ada mana2 client nak blogger untuk review. Saja buat kerja sukarela. Kadang2 orang offer aku review tapi aku akan tanya maybe dia perlukan blogger lain lagi untuk review aku boleh rekemen. Walaupun aku tak ambil apa2 upah rekemen blogger untuk depa aku percaya rezeki tu dari Allah.. Kita berkongsi rezeki dengan orang lain, Allah permudahkan urusan kita mencari rezeki. Aku anggap benda ni win win situation jer.

Bila kita buka offer untuk job review ramai la blogger akan try apply. Bila nak apply traffic blog memang perlu untuk menentukan samada layak atau tak dapat job review tu. Time tu kadang2 macam tak caya.. Rasa blogger tu macam antara mereka yang hotstuff jugak tapi traffic blog serius kadang2 ada yang pageviews tak sampai 1k per day, hokay! Tu yang ada muka keluar majalah bagai. Bukan merendahkan mereka ni cuma nak bagitau popular kat media sosial belum tentu blog dia pun popular. yang popular tuan punya blog jer.. Blog dia masih level2 biasa je la. Ada yang tengok je blogger biasa2 jer.. Traffic cecah ratus ribu. Macam tak caya.. sebab kalau dia post apa2 kat media sosial feedback dia takde la gempak sangat. Tapi bab blog memang dia power meraih traffic.

Kat situ aku belajar & tahu dalam berblog apa sebenarnya yang aku nak? Kalau setakat nak popular semua orang kenal muka kita.. keluar masuk majalah padahal blog orang malas nak clik sebab pengisian dia tak cukup menarik pun motif berblog tak sampai jugak. Kalau nak jadikan blog sumber pendapatan.. Blog harus menyerlah sebab orang nak bagi job pun bergantung pada populariti blog. Kalau blog kita takde orang clik, takde fungsi orang nak beriklan, kan?

Moral of the story.. Nak berjaya kadang2 tak perlu sangat populariti untuk diri sendiri cuma perlukan populariti apa yang kita buat & apa yang kita jual jer. Contoh macam wanita ni.. serius aku sendiri tak kenal dia tapi dia antara wanita yang berjaya dengan cara luar biasa >> Wanita Yang Sanggup Tinggalkan Kerjaya yang dah stabil Demi Nak buat semua ni <<

P/S : Aku tulis isu ni bukan bermakna aku cakap aku ni blogger tak popular tapi traffic blog meletop kebabom.. Aku pun kategori traffic blog biasa2 lagi.. tapi Alhamdulillah sejak blog mengalami transformasi ni traffic memang meningkat berganda ganda la dari sebelum di transformasikan. So,tak sia2 jugak pelaburan aku pada blog. Labur tak banyak mana.. tapi berbaloi.

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan laksa tak kira dari pelusuk mana pun. Nak2 orang utara la kan.. memang terkenal dengan laksanya. tak kurang jugak melaka, sarawak & johor.. Pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun namanya tetap laksa tapi setiap negeri tu kadang2 cara pembuatan laksa tu tak sama langsung apatah lagi rasanya. Aku dulu agak bangang sebab tak tau macam mana rupa laksa johor ni. teringin la jugak nak rasa tapi dok anggap dah lama laksa ni mungkin tak jauh beza dengan laksa utara la. Mungkin rasa tu lain sikit biasa la.. Tapi bila sampai menu yang aku order apsal mee pulak ni. Hahahaha.. Punya cempeqa la masa tu.

Laksa ni homemade. Insya Allah halal.. Aku yang masak sendiri hahaha

Tapi zaman google ni.. Orang malas je akan sentiasa bangang. Search je bersepah dia keluar. Macam2 jenis laksa ada. Tak payah nak bayang bayang dah.. seketoi seketoi dia keluar gambar. Jamu la mata sepuas puasnya sampai kenyang. Kalau dulu aku tak tahu pasal laksa johor.. ni sekali lagi aku terkejut dengan laksa hipster.. Amboi laksa pun tak ketinggalan ikut trend sekarang. Mentang2 wak doyok terkenal dengan fesyen hipster... Laksa pun orang nak hispter kan.



Tak tau apa rasa laksa hispster ni. Rasa macam hispter jugak ke. Tapi tu la kena hati hati jugak nak makan laksa ni. Laksa ni bukan makanan tradisi orang melayu je malah cina pun antara penggemar & peniaga laksa yang popular kat Malaysia ni. Kadang2 aku tengok rancangan kat tv yang berunsurkan travel atau makan makan2 ni.. Main makan je. Kita sendiri tengok orang yang jual tu macam tak confident je macam mana depa boleh selamba makan.

Walaupun pork free (bebas babi) tak semestinya halal selagi tiada pengesahan JAKIM kedai/gerai/restoran tu halal. Kat sini korang boleh tengok menu2 laksa yang halal & tak halal walau dinyatakan 'pork free' tapi tidak ada pengesahan halal >> 9 Laksa Paling Popular Seluruh Negeri Di Malaysia << Jadi senang anda membuat rujukan. Manalah tau tetiba tersinggah at least tahu la kan..

Moral of the story.. yelah, walau tak semua peniaga Islam tu apply certificated halal JAKIM at least sesama islam ni takde la meragukan sangat penggunaan ramuan tu walau halal bukan sahaja dari bahan & ramun malah faktor kebersihan juga di ambil kira
. cuma tu la kalau masakan dari restoran non-muslim ni kalau hanya 'Pork Free' ramuan lain belum tentu halal even hanya menu laksa. ye dak.

AHLI KELUARGA SAHKAN SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN

AHLI KELUARGA SAHKAN SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN. haritu ada baca jugak gosip katanya Dato Siti Nurhaliza, penyanyi no 1 negara ni mengandung tapi Dato siti sendiri menafikan khabar tersebut. So, aku anggap usik2 manja pihak media je la. Tapi bila terbaca satu artikel dari beautifulnara tadi yang katanya ada ahli keluarga dato siti mengesahkan memang dia mengandung.. cuma sebab kandungan terlalu awal mungkin depa tak nak hebahkan dulu. yelah.. pantang orang tua tua ni.. Kalau awal2 mengandung elok jangan canang sangat. Sebab usia kandungan macam tu masih belum kuat. Macam2 boleh berlaku.


Mesti happy giler Siti Nurhaliza kan? Lama tu tunggu saat2 macam ni.. Orang yang tunggu kehadiran cahaya mata dalam masa yang lama je tahu perasaannya. Orang bunting pelamin bagai.. feel dia takkan sama dengan orang yang kawen bertahun tahun baru dapat merasa nikmat mengandung ni. Selama ni depa pendam je rasa sedih bila dengar khabar gembira orang nak dapat anak.. Bohonglah bagi mana2 pasangan yang dah kahwin tak rasa sekumit pun cemburu pada orang yang rezeki anak dia awal kecuali depa memang tak pernah berniat untuk ada anak.

Sumber Beautifulnara

Nak bayangkan macam mana Dato siti lepas dapat anak nanti.. Rasanya macam jauh lagi perjalanan dia tu. Tapi adakah Dato Siti akan memewahkan anak dia macam Che Ta. emas berkepok2.. intan berlian bagai?? Hak masing2 nak besarkan anak macam mana ikut kemampuan dia. Mana boleh tegur.. satgi dia jawab duit aku, suka hati aku kita dah tak ada ayat nak reply katanya.

Apapun Dato siti nanti nak bersalin jangan lupa bawa semua barang2 ni tau termasuk telefon. Kalau dulu2 orang bersalin telefon tu tak penting tapi tidak lagi zaman sekarang. Nak tau kenapa mesti ada telefon ketika hendak bersalin meh baca ni >> 15 Barang Yang Wajib Bawa ketika hendak bersalin termasuk telefon <<

Tahniah untuk Dato Siti Nurhaliza.. Moga perjalanan mengandung tu di permudahkan sehingga hari ketibaan cahaya mata.

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA. Blogger sekarang memang dah ada kasta. Ada blogger kasta tinggi.. blogger tahap retis. Popular. Muka terpampang dalam majalah,akhbar,tv. Media sosial tak payah cakap la. Ada blogger tetap ada adalam arena blog tapi ada yang hanya menyerlah dalam dunia maya. Ada yang tak menyerlah cuma di kenali di kalangan blogger sahaja. Aku? Aku kategori blogger paling di benci la kot. hahahaha..


Aku sebab kategori biasa je maka di sekeliling aku blogger yang macam aku jugak la. Seronok berkawan dengan mereka. Sebabnya kita tahu kita takde nama besar dalam blog jadi orang berkawan dengan kita bukan untuk kepentingan apa2. Cuma menyokong sesama sendiri tanpa ada niat tersembunyi. Berkawan dengan blogger biasa ni buat aku rasa sebenarnya mereka sangat luar biasa. Pengalaman bergaul dengan blogger biasa & dengan blogger terkenal serius blogger biasa lebih luar biasa semangat setiakawannya.

Bila di hentam kiri kanan.. mereka ada tetap bagi sokongan. Sokongan mereka hanya aku yang tahu. Orang lain tak nampak. Orang nampak semua orang macam tak menyokong aku padahal ramai je kawan2 blogger yang masih bersama aku. Terima buruk & baiknya aku. Aku selesa berkawan dengan blogger2 biasa. Bukan untuk nampak hebat di kalangan mereka tapi sememangnya bila bersama orang2 yang sama level dengan kita, lebih banyak keikhlasan dari kepalsuan. Secara logiknya kalau depa harap sesuatu dari menyokong aku.. aku bukan ada apa2 kepentingan pun. Nak bagi job.. aku sendiri pun bukan selalu dapat job. Rezeki dari blog banyak dari iklan2 nuffnang, chrup2, 8share, ads jer.. Bukan aku banyak dapat job yang boleh di kongsikan dengan orang lain pun. Popular.. lagi la takde. Pernah nampak blogger lekatlekit keluar tv? Majalah? suratkhabar bagai?

Terima kasih kawan2 blogger alam maya yang sentiasa menyokong jatuh & bangunnya saya yang tiada apa2 mampu menyumbang untuk anda. Walau kita tidak pernah berniat untuk memanjangkan hubungan ni sehingga di luar alam maya tapi kita tetap kawan. Tetap ada ikatan silaturrahim antara kita walau hanya dalam alam maya. Berbanggalah kita hanya blogger biasa sebab kerana kita blogger biasalah kita keikhlasan kita berkawan itu sangat luar biasa. Sama sama kita menaikkan sesama sendiri dalam dunia blog ni. Biarlah kita berada di level biasa asalkan kita sentiasa ada walau tak menyerlah jauh dari yang biasa. Kita masing2 ada komitmen lebih penting dari blog.. Jadi utamakan apa yang perlu di utamakan. Takpelah orang tak kenal muka kita at least blog kita masih ada dalam google search. hehehe

TERBONGKAR! INI PERLU ANDA TAHU TENTANG DIGI WWWOW AWARDS

TERBONGKAR! INI PERLU ANDA TAHU TENTANG DIGI WWWOW AWARDS. Digi WWWow Awards kini kembali. Yang mana rasa blog hangpa best sangat sila calonkan diri yer. Setakat dok perasan sorang2 je tak guna jugak, buktikan dengan mempertandingkan blog anda di Anugerah tersebar setiap tahun Digi WWWow Awards. Macam aku ni bukan taknak join bertanding tapi aku kan suka low profile. Satgi kalau calonkan diri kena join event tu aku tak mau la semua orang lari bila nampak muka puaka aku kat situ. hahahaha... Alasan sangat tau!


Hari ni blog puaka lekat lekit kembali berpuaka setelah kembali ke pangkal jalan puaka dengan header seram. header sweet like kencing manis sebelum ni rasa macam tak berapa taste pulak aku tengok. Rasa bukan identiti blog lekat lekit. Kena puaka2 sikit baru orang tak rasa blog aku kena hack hahahaha...

Bila dah berpuaka ni mula la ada entri hot & spicy.. kontroversi & sensasi. Rasanya ramai makhluk alam maya tahu kewujudan majlis Anugerah yang bernama Digi WWWow Awards. Antara anugerah yang di pertandingkan adalah anugerah untuk blogger dalam kategori apatah aku dah lupa. Sebenarnya bukan anugerah untuk blog jer banyak anugerah lain seperti untuk mereka yang popular kat median sosial & ramai pengaruh. Banyak kategori.. untuk bussines online. Nanti korang tengok je kat sini MAJLIS ANUGERAH UNTUK BLOGGER & PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Tapi ramai yang tak tahu apa kepentingan Majlis Anugerah Digi WWWow Awards ni di adakan. yang ni aku confirm ramai yang tak tahu jadi aku nak bongkarkan pada korang semua sesuatu yang mungkin korang tak pernah tahu selama ni. Kalau korang nak tahu meh baca pembongkaran ni kat sini >> Ini Sebab DiGi WWWow Awards Kembali Lagi <<

Jadi sapa yang dah calonkan diri dalam Digi WWWow Awards ni tak boleh nak buat apa. teruskan meraih undian je & aku ucap semoga berjaya. Kami2 yang picisan di pinggiran skrin ni cuma tumpang gembira je untuk hangpa. hahahaha

Moral of the story.. Sebelum mencalonkan diri dalam apa2 anugerah penting untuk kita tahu apa kepentingan majlis macam tu untuk kita bukan hanya untuk penganjur. Jangan kita di jadikan alat jer untuk keuntungan sebelah pihak. Peace Yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com