Showing posts with label make up. Show all posts

MR DIY JUAL PRODUK BERASASKAN BABI?

Erkk.. ni kontroversi baru ke? Mr DIY jual produk berasaskan babi tapi tak letak tag non-halal? betul ke macam tu? Kalau macam tu di kira sebagai menipu pengguna dah ni. Patut la murah katanya, sebab guna bahan2 dari oink oink.


Hang nak kena saman ke lekatlekit? Ada bukti ke dok tuduh macam tu? Tak tuduh cuma menjawab pertanyaan dari orang lain. Aku ada upload satu berus bedak murah yang aku beli dari kedai Mr DIY. Memang shopping kat situ best sebab murah2 kan. Kalau nak banding berus bedak Ronasutra kabuki tu harga berus bedak kat DIY ni jauh lebih murah la. RM9++ je aku beli. Actually aku pun tak pernah dengar gosip kata Mr DIY ni banyak jual produk berasaskan oink oink. Serius baru pertama kali dengar bila ada someone tanya hal ni kat komen pic berus bedak ni. Sapalah Sampai hati gosip camtu.. mentang2 la kami hanya mampu soping kat DIY jer.. Tunggu la income blog aku cecah puluh ribu confirm aku soping2 clik2 jer. hahaha. Bagi memberi info pasal ni maka aku dengan rasa prihatin buat jugak la entri ni

 Berus bedak yang aku beli kat Mr DIY

Janganlah sebab murah kita judge produk tu berasaskan babi. Babi pun bukan murahan sangat. babi hutan pun mahal harganya. almaklum la eksotik katanya. Kita sendiri boleh kesan produk tu berasaskan babi atau tak. tak kira la harga dia mahal atau murah jangan confident sangat yang mahal tu terjamin kehalalannya yang murah tu semua berisiko guna babi. Macam berus bedak ni.. Berus yang guna bulu babi dari info yang aku baca dia bersifat bercabang di hujung. Kalau di potong pun bentuk dia tak tirus/tajam lagi. atau lebih senang tak nampak semulajadi lagi la bentuk dia. Akan nampak bekas potong tu. Tapi berus bedak yang aku beli memang berbentuk tirus/tajam di hujung & tak bercabang even harga dia RM9++ je pun.

Sumber : Cara Mengenal Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

Jadi tak kira la produk tu mahal atau murah untuk langkah keselematan sebelum beli belek2 la dulu untuk lebih kepastian. Jangan rembat terus bayar. Mr DIY antara salah satu kedai harga murah yang banyak cawangan di Malaysia & agak di kenali rasanya mereka juga alert kot dengan isu yang melibatkan sensitiviti agama ni. Kalau depa main semborono je jual produk berasaskan babi tanpa ada tag non-halal, tak lama kena kecam & boikot la. Rasanya depa pun tau kesan di boikot macam mana ye dak??

Moral of the story.. Kita ada akal, kita ada teknologi.. so carilah info. Jangan mudah percaya khabar angin tanpa usul periksa.


GAMBAR BILA LELAKI CUBA MENYERUPAI ARTIS WANITA

Ni bukan pondan atau Mak Nyah ni lelaki yang tetiba nak transform muka dia jadi macam artis perempuan. Elok2 kau hensem dalam rupa lelaki terus rasa nak muntah tengok rupa kau yang kononnya muka macam retis wanita yang top meletop kebabom...

 Sumber Google

Hope lelaki2 sejati kat Malaysia takde cuba2 nak buat benda ni.. Tak payah nak jadi attention seeker sangat dengan buat benda2 takde pekdah.. tak payah la rasa macam lawak & mampu meraih like ribu riban dengan cuba menyerupai perempuan. Banyak lagi kot cara lain... Islam pun mengharamkan Lelaki berpakaian @ bersolek menyerupai wanita walau atas niat menyampaikan kebaikkan sebab ada cara lain lagi boleh buat. Berlakon pun tak boleh ok!

Op's terbebel pulak.. lupa nak tunjuk rupa lelaki yang dah di transform dengan make up menyerupai artis wanita popular.. Meh la muntah ramai ramai..  geli pulak... hahahahha

 Elok2 kau ensem nak transform jadi Michelle Obama terus jadi huduh. hahaha

Konon transform jadi Kim Kardashian. Nak tengok banyak lagi koleksi gambar lelaki gedik yang nak jadi retis perempuan ni boleh tengok kat sini Lelaki Ini Ubah Wajah Hanya Guna 'Make-Up



YANG SUKA MAKE UP HARUS BACA

 Ha.. ha.. tak tau sapa suka make up tu! Jaga2 yang suka make up.. ada something yang hangpa kena tau. Kalau tak tau... hurmm... tak tau nak cakap camna. Susah nak di gambarkan dengan kata kata.

Amboi.. pakat kecut abis semua noh.. Ketaq pala lutut abis. hahahahhaa.
Aku antara spesis perempuan yang memang suka make up bila nak keluar. Nasib baik aku bukan retis popular ja.. Kalau dak mesti masa aku bersalin dulu kecoh muka aku bermakeup masuk LR. Tu dia punya tak confident la muka kosong nak keluar rumah kan.. sampai nak pi beranak pun sempat lagi tenyeh2 apa2 yang patut kat muka. Hahahahaha.. sebenarnya kalau masa tu contraction dah kuat aku pun dah tak fikir muka serabai bagai.. sebab time tu contraction belum bermula.. tu yang kerek siap make up bagai.kekekekeke

Sumber google

Bukan la nak cerita pasai muka aku dengan eyeliner bagai masuk LR tapi nak cerita satu produk baru Nivea ni.. aku baru beli semalam & semalam jugak aku dah try guna. Kali pertama try.. memang best. Kalau selalu tengok tv rasanya perasan kot Niviea Make up clear. Alah yang tempek kat muka macam mask tu...


Tak menyempat sangat semalam.. alang2 balik rumah muka semak dengan make up harus la cuba barang baru kan? Kali pertama aku guna.. Memang best. Memang dia remove abis make up.. rasa bersih, licin & muka pun nampak jernih je lepas cuci. Aku beli pun sebab harga dia murah.. dah tu ada percuma satu. Harga dia RM14++. Fungsi Dia 3 in 1. Bersihkan make up, pencuci muka & berkesan mencerahkan kulit jugak. Aku beli yang extra white manatau boleh dapat kulit macam snow white.. hahahahaktuih! ada juga yang acne care.

Cara guna dia pun senang.. tempek je kat muka.. tunggu seminit.. lepas tu cuci. Gosok2 la sikit jangan bilas terus. Tak payah pemalas sangat, ok! hehehehehe. So pada kaki2 make up boleh la try.

P/S : Ni bukan entri review berbayar ok.. Siapalah aku Nivea nak bayar untuk review produk depa kan? Ni just share sebab aku rasa macam best jer.. hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com