Showing posts with label bahaya. Show all posts

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?? Minggu ni sahaja asyik terbaca viral pasal 1 produk skincare ni.. erkk sebenarnya yang tengah hot sekarang ada 2 local brand produk. Dua dua tu memang dah selamat KKM senaraikan sebagai produk yang mengandungi bahan terlarang iatu racun berjadual yang biasa di jumpai dalam banyak local skincare ni. Kita sedia maklum kan.. Kat Malaysia tengah 'In trend' produk jenama sendiri di mana material di bekalkan oleh pihak kilang yang mana gigih sangat nak jadi 'ponder' cuma perlu keluarkan modal untuk beli produk ni dari kilang OEM.. tempek la label jenama sendiri kemudian pepandai la hang nak market macam mana. So jangan pelik kalau nampak krim yang warna sama, bau sama, jenama berbeza di kesan mengandungi racun yang sama yer..

Semalam terbaca satu screenshot conversation antara seller product (saya agak jer) dengan mungkin customer pasal 1 produk ni yang ada 2 Item dalam set skincare dia di kesan mengandung racun berjadual iatu Hydroquinone. Hydroquinone ni memang sengaja di campurpalsu dalam produk bagi tujuan pemutihan, mengatasi masalah jerawat & jeragat yang serius bagi memberi kesan kecantikan yang cepat. Sebab tu tak pelik depa pakai produk yang ada hydroquinone (normally tidak di beritahu la ada ingredient hhydroquinone dalam produk kosmetik) sekejab je muka dah putih melepak macam mayat, kulit licin macam cermin, pink pink macam oink oink.. Hydroquinone ni la yang berfungsi melakukan perkara tersebut.


Berbalik pada conversation tadi si seller nampak cuba manipulasi kenyataan dengan mengaitkan hydroquinone yang terdapat dalam ubat. Yer Hydroquinone adalah dalam kategori ubat terkawal yang hanya boleh di berikan oleh petugas kesihatan profesional seperti doktor sahaja. Tidak boleh di letakan dalam produk kosmetik seperti skincare. Sebab ia amatlah bahaya jika di gunakan tanpa pemantauan petugas kesihatan seperti doktor.

produk yang mengandungi hydroquinone adalah dikawal sebagai produk farmaseutikal dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana produk tersebut hanya boleh digunakan di bawah pengawasan professional kesihatan sahaja. 
Salah guna hydroquinone di dalam produk kosmetik 
Kegunaan hydroquinone di dalam produk kosmetik seringkali dikaitkan dengan produk pencerah kulit muka atau merawat masalah pigmentasi. Memandangkan produk kosmetik tidak boleh mengandungi hydroquinone maka mana-mana produk kosmetik yang dikesan mengandungi hydroquinone adalah dikategorikan sebagai produk yang dicampurpalsu. Produk kosmetik yang dicampurpalsu adalah menyalahi garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan mudarat. 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. 
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. 
Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan proses ini boleh menyebabkan berkurangnya perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 
Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam seperti tompok-tompok apabila terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/?fbclid=IwAR1pkx4LxC981r64Fufl8wxdCtoeSb7M3Ho5GKqPjf5sVfnf8u-2Sz1jvH8

Senang faham macam ni la yerk.. produk mengandungi hydroquinone selamat di gunakan jika di beri oleh doktor sebab dia je tahu keperluan anda mengambilnya & berapa dos hydroquinone tu di perlukan mengikut masalah kulit yang hangpa hadapi tapi kalau dia di letakan dalam produk kosmetik macam skincare di jual & guna tanpa pemantauan petugas kesihatan profesional ia jadi salah la. Sebab tu kalau produk yang mengandungi hydroquinone di kesan.. KKM akan menarik balik Notifikasi (NOT KKM) bagi yang berdaftar. Bahaya tau hydroquinone dalam produk skincare ni jangan ingat sebab ia di gunakan untuk rawat masalah kulit.. semua orang boleh jual sesuka hati produk mengandngi hydroquinone. Dia memang tak boleh jual hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan sahaja iatu doktor ok! Selain doktor setakat seller/agent/dropship malah Founder sekalipun tak boleh!!! Hangpa yang masih pakai dengan 'tagline' aku pakai ok jer.. Takkan nak tunggu kena kanser kulit dulu baru nak percaya benda tu sebenarnya bahaya & Tak ok! Cegah sebelum parah adalah lebih baik dari merawati.


Pengguna dinasihatkan untuk mencari maklumat yang betul sebelum membeli sesuatu produk kosmetik dan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik daripada sumber yang meragukan seperti dibeli dari pasar malam, kaki lima atau belian atas talian (online). Di samping itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan sebarang bentuk promosi yang membuat tuntutan yang melampau serta menjanjikan kesan positif dalam masa yang cepat.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my sebelum membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran. Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak diingini akibat penggunaan produk kosmetik atau mensyaki produk yang dicampurpalsu, laporan atau aduan boleh dibuat kepada BPFK dengan menghubungi talian 03-788355537/5532 atau emailkan kepada kosmetik@bpfk.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.

Moral of the story.. jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT. Khairul Yoi satu entiti yang dalam kategori anonymous tapi sebenarnya tak berapa anonymous juga. Cuma ramai yang tak tahu siapa dia termasuklah saya. Saya cuma banyak follow posting posting berkaitan info info produk di page beliau Khairul Yoi. Dah banyak kali account facebook Khairul Yoi ni kena report & kena benam.. Tapi tu la manusia berpengaruh macam tu.. Dia macam zombie. Susah nak mati katanya hehehe.


Baru baru ni kecoh ada seorang individu konon membuat pendedahan tentang 1 produk drugstore yang agak terkenal. Sebab produk ni ramai yang akan rekemen termasuk specialist bagi mereka yang mengalami breakout teruk tak kira la sebab terguna produk kosmetik beracun atau apa apa sebab lain. Kalau sebut cetaphil tu.. Rata rata orang kenal brand ni. Saya pun pernah guna gentel cleanser cetaphil masa mengalami alergik teruk kat muka. So far membantu masalah tu. Sebab kulit saya memang agak sensitif dengan cleanser yang berbuih mewah.. Even tak mengalami alergik pun hasil try & error bermacam macam jenis cleanser ni.. yang jenis gel & tak berbuih paling serasi dengan kulit saya even body wash pun saya guna jenis gel tapi tak la sampai tak ada buih. Body wash kalau tak ada buih.. Rasa tak puas pulak bersabun kan? kekekeke

Berbalik pada isu cetaphil.. Salah faham yang di viralkan di perbetulkan semua oleh Khairul Yoi. So untuk panduan & info korang semua saya copy paste balik posting khairul Yoi. Bukan apa.. Page Khairul Yoi ni.. satgi hilang at least ada la info berguna yang di sampaikan di simpan di blog ni untuk rujukan anda semua..



Since beberapa hari lepas, ramai yang tanya pasal kandungan Cetaphil dan jugak about this post.

Pertama skali, aku dah terangkan pasal selamat vs serasi. Cari yang selamat dulu. Kemudian baru cari yang serasi. Macam mana nak tau selamat? Dah ajar banyak kali, beli dari drugstores atau cari produk local yang berkualiti. Ada labtest, dikilangkan di kilang bertaraf gmp, berdaftar dengan kkm, yada yada yada. Atau boleh tengok senarai produk berkualiti yang aku pernah mention sebelum ni.

Kedua, Cetaphil. Aku nak ajar korang macam mana nak baca ingredients analysis dalam cosdna. Nanti korang tekan pic kat bawah. Aku sediakan cara2 nak baca dan tengok ingredients safety level.

Cetaphil ni, ada 8 saja ingredients. Yang jadi kecoh sebab ada sodium lauryl sulfate dan hydroxybenzoate (paraben). Kita cerita pasal sls dulu. Fungsi dia adalah sebagai surfactant, atau bahasa mudahnya mengurangkan geseran antara kulit dan cleanser. Dan jugak dia adalah agen pembuih. Tapi klau korang prasan, cetaphil ni tak berbuih pun kan. Maknanya kandungan sls dalam cetaphil adalah sangat sangat sedikit. Dan sls ni jugak fungsi dia untuk stabilkan the whole product. Klau tak stabil nanti cepat naik kulat, cepat rosak dan sebagainya. Sls ni bersifat mengeringkan kulit. Tapi biasanya irritation jarang jadi pada rinse off product. Kecuali produk yang korang letak kat muka lama2. Tapi still korang kena berhati2 lah kan memilih produk.


Jadi keypoint dia, depends kepada skin tolerance korang. Korang yang ada DRY SKIN atau SENSITIVE SKIN, sebaiknya elakkan guna sebarang produk yang ada SLS, SLES, PARABEN (HYDROXYBENZOATE), SILICONE, ALCOHOL, FRAGRANCE. Sekiranya korang pakai cetaphil dan kulit jadi kering, gatal2, atau tak selesa, itu berkemungkinan korang ada alahan pada paraben atau sls walaupun cetaphil adalah untuk sensitive skin.

Kemudian dakwaan bahawa alcohol adalah pembunuh senyap. Yes that is right. Kalau kau teguk alcohol and drive, kemungkinan alcohol tersebut boleh membunuh. Alcohol dalam minuman tak sama macam alcohol dalam skincare ok. But the thing is kebanyakan alcohol dalam skincare adalah untuk control kepekatan produk dan membantu ingredients lain supaya mudah diserap ke dalam kulit. Tapi, ada tapi. Alcohol pun sama, korang yang ada sensitive skin kena elakkan pakai produk yang ada alcohol sebab alcohol jugak boleh mengeringkan kulit.

Untuk kulit normal, takde masalah pun sebenarnya. Ada sebab kenapa moisturiser diwujudkan. Sebab tu lepas cleansing, korang pakai moisturiser untuk hydrate kan kulit korang supaya tak kering. Ni lah sebabnya ni. Supaya korang tak menggelabah bila nampak produk yang ada sls, sles dan alcohol. Jadi yang ada kulit sensitif dan kering tu, carilah produk yang bebas bahan2 yang aku sebutkan tadi.


Semoga info & penjelasan ni membantu korang lebih memahami ingredient dalam produk. Bak kata Khairul Yoi perkara pertama dalam memilih produk.. Yang pertama pilih produk yang selamat dulu kemudian cari produk yang serasi dengan anda. Sebab kita sedia maklum.. Produk yang selamat pun bukan sesuai dengan semua orang jadi penting kalau nak guna apa apa produk 2 kriteria ni perlu ada. Produk yang selamat & memenuhi keperluan & masalah kulit korang. Produk yang beracun ni even luar kulit nampak macam bagi kesan positif tapi tetap bahaya pada kesihatan. Sebab kadang kadang effect dia tak nampak luar kulit tapi perlahan lahan merosakkan kesihatan dalam korang. Yang tu baru boleh panggil 'Silent Killer' ok!

Mora of the story.. Jadilah pengguna bijak bukan pengguna senang kena pijak. Anda mampu mengubahnya. 

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO. Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak.

Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan.

Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ampaian jer. So memang certain siaran TV dapat dapat atau tak jelas.

So dari perbincangan topik 'Kosmetik Timbang Kilo' Tadi boleh la saya share dengan pembaca blog saya yang masih blur blur menatang apa kosmetik timbang kilo.

Sebagai pengenalan.. Kosmetik adalah produk kecantikkan & penjagaan diri yang di gunakan di luar kulit macam produk penjagaan wajah, produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit badan, pewangi badan & sebagainya. Produk kosmetik ni tak boleh ada tuntutan perubat seperti merawat ia cuma produk kecantikkan & penjagaan kulit/badan/rambut sahaja. Tak boleh claim produk di bawah kategori kosmetik ni merawat gatal gatal ke, ezcema ke hapa.

Produk kosmetik perlu ber notifikasi (KKM) untuk di pasarkan di Malaysia tak kira produk tu produk tempatan (local produk) atau produk luar (International product). Wajib kena ada NOT KKM. Dan NOT KKM bukan kelulusan tapi cuma pengistiharan yang di buat pengeluar bahawa produk mereka selamat & bebas bahan berbahaya. KKM tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada produk kosmetik kerana proses untuk mendapatkan NOT KKM tidak melalui ujian makmal & analisa di lab kkm. Cuma di isytihar oleh pengeluar melalui dokumentasi sahaja.

Kita terus ke Topik Kosmetik Timbang Kilo. Apa tu Kosmetik @ Produk timbang kilo? 

Produk kosmetik Timbang kilo ni adalah produk yang material dia di beli secara pukal (borong) normally dari negara jiran kemudian di packing & di letak label jenama & di pasarkan atau kita biasa dengar produk rebrand. Proses packaging dia pun maybe packing sendiri kat rumah atau tempat tempat yang tidak memenuhi ciri ciri keselamatan & kebersihan yang di tetapkan.

Produk kosmetik timbang kilo ni bila KKM ambil sampel & buat lab test.. Biasanya di cemari dengan bahan di panggil racun berjadual iatu Merkuri, Hidrokinon & tretinoin. Merkuri & hidrokinon biasanya memang dalam dos yang banyak & merbahaya la (dos yang tidak di benarkan) & tretinoin adalah sejenis bahan yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik sebab Tretenoin di gunakan untuk merawat masalah jerawat yang serius & perlu berdaftar dengan produk kategori ubat. Iatu perlu berdaftar sebagai MAL kerana dia dalam kategori ubat terkawal. Jadi produk kosmetik yang ber Notifikasi (NOT KKM) memang tidak boleh meletakan Tretinoin dalam produk mereka.

Ciri ciri yang biasa KKM kesan pada produk kosmetik timbang kilo.. Mempunyai warna yang terang (warna warni) & di datangkan dalam bentuk set yang mempunyai krim siang & malam.


Produk yang selamat adalah produk yang dah melalui proses RnD (Research & Development) iatu proses metode penelitian yang digunakan untuk menghasilkan produk tertentu dan menguji keberkesanan & keselamatan produk tersebut. Selain RnD.. produk juga perlu melalui labtest.

Tip memilih produk yang selamat supaya tak terguna produk kosmetik timbang kilo yang mengandungi bahan terlarang adalah..

1. Semak label pada produk pastikan semua label ini ada

➠bahan bahan (Ingredient)
➠Description (penerangan Produk)
➠Cara penggunaan
➠Alamat pengilang
➠Cadangan pada jenis kulit/ masalah kulit yang boleh menggunakan produk tersebut

2. Semak samada produk tersebut samada ada BerNotifikasi yang sah (NOT KKM) ada melalui RnD & labtest atau dermatology test/clinical approve etc..

3. Sebelum mencuba atau menggunakan sesuatu produk kenali jenis/masalah kulit. Pastikan bahan bahan yang terdapat dalam produk tersebut bersesuai dengan jenis/masalah kulit anda. Kalau tidak faham boleh merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ingredient produk.

Sekiranya anda terguna & mengalami kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang beracun mohon terus dapatkan rawatan di hospital.

Tu input yang saya dapat dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan topik Kosmetik Timbang kilo tadi. Moga info sedikit ni memberi manafaat besar pada anda semua.

Moral of the story.. Sematkan di hati cantik itu sihat bukan putih ke hitam ke kulit korang. So jangan terlalu mengejar nak putih, nak gebu, nak nampak urat hijau sampai mengabaikan keselamatan & kesihatan anda. Katakan tidak pada Produk Kosmetik Timbang Kilo & Bahaya.

BERANI GILA SELLER CUCUK DRIP PRODUK PEMUTIHAN SENDIRI KAT RUMAH

BERANI GILA SELLER CUCUK DRIP PRODUK PEMUTIHAN SENDIRI KAT RUMAH. Zaman sekarang ramai pengedar produk kecantikkan secara auto macam pakar yang ada pengetahuan dalam bidang perubatan. Memang kagum tak payah belajar tinggi - tinggi pun dah berani suntik2 badan orang dengan ntah hapa hapa supplement & produk kecantikkan. Tanpa was was pulak tu.


Tadi terbaca posting dari satu group seorang gadis muda yang share gambar dia tengah Drip produk pemutihan yang dia jual kat rumah. KAT RUMAH OK! Hangpa tau ka drip tu macam mana... cucuk jarum kat saluran darah. Yang cucuk kat urat tu la. paham ke tidak hangpa ni?? Kalau yang pernah masuk wad maybe tahu la. Sakit woo.. Saya pernah sekali kena drip tu masa bersalin tapi sebab masa tu sakit bersalin tu lebih menguasai segala sakit yang lain tak berapa terasa sangat la sakit kena suntik jarum drip tu kat tangan.

Memang urut dada sampai leper juga la dengan keberanian seller2 produk zaman sekarang. Yang tempek2 kat atas kulit pun banyak dah kantoi bahaya & boleh menyebabkan kerosakkan organ, Ni kan yang suntik2 masuk dalam badan apatah lagi dengan kaedah drip macam ni. Direct terus wei ke dalam saluran darah.

Kononnya produk tu sangat popular di korea.. Almaklum la orang melayu sekarang gila nak jadi macam orang korea kan? Putih melepak sampai nampak urat hijau..Sebut produk dari korea je berbaris depa tunggu turn nak beli sambil membayangkan lepas guna pasti Oppa Oppa gangnam style melutut propose jadi bini. Depa rasa nampak urat hijau ni seksi kot.. Kang jadi alien baru la rasa nak pindah ke planet sebab tak sanggup nak duduk kat Bumi dah.

Tak tau la tahap keselamatan produk tu macam mana.. Even dia produk yang selamat tapi cara seller yang suntik & drip sendiri masukkan produk tu dalam badan dia ataupun pengguna memang tak selamat. Kau fikir cucuk cucuk masuk settle. Tak fikir produk tu sesuai tak dengan orang tu.. Dia ada penyakit ke tidak.. Yang kau tau dia bayar aku cucuk. Drip tu masuk terus ke saluran darah ok! Kau fikir saluran darah tu macam saluran paip singki kau ke?? Kalau tersumbat boleh simply buka & cuci. Alluakbar.. Urut dada sekali lagi. Sebab den tulis sambil membayangkan something buruk boleh berlaku. Time dah mudarat baru hangpa rasa macam mana sakit kena cucuk sana sini.

Saya tak kata kaedah ni tak boleh buat untuk kecantikkan.. Tapi bila di buat oleh orang yang tak ada tauliah memang jadi satu kesalahan & satu tindakkan yang berisiko tinggi. Hangpa yang obses nak jadi Kpop tak ketahuan hala tu... Mohon cari hidayah Allah la sekejab. Isghtifar banyak banyak. Kalau nak sangat cantik & putih macam kain kafan dengan cepat.. beli produk bawa pergi jumpa doktor. Sebab benda2 macam ni perlu melalui pemeriksaan kesihatan dulu. Bukan kau main cucuk je ikut suka kau macam penagih dadah tu. Mungkin setiap orang ada dos tertentu je boleh suntik. Yang seller acah acah doktor tu.. dia tau ke semua tu? Sekali lagi saya tak kata kaedah ni tak boleh, cuma buat la dengan orang yang ada tauliah dalam bidang tersebut seperti Doktor bukan dengan seller yang background dia cuma berpengalaman jual produk tu je.

Tak lama lagi.. Kat Malaysia ni bersepah orang buka klinik kecantikkan walau tak ada tauliah dalam bidang tu. Yelah.. asal berani suntik orang je kau dah boleh jadi doktor kecantikkan katanya. Penjual produk & perkhidmatan macam ni nampak semakin berleluasa. Depa tanpa rasa bersalah mengiklan produk & perkhidmatan depa... Hope KKM boleh buat pantauan & ambil tindakkan tegas sebelum ramai rakyat malaysia yang penangih suntik suntik nak putih ni tanpa pengawasan pakar. kan suntik suntik terus balut kain putih menyesal pun tak berguna. Bersedia je la jawab soalan malaikat dalam kubur.. Yang pasti takde dia tanya kau pakai produk apa kulit cantik sangat dalam kubur nanti.

Kesimpulannya.. Semua orang nak cantik termasuk saya. Lumrah & fitrah seorang manusia kot. Tapi gunalah cara yang selamat & tidak berisiko. Saya bukan nak kondem seller produk kecantikkan cuma harap mereka lebih ber etika & bertanggungjawab. Sebab ia berkaitan keselamatan & kesihatan pengguna. Cari duit ni memang tak pernah cukup & tak pernah puas even kita memiliki segunung emas pun sebab manusia memang ada sikap tamak tapi please.. kesian kan mereka mereka yang innocent yang teringin untuk cantik. Bantu mereka untuk jadi cantik bukan untuk berisiko mendapat sakit.

Moral of the story.. Orang sekarang ni memang berani tahap nirrojim bab bab nak cantik, mantap & hebat. Yang nak putih, yang nak ketat & yang nak size tut besar.. sanggup sumbat apa saja orang kata boleh memberi apa yang mereka nak untuk kepuasan duniawi.

YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN

YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN. Kat blog lekatlekit selain ada segmen seram serik lekatlekit satu lagi segmen den tambah iatu segmen khidmat masyarakat lekatlekit. Semua kena ada lekatlekit.. Tu trademark yang den guna sejak 8 tahun lalu yer.. Bukan sejak Ogos 2017 ok! Almaklum la lekatlekit ni agak catchy, unik,menarik kau memang da'bomb jadi memang tak pelik ada yang teringin nak tumpang populariti trademark tu.. Takpelah, hidup kena berkongsi kan. Dalam dunia ni tak ada yang milik kita.. semua milik Allah ye dak.


Kalau KKM keluarkan laporan ada produk di campurpalsu.. Jangan ingat produk tu telah di palsukan oleh individu yang cuba ciplak dari brand asal yer. Campurpalsu tu membawa maksud produk yang telah di tambah bahan seperti logam berat. Nanti hangpa boleh baca kat entri ni WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

Selain produk kecantikkan.. produk ubat yang bersepah orang jual kat pasaran termasuk jamu, ubat kuat, ubat kurus, ubat montok & macam macam lagi. Pun ada isu kantoi dengan KKM sebab di campurpalsu dengan bahan bahan terlarang ni. Bahaya Limah Ooi.. kau nak laki kau jadi badang dalam selimut. Kau suruh dia ambil ubat kuat. tetiba belum buka selimut laki kau dah kejung.. Tak pepasal menjanda kau Limah.

Jom kita tengok apa bahan yang selalu di campurpalsu dalam produk ubat ni & fungsinya...


Yang kaki kaki jamu, ketat, lentik, melekat lekit bagai tu hati hati la yer. Besederhanalah.. Jangan obses sangat. Berpada pada & berhati hati dalam memilih produk kesihatan dalam dalam bentuk ubat ubatan ni. Den dulu pun bangang juga.. Sekarang mula ambil tahu dah. Manafaat kemudahan hujung jari anda dengan mencari ilmu.

Yang penting hangpa kena tahu walau produk tu macam ada sticker hologram pun kadang kadang hologram palsu. Better semak dia laman wed NPRA  dulu kalau nak lebih kepastian samada berdaftar atau tak dengan KKM. At least kalau ada kesan sampingan dari produk tu.. KKM boleh ambil tindakkan sebab berdaftar walau produk yang berdaftar dengan KKM pun kadang kadang kantoi juga.

Pastikan ubat anda mempunyai ciri ciri berikut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya. Jangan mudah percaya pada tipu daya testimoni-testimoni dari pengusaha-pengusaha produk kesihatan yang tidak bertanggungjawab.

Moral of the story.. Semua orang nak sihat, cantik, cergas, kuat & hebat tapi jangan la memperjudikan kesihatan anda dengan mengambil produk yang kita tak tahu kat mana dia di ujikaji, kat mana kilang di proses & tidak berdaftar dengan KKM. Sangat bahaya walaupun ada produk homemade tradisional yang tidak mempunyai bahan terlarang cuma sebagai pengguna kita bergantung dengan kelulusan KKM untuk pastikan produk tu selamat atau tidak.

 Sumber : Facebook Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kelantan 

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK. Ramai mak mak zaman sekarang suka make over muka anak anak perempuan mereka menggunakan alat kosmetik (makeup) orang dewasa. Nampak comel je.. sekujur tubuh kecil di makeup seperti seorang dewasa kan.. Anak perempuan memang suka la kalau boleh dapat look macam mak dia.. Almaklum la, mak kan idola anak anak.


Anak saya pun sama jugak.. Naluri kegadisan tu tetap ada walau baru 6 tahun. Nak berlipstik eyeshadow bagai tapi saya memang tak dedahkan sangat dia dengan kosmetik orang dewasa sebab saya tak nak bagi kesan jangka panjang nanti. Kulit dia terlalu muda untuk di tenyeh & tonyoh dengan kosmetik ni. Even compact powder pun saya tak suka pakaikan untuk anak saya. Biarlah kulit dia cukup matang bersama usia untuk dia cuba benda benda macam tu.

Apa yang saya baca.. 

Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit kulit kerana kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif akan lebih terdedah kepada jangkitan pelbagai kuman. Disebabkan alasan ini juga, kita kena hati hati ketika memakaikan produk kosmetik kepada anak-anak. Ini kerana, produk kosmetik dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak yang boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan pada kesihatan.
Menurut Pakar Estetik, Dr. Riza Hartini Razali, komponen-komponen yang terkandung dalam produk kosmetik dewasa boleh mengakibatkan dan menimbulkan pelbagai simptom alergi dan alahan pada kanak-kanak. ini kerana terdapat pelbagai jenis campuran yang terkandung dalam produk kosmetik tersebut termasuklah pelbagai jenis bahan pewarna.
Anak-anak kecil sebenarnya tidak sesuai untuk dipakaikan produk kosmetik kerana kadar metabolisme mereka tinggi jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Disebabkan inilah sekiranya mereka dipakaikan produk kosmetik, kadar penyerapan lebih cepat, tinggi, dan akan menyerap terus ke dalam sistem badan.
Untuk pengetahuan, kulit kanak-kanak akan menyerap hampir 100 peratus bahan-bahan ini (bahan kimia) kerana sistem imunisasi mereka belum matang dan tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Jadi badan anak-anak ini akan mendapat kesan serta merta
kulit kanak-kanak sebenarnya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan kulit orang dewasa kerana kulit kanak-kanak lebih nipis. Jadi sekiranya kulit orang dewasa juga boleh mengalami pelbagai masalah apabila memakai produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut, bayangkan apa akan terjadi pada kulit kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk kosmetik juga boleh menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah alahan atau iritasi, penyakit kulit seperti ekzema, kerengsaan saluran pernafasan dan mata, keracunan dan tidak ketinggalan masalah pada sistem penghadaman.
Sesetengah kosmetik dewasa turut mengandungi hormon-hormon yang boleh mengganggu kematangan seksual kanak-kanak dan agen perosak hormon yang boleh menyebabkan kerosakan hormon di dalam badan. Kanak-kanak masih berada dalam fasa pertumbuhan, iaitu badan mereka masih lagi dalam proses tumbesaran.
Sekiranya kulit mereka didedahkan terlalu awal dengan bahan-bahan ini (bahan kimia), akan mengganggu pertumbuhan dari segi fizikal dan otak. 
Memang tidak ada kajian khusus yang membuktikan bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser atau pelbagai lagi penyakit berbahaya, tetapi jika dilihat kepada pesakit-pesakit kanser yang sedia ada, lazimnya kandungan darah mereka mengandungi bahan-bahan kimia ini.
Antara kandungan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dewasa ialah merkuri, paraben, dan hidrokuinon. Oleh demikian, langkah yang terbaik adalah jangan sesekali membenarkan anak-anak menggunakan kosmetik dewasa.
Sekiranya masih mahu menggunakannya, ibu harus lebih peka dalam memilih produk–produk yang mesra kanak-kanak, semula jadi dan selamat. Untuk lebih selamat, hari ini ibu-ibu boleh menguji produk kosmetik dengan penguji merkuri mudah alih bagi mengetahui tahap kandungan merkuri yang terdapat di dalam sesuatu produk kosmetik.

Jadi jangan simplysiti (copy ayat kak senduk hehehe) Nak calit2 muka anak hangpa dengan kosmetik bukan bukan yer.. Budak kecik ni tak payah nak tempek makeup sangat sebab depa memang original natural beauty. Wajah ahli syurga katanya.. semua comel comel belaka.

Moral of the story.. Anak anak masa kecik dia tak boleh buat keputusan pada diri dia sendiri maka kita mak bapak ni yang kena pilih yang terbaik untuk anak anak.

AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI

AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI. Perempuan & koleksi pinggan mangkuk, tupperware memang dah sinonim cuma saya je belum lagi terjebak dalam minat yang macam tu. Sebab tu kalau tengok saya dok buat food photography ni takde koleksi pinggan mangkuk yang cecantik & sering bertukar.. Pi mai pi mai itu je la pinggan mangkuknya. Tu la yang dok guna hari hari pun..


Baru - baru ni viral orang jual pinggan mangkuk bercorak cecantik memurah je kat FB. maka macam semua nampak gula la memasing terutama kaum wanita ni. Tapi terbaca dari kperkongsian di Page Public Health Malaysia berkaitan isu tu.. Terkejut juga bila perkara tu di katakan bahaya..

Nak senang hangpa baca sumber berita di bawah tanpa edit ok.. Edit edit ni kang jadi salah info susah pulak kan tuan punya blog hehehehe


[INFO] BAHAYA PINGGAN MANGKUK BERCORAK KEPADA WANITA & BAYI

Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.
Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.
Sumber Malay Mail Online

 Kalau rasa nak buat koleksi perhiasan je takde masalah cuma dengan penggunaan yang kerap mungkin memberi kesan pada kesihatan dalam jangkamasa panjang nanti. So marilah kita guna pinggan mangkuk yang plaint color jer hehehehe.. Plain color pun kenyang juga alas makan tu. Tak pun nak senang alas dengan daun pisang. Aroma daun pisang tu pun dah sedap.. Lepas makan tak payah basuh dah. Jimat masa, tenaga & bil air hehehehe.

Moral of the story.. Apa yang di isytiharkan bahaya tu terima je tak perlu nak mempertikaikan bila pakar mengesahkannya. Buat apa memperjudikan kesihatan diri semata mata kerana untuk kepuasan duniawi je kan.. Peace Yo!


APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN. Curi masa jugak nak update blog.. Walau dalam keadaan tak berapa sihat hari ni tapi rasa blog dah on off update harus jugak ada something kena bebel. Mesti ada nak tanya pasal kes saman tu kan? Apa progress sekarang? Tak dak progress apa - apa lagi. Misi mencari bantuan masih di teruskan.. Almaklum blogger semekin ni banyak keterbatasan dia. Terutama faktor kewangan la. Tapi tak pa.. Usaha, Doa, Tawakal & Insya Allah.. Allah lorongkan jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam mana keadaan Suria Lekatlekit sekarang? Mesti ada yang nak tanya kan.. Almaklum la kena saman ni hidup masih bahagia ke? Alhamdulillah.. takde la mengalami 360 darjah perubahan dalam hidup even ada juga la perubahan. Selain struggle cari duit, Tak boleh nak shopping dah. Nak beli shawl RM7 pun sampai hilang nombor kat calculator tu tekan buat kira kira katanya hahahaha. Menipu sangat la kan. Takde la.. Berjimat la. Simpan mana tau duit cukup untuk menampung kos mahkamah nanti.

Sepanjang terima surat saman ni.. Tak tau la banyak juga Allah tolong. Benda yang aku tak terbayang boleh berlaku dalam keadaan aku yang tak berduit kepok kepok.. tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi sebab usaha cari solution, tebalkan muka minta tolong sana sini, tanya orang tu ni.. Akhirnya ada juga jalan yang boleh di usahakan agar tak terus kalah tanpa perbicaraan setakat ni. Akan datang tak tau samada masih mampu atau tak, Wallhualam. Tapi selagi ada masa & peluang tu memang aku akan terus cari sesuatu yang boleh membantu la.

Sepanjang misi mencari bantuan ni.. hampir kena tipu la.. hampir tak di kenakan perlaksanaan ingkar sebab tak dapat hadir ke mahkamah.. Banyak perkara yang hampir hampir buat aku kalah tanpa perbicaraan. Tapi tu la.. Kuasa Allah, dalam kemampuan yang sangat terbatas tetap ada bantuan di saat akhir tiba. Yang aku sendiri rasa macam satu keajaiban sangat. Kat situ aku belajar.. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Perkara yang kita tak pernah terfikir boleh berlaku pun boleh terjadi. Sebab tu Allah suruh kita usaha sebab dengan cara tu je boleh mengubah nasib. Biar la orang nak hina ke hapa sebab mengemis bantuan.. Tu salah satu jalan kita berusaha.

Ramai yang anggap bila aku minta bantuan harap orang taja peguam untuk aku bagai.. Tu yang sampai ada sanggup hina & sindir aku kat facebook.. Padahal, bantuan ni banyak cabang. Bantuan khidmat nasihat, bantuan bagi aku job secara online, bantuan kenalkan saluran yang boleh aku mohon bantuan.. Banyak sebenarnya. Tapi ada juga la menyumbang berbentuk kewangan so boleh la tampung kos untuk first step ni. Untuk next step kena struggle lagi kumpul modal.

Ada yang anggap aku ni tak padan dengan poket nak berlawan dengan orang yang dah sah sah mampu dari segala sudut.. Apa aku nak kata lagi kan. Yang dah berlaku dah pun berlaku.. Yang mana rasa nak tolong sangat aku harapkan. Yang mana rasa tak nak tolong tak ada paksaan. Aku izinkan je la yang mana2 rasa nak mengumpat ke, menyindir ke, mengecam ke. Biasa la dunia media sosial.. perkara yang mesti kita hadap hahahaha.

Bagi blogger yang support tanpa prejudis tu aku ucap terima kasih. At least sokongan tu buat aku rasa kuat. Dan terima kasih buat 2 insan yang aku nak rahsiakan dulu nama dia. Sebab aku akan buat satu entri penghargaan khas untuk depa nanti. Yang banyak membantu aku dari sejak awal sampai sekarang. Tak pernah menolak dari kali pertama aku cuba minta bantuan. Takde nak sindir atau nak kutuk aku dengan apa yang berlaku walau imej dorang di media sosial nampak agak lantang & mempunyai ramai followers & haters. Dorang bagi aku seorang pejuang.. Berani! Sebab tu bila aku minta tolong dorang tak de alasan untuk tak cuba tolong berbanding yang berimejkan setaz setazah ni.. Time tu juga la dia nak sebut kejahatan kita selama ni tapi menolongnya haram. Seolah olah nak bagitau orang ni la balasan untuk orang macam aku.  Pun ada jugak spesis macam tu. Padahal selama ni jarang sangat bertegur sapa dengan aku. hehehehe. Tapi yang bagus sikit dia pm.. tegur. Aku ok jer.

Bukan nak berlawan tapi misi aku mencari penyelesaian.. Bukan nak menang tapi juga tak harap terus kalah cuma berjuang selagi mampu. Aku tak nak berhenti berusaha selagi ada jalan yang boleh aku guna. Kecualilah aku betul betul tak mampu... Maka aku pasrah & redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya apa yang Allah aturkan untuk aku tu adalah yang terbaik.

Apapun aku masih mencari bantuan.. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai goreng garing dalam kuali ye dak. Alang2 dah sampai stage ni tak boleh nak konar dah.. teruskan je la. Apa yang berlaku akan datang.. aku redha je. Redha bukan bermaksud tak buat apa apa.. Redha aku adalah dengan usaha dulu. Kalau dah di luar kemampuan kena redha la. Ikhlaskan semua yang berlaku & teruskan hidup dengan mencari misi kebahagian pulak. hehehehe

Apa aku harap adalah Doa dari semua.. Sebab aku masih percaya doa akan menjadi senjata & perisai untuk aku. #prayforsurialekatlekit hehehehe


SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA. Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 blogger & pengamal media sosial dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. Saya tak boleh mention siapa produk apa & siapa pengasasnya secara umum. bagi yang tahu.. Mungkin sedia maklum.


April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna. Penulisan saya sememangnya berbentuk santai & tidak formal.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak & kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman. Saman sivil sesiapa sahaja boleh memfailkan.. Namun yang menentukan betul atau salah hanya bila proses perbicaraan di jalankan. Jadi pihak yang di saman terpaksa juga membela diri samada berasas atau tidak tuduhan tersebut. Untuk membela diri juga perlukan kos yang tinggi.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian. Saya masih berusaha, Doakan Allah permudahkan urusan kes saman ini.

Sebagai seorang manusia & sebagai rakyat malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri , malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak. Sama - sama kita membenteras produk beracun yang masih di jual secara berleluasa di pasaran tempatan.

Saya harap entri ini dapat di panjangan (share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan & masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas. Jadi saya terpaksa mencari solusi supaya saya boleh hadir di mahkamah membela diri walau tanpa di wakili peguam. Sekurang kurang saya dapat hadir di mahkamah.

Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu.

Setiap pertolongan walau hanya share artikel ini adalah sangat membantu saya. Selain itu saya mengharapkan doa dari semua.. Sebab saya percaya kuasa doa adalah senjata paling kuat untuk berjuang. Terima kasih pada semua yang sudi share artikel ini. Moga Allah membalasnya dengan seribu kebaikkan.


DOA ADALAH SENJATA. MOHON DOA DARI SEMUA

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN. Dulu aku antara manusia yang jahil ok.. Aku percaya 100% pengasas yang mengeluarkan produk kecantikkan kulit ni menghasilkan produk tu dari formula atau ramuan yang depa sendiri buat.. Mungkin dari petua nenek moyang bagai. Di packaging dalam bentuk yang mudah untuk orang lain dapat & guna. Serius.. Aku dulu antara pengguna local produk jugak. Banyak juga local produk aku pernah guna even masalah kulit wajah aku ni kebanyakkan cantik seketika lepas tu kembali berjurujerawat. Produk apa aku guna tak payah la aku sebut.. Tapi bukan 1 jenama je la.. Lepas cuba satu jenama rasa macam tak mendapat hasil yang aku nak.. aku tukar. Kadang2 atas suggest dari penjual produk tu sendiri.


Dulu.. Aku cukup yakin setiap produk yang ada Nombor Notifikasi KKM tu memang dah di analisa di makmal KKM & terbukti selamat & bebas bahan merbahaya. Sebab aku fikir mustahil KKM akan sewenangnya bagi sesuatu produk tu Nombor Not KKM.. Sungguh aku rasa aku bodoh sombong sebabnya dah la bodoh tak pernah ada rasa nak study pun. Yelah.. Mungkin waktu tu tak ada keperluan kan.. Macam sekarang memang aku banyak mencari maklumat tentang produk kecantikkan ni.. Jadi apa saja info yang aku dapat yang aku tahu masih ramai yang salah faham, aku rasa perlu aku sampaikan pada orang lain dalam penulisan yang mudah di fahami semua golongan. Jadi musibah tu tak semestinya hukuman tapi boleh jadi hikmah juga..

Entri sebelum ni aku ada tulis tentang Notifikasi KKM (Not KKM) Bukan bukti sesuatu produk dah di analisa di makmal KKM sekadar produk yang di bawah pemantauan KKM sahaja. Mesti ramai yang tertanya.. Kalau KKM tak buat proses analisa di makmal macam mana KKM boleh bagi Nombor Notifikasi kepada produk tersebut?  Apa je yang buat KKM lulusan permohonan untuk dapatkan Nombor Notifikasi tu?

Bila aku baca info berkenaan nak dapat Notifikasi produk ni.. Sebenarnya tak susah pun. Boleh apply melalui online & boleh dapat kelulusan lebih kurang 1 - 3 hari sahaja.

1. Proses permohonan boleh dilakukan secara ‘online’ melalui laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Quest 3+. Sistem baru aplikasi QUEST3+ (modul kosmetik notifikasi) ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2016 yang lalu
2. Pemohon perlu mengisi borang notifikasi produk secara lengkap (untuk rujukan, boleh lihat dokumen Annex 1, part 3, Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia) sehingga selesai semua proses termasuk urusan pembayaran. Sila rujuk di bahagian Guidelines Central di laman web NPRA.
3. Nombor notifikasi akan dikeluarkan dalam tempoh 1-3 hari selepas urusan pembayaran selesai dan disahkan oleh NPRA. Urusan mendapatkan nombor notifikasi bagi produk kosmetik tidak memakan masa yang lama seperti produk farmaseutikal lain, contohnya ubat terkawal yang boleh mencecah berbulan-bulan atau setahun.

Atau kalau hangpa nak senang faham pengedar @ pengasas produk ni cuma perlu sediakan dokumen yang di perlukan untuk memohon nombor Notifikasi KKM. Tapi yang pasti untuk apply not KKM ni tak perlu melalui proses analisa di makmal KKM cuma perlu menghantar dokumentasi berkaitan produk tersebut & disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi. Pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB. Tapi tu la kan.. tetap masih terlepas di pasaran produk yang mengandungi bahan terlarang  ada Not KKM. Tak tau depa buat macam mana. hahahaha...

Syarikat atau orang yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan mesti memberitahu Pengarah Perkhidmatan Farmasi (DPS) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB) sebelum memasarkan, mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik. Proses pemberitahuan ini akan membolehkan NPCB mengumpulkan maklumat yang mencukupi mengenai produk kosmetik yang diletakkan di pasaran tempatan.
Adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa sahaja untuk mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik tanpa pemberitahuan sebelumnya kepada DPS 
Produk pemutihan dikategorikan mengikut penggunaan dan rumusannya. Sebagai sebahagian daripada aktiviti Pengawasan Pasaran Pos (PMS), pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB dalam tempoh satu bulan selepas produk diberitahu. COA ini akan diserahkan secara manual kepada NPCB untuk penilaian dan kompilasi. Memandangkan bahawa pihak berkuasa itu mendapati terdapat beberapa produk yang disamaratakan dengan bahan yang tidak dibenarkan seperti Hydroquinone, Tretinoin, dan sebagainya dalam persiapan pemutihan kulit, keputusan ujian yang diberikan dalam sijil itu akan berfungsi sebagai pengesahan tambahan bahawa produk itu tidak mengandungi item tersebut Dan produk yang telah mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang tempatan. - sumber http://npra.moh.gov.my/index.php/faq/cosmetic

Memang kebanyakkan produk yang kantoi depa akan guna alasan fake product tapi kalau kita yakin dengan kredibiliti KKM mustahil kita akan percaya. Kalau ada yang percaya KKM boleh buat kesilapan macam ni berulang kali kepada banyak produk yang kantoi ada bahan terlarang rasanya hangpa tak perlu lagi nak tengok ada kelulusan KKM ke tidak pada sesuatu produk yang hangpa nak pakai sebab hangpa sendiri tak percaya dengan kepakaran KKM & Hangpa boleh yakin KKM buat silap dalam mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk tu. Bagi golongan macam ni aku rasa korang tak perlu beli produk berpandukan Not KKM. sebab terang terang jenis tak percaya kepada kepakaran KKM.

KKM ni lebih pakar dari yang rasa diri depa pakar. Dari nak ambil sampel produk sampai la yang buat lab test keatas produk tersebut semuanya pakar. Bukan pakar bakar atas sudu, ok! Tak juga pakar jemur krim tengah panas. Peralatan yang di gunakan dalam lab untuk menganalisa sesuatu produk juga bukan setakat penunu bunsen untuk di jadikan dapur membakar krim atas sudu. Jadi.. tak logik la bila sesuatu produk kantoi ada bahan terlarang, seolah olah KKM pulak di salahkan katanya ambil sampel dari fake product. Tapi setakat ni aku tak nampak mana2 pengeluar produk yang pernah kantoi menyaman KKM kalau betul KKM buat test dari fake product yang ada di pasaran. Kalau benda betul berlaku memang boleh menjatuhkan reputasi mereka & mendatangkan kerugian kepada pihak mereka yang tak bersalah. Kalau saman ni.. sedap juga kalau menang. At least boleh cover balik kerugian tu kan... krikk... krikkk... krikkk....

Syarikat yang memasarkan kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik mereka selamat, berkualiti serta tuntutan produk yang dinyatakan pada label atau iklan dapat disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi . Melalui sistem notifikasi kosmetik, NPRA sebagai agensi regulatori boleh untuk menyemak semua maklumat berkaitan produk kosmetik yang bernotifikasi melalui sistem pangkalan data.
Tindakan seperti pembatalan notifikasi akan dikenakan terhadap produk kosmetik yang gagal mematuhi keperluan garis panduan dan undang-undang yang ditetapkan. Ini termasuklah produk-produk kosmetik yang dikesan positif mengandungi bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun Berjadual di bawah Akta Racun 1952.
Bagi produk kosmetik yang didapati gagal ujian makmal NPRA, syarikat akan diarahkan untuk membuat panggil balik (product recall) produk terlibat daripada pasaran dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melupuskan produk kosmetik terlibat. Boleh rujuk produk yang telah dipanggil balik di sini.

Sebab tu kadang2 kita jadi pelik.. Produk yang ada Not KKM pun tetiba KKM keluarkan laporan mengandungi bahan terlarang & merbahaya. KKM hanya akan buat analisa pada produk yang mendapat aduan ramai yang memberi kesan buruk pada pengguna. Tu tujuan produk yang nak di pasarkan kat Malaysia perlu apply Notifikasi KKM. Senang pihak KKM nak take action & kalau pihak pengguna nak ambil tindakkan pun mudah. Sebab maklumat tentang produk tersebut ada di berdaftar dengan KKM. Hangpa kena tahu.. Not KKM bukan bukti kelulusan apa - apa sekadar produk tu di bawah pemantauan KKM sahaja. Boleh rujuk entri ni >> TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT <<

Kebanyakkan local produk.. OEM produk je. Bungkus letak nama & jual. Marketing sapa bagus produk dia laris la kan. Bukan depa susah2 blender bahan, masak, buat ujikaji kat makmal pun produk yang depa jual tu. Sebab tu melambak orang boleh jadi pengasas produk sekarang ni. Modal yang serendah RM1k - RM3K pun katanya boleh buat produk sendiri dah sekarang ni. Yang penting kena pandai marketing jer. Sebab tu kebanyakkan local produk yang ada di pasaran bila kita tanya kat mana kilang yang memproses & mengeluarkan produk tersebut depa tak dapat nak bagitau. Sebab depa memang tak ada kilang sendiri.. Even produk tersebut di kilangkan di Kilang bertaraf GMP pun tidak menjamin ia bebas bahan terlarang ok! GMP hanya pengiktiran amalan pengilangan yang baik.. bermakna dari segi hygiene tu terjamin la tapi dari segi ingredient belum tentu yer. Buktinya banyak produk OEM yang dapat GMP tapi kantoi juga kat lab KKM ada bahan terlarang.
NPRA menjalankan pemantauan terhadap produk kosmetik di pasaran secara berterusan melalui aktiviti surveilans. Ini bagi memastikan produk kosmetik di pasaran mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan. Bagi mendapatkan sampel daripada pihak syarikat untuk tujuan pengujian makmal NPRA, pelbagai cara dilaksanakan seperti membuat pembelian produk kosmetik di pasaran dan turut berkerjasama dengan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM. 
So, jangan terpedaya kalau produk yang di sahkan KKM mengandungi bahan terlarang tetiba kata produk yang di buat ujikaji tu adalah tiruan. Aku sendiri pernah menghubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM untuk mendapatkan kepastian berkaitan tuduhan KKM buat test keatas produk tiruan ni.. KKM mendapatkan sampel terus dari pengeluar produk tersebut mustahil berlaku sampel yang di ambil dari produk tiruan. Untuk maklumat lanjut hangpa boleh hubungi sendiri 
Unit Aduan,
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-7841 3200
Fax : 03-7968 2251
Email : aduanproduk@moh.gov.my


Tapi pelik juga kan.. Bila sesuatu produk di tarik balik mengandungi bahan terlarang yang merbahaya dengan hanya tukar packaging atau tukar nama dah boleh apply balik Not KKM? Tak boleh nak buat apa bila depa declare sebagai produk baru, nama baru, packaging baru memang la boleh apply NOT KKM balik sebagai produk baru. Syaratnya semua baru walaupun ingredient dalam produk tu sama. Sebab nak dapat NOTIFIKASI (NOT KKM) tak perlu hantar sampel kat KKM untuk di analisa terlebih dahulu sebelum dapat NOT.

Tapi sebagai pengguna tolong jangan jadi bodoh abadi sangat la kan.. Kalau sesuatu produk dah di sahkan KKM mengandungi barang terlarang & bahaya tetiba dalam masa sebulan dua keluar dengan produk baru yang kononnya menggunakan formula baru even ada Not KKM pun secara logik akal nak hasilkan produk kosmetik berkualiti & selamat takkan la masa yang di ambil sebulan dua jer untuk buat formula baru. Even kita bukan saintis, ahli farmasi atau pakar dalam bidang tersebut tapi sebagai manusia yang berakal rasanya boleh fikir kot apa yang logik & tidak. Sempat ke nak buat kajian & analisa kat makmal bagai sesuatu produk tu untuk memastikan ia selamat di gunakan dalam masa sesingkat tu.. Saintis pun boleh tabik hormat kalau ada pengeluar produk sehandal tu. hehehehehehe. Apa yang kita sebagai pengguna boleh buat.. samada memilih produk yang di jual kat drugstore macam farmasi, guardian, watson bagai.. Pilihlah produk yang memang dah lama dalam pasaran yang tidak mempunyai kontroversi terutama yang melibatkan kesan buruk selepas menggunakannya. Kalau sorang dua jer yang ada kesan buruk mungkin bukan salah produk tapi kalau dah ramai.. Takkan nak salah ibu yang mengandung pulak kan? Pepandai la nak hidup hehehehe

Memang bukan semua local produk merbahaya cuma lambakkan produk OEM yang macam macam jenama ni kita tak tahu yang mana selamat & tidak. Bila jadi viral baru kita tahu produk mana yang memberi kesan buruk kepada pengguna. Sekarang ni nak tahu ciri ciri produk ber mekuri & Hidroquinon ni senang je.. Google korang akan dapat info.

Walaupun Islam membolehkan wanita untuk berhias, tetapi dalam menggunakan perhiasan seperti kosmetik yang akan digunakan harus selamat dan tidak membahayakan kulit atau diri penggunanya. Oleh kerana itu, kosmetik yang dipilih harus benar-benar selamat untuk digunakan.
Berikut bahan-bahan kosmetik berbahaya. Seperti sebagai berikut:
Merkuri (HG) atau air raksa merupakan senyawa logam berat yang berbahaya dan bersifat racun sekalipun dalam konsentrasi yang kecil. Ada tiga macam bentuk merkuri (Hg), yaitu uap Hg (unsur Hg), garam Hg, dan Hg organik. Unsur Hg biasanya digunakan di laboratorium penelitian, sedangkan garam Hg pernah digunakan sebagai ubat cacing (HgCl2), bahkan sekarang masih digunakan dalam sejumlah krim kulit sebagai antiseptik. Selain itu garam Hg juga digunakan dalam industri elektronik, pembuatan plastik, fungisida, germisida, formula algam untuk tambal gigi.
kesan mercury yang biasanya digunakan dalam kosmetik krim pemutih adalah:
a. Timbulnya bintik-bintik hitam pada kulit,alergi,iritasi
b. Menyebabkan kerusakan permanen pada susunan syaraf,ginjal maupun otak
c. Mengganggu perkembangan janin terutama bila digunakan dalam dosis tinggi
d. Dalam jangka pendek dosis pemakaian mercury yang terlalu tinggi dapat menyebabkan muntah-muntah, diare dan kerusakan ginjal bahkan menyebabkan kanker pada manusia karena mercury merupakan zat karsinogenik.
Hidroquinon (>2%). Dikategorikan sebagai bahan yang berbahaya bagi kesehatan. Saat ini hidrokuinon masih digunakan sebagian produsen pemutih karena hidroquinon mampu mengelupas kulit bagian luar dan menghambat pembentukan melanin yang membuat kulit tampak hitam.Hidroquinon tidak boleh digunakan dalam waktu yang lama, dan jika pemakaiannya lebih dari 2 persen, harus di bawah kontrol dokter. Penggunaan hidroquinon yang berlebihan bisa menyebabkan oochronosis terhadap orang berkulit gelap. Oochronosis adalah kulit berbintil seperti pasir dan berwarna coklat kebiruan. Penderita oochronosis akan merasa kulit seperti terbakar dan gatal.
Hidroquinon yang biasa terdapat pada bahan kosmetik dapat menyebabkan:
a. Iritasi kulit, kulit jadi merah dan terbakar
b. Menyebabkan kelainan pada ginjal bahkan kanser darah dan kanser sel hati.
c. Sebagai golongan ubat keras, hidroquinon hanya dapat digunakan dengan rnasihat doktor untuk pemakaian diatas 2%.

Apapun.. Sesiapa sahaja boleh menjadi pengasas produk tapi apa yang kita jual tu akan di tanya kat akhirat nanti. Hukum menjual produk yang memudaratkan orang lain adalah haram. Bila kita jual benda haram mustahil la rezeki yang kita dapat tu halal kan? apatah lagi mendapat keberkatan..

Berdasarkan fakta (manath) tersebut, jelaslah bahawa menggunakan kosmetik berbahan merkuri hukumnya haram secara syar’i, kerana terbukti telah menimbulkan bahaya (dharar) pada kesihatan manusia. Jadi walaupun pada dasarnya menggunakan kosmetik bagi wanita itu boleh selama memenuhi syarat-syaratnya. Tapi hukumnya menjadi haram jika kosmetik yang dipakai menimbulkan bahaya (dharar)
segala sesuatu benda/perkara yang berbahaya, sementara tidak terdapat nash syar’i tertentu yang melarang, memerintah, atau membolehkannya, maka hukumnya haram, sebab syariah Islam telah mengharamkan terjadinya bahaya. Dengan demikian, menggunakan kosmetik berbahan merkuri dapat diharamkan berdasarkan kaidah fiqih ini kerana terbukti menimbulkan bahaya bagi penggunanya. Wallahu a’lam
hukum Setiap Perbuatan/Benda Yang Mubah jika berbahaya atau membawa pada Bahaya, maka BENDA/PERBUATAN itu menjadi Haram.menjual benda yang mengandung merkuri hukumnya menjadi haram.

Allah ni nak menguji kita sebagai manusia bukan je dengan musibah malah dengan nikmat kesenangan hidup. Dia bagi kita rezeki melimpah ruah dengan jual produk yang memudaratkan orang lain.. Kenapa dia bagi kalau benda tu salah? Tu la namanya Ujian. Dia bagi tak semestinya dia redha.. Ramai je manusia yang hidup senang lenang kat dunia dengan rezeki dari sumber yang haram. Orang jual dadah, arak bagai pun ramai yang hidup senang lenang. Jangan ingat yang jual benda2 tu non muslim.. Di kalangan orang Islam pun ada. So Apa nak pelik. Hidup ni memang Ujian buat semua manusia. Cuma ujian kita dalam cara yang berbeza. Ada di uji dengan kesenangan & ada di uji dengan kemiskinan.

Apapun entri ni sekadar perkongsian  dalam penulisan santai supaya orang lain lebih memahami & tidak tertipu dengan lambakkan produk kosmetik & kecantikkan yang ada dalam pasaran. Sebagai pengguna kita kena bijak memilih.. Tak perlu takut nak menyampaikan kebenaran asalkan kita sampaikan dengan cara yang selamat & apa yang kita sampaikan itu berfakta & betul even kita miskin sekalipun. Allah tak pernah menghina hamba yang miskin apatah lagi menganiaya mereka yang dari golongan miskin ni.. Allah menguji tanda kasih sayangnya.

Moral of the story...  Sampaikanlah kebenaran. Yang benar tetap akan benar sampai ke akhirat nanti. Dan bukan semua local produk tu tidak selamat cuma kita kena bijak memilih jer. Peace Yo!

Sumber : rahsiafarmasi

PERHATIAN! BANK NEGARA MINTA ANDA BERHENTI SIGN RESIT SETIAP KALI GUNA DEBIT/CREDIT CARD

PERHATIAN! BANK NEGARA MINTA ANDA BERHENTI SIGN RESIT SETIAP KALI GUNA DEBIT/CREDIT CARD.  Orang sekarang tak kira kaya atau kurang kaya memang suka membeli belah dengan swap swap pakai card je. Sama la macam aku.. Jarang sangat la nak pakai cash ni. Aku pun lupa bila kali terakhir aku buat pengeluaran wang kat mesin ATM. Selalunya kalau aku tak membeli belah guna debit card aku beli online. Semua guna transaksi dengan atas talian jer..


Bawa cash banyak banyak sekarang ni bukan selamat sangat, ye dak? Nak2 macam aku bukan orang kaya.. Duit bukan berjuta juta pun. Satgi yang sikit tu pun hilang... menangis kat kaki lima je katanya. Di sebabkan tu la aku pilih guna debit card. Nak apply credit card mana mampu.. tunggu la aku jadi orang kaya atau jutawan kan? Time tu bersusun credit card aku apply. Sekarang ni hidup la dengan apa adanya. Yang sikit pun tak tau la.. rezeki aku ke rezeki orang kaya lain kan? Almaklum la.. hikhikhik

Tapi zaman sekarang semakin canggih teknologi untuk memudahkan manusia semakin bijak pandai pulak penjenayah. Orang jahat kelas bawahan dia main ragut bagai.. Tapi yang jenis bijak sikit dia tak main ragut2 macam mat rempit tu. Nampak low class merompak cara macam tu. Dia guna cara smart2 jer..

Sekarang sign orang dah boleh tiru sebab kita kalau nak sign resit pembelian guna debit atau credit card ni takde nak sign berpintal pintal bagai kan? Aku tengok takde pulak cashier tu nak check sign tiap kali aku swap guna card. Sign la lagu mana settle katanya. Di sebabkan itulah guna signature ni jadi tak berapa selamat. Bayangkan debit @ credit card kita kena curi... Menangis tadah baldi je mampu.

Sebab tu bank negara sekarang nasihatkan orang awam supaya berhenti guna tandatangan setiap kali membuat pembayaran guna debit atau credit card ni. Semuanya sebab ni >> Bank Negara Malaysia Mahu Anda Semua Berhenti Menandatangi Setiap Kali Guna Debit & credit Card. Ini Sebabnya << Lepas ni korang kena biasakan diri dah ingat pin number OK!

Betul kan? Tandatangan ni memang tak secure ada cara yang lebih secure untuk kita melindungi debit & credit card kita dari di gunakan individu lain. So, jangan ambil mudah perkara ni ok! Jangan sampai kita dah mengalami kerugian.. Baru nak alert.

Moral of the story... Lindungi hak anda. Peace Yo!

AWAS! INI SEBAB TAK BOLEH GUNA TELEFON SEMASA DI DAPUR

AWAS! INI SEBAB TAK BOLEH GUNA TELEFON SEMASA DI DAPUR. Sekarang trend orang buat live video memasak la bagai kan. Semua tu menggunakan smartphone. Bila nak buat live ni memang kena online kalau record secara offline dah tak namanya live video betul tak? Aku tak pernah lagi try buat live video sebab aku guna FB lite jer.. hahahaha. Lagipun tak tau nak live pasal apa pulak. Asyik video muka budak lala jer la keluar tak pun suara dia belajar. Jadi sebab tak ada benda yang menarik aku nak buat dengan live video so biarlah aku manafaat kuota internet buat benda lain je la kan... hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tadi terbaca satu perkongsian kat satu blog ni. Katanya minah ni dok on call dengan kawan dia masa dia kat dapur. Sesambil tu tangan dia sibuk dok buat kerja. Salah satu kerja dia nak buat time tu tukar gas. Masa dia nak tukar tong gas tu tetiba tangan dia di sambar api & terbakar pipe gas tu wak.. Mau gelabah bewak dia kat situ. Kawan dia yang tengah dok online dengan dia tetiba terputus talian. Cuba call balik tak dapat. Lepas 2 jam baru si member ni text balik bagitau apa yang berlaku.


Gila bahaya beb kalau korang dok online masa kat dapur nak2 lagi berdekatan dengan gas & api. Sebab tu la kat stesen minyak di larang guna telefon. Frekuensi tu maybe boleh menyebabkan kebakaran bagai. Bukan benda tu tak pernah berlaku.. Rasanya dah banyak berlaku tapi manusia ni selagi tak kena kat batang hidung sendiri selagi tu dia takkan rasa bahaya perbuatan tu even dia tahu benda tu pernah berlaku pada orang lain.

So, mana2 yang suka buat live video atau suka bergayut telefon time buat kerja kat dapur tu semoga mendapat pengajaran dari cerita ni. Jangan dok rasa hangpa tu multifunction sangat boleh buat semua benda dalam satu masa. Benda lain mungkin ok tapi jangan dok bergayut telefon atau online semasa berdekatan dengan api & gas. Malang tak berbau.. bila kena baru la bau hangit bagai. Time tu menyesal pun dah tak guna, ok!

Moral of the story.. Teknologi untuk memudahkan manusia jadi jangan buat sampai teknologi tu menyusahkan anda pulak. Gunakan dengan bijak.

AMARAN! ELAK GUNA WIFI AWAM DI MANA2 CAFE ATAU TEMPAT BUAT MASA SEKARANG UNTUK ELAK JADI MANGSA VIRUS INI

AMARAN! ELAK GUNA WIFI AWAM DI MANA2 CAFE ATAU TEMPAT BUAT MASA SEKARANG UNTUK ELAK JADI MANGSA VIRUS INI. Ni khas untuk pemburu wifi percuma. Spesis ni selalu akan lepak kat tempat2 yang menyediakan wifi percuma kepada pengunjung atau pelanggan. Selalunya kat cafe, restoran fastfood atau hotel2 memang menyediakan perkhidmatan wifi percuma. Dah percuma katanya.. guna je la. Apa pulak tak boleh guna. Apa masalahnya lekatlekit Ooi.. Hang ni tak habis2 nak dengki dengan orang kan? Hidup tak tenang ka tengok orang senang.. kata haters kepada ku. hehehehe... Memang spesis ada penyakit hati. Tambah haters lagi untuk menyedapkan kecaman.


Rilex haters.. Jangan semborono tuduh orang ada masalah hati, penyakit hati & pendengki bagai.. Kau ada apa orang nak dengki dengan kau tu? Pernah belek diri sendiri dak? hahahaha... Ni bukan soal dengki ke hapa ok! Ni soal sekarang ni tengah kecoh pasal serangan virus 'Wanna Cry Ransomware" lebih lebih lagi buat pengguna windows ni.

Katanya kalau terkena serangan virus ni semua data yang kita simpan akan di encrypt atau di tukar ke format yang tidak boleh di baca & kita akan di minta bayar wang tebusan untuk dapatkan semula data tersebut. Ni ala2 kes culik data orang jugak ni sampai minta wang tebusan bagai. Zaman teknologi nak buat duit tak payah culik orang, culik je data2 penting orang lepas tu minta wang tebusan. Pun boleh buat duit jugak.


Jadi untuk mengelakkan anda jadi salah seorang mangsa penculikkan data dalam windows anda maka di nasihatkan supaya elak dari guna public wifi, di cafe, hotel atau mana2 tempat yang menyediakan wifi percuma secara terbuka dalam masa terdekat ni.

Untuk langkah keselamatan ini yang perlu anda lakukan

1) Untuk pengguna windows - windows telah release new update today - quickly update windows anda. Jika Windows anda versi "pirate", dan tidak dapat update, komputer anda berisiko tinggi.

2) Elakkan guna public wifi buat masa ini , di hotel, cafe atau mana2 lokasi

3) Buat 'backup' sekerap yang mungkin untuk data anda. Boleh gunakan 'online shared folder' juga seperti Google Drive & Dropbox. Dan simpan satu salinan backup dalam harddisk (offline) juga.

4) Pastikan guna antivirus dalam komputer (pelaburan yang penting). Dan update antivirus dengan kerap.  Antivirus boleh dibeli secara Online juga. Seperti Antivirus Kaspersky, Antivirus Eset dan lain lain.

5) Elakkan klik link dari emel yang tidak dikenali. Berhati2 juga bila buka 'attachment' di emel.

Sekiranya ingin buat aduan, boleh terus ke: https://www.mycert.org.my/…/cybe…/main/detail/443/index.html

Office Hours: 1-300-88-2999 24x7 (Emergency): +6019 - 266 5850 Calls to MyCERT and the Cyber999 Hotline is monitored during the business hours (9:00 AM – 6:00 PM)


Semoga perkongsian ni dapat mengelakkan anda dari jadi salah seorang mangsa virus ni. Kalau data2 penting hilang memang menangis beb! So, cegah sebelum terkena adalah lebih baik dari merawati selepas menjadi mangsa. 

PERHATIAN! INI PERLU ANDA TAHU SEBELUM BELA KUCING BENGAL

PERHATIAN! INI PERLU ANDA TAHU SEBELUM BELA KUCING BENGAL. Kucing bengal ni antara kucing yang ada value jugak la. Bukan spesis yang biasa kita nampak di jalanan ni.. Aku pernah la merasa bela sekejab si bengal yang bengis katanya. Bela dalam dua tiga hari camtu. Tak tau sapa punya di bengal berkeliaran kat bawah bangunan rumah aku. Samada bertuan atau pernah bertuan je. Aku syak pernah bertuan & di buang tuannya. Maybe tuan dia pindah atau sebab perangai dia tak semegah juga la.


Si bengal aku pernah bela sekejab ni perangai memang pelik. Nak kata tak manja.. datang mood dia nak bermanja dia boleh bermanja. Kalau mood dia tak kuasa nak layan.. jangan di sentuh & jangan di pegang. Kang kena cakar atau gigit. Dalam 5 minit tu mood dia boleh berubah. Kejab manja kejab garang. Kalau dia nak tidur atas riba orang tu.. dia nak tidur jugak. Tak bagi dia cakar. Dah tidur tu kau jangan gatal bergerak... kejab lagi dia tampar la kau dengan kuku dia. Pelik kan perangai bengal yang bengis ni.

Hantar kat in law.. depa pun tak boleh handle terpaksa kurung. Habis kucing in law di belasahnya. Mentang2 dia besar. Badan sado, keras macam batu. Lepas tu In law aku cakap ada orang ambil dia nak buat baka.. Hope orang yang ambil dia boleh la handle kucing perangai pelik macam tu hahahaha.. Tapi kadang2 gelagat dia memang kelakar jugak.

Apapun penting tau hangpa tau tentang kucing bengal ni sebelum ambil keputusan nak bela dia.. Antara fakta tentang kucing bengal ni..

1. Kucing Bengal adalah kucing domestik berbulu pendek. Kucing bengal jantan beratnya boleh mencapai sehingga 10 kg. Kucing Bengal sejenis kucing bersize besar yang agak mahal, kerana keunikkan corak bulunya. Kucing bengal bulu dia biasanya berwarna coklat & sephia..

2. Kucing Bengal mudah untuk berinteraksi, aktif, menyenangkan, dan kadang kadang agak nakal perangai dia. Suka masuk dalam celah celah lubang. Merupakan kucing yang sangat mahir memanjat,suka dengan air, dan sangat menghiburkan. hangpa boleh spent time berjam jam untuk layan si bengal. Tapi beza dengan si bengal aku pernah jaga. Pelik bebenor perangai dia berbanding spesis dia hahahaha

3. Kucing Bengal juga senang di latih contoh macam permainan tangkap bola & pandai berjabat tangan juga. Kucing jenis ni katanya lebih mudah akrab dengan pemiliknya & suka ikut je apa korang buat & kemana korang pergi. Even korang nak pergi mandi pun dia akan ikut. Setia sungguh kan? hehehehe

4. Kucing bengal ni sukakan kanak kanak, termasuk bayi yang masih sangat kecil sebab tu di katakan kucing bengal paling sesuai di jadikan haiwan peliharaan di rumah. Tapi kena tahu, kucing jenis ni kalau nak bela kena bagi banyak perhatian kat dia sebab kalau kurang perhatian dia akan jadi stress & boleh menyebabkan dia jatuh sakit.

5. Kucing bengal ni memang tak boleh bela banyak banyak dalam 1 rumah sebab dia mempunyai sifat cemburu yang sangat kuat. Dia akan jeles dengan haiwan peliharaan yang lain. Sebab size dia yang besar, kalau ada kucing2 lain kat rumah korang maybe dia akan jadi kaki buli akibat dari perasaan cemburu tu. hehehe


Tu fakta biasa pasal kucing bengal tapi yang ni fakta yang akan buat korang mungkin akan terkejut selepas membaca >> 3 Rakyat Malaysia Bongkar Rahsia Tentang Kucing Bengal Yang Mungkin Anda Ingin Tahu << Confirm korang akan jadi terkedu sekejab. Sebab kucing bengal ni bukan macam kucing biasa ok walau tetap dalam spesis kucing. Sebab tu penting untuk korang tahu sebelum pilih untuk di jadikan haiwan peliharaan dalam rumah.

Moral of the story.. Bukan semua jenis kucing sesuai di pelihara dalam rumah cuma tu la manusia zaman sekarang kadang2 merampas kebahagian haiwan untuk kepuasan sendiri. Macam spesis kucing hutan yang liar.. Memang tak sesuai untuk di bela dalam rumah. Habitat dia dalam hutan & dia hidup sebagai seekor haiwan yang liar sebab tu dia agak garang & ganas. Benda tu sebenarnya boleh mengancam keselamatan manusia juga.. sebab haiwan macam tu bila dia rasa terancam even kita tak berniat mengancam dia pun.. dia akan mempertahankan diri. Bila dia cuba pertahankan diri mungkin boleh mencederakan orang sekelilingnya. So, kalau nak jadikan kucing haiwan peliharaan di rumah... tak payah nak cari yang eksotik sangat la kan.. Biarlah yang di hutan tinggal di hutan.. banyak kucing rumah yang boleh di jadikan pets.

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM. Bab Tati skincare yang kecoh seantero alam maya tu kita rehat sekejab.. Semua orang dah tahu kan KKM dah keluarkan laporan pasal produk tu.. Tapi meh kita cerita cerita pasal Moleek skincare pulak. Antara produk yang di sahkan KKM tidak selamat kerana mempunyai kandungan racun berjadual. Aku ni dah macam wartawan la pulak kan. Nak jadi blogger kena rajin ye dak.. Maka aku pun pergi la skodeng page Moleek Skincare ni.. Kebetulan asyik dok lalu lalang kat suggest post di FB aku jer.. So skodeng2 la komen2 pengguna dia.


Nampaknya produk tu masih ada permintaan tapi ada jugak minta penjelasan pasal produk tu selepas KKM mengesahkan Moleek Skincare jugak antara produk yang merbahaya. Ni penjelasan dari pihak Molek Skincare yang aku baca dari FB page depa..


Rupanya Moleek skincare ni di keluarkan dua company yang berbeza yer.. Kalau Tati sebelum ni dok tuduh fake produk, moleek lain pulak. depa habaq yang KKM sahkan bahaya tu bukan keluaran dari syarikat depa. Dia tak kata fake ke original.. Dari penjelasan tu, dia suruh customer semak sendiri dengan KKM samada yang di sahkan mengandungi racun berjadual tu samada dari syarikat mereka atau company lain.


Pening aku.. Kalau ada 2 company keluarkan jenama yang sama tapi ingredient yang berbeza benda ni boleh mengelirukan pembeli tapi pihak pengeluar rilex je tanpa ada sebarang tindakkan. Sebenarnya kau nak cakap produk kau ada fake jugak kan & yang KKM sahkan bahaya tu produk fake, kan? Tanya je bukan tuduh. kekekekeke.

Moral of the story.. Bagi aku la kan kalau dah produk tu ada kontroversi kau cari je produk lain nak cantik. Melambak produk yang tak berisiko ada di pasaran kalau nak cantik & sentiasa awet muda. Gigih sangat nak guna produk yang terang terang KKM dah sahkan tidak selamat tu dah kenapa? Biarlah pengedar atau pengasas dia nak nafikan pun kita sebagai pengguna perlu bijak ambil langkah selamat sudah.

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lepas satu.. satu lagi kontroversi mengaitkan produk Tati Skincare  ni kan.. Takkan la pengasas dia nak pretend teraniaya lagi kot. Dah terang terang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan laporan bahawa produk krim malam & treatment cream dia mempunyai bahan terlarang. Ni bukan pengesahan dari kementerian kesihatan zimbakwe ke.. toronto ke hapa. Malaysia ok. Hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. Jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah.. tak baik ok!


Satgi mai la supporter Tati skincare dok serang & tanya.. dari mana dapat khabar angin ni. Pepandai ja tuduh produk Tati Skincare ada racun.. Kami pakai elok ja. Pakat gebu macam emma maembong. Hang yang tak pernah guna produk tu suka hati nak cakap ada racun bagai.. Dengki la tu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya katanya..


Sabar dulu na... aku pun tak berani nak petik nama KKM ni kalau tak ada sumber berita sahih sebagai rujukkan. Aku tak banyak duit sangat nak naik mahkamah & bayar ikat jamin keluar lokap yer. Sumber berita ni aku baca kat Harian Metro ok.. Siap aku screenshot sebagai bahan bukti..

Laporan Harian Metro

Puas hati para Tati fans sekalian... Ni bukan fitnah atau spekulasi lagi. Produk tu terang terang memang tak selamat. Bukan tati je.. Tu ntah apa nama produk moleek skincare pun sama. Aku sendiri tak pernah dengar nama moleek skincare tu rupanya ada jual dalam pasaran yer. Nama je moleek.. tapi ingredient dia tak molek langsung. Mohon meninggal pengasas2 produk tak bertanggungjawab macam ni. Hangpa ingat senang ka muka orang yang dah rosak nak pulihkan balik. Hangpa beli produk timbang pakai kati ikan.. lepas tu print label tempek kat botol & jual. Ntah - ntah hangpa sendiri pun tak pakai produk hangpa juai tu muka dok elok tak rosak apa - apa.


Kepada kaum wanita terutamanya.. Insaflah.. harga sebuah kecantikkan ni bukan murah & mudah. Nak murah kena susah sikit. Ikut petua2 lama guna herba2 semulajadi tu. Kalau nak senang.. menabung la hangpa beli produk organic ka.. natural produk ka tapi rega memang la tak berapa murah cuma tidak berisiko. Berbaloi la kan dari pakai produk menjanjikan 3 hari pakai muka gebu tahap lantai mar mar punya licin lepas seminggu bertukar dari lantai marmar kepada jalan tar. hang nak camtu?


Moral of the story.. pengasas Tati Skincare & Moleek skincare.. semoga insaf tak jual produk timbang kilo dah lepas ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com