LIKE TAK SEMESTINYA SUKA
Button LIKE kat FB atau FB button LIKE yang terpacak kat entri mesti semua orang kenal dengan beliau kan?? LIKE kalau di alihbahasa dalam Melayu bermakna suka tapi tahukah korang sebenarnya tak semua orang clik LIKE bermakna dorang suka. Di pagi hening yang tak berapa sejuk & terasa suam2 kuku ni sang lekit nak kopek isu ni.Carian google
Korang tahu tak fungsi LIKE ni tak semestinya orang yang clik tu dia suka. Kadang - kadang penulisan yang dorang tak suka pun dorang clik LIKE juga mungkin untuk memberitahu orang lain bahawa terdapat sesuatu yang buruk dalam penulisan tu & harus bagitau orang lain dengan tujuan.. Tak kira la mengaibkan ker.. Memberi pengajaran atau teladan supaya tak di contohi. Itu pendapat untuk penulisan di blog.
Kalau di FB Wall Status.. misal kata kita tulis "Ayah saya baru saja meninggal dunia. Sangat Sedih!" Orang tetap clik LIKE tapi apakah membawa maksud orang tu suka bila kita di timpa musibah atau kesedihan? Tak jugak.. Bukan bermaksud dia suka tapi tujuan memberi sokongan dari belakang agar kita kuat menghadapi dugaan atau dengan tujuan menyebarkan berita duka tu pada kawan - kawan lain untuk sama - sama memberi kata - kata semangat.
Jadi LIKE itu bukanlah fungsinya untuk menyatakan SUKA.. ia boleh jadi tak suka juga. Semua orang tahu kan pasal ni. Bergantung apa yang kita tulis untuk mentafsir Undian LIKE yang di beri samada SUKA atau TAK SUKA. Jadi jika kita menulis sesuatu yang buruk & mendapat jumlah LIKE yang banyak jangan fikir penulisan kita tu mendapat sokongan & di terima membuatkan kita berkobar - kobar nak tulis penulisan yang berunsurkan negatif tu. Nilaikan dari komen bukan dari jumlah LIKE.
Ini sekadar pendapat peribadi sang lekit jer.. Takde merujuk pada mana - mana pakar atau mereka yang bertauliah dalam bidang clik LIKE ni. kekekekeke