Showing posts with label 6. Show all posts

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA

SALAH SEORANG BOS TERBAIK DI DUNIA ADALAH DARI MALAYSIA. Malaysia ni bukan tak ada majikan yang baik malah ramai.. Tapi untuk jadi yang terbaik bukan semua. Bos ni kadang2 dia punya perangai bajet bos tu memang orang meluat.. So jangan harap la untuk di undi sebagai bos terbaik di dunia. Malaysia pun rasanya tak tercalon. Jangankan peringkat Negara.. peringkat negeri pun belum tentu lepas.

Salah satu ciri ciri bos yang terbaik tak sombong nak wefie dengan pekerja. hehehe

Nak jadi bos yang baik bukan kata kena jadi kuli pada pekerja... Tu melampau namanya. Tak jugak sampai nak menghamba abdi kan pekerja bawahan tu patut di panggil firaun. Nak jadi bos yang di senangi, di sayangi & di sukai ramai macam susu pekat lemak berkrim haruslah jadi seorang bos yang tegas tapi bertanggungjawab & prihatin terhadap kebajikan pekerjanya. Bos tak boleh lemah lembik & suka bermanja manja sangat dengan pekerja. Seorang ketua memang perlu tegas untuk membentuk suasana bekerja yang berdisplin, amanah & jujur. Tu dia.. macam aku pulak yang pernah di iktiraf sebagai bos paling terbaik dunia. hahahaha

Hujung tahun ni kalau para bos kat Malaysia nak rasa macam mana di iktiraf pekerja sebagai bos terbaik di dunia.. Maka jangan kedekut bagi bonus. Kalau boleh bagi bonus lebih sikit yer... hahahaha. Bila bos sentiasa baik dengan pekerja.. tak mustahil anda akan di iktiraf sebagai bos terbaik di dunia macam 6 Bos terbaik dunia ni termasuk salah seorang dari Malaysia >> Inilah 6 Bos Terbaik dunia <<

Jadi para para bos sekalian.. Anda takkan jadi terbaik jika tiada pekerja yang mengangkat anda sebagai seorang yang terbaik. Jadi sentiasa ingat.. tanpa pekerja bukan je anda tak mampu dapat title bos terbaik malah mustahil anda akan dapat title bos. hehehehe

6 BOS TERBAIK DUNIA TERMASUK SEORANG DARI MALAYSIA

6 BOS TERBAIK DUNIA TERMASUK SEORANG DARI MALAYSIA. Bila kita bekerja kita harap dapat bos atau ketua yang baik & terbaik.. Bukan hanya reti jadi bos tapi tak reti nak menjalankan tanggungjawab & tugasan sebagai ketua. Ketua yang hanya tahu mengarah memang sangat2 di benci oleh pekerja.. Ketua yang berlagak pun pekerja tak suka.


Nak jadi bos yang baik tapi tak kena pijak kepala dengan pekerja bukan mudah jugak sebab kalau baik sangat kadang2 staff pulak jadi hilang respect. Yelah.. bos baik katakan. Buat macam mana pun bos sentiasa bagi peluang & sentiasa berlembut. Tapi kat Malaysia ni lebih banyak bos ambil kesempatan kat pekerja dari pekerja ambil kesempatan atas kebaikkan bos. aku ni ada pengalaman terkena dengan bos2 yang suka ambil kesempatan ni. Walaupun baik macam kawan.. Tapi tetap la dia tak jalankan amanah dia sebagai majikan dengan baik. Tipu duit pekerja..

walaupun kat Malaysia ni banyak bos yang tak baik tapi jangan risau masih ada bos yang terbaik tersenarai dalam 6 Bos terbaik dunia. Memang hebat la.. Walaupun aku tak pernah merasa kerja dia bawah syarikat dia.. Almaklum syarikat terbang2 ni den takde qualified katanya. Tapi memang terkejut sebab beliau mampu menjadi salah seorang bos yang di iktiraf sebagai bos paling terbaik di dunia. tentu korang nak tahu siapa kan? Dia adalah CEO Air Asia,Tony Fernandes. Lagi 5 Bos yang di Iktiraf terbaik di dunia korang boleh tengok kat sini   >> 6 Bos Tersenarai Sebagai Yang Terbaik Di Dunia <<

Bos2 kat Malaysia jadikan beliau satu motivasi.. Jadilah bos di sayangi semua Insya Allah next time mana tau lebih banyak bos2 kat Malaysia tersenarai untuk bos paling terbaik di dunia. Nak jadi bos yang baik sebenarnya bukan la susah cuma jalankan tanggungjawab dengan betul & amanah..baru jadi manager branch, time kerja pergi main golf.. Macam mana nak jadi bos yang terbaik. Ops!

6 BAHAN RAHSIA UNTUK KOPI YANG ANDA BELUM TAHU

Ramai muda mudi sekarang dah suka minum kopi bukan golongan orang tua je sekarang ni. Kopi pun sekarang di pelbagaikan dengan macam2 khasiat sampai ada yang jadikan bahan asas kopi & di campur dengan formula baru untuk di jadikan minuman kesihatan & kecantikkan.


Kita sedia maklum kopi ni ada kebaikkan & keburukkan dia sendiri.. Sebab minuman ni berkafien maka kopi selalu orang minum untuk menyegarkan badan & menghilangkan rasa mengantuk. Normally kita minum kopi ni biasa campur gula @ krimer.. Tu standard la. Macam mana nak nikmati kopi tanpa gula @ krimer tapi masih rasa manis & sedap.

Kita sedia maklum gula & krimer kalau berlebihan tak bagus untuk kesihatan jadi kalau korang nak tukar penggunaan krimer & gula..  korang mesti cuba resepi membancuh kopi menggunakan 6 bahan ni. Nak bancuh kopi pun ada resepi bagai... Mestilah... Yang sedap mesti ada rahsia dia tersendiri yang bukan semua orang tahu.

Jadi pada penggemar kopi sekali sekala nak ubah rasa kopi korang boleh try bancuh kopi menggunakan 6 bahan ni. Nak tahu apa 6 bahan tu & macam mana cara nak bancuh kopi yang sedap meh la tengok kat sini ramai ramai >> 6 Bahan Rahsia Untuk Rasa Kopi Yang Best! Pasti Anda Nak Cuba Selepas Ini. <<

Moral of the story... tetiba rasa nak minum kopi tapi kopi takde pulak hahahaha...


6 LEBUHRAYA PALING BERPUAKA DI MALAYSIA

Ni kalau anak rantauan ni memang la pengguna lebuhraya la kalau nak balik kampung. Seram ke sejuk ke hapa tetap kena jugak redah katanya. Entri ni bukan nak takutkan pengguna lebuhraya just nak share jer supaya kita lebih berhati hati ketika memandu. Jin & syaitan tunggu kita terleka je dia nak kacau. Memang depa tak boleh membunuh kita secara terus tapi spesis depa ni membunuh kita dengan cara melalaikan. Jadi Kalau nak tahu lebuhraya mana tercalon untuk kategori paling seram,berhantu & berpuaka meh baca entri ni sehingga meremang bulu roma terakhir katanya...

Sumber Google

Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat Plus
Yang katanya seram lebuhraya ni adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi sampai ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Selalunya kejadian seram ni berlaku tengah malam buta la.. kiranya sebelum subuh antara pukul 1 - 4 pagi. Antara kisah seram yang pernah di ceritakan berlaku kat kawasan tu adalah kisah seorang lelaki yang naik motor sekitar 2 pagi melalui jalan tu kemudian terserempak dengan kereta Iswara putih yang dalam kelajuan siput babi (pelan sangat). Sebab tetiba rasa seram mamat tu pun potong la kereta Iswara putih tu bila dah berada depan kereta tu tetiba terbau busuk bila dia toleh belakang yang dia nampak cuma sebuah kereta remuk teruk kategori total lost bergerak tanpa pemandu. Kau hangpa gamaknya boleh pegang handle motor lagi tak? kekekeke

Lebuhraya Butterworth - kulim KM 20.6 (BKE)
Ni laluan aku sebelum sampai kampung jugak ni. Sebab katanya banyak berlaku kemalangan maut di tempat yang sama maka bermula la episod kisah seram & misteri kat situ. Katanya ramai saksi & mangsa kemalangan buat laporan polis nampak makhluk separuh badan atau tanpa kepala melintas sebelum kemalangan berlaku. Katanya ada seorang pengamal perubatan alternatif aka bomoh la kot.. kemalangan berlaku adalah sebab makhluk halus. Dulu kawasan tu hutan belantara, jadi tak pelik la kalau jadi penempatan golongan makhluk ghaib ni. Bila di ceroboh marah la dia.

Lebuhraya Kuantan - Gambang (Plus)
Menurut sumber yang aku baca.. Lebuhraya ni paling seram kisahnya. Di ceritakan oleh seorang pemandu truck tunda yang pernah merakam gambar mahluk halus secara tak sengaja semasa berada di lokasi kemalangan kat situ pada tahun 2011. Gambar yang berjaya di rakam adalah 3 entiti yang seolah olah memandang dia, dua berpakaian merah & satu lagi katanya pakai blouse putih. Standard la putih tu memang uniform hantu katanya. hehehehe

 Gambar sebenar penampak 3 makhluk, satu berbaju putih, 2 berbaju merah

Lebuhraya Gurun (Plus)
Katanya pernah berlaku kepada satu keluarga Cikgu bahasa Arab yang baru balik dari bercuti di Cameron Highland. Tiba2 anak sedara dia yang umur 2 tahun menangis tak henti2. Pujuk pun tak diam jugak lepas masuk ke highway Gurun ni. Nak lebih seram lagi, kereta yang depa naik pun tetiba jadi luar biasa berat. Masa berhenti kat RnR gurun, Isteri cikgu tu sempat ambil gambar. Dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. Menurut cerita orang2 kat situ.. makhluk berkebaya merah tu selalu ganggu pengguna lebuhraya tu. Ada saksi mengatakan ada kemalangan yang berlaku sebab mengelak makhluk berkebaya merah. Ni mesti hantu ratu kebaya ni.. kekekeke

Gambar sebenar hantu ratu kebaya merah

Lebuhraya karak
Ni highway paling legend dengan cerita hantu. Semua orang pun rasanya pernah dengar macam2 versi cerita. even aku lahir & membesar di kedah tapi dari kecik memang aku dah pernah dengar cerita seram pasal lebuhraya karak ni. Di buka tahun 1977 . Banyak kemalangan maut berlaku samada dari kecuaian pemandu mahupun sebab makhluk halus. Paling popular cerita kisah Volkwagen. Ni cerita dari aku kecik lagi. Katanya ada kereta Volkwagen ni even kita potong dia pun kita akan jumpa lagi kat depan.

Lebuhraya Tangkak - Muar (Plus)
Pada tahun 2012 satu persatuan bangsa cina mendapat kebenaran untuk menutup laluan kedua belah arah lebuhraya ni untuk melakukan upacara pembersihan dari gangguan makhluk halus di kawasan tu. Upacara tu juga di wakili bangsa India & melayu. Tapi sayangnya tak berjaya pun. Seorang anggota polis di rasuk sehingga meninggal dunia & bomoh melayu yang cuba membantu juga katanya turut meninggal dunia setelah kalah bertarung dengan makhluk halus menyebabkan semua yang ada kat situ termasuk anggota polis terpaksa beredar dengan segera untuk mengelakkan perkara tak di ingini.

Sumber tapi Bukan copypaste : 6 Lokasi Berhantu Lebuhraya Malaysia

Antara 6 kisah seram lebuhraya ni aku rasa paling seram kisah lebuhraya Tangkak - Muar. Korang nak undi lebuhraya mana paling berpuaka? Macam biasa mari mengundi di kotak komen.

Moral Of the story.. kebanyakkan lebuhraya adalah hasil gondol gunung ganang, atau hutan belantara di mana tempat tinggal jin maka tak mustahil menjadi kawasan depa lalu lalang atau bekas penempatan mereka. So,berhati hati di jalan raya.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com