Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts
11 June 2025 2 Komen Melekat

BERKAHWIN DENGAN IBLIS UNTUK SEMBUHKAN ANAK

BERKAHWIN DENGAN IBLIS UNTUK SEMBUHKAN ANAK. Ada masa aku memang suka layan filem filem seram di neflix. Nak follow drama drama berespisod sekarang ni macam tak ada masa sangat. Drama wok kat unifi tv tu pun masih tak habis lagi aku tengok. Mujur la siaran tv berbayar ni kita boleh tengok drama berepisod ni ikut hati kita je. Tak payah nak follow timetable station tv tu. Tu pun susah juga nak follow apa apa drama berepisod sekarang ni. Tak menyabar nak tahu ending. Hahahaha

Jadi aku lebih suka layan movie je la. Of course la aku lebih tertarik pada genre seram. Aku memang kipas susah mati filem seram kan? Jadi semalam aku sempat habiskan sesi menonton filem seram Pengantin Iblis. Dua tiga hari lepas sempat tengok separuh jadi semalam sambung balik tengok sampai habis. Kalau starting tu menarik bagi aku untuk di tonton biasa aku akan tonton sampai habis. Kalau starting pun boring.. Biasanya aku skip cari cerita lain je. Kalau dah tonton sampai habis tu baru aku review la. 

Filem ni mengisahkan tentang perjanjian yang di buat dengan iblis. Kisahnya seorang wanita ni anak dia sakit. Di pendekan cerita terdesak untuk sembuhkan anak dia jadi dia mengambil jalan pintas berjumpa dengan dukun dan dukun bagi option pada dia. Kalau dia bersetuju untuk ikat perjanjian dengan iblis untuk jadi 'isteri' kepada iblis ni anak dia akan sembuh. Dah terdesak dia setuju jadi ritual tu pun di jalankan. Tapi tidak hanya 1 malam.. Ritual tu kena sentiasa di buat dalam tempoh waktu tertentu. Bila dah ada perjanjian dengan iblis memang memberi kesan pada kehidupan dia. Kira semuanya berubah 360° la. Hidup dia pun dah jadi tak normal bila jasad dia dah di kuasi iblis. Sehingga ahli keluarganya semua terbunuh kecuali anak & seorang adik perempuan dia. 

Melihat situasi makin tak terkawal dan dia tak nak anak & adik dia terbunuh akhirnya dia ambil keputusan untuk membunuh diri bagi menghentikan perjanjian dengan iblis tersebut. 

Filem ni masih best di tonton cuma adegan dalam filem ni agam ngeri & ganas. Sememangnya hanya sesuai untuk tontonan orang dewasa. Yang boleh puji effect effect seram, ganas dalam filem ni memang agak baik dari filem tempatan. Indonesia nampaknya semakin improve dalam penghasilan filem seram yang nampak lebih berkualiti sekarang ni.

Kisah ni sebenarnya di adaptasi dari kisah realiti yang sebenarnya ada berlaku dalam kehidupan manusia sejak dulukala. memang berlaku perjanjian yang di buat dengan jin & syaitan untuk sesuatu tujuan. Kalau dulu dulu ramai bela saka. Saka tu jin la. Kebanyakan untuk tujuan menjaga harta & keturunan supaya tidak di ganggu. Ada juga buat dengan tujuan yang tak baik. Walau apapun niat perjanjian dengan jin & syaitan ni memang di larang oleh ajaran agama kita. Ia termasuk dalam perbuatan syirik & khurafat. Hukumnya berdosa. Dan bila manusia guna khidmat jin & syaitan dan tentu ada perjanjian yang perlu di buat. Dan bukan mudah untuk mengakhiri perjanjian tu sebab jin & syaitan ni makhluk yang penuh helah & tipu daya. 

Moral of the story dari filem ni tiada apapun yang baik bila manusia melakukan perjanjian dengan jin & syaitan. Takkan jadi baik & pengakhirannya juga akan menyusahkan orang lain & diri sendiri. Jadi tempat sebaik baik kita memohon pertolongan adalah Allah bukan pada makhluk. Makhluk ghaib ke, makhluk di alam nyata ke semua tiada kuasa kerana kita semua hanya hamba padaNya. 

22 May 2025 0 Komen Melekat

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG?

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG? Sesambil mengisi masa petang aku tengok Filem susuk kat Netflix. Bukan filem susuk yang Malaysia punya ni susuk filem dari Indonesia. Berkisahkan seorang perempuan yang pakai susuk kemudian berlaku kemalangan dia jatuh dari kondo. Sepatutnya menurut doktor dalam keadaan dia memang tak akan hidup dah tapi dia masih hidup. Semua tu sebab dia ada pakai susuk yang ada pendamping.Ada satu babak dia dah di sahkan meninggal.. Nurse semua dah cabut wayar tetiba dia hidup balik. Akibat kekangan kewangan adik dia terpaksa keluarkan dia dari hospital dan bawa balik kampung untuk merawat cara kampung. Mula mula cuba rawat secara Islam tapi tak berjaya lepas tu terpaksa cari dukun susuk untuk keluarkan susuk yang kakak dia pakai. Berjaya di keluarkan tapi tak berjaya untuk pisahkan jasad kakak dia dari pendamping susuk tu sebab dukun tu tak boleh buang susuk pertama yang kakak dia pakai sebab ilmu dia tak cukup kuat untuk berlawan dengan pendamping susuk tu.

Sebab dia cari dukun orang kampung mula rasa tidak senang dengan depa mula menunjukan reaksi tak suka. Sehingga seseorang memberitahu bahawa ibu mereka juga dulu memakai susuk tapi tidak berjaya untuk keluarkan susuk sehingga jasad membusuk walaupun tidak mati. Akhirnya ibunya di kebumikan juga walau tidak berjaya menanggalkan susuk yang di pakai. Kalau hangpa nak tau kesudahan kisah tu hangpa tengok je Filem susuk tu. Sekarang ni kita kembali ke topik asal.. Masih relevan atau tak zaman sekarang pakai susuk?

Yelah lambakan produk kecantikan, spa kecantikan, teknologi pembedahan plastik untuk kecantikan bagai. Tu tak cerita produk timbang kilo yang bersepah di jual kat Malaysia ni. Semua untuk memenuhi keperluan manusia yang nak cantik terutama perempuan. Jadi perlu ke nak pakai susuk yang kita dah tahu akan ada kesan buruk dari sudut spiritual kan selain di tegah oleh ajaran agama terutama Islam. Berbanding dulu faham la selain tak banyak produk kecantikan atau pusat kecantikan, orang dulu kurang pendedahan & pendidikan dalam agama jadi mungkin kejahilan mereka itulah yang menyebabkan mereka bersekutu dengan jin & syaitan untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Tapi zaman sekarang selain lambakan produk kecantikan & pusat kecantikan, penyebaran ajaran agama pun semakin meluas. Bukan alasan jahil atau kurang kemudahan lagi melainkan hanya sebab inginkan cantik secara pintas & menipu pandangan mata manusia lain dengan menggunakan perantaraan jin & syaitan yang semua orang tahu penuh tipu daya.

Pakai susuk ni bukan saja menyusahkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain juga. Contoh bila dah tenat tak mati mati dah waris nak kena cari orang yang arif dalam rawatan spiritual macam tu. Tak tahu kenapa masih ada orang berminat nak pakai susuk susuk ni lagi sedangkan teknologi dah maju. Nak cantik tak perlu guna pendamping jin & syaitan pun. Kenapa nak menyusahkan diri? Pakai susuk pun bukan murah sangat. Nak bayar untuk perkhidmatan bomoh lagi, peralatan yang di gunakan sebagai perantaraan pun memerlukan kos. sama je kalau kau pergi spa kecantikan ke, klinik kecantikan ke atau beli produk skincare atau beauty care. Tapi kenapa pilih cara syirik & khurafat tu? Adakah sebab kesan kecantikan tu lebih cepat atau macam mana? Sebenarnya pakai susuk ni dia umpama kau pakai filter. Hakikatnya muka kau sama je. Kalau buruk tu buruk juga tapi di kaburi dengan filter di mana bila orang tengok nampak cantik. Tapi filter susuk ni dia berunsurkan perkara perkara mistik la. Orang boleh nampak secara real yang hangpa tu cantik tapi sebenarnya tak pun. Cuma di kaburi dengan pandangan dari tipu daya jin & syaitan. Sebab tu bila langgar pantang larang atau tidak buat apa apa ritual mengikut perjanjian semasa nak pasang susuk tu akan menyebabkan kesan tu jadi lebih buruk. Mungkin tanda amaran & amarah pendamping bila kehendaknya tidak di turuti.

Selain ia di lihat amalan kuno yang bertentangan dengan ajaran agama yang bagi aku dah tak relevan untuk di pratikan di zaman sekarang dimana untuk cantik kena perlu ada perjanjian dengan iblis & syaitan. Dah kena ikat kontrak dengan makhluk makhluk ghaib. Kalau boleh slow talk ok la juga ni jenis kalau dia dah deal gitu.. Gitulah kau kena ikut. Dah la syarat pelik pelik. Tak boleh lalu bawah ampai la, tak boleh makan satey la.. Entah lah. Tak faham aku yang sanggup menyekutukan Allah untuk cantik ni. Kau makeup sudah la. Balik rumah cuci je takde pantang larang apa apapun. Pakai susuk ni umpama satu penipuan pada diri sendiri & orang lain sedangkan tidak mengubah hakikat sebenar pun.

Tapi trend sekarang aku nampak makin menjadi jadi orang suka buat ritual ritual khurafat ni tak hanya untuk cantik. Untuk lariskan perniagaan, untuk jatuhkan orang lain & macam macam sebab la. Seolah olah kemajuan macam tidak mampu mengatasi kepercayaan orang pada perkara perkara syirik & khurafat. Sebab tu sekarang terlalu banyak filem filem seram berunsurkan mistik ni di hasilkan. Mungkin salah satu faktor ada yang obses & taksub pada perkara perkara macam ni. Aku terkecuali aku suka tengok filem seram tapi tidak terdetik untuk mencuba sebarang ritual ritual khurafat & syirik ni. Seumur hidup aku, aku tak pernah guna khidmat bomoh. Hanya perawat dari pusat rawatan Islam yang di percayai sahaja. Contoh darussyifa.

Kesimpulannya.. Teknologi masih tak mampu melawan amalan amalan syirik & khurafat ni. Sebab nak kata golongan tidak terpelajar je percaya & mengamalkan perkara perkara macam ni tak juga. Semua golongan ada yang terjebak dalam aktiviti macam ni. Sebab tu pentingnya didikan agama & mempratikan acara agama. Kalau tak kau pandai la macam mana pun kau tetap akan jadi bodoh juga bila kau tak ada pegangan agama yang kuat. Tak tak.. aku bukan ustazah. sebenarnya aku tengah tarbiah diri sendiri juga ni. hikhikhik.

19 May 2025 0 Komen Melekat

DISQUIET TERPERANGKAP DI ALAM KOMA YANG MENAKUTKAN

DISQUIET TERPERANGKAP DI ALAM KOMA YANG MENAKUTKAN. Bila mood menulis blog kembali, dia mula la macam macam nak tulis, nak review & nak ulas. Lama Mah`Mood' ni hilang tau. Bertahun juga la. Sampai decide terminate je domain berbayar guna free domain. Lepas dah terminate mai balik jiwa tu. Sebenarnya jiwa tu tak pernah mati tapi kekangan masa tu yang membataskan. Walau lepas guna domain blogspot balik blog dah tak link ke google. Tak ada dalam carian google tak tau nak setting celah mana.. Biaq pi la dulu. Nanti kita upah specialist yang sudi untuk setting balik. Yang penting kita isi dulu blog dengan cerita ceriti. 

Jadi hari ni aku nak review satu filem yang aku tengok kat netflix. Disquiet. Genre hortor tapi lebih pada fiksyen la. Bila fiksyen ni kau jangan expect benda logik sangat. Nak tengok yang logik tengok je la kisah benar tu pun kalau tv3 ada ulang tayang lagi. Kalau fiksyen dah tentu kisah dari imaginasi manusia sahaja. 

Disquiet ni mengisahkan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan & dia koma. Kemudian terperangkap di alam koma tu & berjumpa dengan orang orang lain yang turut koma & sedang berusaha untuk keluar dari alam koma tu. Nak kata depa semua terperangkap dalam alam roh pun boleh juga tapi belum mati. Cuma masih koma. Tapi ada golongan yang tak berjaya keluar dari alam koma & meninggal muncul menghalang mereka mereka yang masih mencari jalan keluar dari koma. 

Kisah dia tak lain tak bukan depa ni tengah struggle cari jalan keluar dari koma & terpaksa hadapi golongan yang dah mati nak bunuh depa supaya boleh mati together gether gitu. Sejenis dia tak berjaya survive dia nak orang pun ikut mati dengan dia juga. 

Filem ni nak kata best sangat tu tidak tapi tidak la membosankan bagi aku. Masih boleh tonton kalau dah tak ada cerita sangat nak tengok. 



28 October 2020 0 Komen Melekat

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN..

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN.. Kecoh pasal seorang youtuber yang berjaya meraih kutipan yang memberangsangkan untuk filem pertama dia. Actually saya tak tengok filem tu sebab saya tak melanggan astro. Kalau saya langgan astro pun saya tak pasti saya akan beli filem tu untuk menonton. Kat youtube pun saya tak follow drama drama spontan dari video yang di hasilkan bersama 2 pelakon dari golongan istimewa. Tak juga saya memandang rendah pada kemampuan golongan istimewa berlakon sedangkan saya pun ada anak istimewa juga.

Dulu saya banyak buat review filem filem seram yang saya beli sendiri DVD (original) & Tonton. Kalau yang selalu baca review filem di blog saya mesti perasan saya banyak kritik filem metrowealth. Totally memang jenis filem asal siap. Pelaris dia biasa la pelakon cantik & hensem even macam tiang letrik baca dialog pun tak apa. Sebab David Teo ni orang bisnes. So apa di hasilkan semua mesti untuk keuntungan. Berbeza dengan orang seni. Depa hasilkan seni. Contoh macam Arwah Yasmin Ahmad. Kualiti filem dia tak kira la filem pendek sekalipun memang tak pernah mengecewakan. Seni dia cukup halus mampu menusuk ke kalbu ok.

Bagi saya filem adalah filem di mana perlu ada nilai seni nya. Orang menonton bukan sebab support golongan tertentu untuk kelangsungan hidup atau apa.. Nak buat filem siapapun boleh buat kalau ada duit tapi nak menghasilkan satu karya seni tu bukan semua orang ada bakat & kepakaran. Sebab tu ada orang sanggup menghabiskan masa & wang untuk mendalami ilmu seni ni sebab mereka nak hasilkan karya yang mahal. Mahal bukan kata jumlah kutipan hasil tayangan tu banyak.. Tapi sarat dengan nilai seni yang bila mana orang tonton akan terasa bagai ada dalam setiap watak tu. Dan orang boleh menonton lebih dari sekali. Setiap kali tengok orang boleh lagi menjiwai.. Tu baru di namakan filem berkualiti.

Antara filem yang saya rasa mempunyai nilai seni yang tinggi selain filem karya arwah Yasmin Ahmad.. Filem Layar lara, Spinning Gasing, Puteri Impian I & II, Sayangku salmah. Tu antara filem yang saya ingat.. Ada lagi la beberapa filem melayu yang saya rasa berkualiti & layak di panggil Filem. Selebihnya saya suka tengok filem seram je. Filem seram pun saya ada expectation saya sendiri juga. Takat filem seram dari metrowealth memang tak banyak la yang menepati expectation saya. Kebanyakan kalau campak kelaut pun ikan mati meroyan tengok filem tu. kekekekekeke

Pasal Filem youtuber tu macam saya kata saya tak tengok tapi baca review. Ramai kata standard macam video dia buat kat youtube je. Video dia kat youtube pun saya tak follow. Pengarah & penerbit filem tu pun kata sasaran cuma untuk orang orang atau peminat dia yang memang dah dok follow video video pendek dia kat youtube. So hangpa kalau rasa hangpa punya citarasa tinggi tu tak payah la tengok satgi hangpa meroyan pulak. Yang biasa tengok video video dia kat youtube & terhibur mungkin bagi mereka filem tu memang di tunggu tunggu.. So tonton lah.

Cuma tu la bila buat filem asal siap.. buat filem cuma mempertaruhkan populariti dari pelakon.. Atau memang dah ada publisiti kat social media semata mata untuk meraihkan keuntungan ia membunuh industri juga la. Tengok la Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia tapi karya karya Malaysia takat mana je boleh jual. Indonesia pun tak lepas sangat. Setakat box office dalam Malaysia je la tapi di luar tak sapapun kenal. Nak kembalikan kegemilangan filem filem melayu macam zaman Allahyarham P.Ramlee tu nampak masih jauh. 

Bagi saya.. tetap dengan citarasa saya. Nak tengok filem yang betul betul filem.. Filem dokumentari pun saya tak berapa minat. Saya memang suka tengok filem cereka tapi bukan filem yang maybe macam filem youtuber tu buat la. Setakat layan santai santai kat youtube tu boleh la.. kalau video macam kat youtube di angkat menjadi sebuah filem & konsep pun sama.. Setakat ni bukan citarasa. Tapi tak salah dia nak mencuba.. baca pun kutipan meletap letop bermakan ramai yang tonton la tu. Setakat sorang dua orang macam saya ni tak la menjatuhkan sangat filem tu kan... kekekeke

Apapun ni pendapat peribadi saya sahaja tidak di wakili mana mana pihak. Tak salah kan nak bagi pendapat. Kalau salah juga, saya mohon maaf kerana citarasa saya tak mampu memuaskan hati anda. Peace Yo!

29 September 2020 1 Komen Melekat

ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS

 ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS. Sat na.. nak sapu sawang sawang kat blog ni. Rasa lama pulak tak ber update. Allahu nak cari masa buka blog sekarang macam nak cari masa membawang bersama jiran tetangga. Susah sangat malah.. susah sangat saya nak membawang dengan jiran jiran ni. Boleh kata memang tak ada langsung la aktiviti membawang dengan jiran jiran ni. 24jam memerap dalam rumah dengan anak anak. Gitu la sekarang nak buka blog & update. Di kesempatan yang ada ni kita update la apa apa niat yang tertunggak.

actually dah lama nak review filem ni. Tapi tak ada masa untuk berkarya kan.. Di kesempitan masa yang terhad ni meh la kita share filem yang kita dah tonton.



Alive ni mengisahkan seorang V-blogger yang memang jenis anti social. Suka memerap dalam rumah menghasilkan Vblog & main game. Bila kawasan penempatan dia di serang wabak zombie & hampir kesemua penduduk di situ dah di jangkiti.. Dia terperangkap dalam apartment dia. mula mula memang la tak jadi masalah sebab dia jenis yang suka memerap tapi bila semakin tiada bekalan makanan, talian internet terputus, bekalan air terputus dia mula merasa stress. Nak keluar tak boleh. Penuh zombie sampai satu ketika dia tekad nak bunuh diri sebab terlampau tertekan tak ada makanan, air & internet.

Semasa dia nak mengantungkan diri tu.. tetiba satu cahaya laser menerjah masuk ke dalam apartment dia. Cahaya laser tu datang dari bangunan apartment yang bertentang dengan apartment. Cuba menyampaikan mesej supaya dia jangan bunuh diri melalui tulisan dari perkataan perkataan yang di ambil dari tulisan tulisan yang ada pada dinding rumahnya. Dari situ dia tahu masih ada orang yang selamat & tidak di jangkit. Seorang gadis telah menyelamatkan dia dari bunuh diri. dari situ mereka mula berhubung & cuba merancang untuk keluar dari situ & mencari bantuan.

Dalam usaha nak keluar dari kawasan tu mereka bertemu dengan seorang lelaki yang pelik. Lelaki tu yang selamatkan mereka dari jadi mangsa serangan zombie. Pada awalnya lelaki tu nampak baik. Bagi mereka perlindungan & makanan tapi sebenarnya lelaki itu ada niat sebaliknya. Akhirnya terbongkar bila lelaki tu cuba menjadikan mereka makanan kepada isteri dia yang dah di jangkiti virus zombie. Setelah bergelut & berjaya lepaskan diri.. Mereka cuba berlari ke sebuah bumbung bangunan untuk mendapatkan bantuan dari helikopter penyelamat yang berlegar legar bagi misi mencari mangsa terselamat. Dan akhirnya mereka selamat.

Actually filem ni tak seram atau ganas sangat. Effect effect zombie tu biasa je. Cuma yang best jalan cerita dia yang buat saya rasa nak tunggu ending dia. Macam mana dorang nak keluar dari tempat tu. memang kita tak boleh fikir kawasan yang penuh zombie. Kiri kanan depan belakang. Buka pintu memang dah ada zombie menanti nak menyerang. Nak tahu samada berjaya ke tak mereka keluar? Siapa yang datang selamatkan mereka. Scene scene macam tu buat melekat juga la bontot tonton sampai habis.

Filem ni memang tak meleret leret. Merapu merapan dengan babak babak tak perlu atau babak babak yang menyemak. Jadi tak sakit hati sangat nak tonton.

Sesuai kalau nak tonton seisi keluarga. tak ada babak babak sensitif pun. Babak ganas pun tak ganas sangat. So tak ada masalah nak tonton dengan anak anak kecil. Saya pun tengok dengan anak anak je.

Bagi peminat filem bertemakan zombie macam saya.. Boleh la tonton filem Alive ni. Not Bad juga. 

10 April 2018 4 Komen Melekat

DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI

DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI. Memang ter kagum sekejab ok. Rasanya pengarah & penerbit dia pun tak expect benda ni kot termasuk la den yang dah tengok filem ni masa bocor kat internet haritu. Tapi orang kata.. Filem yang bagus & hangat tak mustahil apapun boleh berlaku. Even ramai dah tengok dengan cara download filem ni dari internet tapi masih lagi ramai penononton serbu panggung sampai pecah punggung katanya...


Alahai.. Takkan ada nak tanya lagi filem apa. Hangpa ni tak ikuti perkembangan semasa sungguh ok! Filem apa lagi yang tengah hangat, hangit & hangus sekarang kalau bukan filem DUKUN yang di adaptasi dari kes pembunuhan berprofile tinggi yang melibatkan seorang ahli politik. Kes pembunuhan tu pun pernah menjadi kes paling hangat.. apatah lagi di adaptasi dalam filem kan.

Setelah 10 tahun di peram dalam arkib kerana tidak lulus tayangannya.. 5 April 2018 akhirnya filem ni di luluskan untuk tayangan & di klasifikasi P13. Ada yang kata banyak babak kena potong & ada yang kata tak di potong tapi bila klasifikasi P13 macam krik krik jugak kan.. Bagi yang tak pi menonton kat pawagam tu tertanya tanya juga.. betul ke tak kena potong ni..???? Jangan tipu nanti dosa ok! kekekekeke

Apapun walau bocor di internet sebelum tayangan.. Syabas pengarah dia tak merajuk sampai tak mau jumpa press bagai. Steady jer dia.. Kutipan untuk filem ni pun not bad. Masa hari pertama tayangan katanya berjaya raih kutipan 1.5 juta. See.. rokyat melesia ni memang supportive ok. Filem yang bagus opkos la orang sapot ok! Filem filem level level rubbish sapa nak tengok.. ye dak.

Apapun Tahniah kepada Pengarah, Pelakon & semua yang terlibat dalam filem DUKUN. Maybe kutipan akan semakin bertambah lagi jutanya. Tak sia sia kena peram 10 tahun kan..

Harap yang menonton tu tak membayangkan watak Dukun Diana tu mengambarkan Allahyarhamah Mona Fandey. Apa yang di gambarkan dalam filem tu bukanlah watak Mona Fandey.. Janganlah mengaibkan mereka yang dah pulang kerahmatulllah. Mereka masih ada waris waris yang maybe terluka jika ahli keluarga mereka yang dah meninggalkan dunia di aibkan macam tu. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhamah.. Semoga Allah mengampuni dosa dosanya & di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

Moral of the story.. sapa yang belum tengok tu.. Tak ada aral melintang pukang, membujur lalu, melintang patah bagai.. Boleh la pergi menonton. Pada pandangan mata I yang dah tengok haritu, filem ni tak rugi kalau korang nak melabur beli tiket. Not bad jalan cerita dia. Yang penting Dukun dia maintain lawa tapi tetap nampak menyeramkan & hidup watak yang di mainkan.
02 April 2018 0 Komen Melekat

PEREMPUAN KEBAYA MERAH ITU DUKUN

PEREMPUAN KEBAYA MERAH ITU DUKUNTu dia.. baru baru ni viral pasal rakaman perempuan kebaya merah yang meronggeng tetengah malam buta kat tetengah jalan. Kecoh satu alam maya dok kata dia hantu kebaya merah.. Alih2 satu malaysia kena game. Tak tau minah mana la dok buat prank macam tu kan.. Dalam celah celah baru reda isu video perempuan kebaya merah.. Muncul lagi sorang pulak perempuan kebaya merah. Katanya dia akan keluar pada 5 April ni. Jaga jaga hangpa semua...

Sabaq jangan ada dok buat benda benda syirik & khurafat pulak dok gantung segala bagai tangkal untuk elak di ganggu hantu kebaya merah.. Ni bukan hantu kebaya merah tapi ni Dukun kebaya merah katanya.

Hangpa kecoh sangat kan teringin nak tengok filem DUKUN ni. teringin nak rasa keseraman & kengeriannya takhkala menonton. Haritu orang tak bagi tengok gigih hangpa curi download punya nak tengok.. Sekarang dah lulus tayangannya selepas 12 tahun jangan lupa pi tengok pulak.

Dia punya hashtag tu yang tahan.. Kemain dia mengambil kesempatan katanya. hahhhaa #PerempuanKebayaMerah

Akhirnya.. Filem yang telah di sejuk bekukan selama 12ahun mendapat pelepasan untuk tayangan. Mesti lega produser, pengarah, pelakon - pelakon filem tu kan.. Mana tau selepas 12 tahun, Box Office ke kan..

Tapi Malangnya walau filem tu di lepaskan untuk tayangan tapi sebelum ni filem tu dah terlepas di serata alam maya. Even orang kata filem dukun yang di share kat internet ni bukan full movie tapi starting ending & jalan cerita orang dah tau. Kalau den pun tak berapa rasa nak pergi menonton kat pawagam dah. Sebab rasa dah tak surprise sangat nak tunggu dari babak ke babak. Kalau hangpa rasa nak pi tengok lagi ke filem tu? Tanya jer.. hahahah

Tapi at least penat lelah semua yang terlibat dalam filem ni terasa juga la berbaloi bila akhirnya filem ni dapat di tayangkan di pawagam ye dak. Tapi bila melihat klasifikasi filem ni cuma PG13 rasanya banyak yang dah kena potong ni. Ikutkan filem ni rasanya perlu klasifikasi 18SG hahahaha. Mungkin babak babak yang menganggu sensitiviti keluarga watak utama yang di adaptasi dari kisah seseorang tu di potong kan.. Takpe la. Kita kena hormat perasaan keluarga mereka.

Orang dah bagi betis nak peha pulak.. Ok la tu dia bagi tayang jugak dari tak dapat tayang langsung kan. Orang kata tak boleh buat spekulasi apa apa tunggu je la di tayangkan 5 April nanti & kita baca komen komen penonton yang pergi menonton kat pawagam.

Kalau den dah tengok haritu macam filem ni bocor kat internet.. Malas dah la nak tengok lagi. Baik tengok filem Thailand 3 Am part 3. Sebab Part 1 & 2 den follow filem ni. Memang best.. Dalam filem 3 Am ni ada 3 cerita seram pendek & memang best 3 AM part 1 & 2 tu.. Hope part 3 ni pun best jugak la. Macam biasa tunggu keluar dalam bentuk dvd je.. Tu pun kalau ada rezeki jumpa dvd filem ni.. Ah lang nun je banyak sekarang. Original makin susah dah nak jumpa. Kalau ada pun mahal mengalahkan rega ikan.. hahahhaa

Apapun filem DUKUN ni antara filem terbaik melayu.. Memang sesapa rasa nak pergi menonton boleh pergi. Bukan level level cerita seram yang pernah di terbitkan Metrowealth ok.. Yang bila orang tengok rasa nak marah bukan seram hahahaha. Jangan marah tuan Mejar.. I masih menanti filem terbitan Syarikat U yang boleh I puja puji hingga ke langit biru..

Apapun yang dah tengok online masa filem ni bocor haritu nak repeat lagi kat pawagam tak salah. Support filem tempatan yang best apa salahnya.. ye dak
12 March 2018 3 Komen Melekat

DUKUN.. YANG TAKKAN MATI ADALAH ILMU HITAMNYA

DUKUN.. YANG TAKKAN MATI ADALAH ILMU HITAMNYA. 10 tahun lalu filem ini telah di haramkan tayangannya selepas promo filem di buat & tarikh tayangan dia pun dah di war war kan. tak tahu la alasan filem di haramkan tayangannya.. ada kata sebab ia melibatkan seorang ahli politik & ada yang kata keluarga bagi pihak watak yang di gunakan dalam filem ni tidak membenarkan filem tentang ahli keluarga mereka di siarkan. Ia mengaibkan mereka.


Tapi selepas 10 tahun filem ni terlepas juga di alam maya.. Tak tau la mana depa dapat rakaman filem dukun. Den pun tak terkecuali tertonton juga la filem ni. Sebab memang dari dulu antara filem yang kami nak tengok sangat sebab pernah tengok sedutan filem ni.. Memang menerujakan untuk di tonton.

Walau dah lama download & ada dalam file.. Tapi baru baru ni je sempat tengok. Jangan sesapa minta den hantar pulak.. Den tak nak terlibat dalam aktiviti cetak rompak hahaha. Den tengok untuk diri sendiri. pepandai la hangpa cari sendiri yer hahahaha

Seperti yang kita sedia maklum filem ni di adaptasi dari kisah pembunuhan yang melibatkan seorang Bomoh wanita dengan seorang ahli politik era 90an dulu. Malas nak petik nama mereka bagi menghormati waris mereka yang masih hidup. Rasanya semua orang tahu siapa yang di maksudkan..

Biasa la filem adaptasi even dari kisah benar tapi tidak la 100% benar apa yang di paparkan dalam filem. Seperti nama & babak babak yang ada dalam filem tu. Filem ni mengisahkan seorang Dukun wanita bernama Diana yang di sabitkan dengan kesalahan membunuh seorang ahli politik Dato Jefri.

Kisahnya bila seorang ahli politik ni di cadangkan oleh pembantunya untuk meminta khidmat seorang dukun wanita ni untuk kuatkan kuasa politiknya bagi mendapatkan satu projek besar. Bila kali pertama mendapatkan khdimat dukun tersebut, dia berjaya mendapat projek besar tersebut so dia terus yakin untuk terus menerus menggunakan khidmat dukun tersebut. Biasa la.. Bila dah terjebak dengan benda khurafat & dapat hasil dia dah lupa Tuhan.. Gitulah jadinya kan.

Akibat langgar pantang Ahli politik tersebut mati selepas di tetak dengan parang semasa ritual tu di jalankan. Selepas ahli politik tu mati, Dukun wanita tersebut di tahan & di dakwa atas kesalahan membunuh & jika terbukti bersalah akan di jatuhi hukuman mati. Untuk pesalah yang di tuduh atas kesalahan membunuh dia di beri hak untuk di bela, so seorang peguam yang sedang menghadapi masalah keluarga menerima kes tersebut & menjadi peguam bela kepada dukun wanita tersebut.


Tanpa sedar.. kehilangan ahli keluarga dia ada kaitan dengan dukun tersebut. 10 tahun lalu peguam tersebut kehilangan isteri yang tiba tiba hilang tanpa jejak. selepas 10 tahun.. Anaknya yang memberontak, lari dari rumah. Dalam usaha mencari anak gadisnya yang lari dari rumah, dia mengambil kes dukun tersebut.

Dukun tersebut di dapati bersalah walaupun kejadian bunuh itu adalah tanpa niat. Dan ending cerita tersebut barulah peguam tu tahu, isteri dia yang hilang 10 tahun lalu di bunuh oleh dukun tersebut kerana cuba ingkar dengan perjanjian antara mereka. 10 tahun dulu isteri peguam tersebut pernah mendapatkan khidmat dukun tersebut untuk mendapatkan anak. Sebagai syarat.. jika dia berjaya mendapat anak, anak itu akan di jadikan pewaris ilmu hitam dukun tersebut.

Pada ending filem ni dukun tersebut berjaya mewariskan ilmu hitam yang di panggil ilmu batak kepada anak gadis peguam tersebut sebelum dia menerima hukuman gantung sampai mati. Apa berlaku pada anak gadis peguam tersebut selepas tu, tak tau la den. tak dapat nak teka sebab ending dia tergantung macam tu jer.. tapi point cerita ni adalah untuk memberitahu.. Dukun wanita tersebut tidak berniat membunuh cuma melakukan ritual untuk ilmu kebal kepada ahli politik. di sebabkan ahli politik tu tak ikut pantang betul2 dia terbunuh dalam ritual tersebut.

Ponit kedua.. Yang tak mati tu bukan dukun tu tapi ilmunya kerana dia berjaya mewariskan kepada orang lain. Dalam keturunan mereka, mereka tak boleh ada zuriat sendiri jadi perlu mencari pewaris dari zuriat orang lain.

Kesimpulannya cerita ni memang agak menarik di tonton cuma sebab dorang adaptasi dari kes yang pernah mengemparkan Malaysia yang melibatkan seorang ahli politik & seorang bomoh wanita.. Yup saya rasa benda tu boleh mengaibkan keluarga mangsa & keluarga yang di tuduh membunuh.

Dalam Filem ni lakonan Umie Aida memang tak boleh nak kondem apa2.. Watak dukun wanita yang cantik tapi menyeramkan memang menjadi. Dia tak perlu kelihatan hodoh, comot & menjijikkan untuk menghidupkan watak sebagai Dukun Diana.. dalam wajah yang cantik dia cukup buat orang rasa ngeri & seram dengan dia.

Dukun antara filem melayu terbaik juga bagi saya cuma ia menyentuh sensitiviti pihak yang masih hidup.. Memang ia tidak sesuai di tayangkan secara umum.
14 February 2018 1 Komen Melekat

PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Azmil Mustapha yang di khabarkan telah meninggal dunia lebih kurang pukul 1 petang tadi.



Semua orang tahu Pelakon Azmil Mustapha yang pernah popular dengan Filem Ali Setan antara pelakon yang popular sekitar tahun 80an. Banyak filem2 yang di bintangi & memegang watak hero.

Allahyarham Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.

Ustaz Azmil Mustapha (1 Januari 1953 - 14 Februari 2018) adalah seorang pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan Box Office iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi Lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato' Mokhtar Dahari sebagai pemain undangan.Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau adalah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu antara filem-filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Iman Alone (1998) dan Fifty Cent (1991). Memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) - Filem Ali Setan. Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an, Namun beliau tidak pernah kesal dengan keputusan yang diambil

Sumber : Wikipedia

Marilah kita sama sama mendoakan semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & menempatkan dia bersama orang orang yang beriman.

Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati. Semoga keluarga Allahyarham redha dengan pemergian insan tersayang.
21 August 2017 3 Komen Melekat

SPINNING GASING.. FILEM TERBAIK TAPI BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM

SPINNING GASING.. FILEM TERBAIK TAPI BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM. Sejak 3 hari ni rasa macam idea nak menghapdet kurang melimpah ruah. Tak tahu la maybe faktor otak terlampau penat ke hapa.. Yelah, maybe terlampau fikir pasal kes saman sivil yang saya kena tu. Struggle juga saya cuba cari dana untuk kos guaman tu. Macam macam usaha saya buat.. Tapi saya tak kata la usaha saya gagal. Alhamdulillah.. Membantu juga cuma belum mencukupi.. Tapi takpe, Orang kata selagi kita usaha, doa & tawakal Insya Allah ada jalan..

Saya ni ada satu perangai yang kalau sampai satu tahap saya rasa terlalu penat fikir masalah saya mula nak cari something yang boleh saya hanyut sat.. Bukan la isap dadah. Tak juga minum air ketum.. Yang tu bukan hanyut dah boleh tenggelam di bawa arus. Silap2 kerahmatullah tak pun ke rumah besi lah.. Saya suka nak tengok balik filem2 favorite saya dulu dulu.. Time2 macam ni bukan filem seram ok! Filem seram memang tak menerjah sangat ke dalam kotak fikiran saya.

Filem2 yang ada sentimental value.. Tapi bukan filem ombak rindu. Ombak rindu sampai sekarang saya tak pernah tonton. Antara filem yang boleh buat saya terbuai.. macam filem Puteri Impian, Spinning Gasing, Sepet.. Filem filem yang ada jiwa macam tu saya suka sangat tonton.

Sabtu lepas saya sempat la layan Spinning gasing kat youtube sebab saya tak ada koleksi DVD filem tu. Dulu ada la VCD tapi semua tu khazanah rumah kat kampung. Ntah ntah dah jadi saka ke hapa VCD tu. Tak tau la ada lagi ke tak.. Antara filem yang saya suka & kalau tonton mesti feel sampai ke tulang sum sum katanya. Mesti hangpa tak tau apa rasa sampai ke tulang sum sum kan.. hehehehe


Filem ni mengisahkan sepasang sahabat yang berlainan jantina, bangsa & agama. Depa ni cuba menubuhkan satu kumpulan Muzik tapi perjalanan band depa ni agak berliku. Kisah persahabatan yang masing masing menyimpan perasaan cinta dalam diam. Hujung2 baru nak bagitau masing masing suka sama suka cuma sebab perbezaan bangsa & agama.. dalam filem ni depa tak bercinta. Yang perempuan beragama Islam.. Yang lelaki berbangsa cina tapi dia tidak percaya apa2 agama malah Tuhan pun. Tapi hujung cerita ni.. Dia sanggup nak convert ke agama Islam untuk terus bersama orang yang dia suka tapi pihak perempuan tu tahu.. Benda tu bukan keikhlasan dia untuk terima Islam cuma perasaan cinta dia pada perempuan tu. Perempuan menolak & anggap antara mereka memang tiada jodoh. Selepas tu masing masing berubah haluan mengejar cita cita sendiri.

Saya suka sangat style, imej watak Harry & Yati dalam filem ni

Filem ni memang tak sesuai untuk tontonan umum atau seisi keluarga. Sebab banyak babak babak SG, Sx bagai.. Filem ni pun masa nak di tayangkan banyak babak kena potong tapi dalam versi VCD katanya tak ada potongan. Full version. Filem ni agak besar bajet dia..  RM2.4 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM484,450.04.


Filem ni di tayangkan pada tahun 2001.  Antara pelakon yang membintangi filem ni adalah..

⤞Ellie Suriaty (Yati)
⤞Craig Fong (Harry Lee)
⤞Corinne Adri (Chantal)
⤞Edwin R. Sumun (Ariff)
⤞Sanjeet Jarnail (JJ)
⤞Hani Mohsin (Azri)
⤞Rosyam Nor (Zainal)
⤞Frankie Lee @ Adam Corrie (Tai-ko)
⤞Jalaluddin Hassan

Antara Anugerah yang di terima dari Filem ni adalah..

↣20th Hawaii International Film Festival, 2000 (Amerika Syarikat)
↣Anugerah NETPAC: Special Mention - Teck Tan
↣3rd Cinemaya Festival of Asian Films (CINEFAN), 2001 (India)
↣Pelakon Wanita Terbaik - Ellie Suriaty

Filem ni bagi saya antara lakonan terbaik gandingan Ellie Suriaty & Craig Fong pelakon kelahiran Australia. Yup serius memang sampai ke hati bila tonton filem ni. Filem filem macam ni memang susah untuk di iktiraf sebagai filem hebat kalau kat Malaysia.. Selera penonton Malaysia masih nak tengok filem2 Syamsul Yusof, David Teo. Filem2 berat macam Spinning Gasing ni.. Selalu banyak terima anugerah dari luar.

Lagu Camelia, Terlanjur sayang menjadi salah satu lagu sountrack filem ni. Saya rasa memang bersesuai dengan kisah dalam filem ni.

Kalau hangpa nak tengok filem ni boleh google jer.. Untuk Full movie rasa boleh download. Dalam bentuk DVD tak sure pulak masih ada atau tak. Tapi serius.. Filem ni kalau ikut citarasa saya memang best.

Tapi kalau hangpa rasa tak selera nak layan filem2 lama ni. Nak layan filem baru pulak elok la hangpa download Boost App ni >> MUAT TURUN: Nikmati Diskaun Sehingga 60% Dari MBO << 60% tu... bukan sikit ok diskaun. Rugi wei kalau tak guna Boost App ni untuk dapat diskaun tiket wayang.
18 May 2017 1 Komen Melekat

VIRAL DAVID TEO KENA TAMPAR, SEMUA SEBAB MASING2 KURANG AJAR

VIRAL DAVID TEO KENA TAMPAR, SEMUA SEBAB MASING2 KURANG AJAR. On je FB hari ni kecoh semua orang cakap pasal tampar. Mula2 malas nak ambil tahu isu2 viral memandangkan keadaan diri yang kurang sihat. Tapi lepas makan ubat rasa macam sihat sikit layan buletin 1.30 kat tv3 ada jugak isu david teoh kena penampar dengan pelawak yang di kenali sebagai Mat Over tu. Sedutan video tu pun ada di tayangkan jugak.


Bila aku tengok memang aku setuju David Teo kena penampar sebab cara dia bercakap agak kurang ajar. Ada aku baca dari akhbar online katanya dia merampas mic dari pengacara majlis, Dato Rosyam Nor. Tu pun kurang ajar jugak.  Bukan sebab aku sokong kepimpinan Dato Seri Najib.. Tapi walau macam mana pun kita tetap kena respect. Tak bermakna aku setuju David Teo kena penampar aku sokong perbuatan Mat Over tu..

Memang david teo agak kurang ajar tapi cara mat over bertindak pun boleh di lihat sebagai tindakkan kurang ajar kerana mencetuskan kekecohan & tak menghormati majlis yang sedang berlangsung. Walau marah macam mana sekalipun.. kekasaran bukan penyelasaian yang terbaik.

Dalam video ni pun dengar pengacara majlis pun cakap dia memang kurang ajar. Sapa dia tak tau la kan. hehehee

Ada juga yang kata drama je semua tu.. Semua dah di rancang. Tak tau la orang gila mana rancang kejadian macam tu dalam majlis yang melibatkan pemimpin negara. Mentang2 yang hadir kebanyakkan orang yang terlibat dalam industri hiburan tak semestinya apa yang berlaku drama yang telah di rancangkan. Yang pasti dari pandangan mata aku.. Aku tak terfikir benda ni drama.. Mat Over tu pun memang pernah ada isu bergaduh masa perlawanan bola antara artis dulu. So, memang dia ada sikap baran kot...

Apapun David Teo memang dah terkenal dengan mulut dia yang cakap ikut sedap jer.. Dengan penampar macam tu hope lepas ni dia lebih reti belajar beradab bercakap dalam majlis2 rasmi macam tu. Tak payah nak terpekik terlolong sangat.

Moral of the story... David Teo, jangan sombong & angkuh. Mat over jangan over. hehehehe
29 March 2017 3 Komen Melekat

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU

PELAKON VETERAN NORLIA GHANI TIMANG CICIT, RUSDI RAMLI TIMANG CUCU. Tahniah di ucapkan buat pelakon veteran yang rasanya semua orang kenal, Mama Norlia Ghani yang memberitahu di laman facebook beliau dah timan cicit pertama dari cucu lelakinya anak kepada pelakon Rusdi Ramli.. Wah dah jadi datuk la Rusdi Ramli kan.. Betapa nampak vouge lagi memasing tak kira yang timang cicit & timang cucu.


Nenek pun masih nampak sihat.. Si Ayah yang jadi datuk dok nampak ensem lagi.. Tu yang untung mereka yang kawen muda atau mengamalkan hidup secara sihat. Insya Allah jika umur panjang masih nampak muda & masih kuat untuk meneruskan kerjaya mereka.


Cucu kepada Mama Norlia Ghani & anak kepada Rusdi Ramli ni tak silap melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas.. Alhamdulillah awal rezeki depa menimang cahayamata awal kan. Dapat baby boy lagi tu. Tak payah nak hadap soalan2 cepuk emas dari para mulut kak nam & abang keypo tanya bila nak ada anak. Tunggu lepas pantang esok.. hadap la soalan bila nak tambah anak pulak ok! hahahahaha


Anak lelaki Rusdi Ramli ni tak silap anak dari hasil perkahwinan pertamanya dulu.. Sekarang ni perkahwinan kedua dia kot.  hensem jugak orangnya cuma tak nampak banyak iras bapak dia.. Mungkin rupa dia ikut sebelah mak dia la kot kan. Dulu masa Rusdi ramli tengah popular pun anak dia dah remaja kan.. Sekarang tak pelik la dah dapat menantu & cucu.

Apapun tahniah kepada semua.. termasuk yang baru menimang anak. Semoga keluarga mama norlia terus bahagia & di limpahi rezeki berpanjangan... Amin..
23 March 2017 2 Komen Melekat

ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA

ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA. Ada jugak la dok baca tajuk2 entri blog2 pasal rumahtangga pelakon Adi Putra ni tapi di sebabkan rasa tak ada apa nak mengulas pasal tu sekadar baca tajuk je la.. Lagipun Tuan punya badan sebelum ni tak cakap apapun pasal kontroversi tu.. Maka tunggu je la. Sampai masa di umumkan juga status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..


Sebab terlalu di desak & di ganggu wartawan & kepoci kepoci seluruh Malaysia maka Adi Putra terpaksa jugak membuat kenyataan menerusi account media sosial dia tentang status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..


Akhirnya.. putus sudah kasih sayang antara mereka. Bukan senang nak handle dua bini.. Satu bini pun dah terumbang ambing lepas tu tambah lagi satu bini memang karam di lautan sepi la kesahnya.. Apapun jodoh pertemuan ni rahsia Allah.. Walaupun dah tertulis jodoh kita sampai setakat mana tapi sebagai manusia tak boleh la nak salahkan takdir 100%. Kita sebenarnya penyumbang pada apa yang berlaku keatas diri kita. So jangan nak lepas tangan salahkan takdir jer ok.

Apapun penceraian bukan pengakhiran.. Ia umpama satu permulaan. Mungkin kepada kehidupan yang lebih baik siapa tahu. So jangan putus asa pada pasangan yang bercerai. Mulakan hidup baru.. Jangan takut hadapi masa depan.. Tu dia.. bagi motivasi kat orang macam dia hebat ja. Tak kena batang hidung sendiri lagi. Dah kena batang hidung sendiri baru kau tau terkemek ke.. terkembang ke hidung kau tu. Takde la bukan hebat.. Apa lagi dapat di ucapkan.. Takkan la nak suruh aku takut2 orang yang bercerai dengan memberi gambaran kat depa seumpama lepas bercerai kau akan hadap satu kehidupan yang penuh dengan air mata pulak kan..

Pada kedua dua bekas isteri Adi putra tu.. Teruskan hidup macam biasa. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mereka. Pada Adi Putra.. pun good luck jugak la. Mungkin jadi duda terlajak laris lepas ni sapa tau hehehehe.
11 February 2017 1 Komen Melekat

SERAM! SAMARA KEMBALI MENGHANTUI

SERAM! SAMARA KEMBALI MENGHANTUI. Siapa samara? Hantu apa gamaknya samara ni? Dari mana datangnya samara ni? Amboi banyak pulak soalan nak kena jawab pulak.. Hangpa interview hantu macam interview retis pulak kan.. ahahaha


Alah.. tak payah dok buat tak kenal sangat la dengan samara. Takkan tak kenal samara kot. Kata peminat filem seram...  Bagi penggemar filem seram rasanya The Ring antara filem yang korang pernah tonton. Ni kira sekuel dari filem The Ring la yang ketiga. Yang pertama The Ring.. Yang kedua The Ring II & yang terkini sedang di tayangkan kat pawagam Rings.. Mengekalkan hantu yang sama iatu samara. Hantu dari pita video. Dia akan membunuh sesiapa saja yang menonton pita  video yang memaparkan dirinya.

Rings mengisahkan sepasang kekasih yang cuba merungkai lagenda misteri sebuah pita video. Lagenda tersebut mengatakan sesapa je yang menonton pita video tersebut akan mati selepas 7 hari.  Nak di jadikan cerita si pakwe ni tertonton video tu.. Demi nak menyelamatkan pakwe, si makwe rela menjadi ganti korban tapi lain pulak jadi bila dia cuba menjadi korban dia berjaya merungkai 1 misteri lain pulak yang terdapat rakaman lain dalam pita video tu yang belum pernah di tonton sesiapa. Rakaman apa pulak.. Ingat rakaman samara keluar dari perigi jer.. Kalau nak tau pi la tonton kat pawagan. Dah di tayangkan sejak 9 febuari lepas.

Dari info hiburan yang aku baca.. Filem ni di gambarkan sangat seram la sampai pelakon yang terlibat dalam filem ni pun mengakui keseraman tu dapat di rasa sehingga habis shooting. Bunyi macam seram sangat dah.. Tapi tunggu yer sampai aku yang tengok. Seram ke tidak.. Tapi tu la kena tunggu 3 - 4 bulan lagi la baru ada keluar DVD. Kalau cetak rompak rasanya tak lama lagi ada la tu.

Gimik promosi filem ni pun boleh tahan.. sapa2 yang ada penyakit jantung pun boleh arwah. Katanya habis terkejut pelanggan kat sebuah kedai barang elektronik bila tetiba hantu samara keluar dari TV kejar dorang. Dahsyat promosi mat saleh ni buat kan... Korang boleh tonton kat video di bawah ni


Jadi peminat filem seram apa lagi serbu la panggung weekend ni. Lepas tu jangan lupa review yer. Nak baca review kat blog lekatlekit aku cuma pengumpul dvd seram memang lambat lagi hahahaha
2 Komen Melekat

GAMBAR PELAKON VETERAN NORLIA GHANI SEMASA MUDA BERSAMA ANAK ANAK

GAMBAR PELAKON VETERAN NORLIA GHANI SEMASA MUDA BERSAMA ANAK ANAK. Asyik dok up story pasal artis muda muda jer.. Apa salahnya sekali sekala bagi publisiti kat artis veteran yang bakat & kualiti lakonan dia tak perlu di pertikaikan lagi. Pelakon yang terlibat dalam dunia seni lakonan sejak dari zaman filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kemudian pernah popular dengan watak joyah dalam drama bersiri Opah dulu.. Sapa tak kenal dengan Mama Norlia Ghani. Seorang pelakon veteran yang masih aktif berlakon sampai sekarang.


Sedikit info berkaitan pelakon Norlia Ghani.. Norlia Ghani Binti Abdul Hamid atau juga dikenali sebagai Norlia Ghanidilahirkan pada 19 Disember 1948 (68 tahun) . berasal dari Klang . merupakan salah seorang pelakon filem Melayu. Filem pertama lakonan Norlia Ghani adalah Kanchan Tirana yang di terbitkan pada tahun 1969 arahan Tan Sri P. Ramlee.. Antara filem2 lain lakonan beliau adalah..

Kembang Layu (1970)
Panglima Badul (1978)
Tuan Badul (1979)
Adik Manja (1980) sebagai Jururawat
Sikit Punya Gila (1982)
Mekanik (1983)
Ali Setan (1985) sebagai Pensyarah USM
Marah-Marah Sayang (1987) sebagai Tukang masak restoran (cameo)
Siapa Dia? (1996)
Anak Mami The Movie
Mami Jarum (2002)
Mami Jarum Junior (2003)
Cinta Luar Biasa (2004)
Zaiton Ceritaku (2012)
Adik Manja Returns (2012)

Tu sedikit info pasal pelakon veteran Norlia Ghani.. Tadi ternampak Mama Norlia Ghani upload gambar dia bersama anak2.. Gambar Throwback ni memang agak rare & best. Semua sedia maklum pelakon Rusdi Ramli anak kepada Mama Norlia Ghani.. Kalau korang terer cari mana satu Rusdi Ramli dalam gambar ni... hehehehe


Jeles tau tengok badan mama norlia ghani masa ni. Walau anak banyak badan maitain S gitu. Solid Molid Uuuu... Apapun semoga maman Norlia sentiasa success dengan karier & kehidupannya.
27 January 2017 0 Komen Melekat

DALAM FILEM BULI SEMUA ORANG MELIHAT SUDUT JAHAT ROY

DALAM FILEM BULI SEMUA ORANG MELIHAT SUDUT JAHAT ROY. Sedang di tayangkan kat tv3 untuk slot wayang minggu ni filem Buli. Bukan filem baru tapi dah lama.. Filem pertama Arahan Pelakon & Pengarah Afdlin Shauki pada tahun 2004. antara filem yang terbaik & banyak moral of the story bagi aku. Antara filem yang aku boleh tonton banyak kali jugak. Sapa kata aku tak support filem tempatan.. Yang best tetap aku support ok. Filem Buli juga mendapat sambutan yang baik semasa tayangannya pada 2004.


Filem ni mengisah seorang lelaki gemuk bernama Nordin (watak Utama) yang sejak kecik sering di buli oleh seorang kawan dia Roy.. Ingat dah habis sekolah dah berkerja bagai dia takkan berjumpa lagi dengan kaki buli bernama Roy tapi di takdirkan Roy masuk bekerja kat syarikat yang dah 3 tahun Nordin bekerja. Bermulah episod kembali di buli oleh Roy yang jahat tu.. sehingga dia di buang kerja kerana di aniaya roy.. Akibat dari kejadian tu Nordin terlalu kecewa sehingga cuba mencederakan dirinya.. Tapi sempat di selamatkan kawan serumah dia. Kawan serumah Nordin bagitau apa yang berlaku pada Dr Ika, so Dr Ika bertindak untuk merawat Nordin bila tekanan yang di hadapi Nordin semakin serius sehingga cuba membunuh diri. Selepas tu Nordin di rujuk wad psychiatric untuk rawatan. Selepas pulih.. dia keluar menuntut kembali hak dia yang di rampas Roy & membongkar segala kejahatan Roy.

Dalam filem ni memang watak Jahat tu Roy.. Ada satu babak di mana Roy bawa Nordin ke surprise birthday party dia.. Bila Nordin tanya kalau macam mana dia boleh tahu kalau surprise party.. Dia cuma jawab.. sebab dia yang suruh kawan kawan dia buat surprise party untuk dia. Kat situ nampak Roy sebenarnya tiada kawan. Yang baik dengan dia atas alasan kawan tu semuanya sebab dia ada kepentingan. Roy kan berduit.. Gaji RM10K sebulan katanya.. Kesian juga aku masa babak tu.. Nampak Roy sebenarnya tak ada orang sayang & pedulikan dia. Maybe sebab dia jahat jugak hahahaha

Filem buli ni ada sambungan Buli balik.. Dalam Buli balik tu membongkar kenapa Roy menjadi kaki buli. Sebenarnya dia mangsa dera bapak dia sendiri membuat dia menjadi seorang yang suka buli. Tu la bila selalu di kasari seorang anak akan jadi kasar & tak mustahil dia akan jadi kaki buli jugak. Jadi peringatan kepada kita sebagai mak bapak ni.. Jangan mendidik anak dengan kekerasan.. Mungkin memberi kesan buruk dari sudut emosi & tingkah laku untuk jangkamasa panjang.

Roy yang sebenarnya patut di terapi oleh doktor Ika, bukan Nordin. Roy sebenarnya mempunyai masalah tekanan emosi sehingga menyusahkan & memberi tekanan pada kehidupan orang lain. Kalau dia tak mempunyai sejarah hitam dalam hidup, di jaga & didik dengan penuh kasih sayang mungkin dia pun jadi baik macam Nordin. Kesian jugak la kan bagi orang2 yang ada sejarah hidup macam tu.

Filem ni memang best.. Sebab filem ni dah lama jarang2 lagi di tayangkan kat TV. Lagipun filem2 best macam ni selalu di tayangkan kat TV untuk hari hari tertentu contoh macam sekarang cuti Chinese New Year kan.. Tapi tu la kadang2 ada orang cuti ke tak selalu busy. Selalu je terlepas filem,drama atau rancangan tv kegemaran dia..

Moral of the story.. Filem yang bermoral akan buat kita berfikir & mengambil pengajaran dari ceritanya. hehehee
03 January 2017 6 Komen Melekat

LAGENDA SERAM 'HANTU MELATI' DI UITM SABAH

LAGENDA SERAM 'HANTU MELATI' DI UITM SABAH.  Tengok ramai blogger dok share pasal filem seram yang bakal di tayangkan di pawagam bertajuk 'Dorm Melati'. Ada satu contest di anjurkan Bro Framestone berkaitan filem tu. Aku ingat yang join contest tu tahu 'Dorm Melati' tu di adaptasi dari kisah lagenda seram ' Hantu Melati' Di UiTM sabah. Rupanya ramai jugak yang tak tahu pasal kisah hantu melati ni yer. Tapi berlaku zaman ITM la. Masa tu belum dapat Universiti lagi. Kira kisah pasal 'Hantu Melati' Ni dah lama..


Dulu aku pernah selitkan kisah 'Melati' ni kat satu entri kompilasi kisah kisah seram di asrama kat Malaysia tapi aku just share secara ringkas je. Di sebabkan ramai yang masih tak tahu pasal kisah seram yang popular di UiTM sabah ni.. boleh la aku up balik kisah pasal hantu melati ni kan.. Kali ni kita cerita lebih detail sikit la nak pancing traffic katanya. Hahahaha.. pengakuan ikhlas seorang blogger

Melati ni menurut cerita mulut ke mulut adalah jelmaan roh seorang pelajar ITM(UiTM) yang mati membunuh diri dengan cara menggantungkan diri. Ada jugak yang kata dia potong urat nadi kat tangan.. Banyak versi cara melati bunuh diri ni.. Tapi tetap la dia mati sebab bunuh diri tak kira la gantung ke.. hiris tangan ke..

Selepas Melati ni matinya.. Dia menghantui pelajar pelajar kat situ. Dalam Islam kita dah di jelaskan bahawa roh orang mati takkan kembali ke dunia dalam apa bentuk pun termasuk jadi hantu. Jadi kena ingat yang menjelma konon roh orang yang dah mati adalah jelmaan jin & syaitan yang ingin menyesatkan manusia. walaupun di ceritakan yang menganggu budak2 asrama UiTM tu adalah roh melati yang bunuh diri.. Kita sebagai generasi baru ni hope ubah persepsi tu yer. Ingat tiada orang mati boleh menjelma jadi hantu atau apa2 sahaja sebab mereka dah terpisah dari alam dunia & takkan boleh kembali ke dunia dalam apa cara sekalipun.

Berbalik kepada cerita melati ni..  Hantu melati ni katanya akan menganggu pelajar kat situ time dekat nak exam. Mesti dia mati tak sempat nak ambil exam tu jeles tu... Ada dua block asrama perempuan yang katanya menjadi port melati nak buat kacau sampai histeria la budak2 asrama block tu. Sebab kejadian histeria tu asrama budak perempuan di pindahkan ke block lain & block yang berhantu di jadikan asrama lelaki. Almaklum la lelaki.. Maybe melati takde nak ganggu kot. Lelaki kan kuat hehehehe...Menurut bekas pelajar kat situ katanya ada 3 block termasuk 2 block berhantu tu tandas dia tak ada cermin. Almaklum la.. kalau tempat2 berpuaka ni orang memang tak letak cermin untuk mengelak dari ternampak kelibat atau bayangan yang menyeramkan dalam cermin. Sebab ada kejadian pelajar kat situ nampak bayangan perempuan melintasi depan cermin tapi bila di periksa tapi tiada sesiapa kat situ. Jadi untuk mengelakkan dari ternampak kelibat melati semua cermin di buka di 3 block tu. Apa ingat hantu tak suka bercermin ke?? hahahahaha

Menurut cerita.. katanya ada budak junior masa tu berlagak konon tak percaya dengan cerita melati ni. Siap loyar buruk lagi.. konon kalau jumpa melati nak minta nombor ekor.. sekali malam tu melati mengamuk... ada yang kena tampar.. ada yang katil bergegar terus insaf. Kau ingat melati tak tau ke main nombor ekor tu haram. Kan melati dah marah... hehehe..

Itulah antara kisah tentang hantu melati di UiTM sabah. Sekarang David teo dah adaptasi dalam filem bertajuk 'Dorm Melati'. Dalam filem tak tau la cerita hantu melati ni macam mana.. Kalau rasa confident best pi la tengok nanti yer... hehehehe.
07 December 2016 2 Komen Melekat

15 DECEMBER BAKAL DIHANTUI DENGAN HAUNTED SCHOOL

15 DECEMBER BAKAL DIHANTUI DENGAN HAUNTED SCHOOL. Bagi peminat cerita & filem seram ni dia macam alert jer kan kalau ada cerita atau filem2 seram terbaru. Almaklum la.. Sebagai peminat tegar tiap kali keluar filem baru Instinct tu dah dapat rasa tu katanya.. Macam ada kuasa mistik jugak. hehehehe


Aku ni seperti yang ramai sedia maklum memang peminat cerita & filem seram nak2 lagi Filem thailand. Filem Seram Thailand memang jarang mengecewakan aku walau ada jugak yang tak menepati standard seram & citarasa puaka aku tapi jumlahnya sangat sedikit berbanding Filem Malaysia terutama terbitan MiG. hahahaha. Agaknya bila la Filem Terbitan MiG ni nak ada anjakkan paradigma sampai aku boleh jadi peminat setia filem2 seram keluaran MiG. Satu harapan besar juga sebab MiG antara produksi yang banyak menghasilkan filem2 seram tapi cuma filem yang di terbitkan tu bukan je tak seram malah tak best langsung untuk di tonton.

Berbalik kepada Filem Seram Terbaru dari Thailand ni, Haunted School. Tajuk pun dah mengambarkan kisah seram yang berlaku di sekolah. Dari sinopsis yang aku baca kisahnya tentang sekolah yang mempunyai satu misteri. Walaupun pelajar bertukar ganti tapi bangun & bilik2 di situ masih kekal sama tanpa ada sebarang perubahan. Kisahnya berlaku pada hari orientasi di mana ada sekumpulan pelajar ni tidak menghadiri kelas. Mereka duduk melepak sambil bercerita kisah seram bagi menakutkan sesama sendiri. Kejadian seram bermula bila semua watak2 dalam cerita seram mereka tu menjadi nyata & menghantui semua pelajar di sekolah tersebut membuatkan sekolah itu semakin tidak selamat. Nak tahu apa berlaku seterusnya kena la tonton sendiri.

Trailer Filem Haunted School

Nampak ada dah Blogger hiburan mula mempromosikan filem ni. Mula di edarkan tiket2 percuma untuk tayangan perdana pada 14 December nanti. Bertuah la sapa dapat kan? Of course ada blogger akan dapat. Kalau tak ada anak ni, nak jugak aku rebut tiket tayangan perdana tapi apakan daya semua tu terpaksa di korbankan & tunggu je la DVD keluar nanti untuk di jadikan koleksi. Nasib baik walaupun aku minat dengan filem2 seram Thailand ni tapi aku takde la obses nak jadi orang pertama menonton sesebuah filem. Aku rilex je sampai aku jumpa dvd dia kat pasaran.

Tak silap aku kat Thailand dah keluar bulan october lepas. Ni kalau online rasanya dah ada cuma maybe tak ada subtitle la kot. Kalau korang faham bahasa Thailand boleh la tengok, ye dak. Tapi aku memang nak tengok biar puas hati. Sebab tu aku tak suka dvd cetak rompak.. Tapi kalau cetak rompak yang rakam dari Astro First tu boleh la layan. Gambar ok & subtitle pun ok tapi beli dvd cetak rompak banyak risiko. Kau tak tau yang mana dia rakam dalam panggung wayang, yang mana dia rakam dari astro first & yang mana dia ambil dari original copy. Kau cuma boleh beli & lepas beli baru kau tahu kualiti dia macam mana. Selalu terbeli yang rakam panggung memang tahap rasa nak maki. dengar orang sembang la.. gambar senget benget, alih2 aku tak tengok pun. Jadi sebab aku taknak spoil mood sendiri, aku lebih suka beli original. hehehehehe

Jadi pada yang tak berkesempatan bawa anak anak pergi bercuti sempena cuti sekolah ni boleh la bawa pergi tengok wayang tapi tengok la filem yang bersesuaian dengan umur anak anak korang. Kalau yang anak2 dah besar nak bawa tengok filem haunted school ni boleh la.. Kalau yang masih kecik2 tu tak sesuai la kan...
28 November 2016 1 Komen Melekat

INNALILLAHHIWAINNALILLAHHIROJIUN..SALAM TAKZIAH BUAT PELAKON WAN MAIMUNAH

INNALILLAHHIWAINNALILLAHHIROJIUN..SALAM TAKZIAH BUAT PELAKON WAN MAIMUNAH. Mesti semua mula cuak & tertanya tanya. Siapa mati? Pelakon tu ke? La.. tak dengar apa2 khabar sangat tenat bagai.. Dah kembali kerahmatullah. Tak kurang jugak akan maki hamun admin blog lepas baca entri. Takpe.. dah bersedia dari segi mental & fizikal sebab mentaliti manusia.. asal sebut Innalillahhiwainnalillahhirojiun mesti ingat ada orang meninggal.


Innalillahhiwainnalillahhirojiun tu Bukan di sebut ketika menerima perkhabaran Orang Islam yang meninggal dunia jer cik/encik Ooi.. Ucapan tersebut di ucapkan bilamana mendengarkan perkhabaran duka saudara Se Islam.. jadi tak salah pun tajuk entri tu ok! Sebab tu penting baca entri jangan hanya baca tajuk entri je. Jangan pulak retis Ahwal Ahsaari dok sindir blogger asyik nak buat fitnah retis mati jer pulak nanti yer... hehehehe

Semalam mula di viralkan pelakon airmata.. Ibu Wan Maimunah yang kita sedang uzur & berada di wad akibat sakit bengkak Jantung & jangkitan kuman pada paru paru.. Tengok gambar yang di kongsikan kat media sosial memang sedih sangat. Nampak terharu ibu Wan Maimunah menerima kunjungan dari persatuan Seniman Malaysia membawa sedikit sumbangan untuk Ibu Wan Maimunah. Mungkin dapat mengembirakan sedikit Ibu Wan Maimunah yang sedang sakit tu. Sama - sama kita doakan kesembuhan buat Ibu Wan Maimunah.. Mendoakan kebaikkan buat orang lain kita juga mendapat kebaikkan dari doa doa tersebut, Insya Allah. Amin..


Bagi yang tak kenal siapa Ibu Wan Maimunah ni.. Beliau salah seorang pelakon yang agak di kenali di Malaysia terutama cerita cerita sedih. Dah lama beliau terlibat dalam industri hiburan negara & tak terkira terlalu banyak drama lakonannya. Karier beliau bermula dari sejak tahun 1972 lagi. Kira dari muda Ibu Wan Maimunah dah berlakon dalam Industri seni negara. Bakat lakonannya tak boleh di pertikai. Otai kot. Pernah memenangi Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 5 tahun berturut turut. Dari tahun 1992 - 1996/1997.Selain berlakon dalam banyak drama TV belaiu jugak pernah membintang filem2 seperti

Gentayangan (2011) (Pelakon Pembantu
Puaka Tebing Biru (2007)(Pelakon Pembantu)
Cinta Luar Biasa (2004) - (Artis Jemputan)
Soalnya Siapa? (2002) (Pelakon Tambahan)
Anak Mami The Movie (2002) (Pelakon Pembantu)
Putih (2001) (Pelakon Utama)
Jimi Asmara (1995) (Pelakon Pembantu)
Interlud (1992) (Pelakon Pembantu)
Wanita Bertudung Hitam (1992) (Pelakon Tambahan)

Itulah serba sedikit tentang Ibu Wan Maimunah bagi mereka yang mungkin tak mengenali pelakon hebat ni. Apapun Semoga Ibu Wan Maimunah sabar & tabah menerima ujian Allah.. Sesungguhnya sakit penghapus dosa dosa kecil. Insya Allah.
27 November 2016 0 Komen Melekat

GAMBAR TERKINI KELUARGA PELAKON ZUL YAHYA YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA

GAMBAR TERKINI KELUARGA PELAKON ZUL YAHYA YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA. Pelakon Zul Yahya sekarang ni agak menyepi dari dunia seni. Dah semakin tak ada drama2 terbaru yang dia berlakon berbanding dulu. Zul Yahya antara pelakon serba boleh jugak la.. Sebab dia boleh membawa watak serius & watak komedi jugak. Dulu aku suka jugak tengok drama2 lakonan dia.. Yang yang kelakar tu memang boleh gelak jugak.


Lama tak dengar cerita Zul Yahya.. Tapi baru2 ni nampak dia di rancangan atau majlis berbentuk islamik & keagamaan. Penampilan Zul Yahya jugak dah banyak berubah. Alhamdulillah perubahan tu kearah yang lebih baik & sejuk mata memandang. Sekarang ni pun ramai artis yang berhijrah lebih mendekati agama & mengurangkan aktiviti seni yang mungkin bagi mereka tidak sesuai lagi dengan kehidupan yang mereka pilih sekarang. Apapun sebagai peminat penghijrahan yang baik harus kita sokong.

Zul Yahya ni semenjak dia kahwin.. Jarang sangat nak dengar cerita2 peribadi termasuk cerita tentang isteri atau anak anak dia. Tapi tadi ternampak share dari kawan di FB gambar Zul Yahya bersama Isteri yang anak anak.. Agak mengejutkan. Dia berjaya membawa seluruh keluarga dia dengan cara hidup yang lebih baik. Alhamdulillah & tahniah. Korang boleh tengok gambar keluarga Zul Yahya kat bawah ni yer...


Sejuk mata memandang katanya.. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan mereka sekeluarga, Amin...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;