Showing posts with label chef wan. Show all posts

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG. Tiap kali raya isu ni mesti jadi viral nak nak lagi keluar dari mulut selebriti kan.. Kesahnya budak budak yang tak reti behave bila bertandang kat rumah orang. Sepahkan makanan... berlari sana sini, main tu ni.. Pecahkan pinggan mangkuk tuan rumah bagai. Akan keluar la rungutan & kecaman dari netizen yang akan menyalahkan mak bapak budak budak yang katanya tak reti nak ajar anak. Yelah anak depa tertib lentik katanya. Suruh duduk.. dia duduk.. suruh makan dia makan.. seinci pun tak bergerak kalau kat rumah orang. Anak hang pulak macam lipas kudung.. seminit pun tak boleh diam. Confirm la hang tak reti ajar anak katanya...

Gambar sekadar hiasan

Aku ni rasa raya tahun ni selain rumah mertua aku.. ada sebuah rumah je kawan kepada suami aku level pakcik2 dah aku pergi masa raya pertama. Anak aku takde la ramas2 kuih, pecahkan gelas orang atau lari sana sini. Sebab rumah pakcik tu ada kucing2.. dia dok mengadap kucing tu jer sampai balik. Tak pulak dia sepak2 atau pukul2 kucing tu. Dia cuma tengok usap2 & mengomel sorang2 dengan kucing tu.. Even anak aku mild autisme + Add.. tapi dia tak hyper atau agresif cuma kalau not in mood memang dia meragam jugak.

Tuan rumah pun takde la urut dada sangat kan even aku dah mention awal2 anak aku ni macam mana tapi sebab sepanjang kat rumah kawan suami aku tu dia sangat behave senang sikit mak bapak dia nak menyembang sambil makan makan. Tapi tengok budak lain yang normal pulak tak behave tumpahkan air bagai. See.. tak semua special kids ni bermasalah ok! Nak2 lagi ada anak pakcik tu dok melayan dia.. selfie bagai. Elok pulak dia bagi kerjasama dengan anak dara tu.. Autisme ni kalau di terapi, dididik & di asuh dengan baik.. makin besar ciri ciri dia semakin hilang. Macam anak aku pun banyak ciri2 autisme dia yang dah hilang sebab tu orang yang pertama kali jumpa bila aku cakap autisme masing2 macam tak percaya. Tapi still ada la masalah behavior kadang2. Bergantung pada mood tapi di sebabkan aku ni mak yang garang maka boleh la control juga.

Pun macam tu memang aku tak suka bertandang rumah orang. Sebab anak aku pun macam anak orang lain tak kira normal ke tidak.. Nak2 jumpa budak2 lain yang tengah dok melasak. Dia pun akan naik tocang dua juga la. Sebab aku taknak kalau anak aku terbuat perangai yang orang tak suka.. orang bercakap belakang. Zaman viral media sosial ni satgi dok up pulak anak aku buat tu ni padahal orang tak tahu masalah dia. Nampak normal tapi tidak tipikal. Orang ni kadang2 depan kita je dia manis mulut.. konon takpe budak budak je katanya. Belakang kita mulut muncung sedepa punya nak mengumpat. Status FB boleh buat novel dia punya karang.. Jadi berhati hati la. Memang ramai spesis bermuka muka macam ni.

Dulu.. Nak beraya kat rumah orang ni maybe tak jadi masalah even anak lasak tahap gaban tapi zaman sekarang ni.. Rasanya tak lama lagi budaya kunjung mengunjung ni akan hilang. Hanya di pratikkan oleh golongan tua yang anak2 dah besar panjang jer.Yang anak2 kecik tengah membesar maybe rasa duduk rumah layan TV lagi bagus dari bertandang rumah orang. dari kena umpat & jadi viral.. Kalau aku memang sakit hati orang mengata anak aku beb. Biar umpat aku jangan anak aku.. Kalau anak hangpa macam budak2 ni ok la kan bawa pi beraya rumah orang >> [VIDEO] Keluarga Dilawat 'Tetamu Special' Di Pagi Raya. Nampak Seram, Tapi Sebenarnya..<<

Kadang2 bukan salah didikan.. Ada budak2 yang jenis tak makan saman. Macam status blogger diana rashid tulis.. Takkan kat rumah orang kita mak bapak nak tunjuk perangai singa kita depan orang. Budak2 ni kadang2 bila kat rumah orang, jumpa pulak geng.. dia lupa dah cubit tampar mak dia. Jadi Bukan semua salah didikan. Budak.. fitrah dia bermain. Bersyukur la dapat anak yang dengar cakap.. Tapi kalau dapat anak tak makan saman ni, hangpa duduk je kat rumah tunggu orang datang. Biarlah orang nak kata apapun.. kalau angkut anak beranak pi beraya rumah orang anak buat perangai pun orang mengata jugak. So, memang tak ada cara nak elak dari tutup mulut orang mengata. Macam aku senang.. mampuih pi la nak mengata janji aku tak mau menyusahkan orang & aku tak mau menyusahkan anak aku jugak. Nak jaga hati orang takkan sampai nak menyakitkan anak sendiri. Dah tau ada memang tak boleh behave.. tak payah pulun sangat la kan.

Nak2 lagi yang ada anak ADHD @ hyperactive, autisme bagai ni.. Budak2 macam ni orang nampak je macam normal sebab tu ramai yang salah faham. Jadi.. bagi aku la yang ada special kids nak nak lagi yang memang tahu dia tak boleh nak duduk statik 1 tempat.. korbankan la keinginan kita nak bertandang rumah orang terutama hari raya. lebih lebih lagi rumah manusia yang tak faham masalah anak kita. Tak payah sesedih sangat la.. Banyak cara kita boleh buat untuk cari keseronokkan & kebahagian sendiri.

Moral of the story.. Kalau rasa anak kita memang jenis tak reti diam.. duduk je kat rumah atau berkunjung kerumah orang yang kita tahu boleh terima anak kita. Selalunya keluarga terdekat je la kan.. Buat apa kita nak pergi rumah orang yang kita tahu banyak rules kalau nak beraya kat rumah dia & salah sikit asyik nak viral je. Takut orang kata tak bermasyarakat atau tak reti bersosial? Sematkan dalam hati.. Ada ku kesah apa orang nak kata. Tu je cara paling berkesan. Orang tak boleh faham masalah kita so kita tak perlu terhegeh hegeh sangat nak bertandang rumah depa. Alah setakat jamu air oren dengan ketupat rendang tu.. apa la sangat.

KANDUNGAN ISTERI CHEF RIZ, SHIKIN MAEMBONG DI PERTIKAI

 Sebelum ni fasha sandha & diana danielle pernah mencetuskan kontroversi bila announce kat umum depa dah mengandung walhal kawen tak sampai sebulan. paling rare fasha sandha 2 minggu kawen, umum mengandung 2 minggu. Orang pun rasa pelik.. 2 minggu kawen, 2 minggu mengandung. Macam tu jugak nasib menimpa chef Riz yang kategori tak menyempat sangat nak umum yang bini dia dah mengandung. tak ramai yang tahu berapa lama tempoh persenyawaan boleh berlaku selepas bersama pasangan Kat entri ni nanti aku bagitau yer..

 Sumber Media Hiburan

Biasa la.. Bila retis yang baru kawen. Tak retis pun orang yang baru kawen tup tp bagitau dah mengandung mula la mulut2 muncung macam cencorot memainkan peranannya.. Soalan.. Rasanya baru kawen takkan dah boleh detect dah mengandung. Aku dulu.. sebulan baru dapat kesan.. Iskk.. ni mesti dah terrrrrrrrrrrrrrrr.... Tu dia spekulasi paling jahat. Bila terbaca kat post media hiburan pasal cerita bini chef Riz dah mengandung banyak jugak komen2 berunsur pertikaian tentang kandungan bini chef riz ni.

Pertikaian kebanyakkan datang dari orang perempuan sendiri

Takde apa yang mustahil boleh kesan kandungan seawal 2 minggu. Teknologi semakin canggih dah.. Tak payah cempeqa sangat la. Orang tak sampai sebulan kawen pun dah boleh lekat kalau memang itu dah rezeki dia. Tak payah nak tuduh dia buat seks luar nikah bagai. Tu namanya bunting pelamin yer adik adik..

Bagi cencorot2 bermulut muncung ni maybe dia tak tahu tempoh paling awal kesan kehamilan & tempoh persenyawaan boleh berlaku.

sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan (Boleh rujuk DISINI untuk lebih info tentang kehamilan).
Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.Bila ejakulasi berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih dari ovari. (Rujukan DISINI). Tak mustahil la kita boleh mengesan kehamilan seawal seminggu selepas persenyawaan berlaku.

 Aku dah pernah buat entri pasal ni masa kecoh fasha sandha mengandung dulu (boleh rujuk entri STATUS KANDUNGAN FASHA SANDHA ).. Aku buat lagi entri baru sebab takpe la.. nak share ilmu bagi mereka2 yang terlepas entri lama tu. Hope.. bila orang yang baru kawen tetiba mengandung tak payah la kita nak buat spekulasi jahat.. Apa dia buat tu antara dia dengan Allah.. Kita berbaik sangka sudah. Jadi pengajaran juga pada pasangan pengantin baru.. Kalau bunting pelamin tu elok la sorok2 dulu dari pengetahuan umum.. bagitau mereka2 yang sepatutnya sudah.. Tak payah teruja sangat nanti kesan buruk tu balik pada diri sendiri.


CHEF WAN SIFATKAN CENCALOK, BUDU & PERKASAM ADALAH BANGKAI

Nak gelak pun ada... kesian pun ada jugak. Yelah.. Chef Wan sapa tak kenal. Chef selebriti yang sangat terkenal bukan sahaja kat Malaysia malah luar negara. Bukan setakat pandai masak, pandai berlakon, pandai mengacara & pandai jugak membebel. Tetiba keluar statement ni.. Aku rasa, Macam aku pulak lagi educated dari chef Wan.


Taknak cakap banyak just nak cakap sikit tapi banyak jugak.. Chef Wan ni tak pandai bezakan bangkai dengan makanan yang di perap @ di jerukkan ke? Rasanya orang nak makan ikan, udang, sotong & apa je makanan laut ni mana ada kena sembelih dulu. Main siang jer.. Takde istilah bangkai pun.

Sumber FB

Aduhai.. Dato Chef Wan.. isunya pasal Babi di heret pulak cencalok, budu, perkasam ikan kering bagai tu dah kenapa? Bercakaplah apa yang kita tahu saja.. Kita semua boleh jadi outspoken dalam menyuarakan pendapat tapi tak perlu cakap merepek yang tak masuk akal nak2 lagi publick figure jadi bahan ketawa orang je.

Moral of the che wan story.. Ingat yer adik2.. beza bangkai dengan makanan laut yang di keringkan, di jerukkan atau di perap adalah sangat berbeza. Takde istilah makan bangkai kalau korang gemar makan cencalok,budu, ikan masin bagai. Anggap la Tok Wan ni dia tak berapa sihat masa keluarkan statement tu. Yelah.. manusia semua buat silap.


80% RAKYAT MALAYSIA MEMANG SENSITIF ISU MH37O DIJADIKAN BAHAN GURAU

Kecoh bila Chef Wan muat turun status berunsur gurauan pasal pesawat Mh370 yang masih sehingga kini belum di temui. (Boleh rujuk entri berkaitan tu kat SINI )Marah benar rakyat Malaysia dengan chef wan.. Bukan kata chef wan.. sebelum ni pun Zed Zaidi teruk kena hentam sebab jadikan isu Mh370 untuk bergurau. Bukan golongan retis jer kena hentam.. orang awam pun kalau dok up status yang bukan2 pasal MH370 pun tetap kena hentam.

Jadi sapa2 jer tak terkecuali di hentam kalau tak sensitif dengan isu yang melibat nyawa & keselamatan orang lain ni. Mengikut survey yang aku baca kat astroawani 80% ++ rakyat malaysia nak chef wan buat permohonan maaf atas apa yang dia dah buat selebihnya lagi tak kisah. Nak2 lagi dia keluar kenyataan memang dia sengaja buat lawak camtu semata2 nak tengok reaksi rakyat Malaysia katanya.. sekarang dah tengok, kan?? hope jadikan pengajaran ler.  Even dia kata rakyat malaysia ni memang cepat melatah & suka mengutuk orang.. Rasanya dia pun tergolong dalam rakyat malaysia yang macam tu jugak kot. Selama ni dia jer dok hentam orang kan... sekali sekala kena hentam pun bagus jugak untuk sel2 otak berhubung. kekekekeke... (termasuk la diri aku jugak)


 Sumber astroawani

Moral of the story... Pada sesiapa sekalipun termasuk diri sendiri, kita kena ingat ada perkara yang boleh dijadikan bahan gurau ada yang tak boleh. Memang hidup kalau statik & serius jer pun tak happening.. tapi banyak lagi perkara yang boleh di jadikan bahan gurau kenapa isu yang serius & besar macam ni jugak kita pilih nak main2. Cuba ada ahli keluarga chef wan atau sesapa sahaja yang jadikan isu MH370 tu sebagai bahan gurau terlibat sama.. Gamaknya ada hati lagi tak dia nak berlawak? So, kalau kita tak mampu nak rasai kesedihan orang lain.. tolong hormati perasaan orang. Tak susah, kan?? Peace!

P/S : Ehem.. hem.. tak payah bangga sangat la Dato Chef Wan Ooi.. boleh buat orang marah. Tak elok untuk kesihatan orang2 tua macam Dato. kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com