Showing posts with label bangga. Show all posts

RAMAI IBU JADI RIAK BILA MEMILIKI SUSU BADAN YANG BANYAK

Aku bukannya dengki.. Aku pun menyusu anak sampai setahun lebih jugak sebelum tukar ke susu formula. Masa anak aku lahir memang susu melimpah ruah even aku tak ambil apa2 supplement cuma minum susu anmum jer. Sampai terpaksa pam keluar.. lepas tu buang je sebab anak aku time tu tak nak menyusu dari botol. Punyalah banyak rezeki susu.. Tapi tak terasa pulak nak canang2 kat orang yang aku ibu yang subur dengan susu. Bab2 macam tu aku sensitif sikit nak share...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Tapi sekarang ni aku tengok ramai ibu2 yang menyusu badan anak dia macam terlalu menunjuk. Kadang2 statement dorang tu nampak bangga & riak sangat. Contoh.. "Sorry anak aku tak minum susu formula.. Hanya susu ibu. Tengok la sihat & kuat. Bijak pulak tu.." Atau.. ayat penjual produk.. "Takde alasan susu kering.. Yang ada cuma nak atau tak BF anak sampai 2 tahun." Macam susu tu boleh kau bancuh kemudian isi dalam nenen kau! padahal dia lupa.. susu ibu juga rezeki dari Allah.. Produk cuma ikhtiar. Kalau Allah tak mengizinkan ia terjadi.. kau telan la produk milk booster katanya... tak keluar jugak susu kau tu even kau perah guna spin kat washing machine sekalipun.

Atau jenis yang tak habis2 nak bagitau orang yang anak dia minum susu ibu.. sampai kita dok tengok update dia pun rasa.. Macam kau sorang ada susu badan. dah tak nampak dia nak berkongsi kebaikkan susu ibu tapi nampak lebih nak menunjuk kelebihan dia ada. Kalau niat nak berkongsi.. Cara perkongsian tu biarlah tak nampak macam bangga/riak melampau, memperkecilkan orang lain atau mempertikaikan orang yang takde kemampuan menyusu badan anak dia. Takde siapa nafikan kebaikkan susu ibu.. Kalau boleh ramai para ibu sekarang nak susukan anak dia dengan susu ibu cuma bukan semua orang berpeluang buat macam tu. Ada orang sebab kesihatan,ada orang sebab memang tak ada rezeki susu. Semua tu perancangan Allah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Bukan para ibu yang takde susu tu golongan ibu yang pemalas, kekurangan atau nak jaga badan jer..

Jadi geng tayang susu tu berpada pada la dalam nak berkongsi atau keluarkan statement. Jangan sampai golongan yang tak berkemampuan menyusu baby mereka terasa terhina dengan post anda. Nak jual produk pun tak payah mempertikaikan orang yang tak ada susu. Nak meniaga ni kena cakap perkara yang orang suka dengar bukan sakit hati bila dengar.

Moral of the story.. Susu apa pun yang mak bapak bagi kat anak anak.. semua nak yang terbaik. kalau dia taknak bagi yang terbaik.. baik tak payah bagi susu langsung. Jadi, jangan rasa ibu yang bagi anak2 dia susu formula tak kisah dengan tumbesaran & kesihatan anak dia ok! Kemampuan setiap orang berbeza.

P/S : Pendapat ini tak merujuk kepada semua ibu2 yang breastfeeding yer.. Segelintir yang buat kalau terasa bagus la. hehehe

16 PERKARA PALING POPULAR JADI KEBANGGAN RAKYAT MALAYSIA

Orang kata.. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Buruk2 pun pemerintahan kerajaan Malaysia tapi kalau kita pergi duduk negara orang confirm kita akan rindu negara sendiri & akui lebih selesa berada di tanahair kita. Tak payah tipu la kita kita yang kadang2 kutuk Malaysia sampai lunyai macam Malaysia dah takde apa yang best untuk di banggakan takkan rindu Malaysia bila berada di tempat orang.


Sebab Setiap negara tu ada keistimewaan yang tersendiri. Macam tu jugak Malaysia. Kita terbiasa dengan cara hidup, makanan, budaya yang ada di negara kita pasti lebih selesa melakukan rutin harian di negara sendiri berbanding negara orang.

Keistimewaan orang Malaysia selain dari banyak guna perkataan 'lah' kat belakang ayat contoh ok lah... Ini dia 16 perkara yang hanya ada kat Malaysia yang maybe tak sama kat tempat lain. Nak tahu apa 16 keistimewaan Malaysia yang buat kita patut rasa bangga menjadi salah seorang warganegaranya meh baca kat sini >> 16 Perkara Paling Popular menjadi kebanggan Rakyat Malaysia <<

BANGGA GILA RAMPAS SUAMI ORANG

Sapa tak bangga ye dak? Dapat rampas laki orang bukan benda senang. Orang yang hebat je mampu buat. Takat muka pinggan retak seribu jangan berangan la nak dapat laki orang. Kena muka gebu2 macam bontot kuali baru beli baru dapat goda laki orang. Wah! Bangganya kalau dapat buat laki orang terkulai layu. Lagi hebat la kalau mampu buat laki orang tu ceraikan bini dia. memang hebat la. 

typo detect. kekekeke

terlebih dahulu aku nak bagitau entri di terilham dari satu post yang sedang viral kat FB.. dimana seorang perempuan yang bangga merampas suami orang & merasakan diri dia berjaya & hebat sehingga mampu membuatkan suami dia menceraikan isteri terdahulu. Katanya bekas isteri suami dia tu tak mampu mengalahkan kecantikkan yang dia ada. Berasap jugak la bila baca.

Watdehek! Kau rasa bangga rampas laki orang? Kau rasa bangga buat laki tu ceraikan bini dia yang kau rasa tak setanding & secantik kau! Kau tak tau kau jugak berisiko kena cerai kalau jantan tu tetiba nampak perempuan lebih vouge & mengancam dari kau yang sanggup layan dia even tau dia laki orang pun. Laki ni kadang2 dia bukan selected sangat.. asal kau layan je menjadi la dia. Point tetap kau yang melayan even dah tau laki orang.. Kalau kau menolak insya Allah tak jadi perkara camtu.

Jangan bangga sangat bila apa yang kau rebut tu kau dapat.. Sebab dalam kehidupan kita yang bernama manusia ni hati dia boleh berubah. Tup tup dia berubah hati, nak balik ke janda lama dia.. tak mustahil kau pulak menjanda. Time tu baru ko rasa betapa bangangnya kau walau dulu kau rasa bangga sangat rampas suami orang.

Memang jodoh pertemuan di tangan kuasa Tuhan (kena tukar la kecoh sangat Anon aku guna Istilah di tangan Tuhan. Nanti ada orang terpesong pulak akidah ).. Tapi kena ingat yang baik tu datangnya dari Allah, yang buruk tu datangnya dari perangai busuk kita sendiri. Tak payah rasa terlalu hebat, terlalu cantik atau terlalu bangga dapat meruntuhkan rumahtangga orang. Doa2 orang teraniaya ni tiada hijab. Rasulullah S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: “Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”

Cerai adalah perkara paling di benci Allah. Jadi bila kau rampas laki orang,paksa laki tu ceraikan bini terdahulu fikirkanlah... kau dah suruh orang lain buat perkara yang di benci Allah. Kau rasa Allah sayang perbuatan macam tu?

P/S : Suami orang even pinjaman dari Allah untuk seorang isteri tapi kena ingat dia terlebih dahulu Allah beri hak untuk memiliki.. Umpama kau pinjam duit kat bank kemudian orang curi duit tu takkan kau nak anggap takpe duit tu cuma pinjaman orang lain ambil pun takpe.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com