APA TERJADI 11 BULAN INI?
Macam2 la yang terjadi.. ada yang mencuit hati, ada yang buat susah hati, ada yang tersentuh hati & yang paling penting tetap menjadi ratu hati hingga kini.Ratu hati beta kini dah 11 bulan.. Biasa la budak 11 bulan, kan? Semakin lasak. Ada yang dah boleh berjalan tapi lala belum lagi boleh berjalan. Masih dok bertatih dengan berpaut pada sofa. Pantang ada peluang mesti nak memanjat. Kadang2 kelakar tengok dia berusaha nak panjat atas sofa. Selalunya kalau sang lekit duduk tepi sofa dia jadikan sang lekit la alas nak memanjat ke atas sofa. Bermakna otak dia dah semakin berfungsi untuk berfikir la tu. Lala tak pandai sebut apa2 perkataan pun lagi. Masih bercakap dengan bahasa baby lagi. Bab makan macam biasa.. masih makan bubur nasi + lauk pauk, sayur mayur yang macam biasa lagi. Cuma kuantiti je makin bertambah. Yelah dah makin besar. Dulu 1 mangkuk baby.. sekarang mangkuk baby tu tak tak cukup. lebih sikit. Untuk sekali makan la.
Lala jugak dah pandai pilih orang. Dah pandai paling muka kat orang yang dia tak suka @ tak kenal. Dia tak sombong lagi macam dulu. Dah senang ketawa bila orang menyakat dia. Bab susu sekarang lala hanya menyusu susu ibu waktu malam saja.. siang susah nak pujuk dia minum susu. Dia asyik nak main & tengok TV jer. Siang dia banyak minum susu formula. Senang nak bagi minum kalau dalam botol. Banyak takde la banyak. Lala minum susu formula 3 kali sehari.. pagi.. petang & malam tapi bila sang lekit tetap sulam dengan susu ibu jugak. Tapi time tengah malam memang dia akan minum susu ibu je. Alhamdulillah.. apa yang dia makan & minum tak bagi sebarang alahan pada lala. Dia masih lagi baby yang sihat, ceria & membesar bagai juara.. kekekeke
Semua step dari meniarap, merangkak, duduk, memanjat, berdiri (dengan berpaut pada sesuatu la) dah boleh.. cuma nak tunggu dia berjalan & bercakap je. Tak sabar sungguh sang lekit. Selalu dok imaginasi je macam mana lala jalan, berlari, melompat & bercakap. Takpe sabar.. akan tiba masanya nanti. Itulah perkembangan lala setakat 11 bulan ni. Kalau ikutkan bulan Islam 20 Ramadhan nanti dah genap setahun si lala.. kalau ikut bulan mat saleh 20 August baru genap setahun.
P/S Entri ni sepatutnya di update 20 July 2012 tapi tak sempat. Sibuk balik kampung katanya.. sambut puasa.