PEREMPUAN PEMBAWA SIAL

PEREMPUAN PEMBAWA SIAL. Astagfirullah.. Hari jumaat ni dok menghamun sapa pulak ni? Takkan hari jumaat ja tak boleh menghamun kan.. Hari lain boleh ke? Hangpa ni suka buat speku tau. Suka menghakimi dari tajuk bukan nak baca dulu ceritanya. Tak marah sapa sapa pun cuma... 

Nak cerita kisah seorang perempuan yang di tuduh pembawa sial. Kisahnya ada seorang perempuan ni setiap kali dia berkahwin suaminya akan mati dengan cara ngeri. Sehingga dia di tuduh pembawa sial. Pada mulanya dia sendiri tak tahu kenapa. Tapi yang pelik dia tetap berkahwin walau dia tahu akan berlaku perkara macam tu. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki yang berilmu agama. Dari situ dia mula mencari punca. Dan akhirnya dia tahu punca kenapa setiap kali dia berkahwin suami nya akan mati selepas bersama dengan dia. Rupanya... ( jeng jeng jeng) 

Nak spoil ke tak? Sebab ini adalah cerita dalam filem Indonesia bertajuk Perempuan pembawa sial yang tengah tayang kat netflix sekarang. Cerita dia macam lebih kurang cerita lagenda melayu cik siti jalang tu kan? Mungkin inspirasi dari cerita tu cuma di olah untuk jadi lebih horror & dramatik dalam filem ni. Ada la plot twist yang mula mula kita ingat dia ni buat.. Tapi sebenarnya dia tu yang buat. Plot twist yang biasa dalam filem gitu. Memanipulasi tanggapan kita kepada orang yang salah. 

Nak kata seram sangat tidak nak kata hambar sangat pun tidak yer kawan kawan. Boleh je tengok cuma tak sesuai untuk kanak kanak. Jadi yang ada langgan netflix tu boleh tengok yer. Kalau korang nak tahu apa sebenarnya terjadi pada Mirah silalah tonton. 

Comments