Showing posts with label menggoda. Show all posts

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA. Sekarang nampak berniqab atau berpurdah dah macam jadi satu fesyen pulak. Ramai dah orang pilih berniqab tapi tak ramai yang berniqab dengan niat yang betul. Maaf la aku memang tak layak nak cakap pasal aurat sebab aku pun belum sempurna cuma aku tertanya tanya je apa fungsi niqab kalau seorang perempuan itu masih nampak menggoda kaum yang berlawanan jantina?


Sebabnya aku tengok ada antara mereka berniqab ni walau tutup sampai nampak biji mata & kening jer.. Dia punya berhias kening & mata dia kemain cantik & menggoda sampai aku pun tergoda. Yelah.. even dia berniqab tapi dia masih nampak fashionista & seksi gitu. Serius nampak cantik sangat solekkan yang menyerlahkan mata dia tu. Tak perlu kau nak pakai gincu merah ang ang bak kata orang kedah.. dia tunjuk biji mata tu dah seribu kali lebih cantik dari muka aku ni hahahaha. Tapi aku tak tujukan pada mereka yang berniqab untuk photoshoot atau selfie yer... Aku tujukan buat mereka yang memilih berniqab secara kekal tapi masih menyerlahkan kecantikkan mata dengan kaedah solekkan.

Bila tengok fenomena macam tu tetiba tertanya.. Apa motif dia berniqab & apa motif dia solekkan mata dia sampai nampak menggoda & mungkin mengundang nafsu seksual orang lain? Berniqab ni rasanya tak wajib sebab muka bukan aurat. Tapi sebolehnya aku tak nak la sentuh bab aurat sebab aku sendiri pun belum sempurna. Kang jadi kecaman pulak. Cuma aku tertanya tanya golongan yang berniqab ni.. Walaupun bukan semua tapi boleh nampak semakin ramai yang berniqab macam satu trend fashion jer.. Tak ke nampak hipokrit macam tu. Kau nak menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang mungkin berimaginasi nakal & bernafsu buas tapi kau berhias sakan kat mata sampai menyerlahkan kecantikkan & nampak menggoda orang yang tengok kau berniqab pun jadi confuse jugak.

Sebagai perkongsian dengan semua. Selebihnya baca kat sini : DRMAZA.com

Bukan apa kesian golongan yang berniqab yang betul2 nak menutup kecantikkan dari pandangan mereka yang bukan mahram tapi bila muncul golongan yang menjadikan niqab sebagai fashion seolah olah mempalit tahi kepada mereka2 yang berniqab dengan ikhlas & cara yang betul. Tak salah pun berniqab.. Yang jadi salah cara anda gunakan niqab tu. Kalau rasa tak bersedia untuk berniqab dengan niat betul.. Rasanya tak perlu la pakai kot. Buat golongan yang masih mencari hidayah macam aku ni confuse je. Niqab di Malaysia satu fesyen atau untuk menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang tak sepatutnya?

Moral of the story.. Dugaan zaman sekarang bagi golongan berniqab adalah selfie & upload gambar. mungkin sebab teknologi smartphone dengan fungsi camera yang semakin canggih masing2 berlumba nak tunjuk kecantikkan dari gambar membuat Iman seorang wanita berniqab ni jugak tergugat. Tu yang jadi walau berniqab tetap pandangan mata dia nampak seksi dengan solekkan yang menggoda. hehehe

P/S : tetiba teringat iklan produk D'herbs terlajak laris yang menampilkan seorang wanita berniqab dengan solekkan mata menggoda sehingga menawan hati ramai lelaki.. Tetiba bila dia bukan niqab gigi dia agak berserabut & mancung. Ramai orang marah iklan tu seolah2 mempersendakan golongan berniqab tapi apa yang di tonjol memang segelintir mereka berniqab masih nak nampak menggoda walau hanya dengan solekkan mata. Betul la apa yang iklan tu tonjolkan dengan apa yang berlaku sekarang. hehehe

RAJA EMA KELEMBUTAN YANG MENGGODA

Semalam (13 Jun 2013) malam dalam pukul 9 mlm kot sempat tertengok rancangan bual bicara bertajuk 9 soalan. Panel jemputan malam tu artis yang hot zaman 80an dulu & kini kembali aktif berlakon & katanya dah keluar single terbaru iatu RAJA EMA.

Untuk pengetahuan korang aku ni lahir dalam tahun 80an jugak.. Jadi di era aku tengah membesar dalam tahun 90an tu kira aku sempat kenal jugak la RAJA EMA. Dari kecik aku memang minat gila dengan raja ema. Asal main pondok2 ke main anak patung ke main apa2 yang memerlukan lakonan gitu.. wajib nama aku RAJA EMA ok.. Jangan la gelak.. tu kira tahap fanatik budak2 pada retis kesayangan dia. Di sebabkan raja ema jugak la aku pernah berangan & bercita2 nak jadi penyanyi masa kecik dulu. Tu kisah masa kecik.. tak payah cerita panjang.

Semalam sempat tengok RAJA EMA kat tv9 dalam rancangan 9 soalan tu. Apa yang aku kagum dengan Raja Ema ni cara dia bercakap.. cara dia menjawab & cara dia susun ayat.. ton suara dia yang manja & lembut tapi tak gedik nampak sopan sangat biarpun soalan yang di ajukan tu agak kontroversi hot & spicy tapi dengan tenang & lembut dia jawab dalam ayat yang sangat2 terjaga sampai aku rasa sepanjang interview tu.. Sejuk je telinga dengar. Memang Raja Ema semulajadi berpewatakkan macam tu. Kadang2 orang ni cakap nada je lembut lembik tapi ayat dia berapi.. (macam shila Amzah.. suara lembut, nada sopan tapi ayat boleh tahan.. contoh macam dia nak point orang yang suka tegur apa dia buat di laman sosial.. ayat dia lebih kurang macam ni.. ada 2 button follow & unfollow, jadi paham paham je la maksud dia kan. Kalau rasa tak suka unfollow even kadang2 orang yang menegur tu bukan tak suka tapi dorang rasa tak elok jer ) boleh berasap telinga kalau dengar tapi entah kenapa bila dengar RAJA EMA cakap.. nada suara & kata2 dia tersusun jer..

Mesti ada yang cakap sebab daku FANatik dengan RAJA EMA apa keluar dari mulut dia semua jadi baik la kan.. Tak jugak. Cerita FANatik tu cerita berpuluh tahun dulu zaman aku budak2 tapi pendapat ni zaman aku dah jadi mak budak. Kefanatikan terhadap RAJA EMA pun dah tak sampai Level dulu la. Aku bagi pendapat berdasarkan apa yang aku tengok, dengar & rasakan je. Tak jugak aku anggap raja ema tu perfect untuk di jadikan idol tapi sikap dia yang daku sebut tu aku rasa baik kalau di jadikan contoh pada orang lain.

Rasanya retis2 sekarang macam retis yang tunjuk separuh payudara dia bila orang tegur dia melenting meraban ntah hapa2 kena pergi kursus dengan raja ema dulu la. Retis tu dah la muka tak berapa cantik.. pakai pun tak berapa sopan di tambah perangai pun tak berapa elok.. kesian pulak sebab dia kan retis. Apa dia buat orang bagi perhatian.. maka kebodohan dia buat pun senang sangat nak jadi bahan bual orang. Memang jadi retis bukan benda senang tapi tu la sebagai retis setiap inci anggota badan korang orang perhati. 1 perkataan pun mampu jadi kontroversi apatah lagi kalau 1 ayat. kan retis kannnnnnnnnnnnnnnnnn....

 Raja Ema muka manja lembut macam tu jugak la bila bercakap. Tergoda tau!! Ops..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com