Showing posts with label selamat pengantin baru. Show all posts

PENGANTIN SARUNG CINCIN GUNA KAKI

Kompang berbunyi, bau nasik minyak.. Tanda apa Uolls. Bukan majlis berkhatan yer.. Ni majlis nikah salah seorang abang yang sang Lekit kenali masa zaman aktif call radio dulu. Tu zaman belasan tahun. Masih kat sekolah menengah lagi.

Sabtu lepas abang rahmat telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan si dara manis dari perak. Tahniah buat abang rahmat & isteri. Lepas ni dah bertambah tanggungjawab abang. Moga gembira melewati alam rumahtangga. Jangan delay2.. Tahun depan pastikan ada orang baru dah, ok.

Apa kena mengena dengan tajuk entri dengan kisah orang kawen ni?? Kejab lagi Sang Lekit tunjukkan aksi istimewa yang orang lain takkan boleh buat melainkan abang rahmat jer. Tanpa berlengah lagi jom kita tengok gambar - gambar pernikahan abang rahmat yang Sang Lekit culik di FB beliau. Moga abang rahmat tak marah yer...

Debaran di teruna. Hanya sekali lafaz jer.. Cayalah bang!

 Acara wajib setelah sah sebagai suami isteri. Abang Rahmat special case so dia boleh buat macam ni. Korang yang nak kawen jangan pulak tiru aksi ni tau!

Moga menjadi isteri yang solehah & suami yang soleh yer abang & akak

Sesi di pelamin bermula

Moga bahagia hingga keakhir hayat. Selamat pengantin baru

P/S : entri ni telahpun mendapat kelulusan dari tuan empunya badan. hope takde yang mempertikaikannya lagi.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com