Showing posts with label survey. Show all posts

PERLU WUJUDKAN SATU APLIKASI UNTUK MENYEMAK STATUS PERKAHWINAN

PERLU WUJUDKAN SATU APLIKASI UNTUK MENYEMAK STATUS PERKAHWINAN. Kita sedia maklum baru baru ni kecoh cerita seorang abang yang di tikam mati kekasih adik perempuannya.. Bila dia cuba menyakinkan adik dia yang kekasih dia adalah suami orang maka di bawa adik ni ke jabatan agama Islam untuk semak status perkahwinan tersebut. Ternyata lelaki tersebut memang suami orang.


Akibat tak puas hati kekasih si adik ni menikam si abang sehingga mati. Punya la sayang si abang pada adik.. Nak adik dia mendapat pasangan yang bertanggungjawab & boleh menjaga adik dia dengan baik sehingga terkorban nyawa bila dia nak menegakkan kebenaran. Lelaki kalau awal2 dah tipu status perkahwinan kat situ dah jelas dia gagal menjadi seorang suami & lelaki bertanggungjawab. Nak2 lagi lepas bunuh orang.. Apapun benda dah berlaku... Menangis airmata coca cola sekalipun si Abang dah pergi meninggalkan semua termasuk isteri yang tengah sarat mengandung anak pertama. Confirm benda tu akan menjadi sesalan seumur hidup kepada si adik. Harap benda tu menjadi pengajaran sepanjang hidup pada dia. Lelaki masa mengayat kau memang la lemah lembut sebab tu kau tak sangka dia boleh jadi sekejam tu sampai sanggup membunuh. Nasib baik Allah tunjuk awal2 perangai dia sebelum kau jadi bini dia..

Semalam terbaca satu post Harian Metro online kat Facebook.. Depa dok tengah buat survey patut atau tidak satu applikasi di wujudkan bagi menyemak status perkahwinan seseorang. Bagus jugak bagi aku ada aplikasi macam ni. tak payah nak ambil risiko keluar pergi pejabat agama nak periksa status perkahwinan seseorang.. semua boleh buat secara online. Aku tak rasa benda ni melanggar privacy seseorang. Bagi aku status perkahwinan tu tak perlu privacy sangat la.. Yang suka nak privacy tu yang kadang2 something wrong somewhere

Jadi kalau korang rasa setuju atau tak aplikasi ni di wujudkan korang boleh vote atau nyatakan pandangan anda kat sini >> Poll Isu Semak Status Perkahwinan << So, nyatakan pandangan anda kat sini. Memang aku tahu majoriti perempuan akan sokong aplikasi menyemak status perkahwinan di wujudkan sebab majoriti perempuan tak ramai yang suka sorok status perkahwinan. Almaklum la perempuan takde kuota bagai.. Lelaki kawen 1 bujang lagi 3 tu yang suka sangat mengaku bujang. Sebab selagi kuota tu tak penuh selagi tu ada ruang kebujangan depa. Menyampah I tau!! hehehehehe

Memang lelaki di bolehkan berkahwin lebih dari satu tapi ada term & condition dia jugak. Kalau status perkahwinan pun dah menipu.. kat situ dah 'gagal' dengan jayanya untuk berpoligami. Jadi tak payah nak ikut sunnah kawen sangat la sedang yang wajib & sunnah lain kau tak pernah nak ikut.

Moral of the story.. Kalau aplikasi macam ni di wujudkan confirm ramai lelaki & retis yang suka sorok status perkahwinan tu akan cuak. hehehehehe... Perkahwinan sesuatu yang baik kot, kenapa malu jika orang lain tahu? pelik kan???

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU. Amboi baru reti online shopping dah berlagak nak bagi tips bagai. Orang lain bertahun tahun shopping bukan je kat lazada.. Zalora.. Nile.. bagai tak bising nak ber tips bagai. yelah.. orang lain kedekut info aku ni pemurah. Berpegang dengan konsep sharing is caring. Aku sangat2 menyanyangi pembaca blog lekatlekit.com ni.

Sepanjang sale Online Revolution kat lazada yang bermula dari 11 November dan akan berakhir pada 12 december 2015 dah 4 barang aku beli. Bulan lepas 3 barang. Semalam terrrrrrrrrr order katanya sebiji Samsung DVD player. Almaklum la yang ada dah nazak. Hidup pun macam orang bela saka yang dah nyawa nyawa ikan tapi tak mati mati. Nyawa ada tapi dah tak boleh berfungsi macam biasa. Sebab aku ni memiliki hobi paling menyeramkan iatu tengok filem seram & kumpul koleksi dvd filem seram apalah erti dvd tanpa dvd player, ye dak. Tu pun aku peram dalam draft lazada lebih dari seminggu item tu baru aku kuatkan semangat untuk proceed & bayar guna online banking. Ingat senang je aku nak buat keputusan bila beli barang online ni. Susah tau.. Kira ni dalam sejarah aku membeli belah sampai 4 barang secara online di lazada la. hahaha

Aku ni serius nak beli barang survey bagai nak rak kat lazada. Compare berminggu2. Macam dvd player ni.. Jenama & model yang sama tapi lain supplier lain harga dia. Tu korang kena tahu even jual dalam lazada jugak. Satu lagi shipping.. Barang yang sama tapi lain supplier ada yang kena bayar kos shipping ada yang free & ada yang lebih murah. So kena rajin sikit la kalau nak jimat. Tu la permainan harga yang ada kat lazada. Bukan menipu.. tapi dah lain supplier maka biasa la jadi lain harga kita sebagai pembeli jangan malas.

Yang aku beli yang ni. Paling murah & free shipping
Yang ni harga sama tapi ada kos shipping
Yang ni memang lebih mahal dari harga kedua dua di atas. Yang penting semua brand & model yang sama. Walau yang kat atas tu gambar macam lain sikit tapi dalam description dia gambar & detail produk semua sama jer. Depa copy kat website samsung kot hahahaha

Nak beli 1 dvd pun berminggu aku bertapa kat lazada.. compare satu persatu. Almaklum la orang tak berapa kaya gitulah cara membelinya. hehhehehe.. Meh tengok hasil kajian aku..

Barang yang sama, harga berbeza. Dan nak jimat lagi beli la masa sale.. Tak kira nak beli barang elektrik ke, elektronik atau gadget. 

LELAKI GELI DENGAN PEREMPUAN KULIT KERING

Ye ke lelaki geli geleman dengan perempuan yang kulit kering? Geli sangat ke? Tak sungguh tak kata... tak tumbuh tak melata.. erkk.. terbalik pulak. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Kalau takde survey yang di buat mengatakan lelaki geli dengan perempuan berkulit kering maka takde la entri ni. Habis tu lelaki lebih suka sentuh perempuan kulit berminyak & melekat lekit ker?

Menurut info yang aku baca kat Ladylista katanya antara 10 perkara yang lelaki tak suka seorang perempuan tu selain pakai foundation tebal.. cukur bulu tak sekata, make up di tempat awam, terlampau wangi.. salah satunya lelaki geli dengan perempuan berkulit kering & bersisik. Tapi bukan semua.. Ni survey ntah kat mana depa ambil pun tak tau la kan.

Gambar sumber google. Untuk baca artikel berkenaan 10 perkara lelaki tak suka tentang perempuan sila clik Ladylista

Tapi tu la.. tak kira lelaki atau perempuan kulit bersisik & kering ni pun tak elok jugak di biarkan. Salah satu cara mudah.. rajin2 la sapu losyen pelembab yer. Agar kulit sentiasa lembab & cantik. Tapi penggunaan sabun jugak boleh menyebabkan kulit jadi kering.. Maka pakai la body syampoo. Tu je tip mampu aku bagi untuk elak kulit jadi kering & bersisik.

Moral of the story Jangan di biarkan kulit anda sama macam ikan... kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com