Showing posts with label selepas. Show all posts

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE. Antara produk local skincare yang tengah In-trend jugak sekarang. Dari hasil pembacaan aku dari pengalaman mereka yang pernah guna.. kesan selepas guna produk ni ada yang kata ok.. Cantik, gebu, licin terutama yang ada masalah jerawat tapi tak kurang jugak ada yang memberi feedback negatif selepas stop atau tak consistent guna produk ni.. Mula la episod mimpi ngeri. Serius.. aku sendiri kurang berminat guna local skincare sekarang sebabnya pengalaman aku sebelum ni banyak jugak guna local skincare pelbagai jenama ni.. Masa tu kategori jahiliah lagi la.. Masa guna ok.. lepas stop muka kembali jadi 'jemah jelmaan'. Jerawat subur bagai di baja.. tona kulit pun jadi pelbagai warna, kusam & tidak sekata. Selepas stop guna local skincare.. aku beralih membeli produk2 kat farmasi.. dari start try Bio Essence sampai sekarang macam2 produk aku dah try semuanya produk farmasi atau yang ada clinical approve. Alhamdulillah.. masalah jerawat aku anggap selesai la sekarang. Takat jerawat sebiji dua miang miang buluh rebung tu.. ada la. Lepas tu dia kecut tamat la riwayat dia kat situ.



Tadi terbaca satu perkongsian dengan bekas pengguna produk Ta** skincare. Kalau tengok pada gambar yang dia kongsi memang menakutkan terutama orang macam aku yang pernah pegang jawatan 'Jurujerawat' ni. Even masalah jerawat dulu tak seteruk tu pun kita dah rasa muka macam kodok inikan kalau mengalami situasi macam tu. Mau murung setahun katanya. Menurut cerita bekas pengguna produk tu katanya.. Mula2 pakai memang cepat & cantik kesannnya. Konon dalam masa 7 hari jerawat settle. Yelah.. time pakai tu memang putih mulus, gebu gebas.. Lepas kulit dia dah makin cantik & sihat kononnya dia mula tak consistent guna. kejab pakai kejab tak.. Time tu baru nampak kesan buruk pada kulit dia dari penggunaan produk tu. Jerawat naik bukan sikit penuh kat muka terutama kawasan mulut.. siap yang jenis bernanah lagi. Kulit dia pulak jadi semakin sensitif. Tak boleh kena cahaya matahari terus jadi pedih. Bayangkan la betapa azab dia menanggung seksa selepas cantik seketika waktu selepas penggunaan skincare tu.

Kesan selepas guna Ta** skincare. Kalau tak rasa menakutkan tak tau la

Kadang2 tengok kengkawan kat Facebook dok tanya pendapat nak guna produk ni aku bagi juga la pandangan walau kebanyakkan ignore pendapat orang2 macam aku ni. Almaklum la bukan Ahli Farmasi katanya. Biarlah kan.. muka depa hak depa. Apa depa nak tempek.. nak tenyeh.. nak tonyoh.. kita tak boleh nak halang. Cuma sekadar berkongsi untuk kebaikkan bersama.. Bukan kata semua local skincare tu merbahaya tapi kebanyakkan memang tak berapa elok untuk kulit. Bukan kata produk luar ni semua terjamin selamat cuma kebanyakkan produk yang selamat tu melalui jenama dari luar. Jadi berhati hati untuk mencuba apa2 produk.. Betul kesan masa kita guna memang kadang2 buat kita jadi terawang awang. Rasa macam cantik menarik kau memang da'bomb.. tapi belum tentu kesan selepas kita berhenti menggunakan kekal cantik. Tak cantik ok lagi.. kalau sampai memudaratkan kulit tu yang bahaya sangat. Sebab tu sangat penting pengesahan KKM. Sebab tu kadang2 aku meluat dengan seller yang dok perli2.. produk luar takde KKM orang tak kisah nak guna.. yang local produk sibuk nak tanya ada KKM ke tidak. Tak kira produk tu luar ke dalam penting sangat KKM. Kalau jadi camni hangpa nak bertanggungjawab ke? Hangpa tu seller sepatutnya sebelum jual kena pastikan produk tu betul2 selamat dulu.


Pada yang masih menggunakan produk ni terpulang.. Kalau rasa tak jejaskan kulit korang & confident produk tu tak bahaya teruskan. Kalau rasa nak lebih kepastian siasat dari mana produk tu, apa bahan di gunakan.. kat mana produk tu di ujikaji keberkesanan & keselamatan dia. Semua terpulang kepada diri sendiri.. Yang nak cantik atau rosak muka hangpa kan..


Moral of the story.. Semua orang suka & nak cantik termasuk aku tapi please jangan perjudikan keselamatan & kesihatan kulit korang. Kalau effect kulit je maybe boleh rawat lagi.. kalau effect organ dalaman ke hapa.. macam mana? Jangan ingat skincare tak boleh memudaratkan kesihatan & fungsi tubuh badan kita ok!

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL?

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL? Pagi pagi terbaca luahan hati seorang blogger di facebook bila dia di pandang sinis sebab ada manusia yang rasa dia terlalu cepat 'move on' selepas kematian suami. Berbagai persepsi negatif di lemparkan pada dia.. hanya kerana dia tak tunjuk kesedihan selepas pemergian suami tu dalam tempoh masa yang panjang. Pelik jugak aku dengan manusia macam ni.. Sedih bagi mereka maybe kau kena murung, diri tak terurus, hari2 menangis.. hari2 kena up status berunsur kesedihan, kekecewaan bagai dalam tempoh bertahun tahun kot.. Kalau tak kau akan di anggap cepat melupakan suami yang masih baru meninggal dunia sedangkan orang tu ada anak.. Perlu teruskan hidup. Perlu jadi kekuatan pada anak2 yang jugak masih bersedih dengan kehilangan Ayah..


Bagi aku lagi cepat seorang wanita itu bangkit & move on adalah lebih baik kerana dalam Islam pun tempoh berkabung @ iddah selepas kematian suami pun hanya 4 bulan 10 hari. Dalam tempoh tu memang di larang berhias macam bermakeup, mengenakan pakaian cantik yang boleh menarik perhatian orang lain, memakai minyak wangi atau apa2 perkara yang boleh membuat orang tertarik untuk menikahinya. Apapun tak boleh pakai pakaian khas macam sesetengah penganut agama lain buat bila berkabung memakai pakaian berwarna hitam atau putih. Jadi pakailah apa2 pakaian biasa yang tak menarik perhatian orang lain. Tapi jangan la sampai comot & tak terurus pulak. Tak boleh berhias tak bermaksud sampai tak mandi, baju tak bertukar, badan bau hapak bagai yer.. So, kena faham betul betul. Kebersihan diri tetap kena jaga walau dalam tempoh iddah @ berkabung.

Selepas tempoh tersebut dah tak salah untuk teruskan hidup & buat apa yang terbaik untuk dirinya selagi benda tu tak menyalahi mana2 undang2. Kalau kematian selain bukan suami memang Islam melarang bersedih lebih 3 hari.. Bermakna bukan la tak boleh bersedih tapi tak perlu bersedih secara berlebih lebihan sampai dah tak boleh teruskan hidup macam biasa.

Islam pun dah memberi garis panduan yang baik jadi kenapa perlu timbul isu cepatnya seorang balu tu move on bagai.. Kenapa mesti ada persepsi gatal, tak sayang suami yang baru meninggal bagai atau cepat melupakan walaupun baru je meninggal dunia. Seorang balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan ni tanggungjawab dia sangat besar ok! Tak sama macam orang yang masih ada suami. Kalau dia tak move on.. Kau nak tolong bagi anak2 dia makan? Kau nak tolong jaga anak anak dia? Kau nak tolong sara semua keperluan anak anak dia? Kalaupun selepas habis tempoh berkabung & iddah dia nak kahwin lain kau tak boleh judge dia gatal. Mungkin dengan perkahwinan tu dia ada tempat bergantung & nasib anak anak dia terbela. Seorang wanita bergelar balu ni memilih berkahwin semula bukan semua kerana keinginan hati dia sendiri. Kadang2 sebab memikirkan anak2.. dia terpaksa berkahwin. Tapi orang yang melihat.. takkan faham & tak ingin nak faham pun sebenarnya. Yang depa tau.. termuncung muncung mulut mengumpat. Macam menjadi seorang 'BALU' itu satu dosa pulak.

Berhenti memberi persepsi negatif pada golongan balu.. Betul! Ada yang mengambil kesempatan dengan gelaran 'Balu' tapi bukan semua. Mak aku pun seorang Balu.. Dia pun takde la bersedih lama2 selepas kematian Ayah aku dulu tapi kita tahu la.. Walau dia nampak macam dah move on.. sampai sekarang kadang2 dengar jugak dia membandingkan hidup dia selepas ketiadaan ayah.. Contoh ayat dia.. Ni kalau ayah hang ada ni mesti kami dah pi sana sini.. Buat tu ni.. " kat situ pun membuktikan di hati dia masih ingat suami dia yang dah lama meninggal dunia. Tak tunjuk kesedihan tu secara terbuka pada orang lain tak bermakna orang tu tak sedih. Tapi sebab tuntutan hidup.. dia tahu dia tak boleh melayan kesedihan sehingga amanah yang dia ada tak terjaga. Walau berat, walau sakit.. Dia kena bangun & kuat teruskan hidup.

Moral of the story.. Hentikan memberi persepsi negatif pada golongan balu yang korang nampak mampu tersenyum, bekerja & nampak bahagia selepas kematian suami. Apa yang anda nampak belum tentu mengambarkan apa yang mereka rasa. Tak semua orang suka canang kesedihan dia pada orang lain.. Macam aku. Erkk.. aku bukan balu yer. Tapi aku ni boleh kata susah sangat nak tunjuk kat orang aku sedih atau ada masalah nak2 lagi kat media sosial.

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN. Dari dok tengok iklan promo kat TV lagi aku nampak drama ni macam best. Drama ni penganti Drama nek mis yang dah habis episod tayangan kat TV9 di slot Azalea. Semalam kalau tak silap episod pertama kot drama samudera rindu ni.

Samudera Rindu Slot Azalea TV9

Masa dok tengok iklan promo nampak Dinaz memegang watak macam perempuan tak berapa betul atau terencat tapi sebab iklan je tak tau apa cerita watak dia macam tu... Rupanya bila tengok semalam maka fahamlah aku. Kenapa nanti watak Dinaz tu macam terencat akal rupanya dia kena penyakit meroyan selepas kematian anak dia. Alkisahnya masa mengandung dia terlampau ikut sangat cakap seorang bidan kampung ni.. Sampai tak nak bersalin kat hospital. Akibatnya bayi dia lemas dalam perut & bidan kampung tu tak dapat buat apa - apa terpaksa di hantar jugak kat hospital. Tapi kesiannya bayi dia tak sempat di selamatkan. Lepas peristiwa tu dia mengalami kemurungan & mula muncul tanda tanda nak meroyan. Almaklum la orang dalam pantang ni memang tak boleh susah hati memang berisiko kena penyakit meroyan. Tapi atas sokongan moral suami & keluarga dia kembali ceria & sihat tapi di sebabkan seorang perempuan yang sakit hati sebab perempuan suka kat suami.. cuba provok dia & hasut dia untuk ingat kembali anak dia yang telah mati.. Sebab fikiran dia kembali di hantui rasa bersalah atas kematian anak dia.. maka sistom2 meroyan datang kembali. Time tu pulak dia tengah mengandung anak kedua...  Untuk episod semalam sampai setakat tu je la cerita dia..

Antara watak watak utama dalam drama samudera rindu yang di tayangkan setiap selasa hingga ahad jam 8.30 di tv9 dalam slot Azalea

Dari sinopsis yang aku baca kisah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis bersama ibunya yang mengidap penyakit kemurungan (meroyan). Gadis ni seorang yang baik & bijak walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidak kaya kerana ayah dia terpaksa bertukar pekerjaan kerana penyakit ibunya. Walaupun kelahiran dia dalam keluarga mereka yang pada mulanya di harap dapat memberi kesembuhan pada penyakit kemurungan ibunya tapi sayangnya kelahiran dia tidak mengubah apa2. Ibunya tetap dalam dunianya sendiri. Semakin membesar dia menjadi kawan baik kepada ibunya yang berperangai seperti kebudak budakkan akibat kemurungan yang di hadapi selepas kematian anak pertamanya. Mereka tetap bahagia walau keadaan ibu dia macam tu. Sampai la dia berjaya sambung belajar ke menara gading. Time tu dia mula bosan nak melayan kerenah ibunya. Dia juga mula rasa malu nak mengaku perempuan yang mengalami penyakit kemurungan sehingga menyebabkan dia jadi tidak waras tu ibunya. Apa yang berlaku seterusnya..???

Untuk mengikuti kisah macam mana kehidupan seorang wanita yang meroyan ni korang kena tengok sendiri la kat setiap episod drama Samudera rindu yang aku dapat rasanya drama ni drama yang boleh follow jugak. Jangan asyik dok sebut meroyan je tapi sebenarnya tak ramai yang tahu penyakit meroyan sebenar. Yelah.. Perkataan meroyan sekarang memang sangat popular di kalangan pengguna media sosial.. Untuk generasi muda jangan pelik kalau ada yang tak tahu meroyan tu satu penyakit yang serius jugak melibatkan gangguan mental yang boleh menyebabkan seseorang tu jadi macam orang gila. Nak mendalami apa tu meroyan boleh la tengok drama samudera rindu.

Moral of the story pada adik adik yang suka sangat guna perkataan meroyan bila nak sarcasm orang tu faham la yer lepas ni. Meroyan tu satu penyakit gangguan emosi yang biasanya di hidapi wanita wanita lepas bersalin. Tapi bukan semua orang la.. Selalunya wanita yang terlampau banyak fikir, bersedih & susah hati semasa dalam pantang berisiko terkena penyakit meroyan. Jadi para suami penting tu jaga perasaan isteri ketika berpantang ok!

SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH

SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH. Setelah agak lama bercuti panjang segmen seram serik lekatlekit.com kembali menyeramkan anda. Mesti ramai yang rindu kan dengan cerita seram di blog ni. Yer yer.. aku tahu korang memang suka baca cerita seram malam Jumaat untuk menaik taraf feel seram tu. Kalau malam lain feel dia tak sama kan malam jumaat. Malam jumaat ni kalau takut takde la overnight boleh la tidur awal katanya hehehe


Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku. Kisah ni aku jamin tak ada di tulis kat mana mana blog. Kisah ni berlaku 6 tahun yang lalu. Kisah ini berlaku dalam family aku.. Kisahnya selepas Arwah ayah aku meninggal dunia. Ayah pergi pun bagi aku sangat mengejut sampai aku waktu tu memang tak boleh terima kenyataan sangat. Nak2 lagi tengah dok kelam kabut dengan urusan pernikahan aku yang waktu tu tinggal lagi sebulan je nak buat prepation. Tapi aku terpaksa di nikahkan awal dari perancangan iatu selepas 4 hari arwah ayah aku meninggal dunia & pada tarikh yang sepatutnya aku bernikah tu di jadikan majlis perkahwinan je la sebab dah nikah.

Berbalik kepada kisah misteri berlaku.. Malam selepas beberapa hari Arwah ayah aku meninggal.. Adik aku (No 4 dalam family) malam tu baca yassin. Dia baca sorang2 sementara yang lain dah tidur waktu tu sebab dah tengah malam sangat. Kata dia masa  dia tengah baca yassin tetiba dengar satu suara lelaki jugak turut membaca yassin. Dia cuba amati suara yang mengaji dengan dia kot2 orang yang dia kenal atau suara dari rumah jiran ke hapa. Memang bukan dari suara orang yang di kenali. Takde makna suara radio atau TV sebab time tu semua dah off. Setiap kali dia teruskan pembacaan suara tu mengikut memang jelas sangat. Suara tu kata dia datang dari arah ruang tamu rumah tapi adik aku baca yassin dalam bilik dia. Bila dia cuba pantau kat ruang tamu memang tak ada sesapa.  Walaupun pelik & rasa seram jugak... adik aku terus baca. Sampai sekarang siapapun tak tahu suara siapa yang ikut adik aku mengaji malam tu. Hanya adik aku sorang je yang dengar.. Yang lain2 termasuk aku memang tak dengar.

Aku memang tak pernah share apa2 kisah mistik & misteri yang berlaku dalam keluarga aku malah masa aku tinggal kat kampung dulu pun sebenarnya banyak perkara yang aku sendiri tak pasti samada mainan perasaan atau benda tu wujud di sekeliling aku. Pernah satu ketika tu.. Masa family aku semua ke kuantan nak hantar adik aku yang no 4 sambung belajar di Politeknik sana. Aku malas nak ikut.. So aku tinggal la sorang2 kat rumah. Siang tu tak ada la apa2 yang mistik sangat.. Siang la katakan.. Masuk tengah malam semua orang dah tidur aku ni memang lambat tidur. Tetiba dengar suara berdehem sebiji suara mak aku. Bukan sekali 2 kali aku dengar. Time tu tak payah cakap meremang bulu roma aku. Nak lari ke rumah kedua (rumah makcik yang jaga aku masa kecik) makcik & abang aku pun ikut sekali pergi kuantan. Memang tak ada pilih buka semua lampu dalam rumah tidur depan TV. Gila kau tak seram duduk sorang2 tetiba dengar suiara mak sendiri yang tak ada kat rumah. Time tu arwah ayah aku masih ada.

Tapi aku tak pernah serik pulak duduk sorang2 kat rumah aku tu.. Walau bila tengah malam memang perasaan seram tu akan muncul. Tu sebab kot aku suka tengok cerita seram & filem2 seram sekarang jarang dapat memenuhi piawaian rasa seram aku sebab dalam hidup aku, aku dah biasa hadap benda yang lebih seram katanya. Rasa seram ni kadang2 kita tak perlu nampak benda tu muncul dalam bentuk fizikal ke hapa.. Rasa tu pun kadang2 lebih seram dari apa yang kita lihat.

Kalau korang la berada dalam situasi adik aku & dalam situasi aku gamaknya korang buat apa? Adakah korang berhenti baca yassin & simpan terus masuk tidur atau korang terus je macam adik aku buat? Atau dalam situasi aku.. apa korang nak buat. Takkan nak ketuk rumah jiran atau sedara mara yang lain pulak nak tumpang tidur. Dalam situasi macam tu kita kena bijak mengawal perasaan. Macam situasi lelaki ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? < Sebab kadang2 kalau kita berada dalam keadaan panik & takut benda tu sebenarnya menyebabkan kejadian tak di ingini berlaku. Jadi penting kita untuk kawal perasaan tak kira dalam apa juga situasi untuk kita mengambil langkah bijak mengatasi apa saja masalah yang sedang berlaku.

P.RAMLEE DI LAHIRKAN SELEPAS KHUTBAH RAYA AIDILFITRI

P.RAMLEE DI LAHIRKAN SELEPAS KHUTBAH RAYA AIDILFITRI. Tu dia entri ambil kesempatan atas isu yang tengah viral pasal Apek yang menjadikan P.Ramlee sebagai contoh Artis yang hidup merempat selepas zaman kejatuhannya walaupun pada hakikatnya cuma P.Ramlee jatuh susah tapi tak sampai tahap merempat. Macam biasa la bila kena kecam tahap extreme maka keluarkan kenyataan maaf.. katanya tak berniat nak menghina. Perkataan merempat tu pun dah cukup hina kot.. Tapi takpe la kita orang Islam memang di ajar maaf memaafkan. Kira maafkan je la atas kesilapan Apek tu..

Gambar Sumber Google

Isu tu dah tulis tadi.. Malas nak ulas banyak kali kita kembali mengenali latar belakang seorang seniman Agong yang di kenali sebagai P.Ramlee. Kita sedia maklum nama sebenar Allahyarham P.Ramlee bukan la Ramlee tapi nama sebenar beliau adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Tapi sebab nenek beliau tak reti sangat nak sebut nama cucu dia Teuku Zakaria dia panggil la Ramlee. Tu yang nama Ramlee melekat sampai kini.

P.Ramlee di lahirkan selepas khutbah raya aidilfitri iatu pada tarikh 22 Mac 1929 di pulau pinang. Bermakna hari raya pertama lepas kalau beliau masih ada umur beliau dah genap 87 tahun mengikut bulan Islam. Sebab ikut bulan Islam beliau di lahirkan 1 syawal la kan. Aku pun sebenarnya tak pernah tahu jugak pasal ni. Tetiba je nak google latarbelakang P.Ramlle sebab tu terjumpa info ni. Dasar manusia kan.. bila jadi isu baru la terhegeh2 nak ambil tahu. hehehe

Permulaan beliau menjebakkan diri dalam seni hiburan... Beliau mula mencuba nasib dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya bahagian utara. Pada tahun 1945, beliau memperoleh tempat ketiga manakala tahun seterusnya, beliau disenaraikan dalam tempat ketiga. Pada tahun 1947, beliau berjaya mendapat tempat pertama sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Sejak dari itu, namanya dan Orkes Teruna Sekampung dikenali ramai di kawasan utara. Kumpulan Rayuan Asmara yang terdiri daripada pelakon-pelakon pentas bangsawan telah mengadakan pertunjukan di Pulau Pinang. Pada ketika itu, beliau berhasrat untuk melihat persembahan tersebut walaupun tidak mempunyai wang. Hasil pendapatan beliau yang diperoleh daripada majlis keramaian dan pertunjukan pentas telah dibelanjakan untuk membeli pakaian. Pernah suatu ketika, beliau terpaksa memakai baju koyak dan menutupnya dengan sehelai kot di sebelah luarnya.

Akhirnya, beliau memberanikan diri dengan memanjat pagar untuk melihat persembahan oleh kumpulan Rayuan Asmara.Kasma Booty menjadi penyanyi dalam kumpulan tersebut dan belum dikenali sebagai pelakon filem. Ahmad C.B. telah berjumpa dengan ketua Orkes Teruna Sekampung dan mencadangkan mereka bergabung dengan kumpulan Rayuan Asmara. Pada suatu pertunjukan hasil gabungan kedua-dua kumpulan, P. Ramlee telah berjumpa dengan Kasma Booty buat kali pertama. P. Ramlee juga mula berkenalan dengan pemain saksofon, Jaafar yang merupakan bapa tiri Kasma Booty. Untuk suatu ketika, beliau tidak lagi berjumpa dengan Kasmy Booty kerana kumpulan Rayuan Asmara sentiasa berpindah dalam mengadakan pertunjukan.

Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya

Itulah Insan di kenali P.Ramlee.. Jasanya untuk industri filem melayu sangat besar biarpun pernah di aniaya. Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri.

Apapun kisah di sebalik zaman kegemilangan & kejatuhannya.. Kita sedia maklum karyanya tetap menjadi kesukaan ramai. Biarpun dia pernah di Boo atas pentas.. selepas kejatuhan beliau, hari ini membuktikan segalanya. Hasil karya seni beliau adalah antara hasil seni yang tiada tandingan & sentiasa evergreen.

Walaupun penggiat seni sekarang belum sampai ke level Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tapi masih ada karya karya hebat dari generasi sekarang. Contoh macam iklan2 raya ni >> 10 Iklan Raya Paling Beremosi & menyentuh Perasaan << Yang ni pun antara karya yang tak kurang hebatnya. Moga karya2 seni macam ni mampu mengangkat martabat industri seni hiburan tempatan seperti mana Allahyarham P.Ramlee pernah lakukan dulu.

KISAH SEBUAH RUMAH SEWA YANG DAH 10 TAHUN

Mesti korang semua dah terbayang.. rumah sewa ni ada kisah misteri di dalamnya setelah 10 tahun berlalu. Mesti korang mula terfikir.. Kena baca siang2 hari, kalau malam2 baca confirm takut nak ke toilet lagi. Tapi sebenarnya... Ok korang baca la sendiri apa kisah di sebalik rumah sewa yang dah 10 tahun ni...

Gambar sekadar hiasan.

Diam tak diam dah 10 tahun aku tinggal kat rumah yang sama dari hari pertama aku berhijrah ke sini sampai la aku dah ada anak sorang. Dari mula2 tinggal bertiga sampai la tinggal aku sorang & sampai la aku tinggal dengan suami & anak. Rumah ni banyak memori dengan arwah ayah.. sebab dulu kalau arwah ayah & mak datang sini even ada rumah adik aku, tetap rumah aku ni la dia suka nak check in. Rumah ni dulu nak masuk duit mak aku jugak.. Masa tu sedara sendiri tolong arrange cari rumah lepas adik aku dapat kerja gomen kat MITI.

Condition rumah ni memang dah tak berapa bagus sekarang.. dengan jiran kepoh 24jam sehari tapi pasal jiran tu aku tak ambil pot sangat. Tapi sebab banyak sentimental value pada rumah ni.. sayang jugak nak tinggalkan tapi sebab owner rumah ni nak naikkan sewa yang aku rasa tak sesuai dengan condition rumah ni. Bukan jer nak naikkan sewa tapi aku kena bayar balik deposit baru + api air macam nak masuk rumah baru balik dengan harga sewa yang baru. Yang rosak dalam rumah ni dia kata dia takkan repair sebab nak repair memang aku kena pindah baru boleh repair. Bab repair tu tak kisah la tapi bab nak kena bayar balik deposit selepas 10 tahun aku sewa ni tu yang aku rasa tak berapa puas hati. Dulu dia kata masa deal dengan sedara aku takde agreement.. dia ambil deposit pun sebulan jer + api air. Tapi katanya ada sebulan sedara aku tak bayar sewa jadi burn la deposit tu. Burn jugak la duit mak aku. Jadi lepas ni katanya dia nak buat agreement so aku kena bayar balik deposit.

Sebenarnya banyak kisah di sebalik nak sewa rumah ni.. Cuma malas nak cerita sebab mengaibkan. Cuma tu la pengajaran.. duit orang dah tak kenal sedara ke sapa. So,kita kena sentiasa beringat & jangan mudah percaya dengan orang walau sedara mara sendiri.

Sebab condition rumah dah tak berapa memuaskan.. nak kena bayar deposit macam nak masuk rumah baru.. kadar sewa baru tu aku boleh dapat rumah yang lebih baik dari rumah aku sewa sekarang.. maka kami decide nak pindah je. Sekarang tengah proses cari rumah la. Memang sesak jugak dada rasa.. bulan puasa, tak lama lagi nak raya, nak kena cari rumah lain dalam bulan ni jugak sebab start bulan depan dah kena bayar sewa baru + kena bayar balik deposit baru. Tapi aku tetap positif.. Allah menguji kita dengan kemampuan kita untuk hadapi. Merungut atau merintih takkan menyelesaikan apa apa masalah. Jadi aku pilih terus berusaha walau sesusah mana sekalipun.

banyak sangat memori kat rumah ni.. Rumah pertama aku bila sampai sini, rumah pertama aku memulakan kehidupan rumahtangga & rumah pertama aku bergelar seorang ibu. Rumah ni banyak memori dengan arwah ayah.. Tapi nak buat macam mana ia tetap bukan rumah aku. Cuma apa yang aku harapkan Allah permudahkan segala urusan kami untuk berpindah ke rumah baru. Moga dapat rumah yang sesuai dalam masa terdekat ni.

Moral of the story.. Dugaan itu datang bersama hikmah tersembunyi..Yang paling penting kurang merintih banyakkan berusaha sebab merintih bukan penyelesaian.

P/S : Sepanjang aku duduk kat situ bukan tak pernah naik langsung sewa rumah.. cuma kenaikkan sebelum ni aku rasa ok lagi cuma kali ni dengan condition rumah dah tak berapa bagus & syarat di kenakan pun tak memuaskan so terpaksa la cari rumah lain.


HUKUM MANDI SELEPAS ASAR SEMASA BERPUASA

Kat blog lekat lekit ni memang kadang2 macam rancangan melodi.. kadang2 macam buletin utama tv3 & kadang2 macam portal mynewshub.. Yelah.. blog konsep macam2 ada so apa jer yang best aku sumbat je dalam blog ni. So, di hari minggu ni kita mood setazah sikit.. Takpe kalau ada yang nak sindir setazah google bagai.. Insya Allah.. sumber yang aku ambil ni aku yakin sumber yang boleh di percayai. Bukan berlagak alim sekadar berkongsi.


Kita biasa dengar orang cakap kalau kerap mandi bulan puasa makruh... mandi selepas asar semasa berpuasa makruh.. Tapi sebenarnya tidak. Bukan aku kata.. aku terbaca post dari Dr Maza pasal hal ni so aku rasa bermanafaat jugak aku kongsi kat blog.


Moral of the story.. Sesuatu yang meragukan elok la kita rujuk pada mereka yang lebih berilmu dari kita menyebarkan sesuatu yang kita sendiri tak pasti kesahihannya.. Banyak sangat perkongsian hadis2 & hukum hakam palsu tersebar kat laman sosial.. Jangan niat kita yang baik nak berkongsi kebaikkan dengan orang lain jadi sebaliknya bila apa yang kita kongsi tak betul.


RUMAH MONA FANDEY SELEPAS 21 TAHUN

Biarpun dah 21 tahun berlalu namun namanya di ingati sampai sekarang malah kisahnya masih orang nak baca. Tempat dia menjalankan upacara mistik masih menjadi lokasi aktiviti paranormal malah rumah dia pun masih ada aura seram. yelah.. rumah tinggal tak payah tunggu jadi Rumah Mona Fandey... rumah kita pun kalau tinggal lebih dari 3 hari ada penghuni ghaib menumpang.


Sampai sekarang kalau tulis pasal Mona Fandey tetap pembaca. Masing2 macam tak jemu nak tau apa saja cerita seram & mistik berkaitan satu nama tu.. Tapi kalau adapun jelmaan seram di tempat Mona Fandey pernah tinggal atau di jadikan tempat menjalan upacara ilmu yang di amalkan dulu itu bukan la jelmaan arwah. Time tu la jin nak ambil kesempatan memesongkan akidah manusia. Roh yang dah ke alam barzakh takkan boleh kembali ke dunia dengan apa cara atau jelmaan sekalipun.

Membebel panjang lupa pulak nak tunjuk rumah peninggal mona Fandey selepas 21 tahun kejadian pembunuhan ahli politik. Dah nama pun berpuluh tahun di tinggalkan & takde sapa jaga so memang la suasana nampak seram & berhutan.

Ada sesapa berani ke nak bertapa atau tumpang berteduh kat sini?

Peti ni di percayai pernah di gunakan menyimpan mayat Datuk Idros @ Mazlan

Inilah permandangan di rumah yang di gunakan untuk melakukan upacara bomoh selepas 21 tahun. Apapun di bulan ramadhan yang mulia sama2 kita doakan semoga Allah mengampuni dosa2 arwah



 

INI YANG BERLAKU LEPAS SEBULAN GUNA BIO ESSENCE BIO GOLD WATER

Setiap produk yang baru kita cuba pasti ada risiko. Risiko samada dia jadi baik atau sebaliknya. Tak kira produk tu selamat atau tak tapi penerimaan kulit kita tak sama. Ada baik & berkesan untuk kulit orang lain tapi tidak kita. Macam tu jugak produk bio essence yang aku guna ni.. Nak confident sangat cakap memang confirm baik untuk semua orang tak berani la tapi Insya Allah setakat ni belum dengar produk bio essence memberi kesan memudaratkan pada sesiapa. Ada la cakap.. cleanser ni macam tak effective.. tapi tak pernah lagi dengar kata ada mana2 siri produk bio essence yang menyebabkan kulit jadi semakin teruk.

Macam tu jugak Bio essence Bio Gold water yang aku dah guna sejak sebulan lepas. memula guna cuak.. aku rasa macam kulit jadi kering.. Arghh... sudah. Mahal kot RM77 tu. Tapi selepas dua tiga kali sapu dia mula serasi dengan kulit & memberi hasil yang memuaskan selepas sebulan. Katanya mampu buat kulit nampak flawless. Yer betul.. Tapi almaklum la muka bekas kawah bulan ni tapi tetap nampak la jugak flawless tu even tak la glowing macam sapu minyak rambut code 10 kat muka. Yelah aku tengok banyak sangat pengedar yang jual produk glowing2 ni share gambar dengan muka nampak berminyak macam sapu minyak rambur code 10 jer. Apapun selepas guna produk bio essence ni Kiranya tengok muka sendiri pun sekarang tak rasa nak histeria sangat la berbanding dulu. hahahaha.

 Bukti aku dah sebulan guna bio gold. tengok tarikh aku beli tu 5/4/2015 8.12PM

Selain menaikkan seri wajah, muka nampak bersih, kulit rasa tegang & ada la sikit2 shinning gitu.. tak menyebabkan jerawat atau apa2 keradangan kulit. Kesan2 penuaan pun mampu di basmi. Dengan penggunaan berterusan Insya Allah awet muda katanya. hahahaha

Nampak tak parut jerawat kat pipi tu dulu lagi terang tp dah banyak hilang & pudar.. tapi bukan tu yang aku nak tunjuk. Cuma nak tunjuk kulit nampak ada sedikit cahaya kat situ lepas sebulan guna bio gold water. Dulu kusam & sedih. Maaf la aku ambil Ju-on sebagai model kali ni. almaklum guna model hantu tak payah bayar hahahaha

Sebenarnya Bio gold water ni memang jimat. Sebulan aku pakai, satu hari 2 kali aku tenyeh. pagi & malam... Tapi yang luak. tak sampai separuh botol pun. Sebotol Bio Gold water ni, aku yakin tahan 4 bulan. RM77 bahagi 4 bulan.. sebulan cuma RM19++ je pun. Tak mahal sebenarnya sebab kuantiti dia banyak. So, nak beli produk yang harga macam ni mindset kita kena fikir kuantiti dia banyak & tahan lama. Baru la kita redha membelinya... hahhahaa

Sebulan guna baru abis takat yang dalam gambar ni. Jimat tak?

Ada yang google cara nak pakai bio essence bio gold water ni.. Dia confuse la tu. Nak tenyeh ke, nak sapu ke camna. Cara pemakaian dia adalah tuang bio gold water atas tapak tangan lepas tu gesel dengan kedua belah tangan & cepat2 tepuk2 ke seluruh muka. Sebab gel dia cepat kering & meresap dalam kulit. Jangan nak ber ulit mayang sangat la masa nak pakai bio gold water ni.  Untuk kesan yang lebih cepat sila guna 2 kali sehari pagi & malam. Cara aku guna lepas cuci muka, keringkan aku akan tempek dulu bio gold water sebelum tenyeh cream2 lain.

Moral of the story kalau korang terpengaruh dengan hasutan aku nak beli produk bio essence ni jangan ragu2.. Insya Allah sesuai dengan semua jenis kulit & tahan sehingga 3 bulan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com