SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH
Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku. Kisah ni aku jamin tak ada di tulis kat mana mana blog. Kisah ni berlaku 6 tahun yang lalu. Kisah ini berlaku dalam family aku.. Kisahnya selepas Arwah ayah aku meninggal dunia. Ayah pergi pun bagi aku sangat mengejut sampai aku waktu tu memang tak boleh terima kenyataan sangat. Nak2 lagi tengah dok kelam kabut dengan urusan pernikahan aku yang waktu tu tinggal lagi sebulan je nak buat prepation. Tapi aku terpaksa di nikahkan awal dari perancangan iatu selepas 4 hari arwah ayah aku meninggal dunia & pada tarikh yang sepatutnya aku bernikah tu di jadikan majlis perkahwinan je la sebab dah nikah.
Berbalik kepada kisah misteri berlaku.. Malam selepas beberapa hari Arwah ayah aku meninggal.. Adik aku (No 4 dalam family) malam tu baca yassin. Dia baca sorang2 sementara yang lain dah tidur waktu tu sebab dah tengah malam sangat. Kata dia masa dia tengah baca yassin tetiba dengar satu suara lelaki jugak turut membaca yassin. Dia cuba amati suara yang mengaji dengan dia kot2 orang yang dia kenal atau suara dari rumah jiran ke hapa. Memang bukan dari suara orang yang di kenali. Takde makna suara radio atau TV sebab time tu semua dah off. Setiap kali dia teruskan pembacaan suara tu mengikut memang jelas sangat. Suara tu kata dia datang dari arah ruang tamu rumah tapi adik aku baca yassin dalam bilik dia. Bila dia cuba pantau kat ruang tamu memang tak ada sesapa. Walaupun pelik & rasa seram jugak... adik aku terus baca. Sampai sekarang siapapun tak tahu suara siapa yang ikut adik aku mengaji malam tu. Hanya adik aku sorang je yang dengar.. Yang lain2 termasuk aku memang tak dengar.
Aku memang tak pernah share apa2 kisah mistik & misteri yang berlaku dalam keluarga aku malah masa aku tinggal kat kampung dulu pun sebenarnya banyak perkara yang aku sendiri tak pasti samada mainan perasaan atau benda tu wujud di sekeliling aku. Pernah satu ketika tu.. Masa family aku semua ke kuantan nak hantar adik aku yang no 4 sambung belajar di Politeknik sana. Aku malas nak ikut.. So aku tinggal la sorang2 kat rumah. Siang tu tak ada la apa2 yang mistik sangat.. Siang la katakan.. Masuk tengah malam semua orang dah tidur aku ni memang lambat tidur. Tetiba dengar suara berdehem sebiji suara mak aku. Bukan sekali 2 kali aku dengar. Time tu tak payah cakap meremang bulu roma aku. Nak lari ke rumah kedua (rumah makcik yang jaga aku masa kecik) makcik & abang aku pun ikut sekali pergi kuantan. Memang tak ada pilih buka semua lampu dalam rumah tidur depan TV. Gila kau tak seram duduk sorang2 tetiba dengar suiara mak sendiri yang tak ada kat rumah. Time tu arwah ayah aku masih ada.
Tapi aku tak pernah serik pulak duduk sorang2 kat rumah aku tu.. Walau bila tengah malam memang perasaan seram tu akan muncul. Tu sebab kot aku suka tengok cerita seram & filem2 seram sekarang jarang dapat memenuhi piawaian rasa seram aku sebab dalam hidup aku, aku dah biasa hadap benda yang lebih seram katanya. Rasa seram ni kadang2 kita tak perlu nampak benda tu muncul dalam bentuk fizikal ke hapa.. Rasa tu pun kadang2 lebih seram dari apa yang kita lihat.
Kalau korang la berada dalam situasi adik aku & dalam situasi aku gamaknya korang buat apa? Adakah korang berhenti baca yassin & simpan terus masuk tidur atau korang terus je macam adik aku buat? Atau dalam situasi aku.. apa korang nak buat. Takkan nak ketuk rumah jiran atau sedara mara yang lain pulak nak tumpang tidur. Dalam situasi macam tu kita kena bijak mengawal perasaan. Macam situasi lelaki ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? < Sebab kadang2 kalau kita berada dalam keadaan panik & takut benda tu sebenarnya menyebabkan kejadian tak di ingini berlaku. Jadi penting kita untuk kawal perasaan tak kira dalam apa juga situasi untuk kita mengambil langkah bijak mengatasi apa saja masalah yang sedang berlaku.
SERAAAMMMMM..KLO sy maybe berhenti bca yasin n kejutkn fmily..hihi.klo dlm situasi akk plak..waah x tau..xdpt bygkn.buat mende yg sma kott n at the sme time call la sesape yg bleh dtg umh temankn..huhuhu
ReplyDelete