Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts
23 May 2025 1 Komen Melekat

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR

TAHLIL MISTERI DI SURAU RNR. Lama tak menulis cerita seram di blog lekatlekit ni kan? Kena warm up balik untuk kembali menjadikan blog ni berpuaka. Tu dia.. Mampus nanti geng geng paranormal berkampung di blog aku pulak. Alah.. cerita seram kat blog lekatlekit ni seram santai sahaja. Memang dari dulu konsep aku menulis cerita seram hanya untuk hiburan bukan menakutkan orang sebab tak nak ada orang terlalu taksub dengan cerita cerita macam ni sampai lebih takutkan makhluk halus dari takutkan Allah.Sedangkan makhluk ni tak ada kuasa. Yang mengizinkan segalanya berlaku adalah Allah. Jadi nak minta apa apa jangan pada makhluk, minta pada Allah yer anak anak.

Cerita ni di adaptasi dari laman X kalau dulu di kenali sebagai twitter. Walaupun cerita ni bagi aku macam tipikal cerita seram yang biasa kita baca atau dengar tapi katanya dari cerita sebenar yang berlaku sekitar tahun 2009 - 2010. Wah lebih kurang tahun mula mula blog lekatlekit di lahirkan ni. Lama juga la ceritanya tapi best juga kita flashback dalam blog ni kan? Untuk pembacaan santai santai di kala kau tak de benda nak buat kan. Dari kau membawang isu rumahtangga orang ada lebih baik kau baca  blog aku ni nyah.

Kejadian seram ni katanya berlaku di sekitar lebuhraya seremban menuju ke kuala lumpur. Aku bab bab jalan memang tak arif. Aku tulis mengikut apa yang di ceritakan je la yer. Hangpa yang tau jalan tu kat mana imagine la sendiri yer suasana tu. Tak dapek den nak nolong gambarkannya. Makcik ni tak pandai drive & memang tidak menghafal jalan yer anak anak. Dulu pertama kali nak bawa bakal suami balik kampung pun aku suruh dia guna waze jangan harap aku guide dia. Sampai nak masuk simpang kampung aku je aku tau jalan kerumah aku. Teruk tak teruk bab menghafal jalan ni.. Macam tu la aku. Aku setiap kali masuk kereta aku bukan tidur.. aku hanya suka lihat permandangan, kampung kampung orang, pekan pekan kecil, rumah rumah & bangunan bangunan di sepanjang jalan je. Sebab tu aku tak suka untuk perjalanan jauh guna highway sebab tak ada perkara menarik aku boleh tengok.

Menurut sang pencerita waktu tu jalan tu baru buka. Jadi tak banyak la lampu jalan di sepanjang perjalanan ini menuju destinasi, berbagai lebuhraya di lalui.. (Maaf kalau ada yang ternyanyi.Gen Z je mungkin baca tak menyanyi.GenKRU genRock kapak bagai auto akan nyanyi gitu). Kita sambung balik cerita tadi. Katanya jalan tu memang familiar sangat la dengan kisah kisah seram. Sebab waktu tu memang masih tak banyak kereta yang menggunakan jalan tu. Nanti la aku siasat samada betul ke tidak banyak cerita cerita seram yang pernah berlaku kat situ. Aku bab bab menyiasat ni aku handal juga la.

Nak di jadikan kisah seramnya.. Pada malam yang sunyi.. Bukan pak mat jual topi tapi si budak Zaidi namanya. Pelajar perubatan yang sedang pratikal di salah sebuah hospital kat nogori sembilan sana. Sebab dia pelajar perubatan pratikal kat spital ni paham paham je la depa bukan jenis dapat punch card balik on time pun. Petugas petugas perubatan ni kebanyakan macam tu la terutama Doktor & jururawat. Depa kerja separuh nyawa juga terutama di klinik atau hospital kerajaan. Hangpa tau compalint ja. Hangpa cukup time sharp pukul 5 dah punch card balik. Depa belum tentu. Jadi jangan sikit sikit nak SISPAA ja. Tunggu lama pun nak SISPAA. 

Meneruskan cerita tadi, Si Zaidi ni habis kerja malam tu dah pukul 8 malam. Selesai solat maghrib di surau hospital dia pun bergegas mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur. Selain cuti hujung minggu kebetulan cuti umum juga. Maka dia ambil kesempatan untuk pulang ke pangkuan keluarga sekejab. Yelah.. time tu je ada peluang berehat & berjumpa keluarga kan..

Dia memandu sorang sorang je balik ke kuala lumpur. Dia ikut waze macam biasa la tapi tetiba dia berubah fikiran dari nak ikut jalan biasa dia guna terus bertukar fikiran nak guna jalan baru. Maka dia meneruskan perjalanan melalui jalan baru tu. Malam tu kenderaan pun tak banyak atas jalan jadi agak lengang. Hanya ada sebiji dua kereta yang sempat berselisih dengan dia. Tapi di sebabkan penat bekerja di siang hari, dia jadi agak mengantuk masa memandu. Selain faktor jalan terlalu tenang & lenggang jadi tak ada cabaran dalam memandu pun menjadikan perasaan mengantuk tu semakin menjadi jadi lah. Bila drive dengan jalan yang terlalu tenang, badan letih dah tu malam dia punya heal tu memang akan mengundang rasa mengantuk ok!

Kendengaran suara azan di corong radio. Kebetulan dia nampak ada RNR. jadi dia ambil keputusan untuk singgah rehat & bersolat dulu sebelum meneruskan perjalanan. Si Zaidi ni memang seorang yang alim & menjaga solat sikit. Jadi dia pun masuk ke kawasan rnr tu & parking kemudian terus ambil wuduk & masuk bersolat dalam surau. Masa dia datang tu memang surau kosong. Bukan saja surau kawasan RNR tu pun tiada sesiapa. Tapi mungkin dia anggap biasa RNR kosong bila bukan musim perayaan atau cuti umum yang panjang.

Dah selesai wuduk dia masuk surau & mula solat, Tiba tiba masa dia mengangkat Takbiratul Ihram terdengar suara bacaan yassin bergema dari arah belakang. Suara bacaan yassin tu agak kuat dan kedengaran agak lain dari biasa. Dia meneruskan solat sehingga selesai sehinggalah sampai ke salam terakhir dia terperasan  seakan ada ramai orang duduk berkumpul dan membaca yassin. Selesai salam dia berzikir & berdoa sekejab selepas tu dia bangun. Tiba tiba ada orang cuit bahu dia dari belakang pelawa dia untuk sertai bacaan yassin dengan mereka. lelaki tu memakai kopiah putih yang di lilit serban hijau. Katanya ada majlis tahlil sedikit. Sambil menunjukan kearah kumpulan bacaan yassin. Apa yang buat si zaidi ni berderau ada sekujur jenazah dah siap berkafan di hadapan 20 orang lain sambil di pimpin oleh seseorang.

Dia menolak dengan baik dengan alasan dia nak cepat balik ke kuala lumpur. Dia bukan takut sebab ada jenazah. perkara macam tu bagi zaidi biasa je sebab dia dah biasa menjadi imam di masjid kampung dia cuma yang luar biasa berlaku depan mata dia sekarang adalah sebab berlaku di surau RNR. Iskk.... tak pernah orang buat tahlil atau solat jenazah kat surau RNR malam malam buta macam ni. Selepas menolak baik pelawaan lelaki tu, Zaidi pun beredar lah. Sebelum beredar dia sembat mengalih pandangan kearah mereka & lelaki tu tersenyum. Nampak la sederet gigi emas dia. Luar biasa pelik juga tu. Bertambah seram Zaidi jadinya.

Yang buat dia semakin pelik keluar dari surau dia tak nampak ada satupun selipar atau kasut. Van jenazah pun tak ada. Jadi mereka ni datang dengan apa? Dari mana? Dengan siapa? Pelik,seram,sejuk lepas tu Zaidi rasa lapar pulak. Yang pelik rasa lapar tu macam lapar sangat sampai lutut dia jadi lemah & tak mampu berjalan. Macam tak makan berhari hari pulak lapar tu. Nak kata dia ada gastrik dia tak pernah ada gastrik pun. Sebab lapar sangat dia pun pergi ke salah sebuah restoran yang ada kat RNR tu. Restoran tu pun tak ada orang. Lepas pesan makanan & minuman tak sampai seminit dah sampai order dia. Terkejut juga dia. Cepat sangat kot. Dia pun tegur makcik restoran tu sebab cepat sangat. Kata makcik tu tak ada orang memang cepat. Kalau lambat nanti customer complaint pulak. Sebab terlalu lapar dia makan lupa nak baca bismillah. Terus pelahap gitu je. Nasi goreng tu sedap walau katanya ada bau hanyir pada ayam.  Sirap ais yang di pesan pun pekat & manis. Dia pun puji masakan makcik tu semasa nak bayar tapi makcik tu menolak katanya dia belanja. Semasa Zaidi tunduk mengira duit  tiba tiba suasana bertukar diam & sunyi. Sebaik dia mengangkat kepala terus dia tergamam.

Kedai tadi yang cerah benderang bertukar jadi gelap gelita. Tiada tanda yang kedai tu di buka pun. Papan tanda kedai pun kosong. Tiba tiba tekak dia mula rasa pahit & loya. Mula terfikir tadi dia makan & minum apa sebenarnya? Dia jadi pening.. berjalan terhuyung hayang ke kereta.

Dia tak tunggu la nak baca Yassin ke, ayat kursi ke ruqyah ke apa dah.. Terus pecut kereta. Kalau masa tu michael schumacher ada rasa ketinggalan jauh kebelakang juga si michael tu dengan budak Zaidi ni. Yelah.. kau sorang sorang di tempat pelik,aneh & seram dah tak ingat nak panas enjin dulu ke, nak ketuk ketuk carpet kereta dulu ke, nak check gigi ada sisa makanan lagi ke tak. Memang terus pecut la. Sempat juga dia jeling kearah surau tadi sebelum pecut. Imam tadi sempat melambai sambil tersenyum di pintu surau. Endingnya lepas kejadian tu Zaidi demam seminggu.

Itulah secebis kisah pengalaman si Zaidi yang di kongsikan sahabatnya di laman X. Cerita seram ni kadang kadang tak jadi berapa seram bila di ceritakan kembali dalam bentuk penulisan atau penceritaan secara lisan tapi sebenarnya bila kita sendiri hadap perkara ni ia dah sangat menyeramkan. Jadi jangan cakap besar sangat. Jangan sampai Dia try test hang masa tu baru rasa betapa azab kena tahan kencing & berak sampai langit cerah. 

12 January 2024 1 Komen Melekat

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU?

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU? Di kesunyian malam ini.. Ku datang menghampiri.. Diri mu yang telah berjanji.. Sehidup dan semati.. 

Ha.. Tu dia mukadimah lagu OST perjanjian syaitan gitu. Bukan apa hari jumaat ni aku nak share dengan hangpa sebuah kisah seram untuk masa depan katanya. Nak kata seram sampai merinding oh bulu roma ku bila hangpa baca mungkin tidak la sebab hangpa baca ja. Tapi bagi aku yang pernah lalui peristiwa tu waktu tu memang 'berdengup jantung ku.. Bila ku dengar nama mu ah.. ah.. ' gitu. 

Kisah ni memang kisah lama la sebab sekarang perangai lebih hantu dari hantu mungkin sebab tu jarang la ada gangguan syaiton nirrojim ni. Kisahnya masa tu aku masih tinggal kat kampung. Belum lagi berhijrah apa lagi kahwin jauh sekali ada anak macam sekarang. Masih muda, cantik, tertarik kau memang da'bomb macam sekarang juga. Tak ada beza pun. Kecantikan tu kekal sehingga hari ini.. 

Di jadikan kisah adik aku dapat sambung belajar kat politeknik nun jauh di terengganu sana. Jadi family aku nak pergi hantar dia kesana. Depa buat rombongan 2 buah family. Family aku dengan family mak munah (makcik aku). Tak la ramai. Mak munah masa tu ada seorang anak dan seorang je menantu. Campur mak munah 3 orang je la. Family aku sapa je la ada. Mak, arwah ayah, adik aku yang bongsu, dua kakak aku lagi tak ikut. Sorang masih belajar time tu. Lepas tu adik aku yang dapat sambung belajar tu lah. Pergilah mereka bermusafir kesana. 

Aku tak nak ikut bukan tak di ajak. Aku pun lupa kenapa aku tak nak ikut. Bila tak ada 2 family aku ni maka macam sebatang kara la. Tak ada pilihan kalau aku lari tidur rumah mak munah pun tak ada orang, baik aku duduk kat rumah mak ayah aku ja. Sekurang kurangnya makhluk berbulu ramai boleh buat teman bergaduh. 

Aku ni memang sejenis lewat tidur. Pukul 12 tengah malam tu kategori malam masih muda.. Asal kau duduk tak buat apa apa. Jadi aku lepak lepak kat ruang tengah (ruang tengok tv) sambil berniat nak tidur kat situ je tak tidur dalam bilik. Tapi malam tu aku rasa macam malam paling sunyi.. Sampai macam tak dengar apa apa bunyi. Tapi aku tak fikir la bukan bukan. Aku cuma rasa kesunyian tu sebab mungkin tak ada sapa kat rumah. Jadi aku baring baring sambil tengok tv. Tetiba aku dengar suara berdehem. Aku tutup volume tv tu.. Nak pastikan aku tak berhalusinasi. Yer suara sama macam mak aku biasa berdehem malam malam kalau tekak dia rasa tak selesa. Masalahnya takkan mak aku berdehem kat terengganu dengar sampai kedah. Argh... Menda ni saitan. Tak logik la nak suruh aku positif pun. 

Time tu aku mula rasa seram dah. Tapi mana aku nak lari. Makcik aku pun ikut rombongan hantar adik aku ke terengganu. Kalau dia ada confirm tengah malam pun aku lari kerumah dia & menyelit tidur celah ketiak dia. Sebab aku memang tinggal dengan mak munah sebelum anak dia kahwin & bawa bini dia tinggal kat situ. Memang tempat tidur aku celah ketiak dia la. Rumah mak munah tu macam rumah aku ja. 

Memang tak ada pilihan lain selain anggap diri aku macam dalam rancangan fear factor sambil berdoa kau jangan nak berdehem lagi saitan. Aku dah takut dah ni. Mujur la tak ada dah bunyi berdehem. Mungkin dia dah dapat strepsils gamaknya tekak dah tak gatal. Tapi bunyi berdehem tu serius bukan ilusi tau. Jelas aku dengar dan ingat sampai sekarang. Sebiji suara mak aku. Saitan betul.. Dia boleh tiru suara mak aku sebiji gitu. Kau memang betul betul saitan la beb! 

Tu salah satu pengalaman seram yang pernah aku lalui. Memang la hangpa baca tak seram sebab cerita tak ada muncul lembaga penapisan filem malaysia ke apa. Cuma sound effect je. Tapi cuba kau yang hadapi situasi tu.. Tidur pakai pampers beb! 

Moral of the story.. Tak semestinya orang suka tengok cerita seram macam aku ni tak akan rasa takut dengan gangguan mistik. Menonton tak sama feel macam menghadapi sendiri. 

Jadi itu je la pembukaan segmen seram serik lekat lekit untuk tahun 2024. Bagi aku masa sikit nak ingat balik kisah kisah seram lain. Kalau ada nanti aku share lagi yer.. 

03 February 2021 0 Komen Melekat

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP Masa kecil dulu kalau jumpa duit walau sekupang (10sen) pun dia rasa macam dapat bonus dah. Tu zaman dulu. Zaman sebelum 2000an la. Sebab 10sen masih boleh beli jajan atau gula gula. Pergi beraya pun tahun 90an masih ada bagi duit raya 10sen.

Tapi zaman sekarang budak budak pun main campak campak je duit syiling. Betapa zaman dah berubah duit syiling semakin hilang value.

Tapi duit syiling ni pun selalu di kaitkan dengan benda mistik. Kalau dulu zaman 90an popular mainan khurafat spirit spirit of the coin. Permainan panggil hantu untuk tanya soalan kebanyakan berunsur rahsia orang lain la. Lepas tu pakat histeria satu sekolah. Begitulah kesudahannya selalu.

Tadi terbaca dekat satu group di facebook berkaitan duit syiling. Satu posting telah di buat di situ untuk mencari jawapan pada kejadian yang dia rasa pelik bila jumpa duit syiling bersepah di kawasan luar rumah dia.

Dari komen pengikut di group tersebut ada menasihati jangan menyentuh atau mengutip syiling tersebut risau jika salah satu cara orang menghantar sihir. Ada yang berkongsi pengalaman mendapat gangguan sebab mengutip syiling yang di jumpai.

Bagi saya.. sihir & gangguan jin dan syaitan memang wujud sampai sekarang. Tak mustahil benda tu boleh berlaku. Tapi tak semua situasi syiling tu mungkin berhantu atau menjadi perantaraan sihir. Selalunya kalau ada unsur sihir ni keadaan dia akan jadi pelik. Contoh syiling tu macam di tabur setempat yang mungkin jadi tak masuk akal untuk berada disitu dalam keadaan macam tu.

So kalau hangpa rasa jumpa syiling dalam keadaan meragukan tak payah la kutip. Kadang kadang naluri kita ni boleh rasa juga kalau ada sesuatu yang tak baik. Kalau rasa macam tak sedap hati.. cuba buang di tempat lain atau biar je kat situ.

Ada juga yang sindir..kalau jumpa not kertas dalam nilai yang besar mesti tak takut nak kutip. Terpulang la pada individu. Tapi ada komen kongsi pengalaman kawan dia di santau guna duit kertas. Bagi saya apapun barang di gunakan kalau dah di jampi serapah, puja jin & syaitan & guna khidmat khadam (jin) semua pun boleh guna sebagai perantaraan sihir.

Moral of the story.. nak percaya atau tak itu terpulang pada individu tapi jangan sampai terpesong akidah & mensyirikan Allah.
14 December 2020 2 Komen Melekat

PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH MALAM

PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH  MALAM. tengah kecoh kat beberapa buah negeri di ganggu dengan misteri pintu rumah di ketuk waktu tengah malam. Ada terbaca di facebook, rakan dalam friendlist den pun ada terkena. Bagi yang belum terkena mungkin boleh dok troll atau buat lawak lagi tapi bagi yang dah melalui pengalaman tu dah tak lawak dah. Ketuk macam nak roboh pintu alih alih tak ada orang. Mau tak merinding rinding Ooi bulu roma ku katanya.

Sampai sekarang misteri ketuk pintu tu tak terungkai. Tapi banyak juga spekulasi yang mengaitkan dengan wujud unsur aktiviti khurafat sehingga menyebabkan gangguan mistik ni. Cuma tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Tapi sebelum viral kes ketuk ketuk pintu ni den pun pernah ada pengalaman yang sama. Erkk.. bukan ada ada kan cerita tapi memang pernah berlaku.

Cerita ni berlaku nak kata lama sangat tak la. Dalam tahun ni juga tapi sebelum kecoh pasal gangguan ketuk ketuk ni. Berlaku waktu tengah malam. Time tu kami sekeluarga memang dah tidur. Tengah sedap tidur terkejut kami laki bini dengar bunyi kuat orang ketuk pintu. Secara automatik dua dua bangun pandang pintu. Masa kami pandang pintu tu bunyi tu dah senyap.

Aku suruh suami pergi tengok.. memang tak ada sesiapapun depan pintu. Tapi maybe suami aku tak nak bagi fikir bukan bukan..dia kata maybe budak budak nakal tu saja menyakat even tak ada dengar pun bunyi tapak kaki orang berlari ke berjalan ke lepas pintu kena ketuk.

Dah suami aku cakap macam tu..den pun bersangka baik je la. Sebab malas nak fikir. Lagipun setakat gangguan bunyi ni dah biasa hadap. Dah lama tak pernah ada gangguan bunyi kat rumah den. Setakat bunyi je la tak harap la dia tetiba muncul tersenyum mesra bagai. Hope tak ada la. Berani berani den pun seriau juga kan.

Sampai hari ni tak tahu siapa atau apa yang ketuk pintu. Bukan mimpi. Memang real. Ketuk bukan pelan pelan anak.. ketuk kuat pulak. Takkan la jiran mulut puaka sebelah yang buat. Jiran den tu mulut je puaka tapi rasa tak sampai tahap macam tu kepuakaan dia. So tak rasa dia nak bergurau macam tu. 

Bagi mereka yang mengalami gangguan bunyi pintu di ketuk tu kalau setakat ketuk kemudian tak ada apa apa & tak datang lagi tu tak payah terlalu fikir. Banyakan membaca Al Quran, Insya Allah rumah kita di lindungi dari gangguan jin & syaitan. Kalau malas juga hadap je la gangguan tu sebagai sebahagian dari kehidupan kerana ia wujud hehehe

Moral of the story.. bersama sama kita berdoa semoga gangguan ketuk ketuk pintu berakhir & beliau tak merentas ke serata negeri. Pesan kat dia.. kita belum menang. Kekekeke #covid19Awareness

Nak tempah gambar potret boleh ke facebook page Aisyarts
29 June 2020 1 Komen Melekat

MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI

MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI. Lama juga rasanya tak berseram serik lekatlekit kan? Mesti ramai yang rindu. Sorry la tak sempat nak memburu hantu sejak dua tiga tahun ni. Malas la nak sebut kenapa.. nanti di katanya cuba mengungkit kisah yang lalu. Biarlah kisah hitam itu jadi sejarah dalam hidup den ni.

Tapi tu la.. sebab terlampau busy dengan masalah duniawi yang melanda hidup den sejak tiga empat tahun ni den macam tak perasan pulak sesuatu yang lama menghantui rumah den ni tiba tiba senyap sunyi sepi basi dah. Sejak bila pun tak perasan. Tup tup sedar sedar.. kemana semua bunyi bunyi misteri yang tiada jawapan selama ni hilang? Si pembuat bunyi tu dah kemana gamaknya?



Alkisah sejak tinggal di rumah ni, actually saya tinggal dari bujang. Di sebabkan menyewa sorang sorang, kadar sewa yang murah selepas kawen kami decide terus tinggal kat sini sampai sekarang. Lagipun rumah sewa tak apa duduk rumah yang kadar sewa tak membebankan. Ada banyak kebaikan.. Contoh bila negara di landa pandemik covid-19, ramai hilang pendapatan. tak hilang sepenuhnya pun terjejas tu memang ada macam kami la. Tapi alhamdulillah masih mampu bayar sewa rumah sepanjang pkp di laksanakan. Tu salah satu kelebihan kita duduk di rumah sewa yang kadar bayaran murah.

Tapi bukan tu isunya.. Isunya. Bunyi bunyian yang selama ni menghiburkan kami sekeluarga ni saya perasaan dah lama sangat tak ada. Dulu memang setiap siang malam pagi petang.. Tengah malam paling aktif. Bunyi guli jatuh dari atas. Bunyi seret perabut. Bunyi macam katil bergoyang.. krett.. krett.. gitu & bunyi derapan tapak kaki. Sampai pernah suami saya tak tahan saya tak boleh tidur.. esoknya dia try pergi kerumah jiran tingkat atas sebab dia ingat maybe bunyi tu datang dari rumah jiran tingkat atas. Rupanya tidak.. Selepas jiran tu berpindah & rumah tu kosong bunyi tu still ada sampai kami terpaksa buat tak kisah. Kena biasakan diri untuk tidur di alun bunyi bunyian misteri tu.

Pernah juga bertanya dengan perawat di pusat rawatan Islam.. Katanya ada jin yang memang dah lama tinggal. Agak susah nak halau dia keluar. kena buat tahlil atau boleh guna khidmat perawat di pusat rawatan islam tu untuk buang tapi kos agak mahal so kami rasa benda tu sebenarnya tak menganggu selain dengan bunyian je. Biarlah.. Tapi masa anak sulung saya shahila masih baby. Memang bunyi tu suka ikut di mana dia tidur. Bermakna dia akan buat bunyi betul betul atas shahila tidur tu.

Tapi sepanjang mengandung & selepas setahun dah hud anak kedua saya lahir.. memang saya perasan bunyi tu dah tak ada. Totally tak ada langsung. Bunyi guli jatuh ke, bunyi seret perabot atau bunyi derapan tapak kaki sekalipun. Tak ada la buat apa apapun ritual halau jin ke apa. Dia sendiri mungkin jemu kot lama menumpang kat rumah ni tak bayar sewa. Maybe dia dah pencen balik kampung halaman dia nun dalam hutan belantara. entahlah.. susah nak cakap benda yang tak nampak dengan mata kasar ni.

Apapun bagus juga la.. Bukan elok pun ada makhluk makhluk macam tu dalam rumah. Even tak menganggu dari segi gangguan seram macam penampakan wajah wajah ngeri atau kejadian kejadian aneh selain bunyi bunyian misteri yang bagi saya.. alah tak ada apa nak takut. Lain la tetiba bunyi mengilai ke, bunyi sayup sayup menangis ke apa. Setakat bunyi guli, seret perabot.. suka hati kau la jin.  Bagus juga kau tolong kemas rumah tapi tak ada pun. Kau kemas apa tak tau la busy bebenor sebelum ni.

Apapun Alhamdulillah la.. maybe bunyi bunyi tu semakin hilang sebab penghuni dia semakin baik kot. Dulu agak lalai.. dia datang nak ingatkan la tu. Dia pun makhluk Allah juga, ye dak. Takde apa sesaja je tulis kisah ni.. Sesaja nak update blog katanya. Hope tak bosan lah yer baca. Nak warm up balik penulisan di blog katanya.
30 June 2019 1 Komen Melekat

SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU??

SERAM! ADA YANG NAMPAK 5 ORANG DALAM GAMBAR NI. SIAPA GADIS SERBA HITAM TU?? Hammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmboi! Lama sungguh lahai blog lekatlekit tak ada segmen seram serik lekatlekit kan? Cuti panjang sungguh dia katanya. Yelah.. Busy dengan macam macam benda. Dengan nak cari dana untuk bayar kos guaman sampai la ni tak cukup cukup lagi.. Tup tup beranak pulak katanya. La ni makin bertambah sibuk la dengan baby hud yang masih kecik tu. Dengan kakak shahila yang special edition katanya. Nak update blog pun kemain kena curi curi masa. Sambil dodoi hud boleh la mula menaip sepatah dua kata.

Di pendekkan cerita la.. Kalau panjang satgi budak hud meraun hapapun tak sempat nak taip dah katanya. Ternampak kat twitter benda ni sedang kecoh. Berkaitan satu gambar gambar raya yang dah di edit agak menyeramkan. 4 manusia yang tetiba kepala memasing terpisah dari badan. Editing je yang tu tak ada apa nak peliknya. Zaman sekarang hang tak payah belajaq multimedia pun dok depan pc/laptop godek godek boleh ja nak buat gambar lagu tu.


Tapi yang jadi isunya.. Ada yang nampak dalam gambar tu ada 5 orang. Walaupun asalnya gambar tu cuma 4 orang. Bukan sorang yang nampak ada 5 orang dalam gambar tu ada beberapa individu mengakui nampak 1 kelibat.. mungkin bukan kelibat tapi kelihatan macam seorang gadis berpakaian serba hitam. Nampak macam manusia biasa yang terselit dalam gambar tu. Pada mulanya.. Ingat memang ada gadis tu di antara mereka tapi bila ada yang tak nampak kehadiran orang kelima dalam gambar tu benda ni buat jadi kecoh sekejab kat twitter.


So, marilah kita sama sama merenung ke dalam gambar ni & bagi jawapan samada hangpa nampak dalam gambar ni ada 4 orang atau 5 orang. Kalau den yang spesis sentiasa berhijab ni memang nampak 4 jer.. kalau yang asyik kejab buka kejab tutup hijab tu gamaknya berapa orang hangpa nampak dalam gambar ni. Boleh tulis jawapan hangpa pada ruangan komen yer. Kita survey samada betul ada yang nampak ada 5 orang dalam gambar ni atau cuma 4 orang saja.




Mana yang nampak 5 tu harap tak demam la yer hehehehe.

Moral of the story.. Entah la samada betul ada kewujudan entiti misteri dalam gambar tu atau tidak, Allah mengetahui segalanya. Kalau saya memang tak nampak apa apa pun.
20 February 2018 4 Komen Melekat

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG. kembali lagi kita dalam slot seram serik lekatlekit. Tu dia.. Mesti hangpa semua dah siap sedia melukut depan skrin memasing kan? Peminat setia sangat kekdah kan.. Nak otogeraf ke? hehehehe..

Sudah sudah la tu lekatlekit kau feeling retis.. Kau kena saman RM3juta pun takde media nak highlight kes kau lagi dok acah acah macam kau ramai peminat. Pergi kau tulis blog di sana! Apa kau menangis disini!!!

Siang siang hari hang dok gigih tulis cerita seram ni pasaipa?? Bukan apa.. Ada orang jenis minat cerita seram tapi takut nak baca malam - malam.So bagi peluang depa baca update fresh from oven dari blog lekatlekit ni di siang hari pulak. Hangpa yang rasa tak feel baca sengsiang hari.. Simpan je entri ni tunggu sampai malam Jumaat keliwon baru baca. Apadahal... Blog den bukan nak expired lagi pun. Renew domain sampai 2019 ok!

Gambar sekadar hiasan

Semalam den gigih membaca satu kisah seorang kanak kanak di mana bermulanya hijab terbuka selepas bertemu dengan puaka pokok ketapang. Lumrah budak budak ni.. suka buat perangai degil. Alkisah budak ni pun jenis spesis suka melawan arus jugak. Yang orang kata tak boleh itulah yang di buatnya. Tak payah nak libas la.. Berbirat sekejab jer... lepas tu dia lupa dah sakit dia buat balik.

Kisah budak ni yang habis tuisyen tak terus balik rumah tapi ikut kawan kawan tengok bola kat padang. Niat tu nak singgah sekejab tapi kalau budak lelaki dah tengok bola... confirm la sampai habis perlawanan ye dak. Sedar sedar dah lewat petang sangat.. Baru la ingat nak balik. Tu pun selepas perlawanan bola dah habis.

Alkisahnya dalam perjalanan nak balik rumah dia tu.. Ada satu laluan hutan yang menjadi laluan shortcut untuk dia sampai ke rumah tapi Atuk dia dah pesan jangan guna laluan tu tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sesampai di laluan tu.. Tetiba je dia terdetik untuk guna jugak laluan shortcut tu.. Disitulah bermulanya.. Kisah hijab terbuka.. Bukan hijab tudung yer... Budak jantan pejadah pakai tudung. Ni hijab yang di maksudkan adalah deria ke enam ke hapa orang panggil.. Alah susah sangat la nak paham. Hijab terbuka bermakna dia boleh tengok makhluk halus! Makhluk halus bukan semut atau tungau jer. jauh sekali kutu. Ni makhluk halus & Jin syaitan. Mohon jangan loyar buruk sangat ok! Hantar saka kang baru tau!

Walaupun dia tahu dia di tegah menggunakan laluan short cut tu.. Tapi entah kenapa katanya haritu dia macam di ajak ajak pulak guna jalan tu. So, dia pun lintas jalan & terus masuk ke laluan hutan. Memandangkan dah nak masuk maghrib so dia cuba cepatkan langkah nak sampai rumah. Ketika melintas di hadapan satu pokok ketapang ni tetiba.. Opocot! Muncul seorang pakcik tua. Ntah mana datangnya.. tetiba keluar dari pokok ketapang.. Dia fikir mesti orang tua tu baru selesai buang hajat. Biasa la.. Lelaki kan? Berhajat kat memana pun boleh.. Apadahal belakang pokok ketapang pun.

So, dia pun bagi la salam.. Tapi tak di jawab hanya renungan tajam je. Pahal pakcik ni sombong siot! Jawab salam pun tidak.. tapi usya macam nak ajak gaduh jer. Tak pakcik la gaduh dengan bebudak kan.. Dia malas nak layan pakcik kerek tu.. so dia terus la berjalan mencari sign laluan dia untuk sampai kerumah. Tapi sign dia tu dah takde pulak. Sepatutya dia akan jumpa tokong cina tapi haritu tak jumpa pulak... Cuaca semakin gelap dalam hutan pokok getah.. dalam celah2 dok cari jalan pulang ke pangkal jalan tu.. dia teringat pakcik keret tadi. Dia masih tertanya tanya apa orang tua tu buat kat situ.. Situ dah la ada kuil hindu.. Tak takut tersampuk ke?

Tak semena mena tiba tiba je beg sekolah yang di galas jadi semakin berat.. Buat dia jadi semakin cepat letih & terpaksa berhenti berehat sekejab dari meneruskan perjalanan. Masa dia nak letak beg ke bawah tetiba muncul pakcik keret tadi.. termelatah juga budak tu. tetiba je muncul. Memang orang tua ni spesis wartawan melodi gamaknya suka terjah terjah orang. Atau dia memang suka main aucak macam tu..

Orang tua tu berdiri tak jauh dari belakang dia. Sedikit rasa Kagum juga muncul di hati budak ni. cepat juga orang tua tu berjalan sebab masa dia dok cari sign jalan nak balik tadi tak ada pun nampak kelibat pakcik tu tetiba muncul pulak. Sebab nak cover malu dia terkejut nampak pakcik tu maka dia pun senyum kat pakcik tu tapi hampeh orang tua tu tak balas pun senyuman dia. Macam biasa pakcik tu cuma berdiri tegak & memandang dengan renungan tajam.. Bajet orang jatuh cinta dengan dia ke hapa buat macam tu! hahahaha

Budak tu mula pelik.. Dah kenapa orang tua ni asyik pandang dia dengan muka tak puas hati je. Dia mula terfikir pakcik tu ikut dia sebab bila dia berjalan orang tua tu berjalan bila dia berhenti orang tua berhenti. Nak autograf ke hapa tak sure la kan.. Di amati rupa orang tua tu memang dia tak pernah kenal even kalau orang tua2 kat area tu majoriti dia memang kenal.

Dia mula cuak. Perasam seram sejuk.. seram serik lekatlekit semua dah keluar masa tu. Dia syak pakcik ni bukan manusia.. Tapi puaka pokok ketapang yang menjadi cerita orang kampung selama ni. Selama ni dia ingat saja je orang tua2 nak momokkan budak2 supaya tak guna laluan tu.. Rupanya betul ada puaka pokok ketapang.

Walaupun takut nak mati tapi dia tetap berdiri & sempat check kaki orang tua tu samada cecah ke bumi ke tidak. makin pening dia sebab kaki orang tua tu memang berpijak di bumi yang nyata. Menurut kata orang kalau hantu kaki dia tak jejak ke tanah. dah apa spesis pulak pakcik ni? Manusia ke hantu?? Orang tua masih dok usya tepat pada dia..

Apa lagi dia galas beg.. dia terus berlari mencari jalan pulang. Sesekali dia toleh ke belakang.. orang tua tu still tercegat kat situ. Itu sudah bagus.. dia tak ikut sama berlari seiringan.. seindah bunga di taman.. bak gunung nan megah.. kanda ku puja.. op's... sorry teringat lagu Sharifah Aini pulak.. ok ok.. sambung cerita.

Beg sekolah semakin berat tiba tiba.. Jalan pulang masih jugak tak jumpa jumpa. Habis lenguh2 kaki tangan budak tu.. Dok cari sign jalan pulang tetiba dah muncul pulak orang tua ni. Kau pehal pakcik!! Rasanya dah jauh dia tinggalkan situa sombong tu tetiba ada pulak depan mata ni lahai.. Bila tengok orang tua tu semakin mendekati dia.. dia berlari la apa tunggu lagi. Bila dari tadi dia mencari jalan keluar tak jumpa jumpa, maka sedarlah dia dah tersesat.. So dia ambil keputusan nak patah balik je guna jalan biasa. Kalau dok berjalan tak sampai sampai kesudah.. kang ber camping dalam hutan pulak.

Bila dia cuba nak angkat beg dia dah tak boleh.. seret pun tak jalan. memang berat nak mati begnya. Kedengaran sayup sayup azan dari masjid menandakan dah masuk waktu maghrib.. Time tu dia mula takut.. bukan takut orang tua misteri tu muncul lagi je.. malah takut kena marah dengan bapak dia jugak..

Masa dia cuba menarik beg.. sekali lagi muncul orang tua tu yang berdiri tengah2 jalan kira2 10 tapak dari dia. Kali ni bulu roma dia dah meremang.. lelaki tu bergerak menghampiri dia tapi kaki dia tak berjalan macam manusia biasa. tegak jer.. macam meluncur gitu.. sah bukan manusia. Hatinya makin pasti confirm ni la puaka pokok ketapang yang orang dok cerita tu... Time tu dia langsung tak boleh bergerak.. terus terpaku kaku kat situ manakala situa kutuk tadi... saiznya semakin membesar bagai juara. Ni mesti selalu minum milo kan..

Kelibat lelaki tua yang berpakaian kini tidak lagi berpakaian sebaliknya semakin besar saiz dia.. semakin hilang baju dia & tubuhnya mula di tumbuhi bulu bulu lebat. Salman khan pun kalah ok dengan bulu makhluk tu ok! Nak menjerit pun suara tak keluar. Hanya dia sempat berbisik dalam hati memanggil atuknya.. Wajahnya yang tadi nampak macam pakcik pakcik.. Sekarang dah tak nampak rupa manusia jauh sekali menyerupai najib tun razak yang ensem tu.. Dengan matanya dah tak ada kelopak, biji mata terbuntang macam biji mata tersangkut pada tengkorak, kulit dia pulak bertukar pucat & bertompok tompok kelabu. part rambut pulak bertukar panjang mengerbang serta kusut masai.. So bayangkanlah betapa seramnya permandangan itu.

Dan nak tau apa berlaku kepada budak tu... Sila dapatkan Novel Seram BERTARUNG DENGAN SYAITAN hasil tulisan pengalaman & kisah benar penulisanya sendiri Tajul Zulkarnain. Bukan saja kisah puaka pokok ketapang malah banyak lagi kisah2 yang di kongsikan dalam novel ni.


Antara kisah sekumpulan sepupu yang melalui jalan hutan untuk pergi memancing di sungai. Akibat ada di antara mereka yang mulut celupar & berlagak, salah seorang telah di telan oleh jin tanah. Banyak moral of the story dalam novel bertarung dengan syaitan ni boleh kita ambil pengajaran. Sebab kita sedia maklum.. Jin & syaitan itu wujud.. Mereka pun ada jenis jenis mereka sendiri yang masyarakat melayu bagi nama macam jembalang tanah bagai tu. So semua tu di kumpulkan dalam satu buku yang bertajuk Bertarung dengan syaitan.


Penulisan dalam novel ni memang senang faham.. Gambaran yang di tulis juga senang untuk kita bayangkan situasi dia macam mana. gaya bahasa dia juga santai.. menggunakan dialog2 yang biasa kita gunakan dalam perbualan seharian so perkara menghidupkan lagi watak watak & jalan cerita. takde la rasa macam macam buku teks sastera sangat kan.. hehehe. Tapi jangan membayangkan penulisan Tajul ni macam den tulis cerita seram pulak yer. Tak sama ok! hehehe


Memang enjoy baca. Bagi peminat cerita seram & novel seram memang suggest untuk dapatkan novel ni. Umur yang sesuai bagi pendapat saya.. 12 tahun keatas la. Sebab ramai juga pembaca novel seram di kalangan pelajar sekolah.

Macam mana nak dapatkan novel ni? boleh dapatkan terus dengan penulis novel ni Tajul Zulkarnain. Boleh hubungi beliau di :

 Facebook : Tajul Zulkarnain 


Selain Bertarung dengan syaitan banyak lagi novel novel lain yang menarik untuk di baca seperti mental, Pendosa Dulu Kini Selamanya dan banyak lagi. Boleh follow Tajul di facebook.. Beliau selalu update novel novel tulisan beliau selain boleh beramah mesra dengan penulis jugak. Memang orangnya ramah tamah. hehehhee
02 February 2018 1 Komen Melekat

SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM

SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM. Ampun.. ibuk ibuk bapak bapak.. Lama tak bersiaran segmen seram serik lekatlekit. Allahu... sejak2 berbisnes dropship ni lahai.. Busy mengalahkan jutawan kosmetik ok! Tu dia kan.. Kalau cerita langit pun boleh runtuh katanya. Sebab dah lama sangat bercuti dari menghantui hangpa semua.. Maka Tora datang lagi dengan cerita seram untuk di isi dalam slot ni.


Ni kami nak share kisah yang kami baca dari 1 forum.. Pengalaman bebudak ni ha. Almaklum bebudak U kan selalu belajar jejauh kan.. Bila dapat emergency call mengelabah la nak balik kampung. Dia tak tunggu esok dah.. Malam pun malam la..

Alkisahnya seorang budak masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Dia dapat call nenek dia sakit tenat. Dia dapat panggilan tengahari.. Memandangkan dia memang spesis celah ketiak nenek.. Alahai, dia rapat dengan nenek dia maka petang tu jugak di berdesup balik kampung walaupun kalau ikutkan dia memang tak suka bertolak balik kampung petang petang hari. Katanya sebab kawasan tu agak sunyi. Petang2 pun dah sunyi yer.. Malam apatah lagi.

Rezeki dia la kan.. Dapat jugak bas pukul 5 petang nak balik kampung. Katanya perjalanan untuk sampai ke kampung lebih kurang 5 jam.. Ni mesti dari ibukota la ni nak balik utara. Den tau la den kan orang utara.. Memang normally nak balik kampung paling cepat 5 jam juga la kan kalau naik bas ekspress. Nak balik kampung dia katanya boleh je redah je naik bas apapun yang menuju ke Butterworth, Parit Buntar atau ke kulim. Tapi di sebabkan Bas paling awal cuma ke parit buntar.. Kira boleh la tu. Lebih kurang pukul 11 macam tu la.. Maka sampai la di di stesen bas parit buntar. Dari Parit buntar memang membohong sangat la nak jalan kaki balik Bandar baru kedah sana nu.. So, dia survey2 teksi kat situ semua kerek tak mau hantar dia. Mujur la ada satu prebet sapu yang sudi hantarkan.. Prebet sapu yer.. Bukan Uber. Tahun 2000 rasanya belum ada uber. Nak tak nak dia kena juga sudi terima pertolongan pakcik prebet sapu tu.. Janji tak sapu licin wallet dia sudah la. Sebab dia dok fikir takut tak sempat jumpa nenek dia.

Sementara nak sampai ke destinasi yeah.. yeah.. puncak cinta tertinggi yeah.. yeah.. Op's sorry tetiba teringat lagu Dato Siti Nurhaliza pulak. Ok ok.. sebelum kena ludah skrin kita sambung balik cerita tadi. Sementara nak sampai tu dia pun berbual la dengan pakcik prebet sapu tu. Satgi orang kata tiang pulak kan sampai tak bertegur sapa. Tengah asyik dok sembang tu tetiba ada sorang minah mana ntah tetengah malam tahan kereta. Pakcik ni tak berhenti la sebab dia dah ada passenger kan? Si budak tu pun masa tu tak fikir apapun pasal perempuan yang tetiba tahan kereta tepi jalan memalam buta sebab otak dia focus nak jumpa nenek dia jer.. Datang bidadari secantik sajat pun dia dah jadi tak bernafsu katanya hehehehe

Bila sampai ke depan sikit.. Ada lagi perempuan tahan kereta. Budak tu mula fikir ramai betul perempuan pukul 11 malam masih tak balik rumah. Macam biasa la driver prebet sapu tu buat lex wat peace jer.. Dia tetap dengan prinsip dia. Dia dah ada penumpang.

Masuk kali ketiga.. Nampak minah yang sama tahan kereta melambai lambai macam yang pertama & kedua tadi memasing rasa tak sedap dah. Yang penumpang tu terkumat kamit la baca apa apa yang patut, si driver tu diam on the spot.. Time ni kalau terkentut confirm kantoi walau bunyi angin je pun. Sebab masing2 sunyi basi layan seram serik sejuk bagai.

Tak lama lepas tu baru pakcik prebet sapu hentikan kereta & suruh budak tu baca la apa yang patut. Mamat tu memang tak berani dah nak pandai luar apatah lagi pandang belakang tepi tengah bagai. Dia tunduk jer.. Memang rasa nak menangis. Tetiba kedengaran pakcik driver melaungkan azan.. Azan tu katanya dengar sayu sangat. Selesai azan.. Pakcik tu takde la lepak lepak isap okok bagai. Start enjin terus gerak la sampai la kerumah budak tu.

Sampai je rumah budak tu.. So di pelawa la pakcik prebet sapu tu bermalam kat rumah dia. Risau juga kang nak balik, minah tu dok tunggu lagi. Almaklum la dia nak tumpang tadi depa tak bagi kan.. Mula2 pakcik tu tolak tapi di pujuk ayah & abang dia.. Pakcik tu setuju la. Lagipun dah larut malam.. Kalau pun tak di ganggu makhluk2 halus, mengantuk pun boleh jadi punca kemalangan.

Maka terbongkar la cerita masa kejadian tu berlaku... Kata pakcik tu dia nampak perempuan tu 3 kali. Perempuan yang sama tahan kereta dia. Lepas tu baru dia perasan macam dia dah sesat sebab dia perasan masa dia tengah drive dia nampak macam ada simpang padahal sepatutnya jalan tu jalan sehala. Dia memang yakin 100% sebab memang selalu guna jalan tu berulang alik. Lepas azan tu baru dia nampak jalan pulang ke pengkal jalan katanya

Lepas kejadian tu.. Memang budak tu takkan balik time kejadian seram tu.Kalau lewat dia lebih rela tunggu sampai siang kat stesen bas. Tu dia memang trauma yang melanda.. menikam nikam jiwa  sungguh budak tu kan? Aje giler kau! Kau belum kena senang la ejek ejek orang.. cer kau yang kena. Jenuh renjis renjis air penawar nak pulih semangat. hehehehe

Moral of the story.. Hantu hantu zaman sekarang pun dah mengalami Osteoporosis.. Jangankan nak terbang.. nak jalan pun dah tak mampu. Sebab tu dia tahan kereta nak tumpang.. Tu pun kedekut hangpa ni. Tumpang sampai kubur sana jer pun.. Boleh la bang... dekat je. hahahaha
16 December 2017 1 Komen Melekat

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR

HANTU LANGSIR BUKAN LANGSUIR. Kadang2 ada orang sebut hantu langsir tapi ejaan dia hantu langsuir. Kalau orang kedah sebut langsiaq.. Orang sabah sarawak tak tau sebut lagu mana. Tapi ia tetap hantu yang sama.


Tapi hantu langsir dalam Drama lain pulak. Confirm ramai yang mula2 baca tajuk drama tu akan silap. Membayangkan drama tu berkisahkan hantu langsuir kan? Sebab kadang2 kita sebut langsir kalau ikut bahasa pasar.

Sekarang tengah siaran ulangan Telefilem Hantu Langsir kat TV3. Drama seram komedi je tu.. Tak payah la over sangat nak seram tengok siang2 hari minggu ni. Melampau tau hahahaha.


Kisahnya sumpahan Hantu Langsir kembali mengganggu kampung langsir. Hantu tu suka muncul kat langsir2 tingkap rumah orang.. Ada disebalik cerita kenapa hantu langsir ini terjadi. Kerana mahukan kuasa, so ada komplot mahu jatuhkan ketua kampung yang sudah 35 tahun membangunkan kampung. Disebabkan dengan kejadian hantu langsir, menjadikan kampung langsir dah jadi kacau bilau. Di kacaunya warong, ketua kampung. Siapa sebenarnya hantu langsir?? Adakah hantu? Alah drama ulangan jer.. Haruslah bukan hantu cuma pakatan menjatuhkan ketua kampung yang dah lama pegang jawatan ketua kampung langsir je pun. Hahahaha

Alang alang cakap pasal hantu langsuir ni.. Kalau ikut wikipedia Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

Tapi hangpa jangan la percaya langsuir tu hisap darah orang pulak. Langsuir ni dalam spesis Jin juga. Jelmaan perempuan tu bukan rupa sebenar dia maybe. Biasa la tugas jin & syaitan menyesatkan manusia. Depa tak boleh membunuh manusia secara terus cuma boleh melalaikan manusia sehingga menyebabkan kemalangan atau apa2 kecederaan sebab ketakutan yang amat sangat. 

Cekik sampai mati.. hisap darah sampai kering tu.. semua dalam filem & drama. Dalam kehidupan seharian kita mana ada orang mati kena hisap darah dengan langsuir hahahaha.

Moral of the story.. Mereka atau kita semua makhluk Allah. Allah yang lebih berkuasa maka mohonlah perlindungan dari Allah.
08 December 2017 0 Komen Melekat

PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM

PENGALAMAN SERAM MAT MOTOR EX5 MELALUI SATU JALAN GELAP DI JUNJUNG KULIM. Malam ni malam apa anak anak mummy? Yer malam jumaat, erkk Hari Jumaat sebenarnya hahaha... Anak anak semua malam jumaat ada apa yer.... HANTU? Jangan nak merepek sangat ok! Hantu ni dia tak kira malam apa.. ada je dia kat memana.. Cuma malam jumaat hari ni ada cerita seram baru di segmen seram serik lekatlekit. Mesti anak anak rindu kan.. Ye ye mak paham kesangapan hangpa dengan cerita seram mummy..


Walaupun Mummy sekarang mood seram dah jadi serabut dengan kes saman tengah berjalan tapi bak kata supporter Mummy.. Hidup la macam biasa. Tidur, makan & buat la rutin hidup macam biasa. Mak cuba nak.. walaupun dalam hati tidak la setenang air di kali. Tapi takpe... Perjuangan tetap di teruskan.. Cerita seram pun tetap ada di blog puaka lekatlekit ni.

Malam ni nak share dengan hangpa kisah seorang mat motor EX5 yang melalui detik detik seram ketika dia melalui satu jalan gelap di malam hari. Lokasi katanya area junjung tapi spesifik tempat tu tak tau kat mana. Jalang bukit Lengkok ke kat mana.. Kurang pasti pulak cheq.

Ni kes lepak dengan kawan kawan sampai lewat malam kat kulim.. Bila masing2 mengantuk baru la nak ingat rumah, tilam bantal katanya. Dasar lelaki kan? Kawan2 dia semua tinggal dekat area2 situ je.. dia sorang ja katanya rumah kat Jawi. Bila tengok jam dah pukul 12.. Nak kata cinderella.. lelaki tapi pukul 12 baru nak ingat balik rumah bang Ooi!! So terpaksa la dia redah jalan gelap memalam buta untuk sampai ke rumah dia nun di Jawi sana. Kalau ikut hati katanya dia tumpang tidur rumah kawan dia jer tapi sebab awal2 subuh sapie esok dia ada kerja nak buat tu yang gigih juga balik rumah.

Maka bermulahlah episod.. Ku redah, jalan yang berliku memburu impian.. Sorry makcik lupa lirik. Almaklum cerita mat motor feel sikit background lagu dalam filem gila gila remaja tahun 80an kan. Ok dah.. dah... nyanyi pulak. Kita sambung cerita seram.

Maka dia pun meredah jalan gelap dengan kelajuan 60 - 70km/h sebab katanya motor dia dah uzur. Pepaham je la... Kalau dah uzur nak laju tak boleh. Kang laju tercabut ekzos ke.. terputus rantai ke.. terkepak RIM ke tetengah malam macam tu pun susah jugak kan. Motor uzur ni nak press lelaju satgi dia mampuih tengah jalan baru hang tau apa erti penyesalan..Dah la jalan tu sunyi basi tak ada kenderaan lain yang lalu lalang. Mula2 ok la dia tunggang EX5 dia tanpa prejudis.. Sampai la kat satu jalan yang berdepan dengan jirat cina tetiba Uolls... Tau tak apa berlaku? Salah dia tak jumpa hantu lompat2 pakai stem kuning kat dahi..

Dia terbau busuk sangat. Mula la dia teringat cerita keranda terbang yang pernah kawan dia share dulu. Lepas tu silih berganti teringat cerita kelibat orang naik basikal tanpa kepala.. Tu dia.. Imaginasi sendiri dok momokkan dia. Dia mula cuak. Jantung berdegup laju tak tahu berapa km/j. Tak di nyatkan kadar kelajuan denyutan jantung tu..

Dah la tengah takut teringat kisah2 seram yang kengkawan dia share..tetiba nampak pulak kelibat hitam kat side mirror motor dia. Dia dapat rasa macam ada something ikut. Maka dengupan jantung pun semakin laju.. Ala ala lagu Amelina... berdegup jantung ku mendengarkan nama mu ah.. ah... ah..
Time tu hangpa jangan tanya apa perasaan dia. Ada makan tapak kasut size kaki dia gamaknya. Confirm la kecut luar dalam. Di tambah keadaan sekeliling yang makin gelap.. Nak je pulas Trottle tu sampai habis limit dok fikir motor dia pun dah tahap monopos kan.. kang jam kat tengah jalan tu mati kejung pulak.

So terpaksa la dia bawa juga dengan kelajuan biasa sambil mulut terkumat kamit baca je apa terlintas dalam fikiran. Tak tau la dia baca alif ba ta ke hapa.. tak di nyatakan secara terperinci. Tetiba dia rasa macam jalan dia lalu ni lain je dari jalan biasa dia guna. Dalam celah celah tu datang satu cahaya terang dari belakang.. Bukan hantu langsuir bawa api.. Lampu dari motor RXZ.. RXZ tu katanya memintas laju depan dia tetiba membelok terus ke dalam hutan.. Terus dia brek emergency sebab terkejut katanya. Dia pelik macam mana rxz tu boleh masuk hutan tapi tak dengar bunyi macam kemalangan ke apa.. kalau jatuh ke, terlanggar pokok ke hapa mesti ada bunyi ye dak. Tapi bila dia usya betul2.. rupanya ada jalan yang belok kesitu. Tapi yang pelik bila dia tengok depan dia katanya cuma ada hutan & motor dia berada beberapa inci je dari longkang. Masa tu dia mula pelik.. setahu dia.. dia bawa motor atas jalan dah kenapa tetiba dia berada depan hutan pulak.`Sebab rasanya dia lalu jalan lurus je tadi. Dalam dengan Keliru.. tetiba nampak cahaya lampu dari belakang so tanpa termenung lama sangat dia terus naik balik atas jalan, follow motor tu. Nasib baik honda cup takde la penat sangat nak kejar.. dia follow sampai keluar simpang. Selepas kejadian tu katanya dia serik dah nak lalu jalan tu waktu malam.

Moral of the story.. Kalau dah kekuatan motor tu tahap uzur jangan di uji di jalan yang gelap gelita. Tu je pesanan mummy untuk anak anak malam ni.. hehehehe


MOHON BACA SEKEJAB
__________________________________________

SAYA BLOGGER YANG DI SAMAN RM3JUTA MENGHARAPKAN BANTUAN SEMUA PIHAK TERMASUK PIHAK NGO, AKTIVIS, ORANG POLITIK, NETIZEN & SEMUA

Assalammualaikum..
mengharap bantuan dari semua
Untuk meneruskan perjuangan

Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan
Total kos guaman saya adalah RM44K
Jumlah yang masih belum mencukupi lebih kurang RM20K
Sekurang kurangnya saya perlu sediakan dulu RM10K untuk membayar kos penyediaan perbicaraan kes

Bagi yang baru mengikuti kes saya..
Saya telah di saman kerana menulis satu pendedahan di blog tentang satu produk
Saya perlu membela diri kerana jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta
Sekiranya saya tidak membela diri saya akan di mufliskan & menanggung beban hutang sebanyak jumlah tersebut

PERJUANGAN INI BUKAN HANYA UNTUK DIRI SENDIRI MALAH UNTUK MEREKA YANG LAIN JUGA

Sangat sangat mengharap bantuan dari semua pihak
Tolong bantu saya
Harap sudilah anda menyumbang seikhlas hati
Supaya saya boleh terus berjuang di mahkamah..

TAK KIRA BERAPAPUN SUMBANGAN ANDA, RM10,RM50, RM100 ATAU LEBIH IA SANGAT MEMBANTU SAYA SAAT NI.
SAYA MERAYU PADA SEMUA.. TOLONG BANTU SAYA.

SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN MELALUI 
ACCOUNT MAYBANK 

MOHON SHARE POSTING NI UNTUK MEMBANTU SAYA..

30 November 2017 0 Komen Melekat

HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA

HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA. Di sebabkan malam ni malam Jumaat.. Malam paling afdal katanya memomokkan manusia penakut macam hangpa.. Maka bersiaran la segmen seram serik lekatlekit di blog lekatlekit.com ni. Jarang jarang sekali den membuat kompilasi cerita seram yang pernah di alami geng mat motor ni. Apa ingat lab cecah lutut.. tak ketaq lutut ka jumpa hantu.. Depa memang berani lab lab kat konar tajam tapi nampak hantu semua pecut juga hahahaha

Gambar sekadar hiasan

Sebab ada beberapa cerita dari pengalaman mat motor yang den dapat dari sebuah forum.. tapi den pilih satu cerita je antara cerita2 yang di kongsikan kat situ. Banyak2 satgi ada yang kejung depan blog den pulak lepas baca. Tak pepasal den di persalahkan oleh 7 keturunan hangpa. 

Alkisah cerita dia seorang mat motor ni nak balik dari hartamas dengan kawan kawan dia. Of course naik motor.. Takkan la naik angin pulak kan? Kisah mat motor kot.. Masa dia mula sedar diri untuk pulang kepanggal jalan.. erkk.. kerumah time tu dah pukul 11.55 malam. So dia berkonvoi balik dengan 2 orang lagi kawan yang sebab jalan balik tu sehala.

Sampai exit tol rawang salah sorang terus ke tangjung malim katanya.. dua lagi masuk exit tol rawang. Sampai sungai choh kawan dia yang konvoi dengan dia balik rumah maka dia meneruskan perjalanan sendirian menuju ke sg buaya yang katanya lebih kurang 10km dari rumah kawan dia tadi.

Sampai kat satu simpang nak masuk jalan gelap dia stop sat kat tepi jalan.. Tujuan dia nak tunggu kot2 ada kereta lalu boleh la menumpang pulang bersama sama. Bukan tumpang kereta tumpang beriringan sebab dia takut. See... Mat motor pun ada fear factor dia ok. Dia takut sebab jalan gelap katanya... Time tu dah pukul 12.45.. Dah tau takut gelap tetengah malam baru hang ingat rumah sapa suruh. hahahaha

Dok tunggu sebiji kereta pun tak lalu masa tu. Sebab jam pun dah 1 pagi so nak tak nak dia gerak juga sengsorang pelan pelan. Masuk je jalan gelap terus dia pasang high beam pastu tunggang motor maintain 100kmh walau dalam hati tu dah cuak. Risau berlaku apa2 memang mampuih la dia. Sesambil layan konar kiri kanan tetiba ada something ketk helmet dia dua kali. Time tu dia buat tak tau lagi sebab dia syak maybe serangga terlanggar visor helmet dia. So dia teruskan perjalanan ini.. menuju destinasi, berbagai lebuhraya di laluli.. Sorry admin blog ternyanyi pulak. heeehe

Sampai last corner katanya.. Tempat tu memang port bebudak motor maut katanya. Dia tunggang macam biasa memang tak pandang side mirror langsung tengok jalan jer. Katanya ngam ngam kelur corner tetiba.. mak kau hijau! Tu dia terlatah pulak.. Bukan apa dia nampak ada sesuatu berdiri tepi jalan. High beam motor dia pulak ngam ngam sulu kat era menatang tu.. Na'uzubillah.. Nampak la jelas sekujur tubuh serba putih.. (standard uniform makhluk tu) dok park elok.. baik punya tepi jalan.

Apa hangpa ingat mat motor tu nak bagi tumpang bonceng kat belakang. Sorry ok! Dia pecut sampai redline sambil terkumat kamit la membaca apa je dia inga. Sampai rumah tak turun buka gate dah.. main langgar je. Tak sempat off motor terus ketuk pintu panggi mak dia.. Time tu memang meremang segala bulu yang ada. Bila mak dia buka jer pintu terus menerpa masuk tak buka kasut. Bayangkan la macam mana takutnya mat motor tu. Sampai mak dia tak tanya pun tak jawab sepatah. Terus masuk mandi, ambil wuduk & solat Isya sebab dia belum solat katanya.

Moral of the story.. Tak kira kau mat motor, konar baring cecah lutut ada rekod cium tar jalan setiap tahun tapi masih tak pernah serik bawa motor.. tetap jangan sesuka balik lewat malam. Baru acah acah possing tepi jalan.. hang dah pecut sampai kecut.. Belum dia tumpang seat belakang.. Gamaknya putus urat kentut. hehehehe

27 November 2017 3 Komen Melekat

KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI

KISAH SERAM MAKCIK KANTIN SMK TANJUNG PUTERI. Bertemu lagi yer kita anak anak.. dengan bedtime story malam ni.. Bukan apa kalau tak up kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni ada orang katanya akan mengalami insomia tak boleh tidur malam.. Amboi! Nak tido pun kena momok2 dengan cerita seram kan...


Ok la.. sebab malam ni ber mood nak up cerita seram.. mai dekat sikit anak anak. Mak nak cerita ni sebuah kisah seram untuk masa depan. Alkisah tersebut la kisah.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan firaun...

yer semestinya bukan kisah sang kancil. Saja je tu buat lawak.. ye ye.. tak lawak. Mak paham nak hangpa tak sabaq nak baca kisah seram pasal makcik kantin SMK tanjung Puteri ni kan? Mari kita mulakan cerita dengan bacaan Bismillah dulu..

Kisahnya seorang makcik kantin ni.. Almaklum la makcik kantin mesti la datang awal nak prepare semua benda sebelum budak budak datang sekolah & nak makan kat kantin. Makcik kantin ni normally pukul 5 pagi dia dah terpacak la kat kantin sekolah tu.. Takde la terpacak sebab nak nyanyi lagu Negaraku depan tiang bendera kat tapak perhimpunan tu.. Kejadahnya makcik tu nak buang tebiat pepagi buta terpacak depan tiang bendera kan. Of course la dia nak mulakan tugas harian dia sebagai makcik kantin yang dedikasi melakukan tanggungjawabnya terhadap kantin sekolah.

Selalunya kawan makcik ni akan sampai dalam pukul 5.30 pagi. Depa tong tong la buat kerja.. sorang kat dpaur sorang lagi prepare la barang nak masak. Makcik ni dia ni jenis telinga lintah.. Bukan makcik tu takde cuping telinga macam lintah tapi pendengaran sangat tajam. Bunyi semut kentut pun dia boleh dengar.. (Ok tipu). Masa tengah buat kerja dia dengar bunyi something macam orang bukan pintu kat belakang kantin..  Mula2 ingat bunyi kawan dia buat kerja tapi bila di amati betul2 bunyi tu.. Lain macam bunyinya.. Amboi! Bukan bunyi seksafon kasim selamat la.. Kasim selamat dah lama habis zaman. 

Bunyi yang makcik ni dengar bunyi seakan akan macam bunyi orang seret rantai besi atas jalan.. dah sapa pulak pepagi buta lari dari penjara kaki kena rantai besi tak sempat buka. So nak pastikan pekebenda & dari mana datangnya bunyi pelik tu makcik ni tengok la melalui tingkap dapur kantin. 

Apa yang makcik tu nampak... Tidak bukan kawan dia tengah main zero point dengan rantai besi. Belum gila kawan dia nak buat perangai tak semegah macam tu. Apa yang makcik tu nampak adalah jeng.. jeng.. (Drum Plesss!!)

Ada lembaga tengah berjalan sambil pegang something yang berat tapi dia tak tau apa benda. Tak nampak sangat gamaknya.. pepagi subuh sapie macam tu kan. Dalam samar samr dia nampak lembaga tu menuju ke stor kemahiran hidup di blok sebelah. Makcik tu kumpulkan semangat Sailormoon supaya tak terlalu takut dengan apa yang dia nampak & sambung buat kerja macam biasa. Dia tak bagitau sesiapa sampai la waktu rehat tengahari baru la dia buka story pasal apa yang dia nampak. Kawan dia yang sorang tu dah kecut sebab dia buat kerja masa tu kat belakang dalam stor.. Lokasi di mana makcik tu nampak lembaga tu menuju ke destinasinya. terus minta masuk kerja lepas subuh akak tu wei.. Tapi makcik yang berjiwa sailormoon tu rilex & tetap masuk kerja sebelum subuh. Apadahal... 

Di sakat benda2 mistik tu katanya bukan makcik kantin tu jer.. Tukang kebun pun pernah kena. Katanya pernah berlaku sesuatu yang menyeramkan masa tukang kebun tu datang repair mesin rumput waktu malam. Tapi apa kejadian & kejadahnya tak pulak tukang canang ni cerita. Hampeh toi! Kalau tak boleh juga yer den share kat dalam entri ni.

Katanya.. Sekolah tu dulu adalah sebuah markas tentera jepun masa perang dunia. Biasa la.. Ni mesti naik kaitan dengan hantu jepun atau hantu roh tak tenteram yang di siksa & di bunuh tentera jepun kan? Tipikal sangat tau!! Ni mak nak pesan yer anak anak.. Orang yang dah mati takkan jadi hantu sebab mereka dah terpisah dengan dunia & mereka takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk jelmaan pun. Even jelmaan seekor tungau pun tak boleh. So, ubah kepercayaan hangpa orang mati jadi hantu. Dah nak masuk 2018 beb.. takkan tak move on lagi dengan kepercayaan karut tu.

Moral of the story.. Jelmaan2 seram yang mungkin ada orang nampak yer boleh jadi bukan manusia tapi bukan juga jelmaan dari roh orang dah mati. Ia tak lain tak bukan.. jin & setan la tu.. Memang dah kerja dia menyesatkan anak cucu cicit adam ni. 

Sumber cerita : CARI
21 November 2017 1 Komen Melekat

KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS

KISAH SERAM ASRAMA PELAJAR PELATIH HOSPITAL TAIPING.. HANTU AIR PANAS. Macam macam jenis jelmaan jin & syaitan ni kan.. Macam macam cara depa buat nak menyakat anak cucu adam ni. Tu yang tercipta macam macam gelaran untuk dpa dengan Sir Name dia hantu.. Hantu pocong la.. hantu langsuir la.. hantu kum kum la.. Ni apa cerita pulak hantu air panas.


Mesti hangpa tak sabaq kan.. Dah lama tak ada koleksi seram terbaru untuk slot seram serik lekatlekit ni. Orang kata.. Sekali sekala baru ada feel rindu tu. Kalau hari hari satgi hangpa cemuih (bosan) pulak. So malam ni meh sini kami nak setori mori kisah dari perkongsian di Forum cari.. Alkisah kejadian seram yang berlaku di sebuah asrama katanya lokasi berdekatan dengan hospital taiping. Perak utara sana nu..

Alkisahnya depa ni student yangi pratikal kat hospital taiping & di sediakan la asrama yang tak jauh dari hospital untuk bebudak pratikal. Depa student course apa.. dari IPTA atau IPTS mana jangan dok tanya pulak.. Takde geluk jampi pulak nak siasat. Setakat tu je info yang den dapat.. Lagipun penting sangat ke dorang student mana kan.. Yang penting pengalaman seram depa tu yang den nak, ok!

Hostel ni ada dua bangunan. Bangunan yang budak tu duduk katanya agak berhantu. Awal awal lagi security kat situ dah pesan.. Kalau nak guna library jangan lebih dari pukul 11 malam.. So tak payah overnight la kat library. Tapi bebudak laki ni memang spesis memang tak dengar cakap. Nak kata atas kepala ada 2 pusar rambut tak tau la kan.. Yang orang kata jangan tu la jugak depa nak buat. Dasar lagi tak kena sekeh.. Walau guard pesan jangan lelama kat library lebih dari pukul 11 malam.. depa tetap study sampai pukul 12 malam.. Rajin budaknya yer. Kalau tak grade dengan cemerlang ni.. Tak tau la. Kemurungan jugak la kan.. sebab rajin sungguh belajar.

Malam pertama kat library tu ok la.. tak ada apa berlaku. Almaklum la malam pertama of course la indah indah belaka. hehehehe... Almaklum la depa student pratikal kat hospital taiping tu.. esok pagi kena stanby kat hospital & kena jawab macam macam soalan dengan doktor. Tu sebab depa pulun study sampai overnight katanya. Langkah persediaan untuk mengelakkan kena bebel dengan doktor sebab tak study. Bagus.. Anak sapa la depa ni kan?

Habis study balik hostel salah sorang roomate budak ni masak air guna jug elektrik tu. Standard la student kan.. memang pakai jug elektrik je. Sementara tunggu air masak.. takde makna dia nak tenung jug tu. So depa sambung study sambil borak borak. Jangan tanya pulak depa borak apa.. Kau ingat ni drama ke semua nak cerita detail. Ops sorry termarah pulak. Ok sambung..

Kalau yang tak tau jug elektric tu macam mana.. Ni la rupa dia

Kat luar tu sayup2 katanya bunyi suara cengkerik & unggas. Alah suara cengkerik apadahal kau nak takut.. Tapi bukan tu yang depa takut pun. Lagipun hostel depa ni tak jauh dari tasik taiping.. so banyak la haiwan & serangga bernyanyi riang waktu malam. Biasa la malam pesta muda mudi unggas rimba katanya.

Bila dia rasa air dah masak.. so dia nak pergi la buat air. Sekali nak tuang air tak keluar. Memang tak tun tuang juga la kan.. Tetiba air tak keluar, kau dah kenapa? buang tebiat? Bukan air panas tu membeku tapi tetiba air tu macam kering dalam jug. Dia check atas lantai kot2 tumpah ke hapa.. jug bocor ke sapa tau. Tapi tak ada kesan air pun tumpah atas lantai. Sementara tu kawan2 dia yang lain dah selamat ke alam barzakh.. ops ke alam mimpi. Semua berdengkur tak ingat dunia dah.. tengah malam kot.. So, dia rasa kawan kawan dia punya kerja nak prank dia ke hapa.

Dia pun masak la sekali lagi air & pergi sambung study balik. Dengar je bunyi air dah masak cepat cepat dia ambil jug tu.. Tu dia.. ni betul betul kejadian mistik. Sekali lagi air dalam jug hilang.. Berhijrah ke alam ghaib ke hapa tak tau. Takkan alam ghaib pun ada masalah bekalan air kena catu kot.. Main curi curi air bebudak asrama.. tak paham aku hahahhaa.

Yang best budak ni bukan rasa takut tapi rasa geram pulak di permainkan untuk kedua kali. Apa ingat tak tacing ke? dua kali masak air... air hilang. Nak melawak pun jangan la tetengah malam hantu Ooi.. Budak tu nak study.. tekak kering. Dok main curi air panas dia pulak.. Menangis kang baru tau!

Ok ok.. sambung cerita budak tu masak air buat kali ketiga tapi kali ni dia bertapa depan jug tu sampai air masak. Tak puas hati punya pasai.. Dia nak tengok juga sapa sedut air panas mengelegak tu.. Punya dia focus kat jug tu sampai tak alih pandangan kat memana. Bila bunyi air dah nak masak & wap air nampak keluar dari jug tu.. tetiba dia dengar satu suara panggil nama dia...

Suara tu halus je katanya.. Sesuai la kot dengan spesis dia yang di gelar makhluk halus kan. Budak ni pun paling la kearah suara tu tapi bila dia berpaling suara tu pun hilang maka dia cepat2 pandang balik jug air panas dia tu.. sekali air hilang lagi. Memang patah amin... ops patah hati. Tergamak sampai 3 kali di persenda tanpa keperihantuaan.

memang haremjadah hei sungguh la hantu ni kan.. Budak tu punya focus kat jug air tu pun depa still buat trick nak curi air dia lagi. Entah kenapa simpati pulak aku dengan budak ni di permainkan tetengah malam macam tu. Kalau nampak ni boleh jugak tumbuk sedas dua.. Tapi apa kan daya spesis tu bukan semua orang boleh nampak.

Lepas tu baru la masuk babak seram.. Bila dia dengar suara mengilai dari luar asrama. Jadah sungguh kan.. dah curi air panas, gelakkan pulak budak tu. So kisah pasal air panas dia yang tetiba hilang sampai 3 kali tu habis setakat tu jer..

Kisah kedua pulak.. Macam biasa la bebudak rajin belajar ni pergi library & stay sampai lebih dari pukul 11. Tapi malam tu.. takde dah moment2 indah dalam library seperti malam malam pertama mereka..

Jam dah lepas pukul 12.. tetiba depa dengar suara budak menangis. So masing masing tertanya la anak sapa menangis.. Sapa pula buang anak kat situ memalam buta. Takkan ada orang terberanak tepi library pulak kan.. Hospital bukannya jauh pun, takkan la kat situ juga nak beranak.

Masing masing 'No idea' anak sapa menangis tetengah malam. Sebab masing2 pun cuak.. apa lagi cepat2 kemas buku & keluar dari library. Sempat la nampak pak guard yang berkawal kat situ dok suluh dekat pokok besar yang tak jauh dari library. Salah seorang dari bebudak tu sempat dengar pak guard tu bercakap suruh something atas pokok tu duduk diam2 & jangan kacau depa. Tapi tak pasti dengan siapa dia bercakap cuma syak.. Bukan dengan manusia.. Takkan guard bela saka? Tak baik pitenah.. kalau tak tau yang sahih. So berbaik sangka maybe dia bela burung atas pokok tu...

Memang mula2 bebudak ni slambe je study kat library walau dengar suara pelik pelik memalam buta tapi bila selalu sangat kejantanan masing masing tercabar juga. Maka tak ada la yang berani study kat library lebih dari pukul 11 malam. Dekat pukul 11 jer masing2 kemas apa yang patut balik hostel.

Katanya kejadian air panas hilang dalam jug tu terus berlaku sampai la budak ni malas nak masak air panas lagi. Asyik curi air panas.. Aku pun tak faham sangat kenapa air panas hahahaha. Nasib baik dia curi air panas jer.. dia tak muncul simbah bebudak tu dengan air panas.. 

Pelik sungguh hantu asrama bebudak tu kan.. Dalam banyak banyak benda, air panas jugak dia target. Tak tau la apa sejarah dia dengan air panas.. Susah nak di rungkai misteri makhluk ni dengan air panas. hahahaha

Moral of the story.. Duduk asrama kalau ada larangan membawa peralatan elektrik macam tu jangan ingkar. Jangan sampai hantu take over jadi warden hangpa baru hangpa nak ikut peraturan. Peace Yo!
05 November 2017 2 Komen Melekat

PENGALAMAN SERAM PEMANDU UBER PENANG BAWA PENUMPANG GHAIB UNTUK JARAK 0.01KM

PENGALAMAN SERAM PEMANDU UBER PENANG BAWA PENUMPANG GHAIB UNTUK JARAK 0.01KM. Lama rasanya tak up cerita baru kat slot seram serik lekatlekit ni kan? Asyik dok ulag repost cerita lama yer.. Even masih mendapat feedback positif. Almaklum la kat pesbuk kami tu ramai kengkawan baru yang add friends & follow. Untuk followers lama jangan la kecik hati. Abis basah bucu katil dok menangis sebab ingat kami menganak 'tiri' kan hangpa. Mana ada..


Sebab musim tengkujuh pun dah datang. Air hujan yang dok turun pun dah menyebabkan 'bah' dia certain negeri termasuk penang. Tak payah dok tambah air mata hangpa tu lagi na.. Mai la dok rapat sikit kami nak story satu cerita seram pengalaman dari seorang pemandu Uber di Tanjung Bungah, Penang sana nu.. pa habaq hangpa? Malam ni bawa uber lagi ka? Hehehehehe

Alkisahnya dia ni bawa uber memang tak ikut office hour la. Ikut suka dia la rasa nak ambil passenger pukul berapa pun. Almaklum kerja tak payah punch card ni kan. Diam tak diam dah setahun dia dok buat kerja loglaq bawa uber lagu tu katanya. Nak di jadikan kisah seram..

Pada satu malam yang sepi.. pi.. pi.. Malas la nak nyanyi lagu pak mat jual topi, topi pak mat koyak, pak mat jual tempoyak. Dah ada dalam entri seram sebelum ni dok nyanyi lagu tu ja. hehehehe.. ok ok sambung cerita. Alkisahnya satu malam tu, dalam pukul 12 malam macam tu, mamat uber ni dia dah gerak balik la. Masa tu kat tanjung Bungah.

tetiba dapat mesej ada customer nak uber suruh ambil. Alang alang nak balik tu.. takpe la kira tu la last customer dia malam tu so dia 'accept' la customer tu. Dia pun tak fikir apa2 masa tu. Bukan benda pelik pun orang request uber tetengah malam.. Mana tau kaki clubing ke hapa ye dak. Depa spesis burung hantu. siang mengantuk malam berjaga. Tu yang umur belum 40 tahun dah rupa nenek nenek si bongkok tiga hehehehe.

Tanpa fikir banyak so dia pun ikut je direction maps. Tapi bila sampai kat lokasi nak pickup customer tu katKubur cina. tapi dia masih berbaik sangka.. Maybe customer dia baru habis siram kubur family dia ke hapa. Dia rasa memang tak salah tempat sebab kat telefon dia pun di maps mention 'We are arrived. Bermaksud dah sampai di tempat sepatutnya dia pickup customer tapi cuak tu ada juga bila dia tengok sekeliling gelap gelita & tak ada sapa2 muncul atau tunggu uber.

So untuk kepastian dia cuba call customer untuk tanya kat mana la dia menyorok. Celah kubur ke dalam kubur ke hapa. Jangankan batang hidung.. bayang pun tak nampak. Jangankan bayang bau nafas pun takde. Kalau ikut maps tu memang dia sampai di tempat yang betul dah.

tetiba applikasi Uber dia Offline.. Mujur dia ni jenis orang yang rilex. So dia tunggu lagi la 5 minit. Maybe customer tu baru habis cabut rumput & bakar colok kat kubur.. baru terhegeh hegeh nak turun kan. Dalam celah celah tu.. Nak uji keimanan seorang pemandu uber yang konon cool je sejak tadi.. Muncul pulak bau wangi menusuk ke lubang hidung dia. Tetiba rasa macam ada something dalam kereta dia. Time ni memang tak berapa cool dah.. dia mula rasa awas kru pulak.

Nak abaikan rasa rasa yang tak best.. dia sesaja la bebel sengsorang dengan ayat 'Sapa nak bayar trip aku kat sini ni wei?" Lepas tu dia tekan start balik trip tu dalam pada masa yang sama aplikasi uber tu kata dia dah sampai dekat tempat customer nak pergi. Terus keluar mesej 'Drop Off'. Katanya normally setiap kali passenger berjaya di hantar ke lokasi yang mereka nak pergi memang akan keluar mesej 'Drop Off' membawa maksud dah sampai.

Dia mula pening pening langau dah.. Bayangkan customer tak bagi detail tempat dia nak pergi tapi maps boleh proceed tempat dia nak pergi. Tu dia.. Jangankan fikir guna logik akal... guna kepala lutut pun susah nak cari logik celah mana. Maps dah jadi magic hehehehe. Tetengah malam juga dia nak bergurau kan? Macam takde siang hari.. Gurau pulak kat kubur cina. Pilih la tempat boleh picnic sikit nak bergurau senda katanya.

Yang buat dia semakin pelik dekat maps katanya keluar alamat dia nak pergi tu unknown. Bila dia periksa balik jarak antara lokasi pickup dengan lokasi dia nak pergi tu cuma 0.01km. Biaq betoi la hantu ni.. Jarak macam tu pun nak naik uber ka? Dia mula rasa tak sedap hati so dia bawa kereta keluar dari jalan tu sebab makin lama dia dok layan makin merapu & pelik jadinya. Lebih kurang 5km dia drive dia jumpa stesen minyak dia singgah pi toilet bagai nak bagi hilang apa yang patut dalam kereta dia. Tapi bila dia masuk balik dalam kereta still ada bau wangi. Moga time tu dia dah check bukan bau pewangi kereta la... manatau orang dalam keadaan takut ni semua jadi seram kan. hehehehe

Sebab masih tak hilang bau wangi tu. Dia syak ada something ikut dia dari kubur cina tadi. Patutnya dia dah sampai kat tempat dia nak tuju tadi, dah kenapa pulak tak turun turun lagi dari kereta ni. badan pun rasa seram sejuk beku bagai dah. So dia bersuara la sikit ' Aku nak balik dah ni hang turun jangan duk ikot aku, aku nak balik.' Dia baca ayat kursi.. lepas 5 minit tu bau wangi tu pun hilang. terus call bini cakap dah on the way nak balik & terus dia drive balik.

Katanya tu la pengalaman paling 'teruk' sepanjang dia bawa uber tapi takde la lepas tu terus serik bawa uber. Tak jantanMen la kan.. Memang cara tu dia cari rezeki so dia teruskan je kerja dia macam biasa.

Moral of the story.. Hantu zaman sekarang pun dah tak layan sangat teksi.. dulu dok dengar cerita pemandu teksi je kena sakat kan. Sekarang hantu pun dah upgrade naik uber even jarak 0.01km je.. Malas nak terbang la tu kan? Atau nak 'try' pemandu uber tu tak tau la. Apa ingat spesis hantu ni takde yang gatal mengenyam ke?hehehehe

Sumber cerita : Penang Kini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;