Showing posts with label nurse. Show all posts

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.



PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL . Lamanya segmen seram serik lekatlekit bercuti yer.. Yelah.. sepanjang bulan puasa memang tak ada cerita seram. Tak sempat nak memburu hantu time tu.. dengan kes saman bagai time tu la nak sampai. Nak jadi Ghost Buster pun tak sempat. Kelam kabut kesana sini mencari misi bantuan katanya. Almaklum la orang semekin.. Terpaksa la kerja keras sikit cari bantuan. Kalau kaya raya, tak payah risau sign cek bagi je kat loyer suruh dia take over. hehehehe


Bila dah keadaan tenang sikit even kes saman tu belum settle. Untuk perlaksanaan kes di tangguhkan 20 july. Tak tau apa jadi lagi.. Tak nampak bayangan gurauan lagi ni. Kot2 ada yang bersimpati nak membantu boleh jer. Sebab masih meneruskan misi mencari bantuan. Sesambil mencari bantuan tu.. Blog tetap la kena hidup. Takkan nak down sampai tutup blog kot kan.. Hello.. dunia belum berakhir ok! Life must be go on bak kata omputih. Kalau orang sawo matang kata.. hidup mesti di teruskan macam biasa. Saman sivil bukan nak ke tali gantung. So, buat peace sudah. Janji terus usaha, doa  & tawakal Insya Allah nanti Allah bantu. Kena yakin tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Allah lebih mengetahui yang mana benar & Salah jadi dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tengah mood dok boleh buat rilex.. buat peace ni meh la aku momokkan hangpa dengan kisah pengalaman bebudak nurse practical kat sebuah hospital tempatan ni. Nurse2 practical ni aku suka sebab masing2 baik jer attitude dia. Cakap pun lembut tak macam senior depa.. ada yang macam singa hahahaha...

Alkisahnya budak misi yang di semester ke 3 ni kena practical kat sebuah hospital. Punya excited katanya di sem 3 ni sebab boleh duty malam walaupun di momokkan dengan kisah2 berkenalan dengan makhluk2 malam kat situ tetap la excited tu ada. Tak kena lagi boleh la kau buat lex, wat peace katanya...

Pendekkan cerita kisah ni berlaku pada 2 budak misi perempuan sem 3 ni. Malam tu depa kena jaga wad lelaki kelas 3. Kat situ memang sibuk sikit katanya sebab ramai pesakit. Wad kelas 3 pepaham je la.. Orang kaya kebanyakkan tak pi spital gomen ye dak. Depa boleh claim insuran duduk spital swasta. Wad kelas 1 & 2 pulak.. kebanyakkan kakitangan awam sebab depa boleh check in secara free.. Jadi golongan berpendapatan rendah & miskin ni kebanyakkan kelas 3 la kan. Kelas apapun takpe.. Janji kat spital ada nurse jaga & bagi ubat ye dak..

Sebab wad kelas tiga ni memang busy.. Penat jugak la bebudak misi tu sampai tak menang kaki tangan la depa. Pesakit berbaris atas katil sampai depan pintu. Bayangkan macam mana sesaknya wad tu.. Nak2 lagi time tu tengah musim denggi. 70 pesakit tapi staff yang bertugas cuma 5 orang campur dua misi pratical tu jadilah 7 orang kesemuanya anggota wonderpets untuk menyelamat malam tu. Dua misi tu katanya di tugaskan kat cubicle yang menempatkan pesakit HIV/AIDS yang memang semua tengah nazak dah. Menunggu di jemput pulang kerahmatullah jer. Kebanyakkan tak ada waris atau sedara mara. Fizikal masing2 dah sama leper dengan tilam katanya. So boleh bayangkan la keadaan pesakit kat situ.. Ada yang senyap2 habis nafas tup tup tengok kejung je pun ada. Yelah.. mungkin dia pergi dengan tenang takde sapa perasan kan..

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kebanyakkan semua pesakit memang dah lena di ulit intan. So dua misi ni ambil masa la sekejab duduk nak meluruskan pinggang yang dah kejung sejak tadi kerja non-stop. Katanya kentut pun boleh terlupa.. Ni kalau lupa kentut tup tup keluar bau je pun bahaya jugak ni. hahahaha. Sambil duduk tu memasing semak balik rekod pesakit yang dorang dah periksa tadi. tetiba dengar bunyi orang seret drip stand.. alah tiang hat dok gantung air kat spital tu. Bunyi agak nyilu seolah tiang drip tu di seret dengan roda yang takde minyak pelincir. Bunyi macam besi bergesel dengan lantai. Bila dengar bunyi macam tu time sunyi basi confirm la panjang leher depa mengintai dengan perasaan cuak. Siapa gerangan tetengah malam dok seret drip stand tu..

Nampak seorang pesakit yang kurus kering sedang berjalan menuju kearah depa. Masing masing pelik juga sebab rasanya tadi tengok pesakit tu memang dah tenat sangat. Ni siap boleh bangun & berjalan.. produk apa gamaknya dia ambik. Produk perof yang tengah jadi kontroversi kat Page Pseudosciene Watch ke hapa tak tau la kan. Hahahaha.. Depa pun tak nak fikir bukan - bukan tanya la.. ada apa sipolan tu bangun berjalan & tak tido lagi time2 cenggini.

Sipolan tersebut bagitau tujuan sebenar dia.. Nak bagitahu katanya ada pesakit kat katil hujung dia syak dah kembali kerahmatullah. Kelam kabut la dua misi ni pi check pesakit yang di maksudkan.  tengok pesakit tu terlentang & kepala dia mengiring ke arah tepi tingkap. Masa tengah periksa tu tetiba depa terpandang rupa pesakit. Masing masing jadi pucat lesi.. Nak tau sebab apa.

Muka dia sama dengan pesakit yang kurus kering datang kat depa sambil tolak drip stand & bagitau tentang keadaan pesakit yang depa tengah periksa sekarang. Kau rasa apa berlaku selepas tu.. Nak2 lagi depa tau pesakit yang depan depa tu dah Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Dua2 padam kat situ jugak ok! Sedar2 dua2 kat dalam bilik rehat asrama. Pitam beb! terkejut, seram, sejuk takut, terkentut semua ada. Bukan takat tu jer.. dua2 kena demam teruk sampai kena hantar balik kampung berubat secara alternatif. Tu dia penangan jaga orang sakit tenat malam hari kat wad katanya. Ni kalau orang kampung kata kena badi mayat la kot.. 

Yelah.. kerja kat hospital gitu la kan. Nak tak nak kena hadap juga pengalaman mistik macam tu. Pengalaman pertama mungkin pengsan tapi lepas tu maybe depa dah lali kot. Kental tak kental golongan misi ni.. Bukan je terpaksa berhadapan dengan pesakit yang antara hidup dengan mati malah terpaksa hadap jugak penyibuk yang nak jugak attention dari nurse even depa tak sakit tang mana mana pun.. Saja ja nak memeriahkan majlis kat hospital. Bukan dia tak tau kehadiran dia tu boleh buat orang sihat pun jatuh sakit. Silap haribulan kena heart attact.

Moral of the story.. Kejadian seram di hospital ni memang bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang tahu kat hospital ni macam2 kes ada. Setakat kes kematian rasanya hari hari ada. Jadi memang tempat tempat macam tu jin & syaitan suka. Almaklumlah.. orang sakit ni lemah zahir & batin kan.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah & amalkan ayat ayat pendinding yang terdapat dalam Al Quran.

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH. Sekarang ni tengah viral pasal seorang individu yang mendakwa terima layanan buruk dari nurse kat situ. Kemudian katanya ada yang sampai kena tidur atas lantai sebab tak cukup katil. Yang dah ada bukaan pun terpaksa menunggu di kerusi. Aku salah seorang yang ada pengalaman bersalin di hospital sungai buloh jadi aku rasa tergerak hati nak share jugak la secebis kenangan aku semasa melalui detik2 penuh mendebarkan bagi seorang yang baru nak bergelar ibu masa tu.

Gambar Yang Menjadi Viral

Tahun 2011.. Masa tu bulan puasa. 20 Ogos 2011 pagi tu air ketuban dah pecah. Dalam pukul 7 pagi macam tu. Dalam pukul 8 macam tu.. aku gerak ke hospital dengan suami aku. Time tu dah rasa contraction. Sampai hospital dalam 8.30 macam tu.. Terpaksa tunggu kat kerusi sebab katil dah penuh. walau contraction dah kuat tapi memang time tu berlaku jugak perkara yang aku rasa nak marah. Nurse masa tu boleh cakap biasa je tu bila nampak aku muka menahan sakit. Mundar mandir kat tempat menunggu tu. Sampai la seorang attendant staff ke hapa position dia aku tak pasti tapi lelaki & pakai uniform putih jugak la. tengok aku sakit sangat dia minta nurse bagi aku katil & check bukaan. Lepas check tu memang tak tunggu lama terus dorang tolak masuk LR. tak sempat tukar baju ke hapa. Aku pun bukan reti sangat.. Tak tau bukaan tu berapa cm ke hapa. Yang aku tau sakit yang amat. Masuk LR dalam pukul 9.00am & aku bersalin secara normal tapi kena vacum sikit. 9.20am anak aku dah keluar. Dalam lebih kurang pukul 11.00 kot aku dah masuk wad. Dalam LR tu cuma ada seorang je nurse yang agak garang tapi bukan melayu. Dia garang sebab aku minta bersalin cara lain selain kena push macam tu. Aku dah tak larat sebab sahur aku tak bangun. Sehari sebelum bersalin buka puasa last tu aku tak makan sangat. tetiba pagi tu dah nak bersalin. Awal dari due date 3 minggu. Dia cuma cakap.. You Tak cuba You dah cakap tak boleh. Tu je la dia cakap. Lepas tu ada nurse yang prihatin walau aku tak minta dia yang pergi panggilkan suami untuk bagi support. Tapi yang lain2 termasuk doktor yang jahit luka aku tu semua baik baik. Masa jahit pun berkali kali dia tanya kalau sakit bagitau dia tambah ubat. Memang tak sakit la kan aku masa kena jahit. Alhamdulillah berkat doa suami, mak, makcik & orang2 yang aku sayang Allah permudahkan semua urusan aku bersalin.

Masa kat wad pun.. Walau memang wad pun penuh time tu tapi aku tak nampak pun ada sapa2 tidur atas lantai ke hapa. Mungkin kat sudut lain aku tak sure la kan. Aku pun bukan sempat nak jenjalan sekitar tempat tu. Almaklum baru lepas bersalin. Sampai hospital pun tak sempat nak beramah mesra dengan sesapa terus bersalin je. Aku di tempatkan kat class kedua. Nurse2 kat situ pun Alhamdulillah baik. Sentiasa tanya kalau aku perlukan apa2. Nak ke tandas ke hapa dorang nak tolong cuma aku segan. Aku tunggu jugak suami aku. Anak aku masa tu masuk NICU sekejab sebab tak cukup berat tapi keesokkan harinya dua2 boleh keluar wad. Anak aku sihat & tak ada masalah apa2. Aku pun tak ada apa2 masalah. Nurse pun layan ok.. doktor pun masa check up takde kasar2 atau sombong tak tentu pasal. Majoriti bagi aku service di Hospital sungai buloh ok! Satu dua yang mula2 tu yang tak alert pasal orang sakit tu aku maafkan je. Sebab setiap tempat nak jumpa yang 100% baik memang tak ada kat dunia ni. Syurga je ada. Dalam masjid pun macam2 perangai orang ada inikan hospital.

Aku pernah masuk wad dengan anak aku sebab kuning. Sepanjang berada di wad lebih kurang 4 hari kalau tak silap. Alhamdulillah nurse, doktor & semua kat situ baik baik belaka. Kira Allah datangkan kat aku masa tu semua orang yang baik2 je la. Syukur la kan.

Sampai sekarang aku masih berurusan dengan hospital sungai buloh. Alhamdulillah.. Aku di temukan dengan orang2 yang baik je kat situ. Tak kira dari nurse, doktor, therapist anak aku.. semuanya layanan sangat mesra. Tak tahulah kenapa ada orang yang bernasib tak baik berurusan dengan hospital sungai buloh ni. Samada kesilapan tu di sebabkan sikap tak bertanggungjawab pihak tertentu atau kita kena check balik diri kita mungkin kita pun ada silap kat mana2 sehingga Allah menyusahkan kita dengan ujian2 macam tu. Atau Allah terlalu sayangkan kita sebab tu dia uji keimanan kita dengan cara macam tu. hehehehe. Tengah sakit kadang2 kita jadi terlalu sensitif.. Yelah sakit nak bersalin tak ada yang tak sakit. Sakit yang amat2 sangat.

Kalau ada rezeki untuk anak untuk lain kali.. Aku tak rasa serik untuk bersalin kat hospital sungai buloh & harap aku tetap di beri rezeki berurusan dengan orang yang baik baik je kat sana. Moga Allah sentiasa permudahkan semua urusan aku.

AWAS! NURSE & PESAKIT KENA HATI HATI SEMASA DI WAD

AWAS! NURSE & PESAKIT KENA HATI HATI SEMASA DI WAD. Kalau cerita orang mencuri dalam surau atau masjid ketika mangsa sedang solat dah rare sebab benda tu dah banyak sangat kes berlaku. Tapi kalau dalam wad ni jarang2 jugak la kita dengar orang nak merompak atau mencuri jauh sekali nak meragut. Sekarang jangan tak tau.. Pencuri dah jumpa port baru dalam wad kat hospital. Almaklum la orang2 sekarang sakit pun gadget dia tak tinggal kat rumah. Gadget dah macam nyawa tak bawa boleh mati. Jadi walau sakit separuh nyawa kalau jari tu boleh picit2 lagi maka gadget mesti ikut sama pergi hospital.


Disebabkan manusia sekarang nyawa boleh charge katanya hahaha... Pencuri pun kena upgrade jugak la. Pecah rumah orang extreme sangat. Banyak kerja nak buat. dah tu kadang2 yang ada cuma henpon zaman batu 3310 je. Depa cari port yang lebih tenang sikit. port2 ni mangsa dia orang2 yang memang tak berdaya la. Dalam wad.. dah tentu yang check in orang sakit bukan doremi ok! Maka orang sakit ni almaklum la uzur kudrat nak kejar penyamun tu kurang sikit la.

Jangan ingat tak pernah berlaku.. Ni kisah seorang pencuri yang cuba mencuri dalam wad dah keluar dalam berita. Nasib baik tak berjaya melepaskan diri kalau tidak harta benda pesakit dengan nurse terlepas macam tu je. Ingat!! Kat Malaysia ni dah tak ada tempat yang terjamin selamat walau dalam balai polis. Jadi kita kena ambil langkah berwaspada setiap masa.

Sumber Harian Metro

Moral of the story.. Yang ada smartphone mewah & laters version macam tu tak payah menayang sangat. Lepas guna tu terus simpan tempat yang orang tak nampak. Smartphone macam tu la paling jadi sasaran penyamun sebab masih ada harga di pasaran. Nak2 lagi yang design gempak & macam2 fungsi menarik dalam tu. Lagilah banyak permintaan. Jadi Jangan nak tayang2 sangat atas meja. Lebih2 tempat awam ni. Kalau nak kena rembat sekelip mata boleh kena rembat. Tu yang kena rembat kalau terlupa tertinggal kat situ peluang tipis la nak dapat balik. Kalau dapat balik tu kira rezeki la.

KISAH SERAM HANTU AKAK LIMAU WAD BERSALIN

 Mummydearie dok tanya kemana pulak episod memburu hantu lepas ni. Letih dok travel jejauh kita jenjalan kat hospital pulak la. Kat Hospital Malaysia ni pun ramai lagi hantu yang belum di ketengahkan bakat berhantunya.  Jadi bagi memartabatkan hantu2 Malaysia marilah kita memberi publisiti hantu tempatan .MD dah siap packing moh ler kita pergi memburu katanya.. hehehehehe. Memalam jumaat ni share cerita hantu feel seram sikit katanya.

Ni kisah hantu hospital lagi tapi kat ward bersalin pulak. Tak tau la ada antara korang pernah baca kisah ni atau tak tapi yang pasti best pulak nak share kat blog puaka melekat lekit ni. Patutnya aku post petang tadi tapi petang tadi ada appointment dengan hospital so postpone ke malam la. Di nasihatkan yang mempunyai tahap keberanian yang kurang tapi imaginasi yang tinggi jangan la baca time sorang2 atau tengah malam buta. Risau pulak aku tetiba kena histeria.

Sumber google

Alkisah di sebuah wad bersalin yang nama hospital terpaksa di rahsiakan oleh si pencerita. Katanya takut kena saman. Yelah.. zaman orang sekarang memasing ada lawyer ni kan.. Malam tu katanya dia di tugaskan di wad kelas 1 & 2. Malam tu dia shift malam. Masuk pukul 8. Lepas briefing & check semua pesakit, dia pun meronda ronda la kat kawasan sekitar. Terserempak dengan seorang pesakit ni yang memang suka berjalan. Dia pun tegur. Suruh rehat & tak elok jalan jauh2. Nak2 lagi pesakit tu memang dah tengah sarat sangat. Pesakit ni memang rajin berjalan & berbual dengan nurse kat situ. Akak ni suka makan limau katanya. Dipendekkan ceritanya.. Tibalah hari dia bersalin, nurse yang selalu borak dengan dia kebetulan bercuti sebab abang dia kawen. Bila dia balik bertugas, macam biasa selepas abis rutin dia check up pesakit semua. dalam pukul 12 malam tu dia duduk lepak2 dengan kawan dia kat bilik rehat untuk bagi hilang mengantuk. Tiba2 dia di datangi si akak yang selalu dia tegur & suka bersembang dengan nurse kat situ sambil pelawa limau. Walau di tolak tetap di pelawa sampai 3 kali. wajah akak tu katanya pucat sikit. Di tanya pengalaman bersalin akak tu cuma senyum & tak banyak berbual macam selalu. Tengah lepak tu ada baby menangis & kawan dia memang di tugaskan untuk bagi baby susu so kawan dia pun bangun pergi buat susu baby. Perangai akak tu tak seramah selalu dah.. Yang si kawan nurse tadi dah pelik tengok dia sembang sorang2. Lepas akak tu berjalan pergi sambil lambai tangan kawan di nurse ni tegur & tanya dengan siapa dia cakap. Bila dia bagitau dengan akak suka makan limauyang selalu dok sembang dengan diaorang terus kawan dia pucat. Serentak 4 bayi kat situ semua menangis. Bila di beritahu akak tu sebenarnya dah meninggal dunia masa bersalin. Uri dia tersangkut kat dalam. korang rasa apa dia rasa? Kalau korang apa korang rasa? Kalau rajin meh baca full version kat sini > Hantu wad bersalin <

Moral of the story.. Yang datang kat dia bukanlah akak limau yang dah meninggal dunia semasa bersalin tapi itulah jelmaan jin yang nak menyesatkan manusia. Jadi di ingatkan, orang yang dah mati takkan kembali kedunia dengan apa cara atau rupa sekalipun apatah lagi jadi hantu.


MITOS DARI STAFF HKL PASAL BAHAYA TAMPAL COOL FEVER KAT DAHI

Alahai.. dugaan 2014 gamaknya. Anak ku ni sebelum ni cukup susah nak sakit.. demam setahun sekali tapi tahun 2014 ni rasanya dah 3 kali demam. Haritu baru je recover dari demam akibat gangguan mistik.. baru bulan lepas.. dah awal bulan ni demam pulak. Tapi ni takde la kot sebab gangguan ke hapa... maybe demam virus biasa. Panas pun tak tinggi sangat. Tapi tetap kena buat blood test & masuk ubat kat bontot even suhu 38.4 celcius menurut doktor cuma suhu demam biasa tak tinggi sangat.

Gambar carian google

 Alkisahnya semalam aku detect anak aku nafas dia ada bunyi.. bila susah nak minum susu. Asyik terbatuk.. Aku syak maybe ada kahak. Siang tu aku dah bawak pergi private clinic tapi doktor clinic tu just buat decision dari penjelasan aku jer langsung tak nak check. Aku memang tak puas hati. Berkali aku cuba tanya.. & dia kata anak aku cuma ada masalah kahak biasa jer. Memang aku tak puas hati. Dia bagi ubat cairkan kahak.


Malam anak aku demam... Doktor tak bagi ubat demam sebab dia tak check langsung tekak anak aku. Dari pengalaman aku yang lepas bila kita bawak anak jumpa doktor bila ada kaitan dengan masalah selera makan.. masalah kesihatan ni dia akan check tekak & doktor boleh detect kalau anak kita ada tanda2 nak demam melalui tekak. Sebab tu doktor malas tahap panda makan tidur jer, jadi terdemam la anak aku semalam tanpa aku tahu dia nak demam.

Sebab tak puas hati hari ni aku bawak pergi govement clinic. Lupa pulak hari cuti umum clinic tutup.. sebab kurang bijak tak tau boleh pergi hospital sg buloh sebab dok ingat hospital sg buloh takde rawatan pesakit luar.. berdesup pergi HKL sana nu. Takpe demi anak. Kalau kena pergi hospital kulim pun aku sanggup pi. Biasa la govement hospital.. kena la tunggu. Takpe at least aku yakin dengan doktor gomen ni. Yelah anak aku kan demam.. so, tampal la cool fever kat dahi untuk kurangkan suhu panas, tetiba asben aku cerita ada sorang staff HKL (lelaki) tegur kata bahaya letak cool fever kat dahi.. kena letak belakang leher. Bila asben aku tanya kenapa, dia macam nak marah tapi tak bagi tahu sebab kenapa.


Maka balik rumah tanya Doktor google. Rupanya Isu ni pernah jadi kontroversi tapi sayangnya hanya mitos berkaitan tampal cool fever kat dahi boleh membahayakan kanak kanak. Yelah.. kalau bahaya iklan kat TV pun tayang tampal kat dahi. Yang staff HKL tadi beriya sangat sampai macam nak gaduh rupanya percaya pada mitos yer..

Untuk artikel penuh pasal entri cool fever ni boleh baca kat SINI

Moral of the Cool Fever story.. sebelum kita nak canang benda tu bahaya, benda ni selamat kita kena ambil tahu dulu kenapa tak selamat. Jangan hanya dengar orang kata bahaya kita pun sibuk nak hotkan isu tu padahal bila orang persoalkan balik kenapa bahaya kita takde jawapan then nak hangin kat orang.

P/S : actually tadi 1st time aku ke HKL rupanya HKL dok guna sistem nombor guna cebisan kad manila lagi. kekekeke


BAKAL NURSE BERTUDUNG BERGAMBAR DENGAN ANU LELAKI

Manusia sekarang bila berdepan dengan laman sosial macam FB/twitter atau sebagainya macam dah takde privacy & malu dalam hidup depa. Kalau boleh semua nak tayang.. semua nak cerita.. Kalau boleh tu setiap inci apa yang ada kat badan atau ada dalam rumah atau ada dalam hidup dorang semua nak tayang. Macam tu la yang terjadi pada budak2 bakal nurse ni.

Tahulah kau bakal nurse jadi kau akan belajar & tengok semua tu. Tapi perlu ke sampai kau upload gambar macam ni.


 Sumber FB

Yang pelik ada pulak yang backing.. tapi masalahnya lecturer kau bagi markah kat korang berdasarkan jumlah LIKE @ Share kat FB ke sampai kena upload tunjuk kat orang dengan aksi tak berapa ada kemaluan sambil memegang kemaluan patung lelaki itu?? Perlu ke kau ambil gambar & upload kat FB untuk lulus exam? Kalau betul.. memang dahsyat la sebab markah berdasarkan jumlah LIKE & Share FB.

Cuba2 la buat sempadan sikit kat FB tu. Dan cuba2 la ada rasa malu sebagai seorang manusia lebih2 lagi korang tu perempuan. Mak bapak angpa tengok pun tutup mata dek non Ooi.. tolong malu dengan perangai anak2 depa. Cheq pun termalu jugak bila tengok tapi harus la berucap sepatah dua kata sebagai teguran & peringatan untuk orang lain & juga diri sendiri.

Moral of the story.. kadang2 kita je rasa benda tu kelakar tapi ramai orang rasa benda tu sangat mengaibkan & memalukan. Jadi jangan memalukan diri sendiri dengan buat kelakar yang tak kelakar macam ni.

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com