KISAH SERAM DI GANGGU SAKA SIKAT RAMBUT
Saka sikat rambut? ni cerita seram ke cerita kelakar. Serius ada saka sikat rambut, kalau takde aku tak cerita la. Nak tahu kisah saka sikat rambut ni kena sabar & teruskan membaca entri aku ni sampai habis. Kalau setakat baca tajuk, harap maaf anda takkan tahu apa cerita sebenar berlaku dengan saka sikat rambut.Sebab ni kisah aku bukan kisah orang lain, ok!Ceritanya aku pergi ziarah salah sebuah keluarga yang aku tak pasti ada pertalian sedara ke tak tapi memang family aku nampak macam kenal sangat dengan family kami ziarah tu. dalam rumah tu ada seorang wanita yang dah tua.. Orangnya pun dah separa nyanyuk. Sekejab ok.. sekejab merapu entah apa - apa. Dalam dalam nyanyuk tak nyanyuk rupanya dia ada bela sekor saka. Masa aku ziarah umah depa tu.. tetiba ada ahli keluarga depa nampak atas kepala aku ada lembaga hitam sedang bertenggek. Time tu memang aku dah rasa kepala aku macam berat semacam. Family tu sebenarnya tau pasal saka yang nenek separa nyanyuk tu bela tapi takkan orang datang rumah depa nak bagitau pulak. Mesti la orang takut kan. Tapi bila saka tu mula ganggu tetamu terpaksa jugak depa pecah rahsia cerita hal sebenar.
Sebenarnya saka tu nenek tu boleh buang & halau tapi bila di pujuk nenek tu tetap tak nak buang. Dia kata kawan dia. Selalu teman dia siang malam. Sebab saka tu dah ganggu aku tak mau turun dari kepala aku terpaksa la aku fight dengan dengan dia. Dah macam bomoh aku fight dengan saka tu tau. Akhirnya saka tu berjaya aku bunuh dengan ayat kursi & aku dapat tahu saka tu menumpang pada satu sikat rambut warna biru so aku patahkan sikat tu saka tu pun akhirnya mati. Bila saka tu mati.. nenek tu pun turut sama meninggal dunia. Tak tau la selama ni yang hidup tu nenek tu ke saka tu dalam badan dia sebab bila saka tu kena bunuh nenek tu pun mati jugak tak sempat nak tau sebab nya aku dah terbangun dari tidur.
kekekekeke... Jangan marah! Aku mimpi rupanya. Maybe dia la pengaruh sebab suka sangat tengok cerita seram. Serius aku rasa seronok pulak mimpi semalam tu. Dalam mimpi tu serius aku tak rasa takut boleh pulak aku fight dengan saka. Rupa saka tu memang tak nampak cuma dalam bayangan hitam saja. Yang kelakar aku rasa saka tu menumpang pada sikat rambut plastik warna biru. Apsal tak duduk kat barang antik sikit.. hahahaha...
Sebiji rupa sikat ni dalam mimpi aku. Tapi ni sikat rambut aku kat rumah so aku mula was was nak gunakan.Perlu ke aku patahkan untuk bunuh saka tu sekali lagi. hahahahaha