Showing posts with label geli. Show all posts

KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU

KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU. Entri ni bukan entri lucah yer.. Akak tak pandai tulis entri lucah, entri seram akak reti la mengarang katanya. Tapi cuma sebuah cerita yang di kongsikan oleh seorang kawan akak ni yang jadi pengedar satu produk untuk buang bulu. Tak kira la bulu roma, bulu ketiak, misai termasuk la bulu pada kemaluan. Ini bukan produk untuk sex yer.. Ini produk macam skincare jugak la. Even kat tut tu pun kena jaga tak boleh nak biar hutan dia merimbun sangat. Terlampau teduh kang banyak haiwan liar pulak berumahtangga.Jangan ingat  boleh jer biar memanjang tak perlu cantas dia luruh sendiri. Tidak ok!

Produk tu memang semua jantina boleh guna.. Tak kira la kau gay ke, pengkid ke,nyah ke hapa. Asal kau manusia yang ada bulu bulu kat tempat2 biasa berbulu tu boleh je nak guna. Produk ni pun bagus jugak sebab selain melincinkan kulit dia juga mampu melambatkan proses bulu baru tu tumbuh. Bulu2 yang baru tumbuh pun akan jadi lebih jarang & halus. Yang mana bulu kaki lebat nak2 lagi perempuan tu elok la try guna wax ni. Jangan risau tak menyakitkan.

Inilah produk yang memang berkesan menanggalkan bulu bulu kat segala sudut badan anda. Kalau rasa nak cuba boleh whatsapp 012 5254001

Biasa la pengedar produk memang akan di datangi macam macam jenis customer. tetiba kawan aku ni dapat sorang customer gay katanya nak beli produk buang bulu ni. Ingat nak buang bulu dada ke, bulu ketiak ke hapa.. Rupanya... nak buang bulu kat ***tet** dia tu. Katanya boyfriend dia tak suka. Dah tu ayat dia 'hot' & 'spicy' sangat. Sebut seketoi2 pulak tu tak berkias kias dah. Tak tau la dia tahu ke tidak yang jual tu perempuan. Aiyooo... Pengsan mak lima minit. Sebagai pengedar perempuan ni bila customer cakap macam tu Of course la dia jadi tak berapa selesa nak teruskan urusan jual beli. Serba salah dia nak reply. Mati akal nak cari ayat. Alih2 dia diam je la. hahahaha

Testimoni dari pengguna yang berpuas hati. Ok sapa ada masalah berbulu tu cepat dapatkan sebotol buat tebas semak semak kat tubuh anda

Yang si gay tu pun.. kau nak buang bulu kat mana pun kau punya pasal la. Yang kau cerita habis boipren kau tak suka bulu buluan kat tempat sulit kau bagai tu buat apa. Kalau kena kat aku pun aku tak tau samada nak teruskan urusan jual beli tu ke tidak. Kawan aku ni memang dah pernah berdepan dengan ragam customer yang macam2 bila tanya pasal wax dia jual ni. ada yang tunjuk terus gambar **tet** dia. mungkin dia terlampau lurus nak bagitau masalah yang dia hadapi supaya orang yang dia berurusan tu boleh faham dengan jelas masalah dia tu. Yang tu sama jantina pun macam tu tetap terkesima kejab la kawan aku tu. hahaha

Macam macam jenis ragam manusia ni.. Sebagai peniaga itulah yang anda perlu hadap sebab benda benda macam ni memang di luar kawalan & jangkaan anda. Jadi kena kuat dari segi mental jugak. Bukan senang nak jadi orang berjaya ni.. Pada peringkat awal macam macam benda perlu hadap. Jadi bertabah la semua. Mungkin hari ni anda cuma jual secara dropship, siapa tahu berkat usaha satu hari nanti korang bakal jual produk sendiri pulak, kan? Semua tu tak mustahil boleh berlaku asalkan ada usaha, doa & tawakal.

LINTAH DALAM KANGKUNG GORENG BELACAN

LINTAH DALAM KANGKUNG GORENG BELACAN. Kangkung.. dulu aku suka makan tanpa was was. Sedap kalau goreng. Nak2 lagi goreng belacan. Tapi kangkung ni masa potong nampak banyak lepas masak abis mengecut jadi sikit je. Jadi nak masak kangkung yang menyampah nak potong la. Alahai.. bosan sungguh. Sebab daun dia kecik2. Nak asingkan dengan batang dia lagi. Nak belah & potong batang dia. Ada orang tak belah dah batang kangkung cuma potong pendek2 ada orang belah dulu baru potong. Nak tau sebab apa meh sini nak story.

Gambar Sekadar Hiasan. Carian google

Kisahnya... Dulu sebelum aku dengar cerita ni aku memang suka makan batang kangkung tak kira la dia belah ke tidak masa siang tu. Yelah.. batang kangkung ni macam rangup sikit kan sedap la kalau kunyah2. Pada suatu hari tu.. (ni kisah zaman anak dara) sambil lepak2 minum dengan seorang abang yang aku kenal dari aku sekolah menengah lagi. Zaman dok gila dengar & call radio RFM dulu. Dia pun terbuka la cerita pengalaman dia makan kat sebuah restoran ni. Dia order masakan panas la. Salah satu menu tu kangkung goreng belacan. Nasib baik la tak sempat makan dia sempat perasan dalam batang kangkung tu ada lintah. Lintah walau dah masak tetap tak mati tu. Mak Aii... bahaya giler kalau masuk dalam perut. Bayangkan dia beranak pinak dalam perut kita. Ngeri & geli sungguh kisah tu pada aku sehingga memberi kesan trauma sampai hari ni.

Sebab tu sampai sekarang kalau makan kangkung aku makan batang yang halus yang connect ke daun je. Batang besar yang ada lubang udara kat tengah aku potong cara belah dulu takut ada makhluk dalam tu tak perasan nanti tapi tetap aku tak makan batang kangkung. Kalau order nasi goreng kampung normally memang depa guna sayur kangkung jangan harap aku nak makan. walau yang ada cuma sayur batang kangkung tetap aku takkan makan. Aku tak boleh nak telan sebab aku mesti teringat pasal lintah tu. Hahahaha..

Walau aku tak ada pengalaman termakan kangkung lintah tetap aku trauma sampai hari ni. Memang perangai aku kot suka trauma dengan pengalaman orang lain. Sebab imaginasi aku ni sangat liar suka membayang sehingga benda tu mempengaruhi emosi aku. hahaha

Yang spesis kaki makan macam ni >> Perangai Seorang Kaki Makan << hope jangan main telan jer. Jangan nanti nikmat makan terus hilang sebab sakit. Kalau sedih selera makan mungkin kurang sikit je tapi kalau sakit boleh hilang terus selera makan. Jadi pastikan makanan yang anda nak makan tu terjamin tahap kebersihannya.

Moral of the story.. pada pemakan kangkung kecuali kambing satu jer pesan aku.. Nak makan kangkung make sure takde makhluk asing menjadi rencah sayur kangkung korang. Bukan apa takut mengandung anak luar nikah lintah pulak. hahaha teringat drama dulu2 cerita pasal lintah yang masuk melalui kemaluan dia kemudian beranak pinak dalam perut. Semua orang tuduh dia mengandung sebab sistom2 orang mengandung tu memang berlaku walau mengandung anak lintah. Jadi kesimpulannya lindah memang bahaya kalau masuk ke dalam badan kita sebab dia tak mati & boleh hidup siap beranak pinak lagi.

KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET

KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET. Kalau dulu singlet ni sinonim jadi pakaian dalam jer. Orang lelaki pun pakai singlet di dalam baju tapi zaman sekarang singlet macam salah satu fesyen bila bersepah kita boleh nampak lelaki keluar ke mall atau beriadah hanya bersinglet. Dah bukan jadi satu pakaian dalam lagi.

Sumber Google Sekadar Hiasan

Bila dah jadi satu trend semua orang akan terima & ikut sebagai satu fesyen yang depa rasa kalau di gayakan nampak urban & stylo milo kononnya. Kalau awek tengok pun menitik air liur katanya. Aku tak tau la pandangan mata aku maybe tak up to date sangat kot dengan gaya lelaki bersinglet. Sebab walau hensem macam mana pun tetap aku geli tengok lelaki bersinglet.nak2 lagi jenis bulu ketiak bersepah. Tak payah bersinglet sangat la. Tak sanggup aku nak bayangkan peluh ketiak yang meleleh sebab tak ada penyerapan. Kalau pakai baju berlengan lain la peluh tu serap jugak kat kain.

Serius tak seksi & menghairahkan pun lelaki bersinglet sebagai fesyen untuk jenjalan kat mall @ mana2 pusat riadah. Even ketiak ko licin sekalipun tetap nampak geli hahahaha. Kalau rasa nak jadi lelaki seksi & mampu menghairahkan kaum wanita untuk mendekati hangpa tak payah tayang badan sado. Muka hensome pun tak perlu. Hanya perlu buat benda ni jer confirm tak sempat korang declare perempuan tu dah berangan pergi honeymoon dengan korang. Nak tau apa yang perlu buat untuk jadi lelaki seksi yang mampu mencairkan hati perempuan sila baca kat sini >> 7 Perkara Yang Buat Lelaki Nampak Seksi <<

Satgi ada dok mai pertikai laki pakai singlet geli sangat yang perempuan pakai baju dah macam bikini tak pulak hang kesah. Bukan tak kesah tapi rasanya dah ramai sangat kaum lelaki ambil kisah jadi kita kesahkan pulak pasal pakaian lelaki. Almaklum la lelaki ni kadang2 prihatin sangat dengan apa yang perempuan pakai padahal kadang2 depa tu pakai sampai nampak size angry bird tak pulak rasa segan & malu. Satgi ada pulak setaz mai dok cakap pasal aurat.. jadi sebelum berlaku aku nak bagitau siap2 apa yang aku tulis tidak menyebut pasal aurat sesiapa cuma apa yang aku tulis hanya dari pandangan mata aku je. Aku sedar aku bukan selayaknya cakap pasal aurat orang.

Aku tak kisah la kalau setakat nak bersantai kat rumah di musim panas pakai singlet sebab bila kat rumah kita nak lebih santai kan. Cukup la kat rumah jangan sampai keluar dating dengan awek pun kau bantai singlet jer hapa kau fikir badan kau ketul2 macam roti bun tu semua orang tengok terliur ke? Ada orang tengok kau bersinglet rasa nak muntah tau tak?? hahahhaa

Moral of the story, bila pakaian dalam di pakai di luar & menjadi ikutan maka kadang2 fesyen orang sekarang lebih nampak kuno berbanding orang dulu.peace yo!

GELI TENGOK AYDA JEBAT & ZUL ARIFFIN

GELI TENGOK AYDA JEBAT & ZUL ARIFFIN. Tu dia.. sampai lagu tu kan? Alah... mesti ada yang cakap. Kalau dah haters ni serba tak kena la. Apa je buat semua jadi salah.. Buat baik pun nampak buruk, buat salah lagilah di burukkan. Nak kata haters sangat tu tidak la.. Sebab sekarang ni aku memang jenis tak berapa fans sangat la dengan mana2 retis.. Aku suka judge dari performance mereka je. Kalau depa perform bagus time tu aku cakap bagus.. Kalau depa memang tak pernah bagus kat mata aku maka aku cakap tak bagus la.


Tapi gandingan dua retis ni memang aku tak boleh nak terima sangat. Yang lelakinya, Zul Ariffin style macho tak habis2.. Kiranya tengok lakonan dia dalam semua drama pun style lagu tu je. tak versatile langsung. Yang perempuan pulak.. Kalau romantik sambil geli bulu ketiak jadinya. Entah kenapa aku tak nampak sweet tapi serius geli ok! Lagi sweet aku rasa lakonan Izreen Azminda dengan fahrin Ahmad dalam drama eksperimen cinta. Tu baru sweet kita tengok boleh senyum2 & gelak2 dengan watak depa.

Zul Arifin tu aku harap kurangkan muka & gaya cakap.. control macho. Muak pulak aku tengok. Si Ayda Jebat tu.. tak payah buat muka ghairah sangat boleh tak?? Macam perempuan sangap je aku tengok. Sweet tak semestinya sangap, hokay! Dan pada stesten Tv tolong la kurangkan drama gandingan depa berdua ni.. aku dah hilang nafsu nak tengok. potong stim even tengok iklan promo drama depa pun. hahahaha


Moral of the story.. Pembikin drama tak perlu over sangat kalaupun dengan alasan nak bagi nampak watak & cerita tu real. tak payah real sangat romantik tu.. kalau adengan dalam bilik just tunjuk sampai depan pintu bilik pun ok ye dak?? Tak perlu tunjuk adegan warm up untuk berjimak bagai. Tak payah open sangat macam Azalina tu.. hahahaha

BARANG PALING JIJIK ORANG JUAL KAT ONLINE

Manusia ni kadang2 citarasa dia pelik.. Benda bukan2 jer dia suka kumpul. Bila dia suka kumpul benda pelik, dia confident mesti ada orang yang suka benda pelik macam dia maka dia jual. Pelik je takpe tapi kalau menjijikkan.. Aiyo.. tak tau nak bayang.

salah satu benda pelik & jelik yang di jual kat online

Antara barang jijik & mengelikan yang orang jual kat online adalah tahi palsu. Even palsu tapi taik kot hahaha.. Apa yang menarik sangat taik tu pun tak tau la kan. Hari2 berak tengok taik sendiri tak puas kot... Aduhai pelik sangat pulak rasanya nak simpan koleksi macam tu. Obses dengan bentuk taik ke hapa tak tau la kan tapi tu la taik kot... hahahahaha


Antara koleksi lain barang pelik & jijik yang di jual kat online adalah wall paper berlukisan lipas. Yang ni kalau tipikal pompuan rasanya trauma dia nak duduk dalam rumah atau bertamu kat rumah tu. Aku tak berapa tipikal perempuan sangat sebab aku tak geli dengan banyak serangga. Setakat lipas memang aku sentiasa jadi heroin dalam rumah membasmi kalau ada lipas sesat.


Ok la aku share 2 benda sudah selebihnya kalau hangpa nak tengok apa yang benda pelik & jijik yang di jual kat online boleh tengok kat sini 10 Barang menggelikan yang di jual online


FILEM YANG TAK BERAPA SENONOH UNTUK DI TONTON

Bunyi macam serius jer. Bahaya sangat ke filem ni? Bahaya jugak la sebab ada adegan2 yang agak lucah dalam filem ni. Memang tak sepatutnya jadi tontonan seisi keluarga. Kalau nak tengok berdua dua dengan pasangan yang dah sah di ijabkabul tu takpe..

Filem apa tu? Filem tu la yang aku beli masa raya korban hari tu. Filem bertajuk Contracted. Masa lepas beli aku baru review sinopsis filem ni memang aku dah agak filem ni memang tak sesuai tengok secara umum. Bila aku tengok semalam.. malu jugak. Hahahahaha... aku kan pemalu orangnya. Filem ni bagi aku rasa separa lucah jugak la. Tapi bagi orang lain yang maybe lebih open minded dari aku tak tau la.. Maybe bagi dorang selagi tak tunjuk *tut* bertemu *tut* tak lucah lagi la kot tapi bagi aku separa lucah dah. even babak2 tu tak lama sangat sebab filem ni pun pendek dalam satu jam lebih kurang, so banyak di ringkaskan la jalan cerita dia.

Adegan yang tak elok di tonton beramai ramai. hahaha

Walau di klasifikasi sebagai filem seram tapi bukan filem hantu tau.. Takde langsung hantu. Mengisahkan seorang lesbian yang di jangkiti penyakit pelik setelah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tak di kenali kat sebuah parti kawan dia. Lelaki tu sebenarnya suka bersetubuh dengan mayat. starting cerita dah tunjuk part romen2 dengan mayat tu tapi tak tunjuk jelas.. tunjuk kaki jer.

Penyakit pelik Samantha (lesbian tu) buat  dia mengalami pendarahan yang banyak kat kemaluan.. mata berdarah, gigi,kuku mereput & rambut mula gugur dalam masa yang singkat. Hanya dalam masa 3 hari jer muka & fizikal dia jadi sangat teruk & kemaluan dia berulat. Akibat dari penyakit misteri tu samantha membunuh 2 orang kawan lesbian dia bila mereka menolak untuk tolong dia.

Sumber google

Yang tak elok dalam filem ni.. ada adegan seks yang agak real di tunjukkan.. lepas ke tayangan babak tu kat pawagam?? aku sendiri pun tak tau.. Yang aku tak tahan effect darah.. Goli goloman den di buek nyo. hahahaha. Filem ni nak kata best.. ok la sebab akan buat kita tertunggu tunggu nak tau apa kesudahan & apa sebenarnya yang berlaku kat samantha. Tapi ending dia memang tak puas hati. Sekadar tunjuk samantha di kepung polis di tepi jalan kemudian habis. Pasal penyakit misteri dia tu.. tak tau apa jadi.

Jadi filem ni aku rasa tak payah tengok pun takpe la bukan sebab bosan ke hapa.. moral dia tak elok sangat. Banyak lagi filem lain yang best. Hahahahaha

P/S : Makin tercemar la keywords aku dengan entri ni. Hahahaha


SUAMI MENGANDUNG SEBAB BERPERWATAKKAN SONGSANG

Orang baca tajuk entri pun pening nak paham. Aku nak buat tajuk entri tu pening jugak. Hahahahaha.. Yelah, apa ke maksud suami mengandung sebab berperwatakan songsang ni?? Takpe.. takpe.. jangan panik bagai dunia nak kiamat even tu salah satu tanda kiamat, kejab lagi aku jelaskan kat korang yer...

Sumber google

tengah malam semalam terbaca post dari page Harian Metro pasal 1 pasangan konon pelik tapi sebenarnya aku tak rasa pelik pun. Tak rasa unik atau Wow pun dengan kejadian tu. Rasa geli tu maybe ada jugak. hahahaha.. Sepasang suami isteri.. yang si suami mengandung anak hasil hubungan mereka. Suami mengandung?? Sebab caption dia Bapa tu yang buat orang pelik. Bapa adalah gelaran pada lelaki yang bakal atau dah ada anak.. Lelaki mana boleh mengandung. Dia takde fungsi @ organ yang membolehkan dia mengandung even dia tukar jantina sekalipun.

Sumber Harian Metro

Apa yang berlaku pada pasangan ni hanya kerana mereka berpewatakan songsang bukan mereka melakukan hubungan songsang yer... Bagi aku hubungan dorang tak songsang.. sebab lelaki berkahwin dengan perempuan. Cuma perwatakkan mereka jer yang songsang. Yang patut jadi bini berpewatakkan suami, yang patut jadi suami berpewatakkan isteri tu yang nampak macam songsang. Bila yang berlagak macam lelaki kemudian mengandung.. semua orang nampak pelik la macam si suami yang mengandung padahal yang mengandung tu sebenarnya perempuan tapi berpewatakkan lelaki jer.

Itu apa yang aku agak dalam kisah dorang ni sebab harian metro blur artikel tu. Biasa la.. taknak artikel dorang di plagiat sebelum surat khabar di jual. Tapi dari tajuk berita tu rasanya 90% kisahnya camtu la. Mustahil la kalau di lahirkan dengan organ2 lelaki boleh mengandung. lelaki mana ada rahim.. ye dak?? Kalau lelaki bernama Rahim ada la, kan??

Moral Of The Story.. jadilah seperti apa yang Allah jadikan jangan nak mengubah ciptaan Allah sehingga merosakkan sesuatu yang dah cukup sempurna.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com