Showing posts with label kafir. Show all posts

ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH ORANG ISLAM

ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH ORANG ISLAM. Hari Jumaat ni kita mulakan dengan entri berkonsepkan ilmu keagamaan sikit yer. Mengambil berkat hari Jumaat yang mulia yang menjadi penghulu segala hari. Apa ingat lekatlekit ni reti melazer je ke? Aku pun manusia kot.. Ada la sudut baik & buruknya.. ye dak? hehehehe


Sebenarnya benda ni aku sendiri pun tak pernah tahu, Almaklum la Ilmu aku tak setinggi mana. Masih belajar & terus belajar.. Tadi ternampak Blogger share info pasal ni cuma dia just buat status ringkas je. Tak penjelasan secara terperinci pasal di bolehkan orang bukan Islam memandikan jenazah orang Islam selagi dia tahu cara yang betul melakukan..

Jadi aku try la goggle.. Yer yer aku tahu jangan mengaji dengan google. Sebaiknya cari guru. Sekadar info ringan.. Selebihnya kena merujuk dengan guru guru agama yang lebih tinggi ilmunya. Tapi aku share jugak la hasil dari menggoogle ni untuk kita sama2 dapat point seterusnya mencari ilmu itu dengan mereka yang lebih berkelayakkan...

Dari youtube ceramah Agama dari seorang ustaz ni menjelaskan memang sah jenazah di mandikan oleh orang bukan islam sebab memandikan jenazah tidak wajib membaca niat. Niat cuma sunat.. Jenazah tu memang la dah lepas.. Tapi kita yang sesama islam ni fardu kifayah tu tak lepas la kalau membiarkan orang bukan Islam memandikan jenazah sedangkan masih ramai orang Islam boleh melakukannya. Kita akan di persoalkan & di pertanggungjawab atas perkara tu. Yang dah mati tu memang dia tak ada apa2 dah. Dia dah lulus walau yang memandikan dia orang bukan Islam. Kecuali memang itu sahaja pilihan yang ada.. Maka tidak menjadi masalah untuk orang bukan Islam memandikan jenazah orang Islam..

Boleh dengar penjelasan dari video ni

Ingat tu walau Islam ni mudah jangan di permudahkan.. Kita nak sampaikan ilmu biar lengkap dengan penjelasannya supaya tidak menjadi salah faham kepada orang yang kita sampaikan. Sesetengah orang dia ambil point penting jer.. Macam bila kita kata orang bukan Islam boleh memandikan jenazah orang Islam.. Dia rasa dalam semua situasi pun boleh la. Benda ni kewajiban sesama Islam.. Cuma islam mudahkan umatnya jika berada dalam situasi dimana tiada orang Islam untuk melakukan perkara tersebut maka di bolehkan orang bukan Islam melakukan terhadap orang islam yang memerlukan. Malah dari pembacaan aku di bolehkan orang bukan Islam mengkafankan & mengembumikan jenazah orang Islam jika dalam situasi memang tak ada orang Islam di situ boleh melakukan sebab memandikan, mengkafankan & mengebumikan jenazah lebih bersifat teknikal. Tu kalau betul2 kau tinggal kat tempat yang memang kau saja orang Islam yang lain semua orang bukan Islam la.. Kalau kat Malaysia ni.. Rasa tak sampai kita memerlukan bantuan orang bukan Islam untuk melakukan semua tu kot.

Hope dengan perkongsian yang sedikit ni menjadi jalan untuk anda mengali ilmu tentangnya lebih mendalam. Boleh pakat pergi merujuk kepada guru agama masing masing yer nanti. Kalau ada kesilapan dalam penyampaian ilmu tak seberapa ni.. Mohon teguran secara berhemah memperbetulkan saya yang masih jahil ni..

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM. Kita sedia maklum kaum cina yang beragama budha kebanyakkan memang menggunakan makan untuk kebanyakkan ritual pemujaan agama mereka. Even dekat tempat penyembahan mereka pun sentiasa ada buah atau apa2 makan.. Tapi paling meriah kalau masuk bulan perayaan hantu la.. Memang ritual menjamu hantu tu penuh la dengan macam macam makanan berunsur makanan berat & snek. Yang macam nasi, kuih muih, ayam, daging bagai memang la dah terang2 status kehalalannya bagi umat Islam.. Tapi yang macam snek yang ada status halal tu macam mana pulak??


Benda ni pernah berlaku masa aku kerja sebagai general clerk kat satu kilang masa sebelum berhijrah ke sini dulu. Tak silap aku bulan tu bulan hantu kot. Macam biasa la.. Bos - bos aku ni cina. So depa tak terkecuali la untuk melakukan penyembahan untuk perayaan bulan hantu tu. Habis upacara menyembah tu dia hantar sedikit snek kat opis.. suruh makan. Serius time tu aku meragui status kehalalan makanan tu walau pada hakikatnya dia halal tapi sebab dia dah di jadikan bahan pemujaan untuk ritual keagamaan mereka.. Buat aku tak makan la. Gila kau nak makan! Tak kebulur sangat kot benda2 macam tu nak makan walau time tu aku sendiri tak sure boleh ke tidak orang Islam makan.

Dari apa yang aku baca.. Aku baca je ni bukan pergi mengaji dengan mana2 ustaz. So hangpa ambil sebagai bahan bacaan selebihnya merujuk la kepada mereka yang lebih berilmu.

Setiap barang makanan atau buah yag telah dijadikan sebagai bahan pemujaan di situ telah menjadi makanan jin kafir dan syaitan. Walaupun nampak dari segi zahirnya seperti biasa tapi hakikat sebenarnya barang tersebut telah di cemari dengan gelombang yang buruk dan kotor (daripada jin kafir dan syaitan) jika kita makan dikhuatiri gelombang buruk dan kotor itu masuk ke dalam badan kita menjadi darah daging kita maka memudahkan jin kafir dan syaitan menggoda kita. Oleh itu jauhilah semua barang yang telah dijadikan bahan pemujaan oleh orang musrik . Makan dan minulah barang yang halal dan baik yang ada di sekeliling kita.

Jadi tak kira makanan tu yang di gunakan untuk penyembahan orang bukan Islam atau orang yang mengamalkan ilmu batin macam bomoh tu. Sebab ada di kalangan orang2 melayu yang mengamalkan ilmu2 macam tu setiap tahun dia akan ada satu upacara penyembahan kepada saka saka dia yang selama ni membantu dia dalam aktiviti rawatan alternatif bagai. Kadang2 dia buat macam kenduri jemput orang kampung & orang2 sekeliling makan.. Jadi kalau tahu elakkan la pergi. Kita dah tau kenduri dia tu untuk apa & siapa kan..Takut makan yang jadi darah daging kita memberi kesan dalam kehidupan seharian kita pulak.

Moral of the story.. Walau makanan dari upacara penyembahan macam tu nampak bersih & memang bersih pada zat nya contoh minuman dalam botol macam yakult tu walau kilang tempat pemprosesan & pembungkusan dia bersih giler. Tak caya tengok kat sini >> Ini Yang Telah Di temui Di Kilang Yakult Oleh Satu Team Semasa Melawat Kesana << Tapi kalau benda tu di jadikan salah satu makanan untuk upacara penyembahan bagi orang bukan Islam.. Even botol dia masih di buka sekalipun tetap tak di galakkan kita meminumnya. Bersih hanya pada lahiriah tapi secara batinnya dia telah di serap dengan unsur2 yang tidak baik bagi orang Islam.

HUKUM MEMBERI UCAPAN SELAMAT UNTUK PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

Ini sekadar info di hujung jari yang di rujuk dari portal rasmi JAKIM, e-fatwa. Aku pun tak berani nak share kalau dari sumber yang tak sahih atau dari sumber orang2 yang tak di kenali. Yelah.. aku kan jahil jugak, tak berani memandai mandai. Sebab tu nak share pun aku cuba la rujuk dari sumber yang sahih kat online ni supaya tak jadi pertikaian. Kalau salah info ni, maka JAKIM la bertanggungjawab ye dak?

Isu ni sebenarnya sangat simple tapi di rumitkan dengan pertikaian yang tak berasas. Yang jadi kelam kabut sebab ramai yang mengeluarkan pendapat ikut hukum akal bukan merujuk kepada mereka yang lebih bertauliah & berpengetahuan dalam hal tersebut. Setakat isu2 semasa, gosip2 retis tu ok la nak guna hukum akal je kan.. Tapi kalau berkaitan dengan hukum hakam agama ni better merujuk kepada mereka yang lebih arif.


Kita dah biasa wish kepada orang bukan Islam bila tiba hari perayaan depa.. Tu benda biasa yang berlaku. Bukan tak boleh... boleh tapi ada perkara yang jadi tak boleh kalau kita berlebih pulak dalam ucapan sehingga macam memuliakan & mengiktiraf agama mereka. Contoh maybe camni la.. Selamat tahun baru cina. Semoga Tuhan memberkati & memberi rezeki kepada kamu sempena tahun baru cina. Semoga membawa tuah kepada kamu.. Over sangat kan? Cukup la sekadar wish.. 'Happy Chinese New Year & Enjoy your festival'. Tu pun dah cukup rasanya menunjukkan rasa hormat kita pada mereka. Ye dak??


 Sumber e-fatwa

So, apapun Islam tu Indah. Tak mengajar kita untuk berkurang ajar dengan mana2 agama yang ada kat dunia ni. Cuma perbuatan kita haruslah ada batasan. Kita percaya apa yang kita percaya tak salah.. tapi jangan percaya & yakin benda yang salah je. Peace!

P/S : Info ni sebenarnya aku google untuk aku sendiri tapi alang2 dah ada blog aku share la. Aku pun budak baru belajar katanya...


HARAM MASUK KE RUMAH IBADAT BAGI MERAIKAN PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

Zaman bebas berkata kata tanpa suara ni muncul ramai perwira & serikandi yang akan mempertikaikan bila sesuatu tu orang kata tak boleh. Macam contoh baru2 ni pasal kes Thaipussam. Ada para gegadis melayu islam berhijab dok pi memberi sokongan terhadap penganut agama hindu kat Batu Caves.. siap dok angkat poster I Love Hindu.


Aku nak cakap pasal tu aku sendiri pun tak sure samada boleh ke dok buat camtu semata mata nak bagitau penganut agama lain bahawa orang Islam menerima & menghormati agama mereka tapi kalau untuk diri aku.. Cukup la sekadar ucap... 'Happy holiday & Enjoy your festival'. Tu pun tanda kita hormati agama mereka. Tak perlu nak lebih2 sangat kot. Pasal tu korang cari la guru agama untuk merujuk ok!

Tapi aku terbaca kat portal e-fatwa.gov pasal hukum meraikan/merayakan/menyerupai perayaan agama lain ni.. Hukumnya haram. Boleh rujuk kat gambar yang aku printscreen kat portal e-fatwa ni





Sumber & artikel penuh sila baca di e-fatwa

Aku tak berapa faham sangat kenapa ada orang nak membetulkan jugak perbuatan ni dengan alasan niat sekadar untuk menghormati agama lain sedangkan banyak cara kot kita boleh tunjuk kita menghormati agama mereka. Menghormati tak semestinya kita mengiktiraf atau menerima agama mereka. Menghormati bagi aku kita tidak menegah kepercayaan mereka tapi bukan menyokong. Memang hidup berbilang kaum kat Malaysia ni kena jaga sensitiviti semua agama tapi tak perlu la sampai berlebihan nak bagitau kita suka & sayang agama orang lain, kan??

Aku pun jahil sana sini lagi.. Cuma nasihat aku kalau dah tak mau ikut pun jangan pengaruh orang lain untuk ikut cara korang yang salah. Tak perlu mempertikaikan & menegakkan benda yang salah. Jangan samakan atau membandingkan Islam dengan agama lain seolah2 korang nak cakap agama lain lebih baik dari Islam walau korang masih penganut agama Islam. Dah terang2 benda tu di fatwakan haram... Hukum tak berubah biar zaman berubah.

Sumber rujukan lain boleh juga baca kat sini >>  Muslim menghadiri perayaan non-muslim

P/S : Untuk lebih penjelasan tentang perkara ni rujuklah guru agama masing2 yer.. Entri ni sekadar info yang menjadi point untuk anda belajar.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com