HUKUM MEMBERI UCAPAN SELAMAT UNTUK PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

2/07/2015 11:09:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Ini sekadar info di hujung jari yang di rujuk dari portal rasmi JAKIM, e-fatwa. Aku pun tak berani nak share kalau dari sumber yang tak sahih atau dari sumber orang2 yang tak di kenali. Yelah.. aku kan jahil jugak, tak berani memandai mandai. Sebab tu nak share pun aku cuba la rujuk dari sumber yang sahih kat online ni supaya tak jadi pertikaian. Kalau salah info ni, maka JAKIM la bertanggungjawab ye dak?

Isu ni sebenarnya sangat simple tapi di rumitkan dengan pertikaian yang tak berasas. Yang jadi kelam kabut sebab ramai yang mengeluarkan pendapat ikut hukum akal bukan merujuk kepada mereka yang lebih bertauliah & berpengetahuan dalam hal tersebut. Setakat isu2 semasa, gosip2 retis tu ok la nak guna hukum akal je kan.. Tapi kalau berkaitan dengan hukum hakam agama ni better merujuk kepada mereka yang lebih arif.


Kita dah biasa wish kepada orang bukan Islam bila tiba hari perayaan depa.. Tu benda biasa yang berlaku. Bukan tak boleh... boleh tapi ada perkara yang jadi tak boleh kalau kita berlebih pulak dalam ucapan sehingga macam memuliakan & mengiktiraf agama mereka. Contoh maybe camni la.. Selamat tahun baru cina. Semoga Tuhan memberkati & memberi rezeki kepada kamu sempena tahun baru cina. Semoga membawa tuah kepada kamu.. Over sangat kan? Cukup la sekadar wish.. 'Happy Chinese New Year & Enjoy your festival'. Tu pun dah cukup rasanya menunjukkan rasa hormat kita pada mereka. Ye dak??


 Sumber e-fatwa

So, apapun Islam tu Indah. Tak mengajar kita untuk berkurang ajar dengan mana2 agama yang ada kat dunia ni. Cuma perbuatan kita haruslah ada batasan. Kita percaya apa yang kita percaya tak salah.. tapi jangan percaya & yakin benda yang salah je. Peace!

P/S : Info ni sebenarnya aku google untuk aku sendiri tapi alang2 dah ada blog aku share la. Aku pun budak baru belajar katanya...

5 comments:

  1. yg pnting niat :)
    depa pun bole raikan raya kita , kita pun bole jg ucap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat baik pun kalau cara tak betul tetap salah jugak. So, biar niat tu dengan cara yang betul

      Delete
  2. Wallahua'lam ... Saya selalu ucap happy holiday jer ...

    ReplyDelete
  3. Iya..ucap yg perlu dan ringkas je.

    ReplyDelete
  4. Wish biasa-biasa macam Happy CNY ke, Christmas ke, sudah cukuplahkan tanda kita pun menghormati mereka. Tak payah nak susah-susah ucap lebih-lebih pulak. Tapi akak ni terlebih excited bila ada perayaan bukan kerana perayaan itu sendiri tapi sempena cuti perayaan yang panjang. Best tak payah pergi kerja!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com