Showing posts with label agama. Show all posts

BANYAK SUMBER REZEKI HARAM YANG NAMPAK HALAL, ADAKAH SEDEKAH MEREKA DI TERIMA?

BANYAK SUMBER REZEKI HARAM YANG NAMPAK HALAL, ADAKAH SEDEKAH MEREKA DI TERIMA? Bila bercakap pasal rezeki kadang2 takut jugak. Walau tak haram tapi tak berkat pun tak jadi apa sangat dengan rezeki yang dapat tu. Mungkin tak jadi harta yang bermanafaat. Apatah lagi hasil rezeki tu dari sumber yang haram kan? Ada orang hidup senang, kaya raya.. Boleh tayang gambar stereng kereta jenama mewah bagai, duduk banglo.. Tapi hati tetap tak tenang. Hidup dalam ketakutan. Mungkin sebab apa yang dia buat tak betul. Harta setinggi gunung pun tetap tak mampu beli ketenangan.


rezeki dari sumber yang haram ni tak semestinya hasil dari merompak, mencuri, makan rasuah bagai.. Kadang2 dalam urusan jual beli kita pun boleh menjadikan rezeki yang kita dapat tu jatuh haram walaupun barang dagangan kita tu halal. Nak2 lagi zaman sekarang, masing2 berlumba untuk berniaga sebab berniaga ni salah satu cara yang boleh buat orang jadi kaya. Islam pun menggalakkan umatnya berniaga. Nabi Muhammad SAW pun berniaga. Salah satu pekerjaan sunnah juga.

Cuma apa yang kita niaga adakah mengikut cara Rasulullah? Barangan yang kita jual tu adakah memberi manafaat atau memberi kemudaratan pada orang lain? Menjual barang yang memudaratkan orang lain seperti dadah, ubat ubatan terlarang atau produk beracun, hukumnya haram sebab memudaratkan orang lain. Adakah kita kisah tentang semua tu? Atau kita cuma kisah dari hasilnya sahaja? Walupun nampak secara lahiriahnya kita melakukan kerja itu secara halal dari segi undang - undang, ada lesen, ada notifikasi KKM bagai.. tapi selagi apa yang kita jual itu memudaratkan orang lain tetap la hukumnya haram di sisi Allah.

Ramai yang melakukan perkara macam ni zaman sekarang. Nampak perniagaan mereka seolah olah dengan cara yang halal, hakikatnya apa yang mereka dapat itu dah jadi dari sumber yang haram bila apa yang di perdagangkan tidak mematuhi garis panduan agama. Na'uzubillah.. Semoga kita terhidar dari melakukan perkara perkara tersebut.

Kita nak membuka pintu rezeki kita amalkan sedekah, tapi sedekah dari hasil rezeki yang haram.. Adakah sedekah kita di terima? Menurut apa yang saya baca..

Sedekah dengan Harta Haram

Mengenai sedekah dengan harta haram, Boleh dilihat dari tiga kategori berikut:

1- Harta yang haram secara zatnya. Contoh: khomr, babi, benda najis. Harta seperti ini tidak diterima sedekahnya dan wajib mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya atau dimusnahkan.

2- Harta yang haram kerana berkaitan dengan hak orang lain. Contoh: HP dicuri, kereta yang dicuri. Sedekah harta sebegini tidak diterima dan harta tersebut wajib dikembalikan kepada pemilik sebenarnya.

3- Harta yang haram kerana pekerjaannya. Contoh: harta riba, harta daripada hasil dagangan barang haram. Sedekah dari harta jenis ketiga ini juga tidak diterima dan wajib membersihkan harta haram sebegitu.

Namun apakah pengubahan harta seperti ini disebut sedekah? Para ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Intinya, jika dinamakan sedekah, tetap tidak diterima kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda..

"Tidaklah diterima sembahyang tanpa bersuci, tidak pula sedekah dari ghulul (harta haram)" (HR. Muslim no. 224). 
Ghulul yang dimaksudkan di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta yang dicuri. Sedekah tersebut juga tidak diterima kerana alasan dalil lain yang telah disebutkan, 

"Tidaklah seseorang bersedekah dengan sebutir kurma dari hasil kerjanya yang halal melainkan Allah akan mengambil sedekah tersebut dengan tangan kanan-Nya lalu Dia membesarkannya sebagaimana ia membesarkan anak kuda atau anak unta betinanya hingga sampai semisal gunung atau lebih besar dari itu "(HR. Muslim no. 1014). Lihat bahasan Syaikh Sa'ad bin Nashir Asy Syatsri dalam Syarh Al Arba'in An Nawawiyah, hal. 92-93.

Adapun bersedekah dengan harta yang berkaitan dengan hak orang lain (barang curian, misalnya), maka Ibnu Rajab membaginya menjadi dua perkara,

1- Jika bersedekah atas nama pencuri, sedekah tersebut tidaklah diterima, bahkan ia berdosa kerana telah memanfaatkannya. Pemilik sebenarnya pun tidak mendapat pahala kerana tidak ada niat sedekah dari dirinya. Demikian pendapat majoriti ulama.

2- Jika bersedekah dengan harta haram tersebut atas nama pemilik sebenarnya ketika ia tidak mampu mengembalikan pada pemiliknya atau pun ahli warisnya, maka ketika itu dibolehkan oleh kebanyakan ulama di antaranya Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad. Lihat Jaami'ul 'Ulum wal Hikam, 1: 264-268.

Zaman sekarang ni ramai yang mendapat sumber rezeki yang haram dari perniagaan. Menutup kesalahan dengan alasan mereka berniaga secara jujur, tidak makan riba sebagainya tapi sebaliknya apa yang mereka dagangkan itu jatuh haram cuma mungkin tidak nampak sangat kejahatannya. Tapi kena ingat yang haram kekal haram.. Takkan kita nak biarkan keturunan kita menikmati hidup dari harta yang haram sampai kiamat.

Moral of the story.. Entri ni cuma perkongsian sebagai peringatan pada diri sendiri & semua pembaca blog lekatlekit.com. Moga yang baik dapat memberi manafaat kepada kita semua.

ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH ORANG ISLAM

ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH ORANG ISLAM. Hari Jumaat ni kita mulakan dengan entri berkonsepkan ilmu keagamaan sikit yer. Mengambil berkat hari Jumaat yang mulia yang menjadi penghulu segala hari. Apa ingat lekatlekit ni reti melazer je ke? Aku pun manusia kot.. Ada la sudut baik & buruknya.. ye dak? hehehehe


Sebenarnya benda ni aku sendiri pun tak pernah tahu, Almaklum la Ilmu aku tak setinggi mana. Masih belajar & terus belajar.. Tadi ternampak Blogger share info pasal ni cuma dia just buat status ringkas je. Tak penjelasan secara terperinci pasal di bolehkan orang bukan Islam memandikan jenazah orang Islam selagi dia tahu cara yang betul melakukan..

Jadi aku try la goggle.. Yer yer aku tahu jangan mengaji dengan google. Sebaiknya cari guru. Sekadar info ringan.. Selebihnya kena merujuk dengan guru guru agama yang lebih tinggi ilmunya. Tapi aku share jugak la hasil dari menggoogle ni untuk kita sama2 dapat point seterusnya mencari ilmu itu dengan mereka yang lebih berkelayakkan...

Dari youtube ceramah Agama dari seorang ustaz ni menjelaskan memang sah jenazah di mandikan oleh orang bukan islam sebab memandikan jenazah tidak wajib membaca niat. Niat cuma sunat.. Jenazah tu memang la dah lepas.. Tapi kita yang sesama islam ni fardu kifayah tu tak lepas la kalau membiarkan orang bukan Islam memandikan jenazah sedangkan masih ramai orang Islam boleh melakukannya. Kita akan di persoalkan & di pertanggungjawab atas perkara tu. Yang dah mati tu memang dia tak ada apa2 dah. Dia dah lulus walau yang memandikan dia orang bukan Islam. Kecuali memang itu sahaja pilihan yang ada.. Maka tidak menjadi masalah untuk orang bukan Islam memandikan jenazah orang Islam..

Boleh dengar penjelasan dari video ni

Ingat tu walau Islam ni mudah jangan di permudahkan.. Kita nak sampaikan ilmu biar lengkap dengan penjelasannya supaya tidak menjadi salah faham kepada orang yang kita sampaikan. Sesetengah orang dia ambil point penting jer.. Macam bila kita kata orang bukan Islam boleh memandikan jenazah orang Islam.. Dia rasa dalam semua situasi pun boleh la. Benda ni kewajiban sesama Islam.. Cuma islam mudahkan umatnya jika berada dalam situasi dimana tiada orang Islam untuk melakukan perkara tersebut maka di bolehkan orang bukan Islam melakukan terhadap orang islam yang memerlukan. Malah dari pembacaan aku di bolehkan orang bukan Islam mengkafankan & mengembumikan jenazah orang Islam jika dalam situasi memang tak ada orang Islam di situ boleh melakukan sebab memandikan, mengkafankan & mengebumikan jenazah lebih bersifat teknikal. Tu kalau betul2 kau tinggal kat tempat yang memang kau saja orang Islam yang lain semua orang bukan Islam la.. Kalau kat Malaysia ni.. Rasa tak sampai kita memerlukan bantuan orang bukan Islam untuk melakukan semua tu kot.

Hope dengan perkongsian yang sedikit ni menjadi jalan untuk anda mengali ilmu tentangnya lebih mendalam. Boleh pakat pergi merujuk kepada guru agama masing masing yer nanti. Kalau ada kesilapan dalam penyampaian ilmu tak seberapa ni.. Mohon teguran secara berhemah memperbetulkan saya yang masih jahil ni..

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL?

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL? Pagi pagi terbaca luahan hati seorang blogger di facebook bila dia di pandang sinis sebab ada manusia yang rasa dia terlalu cepat 'move on' selepas kematian suami. Berbagai persepsi negatif di lemparkan pada dia.. hanya kerana dia tak tunjuk kesedihan selepas pemergian suami tu dalam tempoh masa yang panjang. Pelik jugak aku dengan manusia macam ni.. Sedih bagi mereka maybe kau kena murung, diri tak terurus, hari2 menangis.. hari2 kena up status berunsur kesedihan, kekecewaan bagai dalam tempoh bertahun tahun kot.. Kalau tak kau akan di anggap cepat melupakan suami yang masih baru meninggal dunia sedangkan orang tu ada anak.. Perlu teruskan hidup. Perlu jadi kekuatan pada anak2 yang jugak masih bersedih dengan kehilangan Ayah..


Bagi aku lagi cepat seorang wanita itu bangkit & move on adalah lebih baik kerana dalam Islam pun tempoh berkabung @ iddah selepas kematian suami pun hanya 4 bulan 10 hari. Dalam tempoh tu memang di larang berhias macam bermakeup, mengenakan pakaian cantik yang boleh menarik perhatian orang lain, memakai minyak wangi atau apa2 perkara yang boleh membuat orang tertarik untuk menikahinya. Apapun tak boleh pakai pakaian khas macam sesetengah penganut agama lain buat bila berkabung memakai pakaian berwarna hitam atau putih. Jadi pakailah apa2 pakaian biasa yang tak menarik perhatian orang lain. Tapi jangan la sampai comot & tak terurus pulak. Tak boleh berhias tak bermaksud sampai tak mandi, baju tak bertukar, badan bau hapak bagai yer.. So, kena faham betul betul. Kebersihan diri tetap kena jaga walau dalam tempoh iddah @ berkabung.

Selepas tempoh tersebut dah tak salah untuk teruskan hidup & buat apa yang terbaik untuk dirinya selagi benda tu tak menyalahi mana2 undang2. Kalau kematian selain bukan suami memang Islam melarang bersedih lebih 3 hari.. Bermakna bukan la tak boleh bersedih tapi tak perlu bersedih secara berlebih lebihan sampai dah tak boleh teruskan hidup macam biasa.

Islam pun dah memberi garis panduan yang baik jadi kenapa perlu timbul isu cepatnya seorang balu tu move on bagai.. Kenapa mesti ada persepsi gatal, tak sayang suami yang baru meninggal bagai atau cepat melupakan walaupun baru je meninggal dunia. Seorang balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan ni tanggungjawab dia sangat besar ok! Tak sama macam orang yang masih ada suami. Kalau dia tak move on.. Kau nak tolong bagi anak2 dia makan? Kau nak tolong jaga anak anak dia? Kau nak tolong sara semua keperluan anak anak dia? Kalaupun selepas habis tempoh berkabung & iddah dia nak kahwin lain kau tak boleh judge dia gatal. Mungkin dengan perkahwinan tu dia ada tempat bergantung & nasib anak anak dia terbela. Seorang wanita bergelar balu ni memilih berkahwin semula bukan semua kerana keinginan hati dia sendiri. Kadang2 sebab memikirkan anak2.. dia terpaksa berkahwin. Tapi orang yang melihat.. takkan faham & tak ingin nak faham pun sebenarnya. Yang depa tau.. termuncung muncung mulut mengumpat. Macam menjadi seorang 'BALU' itu satu dosa pulak.

Berhenti memberi persepsi negatif pada golongan balu.. Betul! Ada yang mengambil kesempatan dengan gelaran 'Balu' tapi bukan semua. Mak aku pun seorang Balu.. Dia pun takde la bersedih lama2 selepas kematian Ayah aku dulu tapi kita tahu la.. Walau dia nampak macam dah move on.. sampai sekarang kadang2 dengar jugak dia membandingkan hidup dia selepas ketiadaan ayah.. Contoh ayat dia.. Ni kalau ayah hang ada ni mesti kami dah pi sana sini.. Buat tu ni.. " kat situ pun membuktikan di hati dia masih ingat suami dia yang dah lama meninggal dunia. Tak tunjuk kesedihan tu secara terbuka pada orang lain tak bermakna orang tu tak sedih. Tapi sebab tuntutan hidup.. dia tahu dia tak boleh melayan kesedihan sehingga amanah yang dia ada tak terjaga. Walau berat, walau sakit.. Dia kena bangun & kuat teruskan hidup.

Moral of the story.. Hentikan memberi persepsi negatif pada golongan balu yang korang nampak mampu tersenyum, bekerja & nampak bahagia selepas kematian suami. Apa yang anda nampak belum tentu mengambarkan apa yang mereka rasa. Tak semua orang suka canang kesedihan dia pada orang lain.. Macam aku. Erkk.. aku bukan balu yer. Tapi aku ni boleh kata susah sangat nak tunjuk kat orang aku sedih atau ada masalah nak2 lagi kat media sosial.

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM. Kita sedia maklum kaum cina yang beragama budha kebanyakkan memang menggunakan makan untuk kebanyakkan ritual pemujaan agama mereka. Even dekat tempat penyembahan mereka pun sentiasa ada buah atau apa2 makan.. Tapi paling meriah kalau masuk bulan perayaan hantu la.. Memang ritual menjamu hantu tu penuh la dengan macam macam makanan berunsur makanan berat & snek. Yang macam nasi, kuih muih, ayam, daging bagai memang la dah terang2 status kehalalannya bagi umat Islam.. Tapi yang macam snek yang ada status halal tu macam mana pulak??


Benda ni pernah berlaku masa aku kerja sebagai general clerk kat satu kilang masa sebelum berhijrah ke sini dulu. Tak silap aku bulan tu bulan hantu kot. Macam biasa la.. Bos - bos aku ni cina. So depa tak terkecuali la untuk melakukan penyembahan untuk perayaan bulan hantu tu. Habis upacara menyembah tu dia hantar sedikit snek kat opis.. suruh makan. Serius time tu aku meragui status kehalalan makanan tu walau pada hakikatnya dia halal tapi sebab dia dah di jadikan bahan pemujaan untuk ritual keagamaan mereka.. Buat aku tak makan la. Gila kau nak makan! Tak kebulur sangat kot benda2 macam tu nak makan walau time tu aku sendiri tak sure boleh ke tidak orang Islam makan.

Dari apa yang aku baca.. Aku baca je ni bukan pergi mengaji dengan mana2 ustaz. So hangpa ambil sebagai bahan bacaan selebihnya merujuk la kepada mereka yang lebih berilmu.

Setiap barang makanan atau buah yag telah dijadikan sebagai bahan pemujaan di situ telah menjadi makanan jin kafir dan syaitan. Walaupun nampak dari segi zahirnya seperti biasa tapi hakikat sebenarnya barang tersebut telah di cemari dengan gelombang yang buruk dan kotor (daripada jin kafir dan syaitan) jika kita makan dikhuatiri gelombang buruk dan kotor itu masuk ke dalam badan kita menjadi darah daging kita maka memudahkan jin kafir dan syaitan menggoda kita. Oleh itu jauhilah semua barang yang telah dijadikan bahan pemujaan oleh orang musrik . Makan dan minulah barang yang halal dan baik yang ada di sekeliling kita.

Jadi tak kira makanan tu yang di gunakan untuk penyembahan orang bukan Islam atau orang yang mengamalkan ilmu batin macam bomoh tu. Sebab ada di kalangan orang2 melayu yang mengamalkan ilmu2 macam tu setiap tahun dia akan ada satu upacara penyembahan kepada saka saka dia yang selama ni membantu dia dalam aktiviti rawatan alternatif bagai. Kadang2 dia buat macam kenduri jemput orang kampung & orang2 sekeliling makan.. Jadi kalau tahu elakkan la pergi. Kita dah tau kenduri dia tu untuk apa & siapa kan..Takut makan yang jadi darah daging kita memberi kesan dalam kehidupan seharian kita pulak.

Moral of the story.. Walau makanan dari upacara penyembahan macam tu nampak bersih & memang bersih pada zat nya contoh minuman dalam botol macam yakult tu walau kilang tempat pemprosesan & pembungkusan dia bersih giler. Tak caya tengok kat sini >> Ini Yang Telah Di temui Di Kilang Yakult Oleh Satu Team Semasa Melawat Kesana << Tapi kalau benda tu di jadikan salah satu makanan untuk upacara penyembahan bagi orang bukan Islam.. Even botol dia masih di buka sekalipun tetap tak di galakkan kita meminumnya. Bersih hanya pada lahiriah tapi secara batinnya dia telah di serap dengan unsur2 yang tidak baik bagi orang Islam.

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA. Sekarang nampak berniqab atau berpurdah dah macam jadi satu fesyen pulak. Ramai dah orang pilih berniqab tapi tak ramai yang berniqab dengan niat yang betul. Maaf la aku memang tak layak nak cakap pasal aurat sebab aku pun belum sempurna cuma aku tertanya tanya je apa fungsi niqab kalau seorang perempuan itu masih nampak menggoda kaum yang berlawanan jantina?


Sebabnya aku tengok ada antara mereka berniqab ni walau tutup sampai nampak biji mata & kening jer.. Dia punya berhias kening & mata dia kemain cantik & menggoda sampai aku pun tergoda. Yelah.. even dia berniqab tapi dia masih nampak fashionista & seksi gitu. Serius nampak cantik sangat solekkan yang menyerlahkan mata dia tu. Tak perlu kau nak pakai gincu merah ang ang bak kata orang kedah.. dia tunjuk biji mata tu dah seribu kali lebih cantik dari muka aku ni hahahaha. Tapi aku tak tujukan pada mereka yang berniqab untuk photoshoot atau selfie yer... Aku tujukan buat mereka yang memilih berniqab secara kekal tapi masih menyerlahkan kecantikkan mata dengan kaedah solekkan.

Bila tengok fenomena macam tu tetiba tertanya.. Apa motif dia berniqab & apa motif dia solekkan mata dia sampai nampak menggoda & mungkin mengundang nafsu seksual orang lain? Berniqab ni rasanya tak wajib sebab muka bukan aurat. Tapi sebolehnya aku tak nak la sentuh bab aurat sebab aku sendiri pun belum sempurna. Kang jadi kecaman pulak. Cuma aku tertanya tanya golongan yang berniqab ni.. Walaupun bukan semua tapi boleh nampak semakin ramai yang berniqab macam satu trend fashion jer.. Tak ke nampak hipokrit macam tu. Kau nak menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang mungkin berimaginasi nakal & bernafsu buas tapi kau berhias sakan kat mata sampai menyerlahkan kecantikkan & nampak menggoda orang yang tengok kau berniqab pun jadi confuse jugak.

Sebagai perkongsian dengan semua. Selebihnya baca kat sini : DRMAZA.com

Bukan apa kesian golongan yang berniqab yang betul2 nak menutup kecantikkan dari pandangan mereka yang bukan mahram tapi bila muncul golongan yang menjadikan niqab sebagai fashion seolah olah mempalit tahi kepada mereka2 yang berniqab dengan ikhlas & cara yang betul. Tak salah pun berniqab.. Yang jadi salah cara anda gunakan niqab tu. Kalau rasa tak bersedia untuk berniqab dengan niat betul.. Rasanya tak perlu la pakai kot. Buat golongan yang masih mencari hidayah macam aku ni confuse je. Niqab di Malaysia satu fesyen atau untuk menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang tak sepatutnya?

Moral of the story.. Dugaan zaman sekarang bagi golongan berniqab adalah selfie & upload gambar. mungkin sebab teknologi smartphone dengan fungsi camera yang semakin canggih masing2 berlumba nak tunjuk kecantikkan dari gambar membuat Iman seorang wanita berniqab ni jugak tergugat. Tu yang jadi walau berniqab tetap pandangan mata dia nampak seksi dengan solekkan yang menggoda. hehehe

P/S : tetiba teringat iklan produk D'herbs terlajak laris yang menampilkan seorang wanita berniqab dengan solekkan mata menggoda sehingga menawan hati ramai lelaki.. Tetiba bila dia bukan niqab gigi dia agak berserabut & mancung. Ramai orang marah iklan tu seolah2 mempersendakan golongan berniqab tapi apa yang di tonjol memang segelintir mereka berniqab masih nak nampak menggoda walau hanya dengan solekkan mata. Betul la apa yang iklan tu tonjolkan dengan apa yang berlaku sekarang. hehehe

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU. Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat.

Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu hantu & roh2 orang mati termasuk orang2 zaman dulu kala yang dah berkurun mati akan keluar dari alam ghaib. Kalau korang biasa tengok filem2 seram cina, thailand.. Mungkin tahu macam mana kepercayaan orang cina tentang bulan hantu ni. Bila tiba bulan hantu ni.. Turn roh2 orang yang mati atau hantu ni yang akan menziarahi ahli keluarga depa yang masih hidup.

pada hari ke 13 dalam bulan ke tujuh penganut agama budha akan buat satu ritual untuk bebaskan penderitaan orang2 yang dah meninggal dunia. Selalunya depa akan buat ritual menyembah nenek moyang sebagai tanda taat & sebagai satu cara mereka menyambung warisan keturunan walaupun nenek moyang dah lama meninggal. Ia termasuk jugak upcara persembahan makanan. Sebab tu kita nampak orang cina akan letak makanan tempat2 mereka melakukan ritual penyembahan pada bulan hantu. Bukan setakat makanan depa jugak akan bakar wang neraka & bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh2 yang datang menziarahi mereka yang masih hidup bila tiba bulan hantu. yang selalu kita nampak orang cina bakar kertas banyak2 tu. Tu antara ritual membakar wang neraka. Cara tu untuk melayan roh2 yang datang ziarah seolah olah mereka masih hidup. Ritual yang lain2 seperti melepaskan perahu kecik & tanglung di atas air bagi tujuan membantu roh2 yang sesat sedang mencari jalan.

Jadi kalau kita nampak barang2 untuk ritual bulan hantu tu jangan la kita nak sepak2 ke atau curi2 makan apam ke buah oren hapa.. Hormati kepercayaan orang lain. Sebab tu penting kita tahu bukan untuk kita percaya tapi untuk kita lebih memahami kepercayaan agama orang lain supaya kita tak termelakukan perbuatan biadap secara sengaja atau tak semasa mereka melakukan ritual untuk kepercayaan mereka.

Aku kalau sampai bulan hantu ni yang aku tunggu2 kat TV adalah filem2 seram je tapi entah kenapa siaran tv percuma ni tak nampak pulak iklan2 filem seram untuk mana2 slot rancangan TV. Kalau kat astro tu nampak jugak orang dok update pasal filem seram. Tak aci tau. Mentang2 aku tak mampu langgan esteruk.. Tv free tak nak tayang filem seram sempena bulan hantu ni.

Moral of the story... Semoga sempena bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina tak ada orang2 malaysia yang tetiba jadi hantu & menghantui orang lain. Biarlah hantu buat tugasan dia.. kita sebagai manusia jadi manusia tak payah nak menyamar hantu sangat. hehehe

PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM DI BULAN RAMADAN

PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM DI BULAN RAMADAN. Dah masuk 8 ramadan hari ni. Ya Allah sekejab je kan.. Memang masa semakin pendek. Kalau dulu nak tunggu berbuka pun rasa lama sangat apatah lagi nak tunggu raya menghitung hari jugak. Tapi sekarang masa berlalu tak terasa. Tak tau la kalau ada masih yang malas puasa sebab tak tahan lapar. Padahal setiap hari kenyang sahur pun kadang2 belum habis dah nak berbuka. Tu aku la.. Maybe sebab tu jugak semalam mak mertua aku tegur dah kurus. Aku pun belum timbang berat tak tau la banyak mana yang turun.


Tu la keistimewaan ramadan.. Tak perlu diet boleh kurus katanya janji masa berbuka kau tak payah rakus sangat melantak. Buat macam aku makan macam biasa je. Kadang2 tak makan nasi pun. Buka puasa minum air & makan kuih jer.. erkk.. rasanya aku nak cerita pasal pelawak otai Acapan yang di khabarkan telak memeluk Islam di bulan ramadan ni. Kenapa pulak cerita pasal puasa aku ni? hahahhaha


Ok ok.. berbalik pada kisah Uncle Acapan kita kita.. Beliau seorang pelawak yang rasanya ramai kenal. Dia mula terjebak dalam industri hiburan dari tahun 80an kalau tak silap. Lawak2 beliau memang antara lawak yang mampu buat orang gelak. Seorang berbangsa india yang banyak berlakon dalam filem & drama melayu. Melalui page Mustapha Kamal katanya beliau telah memeluk islam. Alhamdulillah hidayah di bulan ramadan.


Mungkin banyak bergaul dengan orang2 melayu yang beragama Islam buat beliau tertarik dengan ajaran Islam. Apapun satu penghijrahan yang mulia & baik. Semoga Acapan @ Sharin Muhammad di berikan hidayah untuk terus mendalami Islam.

Berita Ini adalah Palsu. Sila Rujuk Entri Ni >> Viral Pelawak Acapan Peluk Islam Adalah Tidak Benar <<

HANYA YANG BERTUDUNG SAHAJA WAJIB CARI MAKANAN HALAL?

HANYA YANG BERTUDUNG SAHAJA WAJIB CARI MAKANAN HALAL?. Sentap Hoi! Statement pendakwah2 online ni. Macam jadi satu dosa besar orang yang free hair ni cari makanan atau produk yang halal untuk dia. Macam yang free hair ni tak layak pulak nak ambil berat soal halal haram sesuatu yang dia nak guna atau makan.


Aku tak nafikan free hair tu kategori tidak menutup aurat & tidak menutup aurat tu haram berdosa tapi bertudung pun belum tentu sempurna aurat dia di tutup atau geng2 pendakwah macam ni nak kata asalkan tutup kepala tak nampak rambut dah kira tutup aurat ke camna?? Sebab point "free hair" je bukan dia sebut tidak menutup aurat.  Bukan nak cakap besar.. diri aku sendiri pun tak sempurna dalam menyempurnakan hukum2 Allah ni tapi yang rasa sempurna tu tak payah la menikam hati2 orang sangat. Sampaikan dakwah yang mudah orang terima bukan buat orang benci sebab apa yang anda nak sampaikan tu sebenarnya patut menjadi perkara yang baik tapi bila salah cara dah terjadi perkara yang buruk. Sayang sangat...

Seperti kita sedia maklum tak semua yang free hair tu tak solat & tak semua yang bertudung itu melakukan solat.

Memang statement 'Free Hair tapi pergi luar negara sibuk nak cari makanan halal" seolah2 nak cakap kat golongan 'Free hair" ni sebab kau buat 1 perkara haram berdosa kenapa mesti kau nak takut nak buat perkara haram yang lain. Itu apa yang aku faham la. Soal makan minum ni soal nak jadi darah daging cheq Ooi.. Bila benda tu sebati dengan darah daging kita ia mempengaruhi keturunan kita jugak nanti. Tak bertudung.. sapa tahu esok lusa dia bertudung. Tapi kalau makan benda haram ni.. boleh ka kau nak siat2 buang benda haram yang sebati dengan darah daging kau tu nanti.

Maaf yer bukan niat nak cari pasal ke apa. Tapi kena letak jugak caption untuk bersifat lebih adil. Mungkin aku je salah faham tidak orang lain. Jadi tak adil la pada penulisan status ni. So, kat sini aku attach sekali status sebagai bukti. Masing2 mempunyai sudut kefahaman yang berbeza. merujuk pada statement di atas.. manusia ni serba tak kena kan.. kang dia dah la tak pakai tudung lepas tu makan pun tak kira halal haram mesti kena kutuk macam ni pulak.. " dah la tak tutup aurat, makan benda haram pulak."

Masya Allah.. bawak mengucap wahai pendakwah2 sekalian. Sampaikan ilmu itu cara yang betul & tidak mengelirukan. Salah faham ni boleh mengundang persepsi negatif orang yang membaca atau mendengar. Sebab anda orang2 yang berilmu tidak seperti saya manusia yang masih jahil & belajar mengenal Tuhan. islam tak ajar pun kita yang tak sempurna menutup aurat ni tak layak buat perkara2 lain yang baik & ikut hukum. Manusia ni kadang2 yang bertutup litup pun tak sempurna lagi ikut hukum Allah ni. Sebab kita manusia.. takkan pernah sempurna. Kita semua sentiasa belajar untuk jadi lebih baik.

Sumber Detik Islam

Aku ni bukan baik sangat. Penulisan aku pun jenis lantang melintang pukang.. Memang kadang2 menyakitkan hati cuma aku rasa penulisan berbentuk dakwah ni tak berapa sesuai nak lantang sangat sampai kadang2 bunyi macam menghina orang lain. Yelah.. kita nak sampaikan benda baik kan lebih elok dengan cara baik ye dak.. Orang yang dengar walau tak ikut pun sejuk sikit hati. Manatau dengan kelembutan tu mencairkan hati2 yang keras macam batu atau hati yang panas macam neraka.

Apapun mencari yang halal itu wajib.. Kat Malaysia ni tak susah nak cari makanan halal tapi kalau kat negara yang bukan Majoriti penduduknya beragama Islam mungkin susah sikit. Jadi kalau korang nak ke Jadi untuk memudahkan korang mencari makanan halal meh tengok kat sini >> Susah Nak Cari Makanan Halal.. Guna Je Aplikasi Ni Mudah & Sangat Berkesan << Tak kira korang free hair ke atau berpurdah bagai.. Carilah yang halal.

Moral of the story.. Tak salah pun walaupun dia tak sempurna lagi menutup aurat tapi masih mengamalkan memakan benda2 yang halal. Tak menyusahkan sesiapapun dia nak makan benda2 halal ni. Jadi kita tak payah rasa pelik, jelik,janggal atau sakit hati sangat tengok golongan free hair yang masih menjaga makan minum mereka dari termakan benda2 yang di haram oleh agama. Sekurang kurang mereka masih ada perasaan takut kepada Allah.. Insya Allah dengan adanya perasaan takut kepada Allah mungkin satu hari nanti akan merubah mereka seorang muslimah sejati.  Doakan yang baik2 jer.. peace!

P/S : free hair terang2 tak tutup aurat tapi bertudung pun zaman sekarang tak semua yang tutup aurat. So, bagi aku bila mention free hair je sebagai golongan tak tutup aurat ni agak tidak adil.

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN. Mesti ramai panik baca tajuk entri ni kan? Aku pun mula2 jadi confuse jugak bila seorang pengedar Jus Caliph keluarkan kenyataan macam tu kat salah satu group yang aku share kebaikkan Jus Caliph ni. Sebab Harga Jus Caliph ni serius ada macam macam harga tapi Harga Jualan Yang pihak HQ Caliph tetapkan adalah RM75. Mula2 aku beli Jus Caliph ni memang la dengan harga RM75. Aku tak rasa rugi pun.. Rezeki pengedar dia. So, pengedar yang jual harga mengikut HQ tetapkan tak payah risau.. Rezeki tu dari Allah. Insya Allah ada rezeki untuk korang.


Tapi yelah.. nama pun pembeli kalau ada orang jual produk yang sama dengan harga yang berganda murah, confirm la dia pilih yang lagi murah. Tapi bila ada yang menjatuhkan hukum berkat tak berkat ni kita pun mula jadi cuak & was was la jugak. Supplement ni nak bagi kat anak.. Untuk memastikan dia berkembang dengan baik & sihat. Yelah.. tu la tujuan kita bagi supplement untuk anak anak kan? Takde orang bagi makanan tambahan untuk pastikan anak dia besar nanti jadi gangster paling ganas & terkenal, ye dak?? Atau nak bagi anak dia sakit & cepat mati. Kalau depa tak peduli.. jangankan supplement, makan pun maybe depa tak bagi.

Sebab statement tu sedikit buat aku rasa macam tak confident maka aku merujuk kepada seorang kawan aku yang sekarang ni bergelar seorang ustaz. Tapi bukan ustaz yang mengajar kat sekolah tu.. Dia banyak bagi ceramah2 agama atau buat program motivasi. Memang aktif sekitar kedah & luar kedah pun kadang2 ada jugak jemputan. Mujur la ada kawan dengan ustaz hensem kan.. Jadi senang la nak tanya apa2 berkaitan Hukum hakam ni.

Menurut beliau.. Urusan jual beli tu sah. Tak salah pun kita beli dengan harga yang murah. Kecuali la kita dah buat perjanjian urusan jual beli dengan satu pengedar ni, tapi tetiba kita nampak ada orang yang jual lebih murah kita terus pergi beli kat orang yang jual lagi murah tu. Yang tu salah la.. Sebab kita dah deal. Nak2 lagi dah siap buat tawar menawar. Tu secara ringkas la yang aku faham dari penjelasan kawan aku tu.

Pada pengedar caliph.. Yang berurusniaga dengan amanah & jujur tak payah rasa tergugat dengan pengedar2 yang main harga ni. Asalkan anda berniaga dengan jujur Insya Allah.. ada rezeki & rezeki yang anda dapat pun berkat. tapi jangan la sampai keluar hukum sendiri.. orang beli harga murah tak berkat. Berbaik sangka.. mungkin ada orang yang tak mampu memerlukan supplement tu.. At least ada harga yang lebih murah di pasaran mereka ada pilihan untuk beli.

Kalau ikutkan persaingan harga ni bukan je produk caliph malah macam2 produk pun ada persaingan harga macam ni. Even pakaian, gadget, perabot,peralatan elektrik pun ada yang barang sama tapi harga berbeza. Jadi tak ada istilah tak berkat bila pembeli memilih beli barang yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.

Moral of the story.. Semoga Allah permudahkan & melimpah ruahkan rezeki buat kita semua. Amin...

AWAS! PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT PADA TAHUN BARU CINA

AWAS! PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT PADA TAHUN BARU CINA. Setiap bangsa & agama tu ada pantang larang dia tersendiri. Setiap pantang larang tu ada alasan.. cuma alasan dia samada logik atau tak logik je. Ada pantang larang alasan dia berkaitan dengan unsur spiritual & mistik.. ada yang sekadar alasan yang di reka reka untuk menakutkan generasi muda. Apapun pantang larang.. Boleh follow kalau tak menyusahkan atau memesongkan kepercayaan agama.


Walaupun kita orang melayu tak salah kita ambil tahu pantang larang & budaya bangsa lain. Yelah.. supaya kita tak termelakukan bila bertandang kerumah mereka untuk meraikan perayaan mereka. Nak2 lagi yang kawen campur ni. Sebab lain bangsa & agama.. Maka pantang larang dia pun lain lain jugak. Jadi sangat2 penting kita ambil tahu pantang larang bangsa lain sebagai menghormati kepercayaan mereka. Bukan suruh percaya tapi tak ada la nanti kita di anggap biadab bila melanggar pantang larang depa kan.

Kita buat dengan niat menghormati.. tak salah kan? Jadi mana2 yang ada kawan2 atau sedara mara mahupun keluarga mertua yang berbangsa cina elok la tahu apa pantang larang orang cina bila menjelang tahun baru cina. Kalau yang jenis berpegang pada adat memang benda2 macam ni memang depa pegang.. Rasanya kaum cina memang masih amalkan pantang larang ni sampai sekarang. Nak tau apa pantang larang dia meh baca kat sini >> 8 Pantang Larang yang boleh & tak boleh buat semasa tahun baru cina yang mesti anda tahu <<

Jadi kalau anda berkunjung rumah kaum cina pada tahun baru cina jagalah kelakuan anda yer.. Jangan terlepas buat benda2 tu semasa di rumah depa walaupun ikut kepercayaan & adat kita memang tak ada yang salah nak buat tapi tidak pada mereka yang berbangsa cina. Hormat menghormati itu penting.

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT

HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT. Elok jugak la artikel2 macam ni di tulis semasa kontroversi Amran Fans & Geng Breastfeeding tengah panas meletap letop katanya. Supaya yang mempertikaikan perkara tu tahu hukum kita mengupload gambar tengah menenenkan anak di laman sosial untuk tontonan Umum.


Bukan apa ramai yang masih merasakan benda tu cuma benda kecil. Alah.. bukan nampak 'Buah Betik' pun katanya. Benda tu pun nak kecoh. Sebab tu sebelum ada yang sampai berani tunjuk 'Buah Betik' yang ranum macam minah2 saleh buat kita perlu tegah dari sekarang. Permulaan dia memang tunjuk sipi sipi jer.. Kalau di biarkan tak mustahil masing2 berlumba lumba nak tunjuk nenen sapa paling bengkak penuh susu.

Jadi penting untuk kita tahu samada perbuatan tu di bolehkan atau tidak menurut pandangan Islam supaya kita tak buat pertikaian bodoh yang mungkin kita pulak jadi mangsa untuk di viralkan. Aku ni pun jahil segala sudut jadi marilah kita sama sama belajar yer..

Sumber Astro Awani

Bila dah tahu hukum dia maka terpulang pada pada yang masih nak pertahankan hak mengupload gambar anak tengah menenen di media sosial. Kalau rasa dengan cara tu je boleh membuatkan susu anda tak kering maka buat la.. Manalah tau bila dia tak selfie terus kemarau nenen dia tak bersusu pulak. Kan memudaratkan anak dia pun jadi tak elok jugak. Tapi kalau tak selfie & upload susu meriah macam hujan di musim tengkujuh maka tak payah la nak buat.

Banyak cara kita boleh buat untuk memberi kesedaran pada ibu ibu untuk terus breastfeeding anak selain mengupload gambar. Bukan apa bila makcik2 spesis macam ni >> Inilah Perangai Makcik Makcik Bila Berkumpul <<  tertengok gambar tu bukan takut kecoh kat alam maya jer.. Takut kecoh sekampung halaman pulak lagi haru biru unggu kelabu.

Moral of the story.. Kita tak mampu nak membentuk orang lain jadi baik & berfikiran positif sentiasa tapi kita mampu elakkan diri kita di aibkan. Jadi pilih elak dari jadi mangsa di aibkan. Peace Yo!

PEMBOHONGAN BESAR DI SEBALIK PERAYAAN KRISMAS

PEMBOHONGAN BESAR DI SEBALIK PERAYAAN KRISMAS.  Perayaan yang ada kaitan dengan santa claus memang takde lain dah selain krismas. Kat Malaysia pun ada sambutan perayaan ni untuk penganutnya. Sebab Malaysia kan negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum & agama jadi perayaan ni jugak salah satu perayaan yang di rayakan kat Malaysia.

Sumber Google. Santa Claus Yang Sentiasa Di Kaitkan dengan Perayaan Krismas

Kalau kita orang Islam hari raya kita tak bagi orang hadiah tapi pemberian dalam bentuk duit raya. Macam tu jugak tahun baru cina.. Depavali pun rasanya bagi duit raya jugak kot. Cuma Krismas jer sinonim dengan bagi hadiah. Sebab tu kepercayaan mereka kan. Kalau ikut cerita mitos pasal santa yang datang bagi hadiah kepada kanak kanak menjelang krismas , santa akan memberi hadiah mengikut perangai & kelakuan seorang kanak kanak. Kononnya kalau baik dapat la hadiah macam mainan & gula gula tapi kalau nakal cuma dapat kayu atau arang je. Mungkin dogeng ni di cipta untuk mengawal kelakuan budak budak kot. Macam kita jugak la. Orang melayu pun banyak pantang larang dogeng untuk mengawal tingkah laku anak anak. Aku rasa kepercayaan santa ni pun di cipta sama tujuan macam tu jugak.

Katanya kepercayaan santa claus ni ditentang sesetengah penganut agama kristian sebab menyimpang dari sudut kepercayaan agama kristian & tujuan sebenar sambutan perayaan krismas ni. Santa Claus bagi mereka adalah satu pembohongan besar & di anggap tidak beretika jika ada ibu bapa masih memupuk kepercayaan tentang santa kepada anak anak. Ada juga yang menganggap santa claus ni cuma lambang komersial untuk perayaan krismas & menjadi salah satu pencabulan terhadap tradisi mereka. -Sumber Wikipedia -

Biasa la orang dulu dulu.. Bukan kata penganut agama kristian jer.. Kita orang melayu pun banyak mereka cerita & kepercayaan yang kadang2 boleh merosakkan akidah sebagai seorang Islam. Dulu.. Mungkin ilmu agama mereka kurang & depa nak cari guru agama untuk belajar pun susah. Tapi dah hidup zaman teknologi yang senang nak dapat rujukkan berkaitan hal ehwal agama ni hope kita tak jadi jahil sangat la yer.. Sesuatu kepercayaan yang di amalkan orang dulu2 tu kaji2 balik la. Jangan semborono je terus pratikkan.

Apapun yang best sempena  hari krismas ni adalah hadiah. Sebab bukan je orang yang merayakan dapat. Kita yang tak sambut pun tempias jugak dapat. Sapa2 yang lahir bulan december untunglah orang mesti banyak bagi hadiah best2 sebab time ni la barang2 branded untuk di jadikan hadiah di jual dengar harga murah macam ni >> 7 Idea Hadiah Yang Mampu Buat Orang Tersayang pengsan sambil tersenyum. hahahaa << Jadi kalau hangpa nak beli hadiah maka beli la time2 sekarang sebab krismas sinonim dengan pemberian hadiah maka hadiah2 di jual dengan harga mampu histeria kita tengok. hahahaha

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT. Salam pagi jerebu.. Semoga anda masih sihat walau terpaksa menyedut udara yang bercampur jerebu kuning semalam. Sebelum kita mulakan aktiviti harian jom la kita berdoa supaya masalah jerebu dapat di selesaikan secepat mungkin & semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang penyakit merbahaya akibat jerebu & hindari kita semua dari malapetaka akibat kerosakkan bumi.

Gambar Sekadar Hiasan, Sumber Google

pepagi tadi sempat tengok rancangan Fiqh wanita kat tv9. Rasanya rancangan ulangan. Tak ingat pulak nama ustazah tu sebab tak sempat tengok dari awal cuma tertarik bila ada penonton bertanya pasal amalan melenggang perut. Kalau hangpa tak tau melenggang perut tu macam mana.. Melenggang perut ni di lakukan pada wanita hamil. usia kandungan dah dekat2 sarat baru orang buat melenggang perut. Tujuan dia katanya untuk mudahkan proses bersalin & nak tahu jantina bayi dalam perut. Ni kira amalan turun temurun sejak dulu kala. Masih ada yang mengamalkan amalan ni sehingga hari ni. tapi aku tak ada pulak buat masa mengandung dulu. Zaman sekarang nak buat apapun semua kos. Jadi memang aku tak suka buat benda2 membazir yang tak penting even scan anak dalam perut nak tau jantina pun aku tak buat dulu. Keluar la anak jantina apapun aku terima & aku sayang je anak aku.

Sedikit info pasal amalan melenggang perut ni.. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.

Barang2 yang di gunakan dalam upacara melenggang perut ni adalah Tujuh helai kain yang berlainan warna, Satu gantang beras, Sebiji buah kelapa, Beberapa urat benang, Satu batang damar, Sedikit minyak kelapa atau minyak urut, Beberapa batang lilin, Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya & Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Cara2 upacara ni di jalankan.. Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut, Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan. Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan. -Sumber Wikepedia -


Menurut ustazah dalam rancangan Fiqh wanita tu hukum melenggang perut ni jatuh khurafat dah. Sebab ada ritual2 yang tak sepatutnya dia buat. Almaklum la amalan orang dulu2 ni kebanyakkan memang bercampur aduk. Jadi tak buat pun takpe la. Banyak cara & amalan lain yang boleh di pratikkan untuk memudahkan proses bersalin tu. Nak tau jantina sekarang tak payah melenggang perut, pi la hospital scan je. Sekarang dah ada 3D scan lagi canggih boleh nampak bentuk rupa baby dalam perut. Selebihnya hangpa rujuk la dengan guru agama masing2. Guru agama yang bukan membawa ajaran sesat tau! hehehe

Sumber Lenggang Perut Satu Warisan

Apa barang melenggang perut zaman sekarang. Tak cool langsung kan? Tak nampak macam urban mummy pun. hahahaa

Moral apa yang kita tak pasti tu tak payah la buat. Tak buat lenggang perut pun ramai orang bersalin dengan mudah dengan melakukan amalan2 & bacaan ayat2 suci Al Quran. Tak payah nak menjunjung adat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Orang2 dulu kita sedia maklum mereka kurang pendedahan & tak banyak sumber depa boleh belajar. Kita orang sekarang tak payah jadi kuno sangat macam orang dulu dulu.

HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM

HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM. Sekarang zaman ramai orang berpengaruh gunakan kuasa untuk memuaskan hati sendiri. Jika dia tak suka seseorang yang bagi dia penentang dia.. Dia akan ajak pengikut dia yang umpama dah terkena nasi kangkang untuk memboikot individu tersebut walau sebenarnya pengikut dia yang lain tiada masalah dengan orang yang di ajak boikot tu. Biasa la bila berlaku perselisihan faham antara dua orang individu maka yang ada kuasa, guna kuasa veto untuk menunjukkan kekuasaanya. Tu sebagai contoh la.. mengajak orang yang tak ada kena mengena memboikot individu yang kita tak suka.

Kita ni manusia memang tetap la manusia. Ada kurang & silap sana sini. tak semestinya aku tulis entri ni aku auto seorang yang baik & tak melakukan kesilapan yang sama. Sebab aku tahu aku cuma seorang manusia bukan malaikat jadi tak mustahil aku juga sentiasa melakukan kesilapan. Sebelum ada yang salah faham baik la aku jelaskan entri ni sekadar berkongsi ilmu yang sedikit untuk peringatan kita bersama.

Hukum memboikot sesama orang islam ni sama la macam memutuskan silaturrahim. Dari apa yang aku baca...

Untuk artikel penuh baca kat sini >> Hukum Boikot sesama Islam <<

Jadi pada mereka yang ada membuat kempen memboikot orang tu walau secara umumnya orang nampak macam baik je. Macam tak ada apa2 jer... Tapi di sebaliknya dia sedang mengadakan kempen memboikot orang yang dia tak suka, ketahui mungkin sesama manusia ada yang tak nampak tapi Yang Maha berkuasa sentiasa nampak. Kalau macam aku ni kecoh semua orang boleh nampak buruknya perangai.. Tapi yang diam jangan fikir keburukkan itu dapat di sembunyikan. Kadang2 pengikut sendiri pun tak setuju dengan cara kita maka mereka akan cuba luahkan benda tu pada seseorang. Tu mungkin cara Allah nak bagitahu ada orang tak setuju dengan cara kita yang salah. Umpama Bangkai yang di simpan dalam almari akhirnya terbau juga. Jadi sama2 lah kita perbaiki kesilapan masing2. Samada pihak yang memboikot atau di boikot. hehehe

Moral of the story.. Apalah sangat di boikot sesama manusia kan. jangan Allah boikot kita sudah. Selagi Allah sayang kita dia akan sedarkan kita dengan macam2 cara bila kita membuat kesilapan. Terima kasih Allah kerana sentiasa memperlihatkan kesilapan aku bila aku melakukannya cuma kadang2 tetap terbuat jugak sebab ikut perasaan. Itulah manusia perkara yang sering gagal adalah mengawal perasaan.

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK. Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka.

Sekadar hiasan

Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama.

Sumber Google

Samak
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman ­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim)  Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Sertu
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah. Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Sumber : Indahnya Agama Islam

Kat Malaysia ni najis mughalazah paling popular anjing dengan babi la. jadi saja la aku buat tajuk macam tu sebab kalau sebut najis mughalazah satgi ada yang tak tau apa benda najis mughalazah tu tapi kalau sebut babi dengan anjing semua orang Islam tahu tak boleh di sentuh tanpa sebab & kalau tersentuh dalam keadaan tertentu perlu di sucikan dengan cara menyertu tapi selama ni kita faham sebagai menyamak.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang Sertu & Samak

Tu la kan.. sebenarnya banyak perkara dalam hidup kita kadang2 kita salah faham semenjak dari kita lahir sampai kita besar. Kadang2 ada orang terpesong pemahaman dia sampai mati. Mati2 kita ingat benda yang kita tahu atau faham tu betul. ending dia alih2 salah pemahaman kita tak kira dari sudut hukum agama atau pemahaman kita dalam perkara lain. Sebab ia di sampaikan dari generasi ke generasi tanpa rujukan apa - apa. Semuanya berdasarkan pemahaman sendiri je. Contoh perumpamaan Harapkan Pagar, pagar makan padi.. walau logiknya mana ada pagar makan padi. Pagar tu bukan spesis benda hidup pun. Tapi kita tetap tak pernah rasa perumpamaan tu salah sampai lah kita tahu sebenarnya bukan pagar tapi pegar.. sejenis burung yang makan padi. Macam tu jugak dengan perkataan Lepaking.. kita fikir perkataan tu cuma bahasa santai budak2 sekarang yang suka sangat rojakkan bahasa. bahasa melayu campur bahasa inggeris Lepak+ing. Tak rasa perkataan tu di iktiraf & ada tercatat dalam mana2 kamus tapi tak sangka pulak perkataan lepaking memang ada dalam kamus oxford. banyak benda yang kita tak sangka berlaku dalam hidup kita kan? Tak sangka perkara tu salah.. tak sangka benda tu ada.. tak sangka dia macam tu.. erkk!

Apapun.. Memang tak salah cara kita membersihkan najis mughalazah selama ni cuma yang salah adalah panggilan pada perbuatan tu je yang kita salah faham. Tapi penting jugak kita tahu perbezaan perbuatan samak & sertu untuk kita tidak menyebarkan fakta yang salah. Aku bukan setazah, hokay! Sebarang komen nak tunjuk berlagak pandai & memperbodohkan orang tak di layan tapi kalau nak sama2 menyebarkan ilmu silakan. Kalau aku salah memberi info tegurlah dengan fakta yang betul  dengan rujukan yang sahih secara berhemah. Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni memberi manafaat pada semua.

LELAKI CINA BONGKAR RAHSIA AIR TUJUH DI KELANTAN

LELAKI CINA BONGKAR RAHSIA AIR TUJUH DI KELANTAN. Air tujuh?? air apa tu?? Air jampi ke? Air mayat?? air minum? erkk... air apa ni air tujuh? Aku pun mula2 tak tau jugak apa tu air tujuh tapi lepas tengok satu artikel & tonton satu video ni baru aku tau air tujuh tu air apa. Kalau korang nak tahu air tujuh tu air apa baca entri ni sampai habis.

Sempena hari Malaysia ni lepak kat rumah banyak la artikel & video yang ada kaitan dengan Malaysia. Yelah.. kita semua sedia maklum Malaysia antara paling unik.. Banyak bangsa, bahasa & sekarang dah tambah lagi satu warganegara. Apa yang tak ada kat Malaysia.. semua ada dah sekarang. Bukan je berbilang kaum & agama malah berbilang warganegara sampai tak terbilang dah punya banyak warga asing. Tapi tak payah bilang la.. tengok pun kita tau memang banyak. Malaysia dah jadi macam banglasia, Indolaysia,myamarlaysia,nepalisia.. macam2 sia2 la ada kat sini.

Takpe la nak buat macam mana Malaysia negara kebajikan yang paling pemurah lagi penyayang di dunia. Asal kau bayar berbahagialah kau kat malaysia. Buat la macam negara sendiri. Kau nak bercucuk tanam secara haram ke.. kau nak buka premis perniagaan tanpa permit ke buat la katanya. Sampai jadi tanah runtuh macam kat cameron highland tu baru la tindakkan tegas akan di ambi. Itulah Malaysia sekarang.

tu cerita pasal berbilang warganegara tapi ni cerita pasal berbilang bangsa pulak kat Malaysia. bangsa2 yang memang menjadi penduduk sah Malaysia ada mycard. Dok layan video ni terkejut aku dengar cerita pasal air tujuh. Mati2 aku fikir apa benda air tujuh tu. Tak tercapai akal ku. Lepas tengok video tu baru aku tau air tujuh tu air apa. Aku yakin korang pun tak pernah dengar nama air tujuh ni walau sebenarnya bersepah jual kat serata negeri & tak mustahil kita selalu minum atau pernah minum. Nak tau apa air tujuh tu meh tengok video kat sini >> tengok video ni sampai habis confirm korang tahu tentang air tujuh <<


Lepas tengok video tu hope ramai yang tahu apa tu air tujuh. Itulah keunikkan di Malaysia. Sebab banyak bangsa & bahasa tak campur lagi loghat2 daerah & negeri membuatkan ada di antara kita yang walau tidak belajar secara formal pun tahu banyak bahasa. Contoh terdekat mak aku sendiri.. melayu pure tapi cakap tamil fluent beb! Tengok filem tamil tak payah subtitle.

Moral of the story.. Buruk baik tetap tanahair sendiri tempat terbaik & paling selesa. Maka berbanggalah anda sebagai rakyat Malaysia. Jangan jadi Alvin Tan..

ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN

ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN. Alvin Tan?? Tak kenal.. Memang korang bukan pengguna media sosial la kot.. maybe setahun sekali baru online. Kalau kat alam maya penuh pancaroba ni semua orang kenal Alvin Tan. Bekas Blogger Blog lucah kini ketakutan & dah lari ke luar negara & sentiasa mencipta provokasi & menghina agama Islam untuk mendapat perhatian masyarakat. Terbaru isu dia upload gambar konon tatu tulisan Allah kat peha ke apa ntah.. Aku pun malas sangat nak ambil tahu pasal Alvin Tan ni. Almaklum budak terencat macam tu bukan boleh layan sangat.. makin layan makin menjadi jadi provokasi dia buat.

Baru ke luar negara pun dah tak boleh tangkap inikan kalau dia ke lubang cacing. Doakan dia ke lubang kubur je settle. hahaha

Tapi ramai jugak setia menjadi pemaki hamun & melayan setiap apa yang dia buat di media sosial terutama yang ada unsur menghina agama Islam. Bukan aku kata kita tak perlu mempertahankan Islam tapi Alvin Tan tu semua orang tahu apa dia buat sekadar untuk mencetuskan kemarahan umat Islam & mendapat perhatian dari masyarakat. Makin kau respond setiap apa yang dia buat semakin dia akan buat. Kau fikir dia touching sangat dengan maki hamun hangpa tu?? Kalau benda tu bagi kesan pada dia.. Takde la dia terus buat & buat lagi. Sebenarnya lagi hangpa dok marah cakap bukan2 selagi tu setiap apa dia buat mencapai target. Cuba buat tak tau jer... Dia pun rasanya boring sebab apa dia buat takde kesan sampingan.

Alvin Tan sebenarnya seorang budak lelaki yang hidup kesunyian.. Mak bapak pun jauh. Dia perlukan kasih sayang & perhatian so dia buat la apa saja yang boleh orang nampak dia wujud di muka bumi Allah ni. kalau buat benda2 baik sekarang ni susah nak jadi viral & orang bagi perhatian jadi buat benda2 jahat ni sekejab jer orang share seantero alam maya. Motif dia cuma mendapat perhatian ramai dengan gambar2 & status2 yang menganggu sensitiviti orang lain.

Nasihat aku pada Alvin Tan & semuanya masyarakat yang rajin sangat melayan gambar2 berunsur provakasi & penghinaan tu.. Dari hangpa dok buat masa layan @ buat benda takde pekdah tu ada lagi baik korang pi selfie ke.. ambil gambar ke  yang best masuk contest ni >>Suka bergambar? Ini yang mesti korang tengok << Untung menang dapat jugak hasil. Dari dok melayan budak jahat macam Alvin Tan tu hapa pun tak dapat selain sakit hati. Orang bodoh je layan spesis macam Alvin Tan. Alvin Tan pun kalau dah memang suka sangat selfie tu apa kata salurkan bakat anda tu ke contest tu. Mana tau menang boleh tampung kehidupan anda di luar negara. hahahahaha

Moral of the story..  Orang bodoh macam Alvin Tan berjaya memperbodohkan ramai orang tak tau la nak kata sapa lagi bodoh. So, renung renungkan jangan biar hidup anda di perbodohkan. Peace Yo!

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG. Tadi ada terbaca satu artikel pasal menu2 di serata negara. Ada satu menu tu di buat dari dakwat sotong. masa dok google gambar dakwat sotong terjumpa pulak info pasal ni. Memandangkan aku sendiri pun tak pernah tahu hukum memakan dakwat sotong ni maka aku rasa ia satu perkongsian yang berguna jugak untuk semua. Bukan apa ada yang guna dakwat sotong dalam masakan. Bukan kat luar negara je tapi kat Malaysia pun ada. Macam sotong masak hitam, orang gunakan dakwat sotong untuk warna hitam dalam masakan tu. Mungkin dia tak tahu hukum makan dakwat sotong ni.

Gambar Sumber Google

Jadi aku merujuk la di portal rasmi Jakim, efatwa.. Yelah. Kang rujuk dari sumber di ragui datang pulak komen2 yang minta aku tunjukkan apa bukti jatuh hukum macam tu macam ni. Dah la aku bukan level2 setazah. Aku ni level2 buah cempedak di luar pagar jer... Apa aku belajar aku kongsikan la dengan semua. Kita sama sama belajar ye dak?? Ilmu tu kalau di kongsi jadi banyak manafaat jadi jangan kedekut ilmu dengan orang lain.

Keputusan yang aku dapat dari portal efatwa adalah seperti berikut..

Sumber Efatwa



Kalau suruh kita makan tahi pun kita tak nak sebab kotor macam tu jugak dengan dakwat sotong ia kategori najis. Jadi mana2 yang sebelum ni pernah gunakan dakwat sotong dalam masakan tu kalau boleh elakkan la dari gunakan ia sebagai bahan masakan. Yang mana nak makan sotong tu pastikan sotong cuci & buang bersih2 dakwat. Alah bukan susah pun nak buang kan??

Kalau jumpa menu macam ni yang di hasilkan dari dakwat sotong pun hope elakkan la dari makan. Bayangkan menu tu di perbuat dari najis confirm nampak sedap macam mana pun mesti korang takkan makan.

Moral of the story.. termakan tu tak salah tapi kalau dah tahu salah tetap nak makan tu yang bermasalah.

AWAS! MESEJ CURANG PASANGAN BOLEH JADI BAHAN BUKTI UNTUK DI PENJARA

AWAS! MESEJ CURANG PASANGAN BOLEH JADI BAHAN BUKTI UNTUK DI PENJARA. Zaman teknologi ni memang meningkatkan kes kecurangan. Tak kira bagi pihak perempuan mahupun lelaki. Dua2 sama naik bak kata orang kedah. Kalau dulu nak curang dia banyak step sikit nak buat.. Tapi sekarang duduk dalam rumah sambil tengok tv dengan family pun depa boleh curang hanya semudah hujung jari. Yelah.. berapa kerat yang takde smartphone & access internet.


Kalau kita dapat kesan pasangan kita curang melalui media sosial.. Jangan nak mengamuk dulu atau dok tadah berkoyan koyan airmata sebab makan hati. Tengok tahap mana kecurangan pasangan tu. Kalau boleh slow talk.. elok la bawa berbincang. Kalau suami/isteri makin teruk sampai mengabaikan tanggungjawab pada keluarga ini masanya anda bertindak dengan lebih agresif. Agresif bukan kata pi belasah pasangan atau orang yang jadi orang ketiga dalam rumahtangga hangpa tu.. Satgi depa selamat hangpa yang mereput dalam lokap pulak. Ambil langkah selamat & bijak.

Caranya.. simpan mesej2 & gambar2 curang pasangan. Sebab benda tu boleh di jadikan bahan bukti untuk mendakwa orang ketiga kesalahan mengganggu atau memecahbelahkan rumah tangga pasangan berkahwin sehingga mereka bercerai mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 37 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Individu berkenaan perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam di kawasan mana kesalahan itu berlaku. Pihak jabatan akan membuat siasatan dan jika ada bahan bukti, saksi dan kes kuat, barulah pihak ketiga akan didakwa di bawah prosedur jenayah syariah. Jika sabit kesalahan, mereka terbabit boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Mereka yang dikategorikan sebagai orang ketiga boleh merujuk antara pasangan kekasih lelaki dan wanita, wanita dengan wanita (lesbian), lelaki dengan lelaki (gay), kalangan keluarga, saudara mara, adik beradik, ibu bapa atau datuk dan nenek.

Dengan cara macam tu mungkin jugak boleh menyelamatkan rumahtangga anda. tapi kalau memang cinta depa dah ikat mati bukan ikat tepi lagi at least takde la sakit hati sangat lepas macam tu je. Sekurang kurangnya orang yang pernah jadi parasit dalam rumahtangga kita tu di kenakan tindakkan undang undang dunia.

Apapun kenapa perlu ganggu hubungan rumahtangga orang. yer Islam Menghalalkan poligami tapi cara kena la betul. Kalau dok skandal sembunyi2 tu dah tak betul caranya. nak2 lagi sampai meruntuhkan rumahtangga orang. Buat apa nak cari masalah dengan pilih suami orang. Ye dak??

Moral of the story.. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. hati hati pada mereka yang sekarang tengah skandal dengan suami atau isteri orang lain. Nasib tak baik belum sempat hangpa lari pi kawen kat siam dah dapat pakej honeymoon kat hotel besi biru putih.

HUKUM BAYI DI SUSUKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM

Rasanya hukum wanita bujang menjadi ibu susuan kepada anak angkat semua dah sedia maklum.. Tidak syarat yang tidak boleh dia melakukan perkara tersebut tapi rasanya ramai yang masih was was apa hukum seorang wanita islam menyusukan seorang bayi yang di lahirkan oleh seorang ibu yang bukan Islam & apa hukum bayi yang di lahirkan oleh orang Islam di susukan oleh orang yang bukan islam..


Serius sebelum ni aku pun tak tahu... tak rasa pulak nak ambil tahu tapi tadi tertengok rancangan ulangan program SIS 2015 kat TV9 tergerak pulak nak cari info sahih berkenaan menyusu bayi ni. Supaya tak jadi pertikaian Info yang aku dapat ni adalah dari portal rasmi JAKIM e-fatwa. Kalau rasa was was korang boleh merujuk dengan JAKIM lah yer..

Persoalannya boleh ke tidak perbuatan menyusukan bayi bukan islam & di susukan oleh wanita bukan Islam?? Mengikut portal e-fatwa..


 Artikel penuh baca kat sini e-fatwa

So, tak perlu kita rasa was was lagi andai bayi anda pernah di susukan oleh orang bukan Islam & anda ingin menyusukan bayi yang lahir dari seorang bukan Islam.

Yang menarik
Tentu korang tak percaya bila dengar apa yang wanita korea ni cakap tentang Malaysia >> Video! Bila Wanita Korea cakap tentang Malaysia <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com