ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN

9/05/2015 10:26:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN. Alvin Tan?? Tak kenal.. Memang korang bukan pengguna media sosial la kot.. maybe setahun sekali baru online. Kalau kat alam maya penuh pancaroba ni semua orang kenal Alvin Tan. Bekas Blogger Blog lucah kini ketakutan & dah lari ke luar negara & sentiasa mencipta provokasi & menghina agama Islam untuk mendapat perhatian masyarakat. Terbaru isu dia upload gambar konon tatu tulisan Allah kat peha ke apa ntah.. Aku pun malas sangat nak ambil tahu pasal Alvin Tan ni. Almaklum budak terencat macam tu bukan boleh layan sangat.. makin layan makin menjadi jadi provokasi dia buat.

Baru ke luar negara pun dah tak boleh tangkap inikan kalau dia ke lubang cacing. Doakan dia ke lubang kubur je settle. hahaha

Tapi ramai jugak setia menjadi pemaki hamun & melayan setiap apa yang dia buat di media sosial terutama yang ada unsur menghina agama Islam. Bukan aku kata kita tak perlu mempertahankan Islam tapi Alvin Tan tu semua orang tahu apa dia buat sekadar untuk mencetuskan kemarahan umat Islam & mendapat perhatian dari masyarakat. Makin kau respond setiap apa yang dia buat semakin dia akan buat. Kau fikir dia touching sangat dengan maki hamun hangpa tu?? Kalau benda tu bagi kesan pada dia.. Takde la dia terus buat & buat lagi. Sebenarnya lagi hangpa dok marah cakap bukan2 selagi tu setiap apa dia buat mencapai target. Cuba buat tak tau jer... Dia pun rasanya boring sebab apa dia buat takde kesan sampingan.

Alvin Tan sebenarnya seorang budak lelaki yang hidup kesunyian.. Mak bapak pun jauh. Dia perlukan kasih sayang & perhatian so dia buat la apa saja yang boleh orang nampak dia wujud di muka bumi Allah ni. kalau buat benda2 baik sekarang ni susah nak jadi viral & orang bagi perhatian jadi buat benda2 jahat ni sekejab jer orang share seantero alam maya. Motif dia cuma mendapat perhatian ramai dengan gambar2 & status2 yang menganggu sensitiviti orang lain.

Nasihat aku pada Alvin Tan & semuanya masyarakat yang rajin sangat melayan gambar2 berunsur provakasi & penghinaan tu.. Dari hangpa dok buat masa layan @ buat benda takde pekdah tu ada lagi baik korang pi selfie ke.. ambil gambar ke  yang best masuk contest ni >>Suka bergambar? Ini yang mesti korang tengok << Untung menang dapat jugak hasil. Dari dok melayan budak jahat macam Alvin Tan tu hapa pun tak dapat selain sakit hati. Orang bodoh je layan spesis macam Alvin Tan. Alvin Tan pun kalau dah memang suka sangat selfie tu apa kata salurkan bakat anda tu ke contest tu. Mana tau menang boleh tampung kehidupan anda di luar negara. hahahahaha

Moral of the story..  Orang bodoh macam Alvin Tan berjaya memperbodohkan ramai orang tak tau la nak kata sapa lagi bodoh. So, renung renungkan jangan biar hidup anda di perbodohkan. Peace Yo!

7 comments:

  1. Ye.. Kathy pun sm fikiran dgn sis. Orang begitu mmg tak perlu layan sgt,abaikan. Dia cuma nak phatian je bila merasa populariti dah mula sejuk. Hehehehe.

    ReplyDelete
  2. kan... buat tak tau je dgn dia.. lagi layan lagi jadi...

    ReplyDelete
  3. betol tu jangan di layan mamat sekor ni...basuh jamban lagi ada pekdah

    ReplyDelete
  4. xminat nk bc psl dia ni.. dl ada bc, jd sakit hati.. skang ni lantak dia la.. dia sj je nk provoke kite tu..

    ReplyDelete
  5. Arghh... menyampahlah layan cerita dia ni. Memang budak ni tiga suku, harapkan belajar aje kononnya pandai tapi masih guna tak pandai guna akal dengan sewajarnya. Attention seeker macam dia ni, lagi banyak dapat response, lagilah dia mengenyam nak buat yang bukan-bukan. Abaikan ajelah dia ni....

    ReplyDelete
  6. Sape suruh layan dia. Kita sibuk ambil statement Facebook dia. Buang masa ambil tahun pahtu maki hamun dia. Dia lagi suka kita beri respon.
    Satu cara nak ajar budak ni : Ignore him in total.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com