INFLUENCER DAN BAD MARKETING
INFLUENCER DAN BAD MARKETING. Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan?
Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua bad marketing tu mampu menaikan perniagaan & nama. Kadang kadang ia akan merosakan reputasi & kepercayaan pengikut lalu kempen boikot akan di jalankan. Netizen Malaysia antara paling power bab boikot ni.
Pada Influencer rasa hentikan guna bad marketing ni. Sampai masa netizen akan jemu juga. Selalunya marketing macam ni tidak bertahan lama pun. Last last melingkup juga hangpa. Lepas tu mula guna slogan Melayu suka jatuhkan melayu padahal tak semak diri sendiri dulu. Dia pun melayu bermakna dia la yang menjatuhkan diri sendiri la kan. Jadi slogan tu ada benarnya cuma jangan gunakan untuk letak kesalahan pada orang lain sebaliknya ucapkanlah pada diri sendiri dahulu.
Bab jatuh guna sentimen bangsa bila kau tengah di puncak tak ingat pulak siapa yang menyokong & mendokong hang sampai ke puncak tu. Tak ke bangsa sendiri juga? Yang tu hang tak dak pulak nak cipta slogan melayu banyak support bangsa sendiri asyik dok puji cina konon kalau cina berniaga depa support bangsa sendiri sehingga berjaya. Habis hang yang berjaya tu bangsa cina ke support sedangkan kuasa membeli kat Malaysia ni adalah melayu sebab melayu adalah majoriti bukan minoriti ok! Kaum paling ramai kat malaysia ada Melayu.
Jadi pada Influencer dia luar sana jangan hanya pandai mencipta tagline naik tanpa menjatuhkan orang tapi kena tahu macam mana nak pastikan produk atau jenama kita boleh naik dengan marketing yang positif untuk pastikan ia boleh bertahan lama. Contohi Khairulaming yang mencipta nama & jenama dengan cara yang bermaruah, positif & kreatif. Khairulaming sampai sekarang tak ada isu kontroversi yang melibatkan dia tapi dah mampu bukan 2 kilang untuk produk dia. Tak perlu buat isu yang triggered netizen untuk dapat perhatian & viral pun. Tak perlu guna personal issue untuk meraih simpati & pancing emosi netizen. Semua tu tak perlu pun untuk khairulaming tapi dia still boleh berjaya, kaya & di hormati.
Moral of the story.. Berhenti salahkan orang lain dan belajar semak diri sendiri dulu. Apa berlaku kadang kadang kita sendiri yang mengundang cuma tak berlaku seperti yang kita rancang. Sebab kita hanya perancang tapi kita tahu yang merealisasikan semua perangcangan kita adalah Allah. Kalau niat kita tak baik.. Mungkin yang berlaku tak baik walau kita dah plan supaya hasilnya jadi baik dari niat & perancangan yang tak baik kita tu. Sebab kita tak ada kuasa.. renung renungkan selamat beramal.
SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK
SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK. Pepagi jumaat terbaca orang dok viral kat facebook satu posting yang mempertikaikan konon saudara kandung dia mewahkan anak isteri dengan pakaikan emas tapi adik beradik tak pula di mewahkan macam tu. Kita orang perempuan sebagai isteri ni baca rasa berbunyi cengkerik (krik krik krik) pula. Dah kenapa kau? Dah anak bini dia.. Di mana salahnya dia nak mewahkan? kenapa pula dia nak kena mewahkan kau walaupun kau adik beradik kandung dia?
Bila dah dewasa, masing masing dah ada keluarga dan kehidupan sendiri sudah semestinya keutamaan di beri kepada anak isteri bukan lagi adik beradik. Adik beradik ni bukan la kita kata lepas kahwin kena buang.. Tak! Tetap silaturrahim tu kena jaga. Yang susah kena bantu cuma tak ada kewajiban pun saudara kandung kita kena bagi semua kemewahan dia pada kita. Melainkan adik beradik kau tu kaya macam chef wan. Boleh angkut kakak kakak dia pergi shopping kat kedai emas gelang besar besar & mahal mahal. Lagipun chef wan tu duda. Bekas bini dia dulu pun dia sara sampai akhir hayat. Duit dia melimpah ruah. Boleh la dia buat macam tu. Kalau adik kau ni setakat setahun sekali dapat bonus belikan anak bini rantai gelang emas mana mampunya dia nak mewahkan adik beradik dia yang lain. Masing masing dah besar panjang pandai pandai la cari sendiri. Takkan la nak beli gelang emas pun minta kat abang & adik lelaki yang dah ada keluarga sendiri. Lain la beras kat rumah kau tak ada.. Duit pun tak ada nak minta tolong adik beradik yang tu munasabah juga la.
Seorang lelaki bila dah berkahwin keutamaan adalah anak dan isteri tapi bukan la sampai tak perlu ambil tahu atau tolong keluarga dia kalau ada yang susah cuma kena faham dalam apapun perkara perlu di utamakan nafkah anak dan bini dulu. Dalam turutan nafkah pun Isteri dan anak lebih utama berbanding ibu dan ayahnya tapi bukan lah Islam tu kejam sehingga membenarkan pengabaian terhadap ibu bapa. Ramai yang tak faham perkara ni terutama bab turutan nafkah. Bagi mereka ibu tetap perlu di beri keutamaan berbanding orang lain. Sebab ibu yang melahirkan dan membesarkan katanya.Contoh Senang faham macam ni beb.. Mak kau tu pun isteri orang. Kalau ikut pendapat kau ibu tetap di beri keutamaan dalam semua perkara jadi bapak kau bagi keutamaan pada mak dia (iatu nenek sebelah bapa kau) mak kau ni kalau ada lebih dan kau adik beradik pun sama dia bagi kalau ada baki dari selepas bagi nenek kau semua baru dia bagi kat mak & hangpa sebagai anak. Apa perasaan hangpa? Contoh ikan seekor.. dia bagi nenek kau makan dulu.. Saki baki tu kalau ada baru dia bagi kat mak & kau adik beradik. Kalau ada.. Kalau tak ada, berpuasa la hangpa sehingga ada lebihan dari nenek kau. Jadi macam mana? Tak ke ada yang teraniaya. Sedangkan nenek kau atuk kau masih mampu bagi makan pakai. Sebab tu Islam tu dah bagi hukum yang cukup cantik. Mentaati ibu bapa tu wajib tapi nafkah pada isteri dan anak tu pun wajib juga.
Kenapa nafkah keutamaan di beri kepada isteri dan anak anak dulu. Mak kita ada suami jadi suami dia kena tanggung nafkah dia. Sistem memang dah baik. Bapak kau nafkahkan mak kau.. kau nafkah anak isteri kau. Kalau bapak kau dah tak mampu, hangpa adik beradik boleh ja sama sama bantu tapi selepas anak dan isteri. Kalau semua keutamaan di beri pada si ibu maka percayalah ramai isteri dan anak anak akan teraniaya. Islam suruh taat pada ibu bapa bukan sehingga mengabaikan anak isteri.
Percayalah kalau termasuk ke dalam keluarga jenis macam ni memang macam selangkah ke satu episod kehidupan yang menyakitkan bagi seorang wanita bergelar isteri. Serba tak kena jadinya. Semua salah di mata ipar duai. Sebab tu lelaki kalau nak kahwin pastikan sekurang kurangnya kau ada sebuah rumah kalau tak mampu beli, sewa untuk kau mulakan hidup dengan isteri kau. Selagi tiada keperluan mendesak, jangan bawa isteri tinggal dengan mak ayah terutama yang ada adik beradik lain masih tinggal bersama. Kebanyakan akan jadi masalah. Bukan kata semua pasti bermasalah tapi kebanyakan. Mula mula baik lama lama jadi tahi bak kata orang tua tua.
Aku ni tak ada pengalaman tinggal dengan keluarga sendiri atau mertua selepas kahwin. Aku memang tinggal sendiri. Masalah dengan ipar duai pun tak ada sangat sebab suami aku dua adik beradik je. Adik dia pun lelaki juga. Biasa lelaki ni dia tak banyak masalah. Yang selalu bermasalah kebanyakan ipar perempuan. Tapi adik beradik aku semua perempuan cuma tak ada masalah apa apa sangat dengan suami aku. Biasa lelaki dengan keluarga mertua tak ada masalah sangat kecuali malas kerja atau yang jenis bermasalah la.
Bila adik beradik dah berkahwin tak semua perkara kita boleh masuk campur dan mempertikaikan. Walaupun kita seibu dan sebapa dengan dia. Tak semestinya kita berhak keatas dia sepenuhnya selepas dia berkahwin. Ramai yang berkahwin dari tiada apa apa dan mengumpul kesenangan atau keselesaan hidup tu bersama pasangan masing masing. Jadi tiada sebab adik beradik nak cemburu jika dia nak bagi kemewahan kepada pasangannya. Sememangnya pasangan dia berhak.
KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA
KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA. Viral seantero alam maya bila Khairul Aming melancarkan produk terbarunya Sambal dendeng Nyet berapi selepas produk Sambat Nyet berapi. Tak payah tanya la berapa juta terjual. Kalau search bersepah kat media sosial berita pasal produk terbaru khairul Aming yang dah terjual sebanyak 80 ribu pack. Ramai yang berkampung di Tiktok katanya pada malam pelancaran produk Khairul Aming sambal dendeng tu. Memasing mencuba nasib untuk dapatkan sambal dendeng Khairul Aming. Ada yang berjaya dan sudah semestinya ramai juga yang gagal. Itu biasa. Sambal Nyet yang sebelum ni pun sentiasa sold out kat shopee Inikan yang baru. Semua berebut nak jadi orang pertama yang beli & rasa.
Aku macam biasa aku tak minat sangat nak berebut makanan viral ni. Tapi tidak la aku nak kondem produk Khairul Aming. Dia menaikan branding nama dia sebelum keluarkan produk sendiri. Marketing dia bersih tanpa isu isu panas. Hanya konten konten masakan dengan cara tersendiri dan menghiburkan walaupun masakan dia tu masakan biasa biasa je kadang kadang tapi konten dia buat orang lain terinspirasi untuk mencuba. Bagus Khairul Aming ni. Pempengaruh yang berpendidikan tinggi. Dia belajar sampai Amerika sana na.. Bukan macam Influencer yang katanya SPM tak penting. Tu Influencer sampah yang biasa viral dengan isu isu tak bermoral. Zaman sekarang ni Bapak ayam pun di angkat sebagai Influencer konon manusia boleh berubah. Betul tapi tak payah kau nak angkat angkat manusia macam tu sebagai pempengaruh selagi dia tak berubah. Kau nak orang ambil iktibar apa dari dia? mempromosiklan individu macam tu sama kau sedang mengalakan orang lain terutama golongan belia untuk menjadikan dia inspirasi. Takpa buat kerja jahat pun boleh di terima masyarakat. Makin gila & sakit manusia zaman sekarang.
Berbalik pada kisah Khairul Aming di ganggu lembaga.. Dalam keterujuaan Khairul Aming melihat sambutan hangat Sambal dendeng Nyet berapi dia yang terjual berjuta juta tu tetiba dia di datangi satu lembaga di mana lembaga ni memang agak menyeramkan. Lembaga ni sekarang memang suka mendatangi Influencer Influencer di Tiktok. Selain artis la. Pendek kata lembaga ni lebih suka golongan yang menjadi tumpuan masyarakat yang kaya dan berjaya. Khairul Aming pun tak terkecuali di datangi lembaga yang amat menyeramkan ni, Tapi terapksa juga hadap lembaga ini kalau kita melakukan perniagaan di atas talian sebab benda tu tak dapat sorok dari pengetahuan lembaga ini. Lembaga ni boleh muncul di mana mana sahaja platform media sosial. Jadi para pempengaruh hati hati la kalau nak menunjuk kaya atau menunjuk keuntungan perniagaan anda. Nanti hidup anda di selubungi... Lembaga.
Mesti ramai nak tahu lembaga apa? Lembaga ni dalam jelmaan apa? rupa bentuk macam mana. Hantu raya ke? pocong? Pontianak? Jenglot.. Toyol atau apa? Lembaga ni tengok gambar screenshot di bawah..
Lembaga ni la paling menyeramkan semua orang orang kaya di Malaysia. Orang orang bisnes dan para pempengaruh. Sekarang ni lembaga ni rajin merayap. Dia boleh tau mana pempengaruh yang dah ada pendapatan selayaknya untuk bayar pada lembaga tersebut. Lembaga kaki paw betul kan? tak boleh tengok orang senang sikit.. kuikuikui
Apapun.. Lembaga ini cuma menjalankan tugasnya sebagai Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) mengutip cukai. Jangan la marah.. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Yang tak payah bayar cukai ni cuma Rohingya je. Kita sebagai rakyat memang la segala cukai mukai kena bayar. Lepas tu claim warga asing, PATI dok malaysia boleh kaya raya sebab depa rajin kerja macam la rakyat Malaysia ni majoriti pemalas kan? Jadi PATI lagi senang hidup kat Malaysia dari jadi warganegara sekarang ni. Barang subsidi pun depa rembat dulu. Kita ni pulak nak kena beli barang tak ada subsidi. Yelah sebab barang keperluan.. Nak tak nak kena juga beli. Habis tu macam mana depa tak lebih hidup senang dari orang tempatan.
eh.. eh.. termelalut pulak ke isu lain. Apapun Lembaga itu jangan cari saya na.. Saya bukan orang ada ada. Saya mak sudin je bukan mak zeton na.. Mak zeton lain la Ada 2 cincin berlian. Mak sudin ada juga 2 cincin tapi cincin tembaga je. Harap maklum.
TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI
TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI. Jadi viral konten seorang pelakon wanita yang membidas dengan lantas isu budaya baru mengadakan majlis yang dulu masa sekolah kita sebut Hari penyampaian hadiah yang biasa di buat setiap hujug tahun untuk memberi hadiah atau anugerah pada pelajar cemerlang. Sekarang di sebut majlis apresiasi tapi di perbaharui dengan majlis konvokesyen peringkat sekolah dimana pelajar di pakai jubah akan naik kepentas menerima sijil masing masing. Dari peringkat tadika sehinggalah sekolah menengah.
Salah ke? dak aihh.. Mana ada salah. Tak salah kalau tidak membebankan para ibu bapa.Masalah yang pelakon wanita tu lantang mengkritik apabila pihak sekolah yang nak buat majlis 'Grand' tapi yang kena bayar mak bapak bebudak tu la. Anak aku yang buat kat sekolah pun tetap kena bayar RM70 untuk sewa jubah dan lain lain. Bagi aku jumlah tu aku masih mampu bayar tapi ada orang yang tak mampu. Apatah lagi kalau jumlah bayaran tu melebihi 100 - 200 ringgit Malaysia. Sebab katanya ada sekolah yang mengadakan majlis apresiasi di hotel. Tak kalah kau.. Kalau seorang anak dah RM100 - RM200 bayangkan la yang ada 2 - 3 orang anak. Dengan lepas tu nak kena buat persediaan untuk masuk darjah/tingkatan baru lagi. Tahun ni lagi la teruk.. Semua lebih kurang serentak. Sekolah, raya bagai.
Kita kalau bercakap dari sudut poket kita yang mampu atau anak tak ramai memang la rasa perkara tu satu bebanan.. Tapi bagi golongan yang tak berkemampuan tak sama apa kita rasa. Memang tak salah pihak sekolah nak buat sambutan yang macam tu. Memang nampak meriah, Cantik dan comel anak anak dengan jubah konvo naik pentas ambil sijil. Zaman sosial media ni seronok dapat kongsi gambar atau video majlis apresiasi yang ala ala macam konvokesyen selepas tamat belajar di Universiti tu.
Tapi sejenak letak diri kita dalam golongan orang tak mampu. Aku bukan la semua benda orang buat nak kritik. Tapi ada di kalangan kawan kawan aku kat social media yang kadang kadang makan pun tak lepas. Belum gaji, lauk beras semua habis. Anak anak ramai. Bayangkan golongan ni nak bayar untuk majlis yang bagi aku kalau buat biasa biasa tanpa sewa jubah konvo atau di buat di tempat tempat mahal.. cukup sekadar buat di dewan sekolah pun dah ok. Kemeriahan.. kegembiraan pelajar yang dapat penghargaan & anugerah tu sama je.
Sekolah anak aku semalam aku pergi untuk majlis apresiasi.. dengan bouquet, photobooth, jubah konvo semua tu adalah berbayar. bouquet yang dapat tu pun semua jajan je. Tak ada benda apa sangat pun. Ada perkara tak perlu ada pun tak apa. Tetap meriah juga. Aku tak kisah pun pihak sekolah nak buat tapi adalah lebih baik carilah penaja. Jangan pihak sekolah nak dapat nama ibu bapa di bebankan untuk bayar. Ni kejab lagi ada yang nak bandingkan dengan sekolah jenis kebangsaan konon sumbangan ibu bapa lagi banyak dari sekolah kebangsaan biasa. Sumbangan untuk tujuan menaiktaraf keperluan belajar anak anak aku tak kisah sangat. Sumbangan ni yang mampu boleh menyumbang dan tiada paksaan bagi yang tak mampu. Yang tak mampu boleh sama sama menggunakan kemudahan dan keperluan belajar hasil sumbangan ibu bapa yang mampu. Tapi bila melibatkan majlis majlis macam ni ada perkara bukan keperluan untuk buat. Semata mata untuk dapat nama dan kepuasan sesetengah pihak sahaja. Boleh jadi satu pembaziran juga la,
Ada perkara nak buat kena buat kajian terlebih dahulu. Anak anak yang bersekolah kebangsaan bantuan kerajaan ni datang dari pelbagai latarbelakang. Kalau istilah sekarang B40,M40 dan T20. B40 tu pun ada lagi pecahan. Ada B40 yang masih mampu dan ada yang tidak berkemampuan. M40 pun ada yang tak mampu juga bila banyak komitmen. T20 mungkin tak ada masalah kewangan untuk membayar aktiviti aktiviti macam tu.
Kita nak buat sesuatu acara di sekolah ni kalau melibatkan semua murid yang dari pelbagai latarbelakang dan taraf ekonomi biarlah semua dapat merasa kegembiraan tu. Tak boleh la guna konsep.. Tak mampu tak payah sertai. Sedangkan perkara yang di buat tu sebenarnya lebih kepada kehendak bukan keperluan. Jadi rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang.. Pihak sekolah kena ada timbangrasa sebelum merancang sesuatu majlis tu. Buat la yang dalam kadar kemampuan semua golongan. Perkara ni patut menjadi sesuatu yang mampu menjadi motivasi pada pelajar bukan buat mereka rasa kecewa atau rendah diri.
Cara sambutan mungkin berubah ikut zaman cuma jangan la sampai membebankan. Sekolah yang nak buat majlis grand grand ni kalau boleh berusahalah cari penaja untuk meringankan beban yang perlu di pikul ibu bapa. Tak salah pun nak buat kat hotel atau mana mana kalau ada sponsor. Mungkin tak sepenuhnya sekurang kurang bayaran tu dapat di kurangkan sebab sebahagian di tanggung pihak penaja.
Bila cakap isu macam ni ada segelintir guru macam tak puas hati. KIta tidak menghentam guru yer sebab aktiviti atau majlis macam ni perlu kelulusan dari pihak pihak tertentu. Idea boleh di usulkan tapi di benarkan untuk di adakan adalah bergantung pada kelulusan pihak tertentu. Pihak tertentu tu la sila guna akal sebelum membuat keputusan. Sepatutnya ada timbang tara dan perbincangan lebih terperinci sebelum meluluskan sesuatu aktiviti & majlis yang bakal di adakan oleh pihak sekolah.
Lagipun aku rasa kalau dari peringkat tadika dah melalui majlis yang seakan akan konvokesyen macam rasa tak best pulak bila sambung ke peringkat universiti memakai seragam yang sama untuk naik pentas ambil sijil. Dulu kita nak dapat moment moment tu kena belajar bersungguh sungguh supaya dapat sambung belajar seterusnya kena lulus baru la merasa sarung kostum yang sangat bermakna tu. Tapi sekarang.. Tadika pun dah merasa pakai.
Pada pendapat aku yang bukan dari golongan bijak pandai ni.. Rasa tak perlu kot majlis anugerah kecemerlangan peringkat sekolah ni di budayakan dengan jubah konvo bagai. Cukup dengan pakaian seragam sekolah. Sebenarnya dah ok pun. Yang cemerlang di beri penghargaan yang kurang cemerlang jadikan sebagai motivasi supaya boleh naik kepentas macam rakan rakan yang cemerlang.
Apapun ini sekadar pandangan seorang netizen buka dari sudut profesional. Hanya pandangan seoarang ibu yang mempunyai anak. Apapun aku tetap meraikan majlis apresiasi yang di adakan di sekolah anak aku. Anak aku salah seorang yang di sarungkan jubah konvo dan naik pentas untuk terima sijil walau sijil tamat persekolahan. Apapun walau dia tak dapat anugerah peningkatan prestasi macam tahun tahun sebelum ni.. Tapi ok la dia mencapai tahap minimun.
Sebagai kenang kenangan di blog ni jom tengok beberapa gambar anak aku yang dah graduate darjah 6. Masa aku buka blog ni dia pun belum wujud bapak dia pun aku tak kenal lagi. Tup tup da habis darjah enam. Allah.. cepatnya masa berlalu.
BUKAN SEMUA AIB PERLU DI TUTUP
BUKAN SEMUA AIB PERLU DI TUTUP Hai.. Assalammualaikum. Sedar tak sedar dah masuk hari ke lima berpuasa. Sekejab je dah 5 ramadan. Tahniah pada yang masih maintain berpuasa dan bertenaga sepanjang 5 hari berpuasa dan pada yang puasa stuck sekejab sebab traffic light merah.. Jangan sesedih yer. Biasa la orang perempuan tak awal.. Di pertengahan.. Tak tengah dia hujung bulan. Bagi spesis barkoba pula.. Hope minggu kedua puasa dah dapat petunjuk ke jalan yang benar lah yer. Jangan sebelum. Mati dah kena angkut van jenazah.PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU
PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU. Salam 1 ramadhan 1442 buat semua pembaca blog lekatlekit.com. Alhamdulillah, kita di berikan rezeki untuk bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Moga ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan perubahan yang baik dalam hidup kita. Moga kita dapat melakukan ibadah dengan tenang dan istiqomah sepanjang ramadhan ini.GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI
GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI. Semalam viral satu video yang di rakam menggunakan dashcam kereta seorang pilik myvi di mana seorang penunggang motorsikal dan pembonceng yang melanggar kereta myvi sehingga menyebabkan pembonceng motorsikal tersebut terpelanting ke atas kereta yang di langgar.VIDEO! DETIK CEMAS KERETA HAMPIR DI REMPUH TRELER
VIDEO! DETIK CEMAS KERETA HAMPIR DI REMPUH TRELER. Pernah tak korang terselamat dari kemalangan? Pasti trauma kan lebih lebih lagi jika perkara tu hampir berlaku tapi di sebabkan sesuatu perkara yang bagai keajaiban berlaku anda terlepas dari kemalangan ngeri.KECOH! SUKARELAWAN MISI BANJIR MEMPERTIKAIKAN PERLU BAYAR TOL
KECOH! SUKARELAWAN MISI BANJIR MEMPERTIKAIKAN PERLU BAYAR TOL. Macam macam kisah berlaku selepas musibah banjir melanda beberapa kawasan dan negeri di Malaysia ni. Ragam ahli politik yang datang bersama team media, ragam warga asing yang segelintir cuba mengambil kesempatan dan tak kurang ragam dari sukarelawan yang datang dengan misi bantuan masing masing.BERSAMA VIVA,BOAT KECIL DAN RM50,LELAKI INI JADI VIRAL
VIRAL! SIHIR 7 KETURUNAN PATAH BALIK PADA PENGHANTAR
VIRAL! SIHIR 7 KETURUNAN PATAH BALIK PADA PENGHANTAR. Sejak semalam di Tiktok viral tentang kisah satu keluarga di sihir. Sebenarnya kisah anak anak seorang wanita ni di sihir dah lama juga viral kat tiktok. Sebulan ke dua bulan lepas aku tak berapa ingat tapi ada la tengok. Cuma cerita sebelah pihak kononnnya ia di sihir oleh saudara kandung sendiri.'DRIVE THRU' BUANG SAKA
'DRIVE THRU' BUANG SAKA. Assalammualaikum.. salam satu malaysia dari kak ton ton bak. Makyung dedek. Tu dia mukadimah ala ala founder produk gitu. Manatau aura founder melekat kat den..jadi founder kaya raya & berjaya dunia akhirat macam ustaz ebit liew tu kan... Doa baik baik.. Moga jadi baik.ye dak??VIDEO! BUDAK TADIKA PASTI TOLAK TERIMA HADIAH BEG FROZEN
VIDEO! BUDAK TADIKA PASTI TOLAK TERIMA HADIAH BEG FROZEN. Dah hujung tahun sesetengah sekolah buat majlis penyampai hadiah kecemerlangan murid..ada sekolah di kawasan berisiko tinggi mungkin tak ada la kan. Kita sekarang masih dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan covid-19. Nak nak katanya sekarang ada mutasi baru yang virus jadi lebih cepat merebak. Lagi la tidak di galakan sebarang majlis di adakan. Statistik kes harian pun masih 4 angka.PERLUKAH BEKAS PASANGAN HADIR @ DI JEMPUT KE MAJLIS KAHWIN?
PERLUKAH BEKAS PASANGAN HADIR @ DI JEMPUT KE MAJLIS KAHWIN?. Sesejak jadi budak tiktok ni (walau account den private cuma suka tengok content content video orang lain je) macam macam isu trending den follow. Even kita tak follow pun video video orang lain dari seluruh negara akan keluar kat FYP. Pilih la yang mana hangpa rasa nak tengok. Banyak juga kena block sebab den tak suka dengan content video depa. Tak block satgi dok naik la kat FYP.. nak tak nak benda kita tak suka kita block je la.AKHIRNYA BILLBOARD YANG MENJADI VIRAL DI TURUNKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
AKHIRNYA BILLBOARD YANG MENJADI VIRAL DI TURUNKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG. Dalam minggu ni antara isu hangat yang menjadi viral adalah isu produk produk kesihatan dengan papan tanda iklan yang berunsur double meaning. Macam mana nak cakap.. yang ada unsur seksualiti lah senang.PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH MALAM
PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH MALAM. tengah kecoh kat beberapa buah negeri di ganggu dengan misteri pintu rumah di ketuk waktu tengah malam. Ada terbaca di facebook, rakan dalam friendlist den pun ada terkena. Bagi yang belum terkena mungkin boleh dok troll atau buat lawak lagi tapi bagi yang dah melalui pengalaman tu dah tak lawak dah. Ketuk macam nak roboh pintu alih alih tak ada orang. Mau tak merinding rinding Ooi bulu roma ku katanya.NEELOFA BERNIQAB MUNGKIN JADI IKUTAN, JOM KETAHUI APA HUKUM BERNIQAB
NEELOFA BERNIQAB MUNGKIN JADI IKUTAN, JOM KETAHUI APA HUKUM BERNIQAB. Alhamdulillah kecoh sejak semalam orang bercerita pasal penghijrahan seorang selebriti terkenal Neelofa yang katanya sudah memakai niqab. Neelofa mohon semua doakan yang terbaik untuk penghijrahannya tu. Yelah.. benda baik buat kita nak mengata kan?
Tahniah buat neelofa kerana memilih untuk berhijrah walaupun namanya masih di kemuncak sekarang ni. Apa lagi dia nak cari.. Dia boleh di katakan ada segala galanya dah. Mungkin dia rasa mengejar duniawi ni takkan pernah puas, so dia memilih sesuatu yang lebih kekal abadi. Hope kita semua pun menuju kearah yang lebih baik.. Amin.
Bila kisah penghijrahan neelofa ni viral ada juga terbaca posting yang mempertikaikan pemakaian niqab. Katanya itu cuma budaya orang Arab bagi mengelak dari ribut pasir. Betul ke idok? Jom la kita sama sama belajar.
Pemakaian niqab tak wajib. Pemakaian purdah/niqab itu menjadi harus jika si pemakai adalah isteri orang.
Jika isteri terbabit seorang yang cantik dan bagi mengelakkan fitnah dan cemburu si suami, maka menjadi harus kepada isteri mengenakan purdah/niqab kerana isteri adalah hak mutlak seorang suami.
Begitu juga sebaliknya, jika seorang wanita itu memiliki wajah yang kurang cantik dan mahu mengelak dihina masyarakat maka menjadi harus baginya memakai purdah/niqab. Pemakai akan beroleh pahala kerana tidak hanya pandai melindungi diri dan menjaga hak suami malah menyelamatkan masyarakat. Jadi tidak timbul siapa lebih Arab daripada orang Arab.
Sumber : Soal pakaian dan hukum fiqh: Tidak salah 'meniru' cara orang Arab
pemakaian niqob atau purdah adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita. Justeru hukum pemakaian niqob atau purdah ini adalah sunat dan afdhal bagi kaum wanita.Namun begitu para ulama berpendapat wajib menutup wajah dan tapak tangan jika bimbang membawa kepada fitnah dan syahwah. Bagi mereka dalam kebanyakan waktu, kaum lelaki adalah haram untuk melihat apa yang terdedah daripada wajah dan tapak tangan wanita melainkan kerana beberapa hajat:
- Melihat perempuan yang ingin dinikahi semasa proses khitbah (merisik, meminang dan bertunang).
- Bagi tujuan kesaksian
- Bagi tujuan muamalat untuk memastikan suatu perkara (seperti belajar dan jual beli
- Bagi tujuan pengubatan dan rawatan, dengan kehadiran mahram
ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA
ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA. Rasanya ramai yang kenal dengan makeup artist (MUA) Bella ni. Selalu buat live tutorial makeup dengan loghat utara dia yang pekat. Selain pandai bercoleteh & dapat bercakap berjam jam tanpa henti & kering idea.. Makeup makeup dari bella ni tak di nafikan semua cantik. Buat la look apapun menjadi saja. Di tambah dengan sifat dia yang peramah & low profile tu bertambah la populariti dia di media sosial.Baru baru ni Bella berkongsi kebahagian selepas melahirkan anak yang berapa tak pasti. Tapi Kira newborn dari bella la. Alhamdulillah Bella dapat baby boy yang putih gebu & bermata hazel (mengikut dari pandangan mata den nampak macam hazel. Kalau salah mohon betulkan. Apapun warna mata dia memang nampak cantik, unik & berbeza dari ibu ayah & adik beradik dia la). Walaupun mungkin jadi satu keunikan sebab maybe bella dengan suami bukan la memiliki warna mata seperti tu. Dah putih & bermata hazel macam macam la orang komen. Macam anak turki la.. anak mat saleh dan sebagainya. Apapun Indah ciptaan Allah tak kira apapun warna mata atau warna kulit.
Bila page page & blog blog hiburan mula memviralkan baby boy Bella ni biasa la.. Akan ramai netizen yang berkomen. Yang tak sedapnya bila baca Bella meluahkan rasa sedikit terkilan & kecewa bila mana ada pengomen yang mengecam baby boy dia kerana berkulit putih & bermata hazel. Antara luahan bella boleh baca pada screenshoot kat bawah
Mungkin ini juga punca sesetengah selebriti atau public figure di media sosial tak mahu mendedahkan wajah anak anak mereka. Yelah.. serba salah. Comel salah.. Tak comel pun jadi salah. Serba tak kena pulak. Yang mungkin dari awal terfikir perkara tu & tidak tahan dengan kecaman maybe menjadikan wajah baby mereka privacy buat seketika waktu. Bagi yang macam kita ni excited nak share kegembiraan dapat baby.. Mungkin tak terfikir akan terima kecaman. Tapi bila di kecam mesti la sedih. baby kot hangpa nak kecam sangat pasaipa. Semua baby lahir comel, indah & cantik.
Tapi bagus juga bila jadi isu isu macam ni at least something kita boleh belajar. Kenapa boleh berlaku perubahan warna kulit atau anak mata kepada bayi walau tidak di warisi dari mana mana ibu bapanya. Kebetulan ada share status bella tu.. Bertuah kerana ada seorang kawan di facebook membangkitkan isu pasal mutasi gen. So tanpa berlengah.. den yang nak sangat tahu kenapa berlaku mutasi genetik ni pi la mengaji sat dengan google. fakta macam ni Insya Allah boleh lagi cari kat google.
Apa yang saya baca secara ringkas & senang faham bagi kita yang sekolah tak berapa tinggi. Paling tinggi pun bangunan 3 tingkat katanya.. Mutasi genetik ni berlaku mungkin kerana pengaruh bahan kimia beracun & sinaran radioaktif. Boleh rujuk di sini : Mutasi
Kerosakan genetik juga boleh menyebabkan warna anak mata tu jadi berbeza. Mutasi genetik ini di kenali sebagai Heterochromania iridum. Bukan setakat anak mata berbeza.. mungkin juga berlaku pada rambut & kulit. Mutasi genetik ni bergantung kepada pengeluaran, penghantaran & kepekatan melanin (pigmen).
Ataupun ocular albisnisma dimana memberi kesan terutama kepada anak mata. Mutasi gen ni mengurangkan warna (pigmentasi) kepada warna di bahagian anak iris, dimana ia adalah bahagian mata yang berwarna (anak mata) dan retina di mana tisu sensitif cahaya di belakang mata. Harus di ingat pigmentasi ni penting tau untuk menghasilkan penglihatan yang normal. Tapi bagi yang suka pakai contact lens ni mesti suka kalau mengalami mutasi genetik Ocular Albisnisma kan? Boleh dapat warna anak mata yang berwarna. Maksudnya selain dari hitam tanpa perlu genetik dari keluarga yang mempunyai warna mata macam tu. kekekekekeke
Untuk info lanjut korang boleh baca di sini : 6 Mutasi genetik Yang menjadikan manusia tersangat Unik
Dia lebih kurang macam orang ada lesung pipit la.. kecacatan yang comel katanya. Lesung pipit pun salah satu kecacatan genetik jugak ok. Lesung pipit terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum atau membuka mulut, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi.
Apapun.. cantik atau tak sesuatu kecacatan tu.. jaga kesihatan ketika mengandung. jauhi produk beracun atau produk produk yang mungkin memberi risiko kepada kandungan anda tak kira la risiko kecacatan atau kematian. Ikut arahan doktor yang merawat & memeriksa anda sepanjang kehamilan. Jangan skip pemeriksaan bulanan semasa hamil. Insya Allah.. kita berusaha menjaga kandungan kita, Allah mudahkan segalanya.. Yang penting dah jaga sepanjang kehamilan.. masa nak melahirkan pilihlah kelahiran yang selamat di temani petugas/bidan/doktor bertauliah untuk elakan sebarang kejadian yang tak di ingini. Pesan khdimat masyarakat ini di taja oleh lekatlekit.com. Peace!
P/S : tapi saya tak cakap anak bella mengalami kecacatan genetik ke apa yer.. Cuma berkongsi apa yang berkemungkinan menyebabkan anak mata jadi berbeza & berwarna. Boleh jadi bukan sebab mutasi gen.. Tapi semua kuasa Allah. Apapun setiap kejadian tu pasti ada punca & sebab. Allah takkan menjadikan sesuatu tanpa sebab & penjelasan. Sebab tu ilmu Allah ni maha luas. Cari gali dari sumber yang benar, Insya Allah kita dapat ilmu yang bermanafaat.
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com