Showing posts with label clear. Show all posts

LAGU TEMA CINTA SHAHEIZY SAM & JULIANA EVANS

LAGU TEMA CINTA SHAHEIZY SAM & JULIANA EVANS. Itulah lumrah orang bercinta.. Mesti ada lagu tema katanya. Lepas putus mula la meroyan bila terdengar lagu tema cinta tu. alah.. tak payah memalu mengaku je la hangpa memang ada buat perangai macam tu masa bercinta dulu tak kira la couple hangpa sekarang jadi ex atau jadi husband.


Biasa la manusia & lagu memang tak dapat di pisahkan.. Sebab lagu pun di inspirasi dari kehidupan manusia & makhluk bumi jugak. Jarang orang nak buat lagu pasal makhluk asing. Lagu pasai hantu pun ada orang cipta sebab hantu pun tersenarai sebagai makhluk bumi jugak cuma kehidupan dia je di alam ghaib yang tak semua orang boleh nampak.

Lagu2 cinta ni aku paling suka dengar lagu dari seberang. Lirik & melodi dia memang kalau lagu frust kita pun boleh rasa frust walau bukan dalam mood frust katanya. Memang menusuk kelambu sungguh. Kalau lagu romantik tu yang belum kawen mesti rasa esok jugak nak kawen sebab nak rasa feel romantikaditampoi macam dalam lagu2 indonesia tu. hahahaha

Macam tu jugak dengan kisah cinta antara Shaheizy Sam & juliana Evans ni. Depa pun ada lagu tema jugak. Pelangi cinta Shaheizy Sam & Juliana Evans bukan lagi rahsia kalau korang ikuti perkembangan & kisah mereka. Perjalanan Pelangi cinta mereka memang sangat berliku. Banyak dugaan yang terpaksa di tempuhi.

Siap ada OST lagi Pelangi Cinta mereka ni, Memang sweet like kencing manis la kisah percintaan mereka ni. Nak2 lagi sambil dengar OST pelangi cinta ni. Lagu yang ditulis dan dinyanyikan oleh Izzy Muhammad. bertajuk Pelangi ni memang buat mood jiwang karat On la. Yang takde couple confirm peluk bantal sambil dengar lagu ni. Kalau korang nak dengar & tengok video babak2 romantik antara Shaheizy Sam & Juliana Evans boleh tengok kat sini >> OST Pelangi Cinta Shaheizy Sam & Juliana Evans <<

Moral of the story.. nak feel lagu apapun takpe jangan sampai meroyan sudah. Manalah tau dok dengar lagu orang putus cinta sampai jadi kemurungan ke hapa tu pun payah jugak. Patut orang macam tu kena dengar lagu2 nasyid berunsur keagamaan jer sebab dia memang sangat2 menjiwai lagu. Untung lepas dengar lagu nasyid terus kembali ke pangkal jalan.

KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS

KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS. Sedih betul aku dok ikuti kisah depa dua ni sejak dua menjak ni. Kadang2 terfikir jugak aku.. andai kita ada satu peluang untuk bercakap dengan orang yang kita tahu akan pergi jauh selama lamanya gamaknya apa yang aku nak cakap. takkan nak cakap see U in jannah & good luck je kot. Tak tersusun kata kata kalau nak buat planning awal2 apa nak cakap. Kena secara spontan jugak berada di situasi tu baru boleh tahu apa yang keluar dari mulut aku masa tu.


Tapi kalau kita berada dalam situasi Shahiezy Sam ni gamaknya apa kita nak cakap kat Juliana Evans?? Dalam saat antara hidup dengan mati kadang2 kita boleh tercerita segala benda yang mungkin selama ni menjadi rahsia kita sebab kita takut kalau tak cerita sekarang mungkin kita takde peluang lagi untuk bercerita dengan orang yang kita sayang tu.

Tengok video Sam Meluahkan segala rahsia dia kat Juliana Evans yang tengah koma tu sedih pulak aku. Konon sampai ke hati la sangat punya feel. Kalau korang nak tengok kisah cinta Sam & juliana ni boleh tengok kat sini >> Pelangi Cinta Sam & Juliana <<

Apapun.. Jangan sia siakan peluang yang kita dapat. Hargai peluang yang ada. Jangan sampai satu saat bila semuanya dah semakin berakhir kita mengharap ada lagi peluang yang sama datang biarpun dulu berkali kali kita tak hargai. Sebab peluang pertama yang di lepaskan.. belum tentu menyusul peluang kedua apatah lagi ketiga.

Moral of the story.. Kalau kau sayang atau syok kat seseorang bagitau je.. Tak payah nak simpan2 sangat. Hahahaha

KALAU ANDA PEMINAT SHAHEIZY SAM MESTI TENGOK NI

KALAU ANDA PEMINAT SHAHEIZY SAM MESTI TENGOK NI. Dulu aku minat jugak dengan Shaheizy Sam lepas tengok drama Pa'e. Time dia tu dia muda remaja lagi. Zaman umur belasan tahun. Lakonan dia dalam drama tu betul2 menyentuh hati. Sedih sangat cerita tu sebab ending Pa'e Mati lemas dalam sungai. Sedih babak bapak dia pergi cari mayat anak dia yang hilang kat sungai. Bila jumpa.. Ya Allah.. sorok muka belakang bantal aku. Takut orang nampak ternangis katanya. Tu cerita zaman dia remaja.

Ni la Pa'e. Muka budak PMR katanya

Ni ada cerita baru pasal Shaheizy sam. Kalau korang betul2 peminat setia yang tak berbelah bagi apatah lagi curang mencurangi. Sentiasa support dia up & down. Tak kira even dia berlakon iklan pun korang tetap akan tonton. Tu baru betul2 peminat setia katanya.

Ni ada satu kisah online bertajuk Pelangi cinta gandingan Shaheizy Sam & Juliana Evan. Video cerita ni berdurasi 2.09 minit. Pada minit 1.50 sesuatu telah berlaku yang buat korang akan jadi.. kesian sangat. Nak tau apa yang berlaku dalam video Pelangi Cinta version Web ni meh tengok kat sini >> [WATCH] Pelangi Cinta: Episode 1 - Starring Shaheizy Sam and Juliana Evans <<

Shahiezy sam bagi aku seorang pelakon berbakat besar cuma sayang terlalu banyak filem agak bodoh dia berlakon buat talent dia tu nampak macam cheap cheap sangat. Hope Shaheizy lebih selected memilih watak lepas ni. Filem2 asal siap dengan watak nampak memperbodohkan diri tu tolak tepi pun takpe. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com