WARDINA MAHU SAMAN BLOGGER
Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.Menurut wardina dalam kosmo gambar yang di upload adalah gambarnya sebelum bertudung & menganggap perkara itu mengaibkan dirinya. Dia juga memberi amaran tidak teragak agak untuk mengambil tindakkan undang - undang sekiranya blogger terbabit enggan berbuat demikian.
Aduhai.. kenapa harus kaitan dengan artis? Ni kes nak dapat publisiti free la ni guna artis sebagai bahan. Ingat blogger... tidak sewenang wenangnya kita boleh pergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri. Moga jadi panduan & iktibar kepada kita (blogger) dalam menulis blog.
Rujukan : Kosmo