Showing posts with label farm fresh. Show all posts

PILIH SEDAP ATAU BMF?

PILIH SEDAP ATAU BMF? Kecoh sejak  isu pasal susu jenam farm fresh kononnya kata netizen kantoi sebab sebenarnya bukan jenama milik syarikat melayu muslim. So ada yang rasa tertipu.. Walhal mungkin bukan tipu cuma salah faham masyarakat yang kurang pengetahuan atau sebelum ni kurang ambil tahu. 

Den tak nak la komen pasal isu tu sebab tak sempat study lagi pasal tu. Cuma baca gitu gitu je yang viral yang media sosial. Cuma nak mengupas kupis & kopek isu pilih produk BMF atau produk yang sedap .

Bila ia melibatkan produk makanan ni.. mestilah rasa tu main peranan penting untuk orang pilih membeli produk kita. Tapi sebagai seorang beragama Islam..selain rasa antara kriteria lain kita akan tengok adalah dari sudut kehalalan, kebersihan & keselamatan. Dah lulus tiga kriteria tu baru kita pilih rasa. Dan kalau empat empat perkara tu cemerlang baru kita beli. Ye dak?

Kita takkan beli produk even 'BMF' (buy muslim first) kalau tak sedap apatah lagi kalau ada isu keselamatan & kebersihan. Tak tau la ada orang asal BMF je dia terus beli tanda support ekonomi orang Islam even produk tu rasa kelaut, overclaim, tempat pemprosesan kotor dan sebagainya. Tak semua asal orang Islam jual tu memenuhi kriteria halal & toyyiban. Yang tu kita kena akui memang berlaku.

Dalam isu BMF atau sedap kadang kadang kita ni hipokrit.. kat social media kemain macam nak pecah skrin phone dia punya kecam padahal kat luar dia pun pilih ikut citarasa tekak dia. Dia tak semak pun produk tu BMF ke tak. Asal sedap dia sapu. Kalau tak, kat penang tak bersepah orang makan gerai/kedai non muslim. Ye dak??

Bagus support kempen BMF ni.. Salah satu membantu ekonomi orang Islam tapi kita tak boleh semberono support. Sampai produk sampah, produk beracun & produk overclaim pun kita nak pertahankan. Tu bukan membantu ekonomi orang Islam. Tu mengkayakan orang yang menjahanamkan saudara seagama sendiri.

Satu lagi produk BMF ni kadang kadang susah nak dapat. Maksudnya tak meluas pasarannya. Di letak di premis premis tertentu sahaja. Mungkin boleh di luaskan lagi pasaran sehingga mudah untuk pengguna dapatkan. Yang ni perlu kerjasama dari semua pihak termasuk kerajaan untuk bantu dari segi pemasaran. Macam mana cara tu.. jangan tanya den. Den bukan pakar ekonomi atau pemasaran. Komen ni merujuk dari pengalaman sendiri sahaja.

Moral of the story..  Produk makanan yang sedap akan lebih kedepan tak kira pemiliknya bumiputera atau tidak. Sebab tu fitrah manusia memilih apa yang kena dengan citarasa dia. Kita tak boleh paksa untuk orang rasa sedap hanya kerana ia produk buatan muslim. Yang kita boleh buat tingkatkan kualiti dari segi rasa supaya produk kita boleh di terima ramai. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com