Showing posts with label gel. Show all posts

PANAS! PROMO DUREX (PRODUK SEKS) SEMPENA HARI VALENTINE

PANAS! PROMO DUREX (PRODUK SEKS) SEMPENA HARI VALENTINE. Dah masuk febuari ni semua orang tahu ada satu hari yang menjadi kontroversi kepada umat islam iatu Hari Valentine day. Walaupun haram masih ada yang menggunakan hujah & hukum akal sendiri untuk menyambutnya.


Kita sedia maklum.. Hari Valentine ni lebih banyak kemudaratan dari kebaikkan. Hari orang membuat maksiat secara besar besaran atau melakukan perbuatan 'Romen' secara terbuka walaupun dah sah menjadi pasangan suami isteri. Mana tak 'romen' secara terbuka.. Kat celah2 ramai orang tu la depan nak bercium bagai lepas dapat bunga atau hadiah sempena valentine. Atau celebrate kat restoran eklusif sambil di saksikan banyak mata. Ingat.. Walaupun halal tapi ada perkara yang masih menjadi haram di buat di khalayak ramai walau hubungan tu dah halal.

Tadi ternampak satu promo iklan katanya Durex buat promosi.. dengan pembelian produk Durex dapat free Gift selain diskaun 15%. Bagi yang tak tau Durex ni keluarkan produk apa. Produk dia berkaitan aktiviti seks la.. Macam kondom atau gel untuk 'tettttttttttt'... malu pulak acik nak cerita lebih2 ni. Kalau mana2 anak dara yang tak tahu durex jual produk apa google la sendiri. Almaklum la.. Acik ni mak dara sunti katanya... hahahhaktuihhh!

Nak tau Durex bagi free gift apa sempena Valentine ni meh tengok kat sini >> V'Day Promo Durex << Tu dia.. Durex mengambil kesempatan pulak. Kalau yang rebut promo tu yang dah kahwin ok la.. tapi kalau yang belum kawen, jahanam! Macam menggalakan maksiat pulak. Yelah.. seks secara selamat guna kondom katanya.

Moral of the story... Semoga ada kesedaran di kalangan umat Islam supaya tidak meraikan hari Valentine ni. Nak berkasih sayang.. pratikkan setiap hari. Kita boleh sambut hari ulangtahun perkahwinan untuk meraihkan orang tersayang, hari lahir, hari ibu, hari bapa... Banyak hari lagi untuk meraikan orang tersayang kenapa apa yang di tegah jugak kita nak celebrate.

SPENDER GEL UNTUK CERAHKAN BONTOT

SPENDER GEL UNTUK CERAHKAN BONTOT. Zaman sekarang ni semua orang gila nak putih katanya. Tak cukup kat muka jer.. nanti jadi panda pulak. Muka putih tang lain2 hitam. Maka bermacam macam produk muncul untuk memastikan para wanita mendapat kepuasan termasuk satu produk ni. Katanya boleh putihkan bontot. Dengar macam kelakar tapi betul ok. Dengan memakai spender ni mampu mencerahkan bontot anda yang ala2 bontot kawah lepas masak lauk kenduri katanya.


Kelebihan dia bukan saja mampu mencerahkan punggung yang hitam malah katanya mampu membentuk pinggul. Yelah.. ada lapisan gel tu. Bila pakai auto la bontot nampak besar & melentik sikit dari size biasa kan. Selain tu seluar dalam ni katanya tak nampak line seluar dalam tu bila pakai. Jantan zaman sekarang ni paham2 je la.. nampak line seluar dalam perumpuan gigih snap pic & viralkan. Almaklum la zaman camera semua dalam tapak tangan jer. Anytime anywhere boleh snap pic semudah ABC. Pendek kata zaman sekarang paparazi & mamarazi ada kat mana2. Bahaya Gila bila camera smartphone makin canggih. Sebab dah tak perlu usung DSLR untuk dapat kualiti gambar yang terang & cantik


Aku jumpa produk ni dari suggest post FB. Katanya produk dari Taiwan & telah popular selain di Taiwan jugak di jepun. Sekarang dah masuk pasaran Malaysia. Bagi aku produk ni kalau guna dengan niat yang betul mungkin jadi manafaat sebab dia dalam kategori skincare jugak tapi kalau guna semata mata nak bontot nampak seksi & melentik tu bahaya jugak. Kang tak pepasal sebab bontot palsu tu kena rogol @ liwat. Yelah.. orang tengok melentik sangat. Mencabar nafsu serakah syaitan2 yang bertopengkan manusia.


Moral of the story.. tak salah nak jaga kecantikkan punggung. Punggung pun anggota badan kita jugak. takkan muka je cantik punggung berkarat, kan? Tapi niat tu kena betul. Bukan untuk menghairahkan orang tapi dengan tujuan menjaga kebersihan & kesihatan

BAHAYA GUNA MASKARA & EYELINER LEBIH DARI 4 BULAN

Mak Aiii... maknanya setiap 4 bulan kena tukar maskara & eyeliner yang jenis gel tu la yer.  Macam aku surirumah ni.. seminggu sekali dua jer tenyeh menatang tu semua kadang2 setahun baru habis.. kadang lebih setahun tapi mujur eyeliner aku pakai jenis pensil kayu kena asah tu sebab aku tak reti pakai yang jenis gel.

Sumber google. Sekadar hiasan

Aku terbaca kat Ladylista katanya Jangka hayat Maskara & eyeliner jenis gel tu sebenarnya 4 bulan je selepas di buka.  Sebab tak puas hati aku google la info pasal tu. Yang aku jumpa adalah.. betul la apa yang tertulis di artikel Ladylista tu.. Tapi boleh di pakai paling lama enam bulan & bahaya pakai Maskara & eyeliner gel tu lebih dari setahun boleh menyebabkan buta. Telan air liur sekejab...

Kalau macam ni bertambah la budget untuk makeup.. ke nak tukar dengan water color atau color pensil jer murah sikit katanya. Sama jugak la kan effect kat kulit hahahahaha... Tapi aku percaya ramai yang guna maskara & eyeliner gel tu lebih dari 4 bulan kan? Yelah... baru guna tak sampai separuh dah nak kena buang.. Berhujan airmata jugak la kan. Bukan jer bini nangis.. laki lagi kuat kot nangis nya. kekekeke

Tapi kalau simpan elok.. tak masuk angin.. tak terdedah dengan habuk & kotoran ok je kot... hahahaha nak jugak kata boleh tu. Nampak sangat tak boleh terima hakikat, kan?

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com