Showing posts with label tiktokers. Show all posts

TIKTOKERS BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT??

TIKTOKERS BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT?? Assalammualaikum.. Lama rasanya tidak menulis sepatah dua kata di blog lekatlekit ni kan? Blog yang penuh kisah suka duka. Ada manis ada luka dan ada bermacam ceriteranya. Dari bujang sampai berkahwin sampai la dah ada dua cahaya mata. Dari muda sampai dah tak berapa muda. Ya Allah lamanya kan.. 

Jadi untuk tidak mensia sia sewa domain setiap tahun marilah kita coretan sepatah dua kata. Kebetulan memang terasa nak bercakap satu isu yang pagi pagi dah terbaca kisah seorang tiktokers & usahawan muda yang katanya walaupun bukan Islam dia juga melaksanakan tanggungjawab membayar zakat. 

BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT? Bukankah syarat mewajibkan seseorang itu membayar zakat salah satunya harus Islam. Celah mana dia boleh declare apa dia bayar itu adalah zakat. Memang boleh bukan islam untuk menyumbang kepada pusat zakat tapi bukan di kira sebagai membayar Zakat. Ia cuma sumbangan yang setahu aku akan di asingkan dari duit zakat yang di bayar oleh umat Islam. Sumbangan tu di agihkan atau di salurkan kemana tu aku tak pasti sangat. Tu hangpa pi tanya pusat zakat. Lagipun pemberian berbentuk sumbangan dari bukan Islam tak salah untuk di gunakan untuk bantu orang Islam cuma ia bukan dalam kategori zakat. 


Aku rasa macam tak best bila golongan aktivis, usahawan atau influencer yang bukan Islam gunakan Istilah zakat melalui sumbangan di buat melalui pusat zakat macam mencari publisiti untuk meraih perhatian & mendapat pengaruh di kalangan orang Islam. Benda ni boleh jadi salah faham. Jadi tolong jangan gunakan istilah membayar zakat. Cakap je sumbangan. BerBeza tau sumbangan dan bayar zakat. Zakat adalah kewajiban umat Islam yang berkemampuan. Ia hanya untuk orang Islam bukan Islam tidak sah kalaupun dia berniat membayar zakat sebab salah satu syarat untuk membayar zakat adalah mesti beragama Islam. 


Zaman sekarang ramai nak buat marketing 0 cost.. Cari publisiti tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain. Asal boleh buat masyarakat rasa 'impress' dengan dia.. Dia main langgar je. Perkara perkara macam ni boleh mengundang salah faham berkaitan agama jadi rasa pihak sepatutnya perlu juga pantau & cegah sebelum parah. Nanti ramai pulak ingat orang bukan islam pun boleh bayar zakat. Lepas tu jadikan konten untuk tarik pengaruh di kalangan orang melayu Islam. 


Melihat dari trend menunggang agama sekarang memang merisaukan. semua tahu di Malaysia menunggang agama Islam paling mudah untuk meraih keuntungan maka ramai mula ambil kesempatan tak kira yang Islam atau bukan islam. Sebab penduduk majoriti di Malaysia ni adalah bangsa melayu beragama Islam jadi kena cari pengaruh di kalangan orang Islam baru senang nak buat untung. Trend yang sangat tak sihat bagi aku. 


Di tambah lagi mentaliti orang melayu sekarang kalau nampak je bukan islam yang meniru gaya hidup orang melayu sikit mudah sangat la kagum. Padahal orang tu sekadar mengambil kesempatan atas kelemahan orang melayu ni. Aku bukan nak racist ke apa.. Tak. Budaya menunggang agama ni bukan kata orang bukan Islam je buat yang Islam sendiri pun ramai cuma perkara macam ni berlaku adalah di sebab kita sendiri mudah di manipulasi jadi akan muncul golongan golongan yang mengambil kesempatan macam ni. 

Moral of the story.. Nak salahkan penunggang agama 100% pun tak boleh kalau kita sendiri yang mudah di tunggang sebab tu orang ambil kesempatan jadi apa yang boleh kita buat supaya tak jadi haiwan tunggangan adalah menjadi bijak. Sekian makaseh (versi Alleycats). 

Disclaimer ; Entri ini adalah umum tidak merujuk kepada mana mana pihak. 

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA?

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA? Kitak tidak boleh nafikan kewujudan sihir ni. Rasullullah pun pernah di sihir. Walau dunia dah moden tapi masih ramai suka mengamalkan benda benda syirik dan khurafat seperti amalan sihir ni. Dalam Al Quran ada tentang sihir jadi sihir bukan satu mitos atau dongeng rakyat. Nak tak nak kita kena percaya. Percaya ia wujud bukan percaya untuk di amalkan yer.

Tertengok satu konten tiktokers malaysia ni yang pernah jadi kontroversi di ceraikan dengan talak 3 ketika sedang live di tiktok. Saya ada tengok juga.. memang terkejut la sebab si suami tu senang je bagi talak tiga. Macam antara mereka tak pernah ada rasa apa apa. Tenang je dia lafaz talak. Geram juga la masa tu. Sebab yelah si suami tu dah berkahwin lagi satu tanpa keizinan isteri pertama. Lepas tu di ceraikan pulak si isteri pertama dengan talak tiga terus. Kita sebagai wanita ni memang remuk juga la hati, kan.

Tup tup dua tiga hari lalu kat fyp pasangan ni seolah olah dah berbaik semula. Baik atas dasar apa tak pasti cuma sebab dah jatuh talak 3 tu nak rujuk balik bukan senang. Si isteri kena berkahwin dulu dengan orang lain. Selepas berpisah dengan suami tu baru boleh berkahwin semula dengan bekas suami. Cuma tertarik dengan caption pada kontennya yang katanya mereka berpisah angkara sihir pemisah dari orang ketiga. Isunya sekarang adalah sah talak tu jika ia berlaku angkara sihir? Yang tu sebenarnya saya nak tahu. Kisah mereka ni cuma jadi inspirasi je saya nak cari info

Dari apa yang saya baca..

Pendapat ulama tentang talaq di bawah pengaruh disihir

Dalam kitab Fatawa wa ishtisharat al-Islam al-Yaum, juz 11, hal. 358, ditegaskan:

Dan adapun orang yang disihir yang mana sihir tersebut menyebabkan hilang kewarasan dan kesedaran akalnya, sehingga menyebabkan dia mengucapkan apa yang dia tidak mahukan, maka sesungguhnya talaq yang diucapkan ketika itu tidak berlaku berdasarkan hadis Nabi s.a.w. “Tidak jatuh talaq yang dilafazkan dalam keadaan ighlaq”.

Fatwa ini selari dengan pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Mukhtasar Al-Fatawa Al-Misriyyah

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa sekiranya mana-mana suami menjatuhkan talaq dalam keadaan hilang pertimbangan akal akibat disihir, maka hukum talaq tersebut tidak sah.

Tapi bukan semudah mengaku kena sihir kemudian terus mahkamah syariah batalkan talak tu. Ia perlu di buktikan juga.

Persoalannya, adakah isu sihir diterima di Mahkamah Syariah?

Menurut Dr Mahyudin Ismail, ‘kena sihir’ boleh dijadikan pembelaan di Mahkamah Syariah.


Ya, memang benar, ketiadaan undang-undang berkaitan sihir di Mahkamah Syariah menyebabkan tiada punca kuasa kepada hakim untuk memutuskan unsur sihir pemisah dalam rumah tangga.

Namun, ini tidak bermakna isu sihir tidak pernah dibicarakan di hadapan Mahkamah Syariah.

Menurut beliau lagi, bagi kes cerai talak, beban pembuktian oleh pihak yang mendakwa perlu diperincikan iaitu:

a) Seorang suami mendakwa talak dilafazkan dalam keadaan dirinya dipengaruhi sihir; atau,

b) Seorang isteri mendakwa suaminya melafazkan talaq dalam keadaan diri suami tersebut dipengaruhi sihir; maka pihak yang mendakwa perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa:
i) Wujud tanda-tanda dan ’simptom-simptom lazim terkena sihir’ pada diri suami;
ii) Suami mengalami ketidak warasan/ ketidak sempurnaan akal akibat terkena sihir semasa beliau melafazkan talaq;
iii) Ketidakwarasan pemikiran akibat terkena sihir itu menjejaskan kebolehan untuk mempertimbangkan apa yang dilakukannya itu benar atau salah.

Kesimpulannya, dalam membicarakan isu sihir, ada beberapa perkara yang diambil kira oleh Mahkamah iaitu;

1. Pengakuan atau Keterangan Pemohon atau Defendan (Iqrar)
Keterangan dalam bentuk bertulis ataupun berbentuk rakaman audio dan video.

2. Bukti
Bukti yang menunjukkan perubahan drastik kepada karakter suami ketika atau beberapa hari sebelum melafazkan talak.

3. Pendapat pakar
Pakar yang dimaksudkan termasuklah pengamal perubatan Islam yang bertauliah dan mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam dan Pejabat Mufti. Rawatan yang dijalankan perlu berlandaskan Akidah Islamiyyah.

4. Sumpah Pemohon
Pemohon bersumpah bahawa lafaz talak yang dilafazkan adalah tanpa sedar dan di bawah pengaruh sihir. Sekiranya pemohon bercakap bohong, laknat Allah akan menimpa.
Setelah berpuas hati dengan semua perkara di atas, mahkamah akan memutuskan lafaz talak sabit atau tidak sabit.

Namun, ia bergantung kepada hakim yang mengadili perceraian akibat sihir dengan melihat unsur-unsur pembuktian dan pembelaan sihir.

Walaupun mahkamah tidak menolak unsur sihir dalam penceraian tapi jangan ada yang cuba cuba pula guna alasan konon di sihir sehingga bercerai selepas menyesal menceraikan pasangan dengan talak tiga. Walau sihir tetap perlu di buktikan. Ada pakar dalam perkara tersebut akan di gunakan bagi mengesan samada berlakunya sihir atau tak.

Moral of the story.. talak bukan sesuatu yang boleh di buat main atau bergurau. Jadi hati hati dengannya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com