Showing posts with label black. Show all posts

SEMAK DENGAR SYEERA NYANYI LAGU ARJUNA BETA MIX ULEK MAYANG DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KE 9

SEMAK DENGAR SYEERA NYANYI LAGU ARJUNA BETA MIX ULEK MAYANG DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KE 9. Semalam kat astro ada siaran langsung Anugerah Meletop Era ke hapa.. Tapi bagi golongan yang tidak melanggan Astro ni memang tak ada dilema sangat la nak tengok Mentor Milenia ke Anugerah Meletop ERA.. dah tentu satu satunya pilihan yang ada Mentor Milenia kan? Ok la aku memang setiap minggu follow mentor Milenia 2017 ni.. Minggu ni dah minggu ke 9.. aku pun dah kelam kabut nak ingat minggu ke berapa ni. Faktor usia maybe susah nak ingat nombor2 ni kecuali duit hahahaha


Minggu ni persembahan protege agak membosankan bagi aku kecuali Usop.. Minggu ni dia kembali beraura. Mungkin sebab pilihan lagu minggu ni memang dalam kepakaran dia untuk bawak. Usop ni bagi aku.. Untuk pertandingan macam ni tak boleh sangat bereksperimen dengan vokal dia.. Dia ada genre dia sendiri sebab dia bukan boleh bawa semua genre cuma rezeki dia jadi viral selepas ujibakat mentor milenia 2017.

Persembahan Usop semalam memang antara persembahan yang terbaik walau dia bawa lagu asalnya dari seorang penyanyi wanita. Aku masa dengar Usop nyanyi memang tak tahu penyanyi asal lagu tu wanita malah aku sendiri pun tak tau sapa penyanyi asal lagu tu. Tapi Usop bawa lagu tu memang serius tak dengar macam lagu penyanyi wanita. Kat situ dia berjaya bawa lagu tu macam lagu dia sendiri.



Along.. Aku kesian dengan budak ni sebab bagi aku dia mempunyai vokal yang sedap & power jugak cuma kalau pemilihan lagu tak sesuai dengan vokal dia memang berisiko. Persembahan terbaik Along aku rasa masa dia bawa lagu Jamal Abdilah.. kekasih awal & akhir. Even dia bawa lagu yang agak berat tapi sebab nampak sesuai dengan vokal dia.. Dia mampu meraih juara mingguan. Cuma tu la.. Mentor dia main peranan penting untuk pilih lagu yang memang dalam kemampuan protege dia untuk bawa. Terlalu bereksperimenpun tak boleh dalam pertandingan macam ni. Di sebabkan Mentor dia rajin sangat nak buat kajian sains bereksperimen dengan protege dia.. Tu sebab la Along sentiasa di Bottom 2 hampir setiap minggu. Cuba tengok hazama.. dia ada strategi dia sendiri.. Even dia bagi juga lagu yang lain dari genre protege dia biasa bawak tapi tetap dia akan bagi lagu2 yang memang dia tahu itulah kekuatan protege dia macam Balqis & Along. Tak boleh setiap minggu nak buat eksperimen. Tu sangat berisiko.



Balqis antara protege kegemaran  aku jugak la.. Cuma semalam aku rasa vokal Balqis agak terkucar kacir even arrangement persembahan dia menarik. Tapi starting pun dah macam spoil sana sini suara dia.. Walau juri awam nampak suka bagi markah penuh tapi sebab persembahan dia semalam yang kurang power tu sebab dia berada di bottom 2. Apapun semalam Balqis nampak cantik tapi menyeramkan dengan makeup & busana yang macam pontianak jer hehehehe



Semalam Syeera pilih lagu yang aku rasa agak berat untuk menjiwainya. Lagu dari Fynn Jamal, Arjuna beta walau persembahan Syeera ni selalunya unik tapi rasa macam tak kena la black mix kan lagu Arjuna beta dengan Ulik Mayang. Mungkin arrangement lagu tu tak berapa ada connection antara lagu arjuna beta dengan ulek mayang kot. Ntah la.. tak tau nak explain macam mana tapi memang buruk sikit la dengar. Sekali lagi minggu ni aku rasa semak dengar Syeera nyanyi even suara dia nyanyi lagu apapun tetap sedap. Cuma..  tu la jangan terlampau nak buat kelainan sampai jadi tak sedap orang nak dengar.



Elica nyanyi lagu stacy, Bosan. Bosan la Elica i dengar U nyanyi semalam even u nampak comel sangat atas stage. Tak di nafikan vokal Elica memang power tapi sayang dia bawa lagu Bosan semalam memang kedengaran bosan so aku tak pertikai kenapa juri awam bagi elica markah yang rendah. Tak semua lagu di beri nafas baru tu sedap.. kadang2 bau nafasnya ngak enak dong! Baca kat page tv3 ramai tak puas hati dengan markah yang juri awam bagi pada elica. Apapun.. Elica memang nampak peluang besar untuk ke final.



Persembahan Peserta Ujibakat pilihan semalam adalah yang die hard fans New Boys.. Ecam atau kawan2 dia panggil dia tomok sebab dia buat rambut ala2 tomok masa berambut la. hehehehe. Semalam dia nyanyi lagu new boys juga & di beri penghargaan berduet dengan tomok atas pentas. Ok la.. Tomok nyanyi lagu new boys dah tak sengau masa zaman new boys kan? Vokal dia lebih matang bersama usia katanya. Yang tomok jadian tu pun suara ok la boleh nyanyi cuma tak cukup power. Kalau serius dalam bidang nyanyian masih ada harapan. Pi la masuk mana2 kelas vokal



Untuk semalam.. Keseluruhan persembahan memang aku rasa persembahan Usop je la paling terbaik sebab tu semalam Usop di pilih sebagai juara mingguan. Yang lain2 tu serius agak bosan.. Mungkin minggu ni minggu membosankan dalam mentor milenia kot. hehehehe.

Apapun tahniah kepada semua protege sebab semalam semua berjaya ke peringkat seterusnya sebab tak ada penyingkiran lagi minggu ni. So minggu depa make sure mentor jangan nak buat kelas sains sangat dalam mentor milenia.. Ni masa anda kena bagi lagu yang memang dalam kemampuan protege anda untuk bawa supaya mereka boleh ke peringkat semifinal seterusnya ke final. Bukan masa dah nak cabar protege buat sesuatu di luar kemampuan mereka. Just polish & highlight depa buat persembahan yang terbaik je, ok!

P/S : Sejak minggu lepas perasan tak ada muka Dato Vida sebab dia jadi penaja bersama Mentor Milenia 2017. Tapi kesian dah tak boleh interframe lebih2 kat stage atau jadi juri. Dok belakang je.. Muka pun kurang senyum. Bukan benci kat Dato Vida.. cuma kami nak menonton pertandingan nyanyian bukan nak tengok iklan produk kecantikkan & kesihatan. Kalau nak cari produk google search je.. semua ada. Yang organic, natural, beracun, bermekuri bagai... Pilih je nak yang mana. hehehehehe

GANGGUAN MISTIK SEMASA SESI LATIHAN BLACK & SYEERA MENTOR MILENIA 2017

GANGGUAN MISTIK SEMASA SESI LATIHAN BLACK & SYEERA MENTOR MILENIA 2017. Tu dia.. mentor milenia 2017 dah jadi kisah seram pulak. Jin pun nak join jugak buat persembahan kat atas pentas mentor milenia tapi tak ada sapa nak jemput dia. So, dia kacau la Black selaku mentor kepada protegenya Syeera.. Apa kes? Apa yang berlaku? Kalau hangpa yang tak follow Mentor Milenia 2017 ni confirm tak tau.. Takpa.. Kami boleh tolong habaq kat hangpa. Kami kan penyampai yang busy body so memang kami akan canangkan kat hangpa la kan? Yang suka boleh teruskan membaca hat tak suka takut terpalit dosa & noda tu sila la pi buka kitab. Media sosial ni bukan bagus sangat dok hadap lama - lama katanya. hehehehe


Settle bab tu jon kita ke acara segmen seram serik lekatlekit versi Mentor Milenia 2017 pulak. Semalam konsert minggu ke 9, stage yang ke 8 kalau tak silap. Semalam persembahan protege semua di level yang selamat.. Minggu ni nampak Usop dah mula tunjuk improvement berbanding minggu2 sebelum ni dia nampak statik jer. Walau ada persembahan dia yang tak best tapi usop sentiasa selamat setiap minggu sebab usop kan ramai peminat & pelaris untuk mentor milenia 2017 ni. Sayang kalau usop tak guna kesempatan tu untuk tingkatkan pretasi dia.. sebab dia Insya Allah akan sampai ke final & sekiranya dia betul2 tunjukkan peningkatan yang bagus tak mustahil dia boleh menang.

Semalam.. Usop nyanyi lagu Hani. Semalam semua protege kena nyanyi lagu Dato Hattan. Persembahan Usop antara persembahan yang terbaik jugak semalam. Nampak confident dia bawa lagu tu macam lagu dia sendiri. Juri awam bagi Full mark 20 markah. Minggu ni memang nampak usop mula menunjukkan belang.. Keep it up Usop!


Along pulak.. Alhamdulillah even orang kedah boleh bawa lagu dalam loghat nogori sembilan dengan baik. Along nyanyi lagu Biso bonar semalam.. Nampak persembahan dia semalam agak rilex tak macam minggu2 yang sebelum ni memang dia nampak stress nak bawa sesuatu lagu tu. Persembahan Along semalam pun antara persembahan yang baik. Prop.. siap dengan ayam hidup atas pentas.


Elica bawa lagu Rindu bertandang lagi. Starting memang agak boring dia nyanyi tapi di pertengahan persembahan baru keluar power of Elica katanya. Elica juga buat persembahan yang baik semalam.


Syeera nyanyi lagu Mahligai syahdu tapi dah di beri nafas baru. Sebab lagu tu di bawa dengan irama ala2 classic india.. Memang persembahan dia ada kelainan, unik & menarik cuma entah kenapa dia bawa lagu tu aku dengar macam semak. Tapi salute yang arrange persembahan Syeera semalam memang kreatif. Cuma tu la berlaku satu kejadian mistik masa sesi latihan untuk persembahan lagu tu. Ada di tunjuk video flashback semalam.. tengah2 depa dok training untuk konsert semalam tetiba pintu studio yang berat tertutup sendiri. Bila black & yang lain2 check memang belakang pintu tu tak ada orang. Black kata pintu tu berat mustahil mampu tertutup sendiri sebab angin. Tapi mujur tak ada sebarang kejadian yang lebih teruk menganggu sesiapa even masa sesi latihan ataupun malam persembahan tu. Saja la tu.. dia nak join sama nyanyi hangpa tak ajak. Dah minggu ke 9 sorang pun tak jemput dia. hehehehe


Balqis pilih lagu rancak, samba apa saja sebab semua orang tahu kelebihan balqis selain bersuara merdu dia juga pandai menari. Dia boleh menari sambil menyanyi tanpa mencacatkan nyanyian dia even semalam nampak Balqis semput jugak kat hujung2 persembahan. Tu perkara biasa.. Penyanyi profesional pun kadang2 semput juga menyanyi sambil menari ni kan? Memang persembahan balqis ni orang akan enjoy. Dia nampak lincah, cantik & berbakat je kalau atas stage. Tahniah Balqis.. Balqis antara yang aku nampak ada peluang untuk jadi juara mentor milenia 2017.


Persembahan peserta ujibakat pilihan.. kalau hangpa tengok masa ujibakat ada seorang gadis dari penang ni datang ke KL sampai sanggup tidur kat KL sentral.. Pagi tu bangun datang ujibakat kali kedua untuk mentor milenia. Katanya kalau dapat join mentor milenia boleh la dia gunakan peluang untuk cari mak dia.. Tapi bila orang suruh cakap apa yang nak di sampaikan pada mak dia sampai kesudah tak tau nak cakap apa. Semalam pun sama jugak. Aku pun pelik dia ni betul2 nak cari mak dia ke nak cari publisiti pun tak tau. Tak nampak kesungguhan dia nak cari mak dia tapi nampak lebih nak cari perhatian dengan guna alasan nak cari mak dia jer.. Tapi takpa la kan.. Kita tolong sebarkan. Nama mak dia Merah binti hassan berasal dari melaka, Mak dia tinggalkan dia sejak umur dia 9 tahun. Lepas tu dia sendiri tak tau mak dia kat mana. Sesapa yang mengenali mak Nur Fatin Nadia ni.. Boleh hubungi pihak TV3. Nanti tv3 arrangekan pertemuan tu.. hehehehe. Semalam Fatin Nadia nyanyi lagu Tiada lagi. Bukan lagu Hattan.. Mentor2 bagi penghargaan dengan naik atas pentas nyanyi bersama dia. Suara tu sedap juga la.. serak2 basah cuma tak cukup power untuk di pilih dalam mentor milenia. Kalau dia masuk kelas vokal ke hapa.. maybe dia boleh jadi penyanyi yang baik.


Minggu ni.. Akhirnya Syeera merampas gelaran juara setelah minggu lepas berada di Bottom 2. Sememangnya persembahan dia menarik walau bukan taste aku sangat persembahan syeera semalam. Minggu ni yang berada di bottom 2.. Along & balqis tapi boleh agak mustahil ada yang keluar. Rasanya.. kelima2 protege ni mungkin boleh sampai ke final kot. So, peluang yang ada sila guna sebaik mungkin.. Terutama Along. Along sentiasa berada dalam posisi berisiko.


Tu je komen aku selaku jurisurirumah untuk konsert mentor milenia 2017 minggu ke 9, pentas ke 8. yer yer.. dari tengok mentor milenia baik tengok rancangan berbentuk keagamaan. Insya Allah.. rancangan berbentuk keagamaan ni aku masih tonton, cuma kadang2 nak mengulas isu agama yang berat2 ni risau tersalah fakta jugak. Tak sama macam mengulas rancangan hiburan kan. Apa yang aku rasa aku mampu share info berkaitan keagamaan aku share jer.. Bukan tak ada langsung kan? Kalau yang follow aku tahu la.. Aku ni suka berkongsi semua perkara. hehehehe

Moral of the story.. Semoga terhibur dengan komen2 aku minggu ni. Peace Yo!

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER. Sebagai tipikal perempuan bab bab makeup ni aku tak terkecuali terjebak dalam trend lukis kening tanpa perlu di cukur. Bermakna just guna eyebrow & concealer je nak membentuk kening tu. Gigih tau aku belajar sendiri kat rumah berpandukan video2 tutorial kat online ni. tu pun belum tahap cantik sangat cuma boleh la.. Nampak la sikit bentuk dari kening asal yang memang takde shape. Bukan semua orang di lahirkan dengan bentuk kening yang tak makeup pun dah cantik & lentik. Aku kategori jenis kening yang memang tak ada bentuk.


Sebab aku agak obses dengan kening sekarang.. so aku dah ada koleksi eyebrow pencil & eyebrow jenis powder. Kalau dah nama koleksi of course la lebih dari satu. Berapa banyak tu tak sebanyak la orang lain. Ada 3 - 4 gitu katanya. Semua berlainan jenis & warna. Terbaru aku beli Maybelline Fashion Brow Duo Shaper, gray color. Sebab color gray memang aku belum ada. Tengok orang pakai gray color ni kening nampak natural macam lawa pulak. Sebab aku memang suka jenis natural makeup.. Jadi aku pun tak nak kalah jugak. Nak jugak kening kaler gray katanya... hahahaha

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper

Yang jenis Duo Shaper ni dia ada dua mata la. Satu eyebrow jenis pensil tapi pensil yang jenis crayon tu. Bukan cream pensil jenis kayu. Yang satu lagi mata dia jenis powder. Dia ada span hujung dia.. Sebab jenis pen takkan la dia nak letak macam dalam palette tu kan.. So, agak practical bila dia buat span ala2 bentuk oval kat hujung memudahkan kita nak pakai.


Aku sebenarnya tak reti nak lukis bentuk kening guna eyebrow pen yang jenis crayon macam tu. Serius sampai sekarang jadi buruk giler.. So rasa macam tak berapa berguna pulak fungsi eyebrow pencil untuk duo shaper ni. Lagipun kalau lukis kening dengan warna gray & warnakan dengan gray rasa macam pelik pulak dengan warna kulit aku yang sawo matang jadi apa aku buat.. Aku lukis bentuk kening menggunakan fashion brow yang jenis cream pensil warna hitam & aku warnakan dengan fashion brow powder gray color tu.

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper gray color & cream pencil black color

Pada pandangan mata aku.. Gabungan warna tu kening aku nampak natural & sesuai la dengan kulit aku yang sawo matang. Warna hitam tu tak pekat sangat sebab aku guna gray color untuk warnakan. Cuma guna warna hitam tu lukis bentuk kening. Takde la nampak janggal sangat kening aku.

Ni la hasil menconteng arang di kening aku guna Maybelline Fashion Brow Duo Shaper & cream pencil. Tak payah la nak kira garis garis halus bawah mata tu.. Dah masuk zon makcik makcik ni katanya hahaha. Otai tak otai tengok la fesyen kain batik tu ok! Feeling mahsuri nak menyumpah sesapa je yang mengumpat lepas tengok gambar puaka ni.. hahahaha

Walaupun aku rasa rugi juga salah satu fungsi fashion brow duo shaper sebab yang pencil dia aku tak reti guna tapi aku rasa berbaloi sebab yang eyebrow powder dia di buat dalam bentuk pen ber span macam tu. Lagi senang nak apply & senang nak bawa kemana mana. Kalau jenis eyebrow powder dalam palette tu.. nak kena guna berus kan.. Yang ni tak payah.. terus sapu je settle.

Sangat practical untuk guna bila dia di datangkan macam ni. tenyeh terus tak payah nak pakai berus bagai lagi

Harga dia maybelline fashion brow duo shaper gray color ni RM27.90 & yang maybelline Fashion Brow Cream Pensil Black color tu RM8.90. Maybelline ni banyak boleh dapat. Yang ni aku beli kat guardian je. Not bad bagi aku hasil menconteng eyebrow guna maybelline fashion brow duo shaper ni.

KOMEN MINGGU PERTAMA PENTAS MENTOR MILENIA 2017

KOMEN MINGGU PERTAMA PENTAS MENTOR MILENIA 2017. Alahai usop.. Kerana hang la usop ramai yang tengok mentor milenia tahun ni selain tahun ni takde muka Dato Vida yang over expose kat dalam rancangan tu. Nasib baik penaja utama tahun ni tak letak syarat atau nak enter frame sangat dalam rancangan mentor milenia tahun ni macam tahun tahun lepas. Hope TV3 insaf lepas ni ambil penaja macam dato vida untuk rancangan realiti hiburan takut satgi orang tak boleh beza rancangan realiti nyanyian dengan rancangan Jom singgah je. hahahahaa. Aku pun rasa sungguh tenang & bahagia nak menontonnya juga.


Jadi sebab semalam sempat menonton mentor milenia untuk minggu pertama.. Maka selaku juri tak bertauliah & di iktiraf harus la aku ada komen2 aku sendiri. Komen aku tak semestinya berkaitan vokal & persembahan je.. suka hati aku je la nak komen pasal apapun. Dah nama pun juri tak bertauliah & di iktiraf katanya. hahahaha

Aku dah draft & post komen2 aku kat FB maka kat blog ni aku just attach balik la kan... Korang boleh baca kat bawah ni..

Protege tomok yang sabah tu teruk kena hentam. Bila usop nak nyanyi ni wei #mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Maaf huduh pulak baju protege akim icha ke hapa nama dia ni. Di tambah dok tongek2 atas pentas. Lagi bertambah buruk hahaha#mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Protege perempuan suara takde keunikkan. Suara yang biasa kita dengar menyanyi kat mana2. Memang la boleh nyanyi tapi ntah la rasa tipikal jer semua suara2 tu hahaha. Ok jangan suruh aku nyanyi. Bukan apa takut bukan dapat jadi protege terus jadi mentor hahaha. So biarlah aku jadi pengkritik tak bertauliah ikut halwa telinga aku je hahaha#mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Usop nyanyi lagu selamat. Mentor dia bijak x buat eksperimen cuba cuba macam tomok hahaha. #mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Ok la protege black shira mendapat pujian melambung dari dato hattan & azlan typewriter tapi aku rasa serabut dengar dia nyanyi hahaha#mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Kesian balqis protege hazama nampak penat bawa lagu Aida jebat tu. Macam putus nafas je nyanyi. Tapi better la kan dari penyanyi asal.#mentormilenia2017 #mentormilenia #teamusop

Dah agak juara mingguan minggu ni #mentormilenia pasti #usop. Minggu pertama takde penyingkiran. Biasa la kena bagi peluang dulu

Ada protege yang aku tak komen sebab ntah la tak rasa nak komen.. macam protege Tomok, Along anak sedara kepada penyanyi Ezad Lazim @ Ezad Exist tu.. Tak tau nak komen apa. Tengok persembahan dia macam janggal.. Nampak dia tak selesa bawa lagu tu. Kena menari bagai.. Tomok ni terlampau ber eksperimen dengan protege dia.. Agak bahaya dalam sesebuah pertandingan. Tak salah.. cuma bila peserta bawa lagu yang mereka nampak tak selesa & tak sesuai dengan vokal depa benda tu akan mempengaruhi undi. Nampak macam protege Tomok berisiko akan keluar awal jer...

Protege Akim pulak.. Rasa macam tipikal sangat la cara nyanyi, vokal & persembahan walaupun vokal tu memang power cuma bagi aku takde keunikkan maka aku nampak persembahan depa biasa biasa saja. hahahaha

Protege Black pun aku rasa biasa biasa saja jugak. Protege Hazama.. Masih di zon selamat. Sebab Mentor depa hazama nampak bijak. Minggu pertama dia bagi protege dia nyanyi lagu2 yang memang dalam kepakaran depa bawa. Lagipun hazama ada usop yang sejak awal lagi memang berjaya meraih ramai penyokong. So, nampak besar peluang yang hazama ada untuk menang.. hehehehe

Usop Mentor milenia 2017 Minggu pertama

walaupun sebelum ni serius aku kurang layan rancangan realiti TV. Aku selalu layan benda benda ni je >> 14 Plot secara rawak yang lawak kita boleh tengok di Internet << Kat online. Kadang2 benda macam ni boleh release tension katanya walau hanya dengan slot pendek yang di rakam secara tak sengaja. Tapi di sebabkan usop yang memang macam magnet termelekat pulak aku dengan mentor milenia tahun ni. Hahahaha.

Sekian saja komen aku untuk minggu pertama mentor milenia 2017. Minggu kedua belum tentu aku tengok.. Kalau aku tengok maka ada la komen2 bajet juri profiesional dari aku hahahaha.

Moral of the story.. Mentor milenia kali ni nampak balck, Akim menyesal sebab reject Usop masa audition sebab maybe dia takde rupa kan.. Tapi kena ingat peminat Malaysia sekarang nakkan keunikkan bukan rupa semata mata. Usop ni unik sebab dia ada identiti dia tersendiri walaupun dia lurus bendul.. Tapi benda tu yang menjadi kelebihan yang buat orang suka dia.

BILA AIMAN TINO BERDUET DENGAN USOP ATAS PENTAS MENTOR MILENIA

BILA AIMAN TINO BERDUET DENGAN USOP ATAS PENTAS MENTOR MILENIA. Tu dia.. kerana mu Usop katanya terus melekat dengan mentor milenia 2017 ni. Kalau tak sebelum ni memang tak layan sangat la mentor milenia. Kadang2 terjeling macam tu ja.. Tapi Usop memang betul2 jadi pelaris mentor Milenia 2017. Sampai aku sendiri pun dah layan mentor milenia ni


Walaupun malam ni yang bertanding adalah protege Tomok & black.. Tapi Usop pun ada datang bagi support kat protege2 yang bertanding malam ni. Artis jemputan malam ni adalah budak Aimon Tino yang ntah bila nak jadi jate pulak. Hahahaha... Aiman Tino ada nyanyi dua buah lagi.. Salah satu lagu yang Usop nyanyi minggu lepas. Baru aku tau rupanya lagu tu lagu Aiman Tino. Sedap pulak Usop nyanyi.. hahahaha

Lepas persembahan Aiman Tino.. depa jemput Usop naik pentas suruh duet dengan Aiman Tino lagu yang dia nyanyi minggu lepas... Kecut muka Aiman.. Lain macam je bila duet dengan Usop. Memang tak payah nak guna juri profesional.. Memang jelas perbezaan kemantapan suara usop berbanding suara sengau zaman new boys Aiman Tino tu. Walaupun Aiman Tino lebih comel dari Usop.. Tapi suara Usop lebih kacak berbanding Aiman Tino. Terima la hakikat bila orang lain nyanyi lagu kau lebih sedap katanya.. hehehehe

Rasanya kalau Aiman Tino Bukan artis audition Mentor Milenia aku rasa tak dapat jugak.  Sebab suara Aiman Tino ni belum level penyanyi. Tapi tak tau la maybe dah dewasa esok kepompong bertukar jadi rama rama macam Tomok kan? Tomok dulu macam Aiman Tino jugak suaranya. Sengau jer.. Sekarang.. 90% Tomok dulu bukan Tomok yang sekarang.

2 Minggu ni tengok pemilihan protege untuk ke stage seterusnya aku nampak mungkin protege Hazama akan jadi juara sekali lagi tahun ni. Aura Usop tu memang lebih menyerlah berbanding protege lain.. Rezeki Usop la kan. Dari pentas uptown ke pentas mentor milenia. Dengan sikap low profile & menjadi diri sendiri buat orang rasa dia unik.

Apapun selamat berjuang buat Usop! Salute Orang kedah. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com