Showing posts with label misi. Show all posts

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.



APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN. Curi masa jugak nak update blog.. Walau dalam keadaan tak berapa sihat hari ni tapi rasa blog dah on off update harus jugak ada something kena bebel. Mesti ada nak tanya pasal kes saman tu kan? Apa progress sekarang? Tak dak progress apa - apa lagi. Misi mencari bantuan masih di teruskan.. Almaklum blogger semekin ni banyak keterbatasan dia. Terutama faktor kewangan la. Tapi tak pa.. Usaha, Doa, Tawakal & Insya Allah.. Allah lorongkan jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam mana keadaan Suria Lekatlekit sekarang? Mesti ada yang nak tanya kan.. Almaklum la kena saman ni hidup masih bahagia ke? Alhamdulillah.. takde la mengalami 360 darjah perubahan dalam hidup even ada juga la perubahan. Selain struggle cari duit, Tak boleh nak shopping dah. Nak beli shawl RM7 pun sampai hilang nombor kat calculator tu tekan buat kira kira katanya hahahaha. Menipu sangat la kan. Takde la.. Berjimat la. Simpan mana tau duit cukup untuk menampung kos mahkamah nanti.

Sepanjang terima surat saman ni.. Tak tau la banyak juga Allah tolong. Benda yang aku tak terbayang boleh berlaku dalam keadaan aku yang tak berduit kepok kepok.. tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi sebab usaha cari solution, tebalkan muka minta tolong sana sini, tanya orang tu ni.. Akhirnya ada juga jalan yang boleh di usahakan agar tak terus kalah tanpa perbicaraan setakat ni. Akan datang tak tau samada masih mampu atau tak, Wallhualam. Tapi selagi ada masa & peluang tu memang aku akan terus cari sesuatu yang boleh membantu la.

Sepanjang misi mencari bantuan ni.. hampir kena tipu la.. hampir tak di kenakan perlaksanaan ingkar sebab tak dapat hadir ke mahkamah.. Banyak perkara yang hampir hampir buat aku kalah tanpa perbicaraan. Tapi tu la.. Kuasa Allah, dalam kemampuan yang sangat terbatas tetap ada bantuan di saat akhir tiba. Yang aku sendiri rasa macam satu keajaiban sangat. Kat situ aku belajar.. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Perkara yang kita tak pernah terfikir boleh berlaku pun boleh terjadi. Sebab tu Allah suruh kita usaha sebab dengan cara tu je boleh mengubah nasib. Biar la orang nak hina ke hapa sebab mengemis bantuan.. Tu salah satu jalan kita berusaha.

Ramai yang anggap bila aku minta bantuan harap orang taja peguam untuk aku bagai.. Tu yang sampai ada sanggup hina & sindir aku kat facebook.. Padahal, bantuan ni banyak cabang. Bantuan khidmat nasihat, bantuan bagi aku job secara online, bantuan kenalkan saluran yang boleh aku mohon bantuan.. Banyak sebenarnya. Tapi ada juga la menyumbang berbentuk kewangan so boleh la tampung kos untuk first step ni. Untuk next step kena struggle lagi kumpul modal.

Ada yang anggap aku ni tak padan dengan poket nak berlawan dengan orang yang dah sah sah mampu dari segala sudut.. Apa aku nak kata lagi kan. Yang dah berlaku dah pun berlaku.. Yang mana rasa nak tolong sangat aku harapkan. Yang mana rasa tak nak tolong tak ada paksaan. Aku izinkan je la yang mana2 rasa nak mengumpat ke, menyindir ke, mengecam ke. Biasa la dunia media sosial.. perkara yang mesti kita hadap hahahaha.

Bagi blogger yang support tanpa prejudis tu aku ucap terima kasih. At least sokongan tu buat aku rasa kuat. Dan terima kasih buat 2 insan yang aku nak rahsiakan dulu nama dia. Sebab aku akan buat satu entri penghargaan khas untuk depa nanti. Yang banyak membantu aku dari sejak awal sampai sekarang. Tak pernah menolak dari kali pertama aku cuba minta bantuan. Takde nak sindir atau nak kutuk aku dengan apa yang berlaku walau imej dorang di media sosial nampak agak lantang & mempunyai ramai followers & haters. Dorang bagi aku seorang pejuang.. Berani! Sebab tu bila aku minta tolong dorang tak de alasan untuk tak cuba tolong berbanding yang berimejkan setaz setazah ni.. Time tu juga la dia nak sebut kejahatan kita selama ni tapi menolongnya haram. Seolah olah nak bagitau orang ni la balasan untuk orang macam aku.  Pun ada jugak spesis macam tu. Padahal selama ni jarang sangat bertegur sapa dengan aku. hehehehe. Tapi yang bagus sikit dia pm.. tegur. Aku ok jer.

Bukan nak berlawan tapi misi aku mencari penyelesaian.. Bukan nak menang tapi juga tak harap terus kalah cuma berjuang selagi mampu. Aku tak nak berhenti berusaha selagi ada jalan yang boleh aku guna. Kecualilah aku betul betul tak mampu... Maka aku pasrah & redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya apa yang Allah aturkan untuk aku tu adalah yang terbaik.

Apapun aku masih mencari bantuan.. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai goreng garing dalam kuali ye dak. Alang2 dah sampai stage ni tak boleh nak konar dah.. teruskan je la. Apa yang berlaku akan datang.. aku redha je. Redha bukan bermaksud tak buat apa apa.. Redha aku adalah dengan usaha dulu. Kalau dah di luar kemampuan kena redha la. Ikhlaskan semua yang berlaku & teruskan hidup dengan mencari misi kebahagian pulak. hehehehe

Apa aku harap adalah Doa dari semua.. Sebab aku masih percaya doa akan menjadi senjata & perisai untuk aku. #prayforsurialekatlekit hehehehe


PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL . Lamanya segmen seram serik lekatlekit bercuti yer.. Yelah.. sepanjang bulan puasa memang tak ada cerita seram. Tak sempat nak memburu hantu time tu.. dengan kes saman bagai time tu la nak sampai. Nak jadi Ghost Buster pun tak sempat. Kelam kabut kesana sini mencari misi bantuan katanya. Almaklum la orang semekin.. Terpaksa la kerja keras sikit cari bantuan. Kalau kaya raya, tak payah risau sign cek bagi je kat loyer suruh dia take over. hehehehe


Bila dah keadaan tenang sikit even kes saman tu belum settle. Untuk perlaksanaan kes di tangguhkan 20 july. Tak tau apa jadi lagi.. Tak nampak bayangan gurauan lagi ni. Kot2 ada yang bersimpati nak membantu boleh jer. Sebab masih meneruskan misi mencari bantuan. Sesambil mencari bantuan tu.. Blog tetap la kena hidup. Takkan nak down sampai tutup blog kot kan.. Hello.. dunia belum berakhir ok! Life must be go on bak kata omputih. Kalau orang sawo matang kata.. hidup mesti di teruskan macam biasa. Saman sivil bukan nak ke tali gantung. So, buat peace sudah. Janji terus usaha, doa  & tawakal Insya Allah nanti Allah bantu. Kena yakin tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Allah lebih mengetahui yang mana benar & Salah jadi dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tengah mood dok boleh buat rilex.. buat peace ni meh la aku momokkan hangpa dengan kisah pengalaman bebudak nurse practical kat sebuah hospital tempatan ni. Nurse2 practical ni aku suka sebab masing2 baik jer attitude dia. Cakap pun lembut tak macam senior depa.. ada yang macam singa hahahaha...

Alkisahnya budak misi yang di semester ke 3 ni kena practical kat sebuah hospital. Punya excited katanya di sem 3 ni sebab boleh duty malam walaupun di momokkan dengan kisah2 berkenalan dengan makhluk2 malam kat situ tetap la excited tu ada. Tak kena lagi boleh la kau buat lex, wat peace katanya...

Pendekkan cerita kisah ni berlaku pada 2 budak misi perempuan sem 3 ni. Malam tu depa kena jaga wad lelaki kelas 3. Kat situ memang sibuk sikit katanya sebab ramai pesakit. Wad kelas 3 pepaham je la.. Orang kaya kebanyakkan tak pi spital gomen ye dak. Depa boleh claim insuran duduk spital swasta. Wad kelas 1 & 2 pulak.. kebanyakkan kakitangan awam sebab depa boleh check in secara free.. Jadi golongan berpendapatan rendah & miskin ni kebanyakkan kelas 3 la kan. Kelas apapun takpe.. Janji kat spital ada nurse jaga & bagi ubat ye dak..

Sebab wad kelas tiga ni memang busy.. Penat jugak la bebudak misi tu sampai tak menang kaki tangan la depa. Pesakit berbaris atas katil sampai depan pintu. Bayangkan macam mana sesaknya wad tu.. Nak2 lagi time tu tengah musim denggi. 70 pesakit tapi staff yang bertugas cuma 5 orang campur dua misi pratical tu jadilah 7 orang kesemuanya anggota wonderpets untuk menyelamat malam tu. Dua misi tu katanya di tugaskan kat cubicle yang menempatkan pesakit HIV/AIDS yang memang semua tengah nazak dah. Menunggu di jemput pulang kerahmatullah jer. Kebanyakkan tak ada waris atau sedara mara. Fizikal masing2 dah sama leper dengan tilam katanya. So boleh bayangkan la keadaan pesakit kat situ.. Ada yang senyap2 habis nafas tup tup tengok kejung je pun ada. Yelah.. mungkin dia pergi dengan tenang takde sapa perasan kan..

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kebanyakkan semua pesakit memang dah lena di ulit intan. So dua misi ni ambil masa la sekejab duduk nak meluruskan pinggang yang dah kejung sejak tadi kerja non-stop. Katanya kentut pun boleh terlupa.. Ni kalau lupa kentut tup tup keluar bau je pun bahaya jugak ni. hahahaha. Sambil duduk tu memasing semak balik rekod pesakit yang dorang dah periksa tadi. tetiba dengar bunyi orang seret drip stand.. alah tiang hat dok gantung air kat spital tu. Bunyi agak nyilu seolah tiang drip tu di seret dengan roda yang takde minyak pelincir. Bunyi macam besi bergesel dengan lantai. Bila dengar bunyi macam tu time sunyi basi confirm la panjang leher depa mengintai dengan perasaan cuak. Siapa gerangan tetengah malam dok seret drip stand tu..

Nampak seorang pesakit yang kurus kering sedang berjalan menuju kearah depa. Masing masing pelik juga sebab rasanya tadi tengok pesakit tu memang dah tenat sangat. Ni siap boleh bangun & berjalan.. produk apa gamaknya dia ambik. Produk perof yang tengah jadi kontroversi kat Page Pseudosciene Watch ke hapa tak tau la kan. Hahahaha.. Depa pun tak nak fikir bukan - bukan tanya la.. ada apa sipolan tu bangun berjalan & tak tido lagi time2 cenggini.

Sipolan tersebut bagitau tujuan sebenar dia.. Nak bagitahu katanya ada pesakit kat katil hujung dia syak dah kembali kerahmatullah. Kelam kabut la dua misi ni pi check pesakit yang di maksudkan.  tengok pesakit tu terlentang & kepala dia mengiring ke arah tepi tingkap. Masa tengah periksa tu tetiba depa terpandang rupa pesakit. Masing masing jadi pucat lesi.. Nak tau sebab apa.

Muka dia sama dengan pesakit yang kurus kering datang kat depa sambil tolak drip stand & bagitau tentang keadaan pesakit yang depa tengah periksa sekarang. Kau rasa apa berlaku selepas tu.. Nak2 lagi depa tau pesakit yang depan depa tu dah Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Dua2 padam kat situ jugak ok! Sedar2 dua2 kat dalam bilik rehat asrama. Pitam beb! terkejut, seram, sejuk takut, terkentut semua ada. Bukan takat tu jer.. dua2 kena demam teruk sampai kena hantar balik kampung berubat secara alternatif. Tu dia penangan jaga orang sakit tenat malam hari kat wad katanya. Ni kalau orang kampung kata kena badi mayat la kot.. 

Yelah.. kerja kat hospital gitu la kan. Nak tak nak kena hadap juga pengalaman mistik macam tu. Pengalaman pertama mungkin pengsan tapi lepas tu maybe depa dah lali kot. Kental tak kental golongan misi ni.. Bukan je terpaksa berhadapan dengan pesakit yang antara hidup dengan mati malah terpaksa hadap jugak penyibuk yang nak jugak attention dari nurse even depa tak sakit tang mana mana pun.. Saja ja nak memeriahkan majlis kat hospital. Bukan dia tak tau kehadiran dia tu boleh buat orang sihat pun jatuh sakit. Silap haribulan kena heart attact.

Moral of the story.. Kejadian seram di hospital ni memang bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang tahu kat hospital ni macam2 kes ada. Setakat kes kematian rasanya hari hari ada. Jadi memang tempat tempat macam tu jin & syaitan suka. Almaklumlah.. orang sakit ni lemah zahir & batin kan.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah & amalkan ayat ayat pendinding yang terdapat dalam Al Quran.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com