Showing posts with label sado. Show all posts

RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK

RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK. Aku saja jer biarkan isu yang tengah viral tanpa mengulas kat wall FB macam kebiasaan aku buat sebelum ni atau komen kat mana2 status yang share atau komen pasal isu tu. Malas la.. Almaklum la apa yang keluar dari jari aku ni orang anggap negatif sangat padahal orang yang label aku negatif pun tak sepositif manapun. Kat wall sendiri je dia positif tapi kata2 positif pun banyak berbau sindiran je. Nak tengok warna hati dia sebenar.. cuba tengok kat status mengumpat orang lain. Sama naik je cuma kat wall dia je dia tak tunjuk tanduk. Hipokrit giler bagi aku spesis macam ni. Perwatakkan lembut belum tentu hati tu putih jernih. Ada jugak daki2 yang terselindung di celahan yang kita nampak putih jernih tu.


Jadi aku ambil keputusan untuk baca & biarkan je ia berlalu di news feed FB aku. Sampai masa kalau aku rasa nak mengopek isu tu aku ber warrior la kat blog. Bila dok baca banyak setaz setazah, pakar motivasi,judges awam dok berkomen isu tu. rata2 mengutuk perempuan2 yang mengedik katanya bila hotfm jemput doktor sado yang ensem ke konti untuk di temubual. Katanya ada yang sanggup nak doktor tu bidankan dia bersalin. Kita ni sebolehnya nak doktor perempuan cuma tak berkemampuan je nak buat pilihan.. ada juga sanggup tadah kat doktor laki dengan rela sebab dia ensem jer.

Tu yang terang2 mengaku terpesona dengan kacak & sado doktor tu.. Yang berkias2 sambil share gambar doktor kacak lagi sado tu pun sebenarnya bergetar jugak tulang rusuk walau caption dia laki aku lagi ensem. Kalau benda tu tak bagi kesan tarikkan mustahil la dia share. Aku.. entahlah. Kalau tanya memang la aku kata dia ensem. Tapi tak bagi apa2 makna dalam hidup aku sampai buat aku tergerak hati nak share pasal dia. Rasa bersalah pulak kat laki aku dok share gambar lelaki yang jadi viral sebab dia ensem tanpa sebab.

Memang tengok zaman media sosial sekarang perempuan tak kira apa status macam hilang kemaluan bila tengok lelaki kacak. Tu baru dapat tengok rupa dah bergetar tulang temulang, gamaknya kalau tetiba laki tu lamar terus lupa suami & anak la kot.

Walaupun teruja.. Jagalah harga diri & status kita sebagai seorang isteri. Tolong rasa hormat pada suami. Jatuh air muka suami bila bini dia tergedik2 tengok laki ensem seolah2 muka laki dia buruk sangat. Ye.. kita manusia kadang2 hati kita ni nakal jugak. Tapi tak payah tunjuk sangat. Kawal la tindakkan jangan ikut sangat nafsu tu. 

Moral of the story.. Terpesona tu satu rasa yang biasa bagi manusia normal tapi tetap kena sedar diri & status kita baru kita boleh kawal apa yang kita rasa agar kita tak berperasaan yang tidak sepatutnya.

KESEKSIAN SEBENAR SEORANG LELAKI YANG MEREKA TIDAK TAHU

KESEKSIAN SEBENAR SEORANG LELAKI YANG MEREKA TIDAK TAHU. Badan sado buat lelaki nampak seksi? Alah setakat sado belum buat lelaki nampak seksi ok. Kadang2 badan sado pun buat lelaki nampak bodoh. Hahahhaa. Tu dia terbeliak abang abang sado baca mukadimah entri ni. Kang ada pulak dari geng abang sado datang menyerang entri ni tapi confirm guna identiti anonymous. Mana pulak tunjuk diri sendiri katanya satgi orang tau mesti la kena balik kan. Hahaha.. Sebelum ada mana2 geng abang sado yang perasan lebih marilah kita membincangkan isu hangat hangat taik ayam ni dengan segera. Satgi tak pasal banyak hati sentap sebab baca satu perenggan je..


Ramai lelaki nak jadi macam Zul Ariffin.. badan sado muka hensome. Konon nak jadi hot stuff yang di gilai ramai wanita padahal depa sebenarnya lupa manusia dalam dunia ni ramai & ada macam2 citarasa. Tak payah la sampai nak suntik dadah bagai dalam badan semata mata nak dapat badan sado tanpa perlu bersusah payah ke gym & ambil supplement. Tak semua orang suka tengok lelaki sado ada yang geli geleman tengok orang badan berpetak macam roti bun. Kadang2 tu sampai leher pun tak nampak sebab otot kat bahagian bahu tu besar sangat. Dah macam popeye pun ada. So, jangan obses sangat nak sado yer abang abang sekalian kerana nak menarik perhatian ramai gadis.

Sebenarnya sado & hensome ni bukan ciri utama menjadikan seorang lelaki tu jadi idaman ramai. Ada faktor lain yang korang tak perasan wahai lelaki. Memang badan sado jadi perhatian bila korang di khalayak ramai tapi kadang2 orang perhati bukan sebab kagum tapi sebab nampak pelik & lucu tengok korang.

Bagi lelaki yang sedang mencari cinta dengan mensadokan diri atau cuba menjadi hensome & comel macam retis kpop dengan  plastic surgery. Hentikan perbuatan tersebut dengan segera. Lepas korang baca artikel ni confirm persepsi anda akan berubah. Nak tau apa yang seksi di mata seorang perempuan pada seorang lelaki meh baca ni >> 7 Keseksian Sebenar Seorang Lelaki Yang Lelaki Sendiri Tak Tahu <<

Anugerah Tuhan tu kadang2 dah cukup elok & sempurna untuk kita cuma tu la kadang2 sebagai manusia ni kita susah nak rasa puas dengan apa yang kita miliki sampai buat perkara memudaratkan diri sendiri. Untuk apa jadi plastic sedangkan di dalam kau dah mereput. hehehe Peace Yo!

GAMBAR! LELAKI KALAU HOT MINUM KOPI PUN NAMPAK SEKSI

GAMBAR! LELAKI KALAU HOT MINUM KOPI PUN NAMPAK SEKSI. Kalau dah hotstuff ni dia buat apapun semua orang perhati. Kesian kan golongan hotstuff ni jangankan nak dating nak minum kopi pun tak senang. Sentiasa apa yang depa buat boleh jadi perhatian. Tetapi lelaki ni sifatnya santai.. Sesetengah lelaki memang jenis tak berapa control macho macam Zul Ariffin walaupun mereka dalam golongan hotstuff. Tak kisah pun orang nak tengok depa dalam gaya santai, selekeh atau comot. Tapi tu la.. kalau dah hotstuff ni santai pun orang nampak seksi jugak. jadi macam mana nak buat?? hahahha


Anak anak dara sila kawal nafsu anda & mak mak dara pun harap boleh kuatkan iman.. ingat suami & anak anak yang sayangkan anda yer. Biarpun lelaki lekaki hot ni mampu buat segala tulang temulang hangpa bergegar tapi ingatlah mereka bukan laki kita hokay. Se hensome mana atau se seksi mana mereka... Tak mampu tandingi kehebatan suami kita walau ada yang keding,boroi atau skema. yakinlah jodoh kita adalah yang terbaik dari Allah.

Bukan apa kena warning awai - awai satgi habis banjir kebot dengan air liur tengok gambar lelaki lelaki hot ni dengan gaya minum kopi masing masing. Dah la ada yang tak berbaju tunjuk badan sado kang tersadung kat hati pulak. hahahaha.

Moral of the story... lelaki yang bukan milik kita walau seindah manapun rupa bentuk & perwatakkan mereka cukuplah menjadi perhiasaan dunia tak perlu jadi perhiasaan hati sangat nak2 lagi lelaki tu bergelar laki orang. Peace Yo!

LELAKI TULEN AKAN LAKUKAN PERKARA NI BILA BUAT SALAH

Lelaki tulen tak semestinya badan sado sebab terbukti sekarang ni lelaki berbadan berotot, six pack bagai yang semua betul2 lelaki.. ramai yang pondan dari pelbagai sudut. Ada pondan sebab nafsu songsang.. ada yang pondan sebab perangai.. Lelaki sejati jugak tak semestinya kuat dari fizikal jer. Mampu angkat peti ais dua pintu sorang2 belum terbukti anda lelaki sejati yer..


Lelaki sejati sebenarnya lembut.. Tapi bukan lembut jalan kepit2 dengan gaya tangan patah. Lembutnya seorang lelaki sejati akan buat seorang wanita sentiasa tenang, bahagia & selamat di samping dia. Seorang lelaki sejati kata kata dia sentiasa membahagiakan... Tapi lelaki kasanova yang ayat manis tu bukan kategori lelaki tulen.. tu buaya tulen. hahahaha

Lelaki sejati akan buat perkara ni kalau dia rasa dia ada buat silap pada pasangannya. Bukan cari alasan nak membetulkan kesilapan dia buat tapi... Nak tau apa lelaki sejati akan buat bila dia rasa dia ada buat silap pada pasangannya meh tengok sini >> Lelaki sejati akan buat perkara ni bila buat salah <<

Moral of the story.. Lelaki sejati tak cepat sentap bila kena kritik kritik manja. Sebab lelaki sejati adalah lelaki yang kuat dari segi mental & fizikal. Peace Yo!


LELAKI SADO RUPANYA GAY

Lelaki sado. Aku dulu tak tau mendanya sado tu. Lelaki aku tau la.. Pening jugak dok tengok orang tulis lelaki sado bagai tapi sekarang aku dah tau apa tu lelaki sado. Bagi yang tak paham apa tu lelaki sado sat aku nak jadi wikipedia untuk hangpa na...

Sado ni merujuk lelaki yang berbadan sasa & berotot. Contoh macam gambar kat bawah ni yer...

inilah di gelar lelaki sado. Gambar sekadar hiasan sumber google

Ok dah paham apa tu sado meh kita cerita pasal lelaki sado yang gay.. Alkisahnya hari minggu lepas kan aku ke e@curve. Even aku blogger surirumah yang tersorok takde nampak muka join mana2 event @ gathering dengan blogger lain.. Aku pun sampai langsung tak berdunia yer. Cuma aku beraktiviti dengan family aku je sejak kawen ni. Takpelah.. at least terhindar dari termelakukan benda2 yang mungkin boleh menganggu kebahagian rumahtangga aku kan. Apapun nak buat kena ada restu suami. Orang nak cakap apapun.. blogger duduk dalam gua ke.. blogger otak tak berkembang ker... blogger mengaji dengan google ker.. depa bukan bagi kita makan? paling penting depa bukan suami kita ye dak??

Masa jenjalan yang tempat yang orang rasa kelas sangat iatu ikea.. terpandang sekumpulan lelaki level adik2 kot berbadan sado jugak. Dengan baju fit depa... berjalan dalam satu kumpulan dalam 4 5 orang kot. Aku pun bukan usya sangat pun.. cuma terpandang... tetiba kau keluar suara nak kata lembut macam pondan tak sangat.. nak kata keras macam jantan pun tak sangat.. tapi ada la sikit2 patahnya tang cakap tu.. dengan ayat paling menguris hati ramai gegadis bujang... " Eh.. you tau boyfriend I kan.. bla bla.. sambil jalan dengan badan sado mereka.

Nak kata pondan.. tak berapa Nyah penampilan mereka. Dari hujung rambut sampai hujung kaki gaya lelaki ala2 metroseksual la.. yang suka bergaya kan. Tapi sekali sembang pasal boyfriend Uolls...  Ok Ok.. aku negatif sangat. Lelaki pun boleh ada boyfriend jugak. Boyfriend kan kawan lelaki tapi tu la dalam masyarakat kita.. kalau lelaki & lelaki berkawan.. takde istilah boyfriend. Kalau dah gelar boyfriend tu macam something wrong somewhere jugak.

Nak kata nyah tak berapa Nyah.. nak kata lelaki tak berapa nampak kelakiannya.. maybe ni la orang panggil golongan gay kot. hahahaha.. Aduhai. Buat perempuan di luar sana... jangan pandang sasa itu lelaki sejati kadang2 patah kat dalam siapa yang tahu. Tapi bukan semua. kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com