Showing posts with label cerita sebenar. Show all posts

KISAH VIRAL 9 BERADIK TERMASUK SEPASANG KEMBAR KEMATIAN IBU DI TOKOK TAMBAH

KISAH VIRAL 9 BERADIK TERMASUK SEPASANG KEMBAR KEMATIAN IBU DI TOKOK TAMBAH. Semalam ada jugak ternampak & terbaca kat news feed aku viral pasal sembilan beradik termasuk sepasang kembar yang baru di lahirkan 8 hari yang kematian ibu mereka. Serius.. Sebab aku juga manusia yang ada perasaan jadi tersentuh jugak la. Biar hilang harta beb jangan hilang mak.. Perasaan tu tak boleh gambar dengan kata kata. Nak2 lagi tengok 9 beradik termasuk sepasang kembar yang tak habis pantang lagi, memang fasa2 umur macam tu sangat sangat memerlukan seorang ibu di sisi. Kita yang tua ni pun rasa sentiasa perlukan mak.. apatah lagi mereka yang masih kecil. Tapi ajal maut ketentuan Allah..


Yang tak bestnya.. Ada individu tak bertanggungjawab sengaja menambah perisa cerita kononnya.. si kembar tu sampai pampers tak bertukar & tak mandi sebab kesempitan hidup tak mampu beli pampers, botol susu pun cuma ada satu, bekalan air kena potong sebab susah. Katanya bapak dia cuma kerja driver lori walhal cerita sebenar yang pampers tak sempat bertukar & si kembar belum mandi sebab bapak dia sibuk dok uruskan daftar kematian & jenazah isteri dia. Bapak bebudak tu bukan driver lori tapi bekerja sebagai posmen di kuala lumpur. Bekalan air depa pun tak kena potong malah ada sedara mara yang menjaga mereka dengan baik. Kehidupan depa tak ada susah sangat masih mampu survive. Anak2 dia pun tak ada yang tercicir dari sekolah. Mungkin yang susah sekarang ibu mereka tak ada untuk menguruskan mereka tapi mereka masih ada saudara mara yang prihatin yang menjaga mereka.


Paling tak best ada yang guna kisah 9 beradik kematian ibu ni untuk mengutip derma dengan account peribadi. Tak tau la derma tu sampai ke tidak pada keluarga mereka cuma kalau nak salurkan sumbangan di nasihatkan terus kepada keluarga tersebut tak perlu melalui account peribadi orang tengah. Risau takut yang ambil kesempatan.

Kadang2 cerita 'hot issue' ni memang bukan semua betul pun. Benda betul di manipulasikan jadi tak betul. Yang betul tu sikit yang tokok tambah tu yang banyak bagi menyedapkan jalan cerita supaya mampu meraih perhatian nitezen mungkin untuk tujuan tertentu. 

Zaman media sosial.. Itulah yang berlaku. Nak buat jahat sekarang tak payah susah2 dah macam orang jahat zaman dulu. Duduk depan kebot pun boleh buat macam2 jenayah terutama penipuan & menyebarkan berita palsu. Jadi hati hati.. Jangan percaya sangat dengan viral. Selidik dulu sebelum share. Takut ter share berita tak betul tak pasal2 kita jadi penyumbang pada fitnah tanpa sengaja sebab keprihatinan kita tu.

Moral of the story.. memang susah nak bezakan berita yang betul dengan yang palsu sekarang sebab cerita di buat melalui gambar yang mungkin buat kita tertipu cuma langkah selamat yang boleh kita ambil tak payah nak jadi orang pertama yang share. Insya Allah terhindar dari ter share viral palsu.

CERITA SEBENAR MIMALAND DITUTUP BUKAN SEPERTI APA YANG TERSEBAR

CERITA SEBENAR MIMALAND DITUTUP BUKAN SEPERTI APA YANG TERSEBAR. Walaupun aku kenal mimaland ni lepas dah berabad di tutup tapi entah kenapa aku tertarik dengan semua cerita tentang mimaland. Dari kisah zaman kegemilangan sehinggalah zaman selepas taman tema tu di tutup. Bila dah jadi hutan memang banyak la cerita mistik bekas tapak mimaland tu. Tu yang aku mula ikuti kisah mimaland ni. asal ada cerita seram disitu la aku membontot katanya...


Dari page FB Mimaland ada membongkarkan kisah sebenar penutupan Mimaland. Apa yang tersebar selama ni katanya Mimaland mula di sahkan tidak selamat selepas seorang pengunjung katanya mati lemas. Aku pernah baca ada berlaku tanah runtuh kat kawasan mimaland jugak salah satu sebab Mimaland di tutup atas faktor keselamatan.

Tapi apa yang di dedahkan bekas staff Mimaland ni lain pulak ceritanya. Katanya Mimaland di tutup untuk memberi laluan kepada projek padang golf & kondominium tapi projek tu pun tak jadi membuatkan tapak mimaland terus terbengkalai macam tu je sampai sekarang. Hurmm.. Pelik kan? Kalau tapak untuk ada potensi yang baik untuk projek pembangunan yang menguntungkan kenapa terbiar & di biarkan sedangkan masa bangunkan Mimaland pun ramai pengunjung. Almaklum la Mimaland kan taman tema pertama di Malaysia. Kat Malaysia ni yang aku tahu tanah yang ada potensi nak2 dekat dengan bandar memang jarang terabai.


Nak buat spekulasi pun tak berani.. Almaklum la aku tak pernah jejak kaki ke Mimaland sampai la tapak tu jadi tempat berpuaka. Cuma pernah lalu la.. nampak la sikit kesan peninggalan Mimaland.. Nak pergi redah hutan tu memang tak la. Kang tak pepasal kena berkampung kat Darussyifa pulak. Almaklum la aku kan ada seorang anak yang tak berapa besar lagi.

Apapun.. Mimaland tetap masih ada penggemarnya. Tak kira la waktu zaman dia masih beroperasi sehingga la zaman tempat tu jadi misteri. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com