SANG LEKIT KAWEN SEBAB KENA TANGKAP BASAH
Haters blog melekit mesti berpusu2 clik entri ni kan?? Mesti taknak lepaskan peluang nak hentam sang lekit bila tengok tajuk entri tu. Sabar ye puan2 & tuan2 sekalian.. Ia hanya sebuah tajuk yang anda belum kopek apa isi dalamnya. Tapi betul ke sang lekit kawen sebab kena tangkap basah?Ye betul.. Betul sang lekit kawen tanpa planning yang gedebak gedebuk macam orang lain. Tanpa preparation yang tak cukup kaki tangan nak siapkan, tanpa ada tempoh masa yang panjang. Hanya 1 bulan, en hubby minta izin dengan mak ayah nak kawen dengan sang lekit. Awal bulan en hubby jumpa dengan mak ayah bagitau hasrat hati dia nak kawen dengan sang lekit, dia nak nikah hujung bulan tu jugak. Mula2 Arwah ayah setuju, tapi hasil perbincangan keluarga, 6.6.2010 menjadi tarikh pilihan masa tu. So, setelah kedua mempelai & keluarga setuju, maka bakal pengantin ni pun gegas la buat persiapan yang asas jer untuk majlis kawen tu. Hal kenduri kendara family yang uruskan kat kampung, kita kat sini uruskan baju kawen, bunga telur (beli ready made jer kat maiden), bekas telur, beg kertas bagai tu.
Tapi Allah dah aturkan segalanya.. Ayah sang lekit meninggal pada 24 April 2010 (rujuk entri ni untuk mengetahui kisahnya : AYAH ). Sebab tu ramai kawan2 tak tahu & tak di maklumkan pasal pernikahan sang lekit tapi bukan la kena tangkap basah. Tak tau la siapa buat cerita tangkap basah ni sampai sorang kawan sang lekit tanya macam ni..
Semua perjalanan Allah dah aturkan macam tu.. Jangan la sebab sang lekit tetiba je nak kawen & kawen semua orang fikir ada sesuatu yang tak baik terjadi di sebalik pernikahan sang lekit ni. Sang Lekit bernikah 28 April 2010, majlis kawen 6.6.2010 & berjaya melahirkan shahila hasil perkahwinan tu pada 20 Ogos 2011. Sang lekit tak pernah terfikir perjalanan hidup sang lekit macam tu.. Harap jangan la sesiapa membuat andaian negatif yer.