Showing posts with label pampers. Show all posts

VIRAL! BIADAP.. PAMPERS KOTOR LETAK ATAS PINGGAN

VIRAL! BIADAP.. PAMPERS KOTOR LETAK ATAS PINGGAN. Kita ni kalau boleh benda kotor tak kira la yang sendiri atau yang anak anak punya tak nak orang lain tertengok atau ternampak. Rasa malu jugak la. Nak2 lagi pampers @ diapers yang dah guna ni. Sebolehnya hormat pandangan mata orang lain.. Walaupun kita tak rasa geli dengan sisa2 kumuhan yang anak kita buang tapi tidak orang lain. Setiap orang dia memang tak rasa geli anak dia punya tapi tetap geli tengok najis anak orang termasuk aku.


Ternampak Beautifulnara post satu screenshot. Tak tau la kejadian ni berlaku kat mana yang pasti sebuah tempat makan.. samada restoran atau kedai makan atau kat mana tak sure. Tak tau la makhluk Allah mana la jenis otak mungkin tersilap pasang kat lutut kot.. letak pampers @ diaper anak dia yang dah bersisa kumuhan dalam pinggan yang dah habis makan. Spesis macam ni mungkin spesis yang guna tandas awam malas nak flush & tak malu biar najis dia orang tengok. Nak confirm tak berani tapi kalau spesis pengotor tahap macam ni memang peratus perangai macam tu memang tinggi.


kau fikir pekerja restoran @ tempat makan tu pencacai kau ke? Hope benda ni viral sampai orang yang buat tu tengok & baca post & komen tentang kebiadapan & sikap pengotor dia. Walau orang tak tahu siapa dia.. hope dia rasa malu dengan perbuatan dia tu. Kalau kat luar pun pengotor tahap macam tu.. Jangan pelik la orang2 macam ni kalau pergi rumah dia jumpa merata sudut pampers kotor anak dia. Jenis macam ni asal sempat jer dia buang.. Tak tau la yang buat macam tu mak ke bapak dia.. Tapi jelas nyata perangai pengotor depa ni.

Spesis pengotor macam ni even buat menu simple pun was was aku nak makan. Sebab tahap pengotor dia ni memang mampu buat rasa kembang tekak sampai nak telan pun tak lepas. Nak2 lagi kalau dia masak pau meatball ni.. mesti terbayang najis anak dia. hahahaha

Moral of the story..  Kalau spesis pengotor sila buat kotor rumah sendiri sudah jangan bawa sampai ke restoran orang. Simpan sikit rasa malu tu pada orang lain.

BABY SHOWER MAKAN DALAM PAMPERS, AKIL BALIGH MAKAN ATAS TUALA WANITA

BABY SHOWER MAKAN DALAM PAMPERS, AKIL BALIGH MAKAN ATAS TUALA WANITA. Dulu viral pasal restoran yang bertemakan tandas. Segala pinggang mangkuk, meja kerusi & makan pun di bentuk ala2 benda2 yang ada dalam jamban. Kalau mangkuk berbentuk mangkuk jamban, makanan tu di deco ala2 taik. Tak tau macam mana benda tu boleh jadi tarikkan orang nak makan sebab aku ni walau tengok tahi yang palsu pun aku geli inikan nak jamah makanan berbentuk tahi.


Tu tak rare sangat.. Yang terbaru konon nak cipta kelainan la kot dalam majlis baby shower depa. Nama pun majlis untuk menyambut bakal baby.. Tu dia. Makan tak ada pinggan. Semua kena makan dalam pampers @ diaper (lampin pakai buang). Memang la benda tu belum guna.. Tapi rasa macam tak beradap dengan rezeki yang Allah bagi. Benda orang buat alas kencing berak kau nak buat alas benda makan. Ya Allah.. Manusia sekarang makin pelik. tak lama lagi majlis akil baligh makan atas pad @ tuala wanita pulak la kot.  Walaupun majlis akil baligh ni kebanyakkan orang india yang buat tapi orang Melayu tak silap panggil majlis bertindik ke hapa untuk anak dara baru akil baligh. Hope takde yang nak buat simbolik merapu macam tu la.. Yelah.. manalah tau kan. Bila akil baligh auto ada kaitan dengan pad kan...

Tak tau la.. Otak2 orang macam ni tahap urban dah masuk zon jahiliah. Sebab terlebih kaya tak tau nak bazir duit celah mana tu yang buat benda2 merepek sampai di luar adab. Hukum hakam aku tak berani nak cakap.. Sebab aku pun tak tahu. Tapi kalau dari segi adab & budaya orang melayu memang nampak janggal la.

Mujurlah kita ni tak kaya raya. Nak beli pampers alas bontot pun mahal apatah lagi nak buat alas benda makan yang memang ada pilihan lebih murah macam pinggan kertas pakai buang. sebab duit tak melimpah ruah macam air bah musim tengkujuh di pantai timur . jangankan nak buat majlis makan alas pampers.. Nak buat baby shower pun tak mampu. gamaknya kalau kita kaya macam depa pun.. Mungkin kita pun jadi macam tu.hahahaha. Jadi bersyukur la jadi orang mesekin.. hehehe

Nak buat simbolik pun cari la benda senonoh sikit atau tak payah nak simbolik sangat la. Sebut baby shower pun orang tau majlis tu untuk sambut baby yang bakal lahir. Kau buat prop ala2 tema baby sudah la. tak penting pun kau nak buat tema makan alas pampers bagai. Sesebuah majlis ni yang penting makanan sedap. Tu pun dah cukup. Kalau nak buat tema melayu mix mat saleh pun boleh je buat macam ni . Ada berani?? t >> Makanan Tradisi Melayu Di Mix dengan Masakan Sempena Christmas. Berani cuba << Takde la merepek & membazir.

Moral of the story.. Bila budaya luar mula di pratikkan oleh orang2 Melayu kat Malaysia, pelik2 je jadinya. Kalau buat kenduri doa selamat tu nampak Kuno sangat ke berbanding baby shower tu?

AWAS! MUNGKIN ANDA SALAH PILIH PAMPERS UNTUK ANAK

AWAS! MUNGKIN ANDA SALAH PILIH PAMPERS UNTUK ANAK. Sebut diaper ni mungkin ada yang tak tau menatang apa diaper sebab orang kita biasa sebut pampers tak kira la apa jenama sekalipun tetap lampin pakai buang orang kita panggil pampers kan. Jadi terpaksa jugak la guna bahasa yang semua orang senang paham. Bila dah masuk zon mak mak ni.. bergelumang dengan diaper @ pampers ni bukan benda pelik. Ada anak zaman sekarang auto pakaikan pampers ye dak? Dari umur sehari sampai la berjaya free diapers. Berbanding orang dulu pakai lampin kain jer. Jangan terkejut la kalau ada mak zaman sekarang tak reti nak lipat lampin kain lagi. Lampin kain sekarang fungsi untuk bedung baby jer..


Mengata orang aku pun sama jugak memang keluar je anak aku terus pakaikan pampers tapi aku masih lagi reti nak lipat lampin kain sebab dulu selalu jaga anak buah bagi pakai lampin kain. Masa mula2 jadi mak aku sendiri pun tak reti nak pilih pampers @ diaper yang mana sesuai dengan anak aku. So kita belajar dari try & error jugak. Bukan la aku berlagak tapi diaper yang jenama memang pelik2 ni tak sesuai dengan anak aku. Kalau tak jadi ruam mesti celah peha anak aku jadi macam garis merah. Material dia macam agak kasar & keras. Nak beli yang mahal sangat tu tak mampu jadi aku guna yang berkualiti & harga mampu milik. Paling penting tak bagi kesan buruk kat anak aku.

Tapi kadang2 kita rasa diaper yang kita pilih dah cukup baik untuk anak kita padahal mungkin memberi kesan jangka masa panjang nak2 lagi jenama yang kita tak pernah dengar atau nampak di jual secara meluas di pasaran. Aku memang kalau yang jual2 kat pasar malam yang takde brand macam tu aku takut nak guna. Jual terdedah takut ada bakteria ke hapa kita tak nampak. Bukan berlagak tak pakai barang pasar malam.. Tapi aku takut sebab nak jimat terpaksa tanggung kos lebih tinggi bila anak sakit. Bukan je kos.. bila anak sakit kita pun akan rasa sakit jugak. Jadi bagi mak mak yang tak tahu macam mana nak pilih diaper yang terbaik untuk anak boleh tengok tips ni >> Cara Memilih Diaper Terbaik Untuk Anak <<

Moral of the story.. Paling selamat pakaikan lampin kain. Senang basah tukar.. Berbanding dengan diaper ni. Dia boleh menampung banyak basahan tu kadang2 menyebabkan jangkitan.

TIPS MELATIH ANAK UNTUK KENCING BERAK DI TANDAS (FREE DIAPERS)

Hari ni aku jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog rojak ni macam2 boleh tulis. Suka hati siku hitam aku la nak taip pasal apapun katanya. hahahahaha. Sampai masa anak perlu jugak di ajar untuk kencing berak di toilet. Jadi bagi yang tak tahu macam mana nak mulakan latihan kencing berak kat toilet ni meh la bertapa kat entri ni sekejab. Manalah tau boleh membantu para mak bapak di luar sana.

Sumber google

Semalam ada nampak blogger Melastik Bintang buat entri pasal masalah toilet training anak dia yang dah nak masuk 4 tahun. Walau dah pesan nak kencing bagitau tetap dah terkuncil baru la budak tu bagitau. Yelah sebelum ni... depa selesa nak kencing, kencing jer kat memana sebab pakai pampers kan. Sementara nak biasa kencing kat toilet ni memang ambil masa sikit.

Anak aku mula2 buat toilet training pun aku rasa nak menangis. Bawak pergi toilet tunggu dekat setengah jam tak kencing, alih2 keluar toilet tak sampai 5 minit dia kencing. Kadang2 baru jer kencing tak sampai 10 minit lepas tu kencing lagi. Sebab depa masih belum pandai control kencing. Sebab anak aku ada masuk terapi, so therapist dia ada ajar aku cara buat toilet training. Maka boleh la aku share dengan semua.

Mula2 memang susah sikit. Setengah jam sekali kena bawak pergi toilet untuk biasakan mereka kencing atau berak kat toilet. Buat satu jadual toilet dorang. Contoh macam ni..

 Sebenarnya therapist anak aku ada bagi satu form macam jadual untuk di tanda pukul berapa dia kencing atau berak tapi aku ni careless entah mana aku letak so aku buat jadual sendiri la kat tab guna memo.macam ni la rupanya. Janji aku ada catat bila anak aku kencing & berak, kan? next week jumpa therapist aku tunjuk je la kat tab aku. U tu untuk kencing (Urine). BM tu untuk berak. Kalau dia kencing dalam seluar tandakan u/pants. Kalau kencing kat toilet tandakan u/toilet. Macam tu jugak berak yer. Ni kira jadual toilet training aku di pertengahan dah sebab tu tak banyak terkuncil. Sekali jer ter cret skit dalam seluar sempat lagi di bawak ke toilet sebab tu aku tandakan u/pants/toilet. Boleh try buat jadual kencing macam ni yer bagi memulakan toilet training anak hangpa. Ps : yang last sekali 10.30 bukan 1.30

Tujuan untuk tengok timing kencing anak. Bila kita dah dapat agak time kencing anak, dah senang kita nak bawak pergi toilet. Macam aku memula aku tengok timing kencing dia lepas minum susu. Aku dapat detect anak aku akan kencing lepas setengah jam minum susu. Lepas tu sejam sekali. So, setengah jam lepas minum susu aku bawak ke toilet. Lepas tu aku jarakkan sejam sekali. Tapi tak bermakna anak tu tak terbabas kencing dalam seluar dah. Still terbabas lagi tapi semakin kurang la. Lepas bangun tidur terus bawa anak pergi toilet sebab time tu selalunya depa akan kencing. Macam tu jugak sebelum tidur, Bawak pergi kencing dulu. sebelum free diapers malam hari pastikan anak dah boleh control kencing. Selagi dia tak boleh control kencing memang di nasihatkan terus pakaikan pampers bila nak tidur. Kang jenuh nak jemur tilam hari hari. Terus ingatkan anak kalau nak kencing bagitau. Ajar cara dia nak bagitau kalau nak kencing. Tak kisah cara pelat budak2 yang penting yang paling senang dia nak bagitau. Tak payah formal sangat macam kat sekolah ajar anak bagitau nak ke toilet.. "Please teacher may i go out.." cukup la sekadar nak cing.. nak syi syi.. bagai. Tu pakar terapi anak aku yang ajar.

Seminggu pertama tu memang perlu tahap kesabaran yang tinggi untuk toilet training ni.. Tapi masuk minggu kedua, Insya Allah dah tak terkuncil dalam seluar & anak dah boleh control kencing sehingga ke toilet. sebab anak aku 2 minggu train, dah tak payah pakai pampers. Kira free diapers la kalau kat rumah ni. Tidur malam pun dia sekarang memang tak terkencing ke hapa. Memang tak pakai pampers dah. Jimat la pampers.

Kejayaan adalah milik orang yang sabar sebab takde orang keluar dari perut mak terus dapat degree terus jadi Perdana Menteri. Semua kena di ajar & belajar. Macam tu jugak dengan toilet training ni. Aku yang hari2 dok buru hantu ni pun tabah bawak anak aku setengah jam sekali ke toilet. Kadang2 sampai setengah jam aku tunggu dia kencing, tak kencing2. Tapi aku tetap sabar.. 2 minggu lebih aku buat benda yang sama sampai dia dah biasa dengan rutin kencing kat toilet. Nak kencing bukan dalam seluar tapi kat toilet.. Dah boleh control kencing, sekarang aku rilex sikit la. Sebab anak aku dah berjaya melepasi toilet training. Bila benda tu jadi kebiasaan, Insya Allah akan jadi rutin. Aku selalu pysko anak aku, kencing dalam seluar adalah satu kesalahan. So, bila dia terkencing dia akan tunjuk rasa bersalah. hahaha.. tang tu macam kejam. Tapi berjaya buat dia control kencing. Tapi jangan sampai anak trauma pulak. Asal terkuncil dalam seluar jer menggigil takut macam bunuh orang. Tu tak elok untuk perkembangan anak yer. Just pysko sikit2 sudah.

anak aku seorang kanak kanak speech delay, so dia ada masalah pertuturan. Macam budak baru belajar cakap sekarang ni. Memang la benda2 macam ni lambat sikit dia pickup kan sebab dia susah nak berinteraksi. Tapi kalau anak2 hangpa yang cakap macam bertih jagung dah.. Rasanya boleh berjaya tak sampai 2 minggu kot. Yang penting consistent training & jangan cepat putus asa. Paling penting masa train dia jangan pakaikan pampers. Kena biasakan dia tanpa pampers. Jangan bagi dia rasa selesa bila kencing. Biar dia rasa basah bila terkencing dalam seluar. Benda tu akan buat dia rasa tak selesa & merangsang kebolehan dia untuk cari keselesaan jugak. Bila dia rasa bila terkencing tak selesa secara automatik dia lama2 akan rasa tahan kencing sampai ke tempat sepatutnya dia kencing. Tu teori aku ler... hehehehe

Moral of the story.. Pada umur berapa hangpa nak latih anak hangpa ke toilet bergantung pada kemampuan dia la. Macam anak aku lambat sikit aku train. 3 tahun setengah baru aku start buat toilet training sebab masalah speech delay dia aku mula2 macam tak confident dia boleh berjaya tapi therapist yang sangat2 membantu buat aku rasa positif. Ternyata masalah speech dia bukan satu masalah untuk buat toilet training. Tak perlu tunggu petah bercakap, cukup dia boleh faham arahan, Insya Allah dia mampu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com