BABY SHOWER MAKAN DALAM PAMPERS, AKIL BALIGH MAKAN ATAS TUALA WANITA
Tak tau la.. Otak2 orang macam ni tahap urban dah masuk zon jahiliah. Sebab terlebih kaya tak tau nak bazir duit celah mana tu yang buat benda2 merepek sampai di luar adab. Hukum hakam aku tak berani nak cakap.. Sebab aku pun tak tahu. Tapi kalau dari segi adab & budaya orang melayu memang nampak janggal la.
Mujurlah kita ni tak kaya raya. Nak beli pampers alas bontot pun mahal apatah lagi nak buat alas benda makan yang memang ada pilihan lebih murah macam pinggan kertas pakai buang. sebab duit tak melimpah ruah macam air bah musim tengkujuh di pantai timur . jangankan nak buat majlis makan alas pampers.. Nak buat baby shower pun tak mampu. gamaknya kalau kita kaya macam depa pun.. Mungkin kita pun jadi macam tu.hahahaha. Jadi bersyukur la jadi orang mesekin.. hehehe
Nak buat simbolik pun cari la benda senonoh sikit atau tak payah nak simbolik sangat la. Sebut baby shower pun orang tau majlis tu untuk sambut baby yang bakal lahir. Kau buat prop ala2 tema baby sudah la. tak penting pun kau nak buat tema makan alas pampers bagai. Sesebuah majlis ni yang penting makanan sedap. Tu pun dah cukup. Kalau nak buat tema melayu mix mat saleh pun boleh je buat macam ni . Ada berani?? t >> Makanan Tradisi Melayu Di Mix dengan Masakan Sempena Christmas. Berani cuba << Takde la merepek & membazir.
Moral of the story.. Bila budaya luar mula di pratikkan oleh orang2 Melayu kat Malaysia, pelik2 je jadinya. Kalau buat kenduri doa selamat tu nampak Kuno sangat ke berbanding baby shower tu?
Sedihnya la...
ReplyDeleteNi kalau dijemput ni, mahu cari jalan tak mahu datang. Kalau tak dijemput, syukur lega sungguh rasa di hati ^_^
ReplyDeleteSekarang ni macam-macamlah. Pening nak ikut peredaran zaman yang urban sangat-sangat. Kalau nak juga buat baby shower, ikut tema sikit-sikit sudah. Ni bab makan dalam pampers ni, tetiba aje teringat pampers yang anak pakai! Aduhai...
geli je nk mkn..
ReplyDeleteSamapu ke sudah hakak langsung tak dpt nak faham cara memikiran diorang yg kenkononnye urban sangat ni...mak konfius nyahhhh T_T
ReplyDeleteHaha.. mcm2... nak kan kelainan tp mcm salah gaya je.. btw, kita ada tag awk..
ReplyDeletehttp://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/12/jawapan-kepada-10-soalan.html?m=1