Showing posts with label makan. Show all posts

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

YANG TAK MINAT DENGAN APLIKASI NI MUNGKIN NAJIB RAZAK JE

YANG TAK MINAT DENGAN APLIKASI NI MUNGKIN NAJIB RAZAK JE. Zaman sekarang bukan je nak makan Nasi Kak Wok kita kena fikir 18 kali.. Nak minum air kosong kat luar pun pat lima kali jugak fikir. Sebab kalau kat kedai makan, restoran mahupun kafe memang air kosong tak banyak dah bagi percuma. harga air kosong antara 30sen - 50sen. Katanya bill tetap kena bayar walau  air berperisa klorin, inikan dah siap dia tapis atau di masak. Jadi tak relevan katanya nak bagi percuma.. Tu dia.. memang zaman sekarang setiap sen tu ada nilai dah. Takde 1 sen tak cukup sejuta jugak hahahahaha


Jadi masing masing berlumba mencari yang paling murah even nak mengisi permintaan anak tekak sekalipun. Sapa tak nak bayar murah beb! Najib je suka bayar mahal.. Rakyat Malaysia yang lain majoriti lebih suka harga murah ok! Sebab tu sekarang macam2 protes jalanan di buat sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang semakin tak masuk akal dengan gaji yang di terima. Kenapa Najib je suka yang mahal - mahal.. Alahai bukti dah nampak terang terangan. Sejak pemerintahan dia jarang yang turun semua naik jer. Turun sposen.. Naik doploh sen katanya. Hahahahahaha. Jadi kat situ Najib je suka benda mahal sebab tu semua benda dia nak kenakan cukai & naikkan harga. hahahaha

Jadi mungkin Najib je tak suka benda ni sebab dia tak memerlukan.. Rakyat Malaysia yang lain mungkin sangat sangat memerlukan sebab boleh jimat belanja katanya. Najib buat apa la dia nak guna semua benda2 ni kan.. Duit dia berkepok kepok lagipun dia guna highway bukan kena bayar tol.. Dah jimat tang tu. Dia pergi makan kat mana2 mungkin tak payah bayar duit poket sendiri.. Kita ni rakyat marhaen katanya.. Nak berak pun kena bayar apatah lagi nak menghasilkan taik.. Harus la kena bayar. Apa ingat ada ke orang nak bagi makan free. tak makan macam mana nak terhasilnya tahi, kan? hahahahaha

Pejadah pulak cakap pasal taik... Ok.. Ok.. kembali kepada topik sebenar. memandangkan zaman sekarang serba serbi mahal jadi atas keprihatinan aku yang juga tergolong dalam golongan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.. Maka meh aku perkenalkan kat hangpa satu aplikasi ni yang boleh jimat belanja hangpa. Tak caya ada aplikasi boleh jimat belanja? tak caya tengok kat sini >> Macam macam benda boleh Jimat dengan hanya guna Aplikasi ni sampai nak makan nasi kak wok pun anda boleh guna jugak <<

Jadi.. Kalau rasa nak kurangkan kos belanja boleh la guna aplikasi ni. Mana tau lepas guna aplikasi ni boleh menabung seterusnya beli banglo Dato Aliff Syukri.. Tu dia.. Dia punya perancangan masa depan. Orang kata impian tu langkah pertama sebuah kejayaan. So tak salah ber impian besar. hehehehehehe

Moral of the story.. Jimat cermat amalan mulia. Ok Bai..

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH. Kembali lagi dalam segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit. Hari ni kita jadi chef tak bertauliah sekejab yer.. Almaklumlah housewife macam aku ni memang tak boleh lari dari buat kerja kerja kat dapur.. Tak tau la housewife lain memang tak pernah jejak dapur kecuali makan jer.. Tapi memang ada spesis macam tu tau.. Kena ingat bila jadi isteri lepas jadi ibu.. pengerat kasih sayang adalah air tangan dari seorang wanita bergelar isteri & ibu.. Tak payah la nak berkira sangat konon bukan kerja perempuan masak memasak ni.. Memasak la.. Insya Allah perkara tu mungkin menjadi asbab kebahagian rumahtangga kita.


Tak reti masak bukan alasan.. Kalau kau pandai scroll news feed FB kau boleh dapat macam - macam resepi. Siap ada tutorial dengan video lagi. Pokok pangkal kau nak buat ke tidak je. Tak cukup kat Facebook.. Kat blog melambak orang share macam2 resepi.. Ni pun aku nak share juga resepi masakan kampung.. Sambal terung pipit.. Bagi pengemar makanan jenis sambal.. Cuba la masak. Insya Allah.. berjaya menambah kilo pada berat badan anda hahahaha

Kalau tak reti masak jangan risau meh chef lekat lekit nak bagi resepi. Kita mulakan dengan bahan bahannya dulu yer tuan tuan & puan puan..

Bahan bahan

1. Terung Pipit
2. Cili kering
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Sedikit belacan
6. Air asam jawa
7. Minyak masak
8. Garam sebagai perasa

Cara memasak

1. Buang tangkai terung pipit lepas tu cuci & toskan. Letak tepi dulu
2. Rendam cili kering dalam air panas lebih kurang sepuluh minit
3. Blend (kisar) Cili kering, Bawang Besar, Bawang putih & sedikit belacan.
4. Panaskan minyak
5. Tumiskan bahan kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan terung pipit
7. Masukkan air asam jawa
8. Masak sekejab tambah garam.
9. Kalau dah rasa masak tutup api & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang.. Tapi yang aku masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahahaha. Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng.

Sambal terung Pipit

Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe.. diet tu postpone esok je katanya... hahahaha

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN. Kita dah biasa dengan cara hidup yang di ajar Islam iatu meraikan tetamu sebab tetamu adalah pembawa rezeki tak kira tetamu tu kawan, adik beradik, ipar duai, mertua ke sapa.. Tapi selagi mereka datang menziarah kita tu di kira tetamu la walau jiran sebelah rumah yang tiap2 hari kita bersidang dengan dia tepi pagar.

Sumber gambar Google

Rasanya tak kira apa bangsa sekalipun memang meraikan tetamu.. paling tidak menghidangkan minuman. Benda tu kira kebiasaan yang kita buat bila menerima tetamu. Pernah tak berlaku walau tetamu tu lama jugak bertandang kat rumah kita tapi dia tak sentuh atau rasa pun minuman kita hidang? Aku tak pasti la tetamu aku ada tak macam tu tapi aku memang pernah menjadi tetamu yang macam tu di mana aku tak minum langsung air yang di hidang. Ada la sebabnya aku buat macam tu...

Kira kejadian ni baru lagi la.. Rumah siapa aku bertandang tu tak payah aku nak detail sangat bagitau bagi menjaga aib orang2 yang terlibat tapi perkongsian ni sekadar pengajaran & peringatan untuk kita semua.. Memang aku tak minum sampai balik. Even selalu aku minum je apa di hidang.. sebabnya masa nak buat air depan aku laki bini bergaduh pasal nak buat air je. Yang si laki injured sikit so pergerakkan jadi terbatas di tambah lagi menahan sakit ni nak buat apapun rasa tak berdaya. Yang si isteri ni sebab dah biasa laki dok buat semua tu macam tak boleh bertolak ansur langsung. Nak buat air pun sampai bertekak & bermasam muka. Kita yang kat depan ni terpinga pinga pulak.. tak tau nak lari keluar ke nak tunggu. Tak sedap jugak dok mengadap laki bini bergaduh walau gaduh anak anak je kan..

Timbul rasa tak best & rasa macam menyusahkan orang pulak kan.. Aku bukan nak minum sangat pun. Lagipun memang time baru sangat lepas makan laksa & sirap bandung kat restoran Selera D Klasik. Cuma dahaga tu ada jugak. Tapi ku tahan dahaga sampai balik.. Aku tak minum. Lagipun air tu tak siap tuang dalam gelas.. konsep nak minum baru tuang dari jug jadi tak rasa bersalah sangat la kalau tak minum.

Bukan apa.. Aku ni jenis imaginasi memang liar ok! Orang tengah marah buat air ntah dia ludah ker kan.. hahahaha. Tapi alasan paling tepat sebenarnya tak tertelan pulak air orang buat tak ikhlas ni. Nanti ada pulak pertikai yang dok minum kat kedai tu kau tau ke dia ikhlas ke tidak buat air kat kau!! hello yang tu kena bayar.. Dia punya pasal la tak ikhlas. Tu antara dia dengan Allah tak ikhlas melakukan kerja dia yang di bayar gaji. Ni bila bertamu mana ada orang bayar lepas minum beb!! So, lain situasinya.

Kat sini tolong la.. even kau marah laki atau bini kau jangan bergaduh depan orang. Masing2 dah bangka tolong la jangan berperangai seperti kanak kanak rebina. Even kau tak marah tetamu tapi tetamu akan terasa jugak. Nak bertekak tunggu la tetamu balik. Bukan setahun pun dia nak melukut dalam rumah kau tu.. Kalau dah setahun bukan tetamu lagi tu dah namanya menghuni. So, bersabar sikit sementara tetamu nak balik yer.

Tapi kalau nak buat tetamu suka kena tahu jugak taste tetamu kan. Kadang2 tak kena taste pun tetamu tak minum atau jamah apa yang kita hidang. Jadi kalau nak tau taste orang sekarang meh try tengok kat sini >> 8 Pilihan Hipster Malaysia Yang Akan Membongkar rasa ribena sebenar << Asyik hidang minuman berkafien je kan.. sesekali kena try jugak hidang menu hipster di rumah hehehee

Moral of the story.. Kita dari kecik mak bapak pesan jangan buat perangai depan tetamu walau kita still buat dah besar jangan tunjuk contoh tu kat anak pulak nanti anak ikut kau jangan nak marahkan anak. Ingat tetamu itu datangnya membawa rezeki kalau dia bertamu dengan niat baik la.. Kalau dia bertamu sebab niat di sebaliknya mungkin dia membawa malapetaka jugak hehehehe. Manalah tau dia bertamu sambil bawa bunjut kuning kemudian dia senyap2 selit celah sofa rumah kita tetiba malam2 kita tidur di hantui gangguan seram.

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU. Aku nak kata penggemar cakoi ni tak jugak. Rasanya dah lama tak makan. Tapi pernah la makan.. Bersama kuah dia yang rasa manis manis tu. Enjoy jugak la cuma nak kata favorite tu tidak la. Tapi setakat nak mengalas perut dari kelaparan layan jugak la kuih cakoi ni.


Kalau yang tak tahu cakoi ni satu jenis makanan orang cina di Indo - China. Cara masak dia adalah menggoreng menggunakan minyak yang banyak maka kolestrol pun tinggi la yer.. erkk.. Mengikut cerita orang orang di China, cakoi mengambarkan dua bentuk manusia di goreng kemudian ia bercantum ketika di masak. Erkk... kenapa di kaitkan dengan orang pulak kan.

Cakoi biasanya menjadi hidangan waktu sarapan tapi ada jugak menjadikan ia sebagai minum petang. Tapi yang selalu jadikan menu minum petang ni orang melayu je kalau cina tetap la cakoi kebiasaan di makan waktu pagi.

Kita biasa makan cakoi dengan kuah dia yang manis manis tu kan.. Tapi ramai yang tak tahu cakoi selain di makan bersama bubur, ia juga boleh di makan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce,durian,peanut sauce & macam - macam lagi. Cicah sambal tumis ikan bilis pun sedap jugak ni. Jenis kuih berasaskan tepung macam cakoi ni memang boleh di pelbagai cara makan dia. Nak makan dengan kuah kari pun sedap jugak. Ikut selera masing masing la kan...

Tu serba serbuk cerita pasal cakoi.. sebenarnya banyak lagi cerita di sebalik cakoi ni. Kalau nak sumbat dalam satu entri ni mau 2 hari 1 malam hangpa kena melukut kat blog lekatlekit.com ni. Jadi di pendekkan kisah cakoi ni korang baca sendiri la kat sini >> Nak Tahu Serba Sedikit Kisah Tentang Cakoi? Ohhh.. Baru Tahu Weyh! << So, lepas ni takde la korang susah hati nak makan cakoi lagi kan? 

Moral of the story.. Tu bestnya hidup di bumi Malaysia ni. Kepelbagaian makanan yang boleh di nikmati oleh semua kaum.

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH. Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia...


Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yang sesuai dengan kemampuan dia nak bayar. Macam biasa la.. Orang memang suka menonton bagai satu show kesusahan orang lain. Pandangan orang ketika tu ada yang memandang hairan, sinis, jijik.. Tapi yang nak membantu bukan semua yang nampak kesusahan yang jelas terpamir tu. Hanya menonton bagai satu hiburan & mungkin menjadi satu modal inspirasi menulis di media sosial. Tapi mujur dalam banyak mata memadang, masih ada pandangan simpati yang tergerak untuk membantu.

Biarpun si anak meminta lauk sotong tapi bila bapak dia hanya mampu beri nasi putih & kuah.. dia tetap tidak memberontak & makan. Hanya anak yang makan.. si Ayah cuma memandang.. cuma sesekali mengutip butiran nasi yang terjatuh atas meja & makan.. Ya Allah.. Bayangkan Ayahnya juga lapar tapi di dahulukan anak. Melihat fenomena macam tu didepan mata.. Seorang hamba Allah memesan sepinggan nasi dengan beberapa jenis lauk termasuk sotong & minta pelayan restoran menghantar di meja dua beranak tu. Pada permulaan si Ayah menolak dengan alasan tidak mampu bayar tapi bila di beri tahu ada orang belanja dia terima. Lebih menyentuh hati.. dari jauh dia melihat si Ayah tertunduk menangis sambil mengusap kepala si Anak.. Mungkin rasa bersalah & sedih tidak mampu menyediakan kehidupan & makanan yang baik untuk anaknya..

Sebab tu aku sangat malu pada diri sendiri, pada orang lain & pada Tuhan untuk mengaku aku orang susah walaupun aku tahu aku bukan kaya. Rumah pun sewa.. Tapi masih cukup makan pakai. Setiap bulan Allah tak pernah lupa memberi kami sekeluarga rezeki untuk memenuhi tuntutan hidup. Allah tak pernah sekali menyekat rezeki kami sehingga kami putus bekalan makanan. Tapi aku sedih bila tengok orang yang masih mampu makan sedap, makan kenyang.. merintih,merungut & menyalahkan Tuhan yang mentakdirkan kehidupan yang susah pada mereka. Apa makna susah kalau masih tidur dalam rumah, atas tilam & masih boleh makan di restoran, cafe.. Masih pakai baju yang sempurna. Masih mampu beli syampoo, sabun untuk membersihkan diri agar tak nampak comot. Masih mampu membeli kehendak.. Malu la wei!! Malu sikit bila mengaku susah sedangkan kehidupan kau tak susah tapi kau tak pernah bersyukur!!!

Bukan berlagak kaya.. Tapi aku malu untuk mengaku susah demi nak dapat simpati & perhatian orang lain. Sebab perasaan malu tu aku rasa aku ada harga diri. Harga diri tu buat aku lebih selesa berusaha dari meminta sebab aku rasa aku masih ada kemampuan untuk bekerja. Selagi mampu.. Aku akan rasa malu untuk mengaku susah. Sekarang ni macam macam cara boleh buat untuk dapat duit.. Dari dok merintih kat facebook susah tu susah ni apakata try cari side income dengan cara ni >> 7 cara Mudah Untuk Anda Dapat Duit Di Malaysia <<

Moral of the story... Malu adalah perisai sebab bila hilang malu manusia akan hilang pertimbangan & mungkin tindakkan mereka bakal memalukan diri sendiri tanpa mereka sedar bila mereka mula hilang ke'malu'an.

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM

INI YANG MUNGKIN BERLAKU KALAU TERMAKAN MAKANAN SEMBAHYANG ORANG BUKAN ISLAM. Kita sedia maklum kaum cina yang beragama budha kebanyakkan memang menggunakan makan untuk kebanyakkan ritual pemujaan agama mereka. Even dekat tempat penyembahan mereka pun sentiasa ada buah atau apa2 makan.. Tapi paling meriah kalau masuk bulan perayaan hantu la.. Memang ritual menjamu hantu tu penuh la dengan macam macam makanan berunsur makanan berat & snek. Yang macam nasi, kuih muih, ayam, daging bagai memang la dah terang2 status kehalalannya bagi umat Islam.. Tapi yang macam snek yang ada status halal tu macam mana pulak??


Benda ni pernah berlaku masa aku kerja sebagai general clerk kat satu kilang masa sebelum berhijrah ke sini dulu. Tak silap aku bulan tu bulan hantu kot. Macam biasa la.. Bos - bos aku ni cina. So depa tak terkecuali la untuk melakukan penyembahan untuk perayaan bulan hantu tu. Habis upacara menyembah tu dia hantar sedikit snek kat opis.. suruh makan. Serius time tu aku meragui status kehalalan makanan tu walau pada hakikatnya dia halal tapi sebab dia dah di jadikan bahan pemujaan untuk ritual keagamaan mereka.. Buat aku tak makan la. Gila kau nak makan! Tak kebulur sangat kot benda2 macam tu nak makan walau time tu aku sendiri tak sure boleh ke tidak orang Islam makan.

Dari apa yang aku baca.. Aku baca je ni bukan pergi mengaji dengan mana2 ustaz. So hangpa ambil sebagai bahan bacaan selebihnya merujuk la kepada mereka yang lebih berilmu.

Setiap barang makanan atau buah yag telah dijadikan sebagai bahan pemujaan di situ telah menjadi makanan jin kafir dan syaitan. Walaupun nampak dari segi zahirnya seperti biasa tapi hakikat sebenarnya barang tersebut telah di cemari dengan gelombang yang buruk dan kotor (daripada jin kafir dan syaitan) jika kita makan dikhuatiri gelombang buruk dan kotor itu masuk ke dalam badan kita menjadi darah daging kita maka memudahkan jin kafir dan syaitan menggoda kita. Oleh itu jauhilah semua barang yang telah dijadikan bahan pemujaan oleh orang musrik . Makan dan minulah barang yang halal dan baik yang ada di sekeliling kita.

Jadi tak kira makanan tu yang di gunakan untuk penyembahan orang bukan Islam atau orang yang mengamalkan ilmu batin macam bomoh tu. Sebab ada di kalangan orang2 melayu yang mengamalkan ilmu2 macam tu setiap tahun dia akan ada satu upacara penyembahan kepada saka saka dia yang selama ni membantu dia dalam aktiviti rawatan alternatif bagai. Kadang2 dia buat macam kenduri jemput orang kampung & orang2 sekeliling makan.. Jadi kalau tahu elakkan la pergi. Kita dah tau kenduri dia tu untuk apa & siapa kan..Takut makan yang jadi darah daging kita memberi kesan dalam kehidupan seharian kita pulak.

Moral of the story.. Walau makanan dari upacara penyembahan macam tu nampak bersih & memang bersih pada zat nya contoh minuman dalam botol macam yakult tu walau kilang tempat pemprosesan & pembungkusan dia bersih giler. Tak caya tengok kat sini >> Ini Yang Telah Di temui Di Kilang Yakult Oleh Satu Team Semasa Melawat Kesana << Tapi kalau benda tu di jadikan salah satu makanan untuk upacara penyembahan bagi orang bukan Islam.. Even botol dia masih di buka sekalipun tetap tak di galakkan kita meminumnya. Bersih hanya pada lahiriah tapi secara batinnya dia telah di serap dengan unsur2 yang tidak baik bagi orang Islam.

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA

11 MASALAH YANG BERLAKU KEPADA ORANG SUKA MAKAN KAT MEJA KERJA. Masa kerja dulu aku pun selalu jugak buat perangai makan kat meja kerja aku. Nak2 lagi time pagi atau petang2 lepas waktu lunch walaupun tengahari dah belasah nasi campur bagai. Almaklum la kerja dalam aircon ni perut cepat lapar maka badan pun cepat la mengembang. Tapi zaman aku bekerjaya dulu tak mengembang jugak pun.. Tu yang best. Makan macam ada saka tapi badan maintain keramping sampai terpaksa minum susu weight gain. hahahaha


Sebenarnya yang bekerja dalam ofis ni memang takkan lari dari buat perangai makan kat meja kerja dia. Ada orang makan sebab dia tak sempat nak keluar makan sebab banyak kerja urgent nak di siapkan.. Ada orang pulak sebab tak ada kawan nak teman makan. Tu aku pernah buat. Nak2 lagi kalau kerja kat tempat yang kita satu2 nya staff.. Jadi tapau balik makan kat opis je la. Walaupun ada pantry tapi kadang2 sedap makan kat meja sendiri sebab sambil makan boleh sambil online katanya. Macam macam sebab la orang suka makan kat meja kerja ni.

Jenis2 yang suka makan kat meja kerja dia ni selalunya takkan mengaku 11 perkara ni selalu berlaku. Seboleh bolehnya dia akan menidakkan perkara tu atau menyembunyikan dari pengetahuan orang lain. Nak tahu apa rahsia yang orang suka makan kat meja kerja dia meh baca kat sini >> 11 Masalah Yang Orang suka Makan kat meja kerja takkan mengaku <<

Jadi yang suka makan kat meja kerja tu mesti ada kaitan dengan 11 perkara tu kan? Biasa la.. zaman serba mahal ni kadang2 bila keluar makan even dengan niat nak makan tengahari je boleh jadi macam2 perkara dalam perjalanan yang mungkin buat budget korang lari jauh tak sempat sampai hujung bulan. Syaiton nirrojim ni kadang2 menjelma dalam pelbagai bentuk bukan makhluk jer.. Kadang2 dia jadi barang tengah sale... dia jadi junk food yang menggoda & macam macam lagi la yang kita tak sangka. hehehehe

BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA

BUFFET YANG MENYEDIAKAN 400 MENU SELURUH ASIA YANG MESTI ANDA CUBA. Dah masuk hari ketiga umat islam menunaikan ibadah puasa. Setakat ni tak nampak lagi yang kena bawa bersiar siar naik van jenazah. Mungkin hari ketiga puasa ni tak ramai di serang gastrik lagi kot. Tunggu la minggu kedua nanti.. Tengok sapa menang tiket perjalanan naik van jenazah pusing2 bandar. Hope tahun ni tak ada la kan.


Bila masuk bulan puasa orang akan mula mencari tempat tempat makan berkonsepkan buffet untuk berbuka puasa. Almaklum la nak makan puas puas katanya. Baru kena puasa beberapa jam dia punya lapar macam kena puasa setahun tu. Walaupun korang ambil buffet ni jangan membazir. Ambil makanan mengikut keperluan jangan berlebihan sampai tak habis makan. Membazir tu amalan syaiton.. jangan syaiton kena ikat korang pulak mensyaitonkan diri di bulan ramadan yang mulia ni.

Bagi yang tercari cari buffet ramadan.. Maybe nak bawa family ke, bawa staff atau bawa kengkawan pergi berbuka puasa meh sini aku nak suggest tempat yang menyediakan 400 menu dari seluruh Asia. Takut korang pulak tak tau nak makan apa nanti. Dari makanan berat, dessert & makanan untuk orang berdiet pun ada. Jadi yang mana nak pakai kebaya masa raya nanti jangan takut nak makan kat situ. Walaupun ada 400 menu untuk menternak lemak masih ada menu sihat yang bernutrisi.

Kalau penggemar sambal mesti tak tahan air liur nak tunggu masa berbuka sebab ada 25 jenis sambal & ulam ulaman yang boleh anda cuba. Bukan tu je segala gulai kawah ikan, ketam & banyak lagi semua ada. 400 menu kot. Tak ter list aku dalam entri ni. Jangan risau takut bercium bontot sebab ramai orang sebab ruang dia sangat besar & selesa untuk semua pelanggan. Nak bawa satu pejabat pun boleh apatah lagi setakat 1 family besar katanya.

Nak tahu kat mana korang boleh dapat buffet yang menyediakan 400 menu ni meh tengok kat sini >>  Buffet Dengan 400 Menu Ni Bakal Buat Korang Menyesal Kalau Tak Cuba << Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di buffet ni. Sekali sekala berbuka puasa kat tempat tempat macam ni tak salah. Sebagai tukang masak macam aku ni.. kadang2 nak jugak makan kat luar. Jemu kot makan masakan sendiri hari hari.

Moral of the story.. walaupun ada 400 menu kat situ korang jangan naik hantu pulak masa makan. Kang tak pepasal check in kat hospital. Berpada pada sudah makan. Nikmat makan akan hilang kalau terlampau banyak makan.

MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM

MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM.  Ni bukan la dengki dengan orang kaya. Sebab kalau kritik orang kaya atau public figure memang akan di tuduh dengki. Bermakna golongan macam ni kita kena angguk2 je tak kira la depa salah atau betul. Tapi zaman sekarang Perdana menteri Malaysia pun selamba je kena hentam, apalah sangat pengasas produk popular bergelar jutawan. Asalkan kritikan tu berasas & ada bukti. Alah.. bukan nak maki hamun pun. Kritik je takkan tacing kot sampai ke court kot..


Alkisahnya tadi tengok Dato Aliff Upload gambar dia sedang bersila atas lantai KLIA bersama beberapa individu lain menikmati durian musang king tanpa rasa bersalah terfikir jugak aku. Tak beragak langsung dia ni punya nak tunjuk betapa kehidupan dia walaupun bergelar jutawan sangat low profile. Bagus la.. Walaupun jutawan tak demand nak makan kat tempat high class.. Tu patut di puji. Cuma yang tak bagusnya dia makan durian tak kena pada tempatnya. Tak kisah nak makan apa2 kat mana2 pun tapi kena tengok jugak sesuai ke tidak dengan keadaan sekeliling tu.

Low profile sampai hilang rasa hormat pada peraturan & orang lain pun tak boleh jugak. Aku bukan tak pernah ke KLIA cuma aku tak sure boleh ke tidak makan kat ruangan menunggu. Tapi setahu aku memang tak boleh la. Cuma yang aku tau ramai yang buat macam tu. Bersila atas lantai sambil makan. Setakat makan nasi,roti & lauk pauk yang tak berbau kuat & bau dia cepat hilang.. Mungkin pengawal kat situ boleh tolak ansur tapi kalau makan durian. Kita sedia maklum la.. Durian tu jenis buah dia berbau kuat. Dan kita kena tahu bukan semua orang suka makan durian & suka bau durian. Jadi kalau kat tempat2 macam tu.. Tak berapa sesuai sangat la kau nak buat perangai amazon makan durian dengan bangga konon nampak kau sangat Melayu & low profile walau nak pergi bercuti ke negara omputih.


Tolong la.. Kalaupun pengawal kat situ bagi muka kat kau, hormati jugak hidung orang lain. Kesian orang yang memang tak suka bau durian ni. Saya pun orang kampung malah adik beradik saya pun orang kampung tapi kebanyakkan adik beradik saya tak makan durian apatah lagi bau durian. Bukan semua orang kampung yang berperangai selekeh macam tu. Saya faham dato nak tunjuk kat orang lain yang kehidupan dato sangat low profile tapi please la Dato.. Durian kot.

Ni kalau pengawal kat situ tegah pun boleh jadi isu jugak. Almaklum la orang terkenal ni. Silap sepatah perkataan pun boleh jadi masalah negara katanya. Serba salah jugak la kan.. Ni bukan sebab dengki dato boleh holiday kat oversea.. Tapi Dato Sebagai orang ada ada jagalah imej tu sikit.

Moral of the story.. low profile sampai sama level dengan tanah sekalipun tak semestinya kita kena bersikap selekeh tak kira tempat. Cara dato aliff syukri tu bagi aku tak nampak low profile tapi nampak dia tidak menghormati orang sekeliling & peraturan yang di tetapkan.

YANG SUKA MAKAN KETAM CEPAT TENGOK SEBELUM MENYESAL

YANG SUKA MAKAN KETAM CEPAT TENGOK SEBELUM MENYESAL. Suami aku antara manusia yang suka makan ketam. Aku ni bukan kata tak makan ketam cuma kurang minat sebab haiwan bercengkerang & kulit keras macam ketam memang aku tak suka sangat makan. Aku menyampah nak kopek kulit dia. Jenis2 haiwan laut macam ketam ni kalau makan dengan nasi memang buat sakit hati je. Walaupun aku masih boleh terima rasa isi ketam kadang2 sebab tak suka bersusah payah masa nak makan, aku skip je ketam walau ada depan mata.

Ketam

Bagi aku isi ketam ni takde la tersedap sangat di tekak aku sebab tu aku tak kisah sangat kalau tak makan ketam. Selalunya aku masak je ketam untuk asben aku tapi aku cuma makan kuah ketam je. Kalau tengok asben aku makan ketam.. dia punya selera terus ke high level tu. Penuh perasaan mengadap ketam. Makan ketam ni memang akan buat korang tak sempat nak toleh kiri kanan dah. Mana tak nya nak menikmati isi dia bukan main susah lagi. Jadi kebanyakkan orang kalau makan ketam memang tumpuan dia hanya pada ketam.

Aku kalau tengok menu ketam ni memang tak menitik air liur pun tapi kalau orang yang memang suka makan ketam macam asben aku tengok ketam kat pasar pun dia dah telan air liur. Masak je ketam terus makan je takde nak tunggu2 dah. Jadi sebagai seorang yang tidak gemarkan ketam sangat ni maka aku tak heran sangat la pasal ni >> Penggemar Ketam Kalau terlepas Pandang Benda Ni Confirm Korang Menyesal Punya. Jadi Meh tengok Cepat <

Jadi penggemar ketam lepas tengok artikel terpulang la pada korang nak makan ke tidak ketam tu. Buat la pilihan bijak.. Aku cuma menyampaikan je. Selebihnya keputusan di tangan korang sendiri. hehehe

MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS

MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS. Aku seorang perempuan yang pernah mengandungkan anak.. Anak manusia bukan anak cacing yer.. Kalau setakat anak cacing dari sebelum akil baligh lagi aku dah berjaya kandung & lahirkan dengan jayanya tanpa bantuan bidan kampung mahupun bidan terlatih hospital gomen.. Tu tak heran la.. Tak perlu ada persenyawaan.. aku boleh hamil anak cacing sorang2 jer. hahahaha...

Sumber Google

Bila Cakap pasal mengandung @ hamil ni auto ada kaitan dengan aktiviti mengidam. Topik ni mungkin ada ibu2 yang sedang hamil atau pernah hamil mesti marah atau tak setuju bila cakap mengidam tu cuma satu mitos. Tapi untuk pengalaman aku sendiri la memang aku setuju mengidam tu cuma satu mitos. Aku pun pernah ada rasa keinginan nak makan tu ni masa mengandung tapi jenis aku jarang nak layan perasaan sangat tak kira tengah mengandung ke tak mengandung ke. Aku layan diri aku kebanyakkan sama je macam tak mengandung. Keinginan tu kadang2 ada yang dapat & ada tak dapat atau ada aku lupakan saja. Boleh jer.. Takde la menganggu emosi sangat ke hapa. tetiba jadi cengeng ke tantrum macam budak2 ke tak dapat apa yang nak masa mengandung. Takde la sampai macam tu. Malah sampai ke hujung kehamilan pun aku still buat rutin rumahtangga macam biasa. Takde la asyik tidur je ke hapa.

Dari sudut perubatan pun tiada bukti wujudnya Mengidam.. Yang berlaku ada alasan dari sudut sains perubatan & takde kena mengena dengan janin atau bayi yang di kandung. Sebenarnya keinginan pada sesuatu tu tak mengandung pun kita akan rasa cuma entah la bila mengandung je tetiba cepat touching bila tak dapat. Mungkin kita yang pysko diri kita kot. Konon kita ni tengah mengandung bawa baby dalam perut. Makan pun untuk berdua.. So harap si suami tu berkorban sikit la layan kerenah kita sebab apa yang kita buat bukan pengorbanan kecil. Tu yang bila tak dapat dia punya muncung 4 x 100 meter lari berganti ganti. hehehehe. Tapi sebenarnya Kalau keinginan @ mengidam tu tak di penuhi pun tak bagi apa2 kesan pada bayi bila lahir. Cuma orang tua2 jer yang mewariskan kita dengan kepercayaan kalau tak dapat apa yang di idamkan masa mengandung nanti baby lahir air liur meleleh tak dapat ketagih.. ops.. tetiba teringat lirik lagu mak minah pulak. Maafkan saya... hehehehehe. Mitos tu Mungkin sebab nak si suami tu layan isteri masa mengandung baik baik. Sebab emosi pun bagi kesan jugak pada bayi yang di kandung.

Artikel Penuh boleh baca di SINI

So, ibu ibu mengandung walaupun time mengandung la katanya nak mengada ngada sikit dengan suami tapi jangan la psyko laki tu sampai dia pun jadi fobia. Asal dengar bini mengidam jer tetap cuba cari jugak walau terpaksa meredah hutan belantara semata mata takut anak lahir nanti air liur meleleh. Kita pun berpada pada la nak buat permintaan atas alasan mengidam ni jangan la sampai menyusahkan suami. Ada orang masa mengandung mengidam motor pink nasib baik la suami tu mampu adakan motor pink buatnya mengidam stadium bola pink jenuh nak minta Dato Vida taja pulak. Menangis bawah bantal laki dia. Mengidam motor pink tu kisah benar ok! Apa ke pelik keinginan dia tu kan... hehehe

Tapi kalau buat buat mengidam benda ni gamaknya dapat tak >> Barang Baik Yang Patut Tersenarai dalam List Mengidam Anda << Kalau zaman pun dah berubah, mengidam pun kena up to date jugak bersama teknologi kan? Apa barang mengidam asam boi lagi zaman2 hujung jari ni kan.. hahahaha

VIRAL! BIADAP.. PAMPERS KOTOR LETAK ATAS PINGGAN

VIRAL! BIADAP.. PAMPERS KOTOR LETAK ATAS PINGGAN. Kita ni kalau boleh benda kotor tak kira la yang sendiri atau yang anak anak punya tak nak orang lain tertengok atau ternampak. Rasa malu jugak la. Nak2 lagi pampers @ diapers yang dah guna ni. Sebolehnya hormat pandangan mata orang lain.. Walaupun kita tak rasa geli dengan sisa2 kumuhan yang anak kita buang tapi tidak orang lain. Setiap orang dia memang tak rasa geli anak dia punya tapi tetap geli tengok najis anak orang termasuk aku.


Ternampak Beautifulnara post satu screenshot. Tak tau la kejadian ni berlaku kat mana yang pasti sebuah tempat makan.. samada restoran atau kedai makan atau kat mana tak sure. Tak tau la makhluk Allah mana la jenis otak mungkin tersilap pasang kat lutut kot.. letak pampers @ diaper anak dia yang dah bersisa kumuhan dalam pinggan yang dah habis makan. Spesis macam ni mungkin spesis yang guna tandas awam malas nak flush & tak malu biar najis dia orang tengok. Nak confirm tak berani tapi kalau spesis pengotor tahap macam ni memang peratus perangai macam tu memang tinggi.


kau fikir pekerja restoran @ tempat makan tu pencacai kau ke? Hope benda ni viral sampai orang yang buat tu tengok & baca post & komen tentang kebiadapan & sikap pengotor dia. Walau orang tak tahu siapa dia.. hope dia rasa malu dengan perbuatan dia tu. Kalau kat luar pun pengotor tahap macam tu.. Jangan pelik la orang2 macam ni kalau pergi rumah dia jumpa merata sudut pampers kotor anak dia. Jenis macam ni asal sempat jer dia buang.. Tak tau la yang buat macam tu mak ke bapak dia.. Tapi jelas nyata perangai pengotor depa ni.

Spesis pengotor macam ni even buat menu simple pun was was aku nak makan. Sebab tahap pengotor dia ni memang mampu buat rasa kembang tekak sampai nak telan pun tak lepas. Nak2 lagi kalau dia masak pau meatball ni.. mesti terbayang najis anak dia. hahahaha

Moral of the story..  Kalau spesis pengotor sila buat kotor rumah sendiri sudah jangan bawa sampai ke restoran orang. Simpan sikit rasa malu tu pada orang lain.

PERKARA YANG MESTI CUBA SEKALI SEUMUR HIDUP SUPAYA TAK MENYESAL

PERKARA YANG MESTI CUBA SEKALI SEUMUR HIDUP SUPAYA TAK MENYESAL. Time2 hujung ramai yang mula merancang nak cuti cuti Malaysia. aku nampaknya tahun ni Tak pergi mana mana kot. Merayap area KL jer.. Tahun depan dah tak boleh nak holiday suka hati dah sebab anak aku dah nak sekolah. Selalunya kami suka pergi holiday bukan waktu cuti umum atau cuti sekolah. Sebab taknak bersesak dengan manusia lain & taknak bayar harga semua benda yang jadi double. Tapi lepas ni terpaksa akur anak dah besar.. Kena ikut time cuti sekolah jugak la.


Tak lama je lagi kita dah nak masuk 2016.. Alahai tetiba rasa tua sangat dah. Padahal banyak benda belum buat lagi entah sempat ke tidak ni. Almaklum la semakin tua kudrat pun semakin tak sama.. Kalau dulu selamba panjat bukit bukau sekarang baru panjat anak tangkat satu tingkat pun termegah megah macam daki gunung kinabalu. Kalau dulu boleh makan semua benda.. sekarang salah makan mula la rasa pening la.. gatal la.. angin tak keluar bagai. kalau dulu mata tahan sampai 2 3 pagi sekarang pukul 10 pun menguap mengalahkan beruang. Betapa usia dah semakin banyak angka.. badan pun dah banyak kondem. hahaha

Tu dia.. cerita macam masuk zon nenek nenek si bongkok 3 siang mengantuk malam berjaga katanya. Biasa la.. aku kalau tak lebih sudu dari kuah ceritanya memang tak sah. hahaha.. Pun macam tu walau usia dah semakin bertambah tapi tetap aku harap aku sempat jugak buat benda ni walau sekali seumur hidup. Hangpa pun terutama yang bujang.. Elok la ambil pengalaman buat benda2 ni sebelum masuk geng makcik2 yang sentiasa busy dengan anak anak. Buat apa.. Jeng jeng jeng.. Meh tengok kat sini korang dah buat ke belum >> Perkara Yang Perlu Anda cuba Sekurang kurangnya Sekali Seumur Hidup <<

Apa lagi kalau masih takde plan nak buat apa2 hujung2 tahun macam ni.. Jadikan perkara tu sebagai salah satu perkara yang anda akan buat. Jangan nanti bila dah banyak komitmen & tanggungjawab.. menyesal tak buat semua benda tu masa masih bujang.

BABY SHOWER MAKAN DALAM PAMPERS, AKIL BALIGH MAKAN ATAS TUALA WANITA

BABY SHOWER MAKAN DALAM PAMPERS, AKIL BALIGH MAKAN ATAS TUALA WANITA. Dulu viral pasal restoran yang bertemakan tandas. Segala pinggang mangkuk, meja kerusi & makan pun di bentuk ala2 benda2 yang ada dalam jamban. Kalau mangkuk berbentuk mangkuk jamban, makanan tu di deco ala2 taik. Tak tau macam mana benda tu boleh jadi tarikkan orang nak makan sebab aku ni walau tengok tahi yang palsu pun aku geli inikan nak jamah makanan berbentuk tahi.


Tu tak rare sangat.. Yang terbaru konon nak cipta kelainan la kot dalam majlis baby shower depa. Nama pun majlis untuk menyambut bakal baby.. Tu dia. Makan tak ada pinggan. Semua kena makan dalam pampers @ diaper (lampin pakai buang). Memang la benda tu belum guna.. Tapi rasa macam tak beradap dengan rezeki yang Allah bagi. Benda orang buat alas kencing berak kau nak buat alas benda makan. Ya Allah.. Manusia sekarang makin pelik. tak lama lagi majlis akil baligh makan atas pad @ tuala wanita pulak la kot.  Walaupun majlis akil baligh ni kebanyakkan orang india yang buat tapi orang Melayu tak silap panggil majlis bertindik ke hapa untuk anak dara baru akil baligh. Hope takde yang nak buat simbolik merapu macam tu la.. Yelah.. manalah tau kan. Bila akil baligh auto ada kaitan dengan pad kan...

Tak tau la.. Otak2 orang macam ni tahap urban dah masuk zon jahiliah. Sebab terlebih kaya tak tau nak bazir duit celah mana tu yang buat benda2 merepek sampai di luar adab. Hukum hakam aku tak berani nak cakap.. Sebab aku pun tak tahu. Tapi kalau dari segi adab & budaya orang melayu memang nampak janggal la.

Mujurlah kita ni tak kaya raya. Nak beli pampers alas bontot pun mahal apatah lagi nak buat alas benda makan yang memang ada pilihan lebih murah macam pinggan kertas pakai buang. sebab duit tak melimpah ruah macam air bah musim tengkujuh di pantai timur . jangankan nak buat majlis makan alas pampers.. Nak buat baby shower pun tak mampu. gamaknya kalau kita kaya macam depa pun.. Mungkin kita pun jadi macam tu.hahahaha. Jadi bersyukur la jadi orang mesekin.. hehehe

Nak buat simbolik pun cari la benda senonoh sikit atau tak payah nak simbolik sangat la. Sebut baby shower pun orang tau majlis tu untuk sambut baby yang bakal lahir. Kau buat prop ala2 tema baby sudah la. tak penting pun kau nak buat tema makan alas pampers bagai. Sesebuah majlis ni yang penting makanan sedap. Tu pun dah cukup. Kalau nak buat tema melayu mix mat saleh pun boleh je buat macam ni . Ada berani?? t >> Makanan Tradisi Melayu Di Mix dengan Masakan Sempena Christmas. Berani cuba << Takde la merepek & membazir.

Moral of the story.. Bila budaya luar mula di pratikkan oleh orang2 Melayu kat Malaysia, pelik2 je jadinya. Kalau buat kenduri doa selamat tu nampak Kuno sangat ke berbanding baby shower tu?

AWAS! SELAMA NI KITA MAKAN KEPAK AYAM CARA YANG SALAH

AWAS! SELAMA NI KITA MAKAN KEPAK AYAM CARA YANG SALAH. Kat sini sapa suka makan kepak ayam?? Kepak ayam la sedap tak kira goreng ke, panggang ke atau apa jenis masakan sekalipun keenakkan kepak ayam tu takkan hilang. Bahagian kepak ni walau isi tak banyak tapi kulit2 ayam tu sedap sangat. Macam mana nak describe rasa kepak ayam ni aku pun tak reti.. pendek kata memang sedap hingga menggigit kuku la.


Selama ni kita makan kepak ayam takde la nak google dulu cara makan yang betul ke hapa. Pandai je makan.. kita dah tahu macam mana nak makan kepak ayam supaya tak tertelan tulang kepak tu. Ada orang rasa rumit sangat nak makan bahagian kepak ni. Dah la isi kurang tulang banyak. Nak gigit pun susah. Silap makan tercekik tulang pulak. Alhamdulillah setakat ni aku makan kepak ayam tak pernah tercekik tulang ke hapa sebab almaklum la aku kan perempuan melayu tak berapa nak akhir.. kira perempuan melayu level2 pertengahan la. Sopan santun tak payah cakap la.. Sekali sumbat kepak ayam tu yang keluar ngam2 tulang je. Takde baki walau secebis isi ayam katanya. Benda sedap katanya.. hahahaha

Tak tahu la pulak aku yang selama ni cara aku makan kepak ayam tu salah. Mungkin jugak orang yang rasa susah nak makan kepak ayam ni tak tahu cara makan kepak ayam dengan betul. lepas baca artikel ni baru aku tau rupanya nak makan kepak ayam ni ada cara dia. Aku confirm ramai yang makan kepak ayam cara salah. tak caya baca sendiri kat sini >> Ni Buktiknya Ramai Yang Makan Kepak Ayam Cara Yang Salah <<

Alah.. kepak ayam je kot. Tu pun nak berkira. Salah sikit2 tu kira halal je lah yer. Tapi tu la rupanya makan kepak ayam cara yang betul ni lebih mudah kita nak gigit isi2 kat kepak tu. Tapi tu la perempuan melayu level2 pertengahan ni.. kadang2 gelojoh.. kadang2 lemah lembut sampai gigit isi ayam pun tak hancur. hahaha

Moral of the story.. cara makan paling betul tak kira makan kepak ayam ke kepak burung unta ke makan ikut sunnah nabi. Sekian terima kasih.

YANG SUKA MASAK PASTA KENA TAHU TENTANG JENAMA SAN REMO

YANG SUKA MASAK PASTA KENA TAHU TENTANG JENAMA SAN REMO. Sapa kat sini suka makan pasta @ spaghetti angkat tangan tutup ketiak.. Ok Ok.. ramai termasuk la aku. Aku memang suka sangat la spaghetti bolognese ni. Selalu aku guna mee spaghetti ni jenama lain. Rasanya macam tak pernah guna lagi la san remo ni sehinggalah semalam aku tetiba macam terhasut dengan iklan.. Pasta apa? Pasta san remo katanya.. Ok Aku pun beli sebab memang dah niat malam semalam nak masak spaghetti bolognese.Almaklum la aku kacukan orang Itali katanya.. so taste pun ada la sikit italian katanya. Hahahaha.. sila jangan ambil serius statement perasan nak mampus tu, hokay.


Biasa la.. sekarang aku kalau keluar berjimbaraya memang balik awal. Even semalam sempat jugak mendaki Genting Highland tetap masih balik di siang hari sebabnya kat sini kami kesempitan parking. Kalau balik lewat confirm la dah tak ada parking di kawasan sekitar. Maka bila dah balik awal.. Malam tetap kena masak jugak untuk dinner. Almaklum la.. air tangan bini ni di rindui suami. Tetap la kena merenjis2 juga air tangan dalam masakan. Rehat kejab lepas maghrib tu aku pun bertukang dengan senduk kuali bagai masak spaghetti bolognese.

Almaklum la.. mee spaghetti sebelum ni aku beli memang lambat sikit nak lembut. So aku rebus la dulu sementara nak masak. Rupanya jenama san remo ni dia cepat lembut. Sekejab jer rebus dah lembut. Lagipun pasta dia halus jer.. tak macam pasta jenama lain dia tebal sikit. Mungkin sebab tu jugak dia cepat lembut. Rasanya dia pun ok.. sedap je. Cuma sebab dia halus & cepat lembut. Cepat di masak & senang di makan terutama budak budak la sebab mee dia halus.

Jadi aku tak rasa tertipu sangat la dengan pasta san Remo ni.. Ternyata best guna pasta ni. Kalau emergency nak masak cepat. nak instant.. elok la guna pasta san remo sebab tak perlu rebus lama2. Jimat masa & tenaga katanya.

Apapun.. sesedap mana pun masakan dari negara luar memang tak boleh lawan citarasa hot & spicy orang Malaysia. Kita makan pasta pun tambah cili padi bagai sebab nak bagi rasa pedas sebab kita dah biasa makan macam tu. Cuma tahap kepedasan yang kita boleh tahan belum mampu sampai ke level ni >> Berani makan Pedas Macam ni? Confirm Orang Malaysia pun tak berani cuba << Bayangkan kuah spaghetti tukar jadi macam ni? kau hado berani makan? hahahaha

ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI

ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI. Sapa kat sini suka makan pedas tahap extreme punya. Bukan takat calit2 sambal belacan hujung ulam kemudian makan tu bukan kategori pemakan pedas tahap gila. Tu biasa jer. Aku pun boleh makan. Tapi kalau sampai tahap makan roti dengan penuh cili padi potong macam gambar kat bawah ni.. Aku memang tabik spring la sapa2 boleh makan. Sebab bagi aku memang benda paling gila & aku tak rasa orang gila pun tergamak makan.


Ni namanya cabaran paling gila membakar usus perut. Rasa macam tak logik ada orang buat cabaran macam ni tapi sesungguhnya ada orang Malaysia yang sahut cabaran macam ni. Almaklum la Malaysia.. tak kira apa kaum pun majoriti suka makanan pedas. Aku pun suka tapi kalau suruh aku makan roti dengan penuh cili potong macam ni minta maaf je la. Aku tak sanggup nak berguling2 lagi depan pintu masuk HKL macam haritu. Bila perut sakit tahap rasa nak terputus tali pusat ni.. Rasanya aku rela beranak 10 orang dari sakit macam tu. Sebab aku rasa masa aku bersalin dulu sakit dia takde la lama sangat. Ni berhari hari jugak sakit. Sampai susut berat badan. Fobia aku nak makan apa2 dah sekarang. Makan pun macam takut takut je.


Tak sangka juga ada orang gila buat cabaran makan pedas macam ni. kalau nak tengok depa berjaya ke tidak dalam cabaran ni, sila la tengok kat sini >> Cabaran Cili Padi Sandwich <<

Makanan pedas ni memang ada kebaikkan dari sudut kesihatan & kecantikkan sebab cili jugak ada khasiatnya tapi kalau di ambil secara berlebihan pun akan memudaratkan. Jadi yang suka makan makanan pedas tu berpada pada yer. Jangan sampai berlubang usus sudah.

AWAS! INI TAKTIK ORANG NAK AJAK KITA MAKAN DENGAN DIA

AWAS! INI TAKTIK ORANG NAK AJAK KITA MAKAN DENGAN DIA. Dalam kehidupan kita seharian memang di kelilingi orang yang ada macam macam taktik. Ada yang gunakan taktik untuk tujuan kebaikan & ada jugak guna taktik untuk kepentingan peribadi. Bukan semua taktik tu kotor bergantung pada cara & niat kita melakukan.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Ada jugak terpaksa guna taktik jahat sebab terdesak. Bila dalam keadaan macam tu perbuatan dia salah tapi niat dia baik tetap la salah. Sebab kita semua sedia maklum niat tidak menghalalkan cara. Contoh macam taktik berdakwah sekarang. Dakwah sentap katanya... Lagi orang sentap lagi bagus konon cara tu buat orang sedar akan kesilapan yang depa sedang buat atau pernah buat cuma aku rasa taktik menyentapkan orang dalam dakwah ni tak berapa bagus sebab orang sekarang kalau sentap terus dia banned. tengah marah dia tak fikir dah apa yang orang cuba sampaikan tu intipati dia kearah kebaikkan. Tapi tu la... berdakwah tak perlu kot nak sakitkan hati orang. Sebab hati orang yang sakit susah nak terima kebaikkan yang ada di sebaliknya.

Tu salah satu contoh taktik.. Tapi taktik ni paling kita kena hati hati. Bukan apa kadang2 kita tak perasan pun ia cuma salah satu taktik orang nak gunakan kita untuk kepentingan dia bukan ikhlas sangat pun dia ajak. Sebab dia takde kawan nak temankan dia akan guna taktik2 ni untuk jadikan kita mangsa. Nak tahu apa taktik yang selalu orang guna untuk cari mangsa untuk temankan dia pergi makan meh baca kat sini >> Awas! Inilah 10 taktik Yang Selalu di gunakan Untuk Ajak Kita Temankan dia Makan <<

Manusia & taktik memang tak dapat di pisahkan malah kita pun memang gunakan taktik dalam kehidupan seharian kita. Cuma apa yang perlu kita kena pandai membezakan niat baik & taktik orang nak buat jahat kat kita. Kadang2 taktik orang jahat ni guna kebaikkan supaya niat jahat dia tercapai. Sebab tu kita tak boleh bersangka baik dengan semua orang & semua perkara. Contoh macam taktik penculik kanak kanak kat kajang haritu yang jadi viral kat media sosial. taktik dia tanya jalan.. kemudian culik budak yang bersama dengan ibu dia. Sapa pun tak jangka mereka adalah penculik tapi lepas ni rasanya aku sendiri pun malas nak beramah mesra dengan orang tak kenal tanya jalan ni.

Moral of the story.. Berhati hati dimana juga & apa juga kita nak buat. Sebab dalam dunia ni orang jahat ada seribu satu taktik yang kadang2 kita sendiri tak dapat ramal atau jangka.

MISTERI SIAPA YANG MEMBERI MAKAN KEPADA 2 MURID ORANG ASLI YANG TERSELAMAT?

MISTERI SIAPA YANG BERI MAKAN KEPADA 2 MURID ORANG ASLI YANG TERSELAMAT?. Kes yang aku rasa nak follow adalah kes kehilangan 7 murid orang asli yang di katakan lari dari asrama selepas takut kena marah sebab mandi sungai. Sebabnya... kalau ikutkan tempat mereka di temui tu 500 dari tempat mereka hilang. Tak jauh mana pun tak orang cari dekat 2 bulan baru jumpa. Adakah pihak yang terlibat dalam operasi pencarian sebelum ni tak cari kawasan tu atau nampak mereka ada kat situ sebelum ni. Ini bukan statement menyalahkan sesiapa tapi pertanyaan yang aku nak sangat tahu jawapannya.


Semalam terbaca update terkini di Harian Metro online.. Menurut cerita salah seorang mangsa yang terselamat kesemua 5 murid termasuk 4 yang belum di temui mati akibat kelaparan cuma seorang murid berusia 8 tahun, haikal mati lemas ketika menyeberang sungai. Ya Allah tak dapat aku bayang perasaan 2 murid yang terselamat melihat yang lain mati depan mata. Dengan ketakutan dalam hutan, tengok kawan2 lain meninggal dunia mesti trauma budak budak tu. Kalau kita yang dah tua bangka ni pun boleh trauma apatah lagi budak budak.

Semua orang nak tau apa berlaku pada mereka semua semasa dalam hutan. Sebab yang terselamat mendakwa ada seseorang memberi mereka makan kepada mereka berdua? Aduhai timbul lagi satu misteri yang tak terungkai. Manusia atau makhluk yang menjelma sebagai manusia? dalam hutan macam2 makhluk ada. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya yang berlaku. Dan tak mustahil mereka cuma berhalusinasi. Sebab manusia kalau dalam keadaan tertekan memang boleh jadi macam tu.

Sumber Harian Metro

Apapun.. tak sabar nak tunggu hasil siasatan kenapa budak2 tu sampai boleh lari hanya sebab membuat kesalahan kecik iatu mandi sungai?? Aku tetap nak tau benda tu. Kalau tak dapat tahu aku rasa tak puas hati pulak. Hope ada jawapan dalam masa terdekat. Kenapa mereka semua takut sangat sehingga lari dari asrama.

Artikel yang berkaitan kes ni :  KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com