ORANG GILA PUN TAK MAKAN SANDWICH MACAM NI
Ni namanya cabaran paling gila membakar usus perut. Rasa macam tak logik ada orang buat cabaran macam ni tapi sesungguhnya ada orang Malaysia yang sahut cabaran macam ni. Almaklum la Malaysia.. tak kira apa kaum pun majoriti suka makanan pedas. Aku pun suka tapi kalau suruh aku makan roti dengan penuh cili potong macam ni minta maaf je la. Aku tak sanggup nak berguling2 lagi depan pintu masuk HKL macam haritu. Bila perut sakit tahap rasa nak terputus tali pusat ni.. Rasanya aku rela beranak 10 orang dari sakit macam tu. Sebab aku rasa masa aku bersalin dulu sakit dia takde la lama sangat. Ni berhari hari jugak sakit. Sampai susut berat badan. Fobia aku nak makan apa2 dah sekarang. Makan pun macam takut takut je.
Tak sangka juga ada orang gila buat cabaran makan pedas macam ni. kalau nak tengok depa berjaya ke tidak dalam cabaran ni, sila la tengok kat sini >> Cabaran Cili Padi Sandwich <<
Makanan pedas ni memang ada kebaikkan dari sudut kesihatan & kecantikkan sebab cili jugak ada khasiatnya tapi kalau di ambil secara berlebihan pun akan memudaratkan. Jadi yang suka makan makanan pedas tu berpada pada yer. Jangan sampai berlubang usus sudah.
Makan cili adalah antioksidan.... tapi kalau melebih sangat boleh kena apendiks... salute sangat sape yang berani sahut cabaran ni...
ReplyDeleteBapak ar...menangis usus kalau makan gini....akak suka gak makan pedas tapi takde la melampau camni....
ReplyDeletesuka makan pedas.
ReplyDeletetapi makan tahap tu.., tu cari pasal namanya.
menangis bontot nanti.
Tengok aje dah terbayang pedasnya.
ReplyDeleteIni tahap terbakar moncong nih!
isk.memang tak la nak makan..mau sakit perut
ReplyDeleteCabaran yg menakutkan.
ReplyDeleteBerasap la usus...huhu
ReplyDeletememang tak la aku nak makan sandwich macam tu. Bahana je aku dapat nanti kat perut
ReplyDelete